CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: duquesne

Cerita/Pengalaman paranormal aku dan kaum kerabat

  [Copy link]
Post time 21-5-2009 12:58 PM | Show all posts
lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-5-2009 01:50 PM | Show all posts

Cerita kakak aku pulak - 1

Cerita ni berlaku masa aku darjah 2 - masa tu duduk kat Kuching, ye la.. masa tu allahyarham ayah aku anggota tentera.. so kena ikut la mana mana dia kena posting kan. Since adik beradik aku yang lain dah sekolah and duduk asrama, so aku sorang aje la ikut pindah ke Kuching. Time cuti sekolah, adik beradik aku akan take turn pegi ke Kuching.

Cuti sekolah penggal pertama, kakak aku, A, punya turn ke Kuching. Member tak sabar-sabar nak pegi, first time ke Kuching la katakan. Naik 'belon' kata orang Sarawak. So 3nd day cuti sekolah, dia dah ada kat Kuching. Seronok aku sebab ada geng dah.. takde la manjang main dengan anak-anak jiran yang kadang-kadang buli aku, dan kadang-kadang aku buli diorang.. hehehe.. Kat Kuching tu, kitorang tinggal dalam kem. Kuarters yang kitorang duduk tu tiga tingkat aje, atas bukit. Kakak aku, si A ni memang tiap tiap petang suka joging round round sekitar kem tu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2009 01:50 PM | Show all posts

Cerita kakak aku pulak - 2

Satu petang dia pegi joging, tapi dia balik lewat sikit, dah nak masuk maghrib baru nampak muka. Mak aku apa lagi.. membebel la sebab balik lambat. Ye la mana la tau kot kot ada apa apa kan... A ni dah ler baru sampai, orang tak kenal sangat dia. Dan kem tu kem dah lama, macam macam sejarah ada kat situ. Malam tu, A tak dapat tidur. Dia macam demam pulak. Mak aku pegi ler antar kat klinik. Ambik ubat, balik rumah, lepas tu mak aku buat air milo, suruh A makan ubat ler.. then semua orang pun dapat tido sampai pagi.

The next morning tu, A bangun and pegi mandi macam biasa. Dia rasa tapak tangan kiri dia macam gatal sangat. Macam rasa miang, panas, gatal - semua ada. Dia tengok ler tapak tangan dia; dia nampak macam ada bintik bintik merah dan ada air. Dia ingat dia kena chicken pox, terus bagitau mak. Mak aku kata, patut ler demam. Tapi mak aku macam cuak sebab kalau kena chicken pox, selalunya demam lama sikit, bila nak kebah tu, baru keluar macam ruam berair tu, tapi bukan kat tapak tangan dulu, tapi either start dari kepala, atau dari kaki. Ni tapak tangan. Mak aku suh A check satu badan dia kot kot ada lagi keluar bintik bintik merah berair ni. A kata takde. Tapak tangan kiri dia aje yang ada. A kata gatal sesangat tangan dia so member dah start garu garu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2009 01:51 PM | Show all posts

Cerita kakak aku pulak - 3

Mak aku pun pegi bawak A pegi klinik lagi. Doktor bagi dia ubat krim sapu, allergic, doktor kata. So mak aku ni takde la masak udang ke apa ke.. takut A lebih teruk kena allergic. So A takde la pegi joging macam biasa, mak aku dah tak bagi, takut melarat.

The next day tu, tapak tangan A macam jadi besar pulak, kulit macam terbakar, dan bintik bintik merah tu makin banyak. A dah menangis takut tengok tangan dia macam tu. Parents aku masa tu dah makin risau. So atas rekomen sorang neighbor ni, kitorang bawak A pegi kat Matang, jumpa sorang ustaz yang memang selalu orang pegi nak berubat secara tradisional. Ustaz ni dok belek tangan kiri A, lepas tu tanya A, dia ada usik apa apa benda yang bukan dia punya tak. A kata takde. Ustaz tu diam lagi. Lepas tu ustaz tu tanya lagi, ada tak A terpegang atau pegi kat mana mana tempat, nampak benda yang menarik perhatian A, lepas tu A pegang. A jawab ler, last time dia pegi joging (yang dia kena bebel sebab balik lambat tu), dia nampak satu bunga warna kuning, besar dan lawa, tumbuh tepi jalan kat kem, jalan kat sebelah kuarters anggota pangkat koperal and sarjan (kuarters ni kat belakang sikit location dia, dan sebelah kuarters tu ada belukar kecik), so dia berhenti joging, pegi kat bunga tu belek belek, lepas tu dia sambung joging sebab dia kata bunga tu berduri, so dia tak jadi nak petik.

Ustaz tu kata.. ohh patut ler.. sebab A dah terpegang hak orang, and bunga tu pulak, bukan bunga biasa, kalau manusia dah pegang, bunga tu layu. So tuan punya bunga tu bengang, sebab tu tangan kiri A jadi macam tu. That means bunga tu bukan bunga biasa yang selalu nampak ler. So ustaz tu suruh A mandi pakai air bunga 7 jenis yang mak aku bawak, lepas tu balut tangan kiri tu dengan herba-herba yang dia bagi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2009 01:52 PM | Show all posts

Cerita kakak aku pulak - final

Lepas beberapa hari, A dah tak rasa tangan dia gatal gatal dah. Tapi tangan dia rupa teruk sangat, kulit jadi macam kering sangat dan hitam (kakak aku A ni cerah sikit kulit dia), dan bintik bintik merah berair tu macam pecah dan tapak tangan A ni ada macam bulat bulat kecik macam janggut sotong tu. Member menangis tengok tangan dia - risau kot kot permanent tangan dia macam tu. Seminggu lepas dia kena tu, kulit tapak tangan kiri dia tu macam dah mati, dan start menggelupas. Dia pun dok ralit la mengopek kulit tangan dia yang mati tu, tapi yang buat aku rasa pelik sesangat, bahagian hujung jari dia, jadi macam sarung tangan pulak, A ni bleh tarik kulit kat hujung jari tu terus, so jadik macam sarung. Ngeri aku tengok. Mak aku tak sanggup nak tengok sebab sekali imbas macam jari kena potong aje. Habis aje kulit mati (kulit mati ni tebal) dah tanggal semua, baru nampak tangan A yang original, kulit pun sama cerah, dan saiz pun dah jadi normal.

Sejak dari tu, A dah tak joging sekitar kem dah. Kalau dia nak keluar ke apa ke, dia mesti bawak aku, kalau tak pun keluar satu family aje.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2009 02:44 PM | Show all posts
next time....sambung lagi auw!!!!
best ler....cite ko nie....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-5-2009 02:45 PM | Show all posts
lagi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2009 04:01 PM | Show all posts

Reply #67 nik2121's post

Nik.. suka eh baca my stories.. sorry hari ni tak sempat nak upload cerita yang seterusnya.. esok la eh..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-5-2009 04:02 PM | Show all posts

Reply #60 cikputeh82's post

Thanks..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2009 04:03 PM | Show all posts

Reply #66 cik_ted143's post

Esok sambung eh. hari ni tak sempat la .. sorry
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2009 04:05 PM | Show all posts

Reply #56 ea208964's post

Cerita paling seram tu masih lagi dalam editing.. agak terasa seram sikit.. tapi insya-Allah.. akan diletak jugak kat sini...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2009 04:07 PM | Show all posts

Reply #57 chicmushroom's post

Heheheehheeh... hari ni dah update cerita dah... nak sambung lagi tak sempat.. kejap lagi kena masuk presentation..
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2009 04:36 PM | Show all posts
suka baca crita tuan tanah...

pandai tuan tanah bercerita...
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2009 04:40 PM | Show all posts

Reply #73 tr11's post

betul2 ... mesti tuan umah ni suka buat keje secara teratur dan terperinci...



Gud luck duquesne for presentation...mesti mabeles presentationnya klu style mcm bercerita teratur dan senang di fahami..
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2009 04:58 PM | Show all posts
lagikkk....
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2009 05:21 PM | Show all posts
cargas tuan rumah! best best!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2009 09:01 PM | Show all posts
nak lagi
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2009 09:26 AM | Show all posts
Morning Tuan Tanah..

Jemput & silalah ye tambah2 apa yg patut.. Terus kn usaha murni anda ini.. hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2009 10:23 AM | Show all posts
salam.....ader lagi ek citer.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2009 11:16 AM | Show all posts
Salam and morning semua... hari ni mungkin tak sempat nak update banyak banyak.. tapi this time is my own experience..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 11:40 PM GMT+8 , Processed in 0.067847 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list