CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: scrocth

Ngerinya tengok footages eton masa kemalangan dalam nona tadi

[Copy link]
Post time 14-10-2009 11:32 AM | Show all posts
kakak aku keje event company..mase citrawarna last year kot , dia ada dtg di teman mak ke mak cik dia ke tataulah..org tuh dok approach krew2 beli album dia..dia plak jalan wat dek...mak cik tuh yang dok promot2..kesian kan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2009 04:25 PM | Show all posts
iskiskisk...sedih nyer aku tgk kisah zaiton sameon nihh..aku pernah gak jumpa zaiton nih kat r&r pahang...still ngn fesyen dolu-dolu gak die..
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2009 04:30 PM | Show all posts
25# peterfendi54
\
setuju dan sangat setuju..
maybe kawan2 tu soh dia nyanyi smule sbb nk bg dia kekuatan la..but lagi bagus kalau ajak dia ke arah kebaikan n mendekatkan diri ngan Allah swt..

...
apodiolaie Post at 14-10-2009 11:18
maybe die still rasa yg die di zaman kegemilangan die kut sbb tu la die still mcm tu je..xde rasa nk ikut seangkatan die
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2009 04:31 PM | Show all posts
aku pernah jumpa kak eton ni kat uptown... masa tu dia tengah nyanyi karaoke..lepas tu dia minta duit..abang DJ Uptown pun macam terkejut semacam..ingat dia nak nyanyi suka-suka.. masa tengah nyanyi t ...
ikierin Post at 6-10-2009 14:09
betul ke nih..
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2009 04:55 PM | Show all posts
mcm mana ngn umat2 yg lain dlm van tuh...ank eton sorg je ke yg meninggal..sape2 tolong bgtau
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2009 05:12 PM | Show all posts
paling kesian bila anak kesayangan dia meninggal..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-10-2009 06:02 PM | Show all posts
aku xtau sgt cite k.eton ni..tau2 dia da ting tong pas kmalangan..plg aku ingt time allahyarham sudirman mninggal...
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2009 06:27 PM | Show all posts
sesiapa pun kalau mengalami apa yg dia alami mesti ting tong......i rasa dia ni ada wayar loose skit.....semoga dia cepat sembuh.........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2009 06:50 PM | Show all posts
“Bukan halau, Eton yang lari” - Utusan M'sia 13 Sept'09

PENYANYI Zaiton Sameon, 53, yang popular menerusi lagu Menaruh Harapan mendakwa dibuang keluarga selepas hidupnya melarat akibat kemalangan ngeri pada tahun 1990 yang turut meragut nyawa anaknya Azirwan Abu Bakar (ketika itu berusia 13 tahun).

Semasa membuat persembahan pada majlis berbuka puasa untuk artis veteran di Saloma Bistro pada 3 September lalu, Zaiton turut meluahkan kesedihan itu.

Kata Eton, hidupnya tak seperti orang lain yang mendapat kasih sayang dan perhatian tetapi dirinya tidak seperti yang diimpikan. Dia sudah dibuang keluarga.

Dek kerana itulah dakwa Eton hidupnya seperti orang merempat sehingga terpaksa mengharapkan belas ehsan orang lain untuk meneruskan kehidupan.

Dalam ruangan Kring Kring minggu lalu Eton menyuarakan kesedihannya apabila adik-beradiknya sendiri tidak mempedulikan dia sehinggakan dia terpaksa menumpang teduh di rumah kenalannya di Johor Bahru.

Kecewa dengan tuduhan itu, anak saudara Eton iaitu Noor Haizan Zakaria, 29, tampil untuk menjelaskan kisah sebenarnya..

Kata Noor Haizan bapanya Zakaria Sameon,60 (abang sulung Zaiton), amat sedih dengan kenyataan tersebut.

Ia menggambarkan adik beradik Zaiton kejam kerana sanggup membiarkan penyanyi itu hidup melarat.

“Sudah lama saya ingin menjelaskan keadaan sebenar. Keluarga kami tak pernah buang dia (Eton) tapi dia yang keluar dari rumah,” kata Noor Haizan mewakili bapanya yang meminta dia menjelaskan keadaan sebenar.

Ikuti pendedahan Noor Haizan kepada wartawan NIEZAM ABDULLAH ketika menemuinya Khamis lalu.

Mudah-mudahan ada jalan bagi mengatasi masalah yang melanda di antara Zaiton dan kelaurganya itu.

Apa yang hendak dijelaskan ni?

Sebelum saya buka cerita yang sebenar, saya nak terangkan serba sedikit mengenai keluarga Sameon. Saya ni mewakili bapa saya iaitu Zakaria Sameon, abang kepada Eton yang sulung. Dalam keluarga Sameon semuanya ada enam orang. Eton anak yang kelima. Yang bongsu ialah Sharil. Gara-gara kenyataan Eton minggu lalu, bapa saya diserang sakit jantung. Dia terkejut kenapa tak habis-habis adiknya itu membuat kenyataan yang tak betul? Dia memang sedih. Sebab itu dia minta saya jumpa Niezam untuk terangkan keadaan yang sebenarnya. Bapa saya tinggal di Seremban. Dia nak datang susah sebab kesihatan dia tak mengizinkan.

Yalah... selama ini ramai yang tertanya-tanya kenapa keluarga Eton tak ambil berat terhadap dia?

Bukan tak ambil berat. Kami semua memang nak jaga dia. Tak sanggup tengok dia hidup melarat tapi dalam hal ini siapa sebenarnya yang buat masalah kalau bukan Zaiton sendiri? Saya tahu selama ini ada pihak yang mempengaruhi Zaiton untuk buat perkara yang tak sepatutnya.

Siapa orang tu?

Belum masa untuk saya dedahkan tetapi saya faham Eton sebenarnya tidak sihat sepenuhnya. Jadi kita tak boleh nak percaya apa yang dia kata itu seratus peratus.

Selepas ayah dan ibu Eton meninggal dunia, dia pernah mendakwa dihalau dari rumah pusaka keluarga di Rembau, Negeri Sembilan akibat perebutan harta. Betul begitu?

Siapa cakap? Tak ada siapa yang halau Eton. Tak ada siapa yang suruh dia keluar dari rumah itu. Dia dengan adik bongsunya Sharil yang buat keputusan sendiri untuk keluar dari rumah. Bila dia orang keluar, dia orang buat kenyataan kononnya keluarga halau mereka. Itu semua tak benar.

Eton pernah beritahu saya sebelum ini pakaiannya di dalam almari di Rembau tu sudah dibakar oleh Lily iaitu kakaknya sendiri. Betul?

Kalau dia tak pernah balik rumah, macam mana dia tahu pakaiannya semua dibakar? Itu semua tak betul. Rumah tu pun masih elok dijaga rapi. Saya pun tak faham apa maksud dia membuat kenyataan macam itu?

Bagaimana Eton boleh nak keluar dari rumah kalau tak ada apa-apa masalah dalam keluarga?

Itu saya tak tahu tapi Eton dipengaruhi oleh orang tertentu. Saya pun terkejut tiba-tiba dapat tahu dia tinggal dengan keluarga angkatnya di Beranang, Selangor. Lepas tu tinggal dengan adik angkatnya di Kampung Melayu Subang, Selangor. Kemudian pula berada di Johor Bahru. Saya terfikir juga kenapa dia sanggup jadi macam tu sedangkan dia ada keluarga.

Alasannya keluarga dia sudah tak mahu ambil berat. Yalah... Zaiton Sameon hari ini dah tak macam dulu.

Tak ambil berat? Maaflah... kami semua ambil berat pada dia tapi dia yang tak hargai semua itu. Percaya atau tidak sebelum ini abang Eton yang nombor tiga iaitu Khalid bawa dia tinggal bersama di Putrajaya. Tahu tak apa Eton buat? Dia keluar dari rumah, merayau-rayau di Putrajaya tu. Takkan kita nak kurung dia. Takkan nak kunci pintu rumah? Masalahnya bila dia selalu keluar, dia berhubung dengan orang lain untuk lari dari rumah tu. Siapa yang salah? Dia keluar dari rumah abang dia tu, saya dengar dia duduk pula dengan adik angkatnya di Kampung Melayu Subang. Di kampung tu pun Eton buat kecoh.

Maksudnya kecoh macam mana?

Saya dapat tahu orang kampung tak selesa tengok Eton merayau-rayau di kampung mereka. Takut jadi benda-benda yang tak elok. Masalahnya Eton tu tak waras sepenuhnya. Dia masih lagi sakit. Jadi tak semua orang faham siapa Zaiton Sameon hari ini. Hanya kami dan keluarga saja tahu.

Selepas kekecohan demi kekecohan berlaku, tak ada usaha nak jaga dia?

Kami dah usaha tapi bayangkan dia akan keluar rumah sesuka hati. Itu yang kami kesalkan. Dia pula sanggup buat tuduhan yang bukan-bukan mengenai keluarga. Tak elok macam tu.

Apabila Eton buat kenyataan negatif, apa persepsi keluarga yang lain?

Mereka semua kecil hati terutamanya ayah saya sebagai anak yang sulung. Kawan-kawannya telefon dan bertanyakan perkara itu. Seolah-olah keluarga kami ni buruk sangat. Ayah amat kecewa dengan tindakan adiknya itu. Adik-beradik lain pun tak tahu nak buat macam mana dah. Semuanya amat tertekan dengan sikap Eton sendiri.

Apa tindakan sekarang untuk menjaga Eton?

Kami tak tahu macam mana nak cari dia. Cuma saya harap dia balik kampung. Tak ada siapa yang nak halau dia. Dan kalau boleh dia datang jumpa dengan bapa saya di Seremban untuk menyelesaikan keadaan. Jangan terus mengeruhkan suasana. Eton kena ingat, sekarang ni bukan zaman dia dah (dalam bidang seni). Zaman dia dah berlalu. Janganlah asyik jaja cerita keluarga saja kalau nak dapatkan publisiti.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2009 07:14 PM | Show all posts
Zaiton Sameon skrang duk kat pandan...duduk dgn adik die dekat dgn sekolah Agama Kg. Melayu Pandan....Selalu gak la nampak die ckap sorang2...nyanyi lagu die...aku x tahu die tu Zaiton Sameon...Ayah aku ckap baru aku tahu yang die dah kureng..
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2009 07:26 PM | Show all posts
Zaiton Sameon skrang duk kat pandan...duduk dgn adik die dekat dgn sekolah Agama Kg. Melayu Pandan....Selalu gak la nampak die ckap sorang2...nyanyi lagu die...aku x tahu die tu Zaiton Sameon...Ayah a ...
cmf_eddie_world Post at 15-10-2009 19:14

ko xmintak autogrph ke?
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2009 07:44 PM | Show all posts
Post Last Edit by cmf_eddie_worlds at 15-10-2009 20:48

ko nak ker..aku leh mintak kan nanti...Tp kesian la die selalu jalan2 gi kubur
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2009 12:49 AM | Show all posts
eddie worlf nak tanya ni...eton dok dgn adik dia yg mana? shahril tu ker?
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2009 01:55 AM | Show all posts
sedeynya baca kisah korang...harap kita semua sedar atas apa yg terjadi kepada kak eton
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2009 10:35 AM | Show all posts
eddie worlf nak tanya ni...eton dok dgn adik dia yg mana? shahril tu ker?
Claudia_Lestat Post at 24-10-2009 00:49


Wallahualam...yang aku tahu die duduk ngan adik die...Rumah dia kat area Sekolah agama kg melayu pandan..kat Jb...
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2012 03:44 PM | Show all posts
kesian dgn dia ....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2012 04:05 PM | Show all posts
Tragiskn kisah eton meon ni....kesian sgt
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2012 04:09 PM | Show all posts
aku tgk kat astrok hari tu pembikinan filem zaiton ceritaku..sedih la pulak..dengan tambah2 cerita kat sini..lagi bertambah sedih la dengan keadaan dia...nikmat sekejap dan sekelip mata Allah boleh tarik.
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2012 04:13 PM | Show all posts
Leonarzi posted on 13-12-2012 04:05 PM
Tragiskn kisah eton meon ni....kesian sgt



motipp kaka leo menggali benang lama?
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2012 04:14 PM | Show all posts
lil_honey posted on 13-12-2012 04:09 PM
aku tgk kat astrok hari tu pembikinan filem zaiton ceritaku..sedih la pulak..dengan tambah2 cerita k ...

byk pengajaran dr cerita tuh...
bila dah berada di puncak, jgn lupa skali skala pandang ke bwh...
tuhan boleh tarik seklip mata je...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 07:34 PM GMT+8 , Processed in 0.074264 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list