CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: yipun78

BERITA AKHBAR MENGENAI ATM & PDRM

[Copy link]
Post time 30-7-2009 12:25 PM | Show all posts
tak sabar nak dgr perolehan baru ATM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2009 09:49 AM | Show all posts
6 pesawat UAV beroperasi akhir 2010


AHMAD Zahid (dua dari kanan) mendengar penerangan mengenai pesawat UAV ketika melawat Kem Sri Wangsa dan menyaksikan uji pandu pesawat berkenaan di Semporna, semalam.

SEMPORNA: Enam pesawat tanpa pemandu (UAV) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan digunakan sepenuhnya menjelang hujung tahun depan menerusi usaha meningkatkan teknologi pembuatannya oleh konsortium tempatan bagi melengkapkan sistem pertahanan negara.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata kerajaan memberi tempoh hingga hujung November 2010 bagi Unmanned Systems Technology Sdn Bhd (UST) melaksanakan penambahbaikan pesawat sedia ada untuk memastikan ia mampu memenuhi keperluan ATM.

Ketika ini, ATM memiliki empat pesawat UAV yang digunakan dalam Operasi Pasir (Ops Pasir) di sini menerusi pentadbiran Angkatan Bersama (ATB) yang berpangkalan di Markas ATB 2 Kem Kukusan Tawau, dekat sini.

Pesawat Aludra seberat 130 kilogram dan berenjin 32 kuasa kuda itu mampu beroperasi dalam kawasan sekitar 40 kilometer (km) dengan kemampuan terbang yang pernah diuji selama dua jam.

Keempat-empat pesawat berkenaan mula beroperasi merakamkam gambar perairan, pulau dan daratan di sekitar Lapangan Terbang Semporna yang ditadbir di bawah Kem Sri Wangsa, di sini.

Bagaimanapun, sejak beroperasi Oktober tahun lalu, pesawat berkenaan masih dikendalikan operator UAV dari UTS yang bertanggungjawab melatih anggota ATB untuk mengendalikannya pada masa depan.

Ahmad Zahid berkata, UAV sedia ada hanya mampu berlepas dan mendarat menggunakan landasan di lapangan terbang berkenaan sedangkan ATB memerlukan pesawat yang mampu berfungsi sedemikian tanpa landasan.

"Ops Pasir memerlukan UAV yang mampu mendarat di pulau dan sudah pasti di situ tiada landasan. Oleh itu, kita memerlukan UAV yang mempunyai kemampuan teknologi lebih baik berbanding sedia ada.

"Saya yakin, jika konsortium itu mampu menambah baik teknologi pembuatannya, ia boleh digunakan bukan setakat oleh ATM, malah pelbagai agensi kerajaan yang lain," katanya selepas menyaksikan demonstrasi penerbangan UAV Aludra di lapangan terbang itu di sini, semalam.

Taklimat mengenai perkembangan terkini operasi UST disampaikan Ketua Eksekutif Composite Technology Research Malaysia Sdn Bhd (CTRM), Datuk Rosdi Mahmud.



Hadir sama Panglima ATB, Lt Jen Datuk Allatif Mohd Noor dan Komander ATB 2, Brig Jen Sheikh Mokhsin Sheikh Hassan serta Pengerusi UTS, Senator Datuk Syed Ali AlHabshee.

Ahmad Zahid berkata, walaupun UAV bukan keperluan mendesak, ia tetap penting sebagai aset ATM terutama dalam mempertahankan ratusan pulau dan daratan di Pantai Timur Sabah, selain turut digunakan dalam operasi ketenteraan di Semenanjung dan Sarawak.

Sehubungan itu, beliau meminta UTS meningkatkan penambahbaikan pesawat berkenaan bagi membolehkan agensi keselamatan yang lain seperti Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM), polis marin dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Mengenai Ops Pasir yang memelihara kedaulatan perairan dan ratusan pulau dari Tawau di Pantai Timur Sabah hingga Kudat di utara negeri itu, beliau menegaskan, kementerian akan meningkatkan kemudahan asas di kem utama dan pangkalan tentera di pelbagai pulau.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2009 09:51 AM | Show all posts
Pesawat UAV keluaran syarikat tempatan dilancar awal tahun depan

Ahmad Zahid Hamidi (dua dari kanan) mendengar penerangan mengenai Pesawat Peninjau Tanpa Pemandu ketika melawat Kem Sri Wangsa, Semporna, Sabah, semalam. - bernama

SEMPORNA 3 Ogos - Pesawat Peninjau Tanpa Pemandu (UAV) keluaran sebuah syarikat tempatan untuk kegunaan Angkatan Tugas Bersama (ATB) dalam Operasi Pandanan dan Sipadan Resort (Ops Pasir), dijangka dilancar awal tahun depan, kata Menteri Pertahanan, Datuk Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya, pesawat UAV buatan Unmanned Systems Technology Sdn. Bhd. (UST) itu berkeupayaan menghantar data termasuk gambar kepada pusat operasi untuk dianalisis bagi membolehkan tindakan susulan yang pantas diambil jika perlu.

''Saya amat sukacita dengan kemampuan UAV buatan tempatan ini tetapi mungkin dalam waktu terdekat, kita boleh memperbaiki beberapa prestasi (UAV ini) yang melibatkan soal jauh perjalanannya, kawasan radius dan juga jangka hayat penerbangan yang diperlukan bagi satu-satu operasi.

''Namun pada hemat saya, ini adalah satu langkah awal dan dengan pemindahan teknologi dari beberapa syarikat UAV negara lain yang sudah mengeluarkan UAV ini, saya yakin langkah awal ini cukup membanggakan kita.

''Kita perlu mengkaji beberapa pembaikan yang perlu dilakukan supaya ia sesuai dengan iklim tempatan, peredaran angin serta bentuk permukaan bumi,'' katanya selepas melawat Kem Sri Wangsa dan menyaksikan uji pandu pesawat UAV yang dikenali sebagai ALUDRA di sini hari ini.

Katanya, Malaysia memerlukan pesawat jenis UAV berkeupayaan tinggi seperti itu bagi melaksanakan tugas tinjauan yang meliputi kawasan pantai negara sepanjang 1,700 kilometer bagi memudah dan melicinkan tugas anggota ATB seperti tentera laut, darat, udara serta agensi penguatkuasaan lain mengambil langkah susulan.

Ahmad Zahid berkata, secara idealnya negara memerlukan sekurang- kurangnya 12 unit pesawat UAV malah jika perlu mewujudkan satu skuadron khas untuk pesawat UAV ini namun negara juga perlu realistik dari segi belanjawannya.

Sehubungan itu, katanya buat masa ini sudah memadai sekiranya negara memiliki enam unit UAV untuk tugas-tugas tinjauan di perairan di Sabah, Sarawak dan Semenanjung kerana keperluan UAV belum sampai ke tahap yang amat mendesak.

Ahmad Zahid berkata, pada masa ini Malaysia juga sudah memiliki prototaip sejenis UAV yang tidak memerlukan landasan untuk melancarkannya dan UAV jenis ini boleh menjimatkan kos pembinaan infrastruktur.

Katanya, kos yang dapat dijimatkan itu boleh digunakan untuk meningkatkan teknologi UAV sedia ada. - BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2009 02:55 PM | Show all posts
TLDM, TUDM bergabung dalam Eksesais Angsa

KUALA LUMPUR: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sekali lagi bergabung tenaga menjayakan Eksesais Angkasa Samudera atau Angsa bagi kali keempat untuk tahun ini.

Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Datuk Mohammed Noordin Ali, berkata eksesais itu bertujuan menilai kebolehan dan keupayaan TLDM dan TUDM dalam melaksanakan operasi bersama bagi mewujudkan satu angkatan pertahanan negara yang kukuh dan bersepadu yang mampu menyokong satu sama lain dalam situasi peperangan sebenar.

"Kita berharap eksesais ini akan menghasilkan suatu landasan sebagai kayu pengukur terhadap keberkesanan tahap kebersamaan dalam mengkoordinasikan operasi maritim dan udara untuk kepentingan negara," katanya selepas melancarkan Eksesais Angsa 4/2009 di Wisma Pertahanan di sini, hari ini.

Latihan dari 2 Ogos hingga 15 Ogos itu masih mempunyai tujuan yang sama iaitu menilai keupayaan bersama kedua-dua pasukan, menilai kesiapsiagaan, meningkatkan keserasian dan menguji tahap keberkesanan sistem P4 iaitu Pemerintahan, Pengawalan, Perhubungan dan Perkomputeran.

"Antara latihan pada hari itu merangkumi aspek pertahanan ruang udara, serangan udara ke atas kapal-kapal, latihan anti-keganasan dan juga Combat SAR (mencari dan menyelamat dalam situasi tempur).

"Dalam latihan ini kita juga memperkenalkan elemen peperangan siber buat pertama kali memandangkan peperangan siber boleh berlaku pada bila-bila masa," katanya.

Mengenai kepentingan penganjuran eksesais ini, beliau berkata sebagai sebuah negara maritim, latihan ini secara tidak langsung dapat memberi keyakinan pada rakyat dan pelabur asing untuk melabur di Malaysia, sekaligus menunjukkan bahawa negara sentiasa bersedia dan berupaya mempertahan kepentingan keselamatannya.

Selain TLDM dan TUDM, beberapa elemen daripada Tentera Darat turut terbabit dalam eksesais kali ini yang akan dijalankan di Markas Wilayah Laut 3, Langkawi.

Eksesais Angsa adalah gabungan dua eksesais iaitu Keris Mas yang diadakan oleh TLDM dan Angkasa Raya yang dilaksanakan oleh TUDM bermula pada 2006. - Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2009 03:41 PM | Show all posts
1144# jofizo
wa..ven pun terlibat ni..sayang aku pi langkawi awal seminggu..
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2009 09:31 AM | Show all posts
Perang siber dalam Angsa 4

Oleh ANDIKA WAHAB
Pengarang@Utusan.com.my


Mohammed Noordin Ali (tengah) bersama Bashir Abu Bakar (kanan) pada sidang media selepas majlis pelancaran Eksesais Bersama TLDM, TUDM Angsa 4/2009 di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 4 Ogos - Perang siber menjadi elemen terbaru yang diperkenalkan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dalam siri latihan bersama Angkasa Samudera atau Angsa 4 bagi sesi 2009.

Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Datuk Mohammed Noordin Ali berkata, pelaksanaan elemen yang melibatkan aspek keselamatan data maklumat dan pertahanan sistem komputer tersebut adalah reaksi awal kedua-dua cabang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terhadap kepentingan perang siber.

Katanya, penekanan elemen perang siber dalam latihan kali ini juga bertujuan meningkatkan tahap kesiapsiagaan para anggota berhadapan dengan sebarang ancaman pada bila-bila masa.

"Bagaimanapun, aplikasi fizikal elemen perang siber dalam operasi bersama ini bergantung kepada senario semasa sepanjang latihan dijalankan.

"Jika mana-mana pihak diancam serangan tersebut, barulah mereka (peserta) semasa operasi bersama tersebut akan menggunakan segala inventori dan kelengkapan untuk memberikan reaksi balas," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran Eksesais Bersama TLDM, TUDM Angsa 4/2009 di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Panglima Tentera Udara, Leftenan Jeneral Datuk Seri Bashir Abu Bakar.

Seramai 220 anggota termasuk daripada Tentera Darat sebagai pasukan sokongan terlibat dalam operasi tersebut.

Operasi bersama yang bermula pada 2 Ogos lalu dan berakhir 15 Ogos ini dilaksanakan sepenuhnya di Markas Wilayah Laut 3, Langkawi.

Menurut Mohammed, operasi bersama yang menggunakan konsep Pos Pemerintah (Postah) itu antara lain bertujuan meningkatkan keserasian dalam operasi ketenteraan serta tahap kerjasama profesional para anggota.

"Kerjasama ini diharap menjadi landasan terbaik kepada ATM mengukur tahap keberkesanan melancarkan sebarang operasi maritim dan udara dalam keadaan sebenar.

"Latihan ini juga penting bagi menilai kesiapsiagaan dan menguji tahap keberkesanan sistem P4 iaitu Pemerintahan, Pengawalan, Perhubungan dan Pengkomputeran dalam ATM," katanya.

Mohammed menambah, terdapat beberapa elemen lain yang ditekankan sepanjang operasi bersama seperti latihan serangan dan pertahanan menerusi ruang udara dan maritim, latihan antikeganasan dan operasi mencari serta menyelamat dalam situasi tempur.

Latihan bersama Angsa 4 adalah gabungan dua operasi awal TLDM dan TUDM iaitu Keris Mas dan Angkasa Raya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-8-2009 01:14 AM | Show all posts
Berita Harian Online

Melayang tinggi... Kapten Ezril
Oleh Fairuz Zaidan
fairuzaidan@bharian.com.my

Antara misi penting dan keselamatan diri, begitulah pengorbanan anggota payung terjun Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Kapten Ezril Redzuan Zainuddin demi menjaga kedaulatan negara. XY - Ikon Lelaki minggu ini menyelami cabaran pejuang muda ini berada nun jauh di ruang angkasa...

PENGGEMAR ekstrim atau tidak, bukan semua di kalangan kita sanggup merasai sensasi berlegar-legar di ruang udara pada paras lebih 4,000 meter dari aras laut. Namun bagi anggota payung terjun TUDM yang cukup terlatih, semua itu bagai asam garam dalam hidup mereka.

XY - Ikon Lelaki mendekati penerjun udara, Kapten Ezril Redzuan Zainuddin bagi menyelami apa yang dirasai anak muda ini tatkala melompat keluar dari pesawat, dipukul angin lalu melayang-layang sebelum tali payung terjun direntap. Sebagai insan biasa, pasti sesekali Ezril Redzuan tidak terlepas diburu rasa gusar.

Mula bicara, Ezril Redzuan yang sudah melakukan lebih 300 terjunan mengakui rasa bimbang adalah lumrah sifat manusia. Lebih-lebih lagi risiko kemalangan dan andaian berlakunya kesilapan teknikal ketika melakukan penerjunan.

Namun, anak muda ini tidak terganggu dengan kegusaran itu tatkala memikirkan komitmen dan misinya kepada bangsa, agama dan negara.

“Bohong andai diri tidak diburu kebimbangan setiap kali melakukan penerjunan. Apatah lagi jika terfikir kemungkinan payung terjun tidak terbuka... Ini boleh mengganggu fikiran.

“Disebabkan itu, kita harus sentiasa bersedia dan mempersiapkan diri dengan sebarang kemungkinan termasuk melakukan pelan kecemasan kedua bagi memastikan keselamatan diri terjamin.

“Apabila berada di ruang udara, tidak ada siapa dapat membantu sebaliknya kita sendiri perlu bertindak pantas,” katanya ketika ditemui di kem Rejimen TUDM Jugra, Banting, Selangor.

Timbul rasa kagum apabila menyaksikan intensifnya sesi latihan dan teknik terjunan melalui simulator yang dipertontonkan kepada XY - Ikon Lelaki pada sesi temu ramah itu. Biarpun cuaca sedikit gerimis, sesi penggambaran berlangsung baik.

Puas meniarap dan berayun, pelbagai aksi digayakan Ezril Redzuan sekali gus membuktikan pengalaman 11 tahun berkhidmat dalam TUDM.

Ikuti misi dan visi pejuang muda ini...

Boleh anda ceritakan serba sedikit skop kerjaya anda?

Saya bertugas sebagai pegawai Safety, Standard and Readiness (SSR) di Rejimen TUDM Jugra, Selangor. Pada masa sama, saya terbabit dalam aktiviti penerjunan termasuk menjadi tenaga pengajar kepada pelatih baru.

Sudah berapa lama anda berkhidmat dalam TUDM?

Saya berkhidmat dengan TUDM sejak 11 tahun lalu... Sepanjang tempoh itu, banyak unit dalam cabang TUDM pernah saya sertai.

Ceritakan pengalaman pertama anda melakukan penerjunan udara?

Tidak dapat tidak, perasaan takut sentiasa ada dalam diri. Setiap manusia akan mempunyai perasaan sama apabila berada di tempat tinggi... Begitulah apa yang saya rasa.

Namun, apabila kita mula memikirkan soal tanggungjawab dan mengapa kita memilih tugasan mencabar ini, semua perasaan itu akan dapat diketepikan.

Apa agaknya yang anda fikirkan ketika berlegar-legar di ruang udara?

Sebaik terjun, perasaan ketika itu hanyalah untuk memberi tumpuan 100 peratus dan memastikan keselamatan diri. Kemudian nantikan detik sesuai untuk membuka payung terjun dan bersedia melakukan pendaratan selamat.

Setakat ini, sudah berapa kali anda melakukan penerjunan?

Sehingga hari ini, saya sudah melakukan 323 terjunan di udara dengan purata 10 kali sebulan. Jika hendak diambil kira, jumlah ini adalah biasa berbanding penerjun udara dan peminat sukan payung terjun yang mungkin sudah lebih 1,000 kali melakukan penerjunan.

Apa agaknya aras ketinggian setiap kali anda melakukan penerjunan?

Kadar purata membolehkan seseorang melakukan penerjunan ialah 4,000 meter dari aras laut. Saya pernah melakukan penerjunan pada tahap ketinggian 6,400 meter dari aras laut.

Berapa lama agaknya tempoh masa untuk kita mendarat ke tanah sebaik melakukan penerjunan?

Jika kita terjun pada ketinggian 4,000 meter dari aras laut tanpa menggunakan sebarang peralatan, kita akan tiba ke tanah pada anggaran masa 45 saat. Jika kita menggunakan payung terjun, ia akan mengambil masa kira-kira dua minit untuk mendarat dengan sempurna.

Apakah sukar untuk mengendalikan payung terjun?

Pastinya sukar jika tidak dilatih. Seseorang boleh melakukan terjunan pertama sebaik mendapat bimbingan dan latihan asas bagi tempoh dua bulan.

Siapa yang tidak dibenarkan melakukan penerjunan udara?

Sudah tentu individu yang gagal ujian tahap kesihatan, tekanan darah tinggi, sinus dan mengalami masalah jantung. Semua orang perlu melakukan ujian kesihatan sebelum dibenarkan menyertai aktiviti ini.

Boleh anda ceritakan serba sedikit mengenai sayap payung terjun TUDM?

Rejimen TUDM mempunyai banyak sayap yang mengkhususkan payung terjun dalam operasi Pasukan Khas Udara (Paskau).

Untuk memantapkan operasi Paskau, pelbagai kursus dikendalikan termasuk kursus asas payung terjun, ketua penerjunan, jurulatih payung terjun, asas terjun bebas, jurulatih terjun asas dan penerjun taktikal aras tinggi.

Adakah anda pernah menyertai mana-mana kejohanan dan pertunjukan payung terjun?

Antara kejohanan yang pernah saya sertai ialah Kejohanan Payung Terjun Tertutup ATM dan Hari Ulang Tahun PDRM ke-200 di mana pasukan Paskau TUDM menduduki tempat keempat keseluruhan.



Pengalaman detik cemas di udara

KAPTEN Ezril Redzuan berkongsi detik cemas tatkala payung terjun miliknya gagal berfungsi dalam satu insiden, awal tahun ini. Detik itu benar-benar meninggalkan kesan pada dirinya.

“Bayangkanlah andai saya panik dan tidak membuat keputusan wajar... Entah apalah nasib saya ketika itu,” katanya mengenang kembali detik mencemaskan itu.

Mujur kata anak muda ini, beliau menarik payung terjun kedua bagi membolehkan terapung di udara dalam tempoh ketinggian stabil.

Bagi Ezril Redzuan, ketika itu beliau umpama bertarung dengan risiko yang boleh mengancam keselamatan dirinya.

“Jika hendak dikutkan, memanglah cemas kerana tempoh kita berlegar di udara dan ditarik graviti amat singkat. Bayangkan, tanpa payung terjun anda boleh mendarat di tanah pada tempoh 45 saat,” katanya.

Ketika diminta berkongsi tip mengelak rasa gayat, Ezril Redzuan berkata, tiada petua atau tip boleh digunakan, sebaliknya semua orang perlu memiliki sikap positif.

“Sikap positif mampu meningkatkan kemampuan diri serta menjadi pemangkin memburu kejayaan. Ia juga membolehkan kita memahami komitmen dan tanggungjawab,” katanya.

Ditanya persamaan aktiviti payung terjun dengan sukan ekstrim lain seperti bungee jumping, pejuang muda itu berkata, aktiviti payung terjun berbeza.

“Saya pernah melakukan terjunan bungee jumping dan mendapati aktiviti ini lebih mendebarkan berbanding payung terjun. Ini kerana kita tidak tahu tahap keselamatan aktiviti ini dan ketinggian yang diragukan,” katanya.

Profil

Nama : Kapten Ezril Redzuan Zainuddin

Umur : 30 tahun

Tarikh lahir : 30 April 1979

Tempat lahir : Georgetown, Pulau Pinang

Tinggi : 175 sentimeter

Berat : 69 kilogram

Status : Berkahwin

p/s : adehhh, rasa geli hati aku baca artikel nih.. kalau sapa yang kenal mamat nih mesti tahu citer sebaliknyer, xtauler camner bleh masuk slot ikon, huk3... marah geng2 PASKAU yang ada kat sini utk eksesais
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2009 08:46 AM | Show all posts
PM ler kat aku apa ceritanya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2009 09:00 AM | Show all posts
mesti ada nama nickname yang semacam aje buat kapt. tu......
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2009 10:53 AM | Show all posts
1148# standupper
lepastu ko pm aku plak stand..heherher
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2009 11:04 AM | Show all posts
1147# venez

biarlah dia....lagipun bukan senang nak terjun tuh
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2009 02:37 PM | Show all posts
1153# venez
alamekk..kantoi ar plak..huahaha..macamana buleh terpilih jadik icon ni?
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2009 07:50 PM | Show all posts
1148# standupper

nickname - GP a.k.a Gila Pangkat

fakta :
1. x pernah menghadiri kursus komando a.k.a PASKAU
2. x pernah keje sebagai pegawai SRS di Rejimen TUDM, sekarang bertugas sebagai  ...
venez Post at 10-8-2009 13:44


Mentah2 reporter tuh kena temberang... adeeeiiiii... ini macam punya manusia pun ada ke... nie mesti dia sedaya upaya promote diri biar dapat tempat dalam akhbar... tak boleh GP nie kena tindakan tatatertib sebab bagi maklumat palsu di media???
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2009 07:54 PM | Show all posts
1155# standupper

xtauler, tapi kecoh gak kat sini... Mej Smith ler yang paling bengang... Peg SRS yang betul pun ada sekali ngan aku kat tempat eksesais... kecoh sumer, lagi2ler geng special force, sumer bengkek... xtauler dorang nak forwardkan benda nih kat pihak atasan or x... lagipun sumer org baca biter nih, satu airforce dah tahu...
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2009 11:00 PM | Show all posts
1156# venez

He he.. kirim salam ler kat GP.. bawak ler dia mai sechawan dengan aku nanti... jenis kulit tebal nie bagus, peluru tak lut!
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2009 11:05 PM | Show all posts
1157# standupper

he3, hang nak intebiu dia plak ker?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2009 11:06 PM | Show all posts
lupa plak, esok Ex-angsa dibuka utk wartawan dan badan beruniform... mari3
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2009 12:09 AM | Show all posts
hangpa kena ingat, specfof betui ATM takkan tunjuk muka kat media punya...  nak cerita pasai diri jauh sekali la...takkan nak dedahkan maklumat diri kat musuh negara bagi orang kenai pastuh boleh cari.... aku suspek mamat tuh disuruh berlakon jadi specfof oleh orang2 atasan setelah mendapat panggilan dari PR ATM yg icon nak sorang specfof utk diinterbiu... for sure la depa tak mau hantaq specfof yg sebenar utk didedahkan identnya... so mamat tuh la yg kena jadi kambing hitam.....huhuhu.... hangpa bukan taktau cara media malaysia bekerja....
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2009 12:20 AM | Show all posts
1160# windof

yup, nih memang plan asalnyer... tapi apa yang diceritakan oleh ezril nih dah terlampau-lampau... andaikata team PASKAU xleh jadi ikon le katakan, naper Mej Smith pernah kuar dalam majalah n paper? 2-3 lagi team PASKAU pun pernah kuar dalam paper, GGK dan Paskal bleh plak hantar org sebenar utk intebiu ikon berita harian... kalau nak berlakon pun janganler sampai terover... memalukan diri sendiri plak nanti...
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2009 12:44 AM | Show all posts
1161# venez

atas arahan jugak kot...kasi gempak sikit....
psycop ler tu... kalu tak psycop, psyco... ...tapi aku tak rasa psyco ler....
nih tengah ekonomi meleset nih...kena la penaik sikit....boost the morale...
dolu mej smith n paskau, ggk, paskal masyuk paper tuh laen..... sekarang laen kot....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 11:32 AM GMT+8 , Processed in 0.082581 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list