CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30217|Reply: 82

Sejarah Negeri Sembilan -

[Copy link]
Post time 29-5-2009 06:37 AM | Show all posts |Read mode
Menghayati sejarah Negeri Sembilan

Promosi ini mempunyai kelainan dalam memperkenalkan keunikan serta bahan sejarah apabila ia turut menampilkan warisan takhta diraja Negeri Sembilan.



ISTANA Seri Menanti menjadi simbol kepada keunikan
keluarga diraja yang masih kekal di Negeri Sembilan.


PROMOSI sempena pertabalan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, 60, yang dimasyhur sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-11 akan diadakan di Pusat Pelancongan Malaysia (Matic), Ampang, Kuala Lumpur dari 29 hingga 31 Mei ini.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian, Warisan dan Adat Istiadat Melayu, Datuk Mohd. Razi Kail berkata, promosi itu bertujuan memberi peluang kepada warga kota melihat sendiri sejarah yang dibawa dalam pelbagai bentuk dan adat istiadat Negeri Sembilan.

Kesemua ciri-ciri adat dan istiadat negeri itu akan dipamerkan untuk tatapan pengunjung sepanjang promosi yang berlangsung selama tiga hari itu.

Antaranya melibatkan pameran dan demonstrasi budaya, permainan tradisional, makanan dan persembahan kesenian yang melambangkan adat istiadat Negeri Sembilan.


MOHD. RAZI KAIL (dua dari kanan) melancarkan promosi keunikan istiadat
pertabalan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan di Kuala Lumpur baru-baru ini.


Promosi anjuran kerajaan Negeri Sembilan itu dikelolakan bersama Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Sembilan (MTPNS) dengan kerjasama Matic, Muzium Negeri dan Unit Penggalakkan Pelancongan Negeri Sembilan.

"Promosi ini mempunyai kelainan dalam memperkenalkan keunikan dan bahan sejarah apabila ia turut menampilkan warisan takhta diraja Negeri Sembilan,'' katanya dalam satu kenyataan kepada Kosmo!.

Antara bahan-bahan yang ditampilkan itu termasuklah salasilah dan warisan takhta diraja Negeri Sembilan daripada keturunan Raja Melewar sehingga Tuanku Muhriz.

Dalam pada itu, Mohd. Razi berkata, promosi itu juga mampu meningkatkan kefahaman orang ramai, di samping memartabatkan khazanah warisan silam negeri Adat Perpatih itu.

Generasi muda yang kebanyakannya berhijrah ke ibu kota harus mengambil peluang mengenali sejarah dan amalan Adat Perpatih menerusi promosi tersebut.



MASAK lemak cili padi yang sinonim dengan sajian
tradisional Negeri Sembilan menanti pengunjung.


Menurutnya, keunikan Adat Perpatih yang menghimpunkan pelbagai artifak dan pameran ini memenuhi kehendaki pengunjung termasuk pelancong tempatan dan asing.

"Ia bukan sekadar mempamerkan secara kronologi penghijrahan orang Minangkabau di Tanah Melayu pada abad ke-15 secara terperinci, malah pengisian galeri baru itu turut diwarnai dengan pelbagai artifak dan replika berkaitan termasuk rumah Minang," ujarnya.

Menurutnya, dekorasi yang direka khas turut menjadi lambang institusi beraja, selain pelbagai bahan sejarah seperti Undang Yang Empat dan Luak-Luak oleh masyarakat Negeri Sembilan.

Keseluruhan pameran tersebut katanya, menjadi lambang diraja Negeri Sembilan dan sedikit sebanyak ia memberikan maklumat kepada pengunjung yang hadir.

"Warga kota dan anak-anak muda yang berhijrah ke ibu kota, boleh menggunakan peluang ini sebaik mungkin supaya pemahaman khazanah Adat Perpatih dapat diterapkan.



SERAMAI 200 peserta akan mengambil bahagian
dalam Pertandingan Congkak Terbuka.


"Harapan saya adalah pameran ini dapat memberi manfaat kepada pengunjung," katanya.

Beliau juga memberitahu, pameran di Matic kelak dapat memberi kepuasan dan memenuhi hasrat pengunjung yang datang untuk mengetahui maklumat sejarah Negeri Sembilan.

"Jika anda seorang pelajar, pensyarah atau pengkaji sejarah yang ingin mendapatkan maklumat tentang Negeri Sembilan, semuanya mampu dirungkaikan dengan mengunjungi pameran ini," katanya.

Menurutnya, majlis prapelancaran pertabalan itu juga bertepatan kerana selepas 41 tahun, Adat Pertabalan Tuanku Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan akan diadakan pada 24 hingga 26 Oktober ini.

"Apa yang diharapkan, orang ramai mendapat maklumat awal mengenai adat istiadat tersebut yang penuh bersejarah dan gilang gemilang," kata beliau.

Pada masa yang sama, katanya pelbagai program dan aktiviti sama ada dalam bentuk pendidikan, kebudayaan, kesenian, warisan dan adat istiadat akan diadakan khusus untuk pelajar sekolah dalam usaha menggalakkan lebih ramai orang datang ke pameran tersebut.



******************************************************************************************

...bila sebut negeri sembilan, perkara pertama yang datang pada saya
ialah masak lemak cili padi - sebab orang negeri buat memang best pedas
perkara kedua -- well ni macam myth la juga --- bila sebut negeri sembilan
selalu ada perception tentang kalau kahwin dengan perempuan negeri
sembilan.. ha - susah nanti.. sebab harta tu lain sikit division nya -
perkara ketiga - kalau sebut negeri sembilan mesti teringat port dickson
sebab tu aje la laut yang kira dekat dengan KL - dan dulu masa kecil2
hari minggu mesti sokmo kita pergi berkelah seharian kat port dickson -

.. rupa2nya banyak lagi tentang sejarah negeri sembilan ni -- boleh la
kita kongsi sama-sama -
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2009 11:03 AM | Show all posts
nak quote ...bila sebut negeri sembilan, perkara pertama yang datang pada saya
ialah masak lemak cili padi - sebab orang negeri buat memang best pedas
perkara kedua -- well ni macam myth la juga --- bila sebut negeri sembilan
selalu ada perception tentang kalau kahwin dengan perempuan negeri
sembilan.. ha - susah nanti.. sebab harta tu lain sikit division nya -
perkara ketiga - kalau sebut negeri sembilan mesti teringat port dickson
sebab tu aje la laut yang kira dekat dengan KL - dan dulu masa kecil2
hari minggu mesti sokmo kita pergi berkelah seharian kat port dickson -

setuju ngn masak lemak cili api
susahker?hurm not all n9 resident masih gune adat perpatih sesetengah jer...
ader jugak yg gune hukum faraid...
then PD tue mmg penuh time cuti...

Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2009 11:51 AM | Show all posts

Reply #1 dexa's post

mmg ske g pd..dr kecik smpai la sekarang umo da berpuluh tahun..
rilex jek..
bab masakan mmg besh gle coz atok mmg org rembau n9..
so da biase mkn pdas2...
bab adat tu..kuarge biase2 jek..
tp umah atok still umah tradisi minang kabau..
huhu..
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2009 11:36 PM | Show all posts

Reply #2 msbiology's post

orang negeri sembilan sendiri mostly suke makan pedas..tak pedas tak sah.
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2012 01:25 AM | Show all posts
banyak je bende yg menarik kt n9 cume ramai x tau sbb slama zaman isa samad jdi mb,,20 thn lebih n9 x de kemajuan...camtu aje lah...ni sejak zaman mohd hassan naik naru ade nmpk improvemnt.....yg dipertuan besar yg baru ni pon lagi mesra rakyat...alhamdulillah...
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2012 01:16 PM | Show all posts
Reply 1# dexa
bila sebut negeri sembilan, perkara pertama yang datang pada saya
ialah masak lemak cili padi - sebab orang negeri buat memang best pedas
perkara kedua -- well ni macam myth la juga --- bila sebut negeri sembilan
selalu ada perception tentang kalau kahwin dengan perempuan negeri
sembilan.. ha - susah nanti.. sebab harta tu lain sikit division nya -
perkara ketiga - kalau sebut negeri sembilan mesti teringat port dickson
sebab tu aje la laut yang kira dekat dengan KL - dan dulu masa kecil2
hari minggu mesti sokmo kita pergi berkelah seharian kat port dickson


   saya nk betulkan sikit bab perception tentang kahwin dgn pmpuan n9 n adat perpatih.Betul, adat perpatih tu still ada, tp taklah seketat zaman dahulu.. n still ade event dekat rembau pun,
sikit2 je yg masih nk amal kan.

Fasal harta division tu, hanya apply untuk harta pusaka saja.

Contoh: mak org n9, ayah bukan n9

automatik anak mmg akan ikut belah mak, (means ada suku).
tp bab bahagi harta mak ayah, ikut Islam lah. Macam harta sepencarian mak ayah, atau harta ayah sahaja,
tak akan di usik dengan adat perpatih pnya rule.

Tp harta pusaka, macam harta peninggalan nenek/moyang belah ibu (selalunya berupa rumah pusaka,
kebun/sawah/ladang/emas) barulah di agih mcm adat perpatih. Tp zaman skrg ni org dah x kisah, sbb harta kumpul sendiri2.
Harta pusaka pun dah tak kisah, contoh, bnyk sawah2 and tanah dkt kuala pilah tu tak berusik pun. Anak2 semua merantau,
takda siapa nk majukan tanah pusaka tu...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-4-2012 11:30 AM | Show all posts
kalau dapat kawen dgn perempuan n9 dari keluarga byk harta..untunglahh..kebanyakan harta dapat kat dia.

so bila ceraii...dah tentu lah pompuan tuh just amik balik harta benda die sahaja....dari mana plak datang adat abis harta laki tuh plakk?hahahaha..very the misconception betullahh...
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2012 04:40 PM | Show all posts
yup,ramai org selalu misconcept adat perpatih ni.seakan jadi mcm satu taboo plak bila nak kawen org n9 kena pikir byk kali.walhal bape kerat je lagi yg masih amalkan adat ni dan ia bukanlah seteruk yg disangka.

*setuju bab isa samad jd mb tak ade ape kemajuan pun tpi bila tok mat naik jd mb,mcm2 die buat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2012 06:58 PM | Show all posts
but PD dulu x sama ngan skrg.. mcm dah tak meriah je.. x mcm dulu2..
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2012 04:47 PM | Show all posts
ingat lagi dulu stadi kat pilah... ramai sarawakian, sabahan, kelantan, terengganu & student yg tak tahan makanan pedas nih, abih je belajar 3 tahun, bila balik kampung & masak, kuarga bising2 sbb masakan diaorang dah bertukar menjadi pedas... ye la, dok kat pilah, mana nak cari makanan yang tak pedas... nasi ayam je la... larat ke nak makan nasi ayam hari2??? nak tak nak makan je la jugak walaupun pedas... lama2 dah terbiasa, makan mesti nak pedas2...
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2012 04:53 PM | Show all posts
dan yang paling ai ingat, ai pegi pelantikan buapak kat area pilah jugak... tak ingat kampung apa... pegi perkahwinan mak saudara bff ai kat tampin yang masih mengekalkan adat istiadat tu.... macam2 lagi la tapi nak kena ingat balik sbb dah sepuluh tahun pun meninggalkan pekan pilah tu...
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2012 04:26 PM | Show all posts
Jelebu berasal daripada nama seorang lelaki yang mati lemas dalam Sungai Teriang pada zaman Dato' Moyang Saleh, Undang Luak Jelebuh yang menerima gelaran dari Sultan Johor pada 1757. Dua pemerintah Jelebu sebelum Dato' Moyang Saleh adalah Dato' Gombak dan Dato' Mentunggang dengan memakai gelaran Penghulu. Bila Dato' Moyang Saleh ambilalih jawatan tersebut, jawatan penghulu digantinama sebagai Undang Jelebu. 1757, Moyang Saleh menghadap Sultan Johor kerana Sultan Johor dah bunuh anak Undang Rembau. Sebab Moyang Saleh berani dan tegas, dan Sultan Johor nak bodek dia, maka Moyang Saleh mendapat gelaran Dato' Manduleka Menteri Akhir Zaman Sultan Jelebu.

Sejak tu, Jelebu tak lagi di bawah kekuasaan Johor. Jelebu berkuasa sendiri yang disebut 'Bergajah Tunggal'. Peristiwa inilah yang dikatakan 'memutus tali ke Johor'.
Dato' Siamang Gagap atau nama sebenarnya Kahar adalah tokoh penting dalam perlantikan Tunku Puan Intan balu Yamtuan Radin (1824-1861) menjadi pemangku raja yang memerintah Negeri Sembilan semenjak Raja Melewar. Raja Radin adalah pemerintah keempat Negeri Sembilan.
Berlaku pergaduhan dan perebutan kuasa antara 1869-1872 (tempoh di mana Negeri Sembilan tidak mempunyai raja). Seorang anak Yamtuan Imam yang mangkat bernama Tunku Ahmad Tunggal berkeras menuntut supaya dia diangkat sebagai raja.  Tapi orang-orang besar dan penghulu-penghulu luak tidak bersetuju mengangkat tunku Ahmad Tunggal menjadi raja kerana kelakuannya yang tidak elok.


Pada masa itulah Dato'-Dato' Undang Luak Sungai Ujong, Jelebu dan Rembau berselisih faham dengan Yamtuan di Seri Menanti dalam beberapa perkara dan menjadi salah satu sebab bagaimana Inggeris mula campur tangan dalam pemerintahan tiga luak itu. Jarum Inggeris mengakibatkan Perang Naning dan Perang Bukit Putus. Masa tu ler Dato' Siamang Gagap yang cukup berpengaruh memainkan peranannya sehingga Negeri Sembilan mempunyai satu-satunya raja perempuan (walaupun hanya pemangku) yang memerintah selama 3 tahun (1869-1872) sehinggalah Yamtuan Antah iaitu anak saudara kepada Yamtuan Imam diangkat menjadi raja.

Upacara pemilihan Yamtuan oleh Undang Luak Berempat hanya berlaku Negeri Sembilan 'merdeka' sepenuhnya daripada Johor. Sebelum itu, pemerintahan berjalan di bawah tadbir seorang ketua yang dipanggil Penghulu Luak yang kemuidannya dipanggil Undang. Setiap Luak ini mempunyai kuasa sendiri memerintah luaknya yang dibantu oleh Dato'-Dato' Lembaga, Buapak dan besar waris menurut sistem Adat Perpatih.
Dato' Siamang Gagap hanya mempengaruhi agar Tunku Puan Intan balu Yamtuan Radin dinaikkan sebagai pemangku raja sementara Dato'-Dato' Undang Luak Empat mencari jalan penyelesaian untuk mencari ganti raja. Sebab itulah antara tahun 1869 sampai 1872, Negeri Sembilan takder raja. Yang ada cumalah pemangku raja. Dengan kata lain, perlantikan Yamtuan Antah tetap tertakluk di bawah kuasa keempat-empat Dato' Undang Luak Empat itu.

Dato'-Dato' Undang Luak Yang Empat asalnya daripada proses bersemenda menyemenda (nikah kahwin) antara orang-orang Minangkabau yang baru datang ke Negeri Sembilan dengan kaum Semang dan Jakun yang melahirkan keturunan suku Biduanda. Sebab itulah pesaka Undang tidak boleh disandang oleh orang dari suku lain selain suku Biduanda kerana orang yang dari suku lain itu adalah orang yang baru mendatang, bukannya penduduk asli.


Hak sebagai Yamtuan (belum lagi Yang Dipertuan Besar) selepas Yamtuan Imam (1861-1869) direbut oleh Tunku Ahmat Tunggal, salah seorang anak Yamtuan Imam. Tapi dia tak dilantik sebagai perangainya yang kejam dan gila kuasa.  Hasil mesyuarat keempat-empat Dato' Undang Luak itu, Tunku Besar Lintau, anak saudara Yamtuan Imam ditawarkan untuk menjadi raja tapi dia menolak sebab dia tidak suka campur dalam hal ehwal negeri dan memikul tanggungjawa itu. Dikatakan Tunku Besar LIntau seorang yang alim lagi warak dan lebih suka beramal ibadat. Jadi, selepas Tunku Besar Lintau menolak, adiknya iaitu Yamtuan Antah pula dilantik.

Lepas tu, panjanglah kisahnya termasuklah Tunku Ahmad Tunggal yang gagal menjadi raja, lari menemui Dato' Kelana Syed Abdul Rahman di Sungai Ujong dan meminta bantuan Dato' Kelana untuk memerangi Yamtuan Antah. Macam mana Luak Sungai Ujong (Dato' Kelana), Undang Luak Jelebu dan Undang Luak Rembau mengisytiharkan diri keluar dari persatuan Negeri Sembilan dan tidak mengakui Yamtuan Antah sebagai raja.
Bermula dari situlah meleret-leret sampailah campurtangan Inggeris di Negeri Sembilan pada 23 November 1876 menerusi perjanjian antara Yamtuan Antah dengan Dato'-Dato' Penghulu Luak. Sebelum itu, Inggeris bantu Dato' Kelana menyerang Seri Menanti pada 1874 yang menyaksikan kekalahan Yamtuan Antah.

Tapi akhirnya campurtangan dan tipu helah British menaikkan semula Yamtuan Antah walaupun sepatutnya Dato' Kelana yang menang perang pada 1874 sepatutnya jadi raja berdasarkan prinsip, yang kalah hilang negeri, yang menang menguasai dialah yang memerintah.
Nasihat daripada British menerusi gabenornya, Sir Frederick Aloysius Weld, menyebabkan Yamtuan Antah balik ke Seri Menanti dan menjadi raja di Seri Menanti yang terlengkong Luak-Luak Johol, Inas, Ulu Muar, Jempul, Terachi dan Gunong Pasir... (Negeri Sembilan yang tidak lengkap)
Perkataan 'Negeri' yang ada pada pangkal nama Negeri Sembilan itu adalah berasal daripada perkataan orang Minangkabau yang disebut menurut pelatnya 'Nagari' kerana Negeri Sembilan telah dibuka oleh orang-orang yang datang dari Minangkabau... kemudian selepas dari itu, 'Negeri' bermaksud pula gabungan 9 buah Mukim atau Luak.

Sebelum orang Minangkabau datang ke negeri itu, Negeri Sembilan didiami oleh orang Asli Semang dan Jakun. Bila orang Minangkabau yang lebih bertamadun datang meneroka,maka, dengan mudah diorang pengaruhi orang Asli itu. Kemudian berlaku proses perkahwinan antara orang Minangkabau dan Orang Asli melahirkan keturunan Biduanda yang kemudian menjadi golongan yang menentukan siapa raja.
Berdasrkan batu bersurat yang sampai sekarang masih ada di Sungai Udang Linggi Port Dickson, Negeri Sembilan dibuka pada awal kurun ke-14 oleh seorang yang bernama Syeikh Ahmad. Daripada batu nesan yang terdapat di makamnya, menunjukkan dia telah meninggal dunia pada 1467, iaitu ketika pemerintahan Sultan Mansor Syah di Melaka.

Walaupun ada pendapat mengatakan dia berasal dari Arab, Parsi atau India, tetapi batu bersurat yang didapati dari atas kuburnya ternyata sama bentuk, rupa dan tulisan dengan batu bersurat yang ditemui di daerah-daerah Minangkabau, maka tidak syak lagi, Syeikh Ahmad berasal dari Minangkabau. Selepas tu, barulah orang Minangkabau datang beramai-ramai ke Negeri Sembilan. Ada yang naik dari Kuala Sungai Linggi, Melaka dan Kelang. Mereka yang naik dari Kuala Sungai Linggi mendiami daerah Rembau dan Sungai Ujong serta Seri Menanti, manakala yang naik melalui Melaka, tinggal di Naning, Johol dan sebahagian dalam daerah Kuala Pilah.

Kebanyakan orang Minangkabau yang mula-mula datang ke Tanah Melayu terutama Negeri Sembilan, kebanyakannya beasal dari daerah sekitar Pagar Ruyong. Antara kampungnya, Sungai Tarap dan Semanik. Jadi, tak hairanlah macam mana orang Negeri Sembilan boleh menjemput Raja Melewar jadi raja diorang pada 1773 sebab Raja Pagar Ruyong itu adalah juga raja diorang. Malah dua orang raja Negeri Sembilan selepas Raja Melewar pun dijemput dari TAnah Pagar Ruyong iaitu Yamtuan Hitam dan Yamtuan Lenggang.

Apabila cerita mengenai  Negeri Sembilan.....  mesti ada kaitan ngan Rembau. Ini adalah kerana Rembau merupakan  negeri yg pertama wujud di Negeri Sembilan sblm tempat lain. Tu pasal   Rembau digelar Nagari Nan Tuo.



di post oleh Daeng Jati - halaqah
http://halaqah.net/v10/index.php?topic=1387.0
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2012 04:30 PM | Show all posts
Post Last Edit by H猷L鰃頧 at 22-4-2012 14:55

Maksud Nagari dlm Minangkabau satu penempatan sblm menjadi Nagari mesti melalui satu proses Metamorsis .     

Taratak mula dibuek (teratak mula dibuat)
Sudah taratak menjadi kampuang (selesai teratak jadilah kampung)
Sudah kampuang menjadi dusun (setelah kampung jadilah dusun)
Sudah dusun menjadi koto (sesudah dusun membentuk kota)
Sudah koto menjadi nagari  ..... (susudah kota membentuk negeri)
Semasa Kesultanan Melaka,  penduduk Rembau merupakan Jakun dibawah pimpinan Batin  Tok Pak Tinggam. Nama lama Rembau adalah Prabu. Abad ke 16 Rembau dibawah pimpinan Batin Sekudai (tiada kaitan ngan Bedahara Sekudai) . Masa ni masih jajahan Melaka dan Tun Jenal menjadi wakil Melaka ngan gelaran Tun Rembau duk kt Lubok Cina.

Nama asal  Rembau bermula dpd sbtg pokok Merbau Tua yg bsr menaungi hampir 10 buah kg. Masa utk menebang pokok tsb mengambil masa  hampir 1 bulan. Tapak pokok boleh dihidang hampir 12 dulang. Ini bukan dongeng kerana semasa penduduk kwsan tsb membajak msh terdpt btg pokok yg  tdk hancur. Kapak yg digunakan utk menebang pokok msh ada  dan saya pernah tgk . Masa inilah keluarga Jakun yg ingin membuka kg disuruh meniti spjg pokok tsb sampai diujung buatlah kg . Sampailah di Sg Ujung. tu psl Sg Ujung digelar Sg Ujung kerana berada  dihujung sg.

Org Minangkabau yg pertama dtg ke Negeri Sembilan yakini Rembau adalah Datuk Leteh. Datuk Leteh dan org Minangkabau tlh hidup harmoni bersama org Jakun sehinggakan Batin Sekudai menyerahkan anaknya Datuk Bungkal  sbg anak angkat Datuk Leteh.

Org Minangkabau yg kedua dtg ke Rembau adalah Datuk Lela Bangsa dr suku Batu Hampar menetap di Penajis. Beliau dikahwin ngan Datuk Bungkal dpt anak lelaki Seri Rama (Penghulu Rembau yg Pertama). Kedatangan beliau diikuti olh Datuk Laut Dalam dr suku Paya Kumbuh menetap di Legung.

Dlm tahun  1540 Datuk Lela Balang dan Datuk Laut Dalam tlh pergi mengadap Sultan Alauddin Riayat Syah utk menyatakan hasrat org Minangkabau melantik penghulu. Permohonan ini tld di persetujui oleh Sultan dan Seri R ama tld menjadi Penghulu yg pertama  ngan gelaran Dat uk Lela Maharaja. (Suku Biduanda Jakun). Olh sbb beliau msh kecil diwakilkan oleh Datuk Lela Balang dgn gelara n Datuk Gempa Maharaja. Apb Datuk Laut Dalam tak setuju beliau pun mengadap sultan dan meminta ktrnnya  juga layak utk menjadi Penghulu ngan syarat kahwin Seri Rama ngan anak DatuK Laut Dalam dan anak lelaki yg pertama akan menjadi penghulu ngan gelaran Datuk Sedia Raja (Biduanda Jawa). Datuk Lauta Dalam telah digelar Datuk Merbangsa.


dipost Daeng Jati - Halaqah.net
http://halaqah.net/v10/index.php?topic=1387.0
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2012 04:39 PM | Show all posts
aku teringat satu cite pasal "MOyang Salleh"... boleh apply kt hypothesis hantu jepun aku... nanti je la aku bukak
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2012 04:47 PM | Show all posts
Negeri Sembilan best la jugak berbanding Johor...bosan sehhh
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2012 05:00 PM | Show all posts
setuju... lagi bosan psal selangor. negeri xde sejarah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2012 08:24 PM | Show all posts
Johor ada apa tah...ada bangunan tinggi? Ada bangunan Kaca?

JB tu wujud pun sebab ada Singapork
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2012 09:27 PM | Show all posts
ade lalat taik nak kotorkan thread orang n9.

kesian nasib negeri dia
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2012 09:38 PM | Show all posts
Negeri Johor tak da bangunan kaca dan tinggi
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2012 09:46 PM | Show all posts
Reply 19# nobito


bangu8nan tinggi2 berkace2 marble bagai kt selangor.. org sengkek mcm ko boleh masuk ker???
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:38 PM GMT+8 , Processed in 0.703827 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list