CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2157|Reply: 39

Politaik : 1,000 ahli Umno Kangar keluar parti?

[Copy link]
Post time 19-5-2009 03:03 PM | Show all posts |Read mode
Tindakan ahli-ahli Umno yang didakwa melompat parti untuk menyertai PKR secara terbuka di Perlis, khususnya di Kangar, menimbulkan tandatanya apakah ianya tanda membantah pelantikan Menteri Besar, Datuk Seri Md Isa Sabu sebagai pengerusi Umno negeri yang baru.

Dr Md Isa yang juga ADUN Bintong, merupakan ketua Umno bahagian Kangar.

Malaysiakini difahamkan seorang bekas pemimpin Umno bahagian Kangar telah mengisytiharkan keluar parti itu bersama-sama kira-kira 1,000 ahli parti itu untuk menyertai PKR, bulan lalu.

Ketika dihubungi Malaysiakini, seorang pemimpin Umno bahagian tersebut yang tidak mahunya disebut, mengesahkan perkara itu berlaku tetapi berkata, tidak tahu apa puncanya.

Beliau juga mengesahkan kumpulan tersebut bertindak keluar Umno selepas selepas Dr Md Isa dilantik menerajui Umno Perlis, menggantikan bekas menteri besar, Datuk Seri Shahidan Kassim pada 24 April lalu.

"Mereka buat (keluar) secara terbuka," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Ditanya sama ada bekas pemimpin Umno itu mempunyai masalah dengan Dr Md Isa, beliau berkata: "Saya tak tahu".

Shahidan dilantik MT

"Tetapi setahu saya, bekas pemimpin Umno berkenaan, turut menghadiri perhimpunan agung Umno hujung Mac lalu," tambahnya.

Ia, tambahnya, diikuti pula dengan penubuhan bahagian DAP di ketiga-tiga bahagian - Padang Besar, Kangar dan Arau - yang dirasmikan dua minggu yang lalu.

Kemelut politik Umno di Perlis tercetus selepas pilihanraya umum 2008 apabila Shahidan tidak dilantik semula sebagai menteri besar.

Shahidan juga enggan melepaskan jawatan pengerusi Umno negeri kepada Dr Md Isa.

Bagaimanapun bulan lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan rombakan pengerusi Umno negeri-negeri.

Najib yang juga presiden Umno melantik Dr Isa Sabu mengetuai Umno Perlis.

Jawatan kosong

Datuk Zahidi Zainul Abidin yang juga ketua Umno Padang Besar, dikekalkan sebagai timbalan pengerusi Umno negeri.

Manakala Shahidan yang juga ketua Umno bahagian Arau, pula dilantik sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno.

Mengenai badan perhubungan Umno negeri, setakat ini, Dr Md Isa belum lagi mengisi kekosongan bagi jawatan setiausaha, bendahari dan ketua penerangannya.

Sebelum ini, Datuk Hashim Suboh yang merupakan penyokong kuat Shahidan memegang jawatan ketua penerangan Umno negeri.

"Kalau dulu ada juga orang lobi-melobi jawatan tersebut, tapi sekarang orang macam tak peduli," kata seorang pemimpin Umno negeri itu.

"Sampai sekarang orang tertanya-tanya (siapa yang akan mengisi jawatan itu)," tambahnya.

Perlis mempunyai tiga bahagian meliputi 330 cawangan dengan sejumlah kira-kira 54,000 ahli.

kopi dari malaysiakini

apa dah jadi ketuanan parti keramat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2009 03:14 PM | Show all posts
kalau ahli umno lompat parti sebab tak puas hati dengan  perlantikan pengerusi yg baru tak menjamin apa apa.diorg ni lompat bukan sebab tak puas hati ngan Umno tapi pengerusi tu je.buat je dapat pengerusi yg baru mau diorg masuk balik umno.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2009 03:19 PM | Show all posts
lompat....lompatlah selagi ada kaki.........
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2009 03:25 PM | Show all posts
kalau ahli PR melompat parti mereka kata tu semua reka2 ... tipu2
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2009 03:25 PM | Show all posts
lompat camni abaikan je. sangat x bleh dipecayai.. esok2 hulur duit je lompat balik la tu
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2009 03:38 PM | Show all posts
Originally posted by asklinux at 19-5-2009 15:25
kalau ahli PR melompat parti mereka kata tu semua reka2 ... tipu2



berita neh dr utusan mangkok kaaa??
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-5-2009 03:39 PM | Show all posts
mesti keluar TV3 mlm ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2009 03:40 PM | Show all posts
Depa dapat kain pelikat lagi lawa kot?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2009 03:41 PM | Show all posts

Reply #7 nt3005's post

Jangan harap...
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2009 03:41 PM | Show all posts
boleh ke biter UMNO lompat parti masuk tb3 ? kalau PKR lompat masuk UMNO mau 10 minit berita pasal tu siap ada yg di interbieu lagi
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2009 03:44 PM | Show all posts

Reply #1 sepiITUindah's post

LOMBU picahh kandang kaaaaaa....? mau tolak murah2..? phewwwww.....
Alahai...lombu is lombu....
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2009 04:04 PM | Show all posts

to asklinux or totokreturn

Even if aku penyokong pkr,aku prefer shahidan kassim as menteri besar .Sapa yang stay kat perlis mesti tau apa sebab.Apa la bn,yang bagus kena buang.Mana orang lain tak marah.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2009 04:37 PM | Show all posts

Reply #8 penyo's post

depa nak tolong bang dan sebab bang dan dah menganggur..
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2009 04:46 PM | Show all posts
perang terbuka antara mat isa dan shahidan bukan lagi rahsia.lihat saja suratkabar semalam bila shahidan mendedahkan dia memimpin bolasepak perlis guna wang sendiri sampai hampir pokai tanpa mendapat bantuan isa sabu dan kerajaan negeri.

media tak berani nak siar lebih2 je.kalau tak mesti best.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2009 04:55 PM | Show all posts
Lantak ko le nak lompat ke hape.

Melayu bodo biasenya hari ni lompat sini, esok lompat sane balik.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2009 05:01 PM | Show all posts
kalau ikut perlembagaan umno,mana2 ahli yg mengisytiharkan keluar parti dan lompat parti lain,ahli itu takkan diterima lagi menjadi ahli umno.

malangnya peruntukkan ini sudah tidak dipakai lagi sebab dah terlalu ramai yg kuar umno,lawan umno tapi akhirnya masuk balik.yg lebih haru dapat masuk dan jadi pemimpin sampaikan org yg setia dari muda sampai tua hatinya umno tak pernah merasa nak jadi pemimpin sebaliknya jadi balaci org yg pernah kuar umno
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2009 05:25 PM | Show all posts
Nie mcm fenomena misteri je...

beribu2 sotong terdampar di tepi pantai tanpa diketahui puncanye.

Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2009 06:11 PM | Show all posts
Originally posted by golok mail at 19-5-2009 16:46
perang terbuka antara mat isa dan shahidan bukan lagi rahsia.lihat saja suratkabar semalam bila shahidan mendedahkan dia memimpin bolasepak perlis guna wang sendiri sampai hampir pokai tanpa mend ...


elokla dia bersihkan diri dari duit2 yg questionable tu...

Kalau duit halal pun, nanti kurang hisab kat akhirat.

Kalau duit haram... lagi elokla dibersihkan
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2009 06:47 PM | Show all posts
Originally posted by alien3d at 19-5-2009 16:04
Even if aku penyokong pkr,aku prefer shahidan kassim as menteri besar .Sapa yang stay kat perlis mesti tau apa sebab.Apa la bn,yang bagus kena buang.Mana orang lain tak marah.



BN tak buang shahidan malah BN pertahankan mati-matian pertahankan shahidan, tapi dah raja perlis tahu tembelang dan busuknyer shahidan tuh, jadik dia pilih mat said jadik mb perlis.....
ko cayer kaki kelentong hidup2 tuh jadik mb..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-5-2009 06:49 PM | Show all posts

Reply #17 haluz's post

terengganu gak mempunyai masalah yg sama ngan kepimpinan MB
tapi tak ade lak sotong terdampar di kuala perlis
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 09:33 AM GMT+8 , Processed in 0.092427 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list