CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: yipun78

BERITA AKHBAR MENGENAI ATM & PDRM

[Copy link]
Post time 12-3-2009 12:16 PM | Show all posts
oh ya...mesti ada grand welcoming punye 'ceremony' macam kapal tan pusmah tu....nak pecah dara la katakan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2009 07:17 PM | Show all posts
New police post to guard entry points
By M. Kumar


KUALA LUMPUR: A new post has been created by the Royal Malaysian police to oversee security sectors under its purview at the nation's borders.

The individual appointed for the post will also work closely with other security agencies in the country to safeguard entry points into Malaysia.

Deputy Comm Datuk Salleh Mat Rashid, who was previously Penang deputy police chief, has been chosen to be Deputy director of General Operations Forces (Border Safety Management and International Airport Security) effective Monday.

Inspector-General of Police Tan Sri Musa Hassan said the post was in line with the Government抯 decision last year to entrust the police with the task of guarding entry points into Malaysia.

揥e have streamlined the chain of command now as the task can be coordinated by one man instead of several heads for each sector,
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2009 09:22 PM | Show all posts
Salleh Ketuai PGA, Pengurusan Sempadan Dan Keselamatan LTAB

KUALA LUMPUR, 15 Mac (Bernama) -- Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Salleh Mat Rasid hari ini dilantik sebagai Timbalan Pengarah Pasukan Gerakan Am/ Pengurusan Sempadan/Kawalan Keselamatan Lapangan Terbang Antarabangsa (LTAB), yang merupakan satu jawatan baru yang diwujudkan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata pengwujudan jawatan tersebut adalah selaras dengan keputusan Kabinet April tahun lepas yang mahukan supaya Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengawal semua pintu masuk negara.

Katanya antara tugas penjawat jawatan itu termasuk mengetuai Pasukan Gerakan Am (PGA) yang mengandungi lima briged, pengoperasian dan perancang strategik selain menentukan dasar kawalan keselamatan LTAB di negara ini.

Beliau berkata demikan kepada pemberita selepas upcara pemakaian pangkat Salleh daripada SAC 1 kepada Deputi Komisioner Polis (DCP) di Markas Briged Tengah PGA, Cheras, di sini.

"Selain itu, penjawat juga bertanggungjawab merancang dan membuat dasar bagi pelan tindakan strategik untuk menangani semua bentuk krisis keganasan dan ancaman keselamatan terhadap mana-mana bangunan terminal dan pesawat udara.

"Beliau juga akan mengetuai dan mengkoordinasi pasukan tindak balas kimia, biologi, radioaktif, nuklear dan bahan letupan," katanya.

Kewujudan unit ini, kita dapat mencegah jenayah dan menentukan keselamatan dari sempadan lagi, katanya.

Musa berkata pengambilalihan tugas kawalan keselamatan di empat LTAB oleh PDRM menunjukkan kesan yang positif dan efektif apabila ia berjaya meningkatkan tahap keselamatan serta menurunkan angka jenayah.

"Jenayah kekerasan menurun sebanyak 55 peratus iaitu 11 kes manakala jenayah harta benda pula menurun sebanyak 36 peratus iaitu 72 kes," katanya.

Musa berkata seramai 2,000 pendatang tanpa izin dari pelbagai negara berjaya ditahan oleh PGA menerusi Operasi Cegah Jenayah (MAMBA) yang dilancarkan di seluruh ngeraa pada dua bulan pertama tahun ini.

Beliau berkata PGA kini juga bekerjasama dengan polis marin dalam membuat rondaan berkesan di perairan sekitar Sabah dan Sarawak bagi mengelak kemasukan pendatang asing tanpa izin dan jenayah di laut.

"Bagi Semenanjung pula, PGA membuat rondaan bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) secara sistematik bagi memastikan tugas rondaan tidak bertindih.

"Selain itu, pengkalan marin juga kini dinaiktaraf sebagai balai polis di mana sekiranya berlaku sebarang kejadian tidak diingini di lautan, laporan polis boleh terus dibuat di situ," katanya.

Katanya, dalam usaha pengurusan sempadan darat pula, sebanyak empat pusat operasi telah dibuka yang beroperasi secara 24 jam iaitu di Pengkalan Kubor, Rantau Panjang, Padang Besar dan Bukit Kayu Hitam

Dalam perkembangan lain, Musa memberi amaran keras kepada pengendali laman blog yang berani melanggar dan mencabar undang-undang negara dengan mencemuh mana-mana individu termasuk Sultan bahawa mereka akan dikenakan tindakan tegas.

"Kita sentiasa memantau internet justeru sesiapa sahaja yang kita dapati berbuat demikian, kita akan ambil tindakan. Jika mereka suka sangat fitnah orang, maka beranilah menerima akibat atas perbuatan mereka," katanya.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2009 02:25 AM | Show all posts
apakah polis bantuan airport tak mampu?
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2009 12:45 PM | Show all posts

Reply #922 standupper's post

aku confuse..uniform PGA ni jadi ke tak jadi fasal aku aku pernah baca benda ni macam tak jadi aja..


A new post has been created to oversee all police security sectors at the borders, airports and sea. Former Penang deputy police chief Deputy Comm Datuk Salleh Mat Rashid is the newly-appointed Deputy Director of General Operations Forces (Border Safety Management and Inter- national Airport Security), tasked with leading the nation抯 first line of defence effective today
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2009 02:19 PM | Show all posts

Reply #925 mmc's post

bukan dah pakai ka muchi..tp still ada nampak lagi yg pakai uniform biru 'kedamaian' lama tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-3-2009 02:25 PM | Show all posts

Reply #925 mmc's post

Setakat nie yg aku nampak kat mana-mana cuma level pegawai jer yang pakai.. yg lain tak perasan plak..
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2009 02:42 PM | Show all posts
tula fasal...aku tak nampak in general use lagi

[ Last edited by  mmc at 16-3-2009 14:45 ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2009 02:56 PM | Show all posts

Reply #927 standupper's post

komando 69 dah ada pakai..tp mcm time demo aja..
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2009 12:22 AM | Show all posts
Pelancaran 3 dalam 1 satelit negara.

Razaksat Memulakan Perjalanan Ke Tapak Pelancaran Esok

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Satelit kedua negara, RazakSAT, akan diterbangkan dari Pangkalan Tentera Udara Subang, dekat sini, Saabtu ini, menjelang pelancarannya di Bucholz Army Airfield, Pulau Kwajalein berhampiran Guam, Amerika Syarikat pada 21 April ini.

Majlis penghantaran satelit kelas mini seberat 190kg menggunakan pesawat C-130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan disaksikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Maximus Ongkili, menurut kenyataan pejabat menteri berkenaan Jumaat.

RazakSAT, sempena nama Perdana Menteri kedua Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, merupakan satelit remote sensing pertama yang akan dilancarkan ke orbit Hampir Khatulistiwa (NEqo).

Satelit tersebut, yang akan dilancar ke orbit menggunakan kenderaan pelancar Falcon-1 milik SpaceX dari Amerika Syarikat, dibina menggunakan kepakaran tenaga tempatan dari syarikat Astronautic Technology (M) Sdn. Bhd (ATSB).

RazakSAT merupakan susulan kepada program TiungSAT-1 yang dilancarkan pada tahun 2000.

Berbanding TiungSAT-1 yang lebih merupakan sesi ujian, RazakSAT dianggap satelit yang berkeupayaan memantau permukaan bumi dan alam sekitar dari segi aplikasi remote sensing seperti pertanian, pembangunan bandar, pengurusan bencana alam, pemetaan dan keselamatan.

Selain itu, dua satelit kecil iaitu CubeSAT dan InnoSat juga akan dilancarkan bersama RazakSAT untuk tujuan penyelidikan di samping berfungsi menstabilkan kedudukan RazakSAT di orbit.


CubeSAT dibangunkan oleh ASTB manakala InnoSAT pula dimajukan oleh tiga buah universiti iaitu Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).



-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2009 08:10 PM | Show all posts
RM280 Juta Untuk Pulihara Pesawat Pejuang

KUALA LUMPUR, 23 Mac (Bernama) -- Kementerian Pertahanan telah memperuntukkan sebanyak RM280 juta untuk memulihara semua pesawat pejuang pada tahun lepas.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, jumlah berkenaan adalah lebih besar berbanding RM225 juta pada 2007.

"Langkah ini adalah bagi menjamin keselamatan dan kedaulatan negara serta memastikan pesawat pejuang berkenaan sentiasa berada pada tahap siap siaga," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Lim Lip Eng (DAP-Segambut) pada persidangan Dewan Rakyat di sini Isnin.

Lip Eng ingin tahu butiran kos bagi memulihara pesawat terbabit bagi tahun 2007 dan 2008 serta jumlah pesawat berbanding bilangan juruterbang yang layak mengendalinya.

Dalam pada itu, Abdullah yang juga Menteri Pertahanan berkata, terdapat sebanyak 74 juruterbang yang telah dilatih bagi mengendali 19 pesawat Hawk manakala 40 juruterbang untuk memandu 16 pesawat MiG-29.

Katanya, sebanyak 32 juruterbang disediakan bagi mengendali lapan pesawat F/A 18D dan tujuh juruterbang untuk 12 pesawat Sukhoi SU-30MKM.

Abdullah berkata setakat ini Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak mempunyai masalah dengan bilangan juruterbang yang berkelayakan bagi memandu pesawat terbabit kecuali bagi pesawat Sukhoi.


"Ini kerana sebilangan juruterbang pesawat Sukhoi berkenaan masih dalam proses latihan.

"Juruterbang sentiasa dilatih dengan kemahiran yang diperlukan untuk bersiap sedia menghadapi sebarang ancaman dan keadaan," katanya.

Sementara itu, dalam jawapan bertulis kepada soalan Liew Chin Tong (DAP-Bukit Bendera) Abdullah berkata nisbah Bajet Mengurus dan Bajet Pembangunan tidak boleh dibuat perbandingan mengikut tahun.

"Ini kerana peruntukan Bajet Mengurus disediakan untuk menampung keperluan perbelanjaan operasi harian tahunan manakala Bajet Pembangunan adalah peruntukan untuk menampung perbelanjaan bagi Rancangan Malaysia untuk tempoh lima tahun," katanya.

Katanya, peruntukan Bajet Mengurus untuk kementerian itu pada 2009 ialah sebanyak RM10.65 bilion dan Bajet Pembangunan pada tahun berkenaan ialah RM2.35 bilion.

"Walaupun jumlah Bajet Pembangunan adalah rendah pada tahun 2009 tetapi sekiranya dikira untuk tempoh lima tahun sepanjang Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) ialah sebanyak RM13.95 bilion," katanya.

Dalam perkembangan lain, katanya, kerajaan tidak bercadang menjemput anggota Parlimen untuk melihat sebarang eksesais yang dikendalikan oleh ATM.

"Kementerian juga tidak bercadang untuk menganjurkan sebarang seminar bagi meningkatkan kefahaman anggota Parlimen mengenai hala tuju pertahanan negara," katanya.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2009 09:03 PM | Show all posts

Balas #931 standupper\ catat

hehehe...siapa rekomen hari tuh utk MP tengok exercise tentera? awat tak leh pak lah? biaq la depa sedaq kediri...
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2009 09:39 PM | Show all posts

Reply #932 windof's post

Tadak maknanya... semua jenis dah tak boleh nak ajar dah... tapi sebenarnya program2 visit ramah mesra nie memang ada.. aku pernah ikut sekali diorg pegi Lumut base.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2009 09:46 PM | Show all posts
PDRM dah terima pesawat baru...


PDRM Sedia Lapan Pesawat Pantau P/raya Kecil

KUALA LUMPUR, 23 Mac (Bernama) -- Sebanyak lapan buah pesawat ringan akan digunakan Unit Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memantau kelancaran tiga pilihan raya kecil yang akan diadakan serentak pada 7 April ini.

Pesawat yang akan digunakan pada pilihan raya kecil kawasan Parlimen Bukit Gantang di Perak dan dua kawasan Dewan Undangan Negeri iaitu Bukit Selambau di Kedah dan Batang Air di Sarawak ialah lima buah helikopter dan tiga pesawat ringan.

Komander Unit Udara PDRM Datuk Chuah Ghee Lye berkata semua pesawat itu akan digerakkan ke tempat-tempat pilihan raya berkenaan selewat-lewatnya 27 Mac ini.

"Seramai 45 anggota Unit Udara Polis (UUP) juga akan ditempatkan untuk pilihan raya di Semenanjung dan 20 anggota lagi di Batang Ai. Mereka ini termasuklah dari unit penerbangan dan penyenggaraan pesawat seperti juruterbang dan jurutera.

"Kemungkinan kita juga akan bergerak awal dari tarikh yang ditetapkan (27 Mac) bergantung pada laporan risikan dan situasi semasa," katanya kepada Bernama di Pangkalan Udara PDRM, Sungai Besi di sini Isnin.

Sementara itu, UUP mendapat lima kapal terbang jenis King Air 350 buatan Amerika Syarikat dan sebuah daripadanya diterima unit itu hari ini manakala empat lagi dijangka diterima pada penghujung tahun 2010.

"Kapal terbang yang baru diterima ini akan mula beroperasi selewat-lewatnya penghujung bulan Mei," katanya.

Beliau berkata kelima-lima pesawat bersaiz sederhana itu akan digunakan untuk operasi cegah jenayah dan ketenteraman awam di seluruh negara.




-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2009 10:31 PM | Show all posts
Katanya, sebanyak 32 juruterbang disediakan bagi mengendali lapan pesawat F/A 18D dan tujuh juruterbang untuk 12 pesawat Sukhoi SU-30MKM.


jumlah nih termasuk ngan WSO ka?kalo sekali ngan WSO... apsal su30mkm angka ganjil... kalo tak termasuk.. ramai gile pilot f18d...
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2009 09:12 AM | Show all posts

Reply #932 windof's post

member dah nak abes dah..kita tunggu apa kat si najib pulak..kat kementah tu kesayangan dia tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2009 09:14 AM | Show all posts

Reply #934 standupper's post

tu bukan yang si shahrir jadi tour leader ka
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2009 09:19 AM | Show all posts

Reply #935 kapakterbang's post

aku rasa itu memang pure pilots tu..tapi aku nak tanya jugak...setau aku WSO still ada wings...diaorang dapat refersher training jadi pure pilot jugak ke sebagai back-up kalau perlu..
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2009 09:23 AM | Show all posts

Reply #936 mmc's post

Seingat aku ada pernah tanya apa pendirian Pakatan Rakyat dalam bajet pertahanan... pegi check #38.. bajet pertahanan kena potong daaa... Peralatan ketenteraan mahal!!!

http://www.4shared.com/file/6868 ... wdVerified=23ca333d
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2009 09:24 AM | Show all posts

Reply #937 mmc's post

Itu lain bro.. itu masa PAC pegi PSCND@Boustead... tapi masa tuh pun aku ada pegi gak!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 08:13 PM GMT+8 , Processed in 0.315397 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list