CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19469|Reply: 97

Tahlil Arwah- Bidaah

[Copy link]
Post time 30-10-2009 09:16 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by monorail at 30-10-2009 09:18

Nak minta pendapat ustaz2 dan para ilmuan kat sini....(sekiranya dah dibincangkan sebelum ini...saya minta maaf)

Semalam sewaktu nak semayang zohor terbaca kat white board surau tulisan oleh seorang hamba Allah yang tak dikenali yang berbunyi begini:

"tahlil adalah perkara baru dalam agama islam yang diadakan adalah bidaah. sila rujuk (nama kitab...saya lupa) dan kitab2 lain..."

dan semua perkataan 'tahlil" dalam atur cara tahlil dan doa selamat yg ditulis di papan kenyataan itu dipadamkan...

apakah benar tahlil arwah itu bidaah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2009 09:28 AM | Show all posts
kalau kenyataan trans salah tolong betulkan eh...trans pon kena banyak belajar lagi
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2009 09:28 AM | Show all posts
klu benar bidaah kerajaan malaysia @ yg berkaitan dgn ugama islam, patut tampil dgn kenyataan, supaya masyarakat islam tidak terus hanyut dgn yasinan/tahlil dsbnya.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2009 09:28 AM | Show all posts
setau aku ade beberape bende yg sampai pade si mati..
amal ibadat.. sedekah jariah
ilmu yg bergune
doa dr anak yg soleh...

2 yg diberitahu kepade aku...
tapi kalo doa dari orang ramai supaye ampunkan dosa si mati... tak tau lak camner kes dia.. ade sesape tau?
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2009 09:29 AM | Show all posts
rasanya benda yg baik nih bukan bidaah....

dah ada byk perbincangan kat sini yg lama2 tp tak ingat kat mana link nya!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2009 09:43 AM | Show all posts
saya sendiri confused bab ni...kalau baca buku dr asri bidaah..orang2 wahabi melabelkan bidaah pd mereka tiada bidaah hasanah semua bidaah, bidaah belaka
bila tanya ust lain...dia kata apasalah kita berkumpul berzikir berwirid...tanya lagi ust lain apa salahnya bertahlil di kubur pun boleh lagi bagus..sedangkan nabi pun lalu di kawasan perkuburan membaca doa...
saya sekarang ni memang confused dlm byk perkara...takut melakukan sesuatu yg dikatakan bidaah kerana ada hadith kan barang siapa yg mengadakan sesuatu yg bukan sunnah ku maka dia telah menempah tempat ke neraka..at the same time sahabat nabi saw pun ada juga menambah ibadah selepas kematian nabi, eg solat terawih 20 rakaat, nabi solat 8 je khalifah umar al khatab yg memulakan solat terawih secara jemaah dan 20 rakaat kerana..katanya umat nabi selepas ni takkan mampu nak bangun solat ibdat tengah mlm spt nabi so 20 rakaat tu utk cover ibadat solat tengah mlm...sampai hari ni kita buat 20 gak di masjidil haram pun buat 20 gak..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-10-2009 09:50 AM | Show all posts
saya pernah mendengar penjelasan mengenainya yang dibuat oleh seorang ustaz. Golongan yang mengatakan tahlil itu bidaah adalah dari fahaman wahabi yang berasal dari Indonesia.

Sebenarnya ia dibolehkan berdasarkan fakta bahawa doa anak sampai kepada ibubapa yang telah meninggal.

Cuma yang sepatutnya, semasa tahlil berjalan, si anak haruslah menyertai sekali doa tersebut, bukan sibuk mengatur makanan dan hanya menyerahkan kepada imam semata-mata.

Walahualam.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2009 09:56 AM | Show all posts
8# elastic

doa anak memang sampai pada arwah ibubapa..

tapi doa org lain tu mcm mana...?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2009 10:08 AM | Show all posts
Wa ka ka tak abis2 ngan isu bangang nie.....

Tanya dulu kepercayaan masing2 camne.......
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2009 10:10 AM | Show all posts
10# mjla

kenapa bangang?
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2009 10:17 AM | Show all posts
8# elastic  

doa anak memang sampai pada arwah ibubapa..

tapi doa org lain tu mcm mana...?
ApeApeAje Post at 30-10-2009 09:56


Sebab itulah semasa tahlil, kita anak beranak sesama berdoa dengan kelompok yang lain, bukannya duduk didapur mengatur juadah nak dimakan. Kalau kita mampu dari segi ilmunya, lebih baik kita yang memimpin majlis tahlil tu utk ibu bapa kita sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2009 10:23 AM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 30-10-2009 10:25
saya sekarang ni memang confused dlm byk perkara...takut melakukan sesuatu yg dikatakan bidaah kerana ada hadith kan barang siapa yg mengadakan sesuatu yg bukan sunnah ku maka dia telah menempah tempat ke neraka..at the same time sahabat nabi saw pun ada juga menambah ibadah selepas kematian nabi, eg solat terawih 20 rakaat, nabi solat 8 je khalifah umar al khatab yg memulakan solat terawih secara jemaah dan 20 rakaat kerana..katanya umat nabi selepas ni takkan mampu nak bangun solat ibdat tengah mlm spt nabi so 20 rakaat tu utk cover ibadat solat tengah mlm...sampai hari ni kita buat 20 gak di masjidil haram pun buat 20 gak..
sunsuria3 Post at 30-10-2009 09:43


Salam...

Pada asasnya tahlil itu ucapan LAA ILAHA ILLALLAH, iaitu satu ucapan yang terbaik dalam segala ucapan.

Apabila tahlil dijadikan amalan untuk hadiahkan kepada si mati, timbul perkara khilaf Ulama kerana perbezaan pendapat tentang amalan atau pahala itu dapat dihadiahkan atau tidak. Bila ada khilaf, adalah kurang wajar untuk melabel bida'ah sesat, yang terbaik adalah didik ikut Sunnah.

Macam bab tarawih yang disebut, ada pihak kata Nabi Solat Tarawih 8 rakaat saja. Ada juga riwayat 20 rakaat, dan 8 rakaat itu diterangkan sebagai Tahajjud yang Nabi amalkan.

Di zaman Nabi, Nabi hanya solat Tarawih untuk beberapa hari saja di Masjid, dan kerana khuatiri umat akan anggap ia wajib, Nabi buat tarawih di rumah selepas itu. Zaman Nabi dan zaman Abu Bakr RA berlalu di mana Tarawih itu dilakukan secara sendirian, atau kelompok jemaah kecil-kecilan.

Tiba zaman Umar RA, umat Islam tidak lagi dikhuatiri salah faham akan solat Tarawih. Ramai yang bersolat tarawih di masjid dan semakin banyak pula jemaah ada di bawah imam-imam yang berlainan.

Disebabkan terbukti Para Sahabat mengamalkannya 20 rakaat, mustahil bilangan itu ditambah. Terdapat ramai sahabat yang berilmu di zaman Saydina Umar RA. Yang dimaksudkan Saydina Umar RA tentang bidaah (sebaik-baik bidaah) ialah mengumpulkan jemaah-jemaah yang berpecah semasa mereka menunaikan Solat Tarawih di Masjid di bawah imam-imam yang berlainan, kepada satu Imam.

Mulai saat itulah Tarawih 20 rakaat di masjid di bawah 1 Imam diamalkan, bukannya diubah dari 8 rakaat kepada 20 rakaat. Namun memang ada pihak yang bertegas kata hanya 8 rakaat saja tarawih. Ikutlah pandangan mana yang dirasai paling tepat.

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2009 10:44 AM | Show all posts
Assalamualaikum,

tahlil ni adalah bidaah,
apa2 yg tidak pernah dibuat oleh nabi adalah bidaah,
menurut sesetengah pendapat spt imam Syafie, bidaah yg tidak bercanggah dengan Islam, iaitu bidaah hasanah,
adalah diharuskan, spt kata2 imam Syafie:

“Bidaah itu dua jenis iaitu: bidaah yang terpuji dan bidaah tercela. Maka, bidaah yang sesuai dengan sunnah adalah terpuji dan bidaah menyalahinya ialah yang tercela.”


adapun mengikut wahabi pula, segala bidaah adalah berdosa,
wahabi adalah fahaman yg ketat berpegang pada al-Quran dan hadith,
yakni menerima hadith2 yang sahih sahaja, hadith dr riwayat Muslim,

“Adapun kemudian dari itu, sesungguhnya sebenar-sebenar perkataan itu ialah kitab Allah dan sesungguhnya semulia-mulia petunjuk itu ialah petunjuk Muhammad dan sejahat-jahat perkara ialah diada-adakan, setiap yang diada-adakan itu bidaah dan setiap bidaah sesat dan setiap kesesatan di dalam neraka.”


di Malaysia umum mengetahui kita berpegang kepada Mazhab Syafie,
oleh itu perbuatan tahlil adalah mengikut pendapat imam Syafie,

Saya mengamalkan Mazhab Syafie, kerana dilahirkan dan dididik begitu,
namun fahaman Wahabi telah membuatkan saya berfikir,
siapalah kita manusia untuk menentukan bidaah itu baik atau tidak?
agama Allah telah sempurna, tidak perlu ditambah atau dikurang:

“ … Pada hari ini telah Aku sempurnakan untukmu agama-mu, dan telah Aku cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Aku ridhai Islam sebagai agama bagimu ...” [Al-Maa’idah: 3]


cuma terdapat perbezaan pendapat antara fahaman2 ini menyebabkan org awam spt kita keliru,
dan siapalah saya atau org2 di sini ingin menuduh pendapat imam Syafie tentang bidaah hasanah tidak betul?
beliau seorang yang alim, dan beliau tidak akan membuat sesuatu hukum tanpa kajian terlebih dahulu terhadap al-Quran dan hadith,

Kesimpulan:
Mana2 pandangan yang diambil berdasarkan dari sumber agama Islam yang diperakui sah adalah boleh dipakai,
Kalau begitu pengikut Mazhab Hanafi dan Maliki masuk neraka semua, kerana solat tak sah kalau sentuh kulit lelaki dan wanita ajnabi kerana wudhuk batal,
tapi pandangan itu diambil oleh hadith2 yang sahih dan dikaji sebelum dijatuhkan hukum,
so, mana2 pandangan yang betul boleh diguna pakai

wallahualam
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2009 11:25 AM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 30-10-2009 10:25



Salam...

Pada asasnya tahlil itu ucapan LAA ILAHA ILLALLAH, iaitu satu ucapan yang terbaik dalam segala ucapan.

Apabila tahlil dijadikan amalan ...
mnm77 Post at 30-10-2009 10:23


tq. seharusnya tahlil ini tidak lenyap/berenti dari bibir kita.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2009 11:54 AM | Show all posts
seorang ust pensyarah ketua faculty islam lagi dari ipta, katanya tahlil tu kita berkumpul memuji allah dan membaca ayat quran apasalahnya...datok dan ayahnya tok guru pondok di utara, bila mereka meninggal anak murid serata pelusuk tanah air datang sehingga sebulan masanya dtg ziarah kubur dan buat tahlil...saya tanya tahlil terbaik bagaimana? kalau ada anak yg pandai baca doa, bacaan yg bagus eloklah si anak yg lead tahlil tapi kalau ramai yg jahil apa salah upah orang yg alim utk bacakan doa?
another ust pensyarah upm kata, bila kita lalu di kawasan perkuburan kita disunatkan baca doa...ingt lagi tak doa tu..lbh kurang salam sejahtera ahli kubur, ...giliran ku akan menyusul..dan ada satu lagi doa yg nabi ada baca....tak ingat dah...semalam saya baru buka buku panduan solat sunat dari rayhar group di masjid ada tahlil tiap mlm jumaat..
kata pensyarah bila kita baca ayat quran, tempat yg kita baca tu akan dirahmati...jadi semua ahli kubur akan merasai rahmat tu insyallah...katanya kalau kita beri salam pun berebut2 ahli kubur nak mendpt salam tu...saya tak ingat lah hadith dia qoute ust ni setiap kali tanya soalan pasti akan back up dgn hadith tu yg saya yakin juga bab tahlil ni...
fahaman wahabi ni dari arab saudi dah semakin menular di malaysia...ada gak pensyarah ipta dengar tahlil aja sampai bergetar tangan marah amat sgt...
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2009 12:00 PM | Show all posts
setahu saya dari pembacaan nabi solat terawih sorang2 tidak berjemaah 8 rakaat, kemudian baginda bangun solat tahjud tengah mlm 8 rakaat, sengaja solat 8 rakaat dan tidak berjemaah takut umatnya kelak di bebankan dgn solat terawih sedangkan ianya sunat sahaja...tapi umar yg dikenali dgn ketegasan itu telah memulakan solat terawih secara berjemaah dan ditmbah menjadi 20 rakaat.
di mekah pun walau pun solat terawih 20 rakaat, 10 mlm terakhir nanti ada solat tahajud berjemaah 8 rakaat.

wallahualam

solat subuh walau pun mereka tu wahabi tapi imam akan berhenti agak lama juga selepas rukuk..dan ada jemaah yg angkat tangan utk baca qunut...saya tak angkat lah sb niat dah berimam kalau imam tak buat makmum tak perlu buat...tapi ada gak makmum yg angkt tangan utk baca qunut...saya pun tak pasti hukum ni.

lepas solat memang tak ada langsung wirid dan zikir or doa...sendiri2 lah nak baca
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2009 12:10 PM | Show all posts
apa pun kita yg hidup jgn harapkan sangat org lain baik anak2 sekali pun mendoakan/ buat tahlil utk kita bila dah tinggalkan dunia...dari sekarang buat amalan utk diri sendiri sebgi bekalan hidup di sana...
last sunday saya attend satu majlis yassin, program biasa kat taman ni utk menghubungkan silaturahim penduduk2 yg biasa sibuk. jadi di adakan majlis yassin setiap 2 minggu dan sedikit tazkirah. dr harlina, ketua wanita JIm tu ketua majlis ni gak...dia kata apa kita buat ni tiada dlm amalan boleh dianggap bidaah, tapi niat kita dgn majlis begini kita boleh menyatukan umat2 islam dan merapatkan silaturahim kita semoga diterima allah.
dlm majlis tu dia beri tazkirah sikit...bab mati gak..org yg bijak adalah org yg sentiasa meningati mati...org yg mati dlm keadaan baik dlm keadaan beramal ibadat adalah sebaik2 penyudah kehidupan kita. oleh itu sentiasalah berbuat baik agar bila nyawa diambil kita sedang melakukan perkara2 yg baik belaka.
bila mati anak adam, terputus segala hal kecuali tiga...dha tulis kat atas tu kan..tapi bab doa anak yg soleh ni..ada kah doa dari anak2 yg keluar dari rahim seorang ibu tu je ke? mcm tu kesian dgn orang2 yg tak kahwin, yg tak da anak? so she said semua anak2 yg kita pelihara, yg kita jaga, yg kita ajar termasuk anak2 murid kalau kita didik baik2 mereka end up jadi orang baik bila kita dah mati, dlm kubur tu hari2 kira dpt redemption aja..or cash reward aja..its not in the term of doa dari mereka sahaja, jika mereka end up jadi org baik hasil didikan kita segala perbuatan baik mrk tadi kita juga dpt rewards insyallah..mayb ada anak2 yatim yg kita bantu..anak2 orang susah..dgn bantuan kita dia blh belajr tinggi jadi manusia berjaya/berguna...semua ni rewards yg bakal kita dpt..
wallahulam
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2009 12:44 AM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 30-10-2009 10:25




Di zaman Nabi, Nabi hanya solat Tarawih untuk beberapa hari saja di Masjid, dan kerana khuatiri umat akan anggap ia wajib, Nabi buat tarawih di rumah selepas itu. Zaman Nabi dan zaman Abu Bakr RA berlalu di mana Tarawih itu dilakukan secara sendirian, atau kelompok jemaah kecil-kecilan.

Tiba zaman Umar RA, umat Islam tidak lagi dikhuatiri salah faham akan solat Tarawih. Ramai yang bersolat tarawih di masjid dan semakin banyak pula jemaah ada di bawah imam-imam yang berlainan.

mnm77 Post at 30-10-2009 10:23


Setuju sangat dengan catatan ini.
Selepas larangan nabi mendirikan sembahyang sunat malam Ramadan secara berjemaah maka sahabat2 tidak pernah melakukannya lagi sehingga ke zaman Abu Bakar menjadi khalifah. Ini bermakna bahawa amalan tersebut walaupun baik tapi tidak di sukai oleh Rasulullah saaw.
Hanya Ketika Umar menjadi khalifah maka beliau telah melakukan bidaah ini dengan melaksanakan sembahyang sunat malam ramadan secara berjemaah. Perbuatan ini ditentang oleh Imam Ali AS bersama dengan anak-anaknya dan melarang orangramai dari melakukan demikian. Mungkin pengaruh Umar sebagai khalifah ketika itu lebih besar maka mereka terus saja melakukan bidaah tersebut.
So majoriti ikut Umar dan hanya minoriti saja dikalangan sahabat pencinta Ahlul-Bait yang mengikuti Imam Ali AS.
Terasa pula sekarang ni jika melakukan sembahyang sunat malam ramadan secara berjemaah seolah-olah seperti melakukan satu perbuatan yang tidak di sukai oleh rasulullah saaw.
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2009 01:45 AM | Show all posts
lawak tul laa puak2 wahabi nie.. tak habis2 duk nak mainkan bab khilafiah.. masalah khilafiah ni bersangkutan dgn masalah ijtihad, siapa yg nak buat bidaah hasanah silakan selagi tidak bercampur dgn perkara2 syirik dn perkara2 yg tidak adil, siapa yg tak nak buat takpe..

kalo nak dikirakan bidaah, zaman para salafussoleh sarjana2 dan ulama2 yg tinggi ilmunya mana ada gelaran dr. kekeke.. habis kalo ade gelaran dr. zaman skang ni tak di kira bidaah ke?

ironiknya.. puak2 salafi atau wahabi ni mengatakan tidak perlu bermazhab dan bertaklid pada mana2 mazhab, mereka menyebarkan fahaman mereka melalui ceramah2 agama dan kelas2 agama dalam menerangkan doktrin2 mereka lalu mengajak orang ramai mengikuti fahaman mereka.. oleh itu jadilah mereka orang yg bermazhab dgn fahaman salafi/wahabi.. lawak2..
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2009 01:48 AM | Show all posts
sebab tu geng salaf pun wat terawih....sebab tau teraweh bukan bidaah....

sahabat2 sekalian, bidaah hasanah tiada......

kalau bidaah hasanah ada, takut2 ayah pin pun leh jadi betui....karena itulah idea nya,

kebanyakkan agama di dunia mulai sesat(menyeleweng dari mengEsakan Tuhan) apabila dimulai dgn bidaah.....terutama bila dikata ada bidaah hasanah....
itu semua bibit2 permulaan, jika difikir-fikir.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 07:10 AM GMT+8 , Processed in 0.072708 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list