|
Major financial mistake yg menyebabkan kita kehilangan investment opporturnity.
[Copy link]
|
|
major mstake aku- credit card ada smpi 5.. hahaha.. nasib baik akhir bulan ni dpt arrears byk, so aku tekad tuk byr semua lump sump n mula hidop baru tanpa hutang kredit card.semua kredit card aku dah patah2 kan..supaya lepas aku byr, aku tak swipe lg.. . |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #61 miss_comel\ catat
bagus2x... tapi FS still need at least one.... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #62 finest_solution\ catat
agree, nape tak nak guna CC, kalau pandai pakai, CC byk menolong esp tak perlu bawak duit byk2.... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #55 amirul_nazri\ catat
kalo mendaftar dgn akpk dpt apa ek??? |
|
|
|
|
|
|
|
silap beli jenis kereta yg tak sepatutnya kita beli. -
aku rasa aku beli keta yg betul x bayr byk, save petrol, nak jaln jauh pinjam company punya
2. jual kereta, tapi tak tukar nama & suruh org sambung bayar. - harap2 takkan jual keta, kalau jual pun dgn sedara mara
3. invest dlm skim2 maut. - x penah join
4. silap beli rumah dari pemaju bermasalah. - x beli lagi, sewa saja berhampiran ofis lagi jimat petrol dgn +- rm100-150 siap washing machine peti sejuk tv kipas tersedia pakai oleh osmate x ksah kita pakai
5. terperangkap dgn hutang kredit kad. - x ada kad kredit x suka soping
6. terperangkap dgn loan kahwin. - belum nikah lagi, single n available
7. Beli rumah ikut perasaan dan nafsu
8. Tak jaga record kewangan bila serve pinjaman dari bank
byk aku tengok bila bab bayar loan, ambik mudah..kadang2 bayar lambat or tak bayar langsung.
Sape pernah tgk CCRIS, tau la yg setiap pinjaman yg diambil akan direcordkan bayaran untuk setiap bulan samada bayar ikut masa atau lambat, jika lambat bayar akan ditandakan..bila record bayaran tak cantik, nak ambil loan baru payah nak approve..dan nama pun kena blacklist.... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #67 amirul_nazri\ catat
agree, lagipun Hire Purchase charge fix interest...better duit extra tu masuk kat ASB. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #67 amirul_nazri\ catat
tak plan nk tukar keta pun... mmg plan nk pakai lama keta tu tak penah buat hal lagi
jd sy menyimpan kt asb aje la...tgh pulun nk simpan byk2 kt situ...
ingat nk masuk unit trust...byk bc post awak kt thread lain...berminat....tp tnggu dulu la duit kt asb sikit je baru.... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #68 mat403\ catat
maknanya sy byr lebih dan settlekan pembayaran monthly installment cepat2 pun mmg dh termasuk interest skali kan?
kalu camtu byr cam biasa je la ye...tp semak laa budget bulan kene tolak utk keta...kalu utang ni tak aman je idup |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #70 a_dira\ catat
betul, interest dah dikira awal tapi kalau settle awal mmg ada rebate tapi tak berbaloi sgt..lagi better sep kat asb.. saya agree mmg sakit kepala tgk bayaran keter ni..dah la bayar bulan2 n reger keter jatuh reger.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mat403 at 15-5-2009 20:31
betul, interest dah dikira awal tapi kalau settle awal mmg ada rebate tapi tak berbaloi sgt..lagi better sep kat asb.. saya agree mmg sakit kepala tgk bayaran keter ni..dah la bayar bulan2 n reg ...
mat, skang ada tak bank yg bg HP interest rate below than 3.5% ...? |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #72 amirul_nazri\ catat
sorry bang..aku dah habis loan keter 2 tahun lepas jadi tak tau sgt pasal HP rate sekarang ni...tak silap dah naik kan rate dia baru2 ni esp utk kereta non local. aku pun baru duk fikir yg usha keter baru tapi belum tgk betul2 lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
sajer nak tambah info..
Kesilapan Kewangan Umum
- berapa yang anda lakukan??
Kesilapan 1 : Sentiasa menangguh untuk memulakan system perancangan.
Tidak syak lagi inilah kesilapan yang paling besar sekali. Tanyalah diri anda sendiri sudah berapa kali perkataan seperti “Tak apa”, “Nanti dulu”, “Lepas kahwin”, “Bila anak dah besar” sering dijadikan alasan untuk tidak memulakan pelan kewangan seperti tabungan untuk pendidikan anak, insurance perubatan atau membuat temu-janji dengan perancang kewangan bagi membaikpulih pinjaman anda.
Kesilapan 2 : Gagal menetapkan matlamat kewangan dan cara mencapainya.
Kita sendiri sedar yang tiada orang yang merancang untuk gagal tetapi kebanyakannya gagal untuk merancang. Mungkin sibuk dengan pelbagai tugas dan tanggungjawab anda tidak mempunyai masa untuk menulis di atas kertas jawapan kepada soalan-soalan seperti :
i- Apakah 3 matlamat kewangan anda?
ii- Bila jangka masa pencapaiannya?
iii- Berapa yang perlu diperuntukkan setiap bulan?
Kesilapan 3 : Kekurangan disiplin untuk menabung secara sistematik.
Media massa sekarang ini dipenuhi dengan iklan dan propaganda bertujuan mengalakkan kita berbelanja lebih dari yang sepatutnya. Tetapi patutkah media massa dipersalahkan? Apakah ada system atau rahsia yang boleh menyelamatkan wang kita daripada lanun-lanun seperti kad kredit, jualan murah, desakan rakan sebaya dan gaya hidup serba glamour?
Kesilapan 4 : Kejahilan tentang konsep nilai masa (time value) wang.
Semua orang tahu pasal hutang kad kredit, hutang along dan hutang punjaman perumahan yang seolah-olah tak pernah habis dibayar dan kalau dapat dibayar pun akan mengambil masa yang lama. Berdasarkan prinsip yang sama (iaitu konsep nilai mata wang) simpanan RM100 sebulan selama 20 tahun pada kadar faedah 10 peratus setahun (kadar kad kredit ialah 18 peratus) akan menghasilkan harta RM72000. Tetapi malangnya masih ramai yang lebih suka “menyimpan” dengan syarikat kad kredit dan sentiasa merungut tidak cukup wang.
Kesilapan 5 : Perlindungan Insurance yang tidak mencukupi.
Apabila memulakan satu system simpanan untuk tujuan tertentu contohnya deposit pembelian rumah, tabung pendidikan anak, ada risiko yang boleh menyebabkan wang simpanan tersebut tiba-tiba hangus. Contohnya sepeti belanja perubatan, hilang upaya bekerja , kemalangan. Bolehkah kita berserah kepada takdir semata-mata untuk memastikan matlamat kewangan kita tercapai?
Kesilapan 6 : Kegagalan menangani “musuh” wang yang utama iaitu inflasi
Bayangkan harga sebuku roti 10 tahun dari sekarang, atau segelas teh tarik. Kajian KWSP telah pun menunjukan bahawa duit simpanan yang diambil oleh pencarum sewaktu usia 55 tahun habis dalam jangka masa 3 tahun sahaja. Anda bagaimana, apa senjata yang ada untuk melawan inflasi, kanser kewangan nombor satu?
Kesilapan 7 : Keengganan menggunakan perkhidmatan penasihat kewangan bertauliah.
Kesilapan ini telah digunakan oleh pihak-pihak tertentu memperkenalkan skim cepat kaya, pembelian insurans dan unit trust yang tidak sesuai dan penggunaan wang KWSP yang tidak berpadanan dengan profil penyimpan. Semua orang tahu bila sakit harus jumpa doktor bukan peguam. Begitu juga kalau ada kes undang-undang jumpa peguam bukan doktor. Tidakkah logik untuk meminta khidmat nasihat seorang penasihat kewangan bagi mengatasi dilemma kewangan anda? |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #74 lanalara\ catat
moral of the story : semua bergantung pada diri sendiri samada susah sekarang n senang kemudian or enjoy dulu, bila tua, pandai2 la nak hidup... |
|
|
|
|
|
|
|
cadillac posted on 26-5-2009 04:52 PM
1. silap beli jenis kereta yg tak sepatutnya kita beli. - tak sure la silap ke tak..tapi i beli kete ...
10 tahun kerja sepatutnya dah ada minimum 10 buah rumah yg org lain bayarkan. bunyi mcm susahkan..? sebenarnya senang. sbb apa senang. sbb aku dah buat. siap beli jual beli jual lagi.
|
|
|
|
|
|
|
|
Yg baru grad ramai belanja ikut kawan dan untuk suka2 termasuk aku dulu2. Last2 keja 3 4 tahun x der apa pun |
|
|
|
|
|
|
|
Bestnya. Nak gak cam tobby |
|
|
|
|
|
|
|
alhamdulillah.....dari pembacaan aku dalam internet perihal pengurusan kewangan, dah setahun aku start kerja ok la aku dah ada saving sikit plus ngan pinjaman ASB. boleh topup utk kewangan aku utk masa depan walaupon gaji aku x banyak mana |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|