CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 18612|Reply: 28

Tentera Merah Jepun (Japanese Red Army)

[Copy link]
Post time 20-8-2009 01:03 PM | Show all posts |Read mode
Masih Ingatkah Peristiwa Penculikan Oleh Tentera Merah Jepun (JRA) di Kuala Lumpur ?






Mungkin ramai yang lupa atau tak tahu bahawa pada  4 Ogos 1975,  tercatat satu perisitwa hitam dalam sejarah negara apabila lima pengganas Tentera Merah Jepun (JRA) telah menawan tingkat 9, Bangunan AIA di Jalan Ampang di mana terdapat pejabat Kedutaan Amerika Syarikat dan Sweden.

Seramai 53 orang termasuk pegawai Kedutaan Amerika Syarikat dan Sweden dijadikan tebusan oleh pengganas selama 79 jam.

Anggota JRA bertindak demikian kerana mahu memaksa Jepun dan Sweden membebaskan tujuh rakan mereka yang ditahan di kedua-dua negara tersebut.




Drama tebusan itu berakhir apabila tuntutan pengganas dipenuhi. Anggota JRA yang terlibat dalam kejadian itu kemudian berlepas ke Libya dengan pesawat DC8 pada 7 Ogos 1975.

Aku menulis entry ini kerana pagi tadi aku aku terbaca ruangan gosip Siti Jarum dalam Mingguan Malaysia yang mempertikaikan keupayaan dan kemampuan sebuah syarikat produksi drama Indonesia yang hendak menerbitkan kisah tersebut

Siti Jarum turut mempertikaikan kenapa syarikat luar boleh menerbitkan drama untuk televisyen tempatan dengan mudah sekali selain meminta penjelasan tentang beberapa fakta berkaitan kejadian itu yang dikatakan telah diubah.




Sources : http://syahrilkadir.wordpress.com/



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-8-2009 01:09 PM | Show all posts
Kozo Okamoto





Kozo Okamoto & Mariam




this photo is likely taken in jordan its show kozo making a tradition V which symbols the palestinen for victory and "we are going back (to palestine)" not sure who is with him i know the names of 2 other JRA (Japanese red army) members who were trained in the PFLP which are : Tsuyoshi Okudaira , Yasuyuki Yasuda , . its known that she is a female cause its documented that her code name was mariam which is an arabic female name



Sources : http://www.flickr.com/photos/25472844@N02/



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-8-2009 01:13 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2009 02:08 PM | Show all posts
kalau skg jadik camtuh lagi, dah bersepai dah kepala pengganas tuh ngan sniper vat69
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2009 02:16 PM | Show all posts
Time tu memang dah ada VAT69 hape....
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2009 01:00 AM | Show all posts
slot "suatu ketika" kt citra...ada tunjuk making of cter nih...tp tajuknyer xder kaitan ngan tentera merah ni, "soldadu merah"...x sbo nk tgk...

yg berlakon jd ketua pengganas tuh yusmal ex bf intan azura...

then pengganas2 tuh...achong sweetchild...pelakon baru muka sebijik cam bopren MAS AF...

pas 2 yg jd inspektor syed meor...jalaluddin hassan

lg yg jadi polis penasihat ke menteri daa lupa sharuddin thamby...

pas 2 yg jd translator tuk tentera jepon tuh...detaktif Lim gerak gerak gerak khas
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-8-2009 04:00 PM | Show all posts
kalau skg jadik camtuh lagi, dah bersepai dah kepala pengganas tuh ngan sniper vat69
jofizo Post at 20-8-2009 14:08


Tak semudah itu kerana Red Army ni bukan calang-calang group.Cukup terkenal di Timur tengah.
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2009 11:57 PM | Show all posts
red army..glamer nih, tp nak classify dorg sebagai pejuang palestin..nampak gaya cam tak pejuang jer

tawan sana-tawan sini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2009 08:56 AM | Show all posts
sapa sebenarnya red rmy ni ? ada cerita ?
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2009 12:01 PM | Show all posts
akupun nak tau..apa kejadahnya tu..
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2009 05:48 PM | Show all posts
Ade yg mengaitkan kapal terbang penumpang MAS yg terhempas yg mengorbankan menteri m'sia tu di dalangi oleh JRA jgk...
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2009 10:11 PM | Show all posts
red army nih org jepun yg berfahaman komunis tak salah aku..pada awal 70an dorg ada berkerjasama ngan geng pejuang palestin
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2009 08:34 AM | Show all posts
Red army tahun 70an ni ada 2-3...dan ye kebnayakannya berfahaman sosialis atau komunis...Selain JRA, dua lagi grup ialah Red Army Faction (Jerman Barat) dengan Red Brigade (Itali)
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2009 12:07 PM | Show all posts
diorang nih masih wujud ker?
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2009 12:08 PM | Show all posts
nampak sangat ketika itu negara kita tidak berpengalaman untuk handle pengganas semacam ini.....rasanya kalau persitiwa seperti ini berulang,dapatka kita menghadapinya?
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2009 12:43 PM | Show all posts
15# GRINDSAKHTANIC
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2009 05:33 PM | Show all posts
Post Last Edit by jofizo at 27-8-2009 17:34

5# alphawolf

aku assume masa tuh takder sniper rifle yg baik mcm hari nih....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-12-2010 01:17 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-6-2011 12:16 PM | Show all posts
Detik cemas AIA ditawan






PAGI 4 Ogos 1975 menjadi saksi kepada sebuah peristiwa hitam negara apabila bangunan AIA (American International Assurance) yang menempatkan pejabat Kedutaan Amerika Syarikat dan Sweden ditawan sekumpulan pengganas.

Menggelarkan diri mereka sebagai Japanese Red Army (Tentera Merah Jepun), kumpulan pengganas seramai 10 anggota itu menawan 53 orang awam.

Mereka bukan hanya dilengkapi dengan senjata api dan bom tangan, tetapi juga bahan letupan yang boleh menyebabkan kemusnahan dahsyat.

Peristiwa pagi itu secara tidak langsung memperlihatkan kerapuhan sistem keselamatan negara. Soalnya, bagaimana kumpulan pengganas yang agak terkenal dapat melepasi sempadan negara dengan mudah.

Pandangan seluruh dunia ketika itu tertumpu di Kuala Lumpur untuk melihat bagaimana drama tebusan tersebut dapat diselesaikan tanpa sebarang pertumpahan darah.

Kesemua tuntutan pengganas disediakan termasuklah membebaskan rakan mereka yang ditahan di Jepun serta sebuah pesawat yang akan membawa mereka keluar dari Malaysia ke Libya.

Walaupun telah 36 tahun berlalu, namun, pengalaman yang dilalui mereka yang terlibat menarik untuk dikongsi bersama.

Ini kerana ia adalah kali pertama kejadian sedemikian berlaku di negara ini yang melibatkan pengganas dan keselamatan negara.

Ia seharusnya menjadi iktibar kepada semua pihak terutama generasi muda hari ini agar sentiasa menjaga keamanan dan menghalang negara daripada diceroboh oleh orang luar.



- Utusan Malaysia -



Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2011 02:30 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:33 AM GMT+8 , Processed in 0.067798 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list