CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5303|Reply: 90

Kepada Penggermar Ikan Keli

[Copy link]
Post time 18-5-2009 12:47 PM | Show all posts |Read mode
Kepada penggemar ikan keli...sila baca!

IPOH - Sanggupkah anda menjamah hidangan ikan keli yang membesar dengan zat air kumbahan dari ladang babi?

Jika tidak, anda harus memastikan ikan keli yang dimakan selepas ini bukan diternak di salah satu daripada 10 kolam ternakan itu yang diusahakan bersebelahan sebuah ladang ternakan babi di negeri ini.

Bagi penduduk berhampiran, penternakan ikan keli oleh pengusaha ladang tersebut tidak lebih sekadar untuk 'membersihkan' air sisa kumbahan babi sebelum ia dilepaskan ke saliran utama berhampiran beberapa kawasan perumahan di situ.

Wartawan dan jurugambar Kosmo! yang berjaya memasuki ladang tersebut semalam, terkejut melihat air kolam-kolam ternakan itu berwarna hijau lumut dan keadaannya jauh berbeza dengan air kolam ternakan ikan keli di tempat lain.

Menurut seorang lelaki yang mendakwa pemilik ladang babi tersebut, ikan-ikan keli yang diternak di kawasan seluas empat hektar itu bukan untuk pasaran tempatan sebaliknya untuk dijual di luar Perak.

"Kita tidak jual sini, semua luar Perak. Sini susah, orang dekat sini sudah bising pasal ladang (babi)," katanya yang enggan dikenali.

Dia enggan menjelaskan di mana ikan keli terbabit dipasarkan tetapi mengakui benih-benih ikan itu diperoleh daripada seorang pemborong di sini.

"Kenapa banyak tanya, saya kata kita tidak jual kepada orang sini (tempatan), awak kalau mahu, beli di tempat lainlah,'' katanya sebelum meminta kami beredar.

Berita penuh di --> http://www.kosmo.com.my/kosmo/co ... ra&pg=ne_04.htm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2009 12:52 PM | Show all posts
laaa... kat perak ke.....? hish...laki kita suka makan ikan keli ni....
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2009 12:54 PM | Show all posts
nasib baik aku makan ikan keli yg adik aku pncing jer..
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2009 12:55 PM | Show all posts
macamana lah nak tau benda2 (ikan,ayam etc) dtg dr mana..bukan ada cop pun diternak dan dibungkus kat mana2..maybe kena buat jugaklah packaging..supaya org boleh buat pilihan....aduhhh.....
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2009 12:57 PM | Show all posts
Uweekkkk...nasib baik aku memang tak makan ikan keli nie...tengok pun tak selera.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2009 12:57 PM | Show all posts
kalau x silap ikan keli camni berlendir,nampak lain macam.. ntah apa lg forummer yg lain sila tambah.

dinasihatkan pilih ikan keli saiz sederhana ... kalau kenal tokey kedai yg jual keli masak senang sket tau depa amik bekalan kat mana.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-5-2009 12:59 PM | Show all posts
xpenah mkn ikn keli...
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2009 01:07 PM | Show all posts
Originally posted by sunquick at 18-5-2009 12:52
laaa... kat perak ke.....? hish...laki kita suka makan ikan keli ni....



hang tak suka ka ikan keli...........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2009 01:09 PM | Show all posts
sejak lahir smpi la ni..ikan keli yg bela ni haku tak penah nak makan....kok yer pon, dulu masa kat kg, aku makan ikan keli bendang yer... besar2 ibu jari kaki yer...... sedap pun sedap, tgk pun tak geli..pastu makan tanpa was was.... kalu ikan keli yg bela, aku tgk pun dah was was. .lgi la kalu makan, rasa macam mawas.............
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2009 01:12 PM | Show all posts
dah tau lm psl nih. bukan kt ipoh je, sbb tu dah lama stop makan ikan keli
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2009 01:17 PM | Show all posts
kita tak jual kat sini........... kita jual kat luar perak jer..........
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2009 01:19 PM | Show all posts
tu la pasal...........akak pun dh lama xmkn....terkenangkan citer ni semua
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2009 01:21 PM | Show all posts
Ha.....cantikkkk...:@
lepas nie turun pulak harga keli...
Pengusaha (melayu) keli nanti yang merasa kesan...
dah kalau harga ladang turun sampai RM3.50/kg..nak untung apa??

~ sekarang Ayam pon dah mahal balik..Ikan laut? lagi la...
~ tu belom lagi cerita harga cili besar dekat ladang baru Rm2.50/kg....
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2009 01:22 PM | Show all posts
sapa yg dah termakan tu tawakal je laa.bukan nya kita tau dari mana asal kita keli tu
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2009 01:52 PM | Show all posts
bro....
ini tip nak cari ikan keli yang bersih.

ikan keli yg di pelihara dalam kolam taik,
perut dia warna hijau.
kalau yg parit tali air, kaler putih
kalau yg liar, kaler biru putih

yg penting jgn amik kaler hijau ok?
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2009 01:55 PM | Show all posts
~ tak suka ikan keli !!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2009 01:59 PM | Show all posts
dah tu,kalo makan yg dah siap goreng,camne?? ...baby dah la suka sgt2 mkn ikan keli..diorang wat camni plak!!! ..harus la baby tawakkal je..lepas ni terpaksa la takleh mkn ikan keli..
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2009 02:00 PM | Show all posts
yang miss tau...sebuah pasaraya besar kat trg my*** Mall mmg amik supply ikan keli dari perak ni..so hati2 sket laa..klau was-was x yah beli
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2009 02:15 PM | Show all posts
nampaknya harga ikan keli akan jatuh lepas ni.rasanya ramai org melayu yg terlibat dengan keli dalam  bekas pvc tu.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2009 02:19 PM | Show all posts
makan keli yang dibeli dari sangkar konkrit aje. jgn beli kat pasar. direct ambil dari kolam. keli sedap.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 11:17 AM GMT+8 , Processed in 0.234079 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list