CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4525|Reply: 2

sejarah perjuangan hapuskan komunis di Sarawak

[Copy link]
Post time 28-7-2009 10:18 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by yusri191090 at 28-7-2009 22:20

Kegiatan ketenteraan dan perisikan pula dipertanggungjawabkan kepada pasukan tentera dan Polis Diraja Malaysia sebagai penggerak utama membanteras pengaruh dan ideologi komunis.  untuk merangka pelaksanaan pentadbirannya, penglibatan pasukan tentera dan polis disertakan dengan penggunaan sistem jawatankuasa yang mempunyai jawatankuasa utama seperti :

i) Jawatankuasa Rascom yang dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, yang dilantik dari kalangan Pegawai Pentadbiran Kanan Negeri Sarawak secara pinjaman, dengan bidang tugas menggubal segala dasar berkaitan aktivitinya.  Dalam melaksanakan tugasnya, Ketua Pegawai Eksekutif dibantu oleh Panglima Pasukan Keselamatan Rascom, Principal Staff Officer ( PSO AWAM), PSO (tentera), dan PSO (polis).

ii) Jawatankuasa Perancangan Gerakan yang dipengerusikan oleh Panglima Pasukan Keselamatan Rascom, dengan bidang tugasnya sebagai Pengerusi Perangcangan Operasi dan merancang gerakan di kawasan Rascom serta bertindak sebagai penasihat utama gerakan pasukan  keselamatan kepada Pengarah Gerakan Neger.  Keanggotaannya juga meliputi PSO awam, polis dan tentera.

iii) Jawatankuasa Perang Saraf yang dipengerusikan oleh PSO awam dibantu oleh PSO tentera dan PSO Polis, dengan bidang tugasnya bertanggungjawab bagi merancang dan melaksanakan segala kegiatan  perang saraf dan gerak saraf di dalam usaha membanteras perkembangan ideologi komunis di kawasan Rascom.

iv) Jawatankuasa Keselamatan BAhagian yang diepengerusikan olwh Residen BAhagian dengan  keanggotaan yang terdiri daripada Pegawai Daerah, Pegawai Kanan Polis Daerah, Pegawai Kanan Tentera Daerah, manakala Jawanatankuasa Keselamatan Daerah pula dipengerusikan oleh Pegawai Daerah.  Peranannya melaksanakan perancangan yang dibuat oleh jawatankuasa lainnya dalam Rascom.  Misi pasukan keselamatan rascom dalam operasi ofensif melawan gerakan militan komunis ialah Mencari dan Memusnah ( search and destroy).  secara keseluruhannya operasi Rascom yang pernah dilaksanakan ialah Operasi utama (7), Operasi kecil ( 17) , Operasi Kerangka (2) , Operasi  bersama 3 Briged (2).

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2009 12:06 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2009 11:45 AM | Show all posts
2# Syd

engkau pindah kan je yob... tp byk lagi aku nak tulis... pasal rascom.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 07:41 PM GMT+8 , Processed in 0.126261 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list