CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6531|Reply: 13

CUCI CUCI SERVICES [TV2]

[Copy link]
Post time 17-11-2009 10:43 AM | Show all posts |Read mode
Edited by eddlisa_uyuk at 8-11-2016 09:36 AM

Post Last Edit by jue7269 at 17-11-2009 10:44

Drama komedi Cuci Cuci Services di TV2 setiap Rabu
SELEPAS filem Cuci diikuti dengan Cuci The Musical di Istana Budaya (IB) yang mana pementasannya tamat minggu lalu, kini Cuci Cuci Services meneruskan 'perkhidmatannya' di TV2, setiap Rabu, jam 9.30 malam.

Drama bersiri komedi itu diterbitkan sebanyak 26 episod dan sudah mula disiarkan pada 11 November lalu. Sesuai untuk tontonan sesi keluarga drama komedi Cuci Cuci Services arahan Harun Salim Bachik itu memang diadaptasi daripada filem Cuci.

Drama ini mengisahkan bagaimana Jojo, Fairil, C’Tan dan Khai terpaksa mencari pekerja baru untuk menjalankan kerja-kerja mencuci setelah perniagaan perkhidmatan mereka mendapat sambutan yang hangat.

Mereka bercadang mengadakan sesi temu duga untuk mencari calon sesuai dengan tugas yang ditawarkan. Akhirnya empat pemuda dipilih untuk bekerja di bawah pengawasan mereka iaitu Mikail, Iman, Hasbullah dan Syukri.

Apa yang menariknya ialah keempat-empatnya mempunyai sikap yang hampir sama dengan pengasas syarikat tersebut. Setiap pagi mereka diberi taklimat mengenai kawasan atau tempat yang mereka harus bekerja. Di setiap tempat yang mereka pergi itu pasti terdapat beberapa kejadian yang tidak disangka seperti bertemu hantu tempat bersama kekasih lama dan sebagainya.

Ini menjadikan kerja dan pengalaman mereka diwarnai dengan pelbagai aksi lucu, sedih dan gembira sehingga mereka menjadi sahabat yang baik.
Memperkenalkan Hans Issac dan Harun Salim Bachik memegang watak sebagai pencuci dalam Cuci - Cuci Services, pastinya penonton tidak kering gusi dengan aksi lucu serta lakonan mereka. Turut menampilkan pelakon yang tidak kurang hebat antaranya, Joey Daud, Zed Zaidi, Beego, Syariman Yaakob, Faizal Husein dan Fasha Sandha,

Dalam episod pertama Cuci - Cuci Services menceritakan suasana sibuk di pejabat Cuci-cuci services. Syarikat mereka mulai maju dengan menerima banyak panggilan dari pelanggan untuk menggunakan khidmat mencuci. Setelah habis menjalankan kerja, mereka berehat di sebuah restoran mamak.

Mamak kemudian meminta supaya mereka mencuci restorannya pada hujung minggu. Tetapi Khai, Fairil, C-Tan dan Jojo menolak kerana mahu berehat. Sambil berehat mereka mula mengimbau kenangan masa lampau mengenai kejayaan sehingga ke tahap sekarang. Baru mereka sedar kejayaan itu berpunca dari sokongan syarikat dan individu kecil.

Keputusan mengadakan satu sesi temu duga untuk mengambil perintis baru di lakukan. Apa yang mereka cari bukanlah sangat kepada mereka yang mempunyai kebolehan tetapi lebih kepada mereka yang berhati mulia serta ikhlas dalam pekerjaan.

Saksikan drama melayu Cuci Cuci Services pada setiap hari Rabu mulai 11 November 2009 jam 9.30 malam di saluran Dunia Ria TV2.

p/s: Baca sinopsis sedap citer ni. Pelakon2 lelakinyer pun best tp bila tgk pelakon pompuan dia...terus x berminat nk tgk. Sorry.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2009 11:35 AM | Show all posts
pulaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaak
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2009 04:31 PM | Show all posts
sume movie nk jd drama kn..
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2009 10:40 PM | Show all posts
tgh musim sume muvi nak didramakan
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2009 12:09 PM | Show all posts
smlm tgk dah ending...
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2009 09:56 AM | Show all posts
semalam fasha pakai baju warna hijau..sungguh cantik..terpesona i..hihi....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-12-2009 09:57 AM | Show all posts
yg lawak nyer..semua 4 lelaki tu jiwang kat fasha..haha...
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2009 11:30 AM | Show all posts
suka tengok Joey ngan Beego..lawak selamba..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2009 11:31 AM | Show all posts
tgh musim sume muvi nak didramakan
kaktuscute Post at 17-11-2009 22:40


daripada tengok cerita indon manjang kat tv..ndak2 kat rangkaian Media Prima tu...
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2009 02:47 PM | Show all posts
suka tengok Joey ngan Beego..lawak selamba..
wakaka_eh Post at 17-12-2009 11:30


aku pon suke joey.. lawak giler die nih..
sapa lagi sorang mamat cuci nih hah??
joey, beego, zed zaidi n ??
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2009 02:54 PM | Show all posts
aku pun suka joey..hahhahah...ayat selamba jer...
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2009 09:14 AM | Show all posts
joey mmg best lah..kalo dia berlakon mmg lawak..penah skali drama ape tajuk tah kat rtm..kisah 3 bujang yg tinggal serumah..tapi loghat lain..lawak sgt

dia berlakon dalam biru cinta laguna pun best..sempoi..
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2009 04:03 PM | Show all posts
aku pn follow cite nie...hehe...lawak gak lah kan...sbb ada joey dgn harun salim bachik...
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2016 03:32 PM From the mobile phone | Show all posts
jue7269 replied at 17-11-2009 10:43 AM
Post Last Edit by jue7269 at 17-11-2009 10:44

Drama komedi Cuci Cuci Services di TV2 setiap Rabu  ...

Mcm mne nk tgk ulangan di online ye..episode 26 psiko
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 04:32 PM GMT+8 , Processed in 0.134870 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list