CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Santeira

Tragedi Pesawat MH635 Terhempas di Tanjung Kupang, Johor 4/12/77

    [Copy link]
 Author| Post time 22-11-2009 12:23 PM | Show all posts
10/03/2006
Kejadian aneh selepas kapal terbang terhempas

HAMPIR 30 tahun kejadian berlaku, namun sehingga kini masih menjadi igauan dan ingatan penduduk sekitar Kampung Ladang, Gelang Patah, Johor Bahru, kawasan kapal terbang MH 653 milik Penerbangan Malaysia (MAS) terhempas dan mengorbankan 93 penumpang dan tujuh anak kapal pada 4 Disember 1977.

Sehingga kini, punca nahas itu tidak diketahui, walaupun MAS mengesahkan ia dirampas. Menurut laporan, pesawat itu dirampas sebaik saja berlepas dari Pulau Pinang dan cuba mendarat di Lapangan Terbang Subang, tetapi terpaksa meneruskan penerbangan ke Singapura sebelum terhempas.

Bagaimanapun, kejadian itu terus mewujudkan pelbagai andaian, cerita dan kenangan. Pelbagai cerita aneh turut diceritakan pelbagai pihak selepas kejadian itu.

Antaranya, kisah seorang pemandu teksi mengambil penumpang wanita muda bersama seorang anak kecil di kampung itu, tidak jauh dari kawasan kemalangan. Penumpang berkenaan meminta dihantar ke Jalan Kebun Teh iaitu tanah perkuburan khas bagi menempatkan mangsa tragedi.

Apabila sampai di situ, wanita itu meminta keluar sebentar untuk menziarah makam dengan menumpangkan anak kecilnya di tempat duduk hadapan teksi.

Bagaimanapun, sebaik berpaling melihat wanita itu berjalan ke arah makam, anak kecil di sebelah tempat duduknya bertukar menjadi batu nisan dan wanita itu turut ghaib.

Sehingga kini, tidak ada pokok termasuk pokok bakau dapat hidup di kawasan kapal terbang terhempas itu.

Ketua Kampung Ladang, Tanjung Kupang, Abu Bakar Mohd Ali (gambar), 58, berkata beliau masih teringat kira-kira lima hari selepas kejadian, dia menerima kedatangan seorang pelanggan, seorang anggota polis hutan yang membeli barangan keperluan di kedai runcitnya.

Beliau berkata, ketika itu, dia perasan, wang yang digunakan untuk membeli barangan adalah wang kertas RM5 yang banyak ditemui di lokasi kemalangan serta berbau darah.

"Saya mengesyaki wang berkenaan milik mangsa yang terbabit dalam nahas itu. Saya mencium wang berkenaan untuk memastikannya selepas pelanggan berkenaan meninggalkan kedai dan saya yakin ia berbau darah," katanya.

Abu Bakar berkata, berikutan kejadian itu, dia menjadi gelisah dan tidak dapat tidur semalaman.

“Bagaimanapun apa yang menakutkan ialah bayangan lembaga hitam mengganggunya sehingga dia berasa seolah-olah ada benda berat menindih badannya.

"Saya tidak dapat melihat dengan jelas lembaga hitam itu sama ada lelaki atau perempuan. Bagaimanapun, saya percaya ia disebabkan saya menerima wang milik mangsa kemalangan berkenaan.

"Kejadian itu menyebabkan saya menjadi seperti tidak tentu arah dan sentiasa terperanjat hampir seminggu," katanya.

Seorang nelayan, Sulaiman Othman, 58, berkata kawasan nahas berkenaan berhampiran sebuah pangkalan nelayan.

Katanya, dia sering berulang-alik di kawasan itu termasuk pada hari kejadian apabila turun ke laut untuk menangguk udang kira-kira jam 7.30 malam bersama dua lagi rakan.

"Kira-kira jam 8.45 malam, kami terdengar bunyi bising. Pada mulanya, kami ingat bunyi kapal terbang Singapura menjalani latihan. Bagaimanapun, bunyinya pelik dan berdesing seperti wisel.

"Tidak berapa lama kemudian, kami melihat sebuah pesawat terbang rendah dan terdengar bunyi dentuman sebelum satu letupan kuat dan api menjulang beberapa puluh meter ke udara," katanya.

Sulaiman berkata, kejadian itu menyebabkan pelbagai dokumen dan barangan turut tercampak ke laut.

“Saya amat terkejut dan bersama seorang rakan kembali ke darat untuk melihat apa yang terjadi. Saya dapati pelbagai barangan bersepah berhampiran tempat kejadian seperti pakaian, makanan, kertas dan sebagainya.

"Kami juga melihat satu daripada sayap kapal terbang berkenaan tercacak pada benteng manakala tayar di kawasan bakau. Selain itu, banyak wang kertas RM5 turut ditemui bertaburan di atas tanah serta perut manusia.

"Semua mayat sudah hancur dan tidak lagi kelihatan bentuk. Apa yang kami dapat lihat ketika itu hanya gumpalan daging saja," katanya.

Beliau yang dipercayai penduduk kampung pertama sampai di tempat kejadian mendakwa menemui ikan kurau kering masih elok di dalam sebuah bakul yang biasa dibawa masyarakat Cina pada masa itu.

Katanya, tidak lama kemudian, satu helikopter dari Singapura sampai di tempat kejadian dan mula menyuluh ke tempat kejadian.

"Mereka juga mengikuti pergerakan kami di lokasi berkenaan untuk tempoh beberapa minit menyebabkan kami meninggalkan lokasi berkenaan.

"Mungkin mereka menyangka kami antara mangsa terselamat dalam nahas berkenaan," katanya yang mendakwa tidak lama kemudian berpuluh-puluh ambulans dan jentera bomba datang ke tempat kejadian untuk membantu mangsa nahas.

Sulaiman berkata, tiga hari selepas kejadian, dia memasuki kawasan tragedi dan cuba mengambil sebelah kasut kulit yang ditemui di tempat kemalangan berkenaan.

“Saya sungguh terkejut apabila mendapati ada kaki manusia di dalam kasut berkenaan. Saya juga ada mendengar cerita seorang penduduk kampung mengambil kasut di kawasan kemalangan tetapi terpaksa memulangkan semula apabila tidak dapat tidur," katanya.

Bagaimanapun, Sulaiman dan Abu Bakar kesal kerana janji untuk membina peringatan di atas kawasan nahas berkenaan tidak ditunaikan.

Kawasan itu kini diambil alih dan menjadi sebahagian tanah milik Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP).

Tragedi itu mengorbankan 73 rakyat Malaysia, tiga rakyat Australia, Inggeris (lima), Jerman (empat), Afghanistan (satu), India (tiga), Thailand (satu), Jepun (satu), Singapura (satu), Kanada (satu) dan tiga rakyat Indonesia, Amerika Syarikat (satu), Cuba (dua) dan Greece (satu).


Petikan: Berita Minggu 9/7/06
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2009 12:35 PM | Show all posts
bru ku tahu d kes MAS ni
thanx 4 sharing santeira
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2009 12:36 PM | Show all posts
bru ku tahu d kes MAS ni
thanx 4 sharing santeira
donut_1752 Post at 22-11-2009 12:35

You are welcome
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2009 12:58 PM | Show all posts
Maso tu den darjah limo, rasanya lamo gak satu Malaysia bagai berkabung...sedih ooo...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2009 01:11 PM | Show all posts
Maso tu den darjah limo, rasanya lamo gak satu Malaysia bagai berkabung...sedih ooo...
azredclaw66 Post at 22-11-2009 12:58

ada tak cerita2 menarik yang encik dengar masa tu tentang kejadian tersebut? cerita lah kat sini.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2009 01:13 PM | Show all posts
apa lah agaknya yang terjadi sebenarnya yang menyebabkan kemalangan tu kan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-11-2009 01:18 PM | Show all posts
ada tak cerita2 menarik yang encik dengar masa tu tentang kejadian tersebut? cerita lah kat sini.
Santeira Post at 22-11-2009 13:11

Cegito tu ado gak tapi tahulah boto ko idak. Omak den kato maso tu adek angkek dio ado di JB. Dalam sebulan tu, banyak bona gangguan berlaku kek drebar teksi, lori dan sebagainyo waktu malam, bukan sajo area T. Kupang yo, sampai ke JB gak! Ado jumpo yang putui kepalo lah, yang terbakar hanguis la dan macam2 laie....W.Alam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2009 01:29 PM | Show all posts
apa lah agaknya yang terjadi sebenarnya yang menyebabkan kemalangan tu kan
stroberi_80 Post at 22-11-2009 13:13

Penyebab kejadian tu classified, rahsia kerajaan.

Cegito tu ado gak tapi tahulah boto ko idak. Omak den kato maso tu adek angkek dio ado di JB. Dalam sebulan tu, banyak bona gangguan berlaku kek drebar teksi, lori dan sebagainyo waktu malam, bukan  ...
azredclaw66 Post at 22-11-2009 13:18


probably betul le jugak kan, sebab mcm pernah dengar citer yang sama time kecik2 dulu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2009 03:43 PM | Show all posts
mcm misteri sikit cerita nih. semua penumpang dan anak kapal habis hancur tapi barang-barang lain mcm duit, makanan, dokument mcm tak musnah akibat heat dari kapal terbang terhempas ni.

pelik kan? ada any teori?
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2009 03:44 PM | Show all posts
bc kesah ni tringat Novel Tragedi 4 Disember...
novel ms tingkatan berapa ntah...
hmmm.....
ingt kan yg terhempas neh private jet...
xsgka laks yg MAS pny...
mmg tade yg slamat kan??
tp yg tmbah pelik....sumer orang2 kenamaan ade dlm neh..bkn rkyat2 biasa....
msti kes sabotaj nie
btw...tens ya san sbb share citer neh...
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2009 04:06 PM | Show all posts
best... ku br tau ttg kejadian ni...
masa ni ku lom wujud di dunia lagi....
tp at least mod san tepek citer ni...
ramai la yg tahu bhw pernah terjadi kisah ini...
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2009 04:20 PM | Show all posts
bc kesah ni tringat Novel Tragedi 4 Disember...
novel ms tingkatan berapa ntah...
hmmm.....
ingt kan yg terhempas neh private jet...
xsgka laks yg MAS pny...
mmg tade yg slamat kan??
tp yg tmbah pelik....sumer orang2 kenamaan ade dlm neh..bkn rkyat2 biasa....
msti kes sabotaj nie
btw...tens ya san sbb share citer neh...
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2009 05:19 PM | Show all posts
haa.. selimut mang ngah cari artikel nie.. makaseh santera coz  share cerite nie,....
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2009 05:29 PM | Show all posts
Pernah dengar cerita dari salah seorang penduduk kampung tersebut katanya cebisan daging mayat dan tulang bertaburan di atas tanah dan bumbung rumah ...ngeri
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2009 05:34 PM | Show all posts
Pernah dengar cerita dari salah seorang penduduk kampung tersebut katanya cebisan daging mayat dan tulang bertaburan di atas tanah dan bumbung rumah ...ngeri
secawankopi Post at 22-11-2009 17:29
ader cerita gak pemandu teksi bawak pompuan nak g tempat kapal terbang tu terhempas .... taxi driver tu tanya nak wat pe g saner... pompuan tu cakap nak g amik cincin dia yang tertinggal... tiber kat saner pompuan tu terus ilang... taxi driver tu pown paham la saper pompuan tu sebenarnya.... rezeki pakcik tu dapat berbual ngan pompuan tersebut....
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2009 09:18 PM | Show all posts
Aku tak pernah baca pasal kes ni.. Masa ni aku pon blom lahir lg.. Sape yg dok dkt2 situ musti rasa seram ..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2009 11:49 PM | Show all posts
lagi???i want more!!!hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2009 02:18 AM | Show all posts
ku x ujud lg masa ni..

thanx for sharing..
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2009 09:55 AM | Show all posts
For sure la tempat tu angker sampai skrg nih..mayat suma hancur...
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2009 10:43 AM | Show all posts
Arwah untie syarifah ni schoolmate ibu red ..ade gambo dia dalam simpanan kiteorg mase sek rendah kalo tak silap ....memng lawa muka cam arab ..kecik2 lai da lawa....ibu red yg cite kawan dia syarifah ni la yg mati mase kejadian kapal terbang tu ....if dia masih idup dah 53 thn da umur dia

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:17 PM GMT+8 , Processed in 0.262366 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list