CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 7948|Reply: 63

LO yang kedekut....

[Copy link]
Post time 3-7-2009 11:59 AM | Show all posts |Read mode
Kredit to Metro 3/7/2009.

DUA minggu lalu, SS mendapat satu keratan pesanan daripada Pos Malaysia Bhd mengatakan ada surat penting yang perlu diambil di Pos Serahan Ampang. Mungkin, SS tiada di rumah tatkala posmen menghantar surat penting itu.  
Justeru, sama ada mahu atau tidak perlulah mengambilnya di pejabat berkenaan. Kalau diikutkan hati, SS memang malas pergi tempat sebegitu. Tetapi, memikirkan mungkin ia satu surat penting, nak tak nak kenalah pergi juga.

Memandangkan SS bekerja, terpaksalah pergi ke pejabat pos serahan pada hari Sabtu. Bagaimanapun, pelbagai masalah timbul ketika perjalanan mengambil surat yang kononnya penting itu. Bermula dengan motor tidak boleh digunakan kerana masalah bateri, tidak tahu lokasi, kesesakan dan sebagainya.

Bukan tidak mahu naik teksi, tetapi tempat tinggal SS paling sukar untuk mendapatkan pengangkutan awam. Kalau bukan kerana kejar masa (ketika itu ingatkan pejabat pos tutup pukul 12 tengah hari), dah lama SS berjalan kaki keluar cari pengangkutan.

Nasib baiklah ada teman rapat sudi bantu SS pergi ke tempat itu. Namun, tersesatlah pula kerana alamat tertera tidak jelas dan tambah merumitkan lagi kesesakan yang perlu ditempuh sepanjang perjalanan mengambil 'surat penting' itu.

Selepas beberapa kali mencari, akhirnya jumpa juga tempat dituju. Betapa bengangnya SS, apabila mendapati surat yang kononnya penting itu sebenarnya bukanlah penting pun. Malah, membuang masa, minyak, tenaga dan wang ringgit.

Rupanya, surat berkenaan dikenakan denda sebanyak RM1 kerana penghantar tidak meletakkan setem dan orang yang disebutkan itu ialah juruhebah radio terkenal yang juga usahawan berjaya. Isinya, hanya sekeping 'kad ahli' yang memberikan potongan harga sekiranya menjamu selera di restoran yang baru dibukanya.

Awalnya, SS fikir mungkin juruhebah berkenaan terlupa meletakkan setem pada surat berkenaan, tetapi rupa-rupanya ada rakan lain menerima surat sama dengan situasi sama tanpa setem.

Persoalannya, mustahil juruhebah berkenaan tidak mampu beli setem. Melihat kondisi kehidupan mewahnya itu, rasanya beli setem bukanlah masalah besar ataupun mungkin juruhebah ini sememangnya seorang yang kedekut.

SS harap selepas ini juruhebah berkenaan tidak lagi mengulangi perkara sama. Bukan apa, menyusahkan wartawan dan mungkin ada lagi pihak lain. Ingatkan surat penting tetapi rupanya denda yang perlu dibayar kerana penghantar tidak menyertakan setem pada surat terbabit.

---> mod, kalo dah ada delete jelah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2009 12:00 PM | Show all posts
kan dh ada benang ni..cam kmpom jek LO
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2009 12:02 PM | Show all posts
..............
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2009 12:03 PM | Show all posts
LO yang sgt kedekut...
huhuh...mcm2lah...b
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2009 12:15 PM | Show all posts
hahaha geng mashood al buaya...
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2009 12:19 PM | Show all posts
dia takde masa nak jilat stamp tu kot
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-7-2009 12:23 PM | Show all posts
biar betul... takkan kedekut maung camtuh sekali..... huhuhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2009 12:26 PM | Show all posts
await kedekut sangat..............
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2009 12:28 PM | Show all posts
sian lo asyik citer buruk jer hang dapat lo oii
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2009 12:32 PM | Show all posts
npe la xtaruk setem.... iskkk
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2009 12:34 PM | Show all posts
terlebih kaya mmg keddeku.t....
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2009 12:36 PM | Show all posts
tak sempat kot beli setem
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2009 12:37 PM | Show all posts
hahahha ... ape kes ...

stem tercabot kot .. huhu
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2009 12:40 PM | Show all posts
ntah2 ader org nak kenakan da kut....
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2009 12:42 PM | Show all posts
ada letak tapi tertanggal,
tak baik korang tau.
hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2009 12:49 PM | Show all posts
sebab dia kedekut la dia kaya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-7-2009 12:53 PM | Show all posts
agaknyer LO nak buat gempak kut... tu yang dia saja tak letak stem tuh.. tapi di salah tafsir pulak oleh wartawan....

ps: aku penah dpat surat tak berstem... ingatkan surat penting apa.. rupa rupanyer surat dr member aku... berbakul sumpah seranah kat member aku tuh..
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2009 12:53 PM | Show all posts
da ada thread nih, mergekan aje
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2009 01:08 PM | Show all posts
nampaknyer cam suda terang lagi bersuluh uolsss...
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2009 01:34 PM | Show all posts
duit abih bayo banglo dn kete kot...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 07:58 AM GMT+8 , Processed in 0.096416 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list