CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: amazed

Raja Nong Chik Zainal Abidin; Menteri Wilayah Persekutuan

[Copy link]
Post time 27-12-2011 09:10 AM | Show all posts

RAJA Nong Chik Raja Zainal Abidin menandatangani plak sebagai tanda penyempurnaan kerja-kerja mengecat dan membaiki beberapa kemudahan di bawah Tabung Penyenggaraan 1Malaysia di flat Taman Mulia, Bandar Tun Razak, baru-baru ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2011 08:23 PM | Show all posts
oh jadik betul lah farhana yg ahkak penah call for interview appointment tak berapa lama dulu daughternye menteri nih...memang muka raja nong chik..merah2 mcm anak mat salleh...cantik...
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2012 09:28 AM | Show all posts

Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin menyampaikan sumbangan alat tulis kepada murid-murid tahun satu yang menyertai majlis orientasi di Sekolah Kebangsaan Bukit Bandaraya, Bangsar, Kuala Lumpur, semalam.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2012 09:06 AM | Show all posts

Muhyiddin Yassin bermesra dengan murid-murid tahun satu ketika melawat Sekolah Kebangsaan Bukit Pantai dekat Bangsar, Kuala Lumpur, semalam. Turut sama, Raja Nong Chik (tiga, kiri) dan Guru Besar sekolah berkenaan, Sopian Mokhtar (kanan)
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2012 09:13 AM | Show all posts

Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (tengah) mempengerusikan sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan DBKL, persatuan penjaja dan Persatuan Penduduk TTDI di Putrajaya mengenai isu pembangunan semula Pasar Besar TTDI semalam.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2012 04:43 PM | Show all posts

KUALA LUMPUR, 4 Jan -- Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bermesra dengan adik Nur Aleya Afrina Aswir (duduk, dua kiri) ketika melawat Sekolah Kebangsaan Bukit Pantai dekat Bangsar, hari ini.Turut hadir, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik (empat, kiri). Lawatan tersebut sempena bermulanya sesi persekolahan baru, tahun 2012 ini.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-1-2012 11:37 AM | Show all posts
kasi sumbangan kat budak2 sk bkt bandaraya wat pe...sume anak org2 kaya jer...
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2012 11:37 AM | Show all posts

KUALA LUMPUR, 6 Jan -- GELI HATI ... Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin beramah mesra dengan Tajudin Mohamed, 73, ketika melawat ke rumah warga emas itu di Kampung Segambut Permai sempena Program Turun Padang ke Wilayah Persekutuan di sini, hari ini.Turut hadir Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (duduk, kanan).
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2012 11:38 AM | Show all posts

KUALA LUMPUR, 6 Jan -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melawat ke Kampung Segambut Permai sempena Program Turun Padang Ke Wilayah Persekutuan di sini, hari ini.Turut hadir Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2012 11:39 AM | Show all posts

KUALA LUMPUR, 6 Jan -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menunaikan solat Jumaat di Masjid Alfirdaus sempena Program Turun Padang ke Wilayah Persekutuan di sini, hari ini.Turut sama Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (dua, kanan).
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2012 11:42 AM | Show all posts

KUALA LUMPUR, 6 Jan -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melawat rumah Rumillah Rahmatullah, 62, ketika melawat ke rumah warga emas itu di Kampung Segambut Permai sempena Program Turun Padang Ke Wilayah Persekutuan di sini, hari ini.Turut hadir Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (kiri) dan Ketua UMNO Bahagian Segambut Datuk Kamaruddin Ambok (dua, kanan).
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2012 11:45 AM | Show all posts

KUALA LUMPUR, 6 Jan -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin disambut mesra oleh penduduk Taman Bukit Maluri, Kepong di sini hari ini ketika menghadiri Program Mesra Rakyat 1Malaysia dan menyampaikan sumbangan Tahun Baru Cina di situ.Rakyat Malaysia akan menyambut Tahun Baru Cina pada 23 dan 24 Jan ini.Mengiringinya ialah Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Koh Tsu Koon.
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2012 11:46 AM | Show all posts

KUALA LUMPUR, 6 Jan -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bersalaman dengan para jemaah selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Alfirdaus sempena Program Turun Padang ke Wilayah Persekutuan di sini, hari ini.Turut hadir Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2012 03:40 PM | Show all posts
dia ska sbyg kat jumaat kat surau kt putrajaya..
segak orgnyer...
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2012 09:22 AM | Show all posts

Muhyiddin Yassin dibantu Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (kanan) menyampaikan sumbangan kerusi roda kepada Anty Soney sempena mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur, malam tadi.
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2012 09:26 AM | Show all posts

Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (kiri) mengedarkan bendera kepada peniaga di Jalan Tuanku Abdul Rahman sempena majlis pelancaran Kempen Jom Kibar Bendera Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur, semalam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2012 01:31 PM | Show all posts

KUALA LUMPUR, 9 Jan -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (tiga dari kiri) beramah mesra dengan hadirin sebelum mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan di sini hari ini.Kelihatan juga Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (dua dari kiri).
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2012 11:18 AM | Show all posts

Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin bersama Isterinya, Datin Nafesah Raja Nong Chik (kanan) menyampaikan sumbangan kepada warga emas sempena perayaan Tahun Baru Cina di Taman Sentosa, semalam.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2012 04:05 PM | Show all posts

KUALA LUMPUR, 15 Jan -- Menteri Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (tengah) bersama isteri Datin Nafesah Raja Nong Chik (dua, kanan) menyampaikan sumbangan kepada warga emas pada Majlis Penyampaian Sumbangan Tahun Baru Cina di Taman Seri Sentosa di sini hari ini.Seramai 400 orang warga emas dalam lingkungan 65 tahun ke atas dan OKU menerima sumbangan di majlis tersebut.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2012 09:33 AM | Show all posts
Laman khas lapor jalan rosak


RAJA Nong Chik Raja Zainal Abidin melihat laman Facebook yang diwujudkan khas mengenai aduan jalan rosak di pejabatnya di Putrajaya, baru-baru ini.

KUALA LUMPUR 17 Jan. - Menyedari masalah jalan rosak sering menjadi rungutan warga kota, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin memperkenalkan medium baru yang lebih cepat dan berkesan untuk menyelesaikan masalah itu.

Beliau kini menyediakan medium interaktif khas menerusi laman sosial Facebook khusus untuk warga kota membuat aduan mengenai masalah jalan rosak.

Laman itu, Facebook.com/RNCAduanJalanrayaWP yang dilancarkan Rabu lalu bermatlamat menyediakan ruang lebih mudah untuk warga kota mengadu mengenai masalah berkenaan supaya tindakan dapat diambil dengan segera.

Raja Nong Chik berkata, laman Facebook itu dianggap sebagai medium yang sesuai untuk menyelesaikan aduan orang ramai kerana juga berhubung secara terus dengan pegawai-pengawai yang berkaitan dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

"Setiap aduan yang dibuat haruslah disertakan dengan gambar, tempat dan maklumat pengadu supaya pegawai yang bertanggungjawab dapat melihat sendiri keadaan jalan itu.

"Bagi setiap aduan yang diterima, tindakan akan diambil dalam masa 36 jam. Maklumat mengenai pengadu penting supaya mereka dapat dihubungi selepas jalan itu diperbaiki," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di pejabatnya di Putrajaya di sini baru-baru ini.

Raja Nong Chik berkata, laporan akhbar yang banyak memainkan isu jalan rosak dan berlubang ini merupakan salah satu sebab beliau mewujudkan laman Facebook tersebut.

"Saya menerima hakikat bahawa jalan raya kita ini memang kerap rosak yang disebabkan oleh faktor cuaca, kenderaan berat selain berpunca daripada kontraktor syarikat utiliti yang mengorek jalan.

"Saya ada memantau dalam akhbar mengenai masalah ini, malah Utusan Malaysia ada melakukan beberapa siri laporan mengenai jalan berlubang," ujarnya.

Katanya, walaupun kaedah aduan sudah dipermudahkan tetapi beliau berharap kesedaran dalam menjaga kemudahan awam itu akan meningkat supaya jalan raya di ibu negara dapat bertahan lebih lama.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 07:09 AM GMT+8 , Processed in 0.093242 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list