CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: yipun78

BERITA AKHBAR MENGENAI ATM & PDRM

[Copy link]
Post time 4-3-2009 10:37 AM | Show all posts

Reply #898 windof's post

kalau bagi tau tak rahsia lagi lah weh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2009 11:59 PM | Show all posts

Reply #896 standupper's post

satu tindakan yg bijak....
artis2 ni dh la ske melaram dgn pakaian askar...
sruh msuk askar tkot lak...
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2009 09:52 AM | Show all posts

ATM Vera-E

Based on bernama news and Kementrian Pertahanan Tender below, ada kemungkinan ke ATM dah beli benda ni?

KP/P/SH/MTO/B1/47/2008
16.06.2008 SEBELUM 12.00 TENGAHARI
23.06.2008 JAM 2.00 HINGGA 3.00 PETANG

Perlantikan MTO Bagi Mengangkut Air Defence Passive Radar System (Vera-E) Untuk Tentera Darat. (Secara E-bidding) Peringkat Penilaian

http://www.mod.gov.my/index.php?Item...k=view&lang=en


National Aerial Defence To Get A Boost
General
October 27, 2006 19:01 PM
JOHOR BAHARU, Oct 28 (Bernama) -- The Malaysian Armed Forces (ATM) has submitted its evaluation of several passive surveillance radar (PSR) systems for the government to consider, according to sources.

The selected PSR system, to be installed under the Ninth Malaysia Plan (9MP), will be a boost to the country's aerial defence.

"The evaluation team has completed their studies and evaluation of several PSR systems. The assessment has be submitted to the government for consideration," a source told Bernama here Friday.

While the source refused to reveal the systems that were being considered, the currently available PSR systems in the market included Kolchuga from the Ukraine, Vera-E from the Czech Republic and a similar technology from China.

The source said the PSR system, which functions as an early warning system, was a hot topic among international defence analysts as it was proven to be effective in neutralising threats to a country's aerial defence.

Bilingual magazine, Tempur, editor Muhammad Fuad Nor when contacted said the PSR system was different from the current aerial defence system used by the ATM.

He said the system could detect various threats from the air, land and sea including from the US Stealth aircraft, Unmanned Aerial Vehicle, and the enemies' radio and electronic waves.

In addition, the PSR system was difficult to detect as it did not emit any microwave, he said.

Without the microwave emission, enemy aircraft could not detect the system's existence hence, making efforts to neutralise the threat easier, he said.

He said the enemy had to terminate radio communication to avoid detection by the PSR system.

Muhammad Fuad said the ATM's adoption of the PSR system could help the force to counter threats posed by enemy anti-radiation missiles that could cripple a radar system.

He said it was a strategic system and the ATM's Aerial Defence Artillery Group would be the likeliest unit to manage its operation.

The system's capability was proven during the Yugoslavian war at the end of the 1990's when the country's army succeeded in shooting down a US Stealth aircraft, F-1117.

The need for such a system in the ATM was noted by local and foreign defence observers last year during the Langkawi International Maritime and Aerospace Exhibition.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2009 10:08 AM | Show all posts

Balas #901 mmc\ catat

sebab rahsia tu la aku nak meroyan...
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2009 11:18 AM | Show all posts

Balas #903 malberi8\ catat

tunggu jer la........ dah lama dah
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2009 11:54 AM | Show all posts

Reply #903 jofizo's post

dah lama dah? dah beli ke dah cancel?
nak tau jugak status sebenar... minggu lepas ada jumpa sorang anggota 'risik" jadi aku tanya la menda2 macam radar, risikan kita dan segala macam persoalan fasal pertahanan negara.. hampeh dia tak jawab. tapi dia ada kata yang rakyat msia x perlu risau sangat, kalau sing punya  awacs dapat pantau conversation pilot2 kita masa tengah fly, kita pon ada alat yg bole dengar comm. between pilot depa, depa comm. dengan ground control depa pon kita bole dengar..  musykil gak , mungkin yg dia maksudkan ni Vera E
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-3-2009 11:59 AM | Show all posts
actually ura2 m'sia nak beli vera -e tu dah lama kat dlm internet...so most of our 'friends' in the region dah tahu and dah factored that onto their defence plan pun. Lagipun, kalau nak tahu movement ATM ni (except rahsia besar le) bole tengok web site mindef macam kat atas tu..any movement which requires contractor will be tendered..detail albeit sketchy pun still provides indication..so kalau bagi tahu as long as jumlah, lokasi tak bagi tahu..OK la kot...just my 2 cents le..

problem is that becoz kita ni beli dari luar..atm nak sorok tapi manufacturer nak buat reference for marketing.. sikit2 pun keluar le jugak..
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2009 12:05 PM | Show all posts

Reply #904 malberi8's post

itula en malberi...setakat ni m'sia aman aje..so our atm must have done something right which means we have something that can deter any potential aggresor..anyway, saya berkeyakinan penuh bahawa atm kite akan menjaga kite sebaik mungkin..dulu kan najib ada cakap kalau setakat kuasa pertengahan kita bole handle tapi kalau kuasa besar macam US itu berat la sikit..kalau yg tersirat maknanya selagi bukan US kite OK le..yelah kalau US russia pun sakit....gamaknya la..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2009 12:29 PM | Show all posts

Reply #899 windof's post

tukang kebun pun kena tanggai seluaq depa jugak....
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2009 12:31 PM | Show all posts

Reply #907 guyfawke's post

tender diumumkan prosedur biasa. Jumlah Perolehan mungkin menjadi rahsia.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2009 12:59 PM | Show all posts

Reply #908 tangopapa's post

betui..itu sebab kalau bile declare keluaran yg mana org tak kisah sangat..yg penting jumlah lokasi aplikasi strategi tu rahsia...
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2009 04:36 PM | Show all posts

Reply #909 guyfawke's post

kira kompom la benda ni dah ada... baru pueh ati , kalu cam tu ada keungkinan ATM dapat detect stealth fighter la kot...
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2009 04:58 PM | Show all posts

Reply #910 malberi8's post

saya pun tak tahu betul ke idak...cuma kalau tengok dan analyse keratan2 akhbar macam kawan2 yg lain pastekan tu, I think u can draw your own conclusion....
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2009 09:00 PM | Show all posts
Berani mati... Brutal he he he

Bom Perang Dunia Kedua Diguna Sebagai Sauh Bot

JOHOR BAHARU, 6 Mac (Bernama) -- Seorang nelayan didapati menggunakan bom yang dipercayai peninggalan Perang Dunia Kedua yang masih boleh digunakan, sebagai sauh kepada botnya.

Bom berukuran 160 milimeter itu dipercayai digunakan sebagai sauh oleh nelayan berkenaan sejak beberapa bulan lepas sebelum polis mengesannya Khamis.

"Nelayan itu dilihat menggunakan bom tersebut semasa melabuhkan botnya di jeti Kampung Sungai Melayu, oleh pasukan polis dari Balai Gelang Patah yang sedang meronda kawasan berkenaan kira-kira 5 petang.

"Selepas nelayan itu disoal siasat, polis kemudiannya meronda kampung berkenaan dan menemui lapan lagi bom yang masih aktif, yang dipercayai digugurkan ketika Perang Dunia Kedua.

"Bom-bom ini sebesar alat pemadam api kecil, ditemui di belakang sebuah restoran," kata Ketua Polis Daerah Nusajaya, Supt Abdul Aziz Ahmad.

Bom-bom berkenaan termasuk yang digunakan nelayan tersebut kemudiannya diserahkan kepada skuad bom untuk dimusnahkan, katanya.

Sebuah bom dilaporkan meletup di Ulu Tiram di sini Jumaat minggu lepas yang mengorbankan dua lelaki dan mencederakan seorang wanita.



-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2009 12:08 AM | Show all posts

Balas #909 tangopapa\ catat

apakah depa tuh ex servicemen, reservists atau plainly tukang kebun yg mau invincible dlm kebun depa?
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2009 09:55 PM | Show all posts
Anggota Polis Indonesia Ditahan Kerana Rompak Kapal - KPN

KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hasaan Selasa menjelaskan seorang anggota polis dari Pulau Batam, Indonesia yang cedera ditembak sebelum ditahan polis Malaysia kira-kira tiga minggu lepas, disyaki merompak sebuah kapal dagang yang berlabuh di perairan Kuala Sedili, Kota Tinggi.

Beliau berkata laporan sebuah akhbar di Indonesia yang mendakwa anggota berkenaan ditembak dan ditahan secara melulu kerana menceroboh sempadan Malaysia adalah tidak tepat.

Katanya suspek bersama enam lagi rakannya ditahan kerana merompak sebuah kapal dagang dan juga kerana menembak pasukan polis Malaysia.

"Masa kita (polis) sampai di tempat kejadian, mereka yang bertindak menembak kita dahulu justeru kita terpaksa melepaskan tembakan balas ke arah bot pancung mereka sebagai langkah mempertahankan diri.

"Kita terpaksa berbuat demikian kerana mereka bukan sahaja menyamun sebuah kapal dagang Singapura tetapi juga kerana mereka mempunyai senjata," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, Komandor Marin SACII Isa Munir menyifatkan laporan akhbar itu adalah tidak tepat dan hanya untuk memburuk-burukkan hubungan baik Malaysia dengan negara tersebut.

"Saya rasa laporan itu salah dan tidak tepat. Akhbar tersebut mendakwa seorang pegawai kanan berpangkat Brigadier Jeneral ditahan tetapi hasil siasatan awal kami, suspek merupakan anggota polis pangkat bawah dan bukan seperti yang didakwa," katanya.

Beliau berkata dalam kejadian pada 7 Feb lepas, seorang lanun cedera ditembak sepasukan anggota Polis Marin Wilayah Selatan, sebelum ditahan bersama enam lagi rakannya ketika mereka cuba merompak sebuah kapal dagang, "Majulah Jasmin" yang berlabuh di perairan Kuala Sedili, Kota Tinggi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.40 pagi itu, kesemua tujuh lanun warga Indonesia terbabit yang berusia dalam lingkungan 20-an menaiki sebuah bot pancung dipercayai mahu merompak kapal dagang itu yang didaftarkan di Panama dan beroperasi di Singapura yang berlabuh kira-kira 35 batu nautika di timur Tanjung Gemoh, Kuala Sedili.

Beliau berkata bot Polis Marin mengambil masa 40 minit bagi memintas bot pancung berkenaan yang cuba melarikan diri dan dalam keadaan itu, beberapa lanun dilihat membuang semua barang di dalam bot mereka dipercayai termasuk senjata api.

Semalam, akhbar Batam Pos melaporkan bahawa pegawai polis terbabit yang menggunakan singkatan nama 'ZJ' ditahan sepasukan anggota Pasukan Marin kerana melanggar sempadan di Perairan Laut China Selatan berhampiran Kampung Sedili Kecil, Kota Tinggi.

Akhbar tersebut melaporkan, kejadian itu dikatakan berlaku kerana polis Malaysia menyangka anggota polis Indonesia itu dan beberapa rakannya yang lain menaiki sebuah bot laju mahu merompak sebuah kapal.

Akhbar tersebut menyiarkan berita itu dengan tajuk 'Polisi Malaysia Tembak Polisi Batam'. Menurut akhbar itu, anggota itu cedera ditembak di punggung ketika cuba melarikan diri.

Ketua Pegawai Perhubungan Awam Polis Republik Indonesia (Polri) Brigadier Jeneral Polis Sulistyo Ishak ketika dihubungi Batam Pos mengesahkan penangkapan tersebut, namun pada masa yang sama menafikan anggotanya itu terlibat dalam rompakan terbabit.



-- BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2009 10:00 PM | Show all posts

Reply #916 standupper's post

Flashback kejadian...

[quote]
7 lanun berseluar dalam ditahan
Oleh Intan Mas Ayu Shahimi
imas@hmetro.com.my



TUMPAS...enam daripada tujuh lanun berseluar dalam
ketika ditahan, semalam.

JOHOR BAHRU: Tujuh lanun berseluar dalam, termasuk seorang cedera di rusuk kanan akibat terkena tembakan ditahan apabila cubaan mereka merompak sebuah kapal dagang di perairan Kuala Sedili, Kota Tinggi dekat sini, dipatahkan sepasukan anggota dan pegawai Pasukan Gerakan Marin (PGM) Wilayah Selatan, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.40 pagi itu, kumpulan lanun warga Indonesia berusia antara 21 hingga 53 tahun itu ditahan selepas dikejar sejauh kira-kira 20 kilometer apabila cuba meloloskan diri dengan menaiki bot laju menggunakan enjin 200 kuasa kuda.

Komander PGM Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner II Isa Munir, berkata selepas menyedari kehadiran pihak berkuasa, lanun terbabit melarikan lari selama 40 minit sebelum dipintas kira-kira 10.4 batu nautika dari timur Tanjung Sedili Kecil.

Sebelum itu, katanya, unit risikan PGM menerima maklumat daripada ejen perkapalan mengenai kehadiran sebuah bot pancung dalam keadaan mencurigakan di perairan Johor apabila cuba menghampiri kapal dagang Majulah Jasmin yang berdaftar di Panama dan berlabuh kira-kira 35 batu nautika di timur Tanjung Gemoh, Kuala Sedili.


揝ebaik menerima laporan itu, sepasukan anggota dan pegawai yang menggunakan bot ronda RH 15, dikejarkan ke tempat kejadian dan apabila sampai, kami mendapati anak kapal Majulah Jasmin sedang menembak isyarat kecemasan.

揔ehadiran kami disedari lanun terbabit menyebabkan mereka memecut untuk melarikan diri. Ketika dikejar, mereka bertindak luar biasa apabila tiga terjun ke laut dan selebihnya menanggalkan pakaian sebelum mencampakkan semua barang dipercayai untuk mengelakkan dijadikan bahan bukti melakukan rompakan di laut.

揗ereka turut berkelakuan agresif dengan menghimpit bot polis sebelum membaling beberapa objek dipercayai bahan letupan,
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2009 08:28 AM | Show all posts
Kapal selam pertama kita tiba Julai

KOTA KINABALU 11 Mac - Kapal selam pertama jenis Scorpene, yang akan ditempatkan di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Sepanggar, dekat sini dijangka tiba Julai depan, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Perdana Menteri berkata, persediaan bagi menyambut ketibaan kapal selam pertama KD Tunku Abdul Rahman kini berjalan dengan baik.

"Saya diberitahu pangkalan TLDM (Sepanggar) siap sepenuhnya mengikut jadual pada Jun ini,"katanya kepada pemberita semasa melawat Pangkalan TLDM di Sepanggar dekat sini, hari ini.

Hadir sama pada majlis itu isteri Perdana Menteri, Datin Seri Jeanne Abdullah; Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman; Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal; Panglima TLDM, Laksamana Datuk Seri Abdul Aziz Jaafar dan Panglima Wilayah Laut Dua, Laksamana Pertama Syed Zahiruddin Putra Syed Osman.

Abdullah yang juga Menteri Pertahanan turut berpuas hati dengan tahap persediaan TLDM Sepanggar menyediakan kemudahan sokongan bagi menampung kapal selam itu.
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2009 11:53 AM | Show all posts
dia nak mai dahhh........
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2009 12:14 PM | Show all posts
kalau ETA july, agak2 bile dorang berangkat dari perancis ye...normally bape lama nak sampai...weeks or months...and then underwater ke atau snorkel level...aku rase la bulan jun ni ramai le kutu2 terdrop buoy sepanjang selat melaka tu... nak dengar bunyi kipas....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:55 AM GMT+8 , Processed in 0.147384 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list