CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: yipun78

BERITA AKHBAR MENGENAI ATM & PDRM

[Copy link]
Post time 2-5-2009 06:09 PM | Show all posts
Nampaknya kemalangan dah jadi penyebab utama kehilangan anggota ATM!

Dua Anggota Tentera Darat Maut Dalam Kemalangan

KUANTAN, 2 Mei (Bernama) -- Dua anggota Tentera Darat (TD) Kem Batu 10 Kuantan maut dalam dua kemalangan jalan raya berasingan di sini, malam tadi.

Ketua Trafik Daerah Kuantan ASP Goh Ewe Gee berkata pada kejadian pertama seorang anggota berpangkat rendah kem itu maut apabila motosikal yang ditungganginya bertembung dengan sebuah motosikal yang ditunggang anggota TD dari kem yang sama.

Beliau berkata pada kemalangan pukul 8.45 malam tadi, mangsa Mohd Masrul Sazali Mahassan, 25, dalam perjalanan dari Panching ke Kuantan manakala seorang lagi penunggang yang juga anggota berpangkat rendah kem itu datang dari arah bertentangan dan mereka bertembung di jalan berhampiran kem terbabit.

Bercakap kepada pemberita di sini, menurutnya mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di badan manakala seorang lagi penunggang, Jana Anak Enson, 25, yang turut cedera parah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan untuk rawatan.

Sementara itu, seorang lagi anggota TD maut akibat dirempuh oleh sebuah bas ekspres ketika melintas jalan di Km 16.5, Jalan Kuantan-Maran.

Goh berkata pada kejadian pukul 9.45 malam itu, mangsa Muhammad Syafiq Abdullah, 35, dipercayai cuai ketika cuba melintas jalan berkenaan.

Bagaimanapun polis masih lagi menyiasat punca sebanar kemalangan itu.

--BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-5-2009 06:12 PM | Show all posts

Reply #1039 jazim's post

Kau nak isi program apa kat ATM TV?... tapi aku rasa takde mustahilnya nak buat... tapi takyah pakai free-to-air atau letak dalam astro... buat webTV pun ok..! Aku nampak banyak potensi, anggota yang cun melecun pun ramai kalau nak jadik compare/ presenter! Boleh buat live streaming setiap kali ada event besar ATM!
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2009 08:48 PM | Show all posts

Reply #1042 standupper's post

hang jadiler ATM-TV broadcast manager...
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2009 10:25 PM | Show all posts

Reply #1043 venez's post

Tak susah nak buat menda nie bro... tapi setakat manager kecik sangat post tuh... bagi ler exec chairman ker, ceo ker! nanti aku lantik ko jadi GM talent... keja ko cuma cari bakat dan buat audition aweks jer manjang!! Mesti hangin Jazim!
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2009 10:26 PM | Show all posts
Seingat dan tidak silap saya dulu ATM ada broadcast Stn Radio dan pemancarnya di Pengkalan Hulu@Kroh ketika kegiatan PKM sedang giat menjalankan aktiviti mereka. Selepas sahaja perletakan Senjata PKM pada perghujung tahun 80an, stn pemancar itu tidak lagi aktif sehingga sekarang. Allahualllam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2009 10:53 PM | Show all posts

Reply #1044 standupper's post

Mau x hangin...aku nak jadi presenter tau, tambah2 lagi kalau videonya;

RAMD
Kor Teras Tentera Darat

PULMAT
Melatih Anggota Logistik TD

EX JAGUH
Cungkil 'Top Gun' TUDM (apsal ven dgn tango dok buat muka x puas hati kat aku ni? nak jadi presenter bab ni kot? )

PASKAL
Wira Baju Hitam Tangkas di Samudera

Hoh, tu baru sikit je aku cadangkan tu...


[ Last edited by  jazim at 2-5-2009 23:01 ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-5-2009 10:58 PM | Show all posts

Reply #1046 jazim's post

oit, aku x nak jadi presenter tau... aku nak jadi editor n grafik designer jerk... hu3
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2009 12:47 AM | Show all posts

Reply #1041 standupper's post

Jalan masuk ke kem tu memang gelap bro, tunggu masa jer....bukan kes baru.

Kat depan base pun berapa banyak dah kes cium punggung keta.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2009 07:24 PM | Show all posts

ish........ takziah..........


21 April 2009Anggota Polis Maut Kemalangan KM3-6 Lebuhraya KL-Seremban
Desa Petaling
Kuala Lumpur
kira-kira jam 6 pagi
21 April, 2009

Kira-kira sejam kemudian, satu lagi kemalangan maut berlaku.
Kali ini membabitkan seorang anggota polis yang menunggang sebuah motosikal berkuasa tinggi. Kemalanganberlaku ketika hujan lebat kira-kira jam 6 pagi di KM 3-6 LebuhrayaKL-Seremban arah Selatan sebelum susur ke Desa Petaling.
Mangsa, L/Kopral Mohd Yusli Yussof @ Md Yusof, merupakan anggota polis dari IPD Brickfields.
Polis masih menyiasat punca sebenar kemalangan samada membabitkan kes langgar lari atau sebaliknya. Ini berikutan penemuan sebuah kereta Toyota Wish yang terbabas tidak jauh dari tempat kejadian. Motosikal mangsa dipercayai berlanggar dengan sebuah kenderaan berdasarkan kesan di tempat kejadian. Mangsa terseret kira-kira 30 meter dan motosikalnya tersadai di tengah lebuhraya.
Pemandu kereta mendakwa, keretanya terbabas kerana cuba mengelak sesuatu di atas jalan ketika cuaca gelap dan hujan.
Polis bagaimanapun membawa pemandu terbabit ke Balai Trafik untuk soal-siasat.
Siasatan turut dilakukan samada pemandu kereta memandu di bawah pengaruh alkohol.
Mohd Yusli masih dalam bercuti dan difahamkan baru sahaja mengikat tali pertunangan dengan seorang guru. Allahyarhamyang bertugas di bahagian Logistik IPD Brickfields sebelum ini pulangbercuti di kampungnya di Kuala Penyu, Labuan, Sabah untuk urusanpertunangannya.
Mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.
KetuaPolis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner, Wan Abdul Bari Wan AbdulKhalid, berkata polis akan menguruskan segala proses untuk menghantarjenazah pulang ke kampung halamannya di Kuala Penyu, Labuan, Sabah.

Selepas selesai semua urusan menyempurnakan dan disembahyangkan jenazah dijangka diterbangkan ke Labuan bagi urusan pengebumian.

[ Last edited by  venez at 4-5-2009 19:56 ]
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2009 07:26 PM | Show all posts
kebetulan aku lalu situ......

arwah dah terbaring tak bergerak atas jalan.........

masa tu masih gelap lagik......


takziah pd famili arwah.......
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2009 07:28 PM | Show all posts
tapi masa aku lalu tu, tak ingat ada nampak wish atau tak sbb dah cuak nampak org terbaring kt jalan......

kiranya wish tu terbabas sblm simpang nak ke desa petaling.... kat situ ada mamak ABC....
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2009 07:35 PM | Show all posts
so apa yang relevannyer letak topik ni dlm MPSA?
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2009 07:42 PM | Show all posts

Reply #1 Acong's post

Inallilahi wa inna alayhi raaj-ioon..  

Thanks Acong.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2009 07:47 PM | Show all posts

Reply #4 venez's post

ehh.. soalan amenda ni???? itu pun u sebagai moderator tak boleh figure out sendiri????  what is wrong with u???? tak tau baca dan lihat ke yang mati tu polis dan bod ni bod Agensi Keselamatan, Polis & Tentera ....
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2009 07:50 PM | Show all posts

Reply #6 gubra's post

yeler, start with iklan blog, kalau nak letak citer2 camnih xyah nak bukak topik baru, letak dlm citer peristiwa/akhbar MPSA... sendiri mau ingatler...
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2009 07:52 PM | Show all posts
sori momod........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2009 07:53 PM | Show all posts

Balas #5 gubra\ catat

kesian kat arwah..........
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2009 07:55 PM | Show all posts
WA MERGE KAT SINI...
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2009 09:29 PM | Show all posts
Ruangan Forum Utusan, 5/5/2009

Ragut: Polis perlu agresif


SAYA cadangkan polis meningkatkan pemeriksaan rambang ke atas penunggang dan pembonceng motosikal bagi menangani kes jenayah ragut.

Selain memeriksa lesen memandu, polis juga boleh memeriksa kemungkinan ada senjata seperti pisau dan parang yang dibawa dalam beg atau disorokkan di bawah tempat duduk.

Polis perlu lebih agresif dan kreatif dalam pendekatan mereka. Di Hong Kong, ramai polis berpakaian preman turut sama meronda menggunakan motosikal.

Ketua-ketua Polis Daerah perlu selalu turun padang melihat sendiri keadaan dan sentiasa membuat lawatan mengejut ke kawasan berisiko. Mana-mana ketua polis daerah yang gagal menurunkan jenayah ragut ditukarkan dan dibekukan kenaikan pangkat.

Orang ramai yang berjaya menahan peragut pula wajar diberi insentif wang tunai yang setimpal.
POLIS PENCEN
Petaling Jaya
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2009 10:53 PM | Show all posts
Polis tembak mati lima penjenayah 'Geng Ipol'

10/05/2009 10:49pm

oleh M. Shahrinnahar A. Latib
KUALA LUMPUR 10 Mei
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:39 PM GMT+8 , Processed in 0.338907 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list