CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: yipun78

BERITA AKHBAR MENGENAI ATM & PDRM

[Copy link]
Post time 22-4-2009 08:22 AM | Show all posts
Kor Kadet Polis bantu hadapi cabaran

RUSLAN Hassan memeriksa perbarisan Kor Kadet Polis sempena Sambutan Ulang Tahun Kor Kadet Polis Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Johor Bahru Utara Ke-39 di Padang Kawad Universiti Teknologi Malaysia Skudai, Johor Bahru, kelmarin.

JOHOR BAHRU 19 April - Penyertaan para pelajar dalam Kor Kadet Polis di sekolah menengah mampu menjadikan mereka lebih bersedia untuk menghadapi cabaran pada masa akan datang.

Pegawai Pelajaran Daerah Johor Bahru, Aminudin Adam berkata, ini kerana pelajar terlibat telah dilatih supaya berhemah, bijaksana, berfikiran terbuka dan rasional iaitu selaras dengan arus pembangunan globalisasi terutamanya dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi.

"Pelbagai aktiviti telah dirancang bagi memberi peluang kepada ahli-ahli Kor Kadet Polis ini untuk mengasah bakat dan potensi mereka dengan sebaik mungkin.

"Aktiviti ini berupaya mengembangkan kemampuan diri pelajar sama ada dalam aspek fizikal dan mental agar ahli-ahli Kor Kadet Polis menjadi pelajar contoh yang berilmu, terlatih, berhemah tinggi, berdisiplin dan memiliki jati diri kental," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis sambutan ulang tahun Kor Kadet Polis Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Johor Bahru Utara kali ke-39 di Padang Kawad, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, di sini semalam.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan.

Aminudin berkata, salah satu hasrat kementerian adalah untuk membangunkan modal insan dalam usaha menyediakan individu yang mempunyai sifat kepimpinan tinggi kepada negara.

Justeru, katanya, aktiviti kokurikulum di sekolah menengah kini menjadi semakin penting apabila ia menjadi penanda aras kepada institusi pengajian tinggi untuk mengukur kualiti penglibatan seseorang pelajar.

"Matlamat pendidikan negara ini adalah untuk melahirkan pelajar yang memiliki jati diri kukuh, patriotik dan berpegang kepada ajaran agama dan moral.

"Selain itu, kita juga ingin mewujudkan kehidupan masyarakat yang penyayang, demokratik, liberal, bertolak ansur, berbudaya saintifik dan bersatu padu," ujarnya.

Sementara itu, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Universiti dan SMK Bandar Baru Uda diumumkan juara Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Ibu Pejabat Daerah (IPD) Johor Bahru Utara Kategori Lelaki dan Wanita.

Kejayaan kedua-dua sekolah itu lebih bermakna apabila kategori ketua platun terbaik turut menjadi milik sekolah berkenaan menerusi Chua Soon Heng dan Nurhamizah Nazarudin.

Sehingga kini, Kor Kadet Polis Daerah Johor Bahru Utara dianggotai oleh 13 buah sekolah menengah dengan jumlah ahli seramai 1,000 orang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2009 09:14 PM | Show all posts
TAKZIAH kepada ahli keluarga yang terbabit!



Anggota Tentera Terbunuh Dalam Latihan Payung Terjun

KANGAR, 25 April (Bernama) -- Seorang anggota tentera terbunuh manakala dua lagi cedera dalam siri latihan payung terjun di kawasan Felda Chuping, Padang Besar dekat sini hari ini.

Anggota yang terbunuh dikenali sebagai Zamri Yusof, 26, dari Pasir Mas, Kelantan manakala salah seorang yang cedera dikenali sebagai Mohd Jais Mohd Yusof, 38.

Mohd Jais sedang dirawat di Hospital Tuanku Fauziah (HTF).

Menurut Ketua Polis Daerah Padang Besar, Supt Che Man Md Dros, kejadian berlaku pada pukul 10.45 pagi ketika anggota-anggota dari 10 Briged Para, Kem Terendak, Melaka sedang mengadakan latihan payung terjun di kawasan ladang tebu.

Kejadian dipercayai berpunca daripada tiupan angin kencang sehingga menyebabkan para anggota terbabit gagal mengawal payung terjun mereka dengan baik pada paras 300 meter dari tanah, menyebabkan Zamri tersasar ke dalam sebuah kolam dan lemas.

Panglima 10 Briged Para, Brig Jen Datuk Mohd Dalib Basir turut berada di bilik mayat HTF.

Jenazah Zamri telah dibawa ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar, Kedah sebelum diterbangkan ke Kelantan.

Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu turut menziarahi mangsa yang cedera di HTF.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2009 09:56 PM | Show all posts

Reply #1022 standupper's post

innalillahiwainailaihirajiun.......

takziah kepada keluarga perajurit....
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2009 10:54 PM | Show all posts
takziah kepada keluarga bunga bangsa yang gugur
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2009 10:55 PM | Show all posts
Sama cam kes time LIMA aritu...strong winds...off course then plunged into the water..lemas...bkn nak kata...tp case LIMA aritu sepatut dh cukup jd pengajaran...

Part of PARA life...

Al-Fatihah
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2009 08:50 AM | Show all posts
Al fatihah..

ada 2 org yg masuk kolam..tp sorg yg dapat diselamatkan...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-4-2009 09:24 AM | Show all posts
Tentera terbunuh dalam latihan payung terjun mohon pindah

KOTA BHARU: Seorang jururawat tidak menyangka kegagalan suaminya menjawab panggilan telefon atau membalas khidmat pesanan ringkas (SMS) daripadanya sepanjang 24 jam selepas keluar dari rumah, maut ketika menyertai latihan payung terjun di Felda Chuping, Perlis, kelmarin.

Jururawat Klinik Kesihatan Kelebang Besar, Melaka, Hasnah Nasir Abdullah, 31, berkata walaupun reda kehilangan suami tersayang, tragedi paling menyedihkan dalam hidupnya itu tidak akan dapat dilupakan sampai bila-bila.

Beliau berkata, suaminya, Zamberi Yusof, 26, yang bertugas di Kem Terendak Melaka, keluar dari rumah di kuarters klinik kira-kira jam 2 petang Jumaat lalu, untuk menyertai latihan penerjunan yang sudah menjadi rutin sepanjang lapan tahun bertugas dalam pasukan terbabit.

"Jumaat lalu, dia keluar dari rumah kira-kira jam 2 petang. Itulah kali terakhir kami bertemu dan sebelum keluar, suami saya sempat memberitahu yang dia tidak sabar nak berpindah kerana sudah memohon pertukaran untuk bertugas di Kelantan. Dia juga mahu saya memohon untuk berpindah sama.

"Dia juga berjanji untuk meraikan hari jadi saya yang baru berlalu dan sudah membelikan hadiah, tetapi merahsiakannya. Sejak dia keluar petang itu, saya ada menghubungi beberapa kali serta menghantar SMS kepadanya, tetapi tidak berbalas sesuatu yang tidak pernah dilakukannya.


"Namun, saya tidak mengesyaki apa-apa kerana menyangka dia mungkin dalam penerbangan ke lokasi latihan, hinggalah saya menerima khabar kemalangan kira-kira jam 1.30 petang semalam (kelmarin)," katanya ketika ditemui di rumah mentuanya dekat Penambang di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.45 pagi kelmarin, seorang anggota tentera dari 10 Briged Para terbunuh, manakala dua rakannya cedera parah selepas payung terjun masing-masing hilang kawalan akibat angin kencang ketika menjalani latihan penerjunan yang menyebabkan mereka tersasar ke dalam kolam di ladang tebu dekat Felda Chuping, Perlis.

Zamberi dipercayai lemas apabila payung terjunnya tersasar ke dalam kolam berkenaan, manakala rakannya, Mohd Jasi Mohd Yusof, 38, cedera di pinggang akibat terhempas selepas dipercayai pengsan di udara, manakala seorang lagi yang belum dikenali, patah bahu.

Hasnah berkata, beliau kini terpaksa hidup sendirian di Melaka dan berharap jabatannya dapat membantu mempercepatkan kelulusan permohonannya untuk berpindah ke Kelantan, dekat dengan ibu bapanya di Kampung Peria, Kuala Krai.

Sementara itu, bapa Zamberi, Yusof Ismail, 65, berkata beliau bertemu kali terakhir anak ketiga daripada sembilan beradik itu pada Mac lalu ketika pulang bercuti bersama isterinya.

"Saya menerima panggilan daripada seorang pegawai dari Kem Terendak memaklumkan kejadian menimpa anaknya itu kira-kira jam 12 tengah hari semalam (kelmarin)," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2009 08:16 PM | Show all posts
close to home eh..tawakkal ajalah abang tu selamat bertugas sentiasa

[ Last edited by  mmc at 27-4-2009 20:19 ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2009 10:44 AM | Show all posts

Reply #1028 mmc's post

should be my hubby attach skali dalam ex tu...

tp last minutes tukar tugas plak...

tp setiap kali dia kena terjun..dalam hati nie selalu bdebar2...stakat nie cuma cedera skali jek..
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2009 10:28 PM | Show all posts
InnalillahWainahiroojiuon.
Dari Allah kita datang dan kepadanya jua kita kembali.

Syukur Alhamdullillah. Saya terjun dari era Pesawat Dakota sehingga lah ke era C130 di penghujung perkhidmatan dulu, selamat tidak mengalami sebarang kejadian yang tidak diingini.

[ Last edited by  xwo2gk at 28-4-2009 22:33 ]
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2009 12:08 PM | Show all posts
aku pun tak ingat dah mana thread asal citer ni..tapi semalam nampak kat buletin 3 dan hari ni kat paper, finally Tanda Nesan dipindahkan ke tempat yang sepatutnya



kredit mcwood/milphotos
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2009 09:37 PM | Show all posts
Tumpang simpati kepada mangsa!!!

Koperal Koma Akibat Dilanggar Lari

KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Seorang koperal polis koma apabila terbabit dalam satu kejadian langgar lari di Jalan Jelatek, Kampung Datuk Keramat, Rabu.

Ketua Polis Daerah Ampang ACP Abdul Jalil Hassan berkata Kpl Khalid Che Ros, 47, Penyelia Pejabat Pertanyaan Balai Polis Ampang ditemui terbaring di atas jalan oleh orang awam pada kira-kira pukul 1.30 pagi.

"Ketika Khalid ditemui oleh orang awam, koperal itu dalam keadaan tidak sedarkan diri. Topi keledar yang dipakainya pecah dan terdapat beberapa kesan calar pada badannya.

"Kita percaya Kpl Khalid dilanggar oleh kenderaan pacuan empat roda berdasarkan kepada kerosakan pada motosikalnya," katanya kepada pemberita di sini Khamis.

Beliau berkata kejadian berlaku ketika Khalid dikatakan dalam perjalanan pulang dari tempat kerja ke rumahnya di Taman Keramat. Dia kini ditempatkan di Wad Saraf dan Urologi, Hospital Kuala Lumpur (HKL).

"Sampai sekarang beliau masih tidak sedarkan diri (koma). Saya minta sesiapa sahaja yang ternampak kejadian itu agar segera menghubungi polis atau tampil di ibu pejabat polis yang berdekatan bagi menyalurkan maklumat," kata Abdul Jalil.



-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2009 09:38 PM | Show all posts
Chin Peng Gagal Dalam Usaha Terakhir Memasuki Malaysia

PUTRAJAYA, 30 April (Bernama) -- Bekas pemimpin komunis Chin Peng hari ini gagal dalam usaha terakhir untuk menetap di Malaysia selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan dua mahkamah rendah yang memaksanya menunjukkan dokumen pengenalan sebelum dibenarkan memasuki negara ini.

Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk S.Augustine Paul, yang bersidang bersama Hakim Datuk Hashim Yusof dan Datuk Wira Ghazali Mohd Yusof membuat keputusan itu selepas menolak usul Chin Peng memohon kebenaran untuk rayuan.

Chin Peng, atau nama sebenar Ong Boon Hua, membuat rayuan berhubung keputusan Mahkamah Rayuan pada 20 Jun 2008 yang memutuskan bahawa dia perlu mengemukakan sijil kelahiran atau kewarganegaraan bagi membuktikan dia adalah rakyat Malaysia sebelum meneruskan tindakan undang-undang terhadap kerajaan Malaysia.

Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Abdul Malik Ishak dalam keputusannya berkata dokumen itu penting untuk menentukan status Chin Peng memandangkan Jabatan Pendaftaran Negara tidak dapat menemui sebarang rekod kelahiran Chin Peng.

Mahkamah Rayuan juga memutuskan bahawa tindakan Mahkamah Tinggi adalah betul untuk memaksa Chin Peng yang berumur 85 tahun untuk mengemukakan sijil kelahiran dan kewarganegaraannya bagi membuktikan bahawa dia adalah warganegara Malaysia sebelum membenarkannya meneruskan permohonan bagi mendapat pengisytiharan bahawa dia boleh menetap di negara ini.

Usaha pertama Chin Peng untuk mendapat pengisytiharan itu ditolak apabila Mahkamah Tinggi menolak saman pemula selepas dia gagal mematuhi peraturan mahkamah untuk mengemukakan sijil kelahiran dan kertas kewarganegaraan.

Dalam prosiding hari ini, peguam Chin Peng, Raja Aziz Addruse menegaskan bahawa bukti kewarganegaraan tidak diperlukan bagi pemohon untuk menunaikan haknya memasuki Malaysia kerana ia juga boleh dibuktikan dengan memanggil adik atau gurunya untuk memberi keterangan.

Katanya mengikut klausa 3(1) perjanjian damai antara kerajaan dan Parti Komunis Malaya (CPM) bertarikh 2 Dis, 1989, anggota-anggota CPM yang berasal dari Malaysia dan ingin menetap di Malaysia perlu dibenarkan berbuat demikian mengikut undang-undang.

"Mahkamah perlu meneliti apa makna "asal Malaysia". Adalah menjadi tugas mahkamah ini untuk menterjemah perjanjian antarabangsa," kata Raja Aziz.

Pada 4 Mac, 2005, Chin Peng mengemukakan saman pemula bagi mendapat pengisytiharan untuk dibenarkan memasuki dan menetap di Malaysia dan menamakan kerajaan, Menteri Dalam negeri, Ketua Polis Negara dan Panglima Angkatan Tentera sebagai defendan.

Chin Peng, yang kini tinggal di Thailand, mendakwa beliau berhak balik ke Malaysia kerana dia berasal dari Malaysia sejak dilahirkan pada 20 Okt, 1923 di Sitiawan, Dinding, Perak dan dibesarkan di Malaysia.

Dia mendakwa kelahirannya didaftarkan dan juga memiliki salinan asal sijil itu.

Peguam Kanan Persekutuan Suzana Atan mewakili para defendan.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2009 06:57 PM | Show all posts
Sorry off Topic sikit......

Jangan terperanjat pulak PKM yang dulunya tidak boleh bersuara, tetapi sekarang sudah boleh bersuara di alam Cyber. Kalau tak percaya boleh jengok-jengok kat sini:-

http://www.matamin.blogspot.com/

Cuma nasihat saya jangan terpengaruh dengan dakyah mereka, cuma sekadar ambil tahu. Jangan lebih dari itu.

[ Last edited by  xwo2gk at 1-5-2009 19:05 ]
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2009 12:12 AM | Show all posts
Takziah dan al-fatihah!!!....

Pegawai ATM Meninggal Dunia Dua Hari Sebelum Pulang Ke Tanah Air

SUBANG, 1 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berpangkat Mejar meninggal dunia ketika berkhidmat bersama Pasukan Pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Kinshasha, Congo (MONUC), semalam, dua hari sebelum pulang ke tanah air.

Pegawai berkenaan Mejar Mohd Shafie Abdulah, 50, meninggal dunia selepas dikatakan terjatuh serta tidak sedarkan diri ketika berbual menerusi telefon dengan seorang pegawai sepasukan, Lt. Kol. Mohamad Sediqi Abd Wahid.

Penglima Angkatan Bersama ATM Lt. Jeneral Datuk Allatif Mohd Noor berkata Allahyarham telah menyertai misi itu sejak 1 Mei tahun lepas dan dijangka pulang ke tanah air Sabtu.

Allahyarham, yang melaksanakan tugas sebagai Pegawai Terminal Udara di Markas MONUC, meninggal dunia pada pukul 6 petang waktu Malaysia (11 pagi waktu Congo), katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa menyambut kepulangan kontinjen Malaysia, MALCON East III di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia di sini malam ini.

Lt Jen Allatif berkata jenazah Allahyarham kini berada di rumah mayat Hospital Kinshasha dan akan dibawa pulang ke Malaysia Isnin ini.

Bagaimanapun, punca kematian masih belum dipastikan dan sedang menunggu laporan bedah siasat dari Hospital Entebbe, Uganda, sebelum Ahad ini.

"Jenazahnya akan diiringi oleh Lt. Kol. Mohd Sediqi untuk balik ke Malaysia dan kita telah maklumkan kepada keluarga Allahyarham mengenai kejadian ini semalam," katanya.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Siti Zaharah Omar dan enam orang anak termasuk tiga perempuan dan kesemuanya berumur antara sembilan dan 20 tahun.



-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2009 12:37 AM | Show all posts

Reply #1035 standupper's post

takziah dan al-fatihah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-5-2009 01:02 AM | Show all posts
al fatihah...kesian tak sempat nak jumpe family...
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2009 11:57 AM | Show all posts

Reply #1034 xwo2gk's post

itu fasal la ATM tetap kena ada unit anti-propaganda macamanapun sekiranya kementerian penerangan leka dengan hiburan/politik saja atau lebih teruk lagi protokol..
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2009 01:18 PM | Show all posts

Reply #1038 mmc's post

We want ATM TV!!! We want ATM TV!!! We want ATM TV!!! We want ATM TV!!! We want ATM TV!!! We want ATM TV!!! We want ATM TV!!! We want ATM TV!!! We want ATM TV!!! We want ATM TV!!! We want ATM TV!!! We want ATM TV!!! We want ATM TV!!! We want ATM TV!!! We want ATM TV!!! We want ATM TV!!!
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2009 02:00 PM | Show all posts

Reply #1039 jazim's post

Dengan sukarelanya aku offer jadi penyampai berita ATM TV kat mike yop....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:19 AM GMT+8 , Processed in 0.562433 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list