CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: yipun78

BERITA AKHBAR MENGENAI ATM & PDRM

[Copy link]
Post time 15-4-2009 10:25 AM | Show all posts

Reply #999 guyfawke's post

kalau ikut razaksat, 8 kali satu hari passover boleh bro..itupun kalau kita tak transmit signal untuk remain stationary
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2009 01:26 PM | Show all posts

Reply #999 mmc's post

betui...tapi kalau satu tak real time gamaknya dak...gambar pun good for 2-3 hours le...
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2009 01:51 PM | Show all posts

Reply #998 Burung_hantu's post

nice move....

later bleh developed own dedicated mil sat for comms....and recon

pastuh bile kaye sket lagi bleh developed asian punye Positioning system....
-GPS - US
-GLONASS - RUSSIA
-GALILEO - EUROPEAN
-ASEAN- ?

tapi had yang last skali neh kene tunggu RMK 20 kot....
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2009 02:06 PM | Show all posts

Reply #1001 bravotwozero's post

errr... bukan dlm berita tuh kita nak buat dedicated mil comm sat ker?

bagus la, asyik pakai awam punya jer. dah la mahal giler plak tuh.


wa propose ASEAN punya positioning system dinamakan GLUCOSE
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2009 02:42 PM | Show all posts

Reply #1002 guyfawke's post

razaksat masih remote sensing..so image memangla kena capture dan process dulu...(nanti OSA weh )....tapi kalau dah mil standard, should be real timelah
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2009 03:28 PM | Show all posts

Reply #1003 mmc's post

wow..sure resolution bole nampak kucing punye...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-4-2009 08:55 AM | Show all posts
Pangkalan kapal selam siap sepenuhnya Jun ini

Syed Zahiruddin Putra Syed Osman menunjukkan tahap akhir kerja pembinaan markas dan dermaga bagi menempatkan kapal selam pertama negara di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Sepanggar dekat Kota Kinabalu, kelmarin.

KOTA KINABALU 15 April - Pembinaan markas dan dermaga yang menempatkan kapal selam pertama negara di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Sepanggar dijangka siap sepenuhnya selewat-lewatnya awal Jun ini.

Panglima Wilayah Laut Dua, Laksamana Pertama Syed Zahiruddin Putra Syed Osman berkata, proses pembinaan projek itu kini di peringkat akhir.

"Kapal selam pertama akan tiba Julai ini, kita menjangkakan pada awal Mei atau selewat-lewatnya Jun ini pembinaan dermaga dan markas akan siap sepenuhnya.

"Jadi menjelang Julai ini kita sedia menerima kapal selam seterusnya beroperasi pada bila-bila masa," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di pangkalan TLDM Sepanggar dekat sini semalam.

Menurut Syed Zahiruddin, pada masa ini kelengkapan utama seperti jeti dan bangunan utama selain perumahan untuk kira-kira 200 pegawai dan anggota kapal selam telah siap sepenuhnya.

Dalam pada itu, katanya, pemilihan Pangkalan TLDM Sepanggar bagi menempatkan kapal selam negara merupakan satu penghormatan kepada pangkalan tersebut.

"Saya akan pastikan segala perancangan menyambut kapal selam pertama ini berjalan lancar dan pangkalan ini menjadi antara yang terbaik di dunia," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2009 09:15 AM | Show all posts

Reply #1004 guyfawke's post

at 2.5 meter resolution? mana nampak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2009 12:06 PM | Show all posts

Paskal ditauliah KD Panglima Hitam

LUMUT: Pasukan Khas Laut (Paskal), unit komando Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) semalam ditauliahkan dengan gelaran KD Panglima Hitam.

Panglima TLDM, Laksamana Datuk Seri Abdul Aziz Jaafar, berkata sebagai sebuah aset strategik negara, pentauliahan itu adalah satu penghormatan dan pengiktirafan yang tinggi.

"Sesungguhnya pentauliahan ini memberi makna yang cukup besar khususnya kepada pasukan ini dan TLDM kerana pasukan ini banyak menyumbang jasa dan bakti dalam mempertahankan kedaulatan perairan negara.

"Nama Panglima Hitam dipilih berdasarkan kepada gelaran pahlawan terdahulu yang melambangkan perilaku gagah, taat setia, tegas dan berwibawa," katanya pada majlis penamaan dan pentauliahan Paskal di Pangkalan TLDM Lumut di sini.

Cadangan nama Panglima Hitam adalah ilham Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah selaku Kapten di-Pertua TLDM, kata Abdul Aziz.

Katanya, pentauliahan itu amat bertepatan dengan jasa dan pengorbanan yang disumbangkan pasukan itu dalam operasi menyelamat dan operasi cegah jenayah seperti Ops Fajar di Somalia, yang memperlihatkan keunggulan dan komitmen yang tidak berbelah-bahagi.

"Menjadi harapan seluruh warga TLDM agar semua peringkat pegawai dan anggota KD Panglima Hitam terus mempertingkatkan taraf profesionalisme mereka sebagai sebuah unit khas yang digeruni pada persada maritim antarabangsa," kata Abdul Aziz.

Mengenai Ops Fajar di Teluk Aden, beliau berkata, operasi itu akan ditamatkan pada 30 April ini kerana kemelesetan ekonomi pada masa ini.

"Oleh kerana tidak banyak lagi kapal dagang yang lalu di kawasan berkenaan, kita ambil keputusan untuk tamatkan operasi ini," katanya.

Beliau berkata, kos operasi tinggi bagi memantau dan mengiringi kapal dagang di perairan teluk itu yang ditanggung sepenuhnya oleh TLDM juga antara faktor operasi itu tidak perlu diteruskan.

Pada 19 dan 20 Ogos tahun lepas, dua kapal dagang milik MISC (Malaysia International Shipping Corporation) iaitu MT Bunga Melati 2 dan 5 ditawan lanun di Teluk Aden, namun kedua-dua kapal itu berjaya dibebaskan TLDM dalam Ops Fajar pada 27 hingga 29 September sebulan kemudian. - Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2009 12:08 PM | Show all posts
mentang2 lah berbaju hitam......... dah lekat panglima hitam.......
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2009 01:42 PM | Show all posts

Reply #1006 tin's post

tak...maksud wa sat yg baru tu le..razaksat memang le setakat bas sekolah je...yg baru sure bole nampak kucing...
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2009 10:50 AM | Show all posts
Acara 'Kebebasan Memasuki Bandar Raya' diteruskan

ANGGOTA Tentera Laut Diraja Malaysia berarak memasuki bandar raya Kota Kinabalu sempena Kebebasan Memasuki Bandar Raya di Segama Waterfront, Kota Kinabalu, semalam. - BERNAMA

KOTA KINABALU 18 April - Acara tradisi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), 'Kebebasan Memasuki Bandar Raya' yang dijadual sebagai acara terakhir hari ini akan terus diadakan di negeri ini pada tahun depan.

Panglima Wilayah Laut Dua, Laksamana Pertama Syed Zahiruddin Putra Syed Osman berkata, pihaknya dan kerajaan negeri bersetuju meneruskan acara itu ekoran sambutan hangat peserta dan pengunjung pada kali ini.

Malah, katanya, acara pada tahun depan akan diadakan lebih meriah dengan meningkatkan penyertaan peserta dari pelbagai negara selain membawa konsep baru.

"Walaupun kita rancang hari ini sebagai acara terakhir tetapi apabila melihat sambutan hangat dan dengan persetujuan kerajaan negeri, ia akan terus diadakan pada tahun depan.

"Ia akan melibatkan semua pihak khususnya pasukan keselamatan termasuk polis, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia selain pertambahan jumlah peserta dari negara jiran," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan acara tradisi TLDM 'Kebebasan Memasuki Bandar Raya' di Segama Waterfront di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Masidi Manjun dan Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Illyas Ibrahim.

Acara kali ketiga itu menyaksikan peningkatan kepada 1,200 peserta daripada 15 kontinjen berbanding kira-kira 600 peserta tahun lalu termasuk penyertaan baru dari Amerika Syarikat, India, Indonesia dan Brunei.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2009 10:57 AM | Show all posts
ATM hanya ada 30 doktor gigi sepenuh masa

KUANTAN 17 April - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menghadapi kekurangan pegawai pergigian yang serius apabila hanya mempunyai 30 orang yang bertugas sepenuh masa memberi perkhidmatan kepada kira-kira 120,000 anggota, keluarga dan pesara tentera di seluruh negara.

Pengarah Pusat Pergigian Angkatan Tentera Malaysia (PPATM), Mejar Jeneral Datuk Dr. Sukri Hussin berkata, walaupun jumlah sebenar pegawai pergigian ATM adalah seramai 57 orang namun sebahagian mereka dihantar menjalani misi di luar negara, melaksanakan tugas pentadbiran dan melanjutkan pelajaran.

Sehubungan itu, kata beliau, ATM memerlukan lebih ramai pegawai pergigian bagi membolehkannya memberikan perkhidmatan terbaik kepada warga tentera.

''Bilangan yang ada iaitu seramai 57 pegawai pergigian ini termasuk mereka yang dihantar menjalani misi di luar negara, pegawai yang menjalankan tugas pentadbiran dan mereka yang melanjutkan pelajaran.

''Jika diikutkan hanya 30 pegawai pergigian yang betul-betul memberikan perkhidmatan (sepenuh masa)," katanya.

Beliau ditemui selepas menyempurnakan majlis penutupan kempen dan rawatan kesihatan pergigian anjuran Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang dengan kerjasama ATM di Balai Bomba dan Penyelamat Indera Mahkota di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Abdul Wahab Mat Yasin.

Sukri berkata, ATM berharap dapat menambah kira-kira 50 lagi pegawai pergigian di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) bagi mengatasi kekurangan tersebut.

Selain itu, katanya, usaha turut diambil bagi menggalakkan lebih ramai penuntut perubatan di institusi pengajian tinggi tempatan supaya berkhidmat dengan ATM selepas tamat pengajian.

''Kita juga menawarkan biasiswa kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melanjutkan pengajian dalam bidang pergigian seterusnya berkhidmat dengan ATM," katanya.

Mengulas penganjuran program tersebut, Sukri berkata, selain memberikan perkhidmatan rawatan gigi percuma, ia juga merupakan latihan kepada pegawai terbabit dalam memberikan perkhidmatan kepada orang luar, sebelum mereka dihantar menyertai sebarang misi di luar negara.

''Kebanyakan anggota terbabit bertugas di klinik dan ini memberi peluang kepada mereka menjalani latihan sebagai persediaan jika berkhidmat di medan,'' katanya.

Sakit gigi ni bahaya tau...sakit kalu kirija pun tak bole buat...
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2009 10:34 PM | Show all posts
Lumut Diisytihar Bandar Tentera Laut Jumaat Ini

KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Lumut, lokasi maritim strategik yang antara lain menempatkan pangkalan Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM), akan diisytiharkan sebagai Bandar Tentera Laut, Jumaat ini.

Sultan Perak Sultan Azlan Shah berkenan menyempurnakan pengisytiharan itu sempena sambutan Jubli Intan TLDM dan bersesuaian dengan sambutan Hari Ulang Tahun Pemerintahan baginda ke-25.

"Pengisytiharan ini merupakan satu pengiktirafan kepada TLDM setelah kewujudannya dilihat sebagai membantu usaha kerajaan negeri dalam meningkatkan taraf ekonomi dan sosial penduduk tempatan," menurut TLDM dalam satu kenyataan di sini Selasa.

Sempena pengisytiharan itu, pelbagai acara disusun selama dua hari bermula Khamis ini antaranya pameran kerjaya dan ekspo maritim yang melibatkan agensi-agensi awam dan swasta serta institusi pengajian tinggi yang berkaitan dengan maritim.

TLDM juga akan mengadakan demonstrasi ketenteraan, pertunjukan kawat senyap dan perarakan seramai 1,304 warga TLDM mewakili 14 kontinjen dari pelbagai unit dan kepakaran.

Menurut kenyataan itu, TLDM akan mengadakan Hari Terbuka Armada 2009 (HTA09) pada 25 dan 26 April ini, yang akan dirasmikan Kapten Yang Dipertua TLDM, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Pelbagai pertunjukan berunsur maritim yang dikendalikan 'the Navy People' seperti demontrasi rampasan kapal, pertunjukan payung terjun, pertunjukan bot laju dan sukan air.

HTA09 turut melibatkan agensi kerajaan seperti Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) bagi memperagakan produk mereka.

"Ini secara automatik memberi peluang kepada perusahaan kecil dan sederhana memperkenal dan mempromosikan produk mereka kepada pasaran tempatan," menurut kenyataan itu.

Acara kemuncak sambutan Jubli Intan TLDM ialah istiadat penganugerahan panji-panji Kapal Diraja (KD) Rajawali, KD Sri Sandakan dan KD Panglima Hitam serta istiadat mengarak panji-panji KD Malaya, KD pelandok, KD Rajawali, KD Sri Sandakan dan KD Panglima Hitam di stadium pangkalan TLDM Lumut.

Upacara itu akan disempurnakan oleh Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 27 April.



-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2009 10:36 PM | Show all posts
Hanya Satu Kementerian Dapat 5 Bintang - KSN

PUTRAJAYA, 21 April (Bernama) -- Hanya satu kementerian dan lima agensi kerajaan memperolehi taraf lima bintang daripada keseluruhan 38 kementerian dan agensi dalam penilaian tahun lalu, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Beliau berkata kementerian itu ialah Kementerian Kerja Raya sementara institusi berkenaan ialah Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) dan Pejabat Ketua Pengarah Kesihatan.

Sistem Star Rating itu mula diperkenalkan pada 2007 dan dilaksanakan oleh MAMPU bertujuan memberi pengiktirafan kepada sektor awam yang telah membuktikan prestasi cemerlang dalam pengurusan organisasi mereka secara keseluruhannya.

Mohd Sidek mahu lebih banyak kementerian dan agensi awam memperolehi taraf lima bintang.

"Kepada kementerian dan agensi lain yang belum memperoleh taraf lima bintang, jadikanlah kementerian dan agensi lima bintang ini sebagai penanda aras, sementara bagi kementerian dan agensi yang telah mencapai lima bintang, mereka harus bekerja lebih kuat untuk mengekalkan kecemerlangan dalam penilaian pada masa akan datang," katanya pada majlis Penarafan Bintang Agensi Sektor Awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Ketua Pengarah JPA, Tan Sri Ismail Adam.

Anugerah berupa plak dan sijil penghargaan tersebut diterima oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, Datuk Seri Dr Abdul Munit Kasmin, Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JPA, Datuk Abdul Khalid Abdul Hamid, Ketua Pengarah MAMPU, Datuk Normah Md Yusof, Ketua Pengarah ICU, Tan Sri Khaled Ramli dan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Mohd Ismail Merican.

Mohd Sidek juga berkata JPA telah menetapkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi semua Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Jabatan untuk dinilai prestasi mereka seperti yang disarankan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya pelbagai usaha penambahbaikan telah dijalankan sehingga berupaya meningkatkan prestasi penyampaian perkhidmatan awam Malaysia ke tangga ke-20 tahun lalu dari kalangan 181 negara berbanding kedudukan ke-24 di kalangan 178 negara pada tahun 2007, seperti yang dilaporkan Bank Dunia.

Beliau mahu tumpuan diberikan untuk meningkatkan lagi keberkesanan dan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan awam Malaysia sehingga menduduki antara 10 negara terbaik menjelang 2010.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2009 08:20 AM | Show all posts
Radar baru mengawasi perairan Sabah

Oleh MEJAR SULEIMAN MOIDEEN KUTTY


ALLATIF Mohd. Noor (kiri) bersama William Crowe (dua dari kiri) selepas acara perasmian pemasangan radar 1206 di Sabah, baru-baru ini.

PENEMPATAN anggota pasukan keselamatan di kawasan pulau-pulau dan pesisiran pantai di kawasan sempadan terutamanya di kawasan pantai timur Sabah dapat mengwujudkan keselamatan dan keselesaan kepada rakyat di negeri itu.

Kehadiran anggota keselamatan terutamanya tentera, polis dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di kawasan pulau-pulau dan pesisiran pantai tentunya akan menyakinkan rakyat untuk hidup dalam keadaan lebih aman dan selesa.

Dengan adanya keamanan di negeri ini, industri pelancongan akan terus berkembang.

Keputusan kerajaan menempatkan pasukan keselamatan khasnya tentera di pulau-pulau di sekitar perairan pantai timur Sabah sejak beberapa tahun lalu terbukti berkesan apabila sejak itu tiada lagi sebarang insiden seperti penculikan dilaporkan berlaku.

Situasi itu secara tidak langsung turut mengembalikan keyakinan dan kepercayaan masyarakat mahupun pelancong asing, yang sebelum ini sedikit tergugat ekoran insiden penculikan di Pulau Sipadan dan Pulau Pandanan, Semporna pada tahun 2000.

Baru-baru ini, satu majlis perasmian Sistem Pengawasan Radar Inisiatif 1206 telah disempurnakan oleh Panglima Markas Angkatan Bersama (Mk AB), Leftenan Jeneral Datuk Allatif Mohd. Noor di Bukit Tinagat, Tawau, Sabah.

Allatif berkata, Inisiatif 1206 mula diperkenalkan pada 2006 dan dikenali sebagai 1206 setelah mengambil kira seksyen-seksyen yang tertulis dalam akta pertahanan 1206 Amerika Syarikat (AS).

''Inisiatif 1206 ini telah diluluskan oleh Kongres AS untuk negara-negara sahabat termasuk Malaysia bagi mempertingkatkan keupayaan angkatan tentera negara-negara sahabat yang sedang membangun dalam mempertahankan kedaulatan negara dari ancaman keselamatan, anasir-anasir keganasan dan jenayah rentas sempadan,'' katanya.

Beliau menjelaskan, sistem Pengawasan Radar Inisiatif 1206 mula dipasang di beberapa lokasi di kawasan timur Sabah bermula dari 2007 sehingga kini secara berperingkat-peringkat.

Radar itu merupakan sebahagian daripada pakej penyediaan sembilan buah radar jenis sama di kawasan itu yang mana penempatan pertama di Bukit Tinagat telah pun siap dan mula beroperasi baru-baru ini.

Allatif menjelaskan, selain kemampuan pengawasan siang dan malam yang diberikan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dengan penggunaan teknologi infra merah, radar-radar 1206 itu akan memampatkan lagi bidang pengawasan Mk AB.

Katany, peningkatan (bilangan radar) ini akan membuatkan Operasi PASIR (Padanan And Sipadan Island Resort) Selatan akan lebih berkesan dan radar-radar tersebut akan diserapkan dalam sistem pertahanan yang sedia ada.

''Pakej latihan sepenuhnya akan diberikan kepada pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), merangkumi pengenalan kepada sistem itu sehingga mereka mampu mengendalikannya dengan cekap," tambahnya.

Allatif berkata, Markas Angkatan Tugas Bersama Dua juga akan memperoleh bot-bot tempur dan peralatan sokongan maritim untuk meningkatkan keupayaan pengawasan maritim di perairan timur Sabah.

Beliau menegaskan, radar itu direka khas untuk pemantauan maritim sepanjang kawasan timur Sabah, Laut Sulu hingga ke Laut Sulawesi.

Apabila mula digunakan, ia bakal memudahkan pihak keselamatan mengawasi perairan serta bertindak dengan lebih cepat dan cekap, jika terjadinya sebarang insiden.

Bantuan yang diberi meliputi pakej iaitu kos penyediaan peralatan, pembinaan infrastruktur dan program-program latihan yang diperlukan, katanya.

Turut hadir semasa perasmian acara tersebut Asistan Ketua Staf J3 (Operasi dan Latihan Bersama), Mejar Jeneral Datuk Jusof Embong, Asistan Ketua Staf J4 (Logistik) Brigediar Jeneral Datuk Abu Bakar Md. Said (TUDM) dan Komander Angkatan Tugas Bersama 2, Tawau, Brigediar Jeneral Datuk Sheikh Mokhsin Sheikh Hassan.

Sementara itu, wakil dari pihak AS pula adalah Pembantu Setiausaha Dasar AS di Asia Tenggara, Brigedier Jeneral William Crowe dan Atase Pertahanan AS ke Malaysia, Kolonel Yeong-Tae Pak.

Utusan Malaysia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2009 08:20 AM | Show all posts
Kagat menyubur jiwa ATM

Oleh Mohd. Radzi Mohd. Zin


ANGGOTA tentera berpeluang menunaikan tanggungjawab mereka sebagai umat Islam walaupun di mana mereka berada dengan dibantu oleh anggota Kagat. 鈥
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2009 08:21 AM | Show all posts
Memperkukuh nilai-nilai murni anggota tentera

Oleh BURHANUDDIN ABDUL JALAL


anggota tentera diajar cara-cara berwuduk dan menyapu khauf (kasut) semasa berada di medan perang dalam sesi latihan di Port Dickson, Negeri Sembilan, baru-baru ini.

Sebagai sebuah elemen dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM), ternyata peranan dan fungsi Kor Agama Angkatan Tentera (Kagat) semakin ditagih dalam usaha meningkatkan tahap profesionalisme ATM.

Dari aspek sejarah, peranan sesebuah unit atau bahagian yang berteraskan agama dalam organisasi ketenteraan bukanlah sesuatu yang baru.

Sejarah membuktikan kejayaan sesebuah angkatan perang banyak bergantung kepada nilai-nilai murni yang berjaya diterapkan kepada setiap anggota yang terlibat. Kualiti ketenteraan tidak hanya dilihat pada kejayaan yang dicapai dalam peperangan tetapi ia juga ditentukan oleh kualiti individu yang merangkumi aspek fizikal, spiritual dan mental.

Di dalam Angkatan Tentera Amerika Syarikat umpamanya, Kor Chaplin telah ditubuhkan selepas Perang Dunia Kedua. Sejak penubuhannya, jabatan ini berfungsi mengajak anggota tenteranya menerapkan nilai-nilai agama masing-masing dengan memberi bimbingan agama, mengetuai upacara keagamaan dan memberi khidmat nasihat terutamanya dalam penyelesaian masalah keluarga.

Di pangkalan-pangkalan, pembinaan gereja dan penyelenggaraannya dibiayai oleh kerajaan. Satu program khas telah dijalankan iaitu Chaplin Religious Enrichment Development Operation (CREDO) sejak tahun 1991.

Pembinaan mental

Tujuan program ini adalah menyedarkan semua pegawai dan anggota Angkatan Tentera Laut supaya menggunakan nilai-nilai agama Kristian, Islam dan Nasrani bagi meninggikan sikap integriti, amanah, komitmen dan keberanian. Program ini dikendalikan secara khemah hujung minggu. Ia mesti dihadiri oleh semua peringkat pegawai dan anggota di dalam empat peringkat iaitu personel growth, spritual growth, marriage enrichment dan teen personel growth.

Pasukan tentera lain yang turut menubuhkan Kor Chaplin adalah Angkatan Tentera Filipina (1970-an) dan Australia.

Langkah-langkah penerapan nilai-nilai agama di dalam angkatan tentera juga dilakukan di dalam Angkatan Bersenjata Republik Indonesia (ABRI). Usaha itu dipanggil pembinaan mental atau BINTAL. Ia dikendalikan sebagai satu program yang terpenting dan mendahului segala bidang pendidikan sama ada pendidikan tentera atau pendidikan formal di sekolah-sekolah dan pusat pengajian tinggi.

Peningkatan kerjaya seseorang anggota tentera atau awam adalah tertakluk kepada pencapaiannya di dalam peperiksaan BINTAL.

Di Republik Arab Mesir pula, setelah diaibkan dalam peperangan Mesir-Israel pada Jun 1967, Presiden Gamal Nasser membuat siasatan mendalam terhadap punca Angkatan Tentera Mesir tidak berupaya menentang Israel.

Siasatannya mendapati antara punca kekalahan tersebut ialah latihan ketenteraan tidak dikendalikan secara profesional, peralatan tentera yang tidak diselenggara dengan sempurna di mana hanya sekitar 20 peratus yang beroperasi dan krisis moral di semua peringkat Angkatan Tentera Mesir.

Krisis moral yang dimaksudkan ialah sebahagian besar pegawai dan anggotanya berasa tidak puas hati menyebabkan mereka tidak berminat dengan aktiviti bukan ketenteraan.

Tindakan pertama Presiden Nasser untuk mengembalikan maruah negaranya ialah dengan memecat semua panglima dan ketua pasukan tentera termasuklah Menteri Perang, Samsuddin Badran. Mereka digantikan dengan para pegawai yang mengamalkan cara hidup dan etika ketenteraan yang berasaskan agama Islam.

Selanjutnya, amalan hidup berteraskan nilai-nilai Islam diperkenalkan dengan tegas. Mereka yang tidak boleh mematuhinya dipaksa keluar dari perkhidmatan tentera. Kemuncak kepada usaha-usaha ini adalah melancarkan serangan mengejut dengan menyeberangi Terusan Suez untuk menyerang kedudukan tentera Israel pada bulan Ramadan 1973 (Perang Ramadan).

Di dalam perang ini, Mesir berjaya membebaskan terusan Suez dan sebahagian besar Semenanjung Sinai yang ditakluki tentera Israel semasa Peperangan Arab-Israel pada tahun 1967.

Jelas kepada kita pentingnya nilai-nilai positif berteraskan agama terpahat dalam sanubari setiap anggota dan pegawai dalam sesebuah angkatan tentera. Nilai-nilai murni ini banyak mempengaruhi misi dan perjuangan sebagaimana yang ditetapkan.

Dalam konteks Malaysia, peranan sama yang diletakkan kepada institusi keagamaan iaitu Kagat. Ia ditubuhkan pada 16 April 1985, merupakan kesinambungan perkhidmatan agama yang telah wujud sejak penubuhan Rejimen Askar Melayu Diraja pada tahun 1933 lagi.

Kagat sebagai generasi yang mewarisi usaha-usaha dakwah Islamiah dalam ATM, ternyata berperanan dengan baik dan cemerlang membantu ATM khususnya dalam pembinaan modal insan yang berwibawa dan cemerlang dalam profesional ketenteraan.

Menyuburkan rohani

Ini dibuktikan dengan misi Kagat iaitu membantu ATM meninggikan tahap profesionalisme menerusi pendidikan Islam serta memberi khidmat keagamaan kepada seluruh warganya.

Dalam hal ini, Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal dalam bukunya Marksman: The target for the Malaysian Army menyebut: "Nilai agama akan membentuk prinsip agama, moral positif dan komitmen terhadap maruah insan. Ia menyuburkan rohani seseorang dan mencegah mereka daripada melakukan kejahatan secara menyeluruh. Nilai ini perlu dipupuk secara berterusan untuk mengekalkan tingkah laku yang terbaik dalam diri seseorang".

Selain itu, Panglima Tentera Darat Malaysia , Jeneral Tan Sri Muhammad Ismail sempena sambutan ulang tahun Tentera Darat Malaysia (TDM) ke 76 baru-baru ini berkata, TDM sebagai sebuah organisasi yang dinamik serta mempunyai misi dan visi perlu terus memperkukuhkan budaya kecemerlangan dengan nilai-nilai teras seperti kualiti, integriti, inovasi, disiplin, akauntabiliti dan profesionalisme.

Berdasarkan dua pernyataan tersebut ternyata nilai agama menjadi teras untuk membina sebuah angkatan yang profesionalisme. Pendek kata, nilai agama atau kerohanian menjadi teras dalam kejayaan sesebuah organisasi ketenteraan.

Kenyataan ini diperkukuh dengan pendapat Abdullah al-Namiri dalam bukunya Al-Harb 'Abra al-Tarikh mencatat perakuan Field Marshal Montgomery yang memperakui kekuatan spiritual adalah elemen terpenting yang menentukan kecemerlangan seseorang anggota di medan tempur.

Menyedari cabaran-cabaran tersebut, adalah penting bagi seluruh warga Kagat mengambil peringatan apa yang telah disebut oleh Muhammad Abduh (2004) dalam bukunya Madza ya'ni intimaai lid-dakwah yang menjelaskan pentingnya setiap individu atau organisasi yang terlibat dalam dakwah sentiasa memperkukuh dan memperbaharui komitmen dalam dakwah.
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2009 08:21 AM | Show all posts
Kaedah saintifik bantu selesaikan jenayah

Oleh WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS
hayati.alias@utusan.com.my


W.PUSPANATHAN menerima Anugerah Pelajar Terbaik Latihan Asas 1996 dari Timbalan Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Samsuri Arshad.

BENAR kata orang dulu-dulu, perbezaan antara setiap individu itu sedikit sebanyak dipengaruhi oleh ilmu pengetahuan, pengalaman dan kemahiran yang dimilikinya.

Pendapat itu jugalah yang membantu Deputi Supritendan W. Puspanathan dalam kerjayanya sepanjang 14 tahun berkhidmat dalam pasukan polis.

Cabaran pertama yang dihadapi oleh pegawai polis berusia 39 tahun ini ialah mengesan suspek kes pembunuhan ngeri membabitkan empat sekeluarga yang ditemui hampir reput di sebuah rumah di Benut, Pontian, Johor.

Kejadian itu berlaku pada tahun 1997, ketika beliau baru tiga bulan dilantik sebagai Ketua Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian.

Bagi Puspanathan, kes ini merupakan pengalaman baru apatah lagi kerjaya polisnya baru menjangkau usia dua tahun.

"Sebagai orang baru, sebaik sahaja saya menerima kes itu, saya benar-benar buntu kerana tidak tahu di mana hendak memulakannya.

"Tambahan pula, kes itu diserah kepada saya selepas kumpulan pertama tidak dapat menemui apa-apa bukti berkaitan suspek pembunuhan.

"Sebaik sahaja saya dan rakan setugas yang lain tiba di tempat kejadian, tiada apa-apa bukti ditemui dan keadaan lebih sukar apabila pemeriksaan forensik ke atas semua mayat yang sudah reput dan berulat itu turut tidak dapat menunjukkan sebarang bukti," katanya ketika ditemui Gaya Polis di IPD Petaling Jaya baru-baru ini.

Siasatan awal memberi petunjuk negatif berhubung kes tersebut.

Berikutan itu, Puspanathan mula mengaplikasikan pengetahuan Sains dan kaedah Matematik yang dipelajarinya bagi mencari jejak suspek.

Pengamatan yang mendalam melalui kaedah tersebut telah memberinya inspirasi untuk menyelongkar kehidupan peribadi mangsa sehingga membawa kepada petunjuk penting iaitu salah seorang daripada ahli keluarga yang terlibat itu merupakan suspek utama kejadian.

Beliau menggunakan ilmu pengetahuan yang ada ketika soalan diaju terhadap suspek sehingga suspek terbabit mengaku telah membunuh empat ahli keluarga itu berpunca daripada dendam terhadap bapa mertuanya.

Puspanathan turut menceritakan perbicaraan kes tersebut mengambil masa sehingga lapan tahun bagi membawa pembunuh itu ke tali gantung.

Anak kelahiran Kedah ini merupakan pelajar terbaik ketika mengikuti Ijazah Pendidikan di Universiti Putra Malaysia (UPM) pada tahun 1994 dan Diploma Sains Siasatan tahun 2003.

Malah, beliau yang kini menjawat jawatan sebagai Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersial di IPD Petaling Jaya bakal menamatkan Ijazah Perundangan di UM pada tahun hadapan.

Katanya, pengetahuan Sains dan Matematik sangat penting dan berguna dalam membantu tugas-tugas berkaitan siasatan jenayah berat termasuk kes pembunuhan.

Penggunaan kedua-dua kaedah itu baginya amat berkesan untuk membongkar punca kes malah memberi petunjuk kepada bukti kejadian.

Beliau turut menceritaka mengenai kes penemuan mayat wanita yang dikerat tiga dan ketiga-tiga anggota badannya dicampak di tiga lokasi berasingan.

"Oleh kerana wajah mangsa dibakar, proses pengecaman sukar dilakukan oleh keluarganya, malah kaki mangsa ditemui berhampiran sebuah hotel murah di Johor Bahru.

"Satu operasi dilancarkan di setiap bilik di hotel berkenaan dan pasukan saya berjaya menemui kesan ketulan darah beku di sebalik penapis air di bilik air salah sebuah bilik hotel itu.

"Selepas pemeriksaan dibuat, seorang suspek ditahan dan didakwa melakukan pembunuhan itu. Ia bermotifkan dendam," katanya.

Puspanathan menjelaskan, cabaran utama dalam kerjaya polis ialah berhadapan dengan pelbagai teknik yang dilakukan penjenayah yang turut memiliki kepandaian dan pendidikan tinggi.

"Penjenayah akan melakukan pelbagai cara untuk menyembunyi dan menutup bukti jenayah yang dilakukannya.

"Oleh itu, polis hari ini perlu melengkapkan diri dengan ilmu, pengalaman dan kemahiran serta deria keenam bagi membantu siasatan dan mengukuhkan pendakwaan.

"Tugas dalam bidang siasatan jenayah paling mencabar dan menguji tahap kualiti yang ada pada pegawai yang ditugaskan," katanya.

Beliau turut menyentuh kredibiliti yang perlu ada pada seorang anggota polis iaitu selain memiliki ilmu pengetahuan yang luas, mereka mesti memiliki personaliti yang positif dan disiplin yang tinggi.

"Apa yang masyarakat perlukan sekarang ialah merasai kehadiran anggota polis. Ia akan memberi kesan secara langsung dan menghilangkan trauma.

"Menjadi satu kebanggaan saya apabila Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan melakukan penambahbaikan dari sudut logistik dengan menambahkan kenderaan peronda bagi memantau kawasan komuniti," katanya di akhir perbualan.
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2009 08:21 AM | Show all posts
Demam panas kena badi mayat

Oleh NORMALA SALLEH
jenayah@utusan.com


MOHD. Khairul Nazmi Mohamad Khalid (duduk dua dari kanan) bergambar kenangan bersama rakan pelatih Platun 13, Kompeni I (2), ketika mengikuti Kursus Asas Inspektor pada tahun 2006.

KERJAYA sebagai polis merupakan satu bidang yang memerlukan daya ketahanan mental dan fizikal.

Selain itu, bidang ini memerlukan setiap anggota dan pegawainya memiliki kemahiran berkomunikasi yang baik.

Sebagai contoh, anggota atau pegawai polis perlu mahir berkomunikasi supaya individu yang menerima berita tentang sesuatu kemalangan buruk yang menimpa ahli keluarganya tidak terkejut dengan berita yang disampaikan.

Sudah termaktub di dalam ayat suci al-Quran Surah Al-Anfal ayat 10, Allah telah berfirman, maksudnya; 揇an Allah tidak menjadikan (bantuan malaikat) itu melainkan sebagai berita gembira dan supaya hati kamu tenang tenteram dengannya dan kemenangan itu pula hanyalah dari sisi Allah. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:39 PM GMT+8 , Processed in 0.343959 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list