CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 46625|Reply: 95

Cara pemanduan kereta transmisi automatik

[Copy link]
Post time 25-6-2009 12:05 AM | Show all posts |Read mode
yg ni i quote dr blog cikgu phyaan's zone

Memandu kereta transmisi automatik berbeza sedikit berbanding dengan kereta transmisi manual. Memandu kereta transmisi automatik sangat mudah kerana pemandu tidak perlu mempelajari teknik mengawal klac dan menukar gear yang kebiasaannya menjadi satu masalah buat pemandu yang baru belajar dan juga guru sekolah memandu. Mungkin anda telah belajar memandu kereta transmisi manual dan mendapati sangat susah untuk menguasai teknik pertukaran gear dan mengawal klac.Sekiranya anda mengalami masalah ini anda boleh la bertukar kepada kereta transmisi automatik.Bagaimanapun operasi transmisi automatik dan fungsinya berbeza. Anda perlu tahu cara memandunya sebelum dapat merasai kesenangannya.

A. Cara untuk memandu Kereta Transmisi Automatik

1. Cari pemandu berpengalaman, seelok-eloknya guru sekolah memandu untuk mengajar anda.
2. Sekiranya anda telah belajar cara memandu kereta transmisi manual, maklumkan pada guru yang ingin mengajar. 3. Beritahu masalah yang anda hadapi. Seperti tidak tahu cara menukat gear dan macam-macam lagi.
4. Duduk disebelah guru memandu dan dengar peneranganya.
5. Perhatikan cuma terdapat dua pedal di dalam kerta transmisi automatik iaitu pedal brek dan pedal minyak.
6. Pastikan cuma kaki kanan yang menekan pedal. Kaki kiri rehatkan di lantai.
7. Perhatikan kedudukan gear. Berbeza daripada manual yang mempunyai 5 gear dan gear R. Transmisi auto mempunyai beberapa pilihan iaitu P untuk Parking, R untuk gear undur, D untuk memandu dan N untuk Neutral ( Digunakan sekiranya kereta perlu ditolak atau ditarik).
8. Periksa kedudukan gear berada pada parking (P).
9. Hidupkan enjin.
10. Tekan pedal brek dengan kaki kanan.
11. Gerakkan gear daripada kedudukan (P) ke kedudukan (D).
12. Untuk keselamatan, lihat sekeliling, termasuk titik buta (blind spots) dalam keadaan brek tangan belum diturunkan. 13. Sekiranya keadaan selamat, lepaskan brek tangan. 14. Gunakan isyarat sekiranya ada kenderaan lain. 15. Lepaskan brek kaki dengan perlahan dan kereta akan mula bergerak kehadapan. 16. Tekan pedal minyak untuk meningkatkan kelajuan.

Gerakkan gear daripada “D” ke “3″, “2″, or “L” untuk mengawal kelajuan ( tanpa brek) dalam keadaan tertentu seperti mendaki, kesesakan lalu lintasdan hujan.
Tips :
Kereta akan bergerak kehadapan sebaik sahaja anda memilih ke D. Pastikan kaki anda menekan brek sehingga anda benar-benar bersedia untuk bergerak.
Memandu kereta automatik lebih senang berbanding kereta manual. Anda mempunyai banyak masa utuk memerhatikan keadan jalan dan sebarang bahaya yang akan berlaku.
Anda masih perlu untuk mempelajari cara-cara pemanduan berhemah.
Anda perlu mempelajari papan tanda jalan dan isyarat-isyarat.
Anda tidak perlu meletakkan kedudukan gear pada kedudukan Neutral N sekiranya berhenti di lampu isyarat. Tetapi sekiranya anda berhenti terlalu lama, bolehlah meletakkan gear pada kedudukan Neutral.

http://phyaan.blogspot.com/2009/06/cara-pemanduan-kereta-transmisi.html

actually,i dh order hyundai getz 1.4..memule tuh mmg nk order yg manual punye,tp sales dept ckp diorg dh x kuarkan manual car,so nak x nak i t'pakse pki auto..kalo nak ikotkan, i lg selesa bwk manual..tp no choice kan..nk buat cmane..so,sbg persediaan i nk tny la forummers kt cni cmane gaya pemanduan berhemah n penjagaan sewajarnya utk kereta auto neh..then,i browse thru google,kuar la website nih..so..based on his blog,i have several questions..

1) camane kite nk drive dlm keadaan ujan dsb..?
2) in case kalo stuck dlm banjir,ape yg perlu kite buat supaya xde defects kt enjin auto nih?
3) utk penjagaan gear box pulak..mcm mane?
4) bile mase kite perlu gunekan paras 3,2 & L?
5) overdrive button sesuai x kalo digunakan bile drive di highway?n pd kelajuan brp kite bole gunekan overdrive button erk?

pls yaaa...i br nk blaja bwk kete auto..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2009 12:19 AM | Show all posts
hmm,xleh jwb smua soalan la.
sya pn xterer sgt.huhuhu.
1).bawa mcm besa ja...tpi minimumkan kelajuan 2.
2).xtau la.huhuhu.
3).slalu service la.abah sya slalu hntr service sbln skali klu xslp.
4).2 dan L guna waktu nk nek bukit mcm gitu la.klu 3,xtau plak sbb krta avanza xda pun.hehehe.
5).overdrive??ntahla kamek.tpi msa highway ari 2,bwa mcm besa ja la.lbh 160 gk la.
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2009 03:54 AM | Show all posts
cara pamanduan auto dgn menggunakan 6th sense..
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2009 06:04 AM | Show all posts
yg ni i quote dr blog cikgu phyaan's zone

Memandu kereta transmisi automatik berbeza sedikit berbanding dengan kereta transmisi manual. Memandu kereta transmisi automatik sangat mudah kerana pemand ...
forfavor Post at 25-6-2009 00:05


1) camane kite nk drive dlm keadaan ujan dsb..?
   - start enjin, masuk gear D, trussssssssssssss jalan....

2) in case kalo stuck dlm banjir,ape yg perlu kite buat supaya xde defects kt enjin auto nih?
   - kalu stakat banjir paras buku lali, jalan je selow2, pastikan kete x mati kat tengah2 banjir..

3) utk penjagaan gear box pulak..mcm mane?
  - refer user manual + service manual utk tgk time bila kena service atau tukau minyak gear..

4) bile mase kite perlu gunekan paras 3,2 & L?
-  3,2 & L guna time nak power lebih time naik bukit, stop & go condition, jem..  
- dlm user manual pun ade citer bila keadaan yg seswai nak guna, so khatamkan dulu baca user manual ye...

5) overdrive button sesuai x kalo digunakan bile drive di highway?n pd kelajuan brp kite bole gunekan overdrive button erk?
- slalu on overdrive, pepndai la nnti gear tu nak manage, dah namanye auto transmission...
- dlm user manual pun ade citer mende nih...

sekian, macehhhhhh....
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2009 06:33 AM | Show all posts
nak masuk kawasan banjir ni, letak gear L, sbb nak make sure rpm tinggi sentiasa nak elakkan air masuk exhaust (sbb exhaust terletak paling rendah). tp klu banjir tu dah sampai paras enjin, doa le bebanyak enjin tak mati.

overdrive ni selalunye disetkan ke gear 3.... so, bile ON overdrive, kita tekan minyak mcm mane pun tetap maksimum gear 3 takkan pegi next gear punye. so, gunanye nak dapatkan lebih pick-up utk memotong.

klu kt go & stop condition kt traffic tu, pakai gear D je, tak yah pikir2 pasal 2, L...nama pun gear auto. so tak yah susah2 nak pikir gear ape. klu naik bukit, turun bukit baru kita pakai lower gear ni.
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2009 08:08 AM | Show all posts
klao ujan turun.. tgu ujan turun abis... baru jalan...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-6-2009 08:32 AM | Show all posts
Bertukar ke auto dari manual sama mcm bertukar ke api letrik dari pelita, bertukar ke air paip dari mandi perigi. It is a piece of cake. Anybody can do.

Kalau ada org kata dia reti bawak manual, tapi tapi tak reti auto, that person is making mockery of himself or herself.
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2009 08:54 AM | Show all posts
dah beli keta kan?

dah dapat kereta kan?

manual pon dah ada kan?

baca dulu la manual tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2009 11:22 AM | Show all posts
kalo bwk auto salu nnt kekok kalo bwk manual...
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2009 11:40 AM | Show all posts
Bagus juga panduan yg ada ni ..especially bagi yg baru bwk kete auto ni..

p/s : saya pun baru belajar
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2009 12:25 PM | Show all posts
Bertukar ke auto dari manual sama mcm bertukar ke api letrik dari pelita, bertukar ke air paip dari mandi perigi. It is a piece of cake. Anybody can do.

Kalau ada org kata dia reti bawak manual, ta ...
Bell Post at 25-6-2009 08:32



hi hi, betul tu,

cuma aku berpendapat, perkataan skeptikal lebih sesuai.

aku ada ramai kawan yg telah aku dakwah utk memandu keta oto. meninggalkan keta manual. 2-3 org, aku siap suh duk dalam keta aku, dan peratikan cara aku bawak, pastu suh dia lak bawak....

dan, mereka kini, tidak lagi mahu bawa keta manual.



semua komen yg telah ada diatas, adalah bersesuaian dan tepat.

tapi bagi beginners, elok pakai D saja... dan bila parking, tolak masuk P. yg paling penting, kena tau pedal brek kat mana duduk nya dan sentiasa tekan brek guna kaki kanan (aku pakai kaki kiri) kerana, dibimbangi jika guna kaki kiri, ko akan tekan macam tekan pedal clutch ... nanti, melekat muka kat cermin depan.... ha ha...

tips, yg berikut nya, adalah ketika nak potong lori, kita duk ikut lori dari tadi, dan teragak agak nak potong, kalau set pada D, akan jadi lambat sedikit pikup nya, jadi eloklah di letak pada 3 atau OD off... l jadi, rpm berada pada tahap yg sesuai utk menghantar kuasa pada roda pacuan utk memotong.

tips yg 3,

kalau biasa naik keta manual, bila lalu jalan turun bukit atau semasa cruising nak berenti di lampu merah, kita akan kasi neutral supaya keta bergerak atas daya momentum . orang kata jimat minyak. mungkin betul.
tapi, keta oto ko jangan buat macam tu, jangan pepandai tolak pegi N..... ini kerana, perbuatan itu akan merosakkan GB tu. aku malas nak cerita teknikal GB, tapi, nasihat pomen serata dunia, JANGAN!!!!! even kalau keta kenan towing pun, elakkan dari tayar yg memacu ( dalam banyak kes, tayar depan) dari tersentuh jalan. ini akan menyebabkan GB rosak. Elok ditunda atas flatbed truck. atau tayar depan tak cecah jalan. kalau keta 4wd auto, memang langsung tak leh tunda, kena angkat pakai flatbed atau kalau nak tunda juga, kena cabut dulu longshaft supaya GB tak cedera. mazda tribute ofis aku ditunda, rosak GB, kos GB impot jepun rm30k..... sendiri mau ingat yaa....

tips yang paling paling penting.....

sila sediakan sepasang jumper di dalam bonet keta. sebab, kalau beteri kong,  auto nye keta tak leh tolak. kena start pakai jumper.... wakaka.........

tips penghabisan

tukar minyak gear auto setiap 40k km...... GB auto adlah satu komponen yg menghasilkan haba. sebab tu dipstick ada tulis HOT-COLD berbanding HIGH-LOW... nak lagi best, pasang aftermarket punya ATF cooler.....
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2009 03:32 PM | Show all posts
11# geng_tx

aku tukar auto oil + filter every 20k km.... itupun dah pekat semacam....

geng tx... boleh ke kita tukar every 40k km...tak menjejaskan GB ke???
aku mintak advice ramai pomen, dia orang suggest tukar every 20k km atau 6 bulan which ever comes first...kos tiap kali tukar lebih kurang 120 tapi rather than GB kong ribu riban kena kuar..
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2009 04:11 PM | Show all posts
... tapi, keta oto ko jangan buat macam tu, jangan pepandai tolak pegi N..... ini kerana, perbuatan itu akan merosakkan GB tu. aku malas nak cerita teknikal GB, tapi, nasihat pomen serata dunia, JANGAN!!!!!  ...
geng_tx Post at 25-6-2009 12:25 PM



bang tx.... cerita la sket bab teknikal. aku teringin nak tau. kot malas pon bg je link
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2009 04:55 PM | Show all posts
Bila guna gearbox auto tranmission nie nasihat aku tentang servis jgn kedekut2 lah atau curi2 ayam nanti merana badan dalam jangkamasa panjang. Gearbox auto nie manja sikit dan amat sensitif tuanpunya kereta jugalah yg menentukan jangkahayat gearbox mereka. Pemilihan minyak auto tranmission pun perlu betul2 memenuhi dan mengikut speksifikasi pengeluar.
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2009 06:11 PM | Show all posts
1) camane kite nk drive dlm keadaan ujan dsb..?
2) in case kalo stuck dlm banjir,ape yg perlu kite buat supaya xde defects kt enjin auto nih?
3) utk penjagaan gear box pulak..mcm mane?
4) bile mase kite perlu gunekan paras 3,2 & L?
5) overdrive button sesuai x kalo digunakan bile drive di highway?n pd kelajuan brp kite bole gunekan overdrive button erk?
forfavor Post at 25-6-2009 00:05

  • Biasanya dalam keadaan ujan tu tombol gear kat D dah kira okey dah, cuma jaga pedal minyak laa jangan tekan kuat sangat. Tekan sikit jer dah cukup.
  • Kalau nak redah banjir, tukar ke position 2 ataupun L supaya tekanan gas ekzos yang dihasilkan tu cukup kuat untuk mengahalang air banjir masuk melalui sistem ekzos.
  • Ada banyak tip nak jaga gearbox. 1stly, bila berenti kat traffic light tu amalkan menukar ke N; bila nak jalan baru tukar balik ke D. Sebabnya, bila letak kat position D enjin tetap bergerak time idling walaupun keter tak bergerak, so akibatnya gearbox auto terutamanya kat part torque converter akan jadik cepat panas. Bila ko tukar ke N time berenti, aliran kuasa dari enjin diputuskan so gearbox tak akan overheat laa. Satu lagi, amalkan guna sebelah kaki jer bila drive guna keter auto. Kalau guna dua2 belah kaki, gearbox dgn brek akan cepat haus, and in certain cases lak bleh jadik bahaya. Lastly, jaga la minyak gear auto tu, sentiasa isi bila kurang dan tukar minyak gearbox auto ikut jadual.
  • Gunakan position 3 dan 2 bila drive kat jalan raya pergunungan cam kat Genting, Bukit Tinggi ataupun Cameron. L lak kurang kegunaan dier.
  • Sesetengah keter gear auto cam Wira 1.6 adalah 4-speed auto tapi takder position 3, sebaliknya digantikan dgn butang overdrive. By default, butang overdrive tu sentiasa on sebab butang overdrive tu untuk membolehkan tukar gear sampai gear 4. So kalau off tu maknanya sampai gear 3 jer laa. Kalau nak pikap time memotong ataupun naik bukit, boleh la guna butang overdrive tu, tapi pastu onkan balik.
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2009 08:38 PM | Show all posts
11# geng_tx

aku tukar auto oil + filter every 20k km.... itupun dah pekat semacam....

geng tx... boleh ke kita tukar every 40k km...tak menjejaskan GB ke???
aku mintak advice ramai pomen, dia ...
pendekar_jebon Post at 25-6-2009 15:32



tepuk poket beb........... sebab minyak auto ni mahal.

lagi singkat kadaran masa kita tukar minyak auto, lagi bagus. tapi,bagi aku, max 40k km. ataupun sila rujuk manual keta masing masing. minyak auto elok beli yg ori. terutama bagi model proton , perodua dan honda. minyak auto tipu terdapat banyak dipasaran. elok beli di servis centre. mahal pun dalam 10-20 saja....

bang tx.... cerita la sket bab teknikal. aku teringin nak tau. kot malas pon bg je link
kaeiri Post at 25-6-2009 16:11



ok, let's put it as simple as it can be.

GB auto ni, sama ada keta idup atau tak, GB dia masih "berhubung" dengan bahagian enjin dan tayar.
jadi , tindakan towing keta itu tadi, akan menyebab kan, kita memaksa GB bekerja sedangkan pada ketika itu komponen di dalam GB tidak bergerak ( fluid pump and converter). aku dah lihat banyak keta auto yg kong GB hasil dari tabiat suka tolak ke "N" ketika kereta masih sedang bergerak. begitu juga dengan keta auto yg rosak menda lain , tapi bila tunda, GB nya kong jasa nak buat kerja singkat.


"When stationary in traffic, even for many minutes, it is not necessary to move the gear lever into neutral because the torque converter absorbs the engine propulsion force but does not transmit it all to the gearbox as the engine revs are too low. No wear is taking place.
In fact, more wear will take place if the driver engages neutral and then engages a gear when he is able to move off.
When stationary, but in gear for any period, the hand brake should be applied and the foot kept clear of the accelerator."

http://www.neleiam.co.uk/Driving ... atic_gearboxes.html




paragraph di atas menerangkan secara bahasa mudah, kenapa tak perlu kalam kabut tolak ke "N".      tapi ni lebih kepada ketika kenderaan itu berhenti. dan aku kurang bersetuju dengan penulis ini. letih seh nak tekan brek, dan lagi pun, aku it is sooo wrong utk biarkan ianya duk kat D sedangkan kita tahu keta tak bergerak kemana. well it is just my humble opinion. aku bukan professor gearbox..... wakaka...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2009 12:27 AM | Show all posts
aku stail driving..

time dlm town.. tarik D aje... pandai2 la keta tu pikir nak masuk gear apa..  byk benda lain lagi aku nak pikir..

tp bila traffic light.. aku tolak pegi N.. pastu lepas tu tarik D balik aje..

kalo aku pegi cameron ke.. kelate ke.. baru main 3 ngan 2..

so far gearbox aku tu takde masalah lagi la.. pastu aku selalu habit  tukau minyak gearbox setahun atau setahun setengah sekali tukar..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2009 12:28 AM | Show all posts
thank u guys..one more thing,kalo kite berenti kt traffic light,gear mesti ade kt posisi N..n then bile masuk ke D,kaki kite kene pijak pedal brek or minyak?sbb i tgk kwn i drive auto,bile die masuk D je,die akan tekan pedal brek sket...n sama gak mase kite reverse,mase gear kt
posisi R,kaki kite kene kat pedal mane?


anyone...tlg share tips penjagaan enjin auto pls...utk ketahanan jangka masa panjang..sbb i tau,kalo pakai kete auto nih penjagaan die cerewet n sensitif jugak...plsss...

nway,my hyundai getz 1.4 will be out next week..so,2 yg tgh prepare everything..(knowledge actually..hehehe)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2009 12:32 AM | Show all posts
owh..one more thing,kalo turun bukit nk ltk kt posisi mane plg sesuai?3,2,or L?

n then...mcm geng tx ckp td..in case kalo kete kene tow sbb rosak or etc (nauzubillah)..posisi kete mcm mane plg sesuai diletak?tyr depan kt atas or tyr dpan kt bwh?n posisi gear harus diletak kat posisi mane?
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2009 01:33 AM | Show all posts

cantik tak....?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 03:57 PM GMT+8 , Processed in 0.075552 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list