CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dexa

Sejarah Negeri Sembilan -

[Copy link]
Post time 20-10-2013 12:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Jelebu berasal daripada nama seorang lelaki yang mati lemas dalam Sungai Teriang pada zaman Dato' Moyang Saleh, Undang Luak Jelebuh yang menerima gelaran dari Sultan Johor pada 1757. Dua pemerintah Jelebu sebelum Dato' Moyang Saleh adalah Dato' Gombak dan Dato' Mentunggang dengan memakai gelaran Penghulu. Bila Dato' Moyang Saleh ambilalih jawatan tersebut, jawatan penghulu digantinama sebagai Undang Jelebu. 1757, Moyang Saleh menghadap Sultan Johor kerana Sultan Johor dah bunuh anak Undang Rembau. Sebab Moyang Saleh berani dan tegas, dan Sultan Johor nak bodek dia, maka Moyang Saleh mendapat gelaran Dato' Manduleka Menteri Akhir Zaman Sultan Jelebu.
Sejak tu, Jelebu tak lagi di bawah kekuasaan Johor. Jelebu berkuasa sendiri yang disebut 'Bergajah Tunggal'. Peristiwa inilah yang dikatakan 'memutus tali ke Johor'.
Dato' Siamang Gagap atau nama sebenarnya Kahar adalah tokoh penting dalam perlantikan Tunku Puan Intan balu Yamtuan Radin (1824-1861) menjadi pemangku raja yang memerintah Negeri Sembilan semenjak Raja Melewar. Raja Radin adalah pemerintah keempat Negeri Sembilan.
Berlaku pergaduhan dan perebutan kuasa antara 1869-1872 (tempoh di mana Negeri Sembilan tidak mempunyai raja). Seorang anak Yamtuan Imam yang mangkat bernama Tunku Ahmad Tunggal berkeras menuntut supaya dia diangkat sebagai raja.  Tapi orang-orang besar dan penghulu-penghulu luak tidak bersetuju mengangkat tunku Ahmad Tunggal menjadi raja kerana kelakuannya yang tidak elok.
Pada masa itulah Dato'-Dato' Undang Luak Sungai Ujong, Jelebu dan Rembau berselisih faham dengan Yamtuan di Seri Menanti dalam beberapa perkara dan menjadi salah satu sebab bagaimana Inggeris mula campur tangan dalam pemerintahan tiga luak itu. Jarum Inggeris mengakibatkan Perang Naning dan Perang Bukit Putus. Masa tu ler Dato' Siamang Gagap yang cukup berpengaruh memainkan peranannya sehingga Negeri Sembilan mempunyai satu-satunya raja perempuan (walaupun hanya pemangku) yang memerintah selama 3 tahun (1869-1872) sehinggalah Yamtuan Antah
info berguna...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2013 12:21 AM From the mobile phone | Show all posts
zaharul_asriq94 posted on 9-1-2013 09:41 AM
thread pasal negeri sembilan, jadi thread bugis meroyan. bimbo btol la bugis ni

linggi dan rembau...he he
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2013 02:50 PM | Show all posts
cube bagi struktur masyarakat n9 nih... sbb tau Undang yg pilih Yang Dipertuan Besar. Buapak tu apa lak keje dia?

Lagi satu, maknanya, kalau Ayah YDPB N9, anak x semestinya leh jadik YDPB N9 ek?

menarik nih...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:09 AM GMT+8 , Processed in 0.239056 second(s), 24 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list