CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: hayrin86

Faktor utama rating penonton rancangan Majalah 3 tergugat....?

[Copy link]
 Author| Post time 19-9-2009 09:34 PM | Show all posts

MALAM INI DI TV3

9.30 mlm   Telemovie Raya: Salam Terakhir 11.30 mlm   Sampaikan Aidilfitri 2009
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2009 04:10 PM | Show all posts
hari2 keje tgk tv je ke?siap hapal lagi tu....takdak life sunggoh....beramal ada buat dak?hiburan manjang
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2009 09:11 PM | Show all posts
aku pon rs mjlh 3 xbesh dah...huu~~

asik2...topik tuh....org je tukar...
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2009 10:38 AM | Show all posts
aku rasa pengisian yang ntah ape2 dah
benda yang tak bersesuaian untuk djadikan isu
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2009 01:04 PM | Show all posts
baru jer borak ngan ex- staff tv3.dia penah bgtau team M# utk stop rancangan nie wat sementara waktu.nak ikutkan m3 dah cover semua benda n asyik repeat tpt yg sama...

nurul kena brush up lebih lg tuk mengacara program tu.

overall skg nie pengisian tv3 dah mcm hampes...takkan lupa dulu tunjuk hk drama semua nyer yg hit n up todate la...skg nie nak tgk hk drama kat 8tv or ntv7.yg ntv7 nyer timing lewat sgt kat 8tv lak time maghrib.

so media prima kena wat marketing lagi...branding dah ada
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-10-2009 08:14 AM | Show all posts
Tido awal malam minggu lagi bagus kalau tiada movie yg best2 terutama action.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 9-10-2009 05:28 PM | Show all posts

Nostalgia filem 90-an


M. NASIR dan Noraini Hashim berlakon sebagai anak dan emak dalam filem Balada.
KEJAYAAN filem-filem Melayu di pawagam yang berjaya mencapai kutipan box-office sejak tahun 90-an ternyata mengembalikan keyakinan ramai penonton untuk berkunjung ke pawagam.

Disusuli oleh pelbagai anugerah dalam beberapa festival filem tempatan mahupun serantau membuktikan karya filem tempatan tidak hanya di takuk lama.

Memberi penghormatan kepada beberapa filem yang mencatat sejarah dalam industri perfileman tempatan, Astro Citra (saluran 131 Astro) bakal menayangkan beberapa siri filem sepanjang Oktober ini.

Bersiaran setiap Sabtu pukul 9 malam, antara filem yang bakal mengisi tema Nostalgia 90-an sepanjang Oktober ini termasuklah Balada (17 Oktober), Cinta Metropolitan (24 Oktober) dan Queen Control (31 Oktober).

Karya Malaysia bakal membawakan tema yang berlainan pada setiap bulan.

"Tahun 90-an adalah zaman kebangkitan semula filem Melayu, dengan kemunculan ramai bakat baru, nilai produksi lebih bermutu dan kejayaan pecah panggung yang lebih besar.

"Kami mahu pelanggan kami menghargai dan menghayati beberapa filem yang memberi kesan besar kepada industri filem Malaysia," kata Pengurus Saluran Astro Citra, Sharlyza Alus Sharkawi.

Filem Balada menampilkan Fauziah Ahmad Daud yang melakonkan watak seorang gadis kampung yang berani dan cuba mempertahankan warisan bapanya.

Cinta Metropolitan pula menampilkan tiga beradik KRU iaitu Norman, Yusry dan Edry dalam filem komedi romantik yang berlatarkan perniagaan wang palsu.

Manakala filem Queen Control pula dijayakan oleh Raja Ema yang memegang watak sebagai seorang isteri yang kuat cemburu dan sering mengongkong suami. Pelakon lain yang turut membintangi filem tersebut ialah Jalil Hamid dan Lorna Abdullah.

Turut mengisi takwim Astro Citra sepanjang Oktober ini ialah filem-filem seram dari Indonesia dalam slot Seram Sabtu yang bersiaran setiap Sabtu pukul 10.45 malam.

Filem-filem tersebut ialah Hantu (10 Oktober), Suster Ngesot The Movie (24 Oktober) dan Roh The Evil Spirit (31 Oktober).

Untuk tayangan perdana, Astro Citra membariskan tiga filem iaitu Histeria (4 Oktober), Jin Hutan (25 Oktober) dan Budak Kelantan (11 November) yang bersiaran menerusi slot Blockbuster Ahad, setiap Ahad pukul 9 malam.

Sepanjang Oktober, slot Suatu Ketika… Korban 44, merangkumi lapan episod yang memulakan siarannya pada 7 Oktober lalu bersiaran setiap Rabu dan Khamis pukul 9 malam.

Slot-slot lain yang turut bersiaran di Astro Citra ialah Senyum Isnin yang bersiaran setiap Isnin pukul 9 malam, Pentas Asean (Selasa, 9 malam), Aksi Citra (Rabu, 10 malam), Teater Oriental (Khamis, 10 malam) dan Dunia Citra (Jumaat, 9 malam).
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2009 03:50 PM | Show all posts
Kalau haku ambik balik Pakej Mustika nanti, haku boleh tgk wayang yang diberi judul "Cinta Metropolitan" pd 24 Okt nanti jam 9.00 malam kat CH131. Ada KRU lagi. So, buat yg masih lagi melanggan Pakej Mustika sehingga kini, tontoninya di Astro Citra.

P/S: Hari Sabtu malam minggu kdg2 ada movie yg best kat TV cam Cinta Metropolitan kat Citra pd 24hb Oktober, startnya jam 8.30, 8.45 atau 9.00 malam. Itu yg sonoknya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2009 08:17 AM | Show all posts
majalah 3 tak mcm dulu... boring.... mana pergi rencana2 hebat tentang sesuatu yg belum diterokai katy mesia nih mcm dulu2....... yg orang takleh jumpa kat buku dan internet.... ini asyik2 cerita dorang pegi makan angin oversea.... dok ngadap gambar dorang makan angin jerk............... syok sendirik jerk
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2009 02:41 PM | Show all posts
51# cmf_rambutan

betul betul betul..:pompom:

lagi satu sebab pengacaranya tak best..kalo dia letak balik wan zaleha radzi confirm aku tgk tiap2 minggu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2009 04:08 PM | Show all posts
Satu lagi, tahun depan PIALA DUNIA 2010 di Afrika Selatan. Rating penonton program yang diberi nama Majalah Tiga tergugat 4x lebih dahsyat daripada hari-hari biasa (di luar musim Piala Dunia) yang mana sepanjang Piala Dunia pertama Afrika itu berlangsung dari 11 Jun hingga 11 Julai tahun depan, peminat sanggup menonton perlawanan bola sepak secara langsung setiap hari cuma pada minggu terakhir peminat fanatik bola sepak sanggup tidur awal jam 8.45 malam pada Sabtu minggu terakhir Piala Dunia berlangsung, yang mana mereka terlebih dulu tidur awal pada hari tersebut agar dapat bangun antara jam 12.00 tengah malam hingga 1.30 pagi untuk menonton perlawanan penentuan tempat ketiga.

Klik di sini untuk melihat jadual perlawanan Piala Dunia 2010 (dengan waktu Malaysia).
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-11-2009 12:43 PM | Show all posts
Tahun dpn rating penonton program ini sekali lagi tergugat 4x ganda lebih dahsyat apabila kejohanan Piala Dunia akan berlangsung di Afrika Selatan.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2009 08:26 AM | Show all posts
Content Majalah 3 ntah hapa2,,
aku lagi layan Discovery, National Geographic & History Channel
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2009 05:04 PM | Show all posts
da xde topic menarik laaaa...:kant:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-12-2009 03:33 PM | Show all posts

Kisah cinta pemuda Orang Asli

UMUMNYA program kartun yang disajikan stesen televisyen menjadi pilihan utama kanak-kanak sekolah menghabiskan masa sepanjang cuti persekolahan ini bagi menyaksikan kehebatan hero kesukaan mereka beraksi.

Bagaimanapun, bagi kelompok pelajar sekolah menengah, mungkin tidak gemarkan siri kartun dan animasi. Radio Televisyen Malaysia (RTM) memilih dua telefilem menarik menarik yang sarat dengan pengajaran berguna untuk dijadikan teladan bukan sahaja di kalangan pelajar sekolah malah untuk tontonan seisi keluarga.

Dua telefilem menarik yang bakal mengisi slot Panggung Seri setiap Sabtu, jam 9 malam di TV1 ialah Kau Mencipta Dosaku yang disiarkan esok, disusuli Kasih Alam pada 19 Disember.

Kau Mencipta Dosaku dibarisi Norish Karman, Fahrin Ahmad, Art Fazil, Erma Fatima, Rabecca Nur Al Islam, Sirhairi Surya dan Nishadir. Kisahnya berlatarkan wanita yang pada mulanya taat kepada suami namun tewas dengan godaan lelaki lain,

Suria Kasih, penulis novel terkenal di Malaysia dan mendirikan rumahtangga selama 15 tahun bersama Badri, korporat yang memiliki perusahaan pengiklanan. Suria mengalami penderaan emosi dan batin kerana Badri bukanlah suami penyayang malah tidak pernah ambil tahu apa yang dibuat Suria.

Suria banyak menghabiskan masanya di hadapan komputer mengadap novel yang mahu disiapkan dan terakhir adalah novel yang ditulis khas untuk Badri, Kau Mencipta Dosaku.

Suria jarang merungut mengenai perlakuan Badri malah menyembunyikan penyakit kronik dihidapinya, Suria juga bersyukur kerana Badri mengajarnya menjadi wanita tabah dan kuat. Rasa tanggungjawab terhadap tiga anaknya mengikat Suria dalam perkahwinannya itu.

Tanpa diduga, Suria jatuh cinta dengan Rudy, guru piano anaknya, Citra. Rudy mengingatkan Suria kepada lelaki yang pertama dicintainya iaitu Shahrin kerana perwatakan dan perlakuan Rudy persis Shahrin.

Pertemuan itu membuahkan harapan demi harapan kepada Suria untuk memiliki Rudy sebagai insan tempat dia menumpang kasih dan mendapat kebahagiaan. Namun dapatkah Suria mengecap kebahagian di atas kecurangan yang dilakukan terhadap suaminya?

Mengekalkan slot sama, Kasih Alam juga tidak kurang hebatnya kerana menampilkan kelainan dalam plot ceritanya mengenai percintaan doktor muda, Kasih Laila dengan anak orang asli yang juga jurutera berjaya, Alam Hakimi. Percintaan mereka terhalang kerana keluarga Kasih tidak menerima kehadiran orang asli sebagai menantu.


Telefilem ini dibintangi Ijoy Azahari dan Ayu Raudhah sebagai teraju utama. Kisahnya bermula apabila Kasih Laila, anak tunggal Datuk Amar dan Datin Zaleha, membuka klinik dengan bantuan kawan baiknya, Dr. Azwa. Kasih Laila bergiat aktif dalam persatuan pencinta alam. Dia sering keluar masuk hutan untuk membuat kajian mengenai tumbuh-tumbuhan.

Kasih bertemu pemuda orang asli, Alam Hakimi ketika membuat kajian dalam hutan. Alam Hakimi membantunya yang sedang sakit kerana sengatan lipan. Alam Hakimi membawa Kasih ke rumahnya untuk diubati ayahnya, Tok Batin Zin yang mahir dalam ubat-ubatan daripada akar-akar kayu untuk digunakan sebagai penyembuh pelbagai penyakit.

Alam Hakimi merupakan anak orang asli berjaya. Dia merupakan jurutera yang bekerja dengan syarikat terkemuka di Kuala Lumpur kepunyaan Tan Sri Mohamad. Sejak kejadian itu, Alam Hakimi dan kasih menjadi kawan baik dan sering bertemu lalu kedua mereka saling jatuh cinta.

Malangnya, percintaan mereka ditentang Datuk Amar kerana ingin menjodohkan Kasih dengan anak sahabat baiknya, Adrian anak Datuk Nasir. Kasih tidak ada hati pada Adrian kerana sikapnya yang tiada arah tujuan hidup dan sering bertukar teman wanita.

Apabila Datuk Amar mengetahui hubungan Kasih dengan Aklam Hakimi, dia marah dan menganggap Kasih menconteng arang ke mukanya. Dia amat malu kerana anaknya tergila-gilakan anak orang asli. Drama ini turut dijayakan Rebecca, Tamimi Siregar, Aznah Hamid dan Othman Misbun.

Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2009 01:52 PM | Show all posts
rancangan nie dah boring.. aku tgk baju si nurul tu balik2 kemeja yg sama..
dah miskin sgt ke penerbit majalah 3 sampai baju pun tak mampu nak ganti
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2009 10:37 AM | Show all posts
x minat hostnye
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2009 03:29 PM | Show all posts

Dengarnya...: Majalah 3, Nurul Syuhada direhatkan

TAK lama lagi peminat atau penonton Majalah 3 akan merindui program berkenaan kerana program yang dihoskan oleh Nurul Syuhada itu akan direhatkan selama tiga bulan. Bila ia akan bermula Cik Normah tak pasti, tapi dari cerita yang Cik Normah dengar program itu akan berhenti seketika untuk memantapkan lagi program berkenaan.

Cik Normah dapat tahu orang kuat Majalah 3 diberi peluang untuk mencari bahan-bahan baru bagi memperkemaskan lagi program majalah yang popular itu. Dalam waktu yang sama dengan ketiadaan Majalah 3, slot berkenaan akan diisi dengan program Cerekarama.

Satu lagi yang menimbulkan tanda tanya adalah mengenai pengacara program berkenaan, Cik Normah ada juga risik kepada orang-orang yang berkenaan apakah Nurul Syuhada akan dikekalkan atau diganti dengan pengacara baru seperti mana yang berlaku kepada Nona, mereka tak memberikan jawapan. Sebaliknya hanya melemparkan senyuman penuh tanda tanya kepada Cik Normah.


Disebabkan slot Cerekarama dipercepatkan dari jam 9 hingga 11 malam, hari Sabtu ini, penonton TV3 boleh menyaksikan sebuah lagi program gosip yang diberi nama Fuhh! Kononnya program gosip selama satu jam itu akan mengupas lebih lanjut isu-isu yang berlaku di dalam industri hiburan tanah air.

Cik Normah memang tak sabar lagi menantikan program baru itu, nak tengok juga apakah ia akan sehebat Melodi ataupun Terjah yang bakal dikendalikan Nas Ahmad.


--------------------------
P/S: Cerekarama bakal bersiaran pada hari Sabtu jam 9.00 malam bermula 2 Januari 2010. Hanya di TV3. SELAMAT TAHUN BARU 2010!
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2009 08:16 AM | Show all posts
bagus sungguh idea merehatkan rancangan M3 nie... harap2 dpt menarik minat aku menonton M3 semula
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2009 09:23 AM | Show all posts
bagus sungguh idea merehatkan rancangan M3 nie... harap2 dpt menarik minat aku menonton M3 semula
lzsdbx Post at 30-12-2009 08:16

Terus layan Cerekarama TV3 hari Sabtu jam 9.00 malam, bukan lagi jam 10.00 malam. Perubahan waktu siaran berkenaan memang digalakkan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:14 PM GMT+8 , Processed in 1.551834 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list