LONDON - Penyanyi kumpulan Pussycat Dolls, Melody Thornton secara terbuka mengkritik rakan sepasukannya, Nicole Scherzinger, lapor sebuah akhbar semalam. Tindakan Thornton itu dipercayai setelah dia tidak dapat menahan perasaan akibat sikap ego Scherzinger ketika dia menyertai pembukaan konsert Britney Spears di Arizona Jumaat lalu. Scherzinger didakwa menimbulkan masalah kepada anggota lain kerana dia berkeras mahu dua single terakhir mereka diedar menggunakan nama Pussycat Dolls dengan menonjolkan imej Nicole Scherzinger. Perubahan itu menyebabkan anggota Pussycat Dolls berang manakala Thornton melepaskan kemarahannya di atas pentas. Scherzinger yang kini sedang asyik bercinta dengan pelumba Formula Satu (F1), Lewis Hamilton dipercayai sudah meninggalkan kumpulantersebut untuk menjadi artis solo. Dia dipercayai akan mengumumkan keputusannya sebaik aktiviti mempromosi album terbaru Doll Domination selesai. Syarikat rakaman Interscope enggan mengulas mengenai spekulasi tersebut. - Agensi (Kosmo Online)
Ni plak video nya itu..
[ Last edited by sherry_zaida at 30-4-2009 18:59 ]
wah gaduh ek
ms tu si nicole ade atas stage gak kn
lps melody perli tu, yg ckp tu nicole kn
tp pcd neh mmg nmpk nicole yg nonjol
yg len2 cam tempelan je
Actually aku setuju dgn Melody. Macam bosan betul Nicole asyik nak tonjolkan diri dia jer. Padahal Melody pun talented aper.. malah suara lebih sedap daripada si Nicole tu.
dalam group PCD ni, Nicole dan Melody je yang betul2 boleh menyanyi...yang lain hampeh...tapi in terms of technique, Melody masih kena banyak belajar lagi sebab kengkadang kurang kawalan...Nicole on the other hand plak tone suara dia tak setanding tone Melody yang weighty, but technique Nicole memang superb...
last time nicole try solo, tapi sambutan tak berapa memberangsangkan sebab lagu2 yang nicole dapat ntah2 apa...kalau lagu dia best2 aku rasa nicole boleh survive tanpa PCD...tapi rasasnya aku pon suka kalau dorang in group...tapi kena la tukar lepas ni Nicole and the Pussycat Dolls...