CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: hayrin86

Faktor utama rating penonton rancangan Majalah 3 tergugat....?

[Copy link]
Post time 31-12-2009 09:03 AM | Show all posts
aku suka masa norzie pak wan cik jadi pengacara majalah 3...pengisiannya pun hebat dan menarik...yg skang ni aku tgk topik biasa2 jer...citer pasai nelayan tngkap ikan, ikan keli, sawah padi..apa lagi ntah..tak best dah,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-12-2009 10:00 AM | Show all posts
63# aliimran
Sabtu ini rancangan Majalah Tiga kena ambil alih oleh slot Cerekarama yg bakal bersiaran bukan lagi jam 10.00 malam tapi jam 9.00 malam sudah.
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2009 10:48 AM | Show all posts
Ntah le...tp daku dh lama x tgk majalah 3....
aura utk tgk dh x de....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-1-2010 09:02 PM | Show all posts
65# silverstar333

Akhirnya, slot Cerekarama dah mula bersiaran kat TV3. Judulnya "Nur Iman".
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2010 11:44 PM | Show all posts
tukarlah pengacara tu...............
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2010 08:59 PM | Show all posts
bg aku, aku x sker host die..
nyampah tgk die..
2nd, topik die dh x best.. ntah pape jek..
aku plg ske time norzie jdik host.. best..
xmynnx Post at 25-8-2009 12:31


yeap.. famly aku.. sejak syuhada jadi host.. ktorg dahx tgk dah.. dulu ms norzi x pernah lg terlepas.. skrg ni x tgk pun x pa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-1-2010 10:26 PM | Show all posts
hayrin86 ni staf tv3 ke? ye ye je nih
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2010 10:27 PM | Show all posts
hayrin86 ni staf tv3 ke? ye ye je nih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-1-2010 12:08 AM | Show all posts
hayrin86 ni staf tv3 ke? ye ye je nih
kaktuscute Post at 4-1-2010 22:27

Bukan la.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-1-2010 01:32 PM | Show all posts
Malam ni ada citer yg best jam 9.00 malam di TV3. Tajuknya Nur di Jiwa Harina. Semalam aku ada tertgk promo telemovie tersebut. Macam best saja citer itu. Siapa nak tgk, jom la tgk.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2010 03:31 PM | Show all posts
Sempena dengan menyambut Tahun Baru Cina esok, sebuah filem Cina yang bertajuk The Warlords akan bersiaran pada jam 9.00 malam ini, eksklusif hanya di TV3.

P/S: 1) GONG XI FA CAI!

2) MARI BOIKOT HARI VALENTINE BERAMAI-RAMAI!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2010 08:41 PM | Show all posts

Dunia Batinku - Kasih Ibu Tidak Ternilai

by - | 18 Feb 2010



Slot Cerekarama di TV3 pada 20 Februari ini, jam 9 malam, bakal menayangkan sebuah lagi karya daripada JS Pictures berjudul ‘Dunia Batinku’.

Hasil nukilan Jinggo (Azman Yahya) dan isteri Sheila Rusly, telemovie ini menampilkan lakonan menyentuh jiwa daripada Shafie Naswip, Syahirah Maisara, Normah Damanhuri, Fizz Fairuz dan Memey Suhaiza.

Bak kata pepatah kehidupan, ‘Semangat bersama air mata ialah teman setia untuk kita meneruskan kehidupan yang ada. Yang pergi pasti tidak akan kembali.’

Berikutlah yang ingin diketengahkan melalui ‘Dunia Batinku’ yang mengisahkan Khadija (Sheila Rusly), seorang wanita yang selama ini bergantung hidup pada suami tetapi terpaksa akur dengan ketentuan Illahi.

Khadija

Kehilangan suami menyebabkan Khadija pada awalnya tidak berdaya untuk meneruskan kehidupan. Apatah lagi bila mengetahui dirinya berbadan dua. Demi anak-anak yang semakin membesar serta ibu mertuanya, Halimah yang uzur kerana kencing manis, Khadija tiada pilihan lain dan terpaksa bekerja siang dan malam untuk menampung kehidupan seharian mereka.

Meskipun disarat kepayahan hidup, Khadija tidak membenarkan anak-anaknya berhenti sekolah. Khadija yakin hanya pelajaran yang boleh mengubah taraf kehidupan mereka. Anak sulungnya, Zainal akan menduduki PMR. Anak keduanya, Siti Zaharah akan mengambil peperiksaan UPSR dan yang paling bongsu, Siti Mariam baru berusia enam tahun. Sikap degil Zainal yang sering bercanggah pendapat dengannya menambahkan lagi tekanan hidup Khadija.

Zainal

Malang tidak berbau, Khadija dipatuk ular sewaktu berkebun seorang diri dan tidak sempat diselamatkan bersama kandungannya. Zainal betul-betul menyesal kerana sering mengecewakan ibunya. Dia nekad berusaha untuk cemerlang dalam akademik supaya dapat mengubah nasib keluarga dan memberikan kehidupan yang lebih baik untuk adik-beradiknya.

Namun, dugaan demi dugaan yang melanda. Kini adik bongsunya, Siti Mariam dihantar pula ke rumah anak-anak yatim.

Sumber: gua.com.my
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2010 12:35 PM | Show all posts
sbb bahan cite dalam majalah 3 dh x menarik dan lagi membosankan!ntah pape ntah yang dorang buat liputan...dulu punya la best sampaikan beratur jer family aku dpn tv nk tgk majalah 3...skrg ni hampeh!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2010 03:34 PM | Show all posts
1st - sbb pengacara hampeh
2nd - bahan cite x best
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2010 03:35 PM | Show all posts
aku suka masa norzie pak wan cik jadi pengacara majalah 3...pengisiannya pun hebat dan menarik...yg skang ni aku tgk topik biasa2 jer...citer pasai nelayan tngkap ikan, ikan keli, sawah padi..apa lagi ...
aliimran Post at 31-12-2009 09:03 AM


kan??????
waktu norzie dulu pon aku lyn m3 stiap mggu...
best la host yg dulu2...
skg nie hampeh je...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2010 10:44 AM | Show all posts
1st - sbb pengacara hampeh
2nd - bahan cite x best
liya90 Post at 19-2-2010 15:34

http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=467945
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-2-2010 12:36 PM | Show all posts

Seksa hilang orang tersayang dalam Dunia Batinku


Sheila Rusly

KEHILANGAN insan tersayang yang menjadi tulang belakang pada keluarga sememangnya memeritkan. Namun, apa yang berlaku sudah ditentukan oleh qada dan qadar. Semangat air mata adalah teman setia untuk meneruskan kehidupan. Yang pergi pastinya tidak akan kembali lagi.

Itulah yang dipaparkan penerbit dan pengarah terkenal, Azman Yahya atau Jinggo dalam karya terbarunya, Dunia Batinku yang disiarkan dalam slot Cerekarama di TV3, malam ini.

Menerusi JS Pictures Sdn Bhd, Jinggo dan isterinya, Sheila Rusly pasti mahukan kelainan dalam setiap cerita yang dipaparkan. Penuh air mata, nyata kasih dan pengorbanan seorang ibu tiada ukurannya. Dunia Batinku, skrip dan karya Rozie Rashid menampilkan lakonan menyentuh jiwa Shafie Naswip, Syahirah Maisara, Normah Damanhuri, Sheila Rusly, Fizz Fairuz, Memey Suhaiza, Shahrolnizam Noor, Nur Fathia dan Nina Caryn.


Dunia Batinku sarat nilai murni yang boleh dijadikan pengajaran, selain menekankan kepentingan kasih sayang keluarga, pengorbanan mulia seorang ibu dan rasa hormat serta taat setia anak-anak kepada orang tua.

Drama menarik ini mengisahkan Khadija (Sheila Rusly), seorang wanita yang selama ini bergantung hidup dengan suami tetapi terpaksa akur dengan ketentuan Illahi. Kehilangan suami menyebabkan Khadija pada awalnya tidak berdaya untuk meneruskan kehidupan. Apatah lagi, apabila mengetahui dirinya berbadan dua. Demi anak-anak yang semakin membesar serta ibu mentuanya, Halimah yang uzur kerana kencing manis, Khadija tidak ada pilihan lain dan terpaksa bekerja siang dan malam untuk menampung kehidupan seharian mereka.

Halimah pernah cuba membunuh diri kerana tidak mahu menyusahkan Khadija anak-beranak. Meskipun dihimpit kepayahan hidup, Khadija tidak membenarkan anak-anaknya berhenti sekolah. Khadija yakin hanya pelajaran yang boleh mengubah taraf kehidupan mereka. Anak sulungnya, Zainal akan menduduki PMR. Anak keduanya, Siti Zaharah akan mengambil peperiksaan UPSR dan yang paling bongsu, Siti Mariam baru berusia enam tahun. Sikap degil Zainal yang sering bercanggah pendapat dengannya menambahkan lagi tekanan hidup Khadija. Malang tidak berbau. Khadija dipatuk ular sewaktu berkebun seorang diri dan tidak sempat diselamatkan bersama anak dalam kandungannya.
Zainal menyesal kerana sering mengecewakan ibunya. Dia nekad berusaha untuk cemerlang dalam akademik supaya dapat mengubah nasib keluarga dan memberikan kehidupan yang lebih baik untuk adik beradiknya. Namun, dugaan demi dugaan menimpa, adik bongsunya, Siti Mariam terpaksa dihantar ke rumah anak-anak yatim. Dapatkah Zainal menunaikan janji kepada adik-adik, mereka akan bersatu kembali?

Sheila berkata, ini adalah antara karya terbaik yang diterbitkan JS Pictures. Kalau penonton menitiskan air mata melihat drama Tuhan Pun Tahu, Demi Masa, Restu Mentua dan Taubat Nasuha, sebaliknya Dunia Batinku bertambah meruntun jiwa.


------
Kategori: Telefilem

Waktu Siaran: 9.00 malam 20 Februari 2010
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-8-2010 10:25 AM | Show all posts

Antara kasih dengan keluarga dalam Pesona Rindu di TV1

2010/08/20

ADAPTASI novel daripada karya penulis terkenal Sharifah Abu Salem menerusi telefilem berjudul Pesona Rindu, mengetengahkan perjalanan hidup seorang insan bergelar wanita dan rencah kehidupan berkeluarga.

Telefilem yang akan disiarkan menerusi TV1, Sabtu ini jam 9 malam membariskan pelakon seperti Emelda Rosmila, Zamarul Hisham, Fezrul Khan, Siti Fazurina, Dian P.Ramlee, Datuk Ahmad Tamimi Serigar dan Khatijah Tan.

Awal penceritaan Pesona Rindu menyaksikan kisah putus tunang antara Najmah dengan Ustaz Syakir yang menimbulkan kemarahan keluarga. Permintaan Najmah itu berlandaskan prinsip hidupnya yang hanya menganggap Ustaz Syakir tidak lebih daripada seorang abang baginya. Walaupun kecewa Ustaz Syakir reda menerima keadaan itu dan menganggapnya hanya sebagai adik.

Najmah sekali lagi berdepan dilema apabila kemunculan Safuan, rakan sekerja yang didapati menghidap penyakit kronik barah paru-paru dalam diam jatuh cinta kepadanya. Justeru, Najmah yang mengetahui akan hal itu terpaksa menerima cinta Safuan kerana kasihan melihat penderitaan Safuan yang disahkan oleh doktor dapat bertahan hanya enam bulan untuk hidup.

Dilema cinta Najmah berterusan apabila Safuan melamar dan ingin mengahwininya sebelum ajal tiba. Lamaran itu membuatkan Najmah serba salah namun atas dasar simpati dan tidak mahu menghampakan permintaan Safuan, Najmah akhirnya bersetuju untuk bersatu.

Justeru, sekali lagi keluarganya menerima tamparan hebat dengan keputusan itu. Ibunya, Mak Nab menganggap Najmah keterlaluan dan mengetepikan keluarga lalu pernikahan itu dihalang dari diadakan di rumah mereka. Keadaan Safuan yang semakin tenat, membuatkan Najmah nekad mengahwini Safuan secepat mungkin. Walaupun sukar menerima perkahwinan anaknya, bapa Najmah, Haji Wahid hadir mewalikan pernikahan yang diadakan di wad Hospital.

Bagaimanapun, Tuhan lebih berkuasa, Safuan menemui ajal sebelum lafaz nikah diucapkan. Harapan Mak Nab untuk menjodohkan Najmah dengan Ustaz Syakir kembali berbunga, namun Najmah masih menolak kerana mahu menumpukan perhatian kepada kerjaya.

Pesona Rindu adalah rencah kehidupan keluarga dan cinta, kisah Najmah berterusan dengan kehadiran Fazlan dalam hidupnya. Fazlan anak majikan yang baru ditinggalkan isterinya Darina, dalam diam mula jatuh cinta kepada Najmah apabila sering menjadi tempat meluahkan masalah mengenai hubungan dan kisah rumah tangga.

Najmah takut menerima cinta Fazlan kerana Darina adalah rakan karibnya. Atas alasan kesunyian mereka mengambil keputusan nekad untuk berkahwin lalu sekali lagi menimbulkan kemarahan keluarganya kerana memilih cinta ketiga pada lelaki bergelar suami orang.

Perkahwinan mereka tetap berlangsung walaupun tanpa restu Haji Wahid dan ibunya namun diterima baik keluarga mentuanya Datuk Shauki dengan penuh bersifat terbuka. Tambahan lagi Datuk Shauki bersetuju menyembunyikan perkahwinan itu dari pengetahuan Darina yang lama menyepi tanpa sebarang khabar berita.

Bagaimanakah Fazlan dan Najmah berdepan dengan kepulangan Darina dan apa pula yang berlaku kepada bekas tunangnya Ustaz Syakir?
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2010 09:12 AM | Show all posts
i n family mmg tgk 'jangan lupa lirik' je. kalo takde cite lain tgk axn... boringlah 'majalah 3' not like before
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-8-2010 09:34 AM | Show all posts
i n family mmg tgk 'jangan lupa lirik' je. kalo takde cite lain tgk axn... boringlah 'majalah 3' not like before
khayzl Post at 24-8-2010 09:12

Kat AXN waktu itu ada movie, kan?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:02 AM GMT+8 , Processed in 0.082643 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list