CARI Malay Forums

 Forgot Pass?
 Register

Facebook Login

Login by Facebook

Forum : Gosip |  Hiburan |  Isu Semasa & Politik |  Peristiwa |  Lawak & Santai |  Sukan |  Informasi |  Kesihatan |  Soal Jawab Agama |  Negeri & Negara
Wanita & Lelaki |  Cinta & Perhubungan |  Belia & Pengetahuan |  Komputer & Internet |  Hobi |  Buku & Penulisan |  Koleksi Gambar
English Channel |  தமிழ் மக்கள் |  Jual/Beli |  Maklum Balas |  CARI Rasmi |  Cari Contest
12345678910... 18Next
Return Post new threads
Show: 146111|Reply: 427

Tragedi Pesawat MH635 Terhempas di Tanjung Kupang, Johor 4/12/77

  [Copy link]

Rank: 14Rank: 14Rank: 14Rank: 14

Post on 22-11-2009 09:35 AM |All posts

To get Malaysia's most comprehensive information, news, life sharing here!
Register as a CARI member NOW!

Register Login or Facebook Login

Post Last Edit by Santeira at 22-11-2009 09:36

Daging berkecai di 'paya hangus'

Tapak pesawat Penerbangan Malaysia MH635 yang terhempas di Tanjung Kupang, Gelang Patah, Johor pada 4 Disember 1977 kini hanyalah sebuah belukar tinggal. Ia menyembunyikan 1,001 misteri yang belum sempurna terjawab.

ANTARA faktor pemula kisah yang disiarkan ini ialah cerita-cerita yang disampaikan dari mulut ke mulut oleh para pemandu teksi di sekitar Johor Bahru. Mereka menyebarkan cerita tentang kelibat wanita berpakaian seperti pramugari pada waktu malam di jalanan sekitar Jalan Kebun Teh dan juga di Gelang Patah, Johor.

"Wanita itu meminta dihantarkan ke salah satu destinasi itu. Kawan saya pernah terkena sebelum ini. Apabila ditanya wanita itu kenapa dia mahu turun di tempat yang gelap dan bukan kawasan perumahan, wanita itu tiba-tiba ghaib dari tempat duduk penumpang.

"Ada pula yang sempat dijawab wanita itu. Katanya, 'bang, saya nak cari tangan saya yang putus'. Gugur jantung saya," cerita seorang pemandu teksi, Yusof Mohamad, yang menggeleng-gelengkan kepala sambil berdoa dirinya tidak diuji dengan pengalaman seperti itu.


Ramai orang di bandar raya Johor Bahru maklum tentang kisah seram tersebut. Sama ada mendapat respons ketawa atau rasa takut yang melampau, ia sebenarnya merantai ingatan mereka terhadap sebuah tragedi dahsyat yang pernah berlaku lebih tiga dekad lalu.

Isnin 4 Disember 1977 adalah tarikh yang paling mendukacitakan dalam sejarah Penerbangan Malaysia (MAS). Penerbangan MH653 yang membawa seramai 93 penumpang bersama tujuh anak kapal telah meletup dan terhempas di sebuah kawasan paya bakau di Tanjung Kupang, Gelang Patah, Johor.

Rangka pesawat yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang itu berkecai dan terbakar hingga meranapkan muka bumi seluas kira-kira dua kilometer persegi dari titik hentamannya.

Kegemparan itu mengejutkan sekalian penduduk kampung nelayan di situ. Ada yang berkurung dan segera menutup pintu kerana ketakutan. Ada pula penduduk yang berani bergegas ke tempat kejadian.

"Saya ternampak gugusan api yang marak menyala di langit. Sejurus ia terhempas ke bumi, bergegar jadinya kawasan ini. Semua orang terdiam dan berdebar-debar," ujar seorang warga Kampung Tanjung Kupang, Ahmad Puteh, yang sewaktu kejadian itu berusia 26 tahun dan masih bujang.



NAHAS MH653 mendapat perhatian ramai termasuk Tengku Mahkota Johor, Perdana Menteri, Allahyarham Datuk Hussein Onn (kini Tun), Menteri Perhubungan, Mendiang Tan Sri Manickavasagam dan Timbalan Mufti Johor, Datuk Ahmad Awang.

Segalanya masih jelas dalam memori nelayan berusia 58 tahun itu. Menurutnya, hanya selepas setengah jam, baru dia nekad untuk melihat 'raksasa' apakah yang jatuh ke kampungnya itu.

Kutip duit berguni

Dalam gelap malam yang diterangi api yang masih marak, orang kampung sungguh terkejut apabila mendapat tahu yang jatuh itu adalah bangkai kapal terbang.

"Sebelum kedatangan pihak berkuasa, saya melihat beberapa orang kampung sibuk mengutip sesuatu di tanah. Duit berselerak macam daun pokok getah.

"Malah ada yang dapat kumpul hingga berguni-guni banyaknya," katanya yang tidak berani mengambil, namun tidak menafikan bahawa sesiapa pun akan tergerak hati untuk memungut not-not kertas wang ringgit, yen Jepun, dolar Amerika dan pound sterling di sekitar kawasan tragedi.

"Saya dengar cerita, beg-beg yang berisi pakaian dan barang kemas pun dijumpai orang kampung. Bila tengok barang-barang macam itu, mereka pun 'menyelit-nyelit'lah.

"Paling kecoh, apabila ada seorang yang ternampak cincin lalu ingin memungutnya secara diam-diam. Rupa-rupanya, cincin itu masih tersemat pada sebatang jari yang sudah putus!" kata seorang suri rumah, Zaiton Dol, 47, tentang tabiat rakus orang kampung.

"Entah siapa agaknya yang membawa wang tunai begitu banyak. Tapi bila difikirkan balik, memang ramai orang kenamaan dalam kapal terbang itu, kan? Mesti barang-barang itu milik mereka," katanya.


Selain mengorbankan seorang usahawan Jepun, Tomio Gotto, dan Duta Cuba ke Malaysia, Mario Garcia serta isterinya, tragedi pesawat MH653 itu turut meragut nyawa Menteri Pertanian, Datuk Seri Ali Ahmad, Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya, Tan Sri Mahfuz Khalid, Pengarah Kerja Raya Bahagian Tentera, Datuk Khalid Mohamad, dan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perikanan, Abu Bakar Othman Merican.

Selain itu, dua orang pegawai Bank Dunia, O.D. Hoerr dan S.A. Naime turut terkorban bersama-sama puluhan penumpang dan petugas kabin. Tiada seorang pun yang terselamat dalam pesawat yang dipandu juruterbang Kapten G.K. Ganjoor dan pembantunya, Kamarulzaman Jalil itu.

Seorang lagi penduduk kampung yang teruja menceritakan kisah itu ialah Siti Rahmah Ismail, 39. Walaupun ketika kejadian dia baru berusia tujuh tahun, Siti Rahmah masih mengingati banyak perkara.

"Budak-budak disuruh tidak keluar dari rumah. Maklumlah, ibu bapa kami takut perkara buruk terjadi kepada kami. Keadaan semakin kecoh apabila pihak berkuasa dan keselamatan yang terdiri daripada anggota polis, tentera, bomba dan ambulans tiba tidak lama kemudian. Kerja-kerja menyelamat berlarutan ke lewat malam," imbasnya.


MEMORIAL memperingati tragedi pesawat Boeing 737 MH653 masih dikunjungi ahli keluarga mangsa di Jalan Kebun Teh, Johor Bahru.

Keesokannya, udara kampung menjadi tidak nyaman. Ramai yang terkejut apabila terjumpa atau ternampak dari jauh kecaian daging dan tulang manusia yang bersepah dan membusuk. Lebih meloyakan adalah apabila isi perut yang terburai dilihat tersangkut pada ranting dan dahan pokok bakau.

"Ramai yang tidak boleh tidur malam kerana dibayangi pemandangan itu. Apatah lagi mereka diganggu mimpi ngeri, terutama mereka yang telah mencuri simpan barang peribadi milik mangsa nahas," kata Ahmad.

"Siapa yang mengambil milik orang pada malam kejadian, terimalah habuannya. Mereka tidak tenang. Sampai ada yang sakit seperti terkena badi hingga terpaksa dibawa berubat," tambah Zaiton pula.

Suara jeritan

Ahmad mengakui, selama beberapa tahun, Kampung Tanjung Kupang terutama di kawasan tragedi itu seperti berhantu. Semua orang takut untuk melaluinya.

"Kalau menaiki motosikal di daratan atau menaiki bot di sebelah paya bakau itu, pasti akan terdengar suara-suara kelam seperti orang menjerit, meratap dan memekik meminta tolong.

"Penghuni rumah yang paling dekat dengan tempat kemalangan juga telah lama berpindah sejak tragedi itu berlaku," kata Ahmad mengenai sebuah rumah tinggal yang terletak kira-kira 100 meter dari rebakan api bangkai MH653.

Kru Jurnal yang mengunjungi Tanjung Kupang kelmarin nekad 'menceroboh' masuk tapak tragedi walaupun mengetahui laluan masuknya sudah dipagar kerana telah menjadi milik Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP). Sewaktu memperlahankan kereta di sebatang jalan yang sempit, tidak pula terasa apa-apa yang meremangkan bulu roma.

SELAIN tapak tragedi, balai polis lama di Tanjung Kupang ini juga sudah menjadi sejarah lantaran tidak lagi berfungsi.


AHMAD PUTEH

Semakin kereta kami ditelan belukar yang kian meliar, bau busuk tiba-tiba menusuk hidung. Namun, bau itu bukan daripada bau reputan daging manusia seperti yang diceritakan sebelumnya. Saat tiba di penghujung jalan, kami menemui sebuah kandang lembu yang diusahakan oleh seorang penduduk kampung, Mohamad Nor Kamaludin, 34.

"Daripada kawasan ini terbiar, biarlah saya memanfaatkannya. Lagipun kandang ini hanya sementara," kata Mohamad yang seakan-akan tahu tujuan kedatangan kami.

"Memang di sinilah tempat kapal terbang itu jatuh. Kisah tragedi itu sudah lama berlalu, tak ada apa pun yang menakutkan di sini. Silakanlah ambil gambar. Orang kata, masih ada tayar kapal terbang di hujung tanah sana. Kalau ada pun, pasti dah tenggelam ke dalam lumpur," ujarnya.

Menurut sumber daripada Pelabuhan Tanjung Pelepas, tempat tragedi pesawat MH653 itu adalah sebahagian daripada kawasan paya seluas 800 hektar milik kerajaan yang kini diletakkan di bawah jagaan PTP secara konsesi. Ia sekadar dirizab sebagai zon bebas aktiviti manusia.

Paya hangus yang telah mengorbankan 100 jiwa itu kini hanyalah hamparan muka bumi yang mirip hutan sekunder. Wartawan Jurnal sekadar menemui sebuah terusan air dan benteng tanah laterit yang ditinggikan bagi memisahkan kawasan belukar darat dengan kawasan bakau yang semakin teranjak melebihi garis air laut.

Di situlah 32 tahun lalu berlaku sebuah tragedi yang telah menggemparkan negara.

----

Dah lama cari info lengkap pasal tragedi ni. Mak aku kenal salah sorang pramugari yang bertugas. Cantik dan bujang, anak tunggal. Meninggal dia, terus hilang legasi keluarga tu. Al-Fatihah
1

View rating log

ANYTHING YOU CAN DO, I CAN DO BETTER.

Ke arah karatz sampah sifar.
Reply

Props Report

Rank: 4

Post on 22-11-2009 09:53 AM |All posts
dasyatnya...1 tengkorak pn x jumpa...tinggal tangan je...mmg dasyat...
Reply

Props Report

Rank: 14Rank: 14Rank: 14Rank: 14

Post on 22-11-2009 10:01 AM |All posts
Post Last Edit by Santeira at 22-11-2009 10:04

Dengar citer yang hijack plane tu bukan Japanese Red Army seperti yang diceritakan. The Japanese red Army story was made up katanya.

The gallant crew members were,

Pilot/Co-Pilot:
Captain G K Ganjoor
F/O Kamarulzaman Jalil

Pramugara/Pramugari:
Sharifah Sidah Syed Mohammad Alsagoff
Azian Borhanuddin (ni yang mak aku kenal)
Karim Tahir
Onn Jaafar
ANYTHING YOU CAN DO, I CAN DO BETTER.

Ke arah karatz sampah sifar.
Reply

Props Report

Rank: 8Rank: 8

Post on 22-11-2009 10:12 AM |All posts
baru ku tau citer ini..thanks for the info kak san

Cinta ini tak mungkin ku cegah
Ayat-ayat cinta bercerita
Cintaku padamu
Bila bahagia mulai menyentuh
Reply

Props Report

Rank: 14Rank: 14Rank: 14Rank: 14

Post on 22-11-2009 10:15 AM |All posts
5# tatin_pink


You are welcome
ANYTHING YOU CAN DO, I CAN DO BETTER.

Ke arah karatz sampah sifar.
Reply

Props Report

Highlander

Pengawal Pesawat Pejuang

Rank: 11Rank: 11Rank: 11Rank: 11

Post on 22-11-2009 10:18 AM |All posts
Post Last Edit by Santeira at 22-11-2009 10:04

Dengar citer yang hijack plane tu bukan Japanese Red Army seperti yang diceritakan. The Japanese red Army story was made up katanya.

The gallant cr ...
Santeira Post at 22-11-2009 10:01


Sikitnye pramugara/pramugari?
AWAS TENGGEKAN BERPUSING TANPA AMARAN
Reply

Props Report

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 22-11-2009 10:26 AM |All posts
1# Santeira

Sharifah Shidah tu ke kawan mak kau????
Reply

Props Report

Rank: 14Rank: 14Rank: 14Rank: 14

Post on 22-11-2009 10:30 AM |All posts
8# lizz_7777


azian borhanuddin tu. bukan kawan pun, just kenal je.

Sikitnye pramugara/pramugari?
jazim Post at 22-11-2009 10:18



standard domestic flight kan mmg byk tu je.
ANYTHING YOU CAN DO, I CAN DO BETTER.

Ke arah karatz sampah sifar.
Reply

Props Report

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 22-11-2009 10:32 AM |All posts
9# Santeira

Ohh kesiannye mesti trauma family die.
Reply

Props Report

Rank: 14Rank: 14Rank: 14Rank: 14

Post on 22-11-2009 10:34 AM |All posts
10# lizz_7777

dia anak tunggal, pak dia dah meninggal masa tu. tinggal mak dia je lepas dia meninggal. tak lama lepas tu mak dia tu pindah dr hometown aku, so tak tau apa cerita lepas tu.
ANYTHING YOU CAN DO, I CAN DO BETTER.

Ke arah karatz sampah sifar.
Reply

Props Report

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 22-11-2009 10:39 AM |All posts
11# Santeira

Mesti mak die kahwin lain.
Reply

Props Report

Rank: 14Rank: 14Rank: 14Rank: 14

Post on 22-11-2009 10:43 AM |All posts
12# lizz_7777


Probably. Hehe.
ANYTHING YOU CAN DO, I CAN DO BETTER.

Ke arah karatz sampah sifar.
Reply

Props Report

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 22-11-2009 11:03 AM |All posts
Hehehe. Takutnye tengok x sangke MAS pun ade kisah silam yang amat mengerikan.
Reply

Props Report

Rank: 14Rank: 14Rank: 14Rank: 14

Post on 22-11-2009 11:07 AM |All posts
13# lizz_7777


san ingat, masa san sekolah rendah dulu ada artikel seram pasal ni dalam akhbar bacaria--gambar pramugari pegang gelas dalam hutan paya bakau. so balik sekolah san citer la kat mak san. tu yang boleh bukak citer pasal azian borhanuddin yang tinggal di kawasan pekan kitorang.
ANYTHING YOU CAN DO, I CAN DO BETTER.

Ke arah karatz sampah sifar.
Reply

Props Report

Rank: 8Rank: 8

Post on 22-11-2009 11:10 AM |All posts
Huhu... Sapa2 ada cerita ttg ni... tambah2 la lagiiii
Reply

Props Report

Rank: 5Rank: 5

Post on 22-11-2009 11:16 AM |All posts
Kawan family aku pon ada yang jadi mangsa....husband ke kawan baik mak aku....baru ja kahwin....keja dgn MAS opis kat KL....Balik Penang every weekend. Hari tu dia patutnya naik an earlier flight tapi flight tu  over booked and since dia MAS punya employee... naik pon aku rasa rega diskaun....he was asked to surrender his seat...tu yang dia naik that fateful flight. So bila this kapaiterbang terhempaih....bini dia tak syak apa2 pasai ingat dia naik the flight yang he was supposed to naik....and dah selamat tiba di KL....Tup2...tengah malam tu kot dapat call from MAS opis...bagi tau laki dia salah seorang yang terkorban....nyonya kawan mak aku masa tu tengah pregnant anak sulong....4-5 bulan, aku tak berapa nak ingat....sampai laa ni, nyonya tu tak kahwin2.....setia habeh kat laki dia tu! SEDIH.....kan....
1

View rating log

Reply

Props Report

Rank: 14Rank: 14Rank: 14Rank: 14

Post on 22-11-2009 11:17 AM |All posts
trajedi kapalterbang terhempas di tanjung kupang, gelang patah, johor
pada 4 disember 1977


7.21 pm pesawat boeing mh 653 berlepas dr pulau pinang menuju ke kl
7.46 pm berada di ruang angkasa batu arang setinggi 4000 kaki
7.47 pm pemandu kapalterbang melaporkan kepada pusat pengawalan penerbangan udara '653 going around' dan pusat menjawab '653 is cleared to land, surface wind calm'
pemandu kemudian melaporkan sekali lagi kpd pusat kawalan dgn berkata 'overshooting'. sebuah kapalterbang yg menunda mh 653 bertanya 'whats your problem' dan dijawab 'we have an emergency on board'
750 pesawat mh 654 memberitahu 'maintaining 3000 coming over kl (beacon) in two minutes, hijacker on board' pusat menjawab 'cleared to land on runaway 33 with no delay' tetapi dijawab kembali 'we are now proceeding to singapore' dan understand message receive'. pusat menjawab 'message received, understood'
8.05 pusat  mengarah kan pesawat 653 contact kawalan trafic singapore dengan radio frequency singapore,
pusat kawalan dikl bagitau pusat pengawalan singapore mengenai perkembangan mh 653 dan mereka membenarkan pesawat tersebut terbang setinggi 21000 kaki
8.12 pusat kawalan singapore membenarkan 653 turun ke paras 7000 kaki

kemudian perhubungan pusat kawalan singapore terputus hubungan ngan pesawat 653

8.30 pm mengikut laporan polis kapalterbang tersebut berada di ruang udara tanjung kupang

seorang mata-mata dan orang ramai yg berada di kawasan tersebut melaporkan kapalterbang itu kelihatan terbakar lalu menjunam tetapi naik semula.. dan di saat itu kapalterbang itu meletup

selepas ia meletup di udara kapalterbang itu terhempas ke tanah dan meletup sekali lagi.

jumlah korban 100 org, 93 penumpang, 7 org anak kapal antaranya
pilot kapten G.K ganjoor
pembantu pilot kamarulzaman jalil
pramugara-karim tahir, onn jaafar
pramugari- sharifah sidah syed mohamad, azian borhanuddin

antara penumpang yg terkorban
menteri pertanian, datuk sri haji ali bin haji ahmad, lahir di pontian pada 29 jun 1930
ketua pengarah jabatan kerjaraya, tan sri mahfuz khalid,
pengarah kerjaraya bahagian tentera, datuk haji khalid mohamad
timbalan ketua pengarah jabatan perikanan, encik abu bakar othman merican
setiausaha politik datuk sri haji ali, encik hood fadzil                        
duta cuba ke malaysia mario garcia inchaustegui dan isterinya
   
antara teori rampasan kapalterbang
1. dirampas oleh ahli tentera merah jepun (dinafikan oleh menteri dalam negeri, tan sri ghazali shafie)
2. dirampas militan vietnam - singapore telah menahan 3 org militan vietnam berikutan rampasan kapalterbang DC 3 Air vietnam sebelum kejadian rampasan. perampas mungkin bertujuan ingin membebaskan kawan diorang
3. dirampas oleh penetang kerajaan cuba..

walau bagaimanapun ia tidak dapat dipastikan..

kapalterbang itu terhempas di kawasan paya.. ia terhempas berdekatan dengan sebuah rumah yang sedang/baru mengadakan kenduri kawin..
cebisan cebisan mayat bertaburan di dalam paya dan ade yang tersangkut di pokok.
cebisan mayat tersebut dikumpulkan di dalam plastik dan dikebumikan di perkuburan khas jalan kebun teh johor bahru, kawasan ini diberikan oleh kerajaan negeri johor.
upacara pengkebumian dibuat mengikut adat dan ajaran agama islam, kristian, budha dan hindu, ia dilakukan pada pagi jumaat 9 disember.                                                                    
kelemahan ketika itu
penumpang tidak diperiksa dengan teliti, barang tidak diperiksa dengan teliti.
di tempat kejadian telah ditemui beberapa pucuk pistol dipercayai milik penumpang

sumber- mastika jamuari 1978

kredit tu muor76

http://mforum.cari.com.my/viewth ... p;page=1#pid8822350
1

View rating log

ANYTHING YOU CAN DO, I CAN DO BETTER.

Ke arah karatz sampah sifar.
Reply

Props Report

Rank: 10Rank: 10Rank: 10

Post on 22-11-2009 11:20 AM |All posts
5# tatin_pink


You are welcome
Santeira Post at 22-11-2009 10:15


boleh tak saya share dgn pendengar Misteri Jam 12 Ria89.7fm..?pernah ada org johor share cerita dia bersama kawan dia kena sampuk masa memancing kat sini..lepas tu DJ dia mintak tolong siapa2 yg tau cerita sebenar ttg tragedi ini..klu boleh sy nak forwardkan email pd DJ tu..thankiew..!
Reply

Props Report

Rank: 5Rank: 5

Post on 22-11-2009 11:21 AM |All posts
opppsss....sori.....terpost sampai 3 kali.....
Reply

Props Report

Rank: 14Rank: 14Rank: 14Rank: 14

Post on 22-11-2009 11:25 AM |All posts
Post Last Edit by Santeira at 22-11-2009 11:27

19# subee


xpa san dah delete.

18# ira_229


share la, cerita pun dr kosmo.
ANYTHING YOU CAN DO, I CAN DO BETTER.

Ke arah karatz sampah sifar.
Reply

Props Report

Rank: 13Rank: 13Rank: 13Rank: 13

Post on 22-11-2009 11:34 AM |All posts
best ar thread ni, congrats Saintera. :pompom:
Selamat Hari-Hari!
2014 = 22 tahun
Silent Reader sejati
Reply

Props Report

Rank: 14Rank: 14Rank: 14Rank: 14

Post on 22-11-2009 11:37 AM |All posts
21# kroit92


Thank you
ANYTHING YOU CAN DO, I CAN DO BETTER.

Ke arah karatz sampah sifar.
Reply

Props Report

Rank: 14Rank: 14Rank: 14Rank: 14

Post on 22-11-2009 12:23 PM |All posts
10/03/2006
Kejadian aneh selepas kapal terbang terhempas

HAMPIR 30 tahun kejadian berlaku, namun sehingga kini masih menjadi igauan dan ingatan penduduk sekitar Kampung Ladang, Gelang Patah, Johor Bahru, kawasan kapal terbang MH 653 milik Penerbangan Malaysia (MAS) terhempas dan mengorbankan 93 penumpang dan tujuh anak kapal pada 4 Disember 1977.

Sehingga kini, punca nahas itu tidak diketahui, walaupun MAS mengesahkan ia dirampas. Menurut laporan, pesawat itu dirampas sebaik saja berlepas dari Pulau Pinang dan cuba mendarat di Lapangan Terbang Subang, tetapi terpaksa meneruskan penerbangan ke Singapura sebelum terhempas.

Bagaimanapun, kejadian itu terus mewujudkan pelbagai andaian, cerita dan kenangan. Pelbagai cerita aneh turut diceritakan pelbagai pihak selepas kejadian itu.

Antaranya, kisah seorang pemandu teksi mengambil penumpang wanita muda bersama seorang anak kecil di kampung itu, tidak jauh dari kawasan kemalangan. Penumpang berkenaan meminta dihantar ke Jalan Kebun Teh iaitu tanah perkuburan khas bagi menempatkan mangsa tragedi.

Apabila sampai di situ, wanita itu meminta keluar sebentar untuk menziarah makam dengan menumpangkan anak kecilnya di tempat duduk hadapan teksi.

Bagaimanapun, sebaik berpaling melihat wanita itu berjalan ke arah makam, anak kecil di sebelah tempat duduknya bertukar menjadi batu nisan dan wanita itu turut ghaib.

Sehingga kini, tidak ada pokok termasuk pokok bakau dapat hidup di kawasan kapal terbang terhempas itu.

Ketua Kampung Ladang, Tanjung Kupang, Abu Bakar Mohd Ali (gambar), 58, berkata beliau masih teringat kira-kira lima hari selepas kejadian, dia menerima kedatangan seorang pelanggan, seorang anggota polis hutan yang membeli barangan keperluan di kedai runcitnya.

Beliau berkata, ketika itu, dia perasan, wang yang digunakan untuk membeli barangan adalah wang kertas RM5 yang banyak ditemui di lokasi kemalangan serta berbau darah.

"Saya mengesyaki wang berkenaan milik mangsa yang terbabit dalam nahas itu. Saya mencium wang berkenaan untuk memastikannya selepas pelanggan berkenaan meninggalkan kedai dan saya yakin ia berbau darah," katanya.

Abu Bakar berkata, berikutan kejadian itu, dia menjadi gelisah dan tidak dapat tidur semalaman.

Bagaimanapun apa yang menakutkan ialah bayangan lembaga hitam mengganggunya sehingga dia berasa seolah-olah ada benda berat menindih badannya.

"Saya tidak dapat melihat dengan jelas lembaga hitam itu sama ada lelaki atau perempuan. Bagaimanapun, saya percaya ia disebabkan saya menerima wang milik mangsa kemalangan berkenaan.

"Kejadian itu menyebabkan saya menjadi seperti tidak tentu arah dan sentiasa terperanjat hampir seminggu," katanya.

Seorang nelayan, Sulaiman Othman, 58, berkata kawasan nahas berkenaan berhampiran sebuah pangkalan nelayan.

Katanya, dia sering berulang-alik di kawasan itu termasuk pada hari kejadian apabila turun ke laut untuk menangguk udang kira-kira jam 7.30 malam bersama dua lagi rakan.

"Kira-kira jam 8.45 malam, kami terdengar bunyi bising. Pada mulanya, kami ingat bunyi kapal terbang Singapura menjalani latihan. Bagaimanapun, bunyinya pelik dan berdesing seperti wisel.

"Tidak berapa lama kemudian, kami melihat sebuah pesawat terbang rendah dan terdengar bunyi dentuman sebelum satu letupan kuat dan api menjulang beberapa puluh meter ke udara," katanya.

Sulaiman berkata, kejadian itu menyebabkan pelbagai dokumen dan barangan turut tercampak ke laut.

Saya amat terkejut dan bersama seorang rakan kembali ke darat untuk melihat apa yang terjadi. Saya dapati pelbagai barangan bersepah berhampiran tempat kejadian seperti pakaian, makanan, kertas dan sebagainya.

"Kami juga melihat satu daripada sayap kapal terbang berkenaan tercacak pada benteng manakala tayar di kawasan bakau. Selain itu, banyak wang kertas RM5 turut ditemui bertaburan di atas tanah serta perut manusia.

"Semua mayat sudah hancur dan tidak lagi kelihatan bentuk. Apa yang kami dapat lihat ketika itu hanya gumpalan daging saja," katanya.

Beliau yang dipercayai penduduk kampung pertama sampai di tempat kejadian mendakwa menemui ikan kurau kering masih elok di dalam sebuah bakul yang biasa dibawa masyarakat Cina pada masa itu.

Katanya, tidak lama kemudian, satu helikopter dari Singapura sampai di tempat kejadian dan mula menyuluh ke tempat kejadian.

"Mereka juga mengikuti pergerakan kami di lokasi berkenaan untuk tempoh beberapa minit menyebabkan kami meninggalkan lokasi berkenaan.

"Mungkin mereka menyangka kami antara mangsa terselamat dalam nahas berkenaan," katanya yang mendakwa tidak lama kemudian berpuluh-puluh ambulans dan jentera bomba datang ke tempat kejadian untuk membantu mangsa nahas.

Sulaiman berkata, tiga hari selepas kejadian, dia memasuki kawasan tragedi dan cuba mengambil sebelah kasut kulit yang ditemui di tempat kemalangan berkenaan.

Saya sungguh terkejut apabila mendapati ada kaki manusia di dalam kasut berkenaan. Saya juga ada mendengar cerita seorang penduduk kampung mengambil kasut di kawasan kemalangan tetapi terpaksa memulangkan semula apabila tidak dapat tidur," katanya.

Bagaimanapun, Sulaiman dan Abu Bakar kesal kerana janji untuk membina peringatan di atas kawasan nahas berkenaan tidak ditunaikan.

Kawasan itu kini diambil alih dan menjadi sebahagian tanah milik Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP).

Tragedi itu mengorbankan 73 rakyat Malaysia, tiga rakyat Australia, Inggeris (lima), Jerman (empat), Afghanistan (satu), India (tiga), Thailand (satu), Jepun (satu), Singapura (satu), Kanada (satu) dan tiga rakyat Indonesia, Amerika Syarikat (satu), Cuba (dua) dan Greece (satu).


Petikan: Berita Minggu 9/7/06
ANYTHING YOU CAN DO, I CAN DO BETTER.

Ke arah karatz sampah sifar.
Reply

Props Report

Rank: 10Rank: 10Rank: 10

Post on 22-11-2009 12:35 PM |All posts
bru ku tahu d kes MAS ni
thanx 4 sharing santeira
Reply

Props Report

Rank: 14Rank: 14Rank: 14Rank: 14

Post on 22-11-2009 12:36 PM |All posts
bru ku tahu d kes MAS ni
thanx 4 sharing santeira
donut_1752 Post at 22-11-2009 12:35

You are welcome
ANYTHING YOU CAN DO, I CAN DO BETTER.

Ke arah karatz sampah sifar.
Reply

Props Report

You need to login first Login | Register Facebook Login

Important Notice: The views and opinions expressed on the forum or the related pages are of the owner alone, and are not endorsed by CARI, nor is CARI responsible for them. Due to the nature of the Internet forum is in real time, CARI does not, and can not censor any submission, but asks that each user use discretion and respect for other users, and does not contribute any word that is unlawful, harmful, threatening, abusive, harassing, tortious, defamatory, vulgar, obscene, libelous, invasive of another's privacy, hateful, or racially, ethnically or otherwise objectionable. CARI reserve the right to withhold and/or remove any link that might possibly hold an individual, entity or group ridicule, potential embarrassment or potential defamation. CARI also reserves the right to accept, edit and/or remove any link that is deemed inappropriate in any way.
Hosted by

Archiver|Mobile|CARI Malay Forums

GMT+8, 23-4-2014 09:46 PM , Processed in 0.147872 second(s), 27 queries , Gzip On.

Powered by Discuz!

© 2001-2012 Comsenz Inc.

Top