CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4139|Reply: 5

Dokter Hospital Amik Peluang Cabul...HTAR KLANG

[Copy link]
Post time 10-6-2009 11:45 AM | Show all posts |Read mode
Salam

Email ini bukan lah pengalaman dari hakass, tapi adalah rentetan pengalaman yang telah di emailkan oleh member hakass,member hakass pon dapat dari member dia malah penulis yang sebenar seperti yang tertera kat bawah email ni pon hakass tak tahu saper...tah nama sebenar or tidak...tah  pengalaman penulis atau pon pengalaman yg dia amik dr owg lain... masa hakass baca email nih rase terkejut...marah...n bengang sgt, sebagai seorang manusia, wanita dan ibu mmg sedey betul kalau ader manusia yg kena macam nih..

selama nih dgr dari cakap2 jiran yg dah otai, pasal pengalaman buruk dia owg bersalin kat spita klang nih...ada yg anak mati lah...lemas lah...kena maki ngan misi ar..kena layan cam binatang lah...tah bila lah spital klang nih nak berubah...dah lah katil kat setiap wad rapat rapat...panas..parking susah..padat ngan pelawat. .bila dapat email ni pagi nih lagilah hakss terkejut..bukan terkejut beruk lagilah dah smpi terkejut babi...anyway..kalau lah penulis nih terima layanan tahap cipan masa beranak kat spital nih or rase cam kena cabul ker...dipergunakankan...nape dia tak repot polis...or SUHAKAM...or pengarah spital klang nih...tak silap hakass pengarah spital nih pompuan...misti dia paham...
hakass cuba nak panjangkan email nh kat utusan tp asik kena tendang jer...maibox dia owg penuh..mana lah tau dia owg nak siasat ker...highlightkan ker...pehtu nk try antar kat berita tb3 tapi tak tau email address dia owg..huhuhu...
nk tahu jugak ader ke ibu2 kat cini yg kena cam gitu or mende yg seumpama dgn email yg halass terima..??? so far spital nih mmg bad reputation pong...dari hakass kecik smpi ler dah skang..mmg citer2 yg tak enak jer dgr...ader sesap nk kungsi...


kat bwah nih email yg hakass terima pagi nih...silakan...  
Bahaya betul Dr Akhbar ni.......... ......... ......... ...anyway pls be
carefull

Beritahulah kepada saudara-mara, rakan dan sahabat handai yang
berada di sekitar KLANG atau yang berniat untuk ke Hospital TENGKU
AMPUAN RAHIMAH KLANG bagi tujuan bersalin.

Di Hospital TAR bahagian ibu bersalin: Doktor muda yang membuat
pemeriksaan BE (jalan) di bahagian kemasukan wad bersalin tidak
membenarkan pesakitnya menutup kain semasa baring supaya lebih
kelihatan berbogel dan sambil menyeluk akan melihat muka pesakit
(terutama yang muda mengandungkan anak sulung) dalam keadaan
tersenyum.

BE yang dilakukan juga agak lama sambil 2 jari meninjau ke atas, ke
bawah, ke kiri, ke kanan seluruh bahagian di dalam alat perempuan
sehinggakan ibu yang belum terasa sakit nak bersalin terpaksa
menahan daripada geli dan Nama doktor ini adalah Doktor Akbar

Di dalam 'Labour Room' tirai yang sepatutnya ditarik supaya pesakit
tidak nampak sesama sendiri dan doktor atau nurse yang lalu-lalang
kat dalam bilik itu boleh terpandang pesakit dalam keadaan
terkangkang tidak ditarik.

Isteri-isteri anda diperlakukan seperti tidak ada maruah dan tak
ubah seperti pelacur jalanan.Hospital ini juga suka melakukan
pembedahan walaupun tanpa kebenaran. Jika isteri anda terpilih
sebagai 'subject' untuk operation maka penipuan akan dilakukan
seperti dengan memasukkan ubat bius ke dalam salur air. Bila isteri
anda sudah tidak sedar, apa-apa saja boleh dibuat. Anda cuma akan
diberitahu 'perlu operation' walaupun anda tidak setuju dan tidak
menandatangani apa-apa tapi operation tetap akan dalam masa 24 jam
tentu isteri anda tidak mampu operation perlu kerana nanti 'anak'
anda akan lemas'

Doktor-doktor di sini juga suka menyeluk ibu yang susah bersalin
dengan tangan mereka bagi tujuan menarik kepala bayi. Penggunaan
alat-alat seperti alat besi untuk membesarkan 'jalan' tidak
digunakan kerana cerewet dan mala s. Doktor yang menyeluk pula mesti
yang bertugas pada hari itu, kalau 4 orang doktor maka 4 orang yang
akan mencuba 'try & error' seperti repair enjin kereta.

Ibu yang telah dioperate dan telah sedar DIBOGELKAN kemudian
DITUKARKAN baju oleh pembantu hospital LELAKI (tidak ada pembantu
perempuan ke untuk buat kerja ini atau ramai lelaki pondan kat situ
atau lelaki gila seks?)

Hospital ini adalah Kampus Cawangan UM, sudah tentu ibu-ibu yang
bersalin adalah 'subject' bahan kajian untuk doktor-doktor pelatih
yang muda-muda.

Tolong forwardkan e-mail saya ini kepada semua umat Islam diMalaysia
ini. Jika ingin bersalin, cubalah pergi ke hospital swasta dan
tentukan anda mendapat doktor perempuan jika boleh, jika tidak
pastikan doktor lelaki yang anda dapat itu adalah seorang doktor
yang amanah dan boleh dipercayai sambil si suami boleh masuk ke mana
sahaja isteri anda masuk.

Mahkota isteri hanyalah untuk suami, jangan biarkan doktor lelaki
memeriksa isteri tanpa si suami berada di sebelah. Pergi ke hospital
swasta bukan sebab 'high class' tapi korbankan duit anda kerana
ISLAM dan maruah. Duit boleh dicari tapi agama dan maruah bagaimana?


N.Ganesan
Flextronics Shah Alam


[ Last edited by  hakass009 at 10-6-2009 11:56 ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2009 12:36 PM | Show all posts
aku baca pasal sorang patient from indon yg komplen pasal hosp gov di indon...
last2 kena jail dgn gov indon
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-6-2009 12:41 PM | Show all posts

Balas #2 ameliaizlyn\ catat

kesian sungguh...kat endon langsung takleh bersuara ekkk....
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2009 01:04 PM | Show all posts
Originally posted by ameliaizlyn at 10-6-2009 12:36
aku baca pasal sorang patient from indon yg komplen pasal hosp gov di indon...
last2 kena jail dgn gov indon


bukan la... dia kena saman dengan hospital tuh... saman sebaran fitnah melalui email. > nih kes prita...
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2009 01:35 PM | Show all posts
oo ye ke...ari tu aku bersalin di Htar OK.. je..takde plak mslh mcm ni. pastu kena operet jugak..dia tnya je aku..pasal katil rapat rapat tu biasa la..sbb dh nama spital krjaan.ramai plak tu.semua pesakit di campak kat situ..biasa kalau rakyat tempatan dia bg katil elok ..kalau pendatang tu katil tmbhan ehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-6-2009 02:14 PM | Show all posts

Balas #5 LiliSam\ catat

dokter nama akbar tu wujud tak....
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 02:52 AM GMT+8 , Processed in 0.057562 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list