View: 346130|Reply: 2514
|
Pengalaman Mistik III- Ilahkhatibrani
[Copy link]
|
|
malapor kan diri kat umah ilah......
1st tu............. |
|
|
|
|
|
|
|
salam ilah.......... |
|
|
|
|
|
|
|
Salam kengkawan..
(bagi yang pernah mengikuti kisah mistik di rumah lama ilah..ilah ada bagi tips berkenaan untuk doa pendinding yang banyak fadhilat iaitu doa haikal..jadi seperti yang dijanjikan ilah letak doa haikal di sini untuk kebaikan bersama.....malahan doa ini ada diajar di sekolah pondok.)
Ilah mula mengenal DOA HAIKAL semasa ilah buat kali pertamanya berjauhan ngan keluarga kerana berjaya menyambung pelajaran ke asrama penuh...masa nie ilah baru berumur 15thn..sebelum abah bertolak pulang ke kampung abah beri ilah hadiah iaitu doa pendinding ..menurut abah ilah perlu membacanya selepas solat...Insya-Allah..selama berada di asrama tiada gangguan...pada mulanya ilah tak faham..tetapi selepas mengamalkan doa haikal nie..ilah mengakui kehebatan doa nie....dengan izin Allah ...
DOA HAIKAL
1) Haikal Awal : Ayat Kursi
2) Haikal Kedua : Ayat 35 Surah Aali Imran, Ayat 77-80 Surah Al-Isra’
3) Haikal Ketiga : Ayat 285-286 Surah Al-Baqarah
4) Haikal Keempat : Ayat 81-85 Surah Al-Isra’
5) Haikal Kelima : Ayat 4-6 Surah Maryam, Ayat 27 Surah Al-Fath
6) Haikal Keenam : Ayat 1-4 Surah Al-Jin
7) Haikal Ketujuh -:Ayat 51-52 Surah Al-Qalam
[ Last edited by ilahkhatibrani at 18-6-2009 10:13 ] |
|
|
|
|
|
|
|
wah...dah umah yg ketiga yer...tahniah ilah...teruskan bercrita pengalaman mistik anda.. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by ilahkhatibrani at 24-12-2010 09:01
Abah tidak berkata apa2 dan tidak menunjukkan apa2 reaksi..malahan abah meneruskan pembacaan ayat2 tersebut sehingga habis...dan tanpa diduga tetiba abah menumbuk ke udara dihadapannya dengan melaungkan Allahuakhbar dengan kuat...dan serentak tu juga kami mendengar jeritan yang sangat kuat...diikuti dengan gegaran di setiap alang dan tiang di dalam rumah tersebut.....sementara ilah lak dah kecut dah....hu..hu..hu...siap tutup telinga ilah sebab tak mau dengar..jeritan nyaring tersebut...
manakala abah pula tidak mengendahkan jeritan tersebut..malahan mulut abah berkumit2 membaca beberapa ayat yang diambil daripada surah yasin...dibaca sebanyak 3x dan terus ditiupnya ke arah kak milah....tanpa disangka..jeritan dan bunyi gegaran terus lenyap dan diganti dengan perubahan warna .tapak kaki kak milah serta kuku tangan dan kaki bertukar menjadi biru kehitaman...dan dada kak milah berombak kencang...sementara mak kak milah menjerit kebimbangan serta mengongoi menangis melihat keadaan anaknya.....manakala ayah kak milah hampir meluru kearah anaknya dan terhenti bila abah mendehem kuat dan membuat isyarat jangan menyentuh anaknya..dan alhamdullilah ayah kak milah mendengar kata...dan terus menuju ke arah isterinya untuk memujuk serta mengawal emosi isterinya.
hmmm..ilah lak......he..he....he..cuak juga sebenarnya .muka ilah dah kelat basi ..siap ...bernekad dalam hati kalau kak milah mulai agresif sekejap nanti..ilah nak lari ke arah abah dan duduk berdekatan dengan abah.....tak kira..abah nak marah..ke..nak jegil mata kat ilah.ke ..ilah tak peduli....hu..hu...hu....
berbalik kepada abah......setelah melihat perubahan warna kuku kak milah bertukar menjadi biru kehitaman abah dah berkerut...dan tanpa membuang masa abah mengambil segelas air suam berhampiran dengannya ..(dimana air suam nie telah diminta awal oleh abah sebelum memulakan perubatan keatas kak milah..).dan terus membaca 3x surah Al-ikhlas dan juga daripada surah Al-Waqi'ah sehingga abis....setelah abis dibaca terus abah menghulurkan air di dalam gelas tersebut kepada mak ....dan menyuruh mak titiskan beberapa titis air ke bibir kak milah sehingga basah kesemua bibirnya dan selepas tu usap ubun2 kak milah sebanyak tiga kali dengan sekali nafas dengan dimulai dengan bacaan surah Al-Ikhlas...kemudiannya .. memicit beberapa titik muka serta telinga…dengan bacaan surah Al-Ikhlas 3x..
bila mak titiskan beberapa titik air suam tersebut di bibir kak milah..yang kering tu....kak milah memberikan tindakan balas dengan memalingkan mukanya kearah yang berlainan iaitu enggan membenarkan air suam tersebut membasahi bibirnya ....dengan kedua belah matanya masih tertutup.....melihat keadaan tersebut..terus mak memegang dagu kak milah dengan tangan kirinya ..dan terus menyuakan mulut gelas tu dgn tangan kanannya ke bibir kak milah untuk menitiskan ke atasnya..alhamdullilah mak berjaya membasahkan bibir kak milah.....dan dengan izin Allah ...kak milah menjadi tenang sedikit di mana dadanya tidak berombak kencang seperti sekejap tadi....dadanya mulai berombak dengan tenang tetapi warna kukunya masih menjadi biru kehitaman....begitu juga tapak kakinya tiada perubahan
sekejapan mak terus membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 3x dan tanpa membuang masa ..mak mengusap ubun2 kak milah sebanyak tiga kali dengan satu nafas....dan pada sapuan terakhir terus mak menbasahi dan mengusap muka kak milah ....selepas tu terus mak meletakkan kedua belah tangannya di dahi kak milah dan mulai mengusap dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk daripada dahi hingga ke hujung dahi selepas tu turun ke dagu..dan disini kedua belah jari telunjuk mak bertemu......dan setelah tu terus mak menghembuskan nafasnya.....kemudian mak terus memicit kedua belah cuping telinga kak milah sambil membaca surah al-ikhlas sehingga warna kuku dan tapak kaki kak milah mulai berubah dari biru kehitaman ke warna merah kemerahan..alhamdullilah dengan izin Allah warna kuku dan tapak kaki kakmilah beransur-ansur pulih ke warna asal.
manakala ilah lak..teruja..dan kagum......sebab kali pertama melihat mak dalam keadaan macam nie..hmm nie mesti abah yang ajar mak.....
Manakala kak milah masih dalam keadaan ketiduran….Cuma kali nie tangan serta kakinya tidak bergerak atau tersentak seperti tadi..dia benafas dengan ombak yang tenang….begitu juga dengan kelopak matanya tiada pergerakan bola mata…yang mencurigakan lagi....
Setelah itu abah menyuruh mak meraba belakang tengkuk kak milah..untuk melihat sekiranya ada sebarang pertumbuhan yang ganjil...dan mak melakukannya tanpa bantahan......mak mengangkat dan menongkat sedikit kepala kak milah dengan cermat.....kemudiannya meraba bahagian tengkuk di bahagian kanan sehingga ke bahagian kiri.....setelah itu mak meletakkan kembali kepala kak milah ke atas bantal dengan cermat dan berhati2.....
Kemudiannya mak berpaling ke arah abah dan mengatakan yang terdapat dua ketumbuhan dimana satu hanya kecil sahaja dan lagi satu sederhana besar membukit seperti bisul dan bulat dibahagian kiri belakang tengkuk kak milah dan bila ditekan dengan jari isinya keras .
Kedudukan diantara salah satu sangat rapat.
Dahi abah berkerut bila mendengar kata2 mak..dan abah terus mengerling ke arah keluarga kak milah....sementara ilah lihat mak kak milah berubah muka macam gelabah..manakala bapa kak milah hanya diam sahaja tanpa reaksi...hmmm pelik sedikit....
kemudian abah menyuruh mak berganjak daripada tempatnya dan duduk berhampiran dengannya....setelah itu...abah memberi isyarat kepada ilah agar berpindah tempat duduk dan duduk di sebelah mak......masa ni ilah dah rasa lain sedikit.......namun ilah mengikut dan menurut kata abah.....sementara abah menjarakkan sedikit tempat duduk daripada pembaringan kak milah....
Tanpa diduga, abah terus bertanya dengan suara yang keras kepada bapa kak milah..sama ada mereka berdua ada tak menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuannya....
Ini adalah kerana bila abah pada kali pertama bertanya mengenai latar belakang keluarga sama ada menyimpan barang lama atau pelik serta ada saka atau pendamping..... terutama bila abah mempersoalkan tentang kewujudan lilitan kain pada setiap tiang rumah....bapa kak milah bermatian mengatakan tidak.....malahan mengatakan lilitan kain ditiang tu sudah lama ada dirumahnya sejak zaman kanak-kanaknya...dan dia sampai hari nie tidak tahu mengapa kain tersebut dililit dan diikat disitu......malahan bapa kak milah meminta bantuan abah untuk membuang kesemua..lilitan kain ditiang tersebut bila abah selesai mengubatkan anak perempuannya...
TETAPI..abah mulai ragu dengan kenyataan dan jawapan yg diberikan olehnya..setelah mengetahui sesuatu yang pelik di belakang leher kak milah......hmm sebenarnya ilah tak dapat tangkap apa maksud abah..sebab bagi ilah kalau benjolan macam tu ilah rasa baik berjumpa dengan doktor..sebab mungkin bisul ...sampailah abah menyatakan benjolan tersebut adalah tanda2 seseorang tu menerima saka atau pendamping tanpa disedari.....dan kesemua proses nie berlaku pemindahan saka atau pendamping melalui drpd keluarga terdekat...menurut abah lagi...benjolan tersebut adakalanya akan hilang pada masa tertentu..dan akan naik kembali pada masa tertentu..dan sambung abah lagi....salah satu punca kulit kak milah jadi begini disebabkan oleh BADI...
bila abah berkata demikian muka mak kak milah berubah..namun hanya diam membisu sementara muka ayah kak milah menjadi gelisah.dan terus dia mengambil Al-Quran yang berhampiran......kemudiannya berdiri dihadapan abah sambil meletakkan Al-Quran di atas kepalanya sambil bersumpah dia bercakap benar....
muka abah merah padan..ilah nampak abah mengenggam tangan kiri..dan tanpa disangka abah menumbuk lantai sambil berkata kpd ayah kak milah.....jangan mempermainkan kesucian Al-Quran dengan bersumpah keatasnya jika dia sendiri tak memuliakan kitab tersebut...
terus mak memegang abah dan menyuruh abah bersabar......ilah lak..terpana sekejap..sebab tak pernah tengok abah mengamuk macam nie....
terus abah membaca Al-Fatihah..dan setelah abis abah menyapu mukanya dengan kedu -belah tapak tangannya dan terus mengosok kedua belah telinga seperti mengambil wudhu sebanyak tiga...sampai kemerahan..setelah itu abah menarik nafas panjang....
hmmm alhamdullilah kali nie ilah lihat abah sudah kembali tenang....terus abah bertanya dengan ayah kak milah dengan nada suara yang lembut tetapi tegas...sekali lagi..tetapi soalan yang berlainan tetapi bagi ilah sama maksud..iaitu...ada tak mereka menyimpan barang2 lama daripada pemberian keluarga atau seseorang...(hmm bagi ilah soalan yang bijak sebabnya..nanti kengkawan akan faham maksud ilah)
Terus ayah kak milah mengatakan mereka ada cincin bermata merah darah yang diberikan oleh nenek moyangnya dan cincin tersebut tersimpan dengan baik di dalam bilik..sementara mak kak milah pula berubah muka bila suaminya tetiba memberitahu tentang cincin tersebut..dan tanpa disangka mak kak milah menjadi gelisah..terus dipandangnya suaminya dengan mata yang disengaja dijegilkan..hmm macam marah jer........
manakala abah pula hanya tersenyum tanpa berkata2 apa melihat telatah mak kak milah..sebaliknya abah meminta agar dapat melihat cincin tersebut..dan sudah pastilah mereka membantah terutama mak kak milah....namun setelah dipujuk serta memberi alasan sebagai salah satu cara nak mengubat anak perempuannya ..terus mereka berdua berlembut... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by ilahkhatibrani at 24-12-2010 09:01
tanpa berlengah lagi ayah kak milah keluar untuk mengambil cincin tersebut manakala mak kak milah mengekori drpd belakang..
manakala abah terus membuat isyarat kepada ilah agar mengikuti mereka secara senyap2...ilah menurut kehendak abah.walaupun cuak hu..hu..hu....sebelum ilah bergerak abah keluarkan sehelai daun sireh yang dilipat drpd poket beg yang disisip dipinggangnya dan terus diberikan kepada ilah agar dikemam dibawah lidah serta membaca tiga Qul serta doa nabi sulaiman ..dan terus abah baca surah yassin dari ayat satu hingga ke tujuh dan terus hembus ketapak tangannyanya dan diusap ke ubun2 ilah..
sebelum bergerak abah berpesan agar ilah melangkah dari tempat ilah berdiri sebanyak 15 langkah sahaja dan tidak boleh lebih dan kurang...pada langkah ke lima belas tumit kaki sebelah kiri perlu dinaikkan sedikit manakala tumit kaki kanan direndahkan sedikit drpd tumit kaki kiri dan ibu jari ditekankan sedikit....setelah itu lihat apa yang ada disekeliling dalam sepuluh saat sahaja...setelah itu berpusing dari arah kiri ke belakang ....kemudian melangkah dengan kaki kanan dahulu kemudian kaki kiri...sebanyak lima belas langkah juga tidak boleh lebih atau kurang bilanggannya...dan ilah apa yang disuruh....
Bila sampai ke langkah kelima belas ilah mengangkat kepala dan melihat mak kak milah berjalan seorang menuju ke beranda/serambi besar di ruang tengah...dan tanpa disangka terus dia melompat ke atas dan terus masuk ke beranda tersebut dan melompat sekali lagi terus tembus dan ghaib di tiang seri yang berbalut dengan kain berwarna......sekelip masa setiap tiang diumah tersebut berdengung serta bergegar..cepat2 ilah kalih penglihatan dan memandang ke kiri...terkejut ilah sebab disitu kelihatan dari belakang ayah kak milah dan mak kak milah sedang membuka pinti bilik kecil dan sedang berura masuk ke dalam bilik tersebut..mungkin ingin mengambil cincin tersebut...
jadi siapa yang melompat ke serambi......!!!! terus seluruh kaki ilah hingga siku tangan terasa sejuk yang amat sangat..sampai menggeletar ilah..dan tanpa disangka ilah macam mendengar suara abah menyuruh ilah berpatah balik sekarang....(erk! camner nak cakap yek..taktau lah nak citer..pandai2 koranglah yek...hu..hu....)
tanpa membuang masa ilah patah balik menuju ke arah abah dengan mengikuti pesanan abah...bila ilah hampir sampai..ilah lihat mak dah berubah muka bila melihat ilah..siap nak bangun ke arah ilah..tetapi abah menahan mak dgn memegang lengannya...
tepat langkah ke lima belas terus abah pergi kat ilah ....manakala ilah terus bagitau abah apa yg ilah nampak.....bila mendengar citer ilah abah hanya diam malahan menyuruh ilah mengunyah sireh yang berada di dalam mulut kemudian ludah ditangan abah......ilah buat tanpa membantah......setelah meludah kunyahan daun sireh tu ke tapak tangan abah .....tanpa membuang masa abah terus menempel kunyahan daun sireh tu di lengan kiri ilah dan terus dililit dengan kain yang telah dikoyak daripada kain pelikat abah (kain pelikat nie abah buat cam samping..jadi macam baju melayu bersamping kain pelikat)..dan terus abah membaca Al-fatihah, surah Al-Ikhlas serta selawat nabi .....ditepuknya lengan ilah sampai kuku serta kulit muka ilah bertukar menjadi merah-kemerahan.....hmm patutlah mak nak menerpa ilah bila ilah hampir tiba...rupa2nya muka serta kuku tangan ilah mulai bertukar menjadi biru..kepucatan....
setelah memastikan ilah kembali pulih..terus abah menyuruh mak memeriksa kembali tengkuk kak milah...mak menuruti..dan setelah selesai emak kembali di tempat duduknya dan beritahu abah yang benjolan tersebut sudah hilang.....hmm terdiam abah sambil menggeleng kepala.....terus abah bercakap dengan kami berdua iaitu mak dan ayah kak milah macam nak menguji abah...dan rasanya tujuan mereka abah bukan untuk mengubati dan membuang benda dalam umah..tetapi ada niat disebaliknya...
bila mendengar kata2 abah..mak dah gelabah..siap ajak abah keluar drpd umah kak milah sekarang jugak...abah menyuruh mak bertenang.dan biar abah kendalikan situasi ini terutama bila mak dan ayah kak milah masuk semula ke bilik ini nanti...sementara ilah lak cepat 2 memeluk mak agar bertenang.....sementara ilah memerhatikan kak milah dengan perasaan kasihan melihat nasibnya...
apabila ayah dan mak kak milah masuk.....ke bilik semula....abah berlagak biasa.......dan bila ayah kak milah menghulurkan cincin tersebut kat abah ..abah tidak menyambutnya..sebaliknya abah hanya memberikan senyuman serta meminta kepada ayah kak milah agar meletakkan cincin tersebut ke atas bantal sahaja .....berkerut dahi ayah kak milah..terutama mak kak milah......tetapi ayah kak milah menurut sahaja...
abah pula..melihat cincin tersebut tanpa menyentuh....kemudiannya menoleh kearah kedua ibupa kak milah dengan menyatakan..abah perlu balik kerumah dahulu dan tiak boleh bermalam disini kerana sudah berjanji dengan org lain dtg kerumahnya sebelum Maghrib...
dan insya-Allah akan kembali semula untuk membuang dan membuka kain lilitan di setiap tiang di umah mereka...tambah abah lagi anak perempuan nya mulai pulih.....kira tiada lagi benjolan dibelakang tengkuknya lagi.......dan abah sudah menyediakan sebotol air mineral yang sudah dibaca ayat0ayat suci al-Quran......untuk kak milah dibuat mandi..dimana selepas subuh tubuh kak milah perlu dilapkan ngan kain basahan drpd air botol tersebut..seterusnya kak milah harus berjemur daripada subuh sehingga terbit matahari...perkara nie perlu dilakukan sehingga kopeng2 kat kulit akan kering serta jatuh dengan sendirinya.....Insya-Allah kak milah tidak akan menjerit macam biasa cuma ayah atau mak kak milah perlu membaca yassin sampai kak milah tertidur...
ayah kak milah macam dah terpinga2..seolah terkejut bila abah cakap macam tu..sementara mak kak milah terus bersuara ..macammana kalau tetiba anaknya masa maghrib nie menjerit macam biasa.....jadi mak kak milah memaksa abah bermalam disini..jugak...
sementara abah tersenyum dan terus menjawab......yakin dengan Allah...kita hanya berusaha sahaja...Insya-Allah takder apa...lagipun abah takder berjanji nak bermalam dirumah ini..tambah abah kali nie dengan tegas....
ayah kak milah dah terdiam..terus dia menambah kalau boleh makan dahulu di rumahnya sebab menurutnya dia bercadang nak masak untuk kami..sekali abah menolak dengan lembut..dengan mengatakan kami harus bertolak sekarang juga untuk sampai ke rumah kwn abah dengan awal.......terus terkulat2 mereka berdua......
Sebelum kami bergerak pergi ..abah sebagai tetamu memberikan no.tel nya sekiranya ada apa2 hal berlaku sepanjang ketiadaanya ..hmmm baik tul abah..betul2 menjaga adab sebagai seorang tetamu.......dan kami bergerak terus ke umah kawan abah ..........
THE ENDS FIRST EPISODE- PART ONE |
|
|
|
|
|
|
|
assalamualikum... jeng.. jeng.. jeng....
|
|
|
|
|
|
|
|
Balas #9 mieraedoera\ catat
K. miera..kalau nak paste gambo kat sini..pastelah sementara ilah lum update citer lagi.....ok..kenkawan layan dulu citer miera yek....kuar jap ada hal sedikit |
|
|
|
|
|
|
|
cek in!... |
|
|
|
|
|
|
|
askum ilah..ada org x ni...waaahh...umah baru...bau cat lagi... |
|
|
|
|
|
|
|
ok.. tu 5 pic yang member miera bagi.. sapa2 leh komen kalau nampak apa2 yang tak kena |
|
|
|
|
|
|
|
Dh tilik...stakat ni lum nampak pape...hijab ttutup..huhu..
Pas ilah komen nanti...kompem clear je..mayb nk tilik dekat2 pn tkut..
foto 5..... |
|
|
|
|
|
|
|
aku pun nk tahu mana porumer tuh dpt ayat yg aku x suke bc cerita ilah ek??
kepada porumer tuh sila jawab ek...
[ Last edited by kaki_ayam at 2-6-2009 17:04 ] |
|
|
|
|
|
|
| |
|