CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14640|Reply: 13

LEFTENAN MUDA MARITIM GRED X13

[Copy link]
Post time 18-7-2009 10:08 AM | Show all posts |Read mode
salam sume..
sape dpt panggil interview utk jawatan ni erk??
leh bg tips tak??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-7-2009 10:10 AM | Show all posts
Syarat Kelayakan Leftenan Muda Maritim Gred X13
Jawatan : LEFTENAN MUDA MARITIM
Gred : X13
Kod Skim : 3340
Kumpulan : Pengurusan dan Profesional, Sokongan
(Skim Perkhidmatan Bersepadu)
Jadual Gaji : P1T1 RM1423.50 – P1T18 RM3282.77
P2T1 RM1495.86 – P2T18 RM3493.50
P3T1 RM1571.36 – P3T18 RM3710.66
Elaun-elaun :
a. Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) - RM160.00
b. Imbuhan Tetap Perumahan (ITP):
i) Semenanjung - RM420.00
ii) Sarawak - RM450.00
iii) Sabah/Labuan - RM580.00
c. Bantuan Sara Hidup (BSH) - RM100.00 – RM300.00
f. Elaun Maritim - RM250.00
SYARAT LANTIKAN:
A)
i) Sjil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred X13: P1T1 RM1423.50]; atau
ii) Diploma dalam bidang Pentadbiran Awam, Undang-Undang,
Perakaunan, Sains, Sains Perikanan, Sains Samudera, Sains Komputer dan
Penternakan yang diiktiraf oleh kerjaan daripada institusi-institusi pengajian
tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred X13: P1T4 RM1664.16]; atau
iii) Diploma Kejuruteraan Laut, Kejuruteraan Penerbangan, Kejuruteraan
Mekanikal, Kejuruteraan Elektrikal(Perhubungan), Kejurutetaan
Jentera(Teknologi Marin), Kejuruteraan Elektrik, Kejuruteraan Elektronik,
Kejuruteraan Mekatronik, Kejuruteraan Komputer, Senibina, Ukur Bahan yang
diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau
kelayakan yang setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred X13: P1T5 RM1766.40].
Syarat Kelayakan Leftenan Muda Maritim Gred X13
B)
i) Syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:
a. Tinggi sekurang-kurangnya 1.63m bagi lelaki dan 1.57m bagi wanita
tanpa sepatu;
b. Berat badan sekurang-kurangnya 50kg bagi lelaki dan 48kg bagi
wanita;
c. Lulus Body Mass Index antara 19 - 26;
d. Mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 81sm dan
semasa menarik nafas 86sm (lelaki sahaja);
e. Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji
berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata atau
kanta sesentuh;
f. Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat;
g. Diakui sihat oleh pegawai perubatan kerajaan termasuk pemeriksaan
x-ray;
h. Lulus cara berjalan dan berkawad; dan
i. Lulus larian sejauh 2.4km.
C) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) pada
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atu kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya
oleh kerajaan.
D) Berumur sekurang-kurangnya antara 18 - 26 tahun.
SYARAT KENAIKAN PANGKAT SECARA LANTIKAN
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pegawai Lain-lain Pangkat
Penguatkuasa Maritim adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik
atau pihak yang diberi kuasa olehnya untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke
jawatan Leftenan Muda Maritim, tertakluk kepada kekosongan jawatan apabila telah
disahkan dalam perkhidmatan dan:-
i. Mempunyai kelayakan di perenggan (a) di atas; atau
ii. Lulus Peperiksaan Khas;
iii. Diperaku layak dan sesuai oleh Pegawai Memerintahnya; dan
iv. Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-7-2009 10:10 AM | Show all posts
Panduan Temuduga
ARAHAN KEPADA CALON
1.
Pada hari ujian calon hendaklah membawa perkara berikut:-
i) Surat Panggilan Pemeriksaan Fizikal dan Pancaindera
ii) Dokumen Pengenalan Diri
iii) Kemeja T
iv) Kasut Sukan Bertapak Getah
v) Seluar Sukan (Track Suit)
2.
Calon mestilah mematuhi arahan ketua penguji.
3.
Calon hendaklah berada di Pusat Pemeriksaan Fizikal lima belas (15) minit sebelum pemeriksaan dimulakan.
4.
Calon KPSL disyaratkan Pemeriksaan Fizikal dan Pancaindera.
i) Body Mass Index diantara 19 - 29.9.
ii) Pengecaman warna.
iii) Pemeriksaan fizikal lain dikecualikan.
1 / 3
Panduan Temuduga
KANDUNGAN PEMERIKSAAN FIZIKAL DAN PANCAINDERA
1.
Perkara-perkara yang diuji:-
a) Pemeriksaan Ukuran Badan
i) Ketinggian.
ii) Berat Badan.
iii) Body Mass Index (BMI) 19-26
iv) Ukuran Dada ( biasa/tarik nafas) b) Pemeriksaan Penglihatan
i) Jarak Penglihatan “Visual Acuity” ii) Pengecaman Warna.
c) Pemeriksaan Tubuh Badan Dan Gaya Berjalan.
i) Jari, tangan, kaki dan lain-lain anggota ii) Berkawad.
KANDUNGAN PEMERIKSAAN KECERGASAN
1 .
Larian 2.4 Km Dalam Masa
a) Lelaki – 12 Minit
b) Wanita – 15 Minit
2.
Bangun Tubi ( Sit-up ) Dalam Masa 2 Minit
a) Lelaki – 30 Kali
b) Wanita – 28 Kali
3.
Lari Ulang Alik ( Shuttle Run ) Sejauh 10 Meter
a) Lelaki – 10 Saat
b) Wanita – 12 Saat
4.
Lompat Jauh Berdiri ( Standing Broad Jump )
a) Lelaki – 215 Sentimeter
2 / 3
Panduan Temuduga
b) Wanita – 162 Sentimeter
5.
Tekan Tubi ( Push-Up ) Dalam Masa 1 Minit
a) Lelaki - 10 Kali
b) Wanita - 8 Kali
3 / 3
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-7-2009 10:13 AM | Show all posts
nak tawu la..
wajib capai sume syarat yg ditetapkan ke erk??
mcm lari tu...
utk lelaki 2.4km dlm masa 12minit...
ujian mata...
klu kantoi sket2 rasa nye lepas tak??
maksud nye mcm contoh klu lari lebih seminit dari masa yg ditetapkan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-7-2009 07:41 AM | Show all posts
alamak..
takde sape tawu ke erk??
huhuhuhu..
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2009 03:54 PM | Show all posts
nak share sket...
sy penah pegi.. tp xde rezki..huhu..dh lama dh..few years ago..
dlu sy g..ada 2 kali interview..1st masa ujian fizikal 8am-12pm
Dari awal check fizikal tinggi, berat, pancaindera. Kalau kantoi salah satu ni, bleh trus balik. Tapi kalau berat terlebih kurang sket..biasanya dia bg lepas ngan syarat next interview cukupkan syarat tuh..tp kalau tinggi xckup mmg xlps. pastu kawad, then ujian kat padang, ramai2 n biasanya smua lulus la..masa 15min utk keliling padang tu mmg lama..

2nd interview, dlm 15-20min. Ada 3 penemuduga, aku xwell prepared sgt..g pon ati xbrapa nak dh jwtn ni.. sbbnye.. masa interview fizikal ri tu aku pakai lens tp derang xtau.. so ati dh xbrapa sdap..siap mimpi kalo dpt kna berenang la ape la..aku xpakai lens or cermin mmg xnmpk..haha..so mmg xwell prepared. just g wat syarat mak aku..huhu..
ssesi interview cam biasa, erm ada org spa n org apmm. Mula cter serba sket psl diri then kna tau apa tu APMM, sejarah penubuhan. fungsi agensi. Beza ngan Jab. Laut, polis marin. Kawasan lingkungan pengawasan brapa nautika. Sapa Ketua Pengarah, APMM bwh mana.. ermm ramai gak calon yg confuse, ingt APMM bwh Kementerian Pertahanan, sdgkan bwh Jabatan Perdana Menteri. Yang lain, knapa berminat ngn APMM, kenapa rasa layak utk jawatan tu. Pe kelebihan diri utk jawatan tu. Isu Semasa psl APMM, operasi APMM.

hmmm rasanya tu la lebih kurang... k lah calon2 sekalian, good luck..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-7-2009 04:06 PM | Show all posts
salam sume..
sape dpt panggil interview utk jawatan ni erk??
leh bg tips tak??
chubby_ninie Post at 18-7-2009 10:08 AM


ermmm member aku da masuk..tpi die masuk dulu trus tanpa SPA..lani seme SPA amek...

dari sumber yg boleh dipercayai....ia nak amek lebeh kurang dlm beberapa ribu kakitangan..(aku xsure berapa ribu) tpi menrut member aku yg berckp ngan pengarah pada suatu even mmg ada menyatakan pasal nehh...

lagi satu...die nak amek kaktitgn byak sebab seme yg masuk before neh adalah askar laut yg da pencen....so bagi degree holder yg belum capai umur 28 tahun mintak cecepat...

kalo diploma sampai 27 tahun sajoo....

aku nak mintak tpi cm xbesh jerr...sebab kene keje pakai seragam bagai...then lagi satu exam nyer cam askarr...

skim gred n gaji mmg len dri gomen bese......kekekek
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2009 04:45 PM | Show all posts
member aku dah masuk tahun lepas.......... kelulusan diploma, +- 2.5 kira lebat la gak gaji dia.........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-7-2009 08:31 AM | Show all posts
okes..tq sume...mmg utk lelaki larian dia cuma 12 minit erk??
klu tak lepas lari tu trus kna blk la erk??
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2009 11:23 AM | Show all posts
ni kalo nak masuk cam askar gak ke? dia cek tak fizikal figure samade de cacat ke ape ke.
keje pegang snapang jugak ke?
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2009 11:27 AM | Show all posts
ermm kalo korg nak post maritim nehh isi ar spa sekarangg...

gaji tinggi n pusat die kat Marriot putrjaya tingkat 4 hingga brape tah kat ioi resort...besh gak sebba opis kat hotelll tpi sakit ar nak cari tempat makan..kekekeke
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-7-2009 02:48 PM | Show all posts
ni kalo nak masuk cam askar gak ke? dia cek tak fizikal figure samade de cacat ke ape ke.
keje pegang snapang jugak ke?
AntagonisYgKeut Post at 21-7-2009 11:23 AM


rasanye dia cek fizikal jek..takde la kot kan pegang senapang..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-7-2009 02:53 PM | Show all posts
ermm kalo korg nak post maritim nehh isi ar spa sekarangg...

gaji tinggi n pusat die kat Marriot putrjaya tingkat 4 hingga brape tah kat ioi resort...besh gak sebba opis kat hotelll tpi sakit ar na ...
teky Post at 21-7-2009 11:27 AM


wah..best nye...
harap2 dpt la...
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2015 02:00 PM | Show all posts
klu medical checkup kna bogel ke...
buasir diorg check x??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:37 AM GMT+8 , Processed in 0.063807 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list