CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: yipun78

BERITA AKHBAR MENGENAI ATM & PDRM

[Copy link]
Post time 14-11-2009 10:35 PM | Show all posts
kena blast dari afterburner ka?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2009 11:56 PM | Show all posts
1438# robotech

Model mana nih? Klon VAB tu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2009 01:07 AM | Show all posts
Angkatan Laut Malaysia dan Singapura Beli Kapal RIB Produksi Indonesia

DENPASAR - Kapal patroli produksi PT Lundin Industry Invest di Sukowidi, Kabupaten Banyuwangi, Jawa Timur, diminati sejumlah negara di Asia Tenggara. Angkatan Laut Singapura dan Malaysia membeli sekitar 24 unit. Kini negosiasi tengah berlangsung dengan Brunei.

Di Indonesia, TNI AL, Badan SAR Nasional (Basarnas), dan Badan Koordinasi Keamanan Laut juga membeli kapal dari PT Lundin.

Pelatihan pengoperasian kapal patroli produksi PT Lundin digelar di perairan sekitar Pelabuhan Benoa, Denpasar, Kamis (12/11). Ada tiga kapal jenis rigid inflatable boat (RIB) atau sekoci cepat yang digunakan. Pelatihan diikuti, antara lain, oleh tim dari Basarnas, Marinir TNI AL, serta personel Angkatan Laut Malaysia dan Singapura.

Pemilik PT Lundin Industry Invest, Lizza Lundin, menyatakan, pembelian kapal oleh TNI AL dan Angkatan Laut Singapura serta Malaysia adalah bukti kepercayaan institusi itu terhadap kualitas kapal produksinya.

”Sebagai warga asli Banyuwangi jelas kita bangga. Selain mampu memproduksi, hasil karya kita dipakai oleh angkatan laut negara asing. Bagi kami, kehormatan bekerja sama dengan TNI AL,” kata Lizza yang mengembangkan PT Lundin bersama suaminya yang asal Swedia, John Lundin.

Kontrak pembelian dan kerja sama PT Lundin-TNI AL dimulai tahun 2007. Selain membeli 10 kapal RIB dan 12 kapal Catamaran, kedua pihak juga sepakat bekerja sama dalam rangka penelitian dan pengembangan rekayasa kapal patroli cepat, peningkatan kemampuan sumber daya manusia, dan pembangunan fasilitas galangan untuk pembangunan kapal patroli. Kerja sama tersebut tertuang dalam piagam kesepakatan bersama yang ditandatangani Kepala Staf Angkatan Laut (waktu itu) Laksamana TNI Slamet Soebijanto dengan Lizza Lundin.

Kapal pengawas

Kepala Komando Pasukan Khusus 69 Angkatan Laut Diraja Malaysia Azizan Abdul Azis puas terhadap kualitas kapal jenis RIB produksi PT Lundin. Selain kecepatan dan kestabilan kapal, kapal PT Lundin juga menggunakan teknologi mutakhir dalam perangkat global positioning system dan radar. Dengan kecepatan mencapai 100 kilometer per jam dan daya jelajah hingga 250 mil laut, kata Azizan, kapal jenis RIB produksi PT Lundin cocok digunakan sebagai kapal pengawas maupun penyergap perompak. Angkatan Laut Malaysia telah memesan 6 kapal jenis RIB.

Selain memproduksi kapal militer, PT Lundin juga memproduksi kapal-kapal untuk keperluan sipil, seperti kapal untuk olahraga air, tamasya, dan menyelam. Jenis kapal RIB dan Catamaran juga termasuk dalam jenis kapal sipil ini.

Menurut Lizza, kapal-kapal jenis ini sudah terjual hingga Dubai (Uni Emirat Arab) dan sejumlah negara di Eropa. Produksi PT Lundin dilakukan sepenuhnya di Banyuwangi. Lizza menyatakan, sebagian besar dari total 150 karyawannya adalah warga negara Indonesia.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2009 10:09 AM | Show all posts
Sabri gementar mengetahui pasukan sediakan keranda

Oleh ZAINAL AZHAR MOHAMED


SARJAN MEJAR SABRI IBRAHIM – Gambar farizuan

BERCAKAP tentang keranda sudah pasti akan mengingatkan seseorang itu akan kematian, lebih-lebih lagi apabila mengetahui keranda itu milik anda. Sudah pasti hati akan berdebar-debar dan takut untuk menghadapi situasi yang bakal anda tempuhi.

Keadaan itu dilalui calon Gaya Polis kali ini iaitu Ketua Polis Balai Batu 18, Hulu Langat, Sarjan Mejar Sabri Ibrahim, 52.

Pada masa itu beliau mengikuti operasi pertama dalam kariernya di sempadan Malaysia-Thailand selepas tamat menjalani latihan dari Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak pada 1977.

Ditanya tentang tugasan pertamanya itu, ternyata beliau begitu gembira malah tidak sabar-sabar untuk memulakannya.

Malah semangatnya juga semakin berkobar-kobar ketika dalam perjalanan ke Changlun, Kedah untuk menjalani operasi tersebut di dalam hutan tebal.

“Sebagai anggota polis muda, sudah tentu saya tidak sabar untuk menjalankan tugasan pertama itu. Apatah lagi melakukan rondaan di sempadan negara walaupun bimbang bertemu komunis,” katanya.

Bagaimanapun semangat berkobar-kobar tersebut tiba-tiba bertukar selepas mendengar taklimat dari pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang turut menyertai misi mereka.

Ketika di akhir taklimat tersebut, pegawai tentera itu memberitahu mereka telah menyediakan 32 keranda bagi kumpulannya yang dinamakan Skuad 64.

“Bila mendengar keranda telah disediakan, perasaan saya bertukar menjadi takut dan terasa juga seperti ingin menarik diri dari operasi itu.

“Tetapi saya tetap menguatkan semangat dengan menganggap ia hanya pembakar semangat kami,” ujarnya.

Selesai taklimat Skuad 64 itu, Sabri dihantar ke sebuah lokasi hutan tebal di sempadan negara untuk memulakan operasi.

Ketika di dalam hutan itulah, skuadnya bergerak bersama angkatan tentera Thailand yang turut dibekalkan anjing pengesan jerangkap samar.

“Di dalam hutan itu kami melakukan rondaan dengan berjalan kaki sambil berwaspada dengan jerangkap samar yang dipasang komunis dan pengganas.

“Menyedari tentang bahaya itu, saya kembali sedar bahawa 32 keranda yang disediakan itu, ternyata ada kebenarannya dan bukan olok-olok,” katanya.

Beliau menambah, berada di dalam hutan selama sebulan amat memeritkan buat dirinya bahkan begitu mencabar dari segi mental dan ketahanan fizikal.

Ini kerana Sabri bukan sahaja tidak dapat makan dan minum dengan cukup sebaliknya terpaksa tidur dalam ketakutan.

“Bila tidur, mata sahaja yang akan terpejam manakala telinga masih mendengar untuk mengesan pergerakan musuh yang mungkin menghampiri.

“Terdengar ranting patah, kami akan bangun dan bersedia untuk melepaskan tembakan. Jadi kami tiada masa untuk tidur dengan cukup dan lena,” ceritanya.

Sabri berkata, beliau akan menjadi lebih takut dan gementar jika terdengar bunyi letupan jerangkap samar.

“Saya tidak boleh nafikan perasaan takut itu apatah lagi ketika itu saya baru berusia 18 tahun.

“Tetapi ketika tempoh sebulan semakin hampir semangat kembali kuat bagi mempertahankan negara seperti yang diimpikan dari kecil,” katanya.

Selepas tamat operasi tersebut beliau dihantar bertugas sebagai Pasukan Polis Hutan (kini Pasukan Gerakan Am) di Perak dan Pahang.

Anak kelahiran Wakaf Baru, Tumpat, Kelantan itu dijodohkan dengan Alawiyah Mohamad, 52, pada 1978 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu dua lelaki dan dua perempuan.

Beliau yang juga mempunyai dua cucu kini telah berkhidmat sebagai polis hutan selama 24 tahun sehingga memegang pangkat sarjan sebelum ditukarkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang pada 2000 lalu.

Pada 2006 beliau ditukarkan ke Balai Polis Batu 14 Kajang sebagai penolong ketua balai sebelum dinaikkan pangkat kepada sarjan mejar.

Berdasarkan prestasi cemerlang serta pengalaman luas yang dimiliki, beliau kemudiannya dinaikkan pangkat sebagai Ketua Polis Balai Batu 18, Kajang pada 2008 sehingga kini.

Sabri memberitahu, meskipun khidmatnya hanya berbaki empat tahun lagi namun dia gembira apabila terpilih menerima anugerah Pingat Jasa Kebaktian oleh Sultan Selangor pada April lalu.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2009 10:09 AM | Show all posts
Pengalaman Azhar diserang lanun

Oleh WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS


Azhar Ali bersama keluarga tercinta.

DETIK-DETIK mencabar menyertai misi menyelamatkan empat komando tentera Jepun yang sesat di Gunung Kinabalu ketika di Lahad Datu, Sabah, tidak mungkin dilupakan Pegawai Penyiasat (IO), Inspektor Azhar Ali.

Ini kerana keadaan cuaca dalam hutan gunung terbabit amat mencabar mental dan fizikal Azhar yang ketika itu bersama kira-kira 30 kumpulan menyelamat.

Operasi selama seminggu itu dilancarkan untuk menyelamatkan anggota komando tentera Jepun di pergunungan terbabit selepas dilaporkan sesat.

"Kami terpaksa mendaki gunung dalam keadaan hujan dan panas selain berhadapan ancaman binatang buas.

"Akhirnya selepas hampir seminggu, empat anggota komando Jepun itu ditemui di kaki gunung," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Klang semalam.

Katanya, keempat-empat mangsa itu ditemui dalam keadaan lemah, lapar dan mengalami kecederaan ringan di beberapa anggota badan selepas seminggu sesat di gunung terbabit.

Azhar menceritakan, kejadian itu berpunca kerana kumpulan komando itu tidak mengikut arah jalan yang asal.

"Kumpulan komando itu cuba menuruni gunung itu dengan menggunakan jalan sendiri yang kononnya lebih mencabar sehingga tersesat," katanya lagi.

Bagaimanapun, bukan itu sahaja pengalaman yang mencemaskan dan menjadi kenangan dalam diari kerjaya Azhar.

Katanya, dia juga pernah mendaki Lembah Danum di Lahad Datu, ketika menjaga keselamatan dan mengiringi peserta-peserta Eco Challenge pada 2000.

"Namun apa yang berlaku salah seorang daripada peserta terbabit telah dipatuk ular tedung ketika menyertai ekspedisi itu.

"Mangsa berjaya diselamatkan selepas dibawa ke pusat perubatan berdekatan dengan menaiki helikopter," katanya.

Azhar memulakan tugasnya dalam Pasukan Polis Hutan (PPH, kini Pasukan Gerakan Am) di Kota Kinabalu pada 16 Oktober 1989. Setahun selepas itu, beliau kemudian dipindahkan ke PGA di Lahad Datu.

Azhar menganggap dirinya bertuah kerana dapat merasai pengalaman menjadi anggota PPH yang berdepan dengan ancaman lanun dan komunis.

"Ketika berada di pos pengawal di Semporna, tiba-tiba lima lanun datang menyerang sebelum melemparkan bom tangan ke arah Balai Polis Semporna.

"Kejadian tembak menembak berlaku antara kumpulan lanun itu dan polis di kawasan balai terbabit," katanya yang ketika kejadian bertugas di pos kawalan.

Kumpulan lanun itu bagaimanapun dapat meloloskan diri selepas hampir separuh balai polis musnah akibat letupan bom terbabit.

Bagaimanapun tidak ada seorang pun anggota polis yang cedera dalam kejadian itu.

Walaupun melalui pelbagai pengalaman yang mencabar sepanjang 12 tahun berkhidmat di negeri di bawah bayu itu, detik paling menakutkan Azhar ialah saat nyaris kehilangan rakan baiknya.

"Ketika itu saya dihubungi rakan setugas untuk bersedia di tepi perairan membawa rakan baik saya itu ke hospital.

"Tuhan saja yang tahu perasaan saya ketika itu, apabila memangku rakan baik sendiri yang dalam kesakitan dan berlumuran darah setelah ditembak sekumpulan lanun ketika melakukan rondaan bot di perairan Semporna.

"Nasib menyebelahi rakan saya itu, setelah peluru berjaya dikeluarkan di kakinya dan dia disahkan selamat," katanya.

Azhar yang kini bertugas sebagai IO Jenayah di IPD Klang turut berkongsi pengalamannya ketika bertugas di IPD Hulu Selangor pada 2007.

"Ketika itu, saya banyak ditugaskan menyiasat kes-kes melibatkan jenayah rogol bawah umur. Mangsa yang paling muda dilaporkan berusia 13 tahun.

"Menguruskan jenayah rogol menimbulkan rasa insaf kepada saya terutama dalam mendidik lima anak saya. Pentingnya, ikatan kekeluargaan yang kukuh, didikan agama serta kasih sayang dalam membentuk anak-anak," katanya.

Jelas anak sulung daripada 11 beradik ini, kebanyakan ibu bapa kepada mangsa rogol bawah umur, bekerja dan memberi alasan tiada masa untuk memberi perhatian terhadap anak-anak mereka.

"Apa yang menyedihkan, mangsa yang berusia 13 tahun itu memiliki kedua-dua ibu bapa bekerja sebagai guru sekolah.

"Tidak dapat saya bayangkan bagaimana ibu bapa itu boleh terlepas pandang serta membiarkan anaknya hidup bebas sehingga terlanjur dengan pasangannya dalam usia yang sangat muda," katanya.

Ekoran kesungguhannya bekerja, Azhar yang hanya berbekalkan kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), memperoleh kenaikan pangkat Inspektor dalam tempoh singkat.

"Rahsianya, setiap tugas yang diarahkan, dijalankan dengan ikhlas, menepati masa dan dilakukan dengan penuh dedikasi.

"Kalau memiliki apa-apa ilmu dan pengalaman jangan kedekut untuk dikongsi bersama terutama sentiasa memberi tunjuk ajar kepada anggota baru," katanya.

Azhar kini sedang mengikuti pengajian jarak jauh Diploma Eksekutif di Universiti Utara Malaysia (UUM) dan berharap diberi peluang menyambung pelajaran yang dianjurkan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2009 08:42 AM | Show all posts
Hormat panglima untuk bekas jeneral

Oleh MUHAMAD AMIRUL AFIQ


Abdul Aziz Zainal (kanan) bersama Azizan Ariffin memberi hormat kepada anggota perbarisan di Pangkalan TUDM Subangbaru-baru ini.

PANGKALAN Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang yang biasanya riuh dengan bunyi teriakan pegawai dan deruman enjin pesawat pejuang serta helikopter tiba-tiba sunyi dan tenang.

Suasana pagi yang damai dan cuaca yang begitu baik seakan-akan memberi ruang untuk berlangsungnya satu acara bersejarah pada 2 November lalu.

Pada hari tersebut satu penghormatan tertingi diberikan kepada bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral (B) Tan Sri Abdul Aziz Zainal yang tamat tempoh perkhidmatannya secara rasmi pada 1 September 2009.

Khemah-khemah acara mula penuh dengan kehadiran para pegawai kanan ATM daripada tiga cabangnya iaitu Darat, Udara dan Laut, yang begitu segak dan kemas mengenakan pakaian istiadat.

Acara kemudiannya berlangsung dengan penuh adat istiadat ketenteraan dimulai acara perbarisan masuk medan oleh anggota perbarisan yang diketuai oleh Lt. Kol. Saadon Hasnan daripada TUDM.

Anggota perbarisan yang terdiri daripada 17 pegawai ATM dan 308 anggota lain-lain pangkat yang turut melibatkan ketiga-tiga cabang ATM begitu tertib melangkah masuk.

Dengan penuh bergaya, hayunan tangan dan kaki begitu seragam oleh para anggota perbarisan yang sedia menanti ketibaan para tetamu kehormat pada majlis tersebut.

Ketibaan Panglima TUDM, Jeneral Datuk Rodzali Daud disambut dengan 'hormat panglima' oleh para anggota perbarisan.

Ia diikuti dengan ketibaan Pemangku Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Datuk Mohammed Noordin Ali dan Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Ismail Jamaluddin yang turut disambut dengan hormat panglima.

Upacara pagi itu yang penuh dengan tertib ketenteraan, kelihatan begitu mengasyikkan dan anggota seakan terpukau dengan hormat panglima yang seragam dan bersama.

tanggungjawab

Pakaian istiadat dipakai kemas melambangkan disiplin yang utuh serta tanggungjawab yang dipikul di bahu mereka dalam menjaga keselamatan negara daripada segala bentuk ancaman.

Para tetamu dan anggota kemudiannya tersentak dengan bunyi deruman motosikal berkuasa tinggi serta siren darikenderaan yang membawa Panglima ATM yang baru, Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin.Beliau dilantik menggantikan Abdul Aziz yang telah berkhidmat selama dua tahun tujuh bulan sebagai Panglima ATM semenjak 1 Februari 2007.

Ketibaan beliau disambut dengan 'hormat panglima' oleh para anggota perbarisan sebagai menandakan hormat anggota kepada pemimpin tertinggi angkatan tentera itu.

Para anggota mula memberi penuh tumpuan apabila kenderaan yang membawa individu yang dirai memasuki pekarangan lapangan terbang tersebut.Ketibaan beliau bersama keluarga disambut oleh panglima-panglima ATM dan anggota perbarisan memberi 'hormat panglima' kepada Abdul Aziz.

Hari bersejarah itu diteruskan dengan pemeriksaan perbarisan oleh Abdul Aziz dengan menaiki kenderaan khas bersama pegawai ATM yang mengetuai perbarisan itu.

Abdul Aziz mula berkhidmat dalam angkatan tentera pada 23 April 1969 di Maktab Tentera Diraja dan menamatkan Latihan Pegawai Kadet di situ pada tahun 1971.

Kemudian beliau ditauliahkan pada 16 April 1971 sebagai Pegawai Tauliah Tetap di Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dan ditempatkan di Batalion ke-3.

Semasa bersama angkatan tentera beliau telah menyandang pelbagai jawatan antaranya Asisten Ketua Staf Operasi dan Latihan Tentera Darat, Ketua Staf Markas Tentera Darat dan Panglima 3 Divisyen.

Pada 18 Ogos 2003 beliau diberi kepercayaan menerajui Markas Pemerintahan Medan Tentera Darat sebelum menapak tangga menjawat Panglima Tentera Darat.

Hasil daripada komitmen dan perkhidmatannya, beliau dilantik memegang tapuk kepimpinan angkatan tentera sebagai Panglima Angkatan Tentera pada 1 Februari 2007 menggantikan Tan Sri Mohd. Anwar Mohd Nor yang bersara. Pemeriksaan perbarisan itu turut diiringi dengan persembahan pancaragam oleh Pancaragam Gabungan ATM di bawah pimpinan Kapt. Mohamad Rizal Mohd. Nor.

Pergerakan majlis turut diserikan dengan lintas hormat helikopter tentera yang turut membawa panji-panji TenteraDarat, Udara dan Laut.

Selesai pemeriksaan barisan, para anggota perbarisan bersedia berjalan lalu bersama panji-panji bagi memberi hormat kepada panglima dalam formasi berjalan perlahan dan cepat.

Acara perbarisan diteruskan lagi dengan Perbarisan Mara Mengadap bagi mendengar ucapan dan amanat bekas laksamana ATM itu.

Dalam amanatnya, beliau berharap setiap anggota memberikan sepenuh tenaga dan usaha dalam mengukuhkan ATM di persada antarabangsa. Menurut beliau, kini ATM boleh berbangga dengan kemodenan yang dikecapinya hasil usaha semua anggota dan juga kerajaan dalam meningkatkan keupayaan angkatan tentera di negara ini.

Sememangnya jasa beliau dalam memodenkan angkatan tentera dapat dilihat dalam proses pembelian kapal selam bagi menguatkan lagi pertahanan negara dan pelbagai lagi aset ketenteraan.

Selesai ucapan oleh Abdul Aziz, terminal tentera udara bergema dengan teriakan Gempur Wira oleh para anggota perbarisan yang menyertai majlis tersebut.

Teriakan sebanyak tiga kali itu membuat setiap anggota yang menyaksikannya bersemangat dan penuh berkeyakinan dalam memberi khidmat menjaga kemakmuran tanah air.

terima kasih

Majlis itu juga menyaksikan lintas hormat pesawat dan helikopter yang terdiri daripada Sikorsky Nuri, Agusta 109,Allouete, Sennec dan Super Link.

Lintas hormat itu menunjukkan penghormatan dan tanda terima kasih ATM kepada jasa yang dicurahkan oleh Abdul Azizdalam meningkatkan martabat angkatan tentera di negara ini.

Beliau begitu disenangi oleh anggota tentera bukan sahaja daripada cabangnya sendiri bahkan jua di kalangan anggota tentera Laut dan Udara.

Jasa beliau amat bermakna dalam ATM dengan memberi batu asas yang kukuh terhadap pemodenan ATM seiring dengan perkembangan angkatan tentera di negara maju yang lain.

Majlis yang serba ringkas itu berlangsung dengan sempurna dan diikuti dengan makan bersama yang turut diadakan didalam kawasan hangar pesawat.

Selesai sahaja jamuan, Abdul Aziz dan isteri diarak menaiki pesawat khas dan ditarik oleh para anggota ATM dari dewan jamuan sehingga ke helikopter yang akan membawanya pulang bersama keluarga.

Sepanjang perarakan itu, semua anggota ATM berbaris di sepanjang laluan tersebut sebagai simbolik penghormatan terhadap segala usaha beliau semasa memegang jawatan tertinggi ATM.

Wajah yang penuh emosi dan kegembiraan jelas terpancar di wajah anggota dan juga Abdul Aziz pada majlis tersebut.

Persaraan beliau daripada ATM bukan satu titik noktah baginya untuk meneruskan khidmat bakti kepada negara kerana semangat itu telah tertanam dalam jiwanya selepas 37 tahun menghambakan diri dalam pasukan tersebut.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-11-2009 12:05 PM | Show all posts
Usah pertikai projek TUDM Butterworth


GEORGETOWN: Kerajaan Pulau Pinang tidak sepatutnya mempertikaikan hasrat Kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan projek naik taraf landasan Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Butterworth kerana ia penting untuk meningkatkan pertahanan negara.

Pengarah Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Pulau Pinang, Nik Ali Mat Yunus, berkata projek berkenaan yang sudah tertangguh selama hampir 10 tahun, memang akan dilaksanakan dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh (2011-2015).

Katanya, kerajaan negeri sepatutnya membantu dalam urusan memindahkan 500 keluarga setinggan yang mendiami tanah milik Kementerian Pertahanan di situ supaya projek itu dapat dilaksanakan mengikut perancangan.

"Projek ini tidak boleh tidak, mesti dilaksanakan kerana kerajaan mahu menyediakan prasarana pertahanan yang terbaik untuk keselamatan negara dan ia sudah tidak boleh ditangguhkan lagi," katanya kepada Bernama.

Nik Ali berkata, projek itu sudah dirancang sejak Rancangan Malaysia Kelapan lagi dan tiada alasan untuk kerajaan negeri mengatakan ia tidak tahu mengenai projek itu kerana ia bukan perkara baru.

"Tidak benar sama sekali kerajaan negeri tidak tahu mengenainya kerana rekod mengenai cadangan itu serta arahan pemindahan setinggan telah ada sebelum ini. Semuanya ada dalam rekod.

"Apa yang perlu difikirkan bersama ketika ini ialah bagaimana hendak memindahkan penduduk dari tanah itu dan menyelesaikan beberapa perkara berbangkit supaya rancangan itu dapat diteruskan," katanya.

Baru-baru ini, ahi exco kerajaan negeri, Phee Boon Poh, mendakwa kerajaan negeri tidak dimaklumkan mengenai projek itu.

Phee, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Puyu, di laporkan berkata dalam mesyuarat bersama agensi kerajaan terlibat tiga bulan lalu bahawa beliau dimaklumkan tiada pembangunan akan dijalankan di tapak itu walaupun arahan mengosongkan tanah itu masih diteruskan.

Katanya, kerajaan negeri juga tidak bersetuju dengan jumlah pampasan yang ditawarkan oleh Kerajaan Persekutuan kepada penduduk terlibat kerana kadar itu ditetapkan 10 tahun lalu dan sedia bekerjasama jika kadar itu lebih munasabah. - Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2009 02:06 PM | Show all posts
Sila tambah lagikkk jangan malu-malu.. amik lagik lauk yang ada.. silahhkannnn...


Polis Marin Dapat 19 Kapal Baru Untuk Tingkat Keupayaan

MIRI, 20 Nov (Bernama) -- Pasukan Gerakan Marin (PGM) akan memperoleh 19 kapal baru bernilai kira-kira RM24 juta menjelang tahun depan dalam usaha mempertingkatkan keupayaan pasukan itu.

Timbalan Komander PGM Bukit Aman ACP Muhammad Daud berkata 14 daripada kapal itu telah siap dibina manakala lima lagi kapal berkelas PA yang berukuran 20 meter panjang setiap satu dalam peringkat akhir pembinaan di sebuah limbungan di Perlis.

Kapal-kapal yang sudah siap dan mula beroperasi pula ialah sepuluh bot jenis "WaterCat" untuk pengangkutan dan pendaratan anggota serta operasi menyelamat serta empat kapal kelas PC IC16M untuk tujuan operasi kilat dan rondaan laut, katanya pada sidang akhbar sempena penyerahan kapal PC IC16M yang keempat di sini, pada Jumaat.

Kapal PC IC16M itu berukuran 18 meter panjang dan mempunyai kelajuan maksimum 48 knot (kira-kira 90km sejam) serta dilengkapi peralatan navigasi terkini bernilai kira-kira RM4.9 juta sebuah. Ia dibina oleh sebuah syarikat pembinaan kapal tempatan di sini, DNSS Boat Builders Sdn Bhd.

Pada majlis itu, Muhammad menerima bot itu bagi pihak PGM daripada Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Perolehan Kementerian Dalam Negeri Abdullah Che Mat.

Muhammad berkata dua kapal PC IC16M telah beroperasi di perairan Semenanjung Malaysia, manakala kapal terbaru ini akan beroperasi di perairan Sabah bersama-sama sebuah lagi bot jenis yang sama.

Beliau berkata kapal-kapal baru itu adalah langkah jangka panjang PGM untuk menggantikan kapal lama yang telah digunakan pasukan berkenaan sejak tahun 1960-an.

Proses penggantian ini akan dilakukan secara berperingkat berdasarkan peruntukan yang diperoleh PGM setiap tahun, katanya.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2009 03:01 PM | Show all posts
Pegawai miliki PhD sarjana dalam ATM digembleng
ALOR GAJAH 19 Nov. - Kepakaran yang dimiliki pemegang ijazah doktor falsafah (PhD) dan ijazah sarjana dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Kementerian Pertahanan akan digembleng menerusi Institut Pertahanan dan Keselamatan Malaysia yang ditubuhkan baru-baru ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pada masa ini terdapat 29 pemegang PhD dalam ATM manakala 3,800 pegawai dan anggota memiliki ijazah sarjana dalam pasukan itu dan kementerian.

Menurutnya, mereka akan ditempatkan di institut itu bagi menjalankan penyelidikan mengikut bidang masing-masing selaras penubuhannya sebagai pusat penyelidikan pertahanan dan keselamatan.

''Kita akan menggunakan tenaga dan fikiran mereka dan kumpulkan segala pengalaman serta hasil penyelidikan yang sudah mereka hasilkan bagi tujuan pertahanan dan keselamatan,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Nadwah Ilmiah Pegawai Kanan Tentera dan Awam serta Agensi Beruniform di sini malam tadi.

Program anjuran Jabatan Arah Kor Agama Angkatan Tentera (Kagat) itu disertai 31 peserta terdiri daripada agensi keselamatan termasuk Polis Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) dan Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN).

Seminar tiga hari itu bertemakan 'Modal Insan Cemerlang Organisasi Gemilang' dengan matlamat memberi nilai tambah kepada pengetahuan dari segi kerohanian dalam pengurusan organisasi.

Dalam pada itu, menurut Ahmad Zahid, kementerian turut berhasrat memperluaskan peranan institut terbabit sebagai pusat penyelidikan serantau dalam bidang pertahanan dan keselamatan.

Pada permulaannya, ujar beliau, institut tersebut akan menerbitkan jurnal dan majalah pertahanan dan keselamatan yang diusahakan kakitangan ATM yang memiliki PhD berkaitan.

''Kita mahu jurnal yang dihasilkan nanti digunakan oleh kementerian pertahanan dan angkatan tentera di negara lain.

''Ia sebahagian usaha kementerian dalam memberi sumbangan kepada bidang penyelidikan dalam pertahanan dan keselamatan,'' katanya.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, pihaknya akan menganjurkan seminar antarabangsa mengenai pertahanan dan keselamatan pada 16 September setiap tahun sempena Hari Angkatan Tentera Malaysia dan Hari Malaysia.

Katanya, pihaknya akan menjemput tetamu dan tokoh antarabangsa dalam bidang pertahanan serta menyediakan kertas kerja bagi membincangkan sumbangan tokoh terlibat.

''Kita juga akan memanggil pegawai kanan angkatan tentera sedia ada, veteran pemimpin tertinggi ATM untuk berbincang pada seminar tersebut nanti,'' katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2009 04:19 PM | Show all posts
Sila tambah lagikkk jangan malu-malu.. amik lagik lauk yang ada.. silahhkannnn...


Polis Marin Dapat 19 Kapal Baru Untuk Tingkat Keupayaan

standupper Post at 20-11-2009 14:06




Kastam pun nak gak.............. 65 knot....... lagi powerrrrr


Kastam terima 10 bot laju, 14 pengimbas
JOHOR BAHRU: Kastam Diraja Malaysia (KDRM) akan menerima 10 buah bot laju dan 14 alat pengimbas ringan dari kerajaan Jepun tahun depan, kata Pengarah Kastam, Datuk Seri Ibrahim Jaafar.

"Bot laju dan alat pengimbas itu akan diberikan oleh kerajaan Jepun yang menyokong kita dalam usaha membanteras penyeludupan dan operasi mencegah aktivitiharam di perairan kita," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya, bot dan alat pengimbas itu diberikan di bawah satu geran bantuan bernilai RM25 juta menerusi Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun (JICA).

Ibrahim berkata, demikian selepas majlis penyerahan satu daripada empat buah bot berkuasa tinggi diberi nama Perantas KB90 oleh pengeluarnya Destination Marine Services Sdn Bhd hari ini.

Tiga lagi bot berkuasa tinggi sepanjang 16.5 meters panjang itu seberat 17.5 tan dan mampu mencapai kelajuan maksimum 65 knot akan diserahkan kepada KDRM menjelang akhir tahun ini membabitkan kos keseluruhan berjumlah RM22.52 juta.

Ibrahim berkata, bot yang diserahkan hari ini akan ditempatkan di sini manakala yang lain di Mersing; Kuantan, Pahang dan Pulau Pinang.
Katanya, dengan perolehan baru aset itu KDRM mampu mengawal keselamatan perairan negara dengan lebih baik bersama Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia dan Polis Marin. - Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2009 05:55 PM | Show all posts
bagus, beli la banyak2 lagi, cuma aku konpius sikit, depa kata apmm akan take over semua opersai penguatkuasaan undang2 laut malaysia. kat mana apmm punya bidang kuasa dan kat mana pulak polis marin n kastam punya kedudukan?
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2009 07:35 PM | Show all posts
bagus, beli la banyak2 lagi, cuma aku konpius sikit, depa kata apmm akan take over semua opersai penguatkuasaan undang2 laut malaysia. kat mana apmm punya bidang kuasa dan kat mana pulak polis marin n ...
windof Post at 20-11-2009 17:55



betul tu...Imigresen lagi...Kastam lagi....tak clash ke nanti...?
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2009 09:03 PM | Show all posts
sama la mcm US tu, semua agency ade special forces sendiri, kete armor sendiri......... kira semua sendiri lah..........
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2009 09:14 PM | Show all posts
salah satu ciri negara maju cmnie la kot..us pon ader coast guard dia,tapi rasa us lagi mcm2 kot..dgn FBI, DEA, NSA, aaaa...
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2009 10:33 PM | Show all posts
MALAYSIA ORDER SEALEGS AMPHIBIOUS CRAFT



PUTRAJAYA: Malaysia will be the first nation in the world to own the “Amphibious Sealegs” – a high-tech boat functional both in water and on land – if the purchase receives the green light from the Government.

Defence Minister Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi said its manufacturer wanted Malay-sia to be the first country to own the boat and to be the centre for its worldwide sales.

“The chief executive of Sealegs, New Zealander David McKee Wright, has Malaysia close at heart.

“His mother hails from Taiping, Perak, and the product is a sign of love and commitment towards his mother’s country.

“From my observation, the boat is suitable to be used not only by the navy’s elite squad but also by the other wings of the Armed Forces.

“I will ask for a special allocation to purchase the boat if the use of the ‘Amphibious Sealegs’ meet our needs, especially in helping to safeguard the sovereignty of our nation,” he said.

Speaking to reporters after witnessing a mock sea rescue operation at the Putrajaya Maritime centre yesterday, Ahmad Zahid said the “Amphibious Sealegs” would also be useful to other agencies, especially to carry out rescue and relief operations during floods.

The “Amphibious Sealegs” will be carrying out a four-day, 1,600km tour from Kelantan to Langkawi in conjunction with the Langkawi International Maritime and Aerospace (Lima) 2009.

Wright said it took his company five years to create the RM360,000 boat, which is 7.1m in length and can seat eight people, adding that Malaysia was the first country which was introduced to the vessel.

“The ‘Amphibious Sealegs’ was created because of my love for the maritime industry. Malaysia was chosen to be the first country in the world to own the boat because of my background.

“It is not only the birth country of my mother, but I too, was born here,” Wright said.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2009 11:08 PM | Show all posts
semoga lebih ramai orang putih yg lahir di sini dan mengaku malaysia sbg negara tumpah darah mereka yg dekat di hati depa akan datang dan membuat peralatan pertahanan di sini, termasuk la feter, senjata, misil, dan bom nuklear.....

harap orang melayu nak buat, slow sangat..... macam aku jugak...slow.... sampai kekawan aku kat tempat mengaji aku dolu2 pangge aku matslow...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2009 11:13 PM | Show all posts
Utk pasukan penyelamat/ bomba/ pertahanan awam aku suka dgn sealeg ni.....tp kalau utk tujuan perperangan/ pertempuran dan segala yg sewaktu dgnnya...bg aku...benda ni kurang praktikal lah
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2009 11:46 PM | Show all posts
1448# standupper

pahal PGM xnak beli kapal pengangkut utk mengangkut keperluan logistik dr smnjg ke S/S..
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2009 12:48 AM | Show all posts
1457# matamata

ye ke kurang praktikal??? ko penah dengar x ade 1 jenis craft masa WW2 nama dia "DUCK"?????
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2009 09:27 AM | Show all posts
semoga lebih ramai orang putih yg lahir di sini dan mengaku malaysia sbg negara tumpah darah mereka yg dekat di hati depa akan datang dan membuat peralatan pertahanan di sini, termasuk la feter, senja ...
windof Post at 21-11-2009 23:08


kalau kau tengok video company ni muka "orang putih" ni actually muka melayu.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 05:00 PM GMT+8 , Processed in 0.069984 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list