CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: yipun78

BERITA AKHBAR MENGENAI ATM & PDRM

[Copy link]
Post time 24-3-2009 10:44 AM | Show all posts
Kerajaan siasat kematian nelayan

KUALA LUMPUR 23 Mac - Kementerian Luar sedang bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak berkuasa Singapura bagi menyiasat punca kematian seorang nelayan dipercayai rakyat negara ini di perairan Ponggol Barat, Singapura Sabtu lalu.

Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, setakat ini, Wisma Putra belum mendapat sebarang penjelasan rasmi dari Singapura mengenai kejadian itu.

"Saya hairan sedikit perkara ini tidak dimaklumkan segera oleh pihak berkuasa Singapura kepada wakil kita di sana.

"Bagaimanapun kita akan mendapatkan fakta lengkap untuk diperjelaskan kepada keluarga si mati," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas melancarkan buku Sebuah Autobiografi - Dari Dunia Kampung Ke Dunia Diplomatik karya Datuk Dr. Ismail Ibrahim dan majalah kementerian itu yang dinamakan Globalist di sini hari ini.

Rais mengulas mengenai kematian P. Ramlee Salam, 28, yang menimbulkan persoalan kepada keluarga mangsa yang menerima jenazah tiga hari selepas kejadian dengan kesan kecederaan di seluruh tubuh.

Pegawai Polis Marin Singapura memaklumkan bot yang dinaiki mangsa telah berlanggar dengan bot pihak berkuasa republik itu dalam satu kejadian pada 14 Mac lalu.

Rais berkata, kementerian memandang serius kejadian itu namun akan menyelesaikan perkara itu mengikut peraturan diplomasi kedua-dua negara.


Bukan kali pertama Bot Marin Sg rempuh nelayan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2009 10:58 AM | Show all posts

Reply #939 standupper's post

#38 ka..punyanya keterbelakang mau cek
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2009 11:14 AM | Show all posts

Reply #942 mmc's post

Pakai option find ler... defence security.. jap jer abis baca.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2009 11:38 AM | Show all posts

RM280 Million To Maintain Fighter Jets Last Year - Abdullah

KUALA LUMPUR, March 23 (Bernama) -- The Defence Ministry allocated RM280 million for the maintenance of the country's fighter jets last year, up from the RM225 million set aside for the same purpose in 2007, the Dewan Rakyat was told today.

Prime Minister and Defence Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi said the country had to ensure that its fighter aircraft were in excellent condition.

He said this in a written reply to Lim Lip Eng (DAP-Segambut) who had wanted to know the cost of maintenance of the jets for 2007 and 2008 as well as the number of jets and the number of pilots qualified to handle them.

Abdullah said 74 pilots had been trained to handle 19 Hawk fighter jets, 40 to handle 16 MiG-29 fighter jets, 32 to handle eight F/A 18D fighter jets and seven to handle 12 Sukhoi SU-30MKM fighter jets.

"A number of pilots are in training to handle Sukhoi fighter jets," he said.

In another written reply, to Liew Chin Tong (DAP-Bukit Bendera), Abdullah said a comparison could not be made between the ratio of a budget's operating expenditure and development expenditure by year.

"This is because the operating expenditure is to meet the expenditure needs of the annual daily operations while the development expenditure is an allocation to meet the expenditure for the Malaysia Plan for a five-year-period," he said.

He said the operating expenditure for the ministry in 2009 was RM10.65 billion and the development expenditure for the year was RM2.35 billion.

"Although the development expenditure is low in 2009, it will amount to RM13.95 billion if calculated for the five-year period of the Ninth Malaysia Plan," he said.

On another matter, Abdullah said the government had no plan to invite members of parliament to view any exercise conducted by the armed forces.

"The ministry also had no plan to organise any seminar for MPs to give them a better understanding of the country's defence direction," he said.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2009 11:44 AM | Show all posts
sapa kata kita tak cukup pilot............

74 - 19 Hawk
40 - 16 Mig
32 - 8 F/A-18
7 - 12 Su-30MKM

nampak, cik su yg masih kurang pilot, yg lain tuh terlebih sudah...........

mungkin sebab nih la kot ramai yg join mas ngan airasia, ghopernyer kempunan nak flight sendiri........
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2009 11:45 AM | Show all posts

Reply #943 standupper's post

tau..malas
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-3-2009 11:55 AM | Show all posts

Balas #944 jofizo\ catat

maknanya skn su-30mkm tak fully function lg le.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2009 12:00 PM | Show all posts
Aku ucap tahniah stand, gambo2 cik sue dia menghiasi dada kaskus. Ini membuktikan bahawa dialah si carlnain yg sebenornya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2009 12:27 PM | Show all posts

Reply #948 powerwoot's post

Sorry... Wa memang tak main kat mana-mana porem lain kecuali MPSA cari nie... Kalau setakat photo kat porem lain memang ada kaki ler tolong tampal.. ok ler kalau ada yg bagi kredit kat photo tuh, ramai yang mintak kebenaran nak link kat porem lain..

Btw Carlnain nih masih watak misteri... ntah pakai nick apa kat cari dan mp.net... so wa rasa dia mesti ko ler Pawer!!!
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2009 12:31 PM | Show all posts
tiba2 glamer plak nama carlnain...........

kena buat thread khas nih........... Siapa Carlnain ???..........
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2009 02:30 PM | Show all posts
siapa pakai nick nine atau yg ada 9 kat belakang?
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2009 03:06 PM | Show all posts

Reply #950 jofizo's post

aku dah mula syak ko dahhh.... huhu
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2009 06:01 PM | Show all posts

Reply #939 standupper's post

sapa PR yg kata tu? shafuddin yg komplen pasal latihan komando kaaa? yg tu dah serek..senyap dah la ni..kena kaw2...

anyway...bukan nya bermakna PR akan meminggirkan ATM...tu tindakan budus.....aku percaya PR akan memastikan ATM mendapat segala keperluan mereka dgn harga yg SEBENAR nya....tanpa perlu bayar komisen ratus jota lagi cam sekarang....

So,give them a chance to prove it la....
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2009 07:33 PM | Show all posts

Reply #953 razhar's post

Promote parti nampak...

Apa senyapnya kuceng.. aku hari2 dok terperap kat parlimen tau ler... berlambak dokumen rasmi kalau kau sanggup nak layan baca..
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2009 07:35 PM | Show all posts

Reply #952 powerwoot's post

Kao dah takde kerja lain saspek org... aku rasa memang ko!
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2009 08:34 PM | Show all posts
Originally posted by standupper at 24-3-2009 19:33
Promote parti nampak...

Apa senyapnya kuceng.. aku hari2 dok terperap kat parlimen tau ler... berlambak dokumen rasmi kalau kau sanggup nak layan baca..


kalu mereka meminggirkan ATM...mcm mereka saja mengadaikan kedaulatan negara la....tu adalah tindakan yg budus tahap dewa...apa yg mereka2 ni bising adalah kes komisen....komisen boleh..jgn le ratos2 jota weiii....lagi pun kontrak2 pembelian senjata ATM wajar dibuat secara terus...eh ko duk parlimen? as jaga kaaa? ..bak le sikit2 dokumen2 rahsia tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2009 10:05 PM | Show all posts

Reply #956 razhar's post

EC725 tuh ada komisyen ke pak kuceng? wa tak jaga s .. tapi naluri kuceng memang suka cium s.. dokumen sulit pun wa tak pegang, wa pegang public records je...
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2009 10:10 PM | Show all posts
Nama Unit Udara Polis Bakal Ditukar Pasukan Gerakan Udara

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Unit Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM), yang ditubuhkan pada 1 Feb 1978, bakal ditukarkan nama selaras dengan penambahan peranan dan fungsi dalam melaksanakan tugas kepolisan di negara ini.

Unit itu ditubuhkan dengan tujuan membuat pengawasan dari udara di kawasan pantai dan pedalaman terhadap kegiatan lanun, penyeludupan dan kegiatan jenayah lain selain membantu semua cawangan dalam PDRM secara pemerhatian melalui udara.

Selepas Unit Marin PDRM ditukarkan nama kepada Pasukan Gerakan Marin pada Februari lepas, kini penjenamaan semula unit udara dalam perancangan.

Komandar Unit Udara PDRM, SAC II Datuk Chuah Ghee Lye berkata tugas dan perkhidmatan unit itu semakin bertambah dan meluas seiring dengan kemajuan dan pembangunan negara.

"Dalam usia PDRM yang menjangkau 202 tahun ini, pihak kami mencadangkan nama Pasukan Gerakan Udara kepada Ketua Polis Negara tetapi ini masih di peringkat kertas kerja," katanya kepada Bernama dalam temubual khas sempena sambutan Hari Polis ke-202 esok.

Katanya unit itu mempunyai 26 buah pesawat termasuk 10 helikopter dan bakal menerima empat buah pesawat selewat-lewatnya tahun depan.

Beliau berkata dengan penambahan pesawat, mereka boleh memantapkan lagi tugas utamanya seperti di dalam operasi membanteras jenayah, menjaga keselamatan dan ketenteraman awam, memberi bantuan bencana serta melakukan penerbangan ihsan.

Selain itu, Chuah berkata mereka mempunyai rancangan jangka panjang untuk untuk menempatkan anggota dan helikopter di setiap kontinjen di seluruh negara bagi membantu ketua polis negeri dan ketua polis daerah menjalankan tugas dengan lebih efisyen.

Di samping penambahan bilangan pesawat, anggota unit itu juga akan ditambah bagi melancarkan peranan dan fungsi unit berkenaan, katanya.

"Setakat ini, kami ada 416 anggota di mana seramai 94 daripadanya adalah juruterbang, pemerhati udara (48), juruteknik (21)dan 68 anggota lagi terdiri daripada mekanik," kata Chuah.

Menurutnya penambahan anggota unit itu akan membolehkan operasi mencegah jenayah melalui udara pada waktu malam di sekitar bandar-bandar utama dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Katanya, unit itu bakal mempunyai pangkalan udara baru di Senai, Johor, bagi membantu memantau dan menjaga keselamatan di wilayah Pembangunan Iskandar di selatan Johor.

Pada masa ini, Unit Udara PDRM mempunyai tiga buah pangkalan di Lapangan Terbang Sungai Besi, Kuala Lumpur, Pangkalan Subang, Selangor dan Pangkalan Udara di Kota Kinabalu, Sabah, serta sebuah pusat latihan di Ipoh, Perak.



-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2009 11:19 PM | Show all posts

Reply #957 standupper's post

musti ada sikit2......
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2009 11:27 PM | Show all posts

Reply #957 standupper's post

dok tenggek kat porem bro tom kaaa bai? sepi bro tom tu...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:57 PM GMT+8 , Processed in 0.331985 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list