CARI Malay Forums

 Forgot Pass?
 Register

Facebook Login

Login by Facebook

Forum : Gosip |  Hiburan |  Isu Semasa & Politik |  Peristiwa |  Lawak & Santai |  Sukan |  Informasi |  Kesihatan |  Soal Jawab Agama |  Negeri & Negara
Wanita & Lelaki |  Cinta & Perhubungan |  Belia & Pengetahuan |  Komputer & Internet |  Hobi |  Buku & Penulisan |  Koleksi Gambar
English Channel |  தமிழ் மக்கள் |  Jual/Beli |  Maklum Balas |  CARI Rasmi |  Cari Contest
Show: 9105|Reply: 21

Jabatan Perikanan siasat ikan naga di Kenyir

[Copy link]
Syd  

Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20

Legenderer

Post on 28-6-2009 09:00 PM |All posts

To get Malaysia's most comprehensive information, news, life sharing here!
Register as a CARI member NOW!

Register Login or Facebook Login

Post Last Edit by Syd at 28-6-2009 21:08

Jabatan Perikanan siasat ikan naga di Kenyir   
                              
KUALATERENGGANU: Jabatan Perikanan akan menyiasat dakwaan kewujudan ikanArapaima Gigas atau dipanggil ikan naga yang dilaporkan di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Rohani Abdul Karim, berkata jabatan berkenaan akan menghantar pegawainya untuk menjalankan siasatan.

"Kita akan pergi lihat sama ada ikan tersebut wujud atau pun hanya bualan semata-mata," katanya selepas Program Perjumpaan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani bersama usahawan asas tani disini hari ini.
        
Sebuah akhbar hari ini melaporkan bahawa Arapaima Gigas wujud di Tasik Kenyir dan ikan itu adalah antara spesis hidupan liar yang diharamkan ditangkap atau dipelihara di negara ini.

Pegawai Penyelidik Pusat Penyu dan Ekosistem Marin Terengganu, Abdul Wahab Abdullah dipetik sebagai berkata ikan itu dikategorikan sebagai karnivor iaitu memakan ikan lain sebagai makanan.

Mengulas lanjut, Rohani berkata ikan itu tidak membiak namun boleh membesar sehingga 30 dan 50 kilogram dan banyak terdapat di Amerika Selatan.

"Setakat ini, kita belum pernah melihat ikan Arapaima Gigas dan kalau benar ikan itu ada di Tasik Kenyir, kemungkinan ikan itu dipelihara dan dilepaskan di tasik buatan manusia itu," katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata kementerian mensasarkan untuk melahirkan 10,000 usahawan asas tani yang berpendapatan melebihi RM2,000 sebulan, tahun ini.

Beliau berkata, setakat ini seramai 11,000 usahawan asas tani berjaya dilahirkan dan ia adalah satu pencapaian yang baik. - Bernama
1

View rating log

002 Pencinta Tegar Abam KJ
Reply

Props Report

Syd  

Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20

Legenderer

Post on 28-6-2009 09:29 PM |All posts
Post Last Edit by Syd at 30-6-2009 09:59

Misteri ikan naga
Oleh NOOR AZAM AZIZ dan ZAID SALIM
am@hmetro.com.my





HULU TERENGGANU: Ikan naga? Tidak ramai mengenalinya, namun ia menjadi bualan sejak kematian pekerja projek Taman Burung dan anggota bomba, baru-baru ini.

Apa yang digelar ikan naga di Tasik Kenyir sebenarnya ikan Arapaima Gigas. Mungkin orang menggelarnya ikan naga sebab saiznya besar dan kulitnya bersisik besar seperti naga.

Namun, ikan itu tak makan orang dan saya yakin dua kes kematian yang berlaku baru-baru ini tak ada kena mengena dengan ikan itu.

Demikian kata pengusaha rumah bot di Tasik Kenyir, Mohd Bidin Ibrahim, 45, mengenai dakwaan sesetengah pihak bahawa kematian pekerja projek Taman Burung, Helmi Shukri Hashim, 28, dan anggota bomba, Aladi Hassan, 41, berpunca daripada serangan ikan naga yang menghuni tasik itu.

Helmi mati lemas selepas didakwa terjatuh dari bot pada 14 Jun lalu ketika menghantar rakannya membuang air di sebuah pulau di tasik berkenaan.

Aladi yang melakukan misi mencari Helmi ditemui lemas sehari selepas kejadian di dasar tasik berkenaan dalam keadaan tersangkut pada ranting kayu balak.

Mohd Bidin dari Kampung Langgar, di sini, yang 20 tahun mencari rezeki di tasik seluas 2,600 kilometer persegi itu berkata, kewujudan ikan bersaiz gergasi di dalam Tasik Kenyir bukan perkara aneh kerana dia pernah melihat seekor ikan sepanjang kira-kira tiga meter.

Saya pernah melalui pengalaman diekori seekor ikan gergasi yang saiznya sama besar dengan bot gentian kaca yang saya naik. Kejadian itu berlaku tahun lalu dan ia antara peristiwa yang tak akan saya lupakan, katanya.

Menurutnya, pengalaman berkenaan turut dialami beberapa rakan yang mencari rezeki di tasik dipenuhi pelbagai spesies ikan sungai seperti Toman, Kelah, Lampam, Sebarau, Baung dan Tapah itu.

Walaupun ramai nelayan tasik pernah terserempak atau dikejar ikan gergasi itu, sehingga kini belum ada yang mati disebabkannya, katanya.

Menjawab soalan bagaimana ikan Arapaima Gigas boleh turut menghuni Tasik Kenyir sedangkan hidupan itu sebelum ini dikatakan hanya mendiami Sungai Amazon di Brazil, Mohd Bidin mendakwa kejadian itu ada sejarahnya yang tersendiri.

Menurutnya, ikan Arapaima Gigas itu dipercayai terlepas dari kolam yang dibina di sebuah chalet berhampiran Tasik Kenyir.

Ikan itu pada mulanya milik seorang lelaki Cina yang juga pengusaha chalet. Disebabkan ia cepat membesar, pengusaha terbabit melepaskan hidupan itu di dalam sangkar yang dibina berhampiran chalet di Sungai Petuang.

Malangnya sebanyak empat ekor ikan itu terlepas keluar, tapi seekor mati. Saya difahamkan, ikan ini boleh membawa tuah, ia hanya memakan anak ikan dan tidak menyerang dan mengancam manusia, katanya.

Mohd Bidin berkata, dalam kejadian terbaru 20 Jun lalu, seorang pekerja sebuah chalet di Sungai Tembat mendakwa ternampak kelibat ikan dipercayai Arapaima Gigas timbul di permukaan air.

Mengesahkan lagi kewujudan ikan Arapaima Gigas di dakam Tasik Kenyir, Mod Bidin membawa wartawan Metro Ahad berjumpa rakannya, Shamsuddin Abd Rahman, 45, yang dikatakan pernah menaikkan ikan gergasi berkenaan yang menyambar umpan pancingnya.

Shamsuddin dari Kampung Tajin, di sini, berkata kejadian berlaku sembilan tahun lalu ketika dia bekerja sebagai buruh projek Lebuhraya Simpang Pulai dan tidak menyangka memperoleh ikan berkenaan secara tidak sengaja.

Beratnya ketika itu 35 kilogram, manakala panjangnya mencecah dua meter. Ketika itu saya tidak tahu jenis ikan berkenaan kerana tidak pernah melihatnya dan terkejut apabila rakan sekerja memberitahu ia ikan Naga.

Ikan itu memang cantik dan bentuknya tidak sama dengan ikan lain. Badannya berwarna warni, kepalanya seakan-akan kepala itik manakala ekornya merah.

Waktu itu saya tidak tahu ikan berkenaan harganya mahal dan menjual dagingnya yang agak liat kepada rakan pada harga antara RM10 hingga RM12 sekilogram, malah ramai bergambar dengannya ketika membawa pulang di Kuala Berang, kata Shamsuddin.

Menurutnya, selepas berita penemuan ikan berkenaan tersebar luas, dia didatangi seorang lelaki dari Singapura dan menawarkannya RM10,000 untuk membeli ikan berkenaan.

Saya tepuk dahi ketika itu kerana ikan berkenaan sudah mati dan dagingnya dijual kepada orang ramai. Saya juga tidak tergamak menjamahnya kerana bentuknya pelik seperti naga, sisiknya tebal dan hujungnya seperti muncung itik, katanya.

Shamsuddin berkata, selepas kejayaannya, ramai kaki pancing mencuba nasib untuk memperoleh ikan itu, namun sehingga kini tiada siapa berjaya menaikkannya.

Dia berkata, jika sengaja mencari sama ada ingin melihat atau menangkap ikan berkenaan, ia sukar ditemui kerana ia sentiasa beralih sungai untuk mencari makanan.

Shamsuddin berkata, selain ikan Naga, keadaan tasiknya yang luas menyebabkan pelbagai hidupan air lain turut dikaitkan dengan misteri itu, antaranya dakwaan wujudnya ikan Tapah gergasi di tasik berkenaan.

Penemuan ikan Tapah gergasi diakui Rosli Sulong, 34, yang pernah bekerja sebagai pemandu rumah bot sejak awal pembukaan tasik itu.

Sama seperti pengalaman dilalui Mohd Bidin, bot dinaikinya diekori seekor Tapah sebesar bot gentian kaca dan ikan itu berpatah balik apabila enjin botnya dimatikan.

Katanya, kejadian berlaku di Sungai Lasir dan mendakwa ikan berkenaan ada di tepian sungai kerana mencari ikan bersaiz kecil dan anak monyet.

Dia berkata, selain mengalami peristiwa itu, beberapa rakannya turut menceritakan kejadian sama tetapi di sungai berlainan.

Ikan ini tidak mengganggu manusia, ia mungkin tertarik dengan buih hasil putaran kipas bot dan mengekorinya. Namun saya percaya ikan ini memang besar kerana saya pernah melihat kelibatnya, katanya.
1

View rating log

002 Pencinta Tegar Abam KJ
Reply

Props Report

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 29-6-2009 10:28 PM |All posts
giler besar....
Reply

Props Report

Syd  

Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20

Legenderer

Post on 30-6-2009 10:05 AM |All posts
002 Pencinta Tegar Abam KJ
Reply

Props Report

Rank: 10Rank: 10Rank: 10

Post on 1-7-2009 04:25 PM |All posts
ikan besor gedabak camnih org lalu makan jugak ker? bukan lagi besar lagi liat ke daging dia? wuish...sian ikan tuh
moimed_apek@yahoo.com
Reply

Props Report

Syd  

Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20

Legenderer

Post on 2-7-2009 07:39 PM |All posts
Ganjaran RM10,000 Tangkap Ikan Arapaima Di Tasik Kenyir

SETIU, 2 Julai (Bernama) -- Kerajaan Negeri Terengganu menawarkan ganjaran RM10,000 kepada sesiapa yang berjaya menangkap ikan Arapaima Gigas atau ikan naga di Tasik Kenyir.

Menteri Besar Datuk Ahmad Said berkata tempoh kebenaran menangkap ikan itu bermula dari sekarang sehingga 15 Ogos ini di seluruh kawasan tasik kecuali di kawasan yang telah diwartakan sebagai Taman Negara dan Santuari Kelah.

Ikan itu yang ditangkap hidup-hidup akan ditempatkan di Mini Zoo dan Taman Rekreasi di Bukit Takal, Kemaman sebagai tarikan kepada pengunjung, katanya kepada pemberita di sini Khamis.

Katanya kaedah menangkap ikan Arapaima Gigas terhad kepada penggunaan joran dan kelili, dan setiap peserta mesti mengambil permit serta mematuhi semua undang-undang kecil berkaitan dengan aktiviti memancing di Tasik Kenyir.

Segala urusan memancing termasuk menyewa bot adalah di bawah tanggungan sendiri dan setiap peserta diwajibkan mendaftar dengan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) bagi tujuan keselamatan, katanya.

Ahmad berkata walaupun Arapaima Gigas merupakan spesies ikan yang besar, ia tidak menyerang manusia, tetapi menjadikan ikan-ikan lain di dalam tasik sebagai makanan.

"Kita khuatir dengan adanya spesies ikan yang berasal dari Sungai Amazon ini, ikan-ikan lain akan kepupusan. Kita juga bimbang ikan ini akan membiak di Tasik Kenyir yang sedang kita bangunkan sebagai destinasi pelancongan perdana di Terengganu.

"Kita tidak tahu berapa jumlah sebenarnya ikan ini di dalam Tasik Kenyir tetapi kita perlu pastikan tiada ikan pemangsa di dalam tasik buatan manusia itu. Ikan toman juga adalah pemangsa tetapi ia tidak akan membesar seperti Arapaima Gigas," katanya.

Beliau berkata ikan Arapaima Gigas boleh membesar sehingga 4.5 meter panjang dan mencapai berat sehingga melebihi 200 kilogram.

Menurutnya, di habitat asalnya di Sungai Amazon, ikan itu diburu menggunakan lembing dan rakyat tempatan menggemari ikan itu dengan menjadikannya makanan eksotik.

-- BERNAMA
002 Pencinta Tegar Abam KJ
Reply

Props Report

Syd  

Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20

Legenderer

Post on 2-7-2009 07:40 PM |All posts
dapat tangkap ikan nih idup2, pastu letak kat muzium ke apa
pamerkan
musti ramai orang datang nak tgk
002 Pencinta Tegar Abam KJ
Reply

Props Report

Syd  

Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20

Legenderer

Post on 3-7-2009 07:58 AM |All posts
Tangkap ikan naga

Oleh WAN RAMLI WAN MUHAMAD
utusanterengganu@utusan.com.my


Gambar fail dua ekor ikan Arapaima Gigas yang berasal dari Amazon terdapat di Aquaria, Kuala Lumpur Convention Centre.

SETIU 2 Julai - Kerajaan Terengganu menawarkan ganjaran RM10,000 kepada pemancing yang berjaya menangkap ikan naga atau nama saintifiknya, Arapaima Gigas yang dipercayai hidup di Tasik Kenyir.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, tawaran itu dibuat kerana kerajaan negeri khuatir kehadiran ikan naga akan menyebabkan spesies ikan kecil lain di Tasik Kenyir pupus.

''Ikan naga merupakan spesies ikan besar dikatakan berasal dari Sungai Amazon dan menjadikan ikan lain di dalam tasik sebagai makanan.

''Adalah dikhuatiri ikan ini akan membiak di Tasik Kenyir yang dibangunkan sebagai destinasi pelancongan utama di Terengganu," ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas menziarahi keluarga Madziah Mohd. Lada iaitu balu kepada Allahyarham Aladi Hassan, anggota bomba yang mati lemas semasa operasi mencari dan menyelamat di Tasik Kenyir baru-baru ini, di kuarters guru Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Buluh di sini hari ini.

Ahmad berharap Arapaima Gigas itu dapat ditangkap hidup-hidup kerana kerajaan negeri bercadang menghantarnya ke Mini Zoo dan Taman Rekreasi di Bukit Takal, Kemaman.

Beliau memberitahu, walaupun Arapaima Gigas merupakan spesies ikan yang besar, tetapi ia tidak menyerang manusia.

Katanya, ikan Arapaima Gigas hanya menjadikan ikan- ikan lain di dalam tasik sebagai makanan.

''Arapaima Gigas boleh membesar sehingga 4.5 meter panjang dan mencapai berat sehingga melebihi 200 kilogram,'' katanya.

Beliau berkata, setakat ini kerajaan negeri tidak mengetahui berapa jumlah sebenar ikan itu di dalam Tasik Kenyir.

''Ikan toman juga adalah pemangsa tetapi ia tidak akan membesar seperti Arapaima Gigas," katanya lagi.

Mengenai prosedur tangkapan Arapaima Gigas, Ahmad memberitahu, Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) melalui penguatkuasa Kenyir Rangers akan memantau usaha menangkap ikan tersebut.

Jelasnya, kaedah menangkap Arapaima Gigas terhad kepada penggunaan joran serta kekili dan setiap peserta mesti mengambil permit serta mematuhi peraturan yang ditetapkan.

''Segala urusan memancing termasuk menyewa bot adalah di bawah tanggungan sendiri dan setiap peserta diwajibkan mendaftar dengan Ketengah bagi tujuan keselamatan," katanya.
002 Pencinta Tegar Abam KJ
Reply

Props Report

Syd  

Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20

Legenderer

Post on 26-7-2009 11:28 PM |All posts
Kelibat hitam mengekori bot

Oleh HAMZAH ABDUL HAMID & FATIMI NADIAH ZAINUDEEN

Sehingga hari ini, tidak pernah berlaku sebarang insiden kecederaan serius disebabkan ikan besar arapaima di Tasik Kenyir. Isu yang lebih membimbangkan adalah tentang ancaman keseimbangan populasi ikan tempatan.



MADZIAH MOHD. LADA, 39, tidak sekali-kali berdendam kepada naga yang dikaitkan dengan insiden suaminya, Allahyarham Aladi Hassan, anggota bomba yang mati lemas semasa operasi mencari dan menyelamat di Tasik Kenyir, Terengganu baru-baru ini.

Dia yakin pada ketentuan takdir dan juga hasil siasatan mengenai punca kematian suaminya itu. Laporan menunjukkan bahawa tangki oksigen yang digunakan suaminya tercabut apabila tali pengikat pada badan tersangkut pada tunggul kayu di dalam tasik tersebut.


ARAPAIMA ini boleh disaksikan di Aquaria KLCC, Kuala Lumpur.

Namun, peristiwa itu sedikit sebanyak membuka mata terhadap yang tertuduh iaitu ikan naga atau arapaima. Spesies ikan air tawar terbesar yang berasal dari Sungai Amazon itu dilabelkan sebagai pendatang yang memberi ancaman.


MEREKA yang sering berurusan di Tasik Kenyir percaya bahawa terdapat ikan sepanjang saiz bot yang sudah lama menghuni dasarnya.

Bukan sahaja ditakuti mengancam keselamatan manusia, malah ikan yang boleh membesar sehingga 4.5 meter panjang dan 200 kilogram berat itu mampu menjejaskan rantaian ekologi dan pembiakan spesies ikan tempatan di Tasik Kenyir.

Kita bimbang kehadiran arapaima memberi kesan terhadap keseimbangan populasi spesies ikan lain. Mungkin ia belum mula membiak buat masa ini.



Namun, kalau ada seekor dua yang semakin membesar, keperluan pemakanannya juga bertambah, kata Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Terengganu, Munir Mohd. Nawi.

Menurut Munir, semua usaha jabatannya bermula daripada aduan dan maklumat yang diterima daripada orang ramai khususnya pengusaha-pengusaha calet di Tasik Kenyir yang mendakwa ada ternampak kelibat arapaima.

Berikutan aduan itu, kami telah menjalankan usaha memantau keadaan dan memikirkan kaedah ideal untuk menangkap ikan itu.

Bagaimanapun, selepas hari kesembilan pemantauan (sehingga Rabu lalu), masih belum ada sebarang petanda mengenai kewujudan arapaima. Alat-alat tangkapan seperti pukat dan kail juga belum berhasil, jelasnya sambil menambah, walaupun usaha itu menemui jalan buntu, operasi pemantauan tetap diteruskan.


RUMAH bot seperti ini menjadi kegemaran para pemancing tegar.

Habuan RM10,000

Munir juga ditanya sama ada terdapat kemungkinan kelibat ikan besar seperti yang didakwa pengusaha calet itu spesies ikan lain.


ANTARA pemancing tegar yang mencuba nasib di Tasik Kenyir pada 5 Julai lalu.

Kalau bukan arapaima, kemungkinan ikan tempatan terbesar di Tasik Kenyir yang menghampiri saiznya adalah ikan tapah. Ia juga mempunyai ciri pemangsa karnivor yang suka menyambar makanannya.

Toman pula, walaupun mempunyai reputasi ikan ganas di kalangan pengail, ia tidak sampai ke saiz itu, terang Munir.


IKAN tapah (Wallago attu) yang juga bersifat karnivor dikatakan mempunyai saiz yang menyaingi arapaima yang berusia dua tahun. - Gambar hiasan

Sejak kerajaan negeri mengumumkan hadiah bernilai RM10,000 bagi sesiapa yang dapat menangkap hidup-hidup arapaima di Tasik Kenyir, ia telah mencetus semangat pemburu di kalangan mereka yang tertarik dengan ganjaran tersebut.


KETENANGAN permukaan air di Tasik Kenyir menyimpan pelbagai rahsia yang belum berjaya dibongkar.

Misalnya, pada 5 Julai lalu, sekumpulan pengail tegar telah ke tasik buatan terbesar Asia Tenggara itu untuk mencuba nasib. Namun, sehingga lewat petang, pencarian itu tidak membuahkan hasil.

Kekecewaan itu turut dirasakan seorang pemandu bot pelancong, Azman Mohd, 30, yang mendakwa sebelum ini pernah melihat kelibat ikan sebesar pemeluk dan sepanjang kira-kira 2.4 meter ketika memancing di Sungai Beruas.

Saya menggunakan tali setebal 22 milimeter dan dawai elektrik sebagai mata kail serta anak ikan haruan sebagai umpan bagi menangkap dan mengikatnya di sebatang pokok. Tapi ikan itu berjaya melepaskan diri selepas pokok itu patah, katanya.

Entah benar atau tidak tentang kewujudannya. Namun, bagi sejumlah penduduk kampung dan pengunjung yang sering berulang-alik ke tiga kuala sungai di Tasik Kenyir, iaitu Sungai Petuang, Sungai Tembat dan Lata Terap, mereka bertegas ikan naga yang disebut-sebut itu memang wujud.

Ia aktif kelihatan sejak dua hingga tiga tahun lalu. Ia timbul di permukaan di satu-satu tempat untuk beberapa tempoh, kata seorang lagi pemancing, Sabri, yang nyata tertarik dengan tawaran itu.

Boleh sentuh dengan kayu

Dia mendakwa pernah ternampak kelibat arapaima beberapa kali di kuala Sungai Petuang.

Dari jauh nampak hitam saja. Tapi dari dekat nampak sisiknya yang hijau keemasan itu. Beratnya kira-kira 50 kilogram, katanya.

Tambah Sabri, kawannya pernah terserempak dengan ikan itu di Lata Terap. Dalam sebulan juga dia timbul di situ. Beratnya di antara 100 hingga 180 kilogram!

Walaupun saiznya begitu, tak mungkin ia makan atau bunuh orang. Ia jinak. Kawan saya cuba sentuh dengan kayu, ia diam saja. Yang kami nampak, ikan itu bermain-main dengan ikan kecil yang lain. Macam ikan lumba-lumba.

Sabri mengaku bahawa keterujaan terhadap ikan naga itu bermula dengan rujukan melalui pembacaan, penceritaan orang kampung dan sumber daripada Universiti Terengganu Malaysia.

Tambahnya, dia dan teman-teman kini dalam usaha untuk merakam kelibat ikan itu.

Tak ramai berani bawa kamera di atas bot. Mereka bimbang terjatuh ke dalam air. Jadi kami sekarang sedang bekerja keras untuk mendapatkan rakaman itu untuk membuktikan ikan itu benar-benar wujud di tasik ini. Cuma sehingga sekarang, rezeki belum menyebelahi kami, kata Sabri.

Kru Jurnal yang mengunjungi Tasik Kenyir minggu lalu turut diberitahu seorang pemandu bot tentang khabar kelibat hitam dalam air yang suka mengekori bot.

Mungkin itulah arapaima yang mesra. Saya sudah lama mengendali bot di sini, tetapi belum berpeluang terserempak dengan pengalaman seperti itu.

Baik dipantau dari atas bot atau tanah tinggi pada waktu pagi atau petang, ia langsung tidak kelihatan, katanya yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad.

Ahmad berpendapat, kalau pun benar arapaima dilepaskan ke Tasik Kenyir oleh pemilik asal yang tidak mampu lagi menampung saiznya di akuarium, ikan itu tentu tidak liar kerana sudah biasa didampingi manusia yang memberikannya makanan selain sifat semula jadi ikan itu yang lembut.

Sepanjang saya bertugas di sini, belum ada lagi kes ikan besar yang menyerang, mencederakan atau membunuh manusia.

Bomba itu (Aladi) pun kita sudah tahu tentang punca kematiannya. Arapaima bukan penyebabnya, kata Ahmad.

Sebuah rahsia

Kedatangan Jurnal ke Tasik Kenyir disedari seorang pemuda yang kemudiannya mendekati dan mahu memberitahu sesuatu. Enggan mendedahkan namanya, dia membisikkan sebuah rahsia.

Beberapa tahun lalu terdapat pengusaha resort di tasik ini yang memelihara ikan naga di dalam sangkar untuk dijadikan hiasan dan tarikan penginapan.

Tetapi, apabila resort itu tidak lagi beroperasi dan ikan itu pula semakin membesar, ia dilepaskan saja ke tasik ini, ujarnya.

Kalau kata-kata pemuda itu bukan suatu pembohongan, mungkin itulah antara sedikit penjelasan yang logik tentang bagaimana spesies asing itu boleh berada dalam Tasik Kenyir.

Sama ada kewujudannya diragui, atau memang terdapat arapaima yang sedang gembira berenang-renang di dasar Tasik Kenyir, banyak pihak kini memerhatikan perkembangannya.

Walau apa pun keburukan yang dikaitkan dengannya, cerita ikan naga tidak akan menjauhkan para pelancong daripada mengunjungi tasik tersebut seperti yang dikhuatiri sesetengah pihak.

Hakikatnya cerita tentang arapaima, tapah mahupun naga, akan menjadi sebahagian daripada nilai misteri dan tarikan kejadian alam di Tasik Kenyir.

Sehingga kisah ini disiarkan, tawaran ganjaran RM10,000 itu masih menunggu pemenangnya.
002 Pencinta Tegar Abam KJ
Reply

Props Report

Syd  

Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20

Legenderer

Post on 26-7-2009 11:29 PM |All posts
002 Pencinta Tegar Abam KJ
Reply

Props Report

Rank: 11Rank: 11Rank: 11Rank: 11

Post on 30-7-2009 09:59 PM |All posts
huhu..terharunyew...
Reply

Props Report

Rank: 5Rank: 5

Post on 7-8-2009 03:59 PM |All posts
hari tu g zoo ada ikan ni kat aquarium..besar gabak..i wonder kalau ikan ni mati camne la dorg nak angkat..agaknya pakai kren kot..

penah gak bela arapaima ni dulu kat umah..masa ambik kecik sgt..tak smpai sebulan dia dh besar mcm kucing aku..memang cepat giller besar..pass tu ada satu hari rumah banjir(time tu kl banjir teruk) aquarium terbalik then abis terlepas ikan ni..
Reply

Props Report

Rank: 10Rank: 10Rank: 10

Post on 14-10-2009 12:48 PM |All posts
ikan ni tak sesuai dilepaskan kat tasik/perairan negara kita..sebab boleh mengancam ekosistem walaupun takde kes ikan ni menyerang manusia...cara yg terbaik mintak nasihat ngan jabatan haiwan atau beri kpd zoo, animal center..
Reply

Props Report

Rank: 6Rank: 6

Post on 18-4-2012 09:15 PM |All posts
ada kat giant senawang ikan ni
Reply

Props Report

Rank: 4

Post on 24-4-2012 01:42 PM |All posts
kt xian leng tasik shah alam sebelah wet world pn ada~
oh dunia~
Reply

Props Report

Rank: 1

Post on 23-5-2012 10:54 AM |All posts
slm bro....selamat berkenalan...

sy newbie lagi disini...nak tumpang tanya mcm mana nak letak signature dibawah setiap post?

saya cari setting di user cp tapi xjumpa...ke kena tunggu saya jadi senior dulu baru leh letak signature?

terima kasih. reply ye bro
Reply

Props Report

Moderator

spread love everywhere u go

Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22

Moderator

Post on 23-5-2012 12:07 PM |All posts
slm bro....selamat berkenalan...

sy newbie lagi disini...nak tumpang tanya mcm mana nak letak sig ...
shyuhaimi Post at 23-5-2012 10:54



    Boleh buat ci User CP bahagian Personal Profile.
kalau tak ada column tu maknanya status anda as a Beginner belum boleh di buat Signature.
gigih berforum lagi
Forgive everyone for everything
Reply

Props Report

Rank: 18Rank: 18Rank: 18Rank: 18Rank: 18

Post on 31-5-2012 02:33 PM |All posts
teringat arapaima aku dlu
i love my wife!!!
Reply

Props Report

Rank: 10Rank: 10Rank: 10

Post on 6-6-2012 12:25 PM |All posts
teringat arapaima aku dlu
Sagoo Post at 31-5-2012 14:33



    besar mana ikan arapaima ko dulu? ada pic?
Reply

Props Report

Rank: 18Rank: 18Rank: 18Rank: 18Rank: 18

Post on 6-6-2012 12:27 PM |All posts
besar mana ikan arapaima ko dulu? ada pic?
eco_internet Post at 6-6-2012 12:25



    pic ntah mane aku letak dlm pendrive...amik dri dia kecik sampai le bapak besar...
tp xde le besar mana...besar peha je kot..

alligator gar aku 2 ekor kojol bersama2....ntah kenape ler......ade cina nk beli sekor seribu setengah....aku xmau jual..owhhh ruginyeeee
i love my wife!!!
Reply

Props Report

Rank: 10Rank: 10Rank: 10

Post on 6-6-2012 02:11 PM |All posts
alligator gar pun ko ada...dasat...dah macam hutan amazon la umah ko tu...
Reply

Props Report

Rank: 11Rank: 11Rank: 11Rank: 11

Post on 11-6-2012 08:55 PM |All posts
Post Last Edit by kupia at 11-6-2012 20:57

jeremy wade dapat pancing sekor dalam siri river monster:



dia tak bagi embed pulak... ni link dia:

http://www.youtube.com/watch?v=tRfN_y64RZY
http://calipso-tutorialblogger.blogspot.com/
Reply

Props Report

You need to login first Login | Register Facebook Login

Important Notice: The views and opinions expressed on the forum or the related pages are of the owner alone, and are not endorsed by CARI, nor is CARI responsible for them. Due to the nature of the Internet forum is in real time, CARI does not, and can not censor any submission, but asks that each user use discretion and respect for other users, and does not contribute any word that is unlawful, harmful, threatening, abusive, harassing, tortious, defamatory, vulgar, obscene, libelous, invasive of another's privacy, hateful, or racially, ethnically or otherwise objectionable. CARI reserve the right to withhold and/or remove any link that might possibly hold an individual, entity or group ridicule, potential embarrassment or potential defamation. CARI also reserves the right to accept, edit and/or remove any link that is deemed inappropriate in any way.
Hosted by

Archiver|Mobile|CARI Malay Forums

GMT+8, 26-10-2014 07:31 AM , Processed in 0.149452 second(s), 30 queries , Gzip On.

Powered by Discuz!

© 2001-2012 Comsenz Inc.

Top