CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: monorail

Tahlil Arwah- Bidaah

[Copy link]
Post time 31-10-2009 10:04 AM | Show all posts
20# ussopp

salam..

sdr usop bleh huraikan lebih lanjut sebab2 kenapa tiada bidaah hasanah?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2009 12:04 PM | Show all posts
makin confused...dean faculty islam Um tu ajar saya ada 5 jenis bidaah mengikut huraian imam......tak ingat nama...bidaah yg sunah dibuat....sampai ke haram...

saya baca buku bidaah tulisan dr asri ni...lagi confused...2x baca...terus mengong...

sebenarnya ustad2 pensyarah2 fakulty pendidikan islam di ipta pun bercanggah pendapat bab bidaah ni termasuk lah dr asri tu dia pun dari usm dulu dah heboh...

kata one pensyarah kalau betul ulama salafi or wahabi ni nak ikut nas dari quran dan sunnah nabi ha pegi lah haji naik unta sbb nabi tak penah naik kapal terbang pi haji dia naik unta ja...dan ada juga kata nya ulama wahabi di beirut yg betul2 naik unta pi haji..dari lubnan tu..:geram:
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2009 12:27 PM | Show all posts
22# sunsuria3

masalah polemik bab salafi/kaum muda/wahabi ni bukan baru sedara... dah lama dah wujud.. antara tokoh yg paling disanjungi oleh fahaman ini spt Ibn Taimiyah, Muhamad Abdul Wahab, ben bazz dll.

hal ini terjadi disebabkan beberapa masalah khilafiah dalam bab furu' tetapi kemudianya turut melanda masalah ushul. mmg betul kata2 ustaz sedara tu, hatta di makkah dulupun puak wahabi ni sampai mengharamkan penggunaan speaker, pasal zaman nabi dulu azan tak guna speaker, kalo sedara kaji lagi.. byk pekara yg pelik2 di fatwakan oleh puak2 wahabi nie yg membikin otak jadi celaru dan haru biru.
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2009 08:18 PM | Show all posts
Ada satu perkaralah yang berlegar kat kepala ni hah...

Tahlil arwah betullah tak dibuat Rasulullah... namun perlu diingat budaya sesuatu tempat yang tidak menyalahi syariat. Macam bacaan dalan tahlil sendiri... bukan itu isunya yang bintang kaitkan, tapi budaya yang baik.

Budaya merapatkan hubungan jiran tetangga, sifat cakna masyarakat sekeliling, amalan muhibbah... ini adalah satu keindahan buat satu masyarakat (pastikan amalan membazir, dan percampuran lelaki perempuan tidak berlaku).

Masyarakat kita sekarang lebih lebih di bandar kian jauh dengan tetangga, bukankah ini salah satu sifat yang baik dalam menanggani sifat tidak mengenali tetangga... termasuk anak anak muda kita.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2009 09:50 AM | Show all posts
Saya ada satu idea......rasanya benda ni baik untuk dilakukan. Saya cadangkan sebelum kita solat hari raya(aidil fitri/aidil adha), kita lakukan azan terlebih dahulu sebagai tanda solat hari raya akan dilakukan tak lama lagi.

Apa pendapat tuan-tuan semua?
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2009 10:44 AM | Show all posts
thread ini dah ada dulu...cuba kau check pergi ke belakang, aku rasa dah di bincang panjang lebar
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-11-2009 10:51 AM | Show all posts
sahabat2 sekalian, bidaah hasanah tiada......

ussopp Post at 31-10-2009 01:48


Ohh..gitu yer bang. Yang Imam Syafie dan ramai ulama2 dari ASWJ cakap ada terdapat bidaah hasanah tu tak boleh pakai lah yer??
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2009 10:53 AM | Show all posts
Saya ada satu idea......rasanya benda ni baik untuk dilakukan. Saya cadangkan sebelum kita solat hari raya(aidil fitri/aidil adha), kita lakukan azan terlebih dahulu sebagai tanda solat hari raya akan ...
Aku_lugua Post at 1-11-2009 09:50


Itu idea bodoh untuk orang2 bodoh jer.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2009 01:14 PM | Show all posts
Saya ada satu idea......rasanya benda ni baik untuk dilakukan. Sayacadangkan sebelum kita solat hari raya(aidil fitri/aidil adha), kitalakukan azan terlebih dahulu sebagai tanda solat hari raya akandilakukan tak lama lagi.

Apa pendapat tuan-tuan semua?
Aku_lugua Post at 1-11-2009 09:50


Azan dikumandangkan utk bgtau solat fardhu aje. Solat sunnat mana ada...aparaa!
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2009 06:33 PM | Show all posts
29# pandaniw

Apa salahnya.....walaupun ia solat sunat tapi ia solat sunat yg dilakukan secara berjemaah yg melibatkan ramai orang. Hukum melaungkan azan adalah sunat kerana kita melaungkan kalimah toyibah. Orang yg azan dapat pahala dan yg mendengar pun dapat pahala(bila mereka jawab azan tersebut).

Saya rasa ia amalan baik yg patut kita amalkan, ok tak?
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2009 08:42 AM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 2-11-2009 15:42
Azan dikumandangkan utk bgtau solat fardhu aje. Solat sunnat mana ada...aparaa!
pandaniw Post at 1-11-2009 13:14


Kat Masjidil Haram azan dilaungkan 2 kali waktu pagi, sebelum Subuh dan pada waktu Subuh. Azan yang pertama tu untuk Solat Tahajjud kot?

Azan Solat Jumaat pun ada 2 kali, yang mula tu untuk panggil orang dulu kot?

Azan Solat Hari Raya? Tak berani komen.... (Saranan Nabi ikut Sunnah Nabi dan Sunnah Khulafaa Ar-Rasyidin)

Hanya Ketika Umar menjadi khalifah maka beliau telah melakukan bidaah ini dengan melaksanakan sembahyang sunat malam ramadan secara berjemaah. Perbuatan ini ditentang oleh Imam Ali AS bersama dengan anak-anaknya dan melarang orangramai dari melakukan demikian. Mungkin pengaruh Umar sebagai khalifah ketika itu lebih besar maka mereka terus saja melakukan bidaah tersebut.
Gravedigger Post at 31-10-2009 00:44


Boleh berikan rujukan berserta dalilnya?

Terima kasih.
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2009 06:47 PM | Show all posts
29# pandaniw

Apa salahnya.....walaupun ia solat sunat tapi ia solat sunat ygdilakukan secara berjemaah yg melibatkan ramai orang. Hukum melaungkanazan adalah sunat kerana kita melaungkan kalimah toyibah. Orang yg azandapat pahala dan yg mendengar pun dapat pahala(bila mereka jawab azantersebut).

Saya rasa ia amalan baik yg patut kita amalkan, ok tak?
Aku_lugua Post at 1-11-2009 18:33


Buat setakat mampu je lah en Aku lu lu gua gua...Memang azan tu hukumnya sunnat. Kalau en aku lu lu gua gua
nak azan tak kira masa asal nak solat sunat jemaah je nak azan, persilakan...takde sape nak bantah. Tapi, apply lah jadi muazzin dulu kat mana2 mesjid di negara 1Malaysia ni, baru cadangan tu boleh dilaksanakan. Lepas tu setiap kali nak solat sunnat berjemaah, seperti solat hajat lepas Jumaat ke, azanlah dulu sebelum takbir tu. Bangun jam 3-4 pagi nak solat tahajjud, nak solat sunnat tasbeh berjemaah pun, azankanlah...nak buat solat taraweh dan witir dalam bulan Ramadhan pun, azanlah dulu...kan en Aku lugua nak cari pahala lebey kan....buatlah...kalau tak jadi muazzin, setakat kat forum je lah cadangan en Aku lugua nih tersadai...
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2009 06:55 PM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 2-11-2009 15:42

Kat Masjidil Haram azan dilaungkan 2 kali waktu pagi, sebelum Subuh danpada waktu Subuh. Azan yang pertama tu untuk Solat Tahajjud kot?
mnm77 Post at 2-11-2009 08:42


Ini nama Uruf. Ikut kawasan setempat. Di malaysia pun ada yg buat dan ada yg tidak.

Azan Solat Jumaat pun ada 2 kali, yang mula tu untuk panggil orang dulu kot?

mnm77 Post at 2-11-2009 08:42


azan pertama menandakan masuk waktu zohor.
Azan kedua bg tau utk laksanakan solat Jumaat berjemaah.
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2009 01:23 AM | Show all posts
Post Last Edit by Aku_lugua at 4-11-2009 01:27

32# pandaniw

Tujuan saya mencadangkan agar "diadakan" azan sebelun solat 2 hari raya ialah untuk mengajak kita semua berfikir. Kalau berdalilkan setiap amalan baik itu adalah biadaah hasanah maka lama kelamaan rosaklah agama ini. Apa akan jadi dengan agama ini dalam 100 tahun akan datang?

Kalau semua amalan baik itu sunat dilakukan walaupun ianya tidak pernah dilakukan oleh nabi saw maupun sahabat maka tiada lagi perbuatan bidaah dolalah kerana kesemuanya dipandang baik dan berpahala belaka.

Kalau dilihat perbuatan melakukan azan sebelum solat hari raya adalah satu perbuatan yang baik, jadi apalah salahnya kita melakukannya?
Kan azan itu perbuatan yg mulia, sunat dan berpahala? Walaupun ia tidak pernah dilakukan oleh nabi tapi memandangkan ianya baik dan natijahnya pun baik, apa salahnya kan?

Sebab itulah demi menjaga keharmonian dan ketulenan ajaran Islam yg suci ini nabi saw berpesan agar jangan diadakan perkara baharu dalam agama.
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2009 09:10 AM | Show all posts
Post Last Edit by always_typo at 4-11-2009 09:14
Post Last Edit by Aku_lugua at 4-11-2009 01:27

32# pandaniw

Tujuan saya mencadangkan agar "diadakan" azan sebelun solat 2 hari raya ialah untuk mengajak kita semua berfikir. Kalau berdalilkan  ...
Aku_lugua Post at 4-11-2009 01:23


Using your own example (azan sebelum solat sunat), saya membuat kesimpulan tidak akan ada ulamak yang akan berani mencadangkan sesuatu amal itu dilakukan oleh jemaah muslim melainkan kalau ulamak tersebut yakin ianya adalah sunah atau dibenarkan Nabi dan penting untuk sesuatu masyarakat mengamalkannya.  

Azan adalah bukti yang bagus. Obviously majoriti ulamak setuju in normal circumstances, azan dan iqamah bukan syiar yang disuruh/diajarkan Nabi utk dilakukan sebelum solat sunat, so tak ada sesiapa yang berani menganjurkan utk melakukan sebelum solat sunat.

Jika menganjurkan bi'dah itu kegemaran ramai ulamak, kenapa agaknya ya azan dan iqamah sebelum solat sunat tidak pernah disuruh mereka? Jelas sekali mereka tak mahu, jelas mereka patuh dengan suruhan Nabi dan mereka juga membuat kesimpulan  tak ada keperluan yang mendesak dalam masyarakat terkemudian  ini utk azan sebelum solat sunat.

Jadi orang ramai pun lebih kepada panggilan "Aqiimus Sholah!" yang sayafaham disyi'arkan nabi untuk solat sunat dan diamalkan oleh kebanyakkanorang sebelum solat sunat seperti sunat raya, tarawih dsbgnya.

Walaupun begitu, yang menariknya, tidak juga saya dengar ada ulamadahulu yang mengatakan azan dan iqamat itu kalau dibuat sebelum solatsunat (bid'ah tu) haram hukumnya. Yang mereka kata kalau dilakukanianya sia-sia dan tidak mendapat pahala, orang yg melakukannyadilihat samada jahil ataupun kurang beradab.


Kesimpulan saya adalah kerana kebanyakkan ulamak terdahulu secara umum tidak suka menambah amalan yang Nabi tak ajar ini.

Apa yang kita dapati sekarang diamalkan masyarakat dan dianjurkan para ulama sekarang berdasarkan saranan ulamak terdahulu dan tidak menyalahi aqidah itu memang ada dalam syiar Nabi sebagai amal yang baik, dan perlu diteruskan dalam masyarakat tersebut untuk pelbagai manafaat yang baik dan berguna dan bukanlah bid'ah yang sesat seperti yang dicadangkan sesetengah orang.

Itu pendapat saya. Semoga Allah memberi kefahaman dan keampunan.
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2009 11:17 AM | Show all posts
Post Last Edit by muor76 at 4-11-2009 11:20

nak tanye nih.... sesape yg tau ler bab tahlil arwah...

betul ker imam syafie cakap.... kalo kite bacekan quran untuk org mati.. ia tak akan sampai pade si mati?
(lebih kurang ler)

ni aku tertengok kat video nih ...

http://www.youtube.com/watch?v=aCsH-Qp2Hq8


ade komen tak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2009 06:49 PM | Show all posts
lawak tul laa puak2 wahabi nie.. tak habis2 duk nak mainkan bab khilafiah.. masalah khilafiah ni bersangkutan dgn masalah ijtihad, siapa yg nak buat bidaah hasanah silakan selagi tidak bercampur dgn perkara2 syirik dn perkara2 yg tidak adil, siapa yg tak nak buat takpe..

kalo nak dikirakan bidaah, zaman para salafussoleh sarjana2 dan ulama2 yg tinggi ilmunya mana ada gelaran dr. kekeke.. habis kalo ade gelaran dr. zaman skang ni tak di kira bidaah ke?


saya pernah ajukan soalan ini kepada mereka. mereka berkata yang bahawa perkara2 dunia memang diserahkan kepada kita, manakala perkara2 agama pula hendaklah refer kepada Baginda Muhammad s.a.w.

kalau kita fikir gitu, maka bida'ah lah kalau naik kereta, Nabi s.a.w. jalan kaki @ naik unta.

dorang sertakan skali dalil daripada hadith, tentang Nabi s.a.w menegur kaum ansar dalam cara mereka menanam pokok kurma, tapi sorry, saya tak dapat bagi full quoted hadith.. ada sapa2 yang boleh bantu bagi hadith ini?

ironiknya.. puak2 salafi atau wahabi ni mengatakan tidak perlu bermazhab dan bertaklid pada mana2 mazhab, mereka menyebarkan fahaman mereka melalui ceramah2 agama dan kelas2 agama dalam menerangkan doktrin2 mereka lalu mengajak orang ramai mengikuti fahaman mereka.. oleh itu jadilah mereka orang yg bermazhab dgn fahaman salafi/wahabi.. lawak2..
thenone Post at 31-10-2009 01:45


mereka jugak tak cakap pon tak perlu bermazhab. mereka kata boleh bermazhab, tapi bukan buta2. boleh bermazhab, tetapi hendaklah upgrade diri sendiri dan mempelajari agama dengan lebih dalam lagi, bukan just duduk dan puas hati dengan bermazhab. in fact, dalam bermazhab pon, mereka kata bermazhablah betul2... bukan ikut mazhab Imam Shafi'e tapi nama penuh beliau pon tak tau...


ini saya tanya kepada mereka yang dilabel oleh Wahabi oleh segelintir orang di JOhor bahru...


katakanlah kita mengikut mazhab Imam Shafi'e.. Imam Shafi'e pernah buat tahlil arwah @ pernah tak beliau membincangkan tentang tahlil arwah dalam mana2 kitab beliau?
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2009 12:35 AM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 2-11-2009 15:42

Boleh berikan rujukan berserta dalilnya?

Terima kasih.

mnm77 Post at 2-11-2009 08:42


Dalil dan rujukan yang bersumberkan ahli sunnah sendiri sudah menampakkan betapa celarunya berbagai pendapat yang tidak ada keseragaman tentang sembahyang sunat terawikh ini. Dari segi bilangan rakaatnya pun tidak jelas sebab ada yang kata 8,11,21 dsbnya. Bagaimana pun nampaknya ada kesepakatan di sini bahawa nabi melarang melakukan ia secara berjemaah so secara sifir mudah dapat dibuat kesimpulan bahawa sesuatu yang nabi larang membawa maksud juga bahawa perbuatan tersebut tidak disukai oleh nabi.
Hadis2 yang menyatakan bahawa para sahabat pernah bersolat bersama nabi pun masih boleh ditafsirkankan maksud yang lain. Solat bersama nabi tak semestinya solat berjemaah...macam solat tahajjud waktu keluar tabligh jugak lah agaknya yang ramai2 solat bersama tapi bukannya berjemaah.
Mungkin akan keluar hadis yang mengatakan bahawa nabi kembali ke mesjid selepas itu untuk menunaikan solat terawikh bersama para sahabat. Ini tentu mengherankan sebab sesuatu yang nabi larang namun lepas tu beliau sendiri yang melakukannya.
Dari pandangan pengikut ahlul-bait pula terdapat banyak dalil dan bukti bahawa solat sunat malam Ramadhan itu lebih utama dilakukan secara bersendirian. Anyway bro tentu tak berminat sebab ia sources dari syiah so just forget it sebab from your viewpoint syiah tak boleh ikut kan?
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2009 12:39 AM | Show all posts
Post Last Edit by muor76 at 4-11-2009 11:20

nak tanye nih.... sesape yg tau ler bab tahlil arwah...

betul ker imam syafie cakap.... kalo kite bacekan quran untuk org mati.. ia tak akan sampai pa ...
muor76 Post at 4-11-2009 11:17


Awat tak tengok pulak video nih???

http://www.youtube.com/watch?v=M4wuVWU-mco&feature=related
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2009 12:47 AM | Show all posts
29# pandaniw

Apa salahnya.....walaupun ia solat sunat tapi ia solat sunat yg dilakukan secara berjemaah yg melibatkan ramai orang. Hukum melaungkan azan adalah sunat kerana kita melaungkan kalima ...
Aku_lugua Post at 1-11-2009 18:33
slm.ya sy setuju.walaupun bidaah,amalan yg baik kita teruskan aja.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:16 PM GMT+8 , Processed in 0.068909 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list