Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Search
37752
View
16
Reply

Khidmat Biro Bantuan Guaman

[Copy link]

Author: Syd       Show all posts   Read mode

Author
Post time 25-11-2009 10:49 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by Syd at 25-11-2009 10:52

Minda: Syarat dapat khidmat Biro Bantuan Guaman  


PELBAGAI kemudahan disediakan kepada masyarakat khususnya bagi mereka kurang berkemampuan dan yang memerlukan bantuan. Minggu ini kitaakan mempelajari selok-belok bagi mendapatkan khidmat Biro Bantuan Guaman bagi mereka yang memerlukan khidmat nasihat dan bantuan guaman.

Biro Bantuan Guaman adalah alternatif terbaik kepada masyarakat yang mempunyai permasalahan berhubung perundangan terutamanya khidmat nasihat dan bantuan guaman. Ini termasuklah semua dalam prosiding mahkamah di Malaysia. Khidmat ini disediakan bagi mereka yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan khidmat peguam swasta.

Khidmat nasihat dalam semua perkara undang-undang, sivil dan syariah adalah antara peranan dan fungsi Biro Bantuan Guaman dalam masyarakat. Biro ini adalah sebuah jabatan di bawah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri.

Inilah antara kemudahan disediakan dan perlu diketahui pengguna. Pengguna yang berkelayakan boleh menggunakan saluran ini bagi mempertahankan hak mereka dan menuntut keadilan sewajarnya. Syarat bagi mendapatkan khidmat dari Biro Bantuan Guaman ini terbahagi kepada dua kategori.

Bagi kategori pertama yang layak mendapat khidmat bantuan guaman,pemohon harus mempunyai pendapatan tidak melebihi RM25,000 setahun. Bagi kategori ini pemohon akan layak mendapat khidmat bantuan guaman secara percuma dan hanya dikenakan bayaran RM2 sebagai yuran pendaftaran.

Pemohon yang mempunyai pendapatan melebihi RM25,000 tetapi tidak melebihi RM30,000 mereka juga layak mendapatkan perkhidmatan ini tetapi akan dikenakan bayaran RM300 dan yuran RM2. Mereka yang terkeluar daripada senarai prasyarat berdasarkan pendapatan tahunan masih layak mendapatkan perkhidmatan ini, tetapi perlu mendapat kelulusan menteri dan permohonan hendaklah dibuat melalui Ketua Pengarah Biro Bantuan Guaman.

Justeru, pengguna disaran menghargai khidmat ditawarkan dan menggunakan sepenuhnya perkhidmatan Biro Bantuan Guaman sekiranya anda layak dan mempunyai permasalahan perundangan yang sukar diselesaikan akibat faktor kewangan dan pengetahuan berhubung aspek perundangan.

Perkhidmatan Biro Bantuan Guaman membantu anda menyelesaikan permasalahan berhubung isu kes sivil seperti membabitkan pampasan pekerja, penanaman padi, harta pusaka kecil, kemalangan, pinjaman wang,  sewa beli, sewa menyewa, surat mentadbir pesaka, permohonan anak angkat dan tuntutan pengguna.

Masih ramai dikalangan masyarakat yang tidak mengetahui kewujudan Biro Bantuan Guaman dan hak mereka mengikut Akta Guaman 1971. Biro ini juga berfungsi bagi mengadakan perkhidmatan nasihat dan guaman kepada masyarakat yang tinggal jauh di pedalaman.

Bagi kes syariah dan kekeluargaan, kes yang boleh mendapatkan khidmat daripada biro Bantuan Guaman termasuklah tuntutan nafkah, perubahan perintah nafkah, menguatkuasakan perintah nafkah, tuntutan cerai, hak penjagaan, harta sepencarian atau harta perkahwinan dan isu mutaah.

Mereka, terutama golongan wanita yang berasa tertindas sila rujuk dan dapatkan khidmat Biro Bantuan Guaman. Anda juga berhak sebagai pengguna untuk mendapatkan perkhidmatan ini. Pengguna disaran agar mendidik diri menggunakan saluran yang disediakan bagi menyelesaikan permasalahan. Ramai yang hanya pandai mengeluh, tetapi tidak mahu mencari penyelesaiannya. Sesungguhnya Allah menguji manusia daripada pelbagai sudut dan kita harus mensyukuri segala nikmat-Nya dan mencari jalan penyelesaian bagi setiap ujian Allah terhadap hamba-Nya.

Peruntukan perkhidmatan dalam bidang perkhidmatan Biro Guaman termasuklah bantuan khidmat nasihat dan bantuan guaman membabitkan kes jenayah. Ini disenaraikan bagi mereka yang ingin memohon untuk meringankan hukuman apabila telah mengaku salah dalam kes jenayah di Mahkamah Sivil. Perkhidmatan juga diberikan membabitkan prosiding jenayah mengikut Akta Kanak-Kanak 2001 dan prosiding jenayah mengikut Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.

Gunakan platform ini sebaik mungkin demi mempertahankan hak anda. Dokumen pengenalan diri dan dokumen berkaitan tuntutan adalah perkara asas yang perlu disediakan tanpa perlu memikirkan implikasi kewangan. Anda tidak seharusnya membiarkan diri tertindas.

Hak anda sebagai pengguna atau ditakrifkan sebagai penyewa mengikut Akta Sewa Beli 1967, hak peminjam mengikut Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 adalah antara khidmat nasihat dan bantuan guaman yang anda sebagai pengguna rujuk sekiranya anda berasa teraniaya atau memerlukan penjelasan berhubung nasihat perundangan.

Biro Bantuan Guaman boleh dihubungi di talian 03-88851000 atau pengguna boleh melayari www.bbg. gov.my. Biro Bantuan Guaman mempunyai cawangan hampir di seluruh negara bagi mempermudahkan masyarakat menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan serta mendidik orang ramai untuk mempertahankan hak dan mendapatkan keadilan mengikut peruntukan undang-undang.

Penulis ialah Pengarah Projek Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 25-11-2009 10:54 AM | Show all posts
Peguam Syarie Menulis: Memperluas khidmat guaman syarie
Oleh Zainul Rijal Abu Bakar


MAIWP sedia bantu golongan miskin tuntut keadilan di Mahkamah Syariah

APABILA sesuatu kes di ketengahkan di Mahkamah Syariah, pihak bertikai selalunya menggunakan peguam untuk mewakili mereka sepanjang perbicaraan. Walaupun orang awam boleh membawa sendiri kesnya, tatacara yang perlu diikuti kadang-kadang sukar difahami. Dengan menggunakan khidmat peguam, maka peguam dilantik akan mewakili, membantu dan memudahkan anak guam terutama dalam hal membabitkan prosiding yang rumit dan sangat teknikal.

Namun, kita terpaksa menerima hakikat untuk mendapat khidmat peguam, apatah lagi yang lebih kanan dan berpengalaman memerlukan jumlah wang yang bukan sedikit. Pada masa sama, pihak kurang mampu dan memenuhi syarat ditetapkan boleh menggunakan khidmat Biro Bantuan Guaman (BBG) yang akan bertindak mewakilinya di mahkamah dengan jumlah bayaran sangat minimum.

Melihat kepada keperluan membantu golongan memerlukan, ada beberapa badan mula memperkenalkan skim bantuan untuk mereka. Antaranya, Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) sendiri menerusi Biro Khidmat Guaman Syarie, Majlis Peguam, Jawatankuasa Peguam Kuala Lumpur dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO).

Usaha terbaru sudah diperkenalkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menerusi Bantuan Zakat Baitulmal. MAIWP menubuhkan skim bantuan zakat yang dinamakan Bantuan Guaman Syarie.

Skim itu memberi bantuan kepada mereka yang layak untuk membayar yuran guaman syarie di Mahkamah Syariah. Ia adalah skim baru yang diperkenalkan MAIWP dan belum pernah dibuat oleh mana-mana negeri di Malaysia.

Skim itu diperkenalkan dengan objektif membantu umat Islam yang bermastautin di Wilayah Persekutuan yang menghadapi masalah membiayai yuran guaman mereka di Mahkamah Syariah dalam kes tuntutan mal. Untuk tujuan itu, MAIWP bekerjasama dengan PGSM bagi menjayakan sebahagian operasi skim berkenaan.

Terdapat syarat yang diperhatikan sebelum seseorang berhak mendapat bantuan ini. Golongan yang layak terdiri daripada asnaf fakir, miskin, mualaf dan fi sabilillah. Pemohon hendaklah seorang Islam, warga negara Malaysia, bermastautin di Wilayah Persekutuan, menepati had al-kifayah (ujian bagi memastikan mereka terdiri dari golongan fakir atau miskin) dan mereka juga perlu mengemukakan bukti bertulis mengenai tuntutan di Mahkamah Syariah.

Bagaimana penetapan tahap menentukan seseorang termasuk dalam golongan yang layak mendapat khidmat itu? Dari segi penakrifan, fakir adalah seseorang yang tidak mempunyai sebarang harta benda atau seseorang yang bekerja, tetapi pendapatannya kurang 50 peratus daripada keperluan harian dan keperluan tanggungannya dan kurang 50 peratus daripada belanja hidup seseorang yang hidup sederhana dan orang tanggungannya.

Golongan miskin di sini merujuk kepada seseorang yang mempunyai pekerjaan atau hasil usaha hanya memenuhi sebahagian keperluan asasinya, tetapi tidak mencukupi untuk menampung keperluan orang tanggungannya.

Muallaf juga berhak mendapatkan bantuan ini iaitu seseorang yang dijinakkan hatinya atau diharapkan kecenderungan hatinya untuk menerima Islam atau yang memeluk Islam (tetapi mungkin belum kukuh Islamnya).

Istilah fisabilillah pula adalah mana-mana orang atau pihak yang membabitkan diri dalam suatu aktiviti atau aktiviti untuk menegak, mempertahankan atau mendakwahkan agama Islam serta kebajikannya.

MAIWP memperuntukkan RM400,000 setahun bagi tujuan itu dan ia sudah mula beroperasi. Peruntukan itu sangat besar ertinya bagi mereka yang memerlukan dan secara tidak langsung, menggambarkan keperluan mendesak di kalangan umat Islam bagi melicinkan perjalanan kes mereka di Mahkamah Syariah.

Usaha murni MAIWP tidak harus dilihat sebagai pesaing kepada agensi lain yang menyediakan khidmat guaman syarie kerana ia memberi peluang dan pilihan lebih banyak bagi orang awam mendapatkan bantuan.

PGSM sendiri sebenarnya sudah lama memberikan khidmat guaman syarie kepada golongan tidak berkemampuan. Khidmat itu diberikan mengikut kelayakan yang ditetapkan dan pemohon hanya dikehendaki membayar bayaran minimum.

Dengan adanya kerjasama dengan MAIWP, perkhidmatan diberikan akan disalurkan dengan lebih sistematik dan telus di samping dapat meningkatkan profesionalisme di kalangan peguam syarie.

Kerjasama MAIWP dan PGSM akan berlangsung selepas seseorang disahkan memerlukan peguam untuk mewakilinya di mahkamah. Permohonan perlu dibuat kepada Baitulmal MAIWP dan Baitulmal akan menyiasat kelayakan pemohon sama ada memenuhi syarat ditetapkan.

Selepas siasatan selesai dan pemohon disahkan berkelayakan, Baitulmal akan menyerahkan borang berkenaan kepada PGSM. Panel PGSM akan mengkaji kedudukan kes yang sudah atau akan difailkan itu dan seterusnya mengagihkan kes yang dirujuk di kalangan ahli PGSM untuk dikendalikan.

Bayaran guaman dibayar terus oleh MAIWP kepada PGSM yang bertindak sebagai pengurus yang akan membayar kepada peguam syarie berkenaan secara berkala bagi memastikan kes berjalan seperti di harapkan.

Segala prosiding di Mahkamah Syariah akan dijalankan ahli PGSM yang terlatih mengendalikan kes di Mahkamah Syariah. Semua kes terbabit akan dilaporkan perkembangannya kepada pihak Baitulmal dari semasa ke semasa.

Di pihak persatuan, kami akan sentiasa memastikan ahli yang diserahkan kes menjalankan amanah dan tanggungjawab sosial ini dengan berkesan di samping mempertingkatkan kualiti kes yang dibawa.

PGSM akan sentiasa membantu Mahkamah Syariah mencapai keadilan menerusi perkhidmatan guaman syarie di samping menyuarakan hak anak guam dengan berkesan dan sistematik.

Kerjasama unik antara MAIWP dan PGSM sudah tentu memanfaatkan golongan tidak berkemampuan untuk membayar yuran guaman syarie. Ia sejajar hasrat kerajaan untuk membantu golongan tidak berkemampuan dan selari dengan matlamat serta moto PGSM iaitu Meletakkan Hak kepada yang Berhak
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 25-11-2009 10:56 AM | Show all posts
BBG Selangor - 03-55106192
BBG KL - 03-26942700
BBG N.9 - 06-7630457
BBG Melaka - 06-2841952
BBG JB - 07-2234960
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 25-11-2009 10:57 AM | Show all posts
kalau tak silap, office yang kat shah alam tu,
bukak hari Isnin-Khamis..
hari Jumaat, 'tutup' sbb hari tuh dorang meeting bagai segala..
yang ada appointment jerk, boleh jupe dorang...
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2012 08:41 PM | Show all posts
kalau saya nak mintak nasihat berkaitan tapak rumah diatas tanah geran kongsi , boleh tak?
berkaitann undang2, lalui depan rumah orang...
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2014 08:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Sorry guys bwk kluar thread lama. Just nk tanya btol2 tdesak. Klu kes jenayah boleh ke dpt kn bantuan biro ni ? Kita dah ada loyer tp dia suka ugut mcm2 lah. Sapa2 blh bantu ? Tq in advanced.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2015 09:28 PM From the mobile phone | Show all posts
boleh tak nk tny..
bantuan guaman nie boleh ke bantu saya..
berkenaan sebutan kes di perkeso..saya perlukan sgt untuk membantu saya
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2015 09:29 PM From the mobile phone | Show all posts

untuk saya lawan semula dgn bekas majikan

Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2016 01:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Biro bntuan guaman tmpat saya xmbantu lgsung.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2016 10:55 AM From the mobile phone | Show all posts
tumpang tya,,sekiranya kita dh memfailkan kes,,berapa lma kita mnunggu masa tuk perbicaraan kes trsebut?
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2016 09:29 AM | Show all posts
NurQalbi83 replied at 16-2-2016 10:55 AM
tumpang tya,,sekiranya kita dh memfailkan kes,,berapa lma kita mnunggu masa tuk perbicaraan kes trse ...

kalau ikut pengalaman saya, masa kita failkan di mahkamah, mahkamah akan terus bagi tarikh untuk sebutan pertama..
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2016 02:34 PM | Show all posts
titiana replied at 4-2-2016 01:23 PM
Biro bntuan guaman tmpat saya xmbantu lgsung.

boleh share pengalaman sis dgn biro ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2016 01:53 AM From the mobile phone | Show all posts
pixela replied at 18-2-2016 02:34 PM
boleh share pengalaman sis dgn biro ni

sy just minta lawyer buat tuntutan harta sepencarian je pn. Dia sruh sy cari lawyer swasta. Padahal layak je kot guna biro
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2016 11:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Saya nak tanya soal menyewa rumah
Apakah tindakan atau perlu di lakukan sekiranya saya menyewa rumah tapi tuan rumah tidak pernah beri agreement letter dan tidak pernah berjumpa dgn penyewa .. masa berjumpa cuma sekali sahaja ia itu masa berunding pasal rumah selepas itu tidak pernah jumpa dan dia mahu sewa rumah setiap bulan di bank in sahaja sekiranya ada masalah rumah dia tdk pernah dtg . Selepas kira2 6 bulan tuan rumah menaikan kan sewa rumah tanpa apa2 surat agreement dan kami membayar sahaja seperti diarah melalui bankin ke account dia.
Selepas setahun kami mengambil keputusan untuk berpindah dan memaklumkan tuan rumah dan selepas pindah kami meminta deposit rumah dipulangkan tetapi tuan rumah buatvtdk tahu dan tdk mahu menjawab atau membalas telefon kami... bila di minta alasan outstation bila kami meminta dia bankin dia buat banyak alasan. Dan sekarang kami buntuh kerana kami sangat2 memerlukan duit tersebut tetapi tuan rumah tidak mahu pulangkan.. apa kah tindakan yg harus kami lakukan? Terima kasih
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2016 05:59 PM From the mobile phone | Show all posts
salam kalau khidmatnasihat kes tatatertib penjawat awam blh tak .  ? ingin mgambil tdakn saman terhadap majikan.
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2016 10:55 AM | Show all posts
Edited by Lari_Laju at 9-8-2016 10:57 AM
kalipo replied at 6-3-2016 11:13 PM
Saya nak tanya soal menyewa rumah
Apakah tindakan atau perlu di lakukan sekiranya saya menyewa ruma ...

Bro kalipo,

Inilah sebabnya ramai pengamal undang-undang akan menasihatkan anda supaya buat kontrak semasa mula penyewaan. Sebab bila dah berlaku keadaan macam ni, dah terlambat.

Soalan saya, adakah tuan masih menduduki rumah tersebut? Kalau ya, tuan sms je cakap tuan bagi 2 bulan notis untuk keluar. Sewa bulan ni dan bulan depan saya tak bayar (tolak daripada duit deposit).
Tapi untuk menjawab soalan tuan, ya, pihak Jabatan Bantuan Guaman boleh membantu dalam kes yang sebegini dengan cas minimal.

Harap membantu..

Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2016 11:01 AM | Show all posts
hashednone replied at 5-8-2016 05:59 PM
salam kalau khidmatnasihat kes tatatertib penjawat awam blh tak .  ? ingin mgambil tdakn saman terha ...

Tuan,

Khidmat Jabatan Bantuan Guaman terhad hanya kepada perkara-perkara berikut:-

Litigasi Sivil


  • Prosiding di bawah Akta Perempuan Bersuami dan Anak-Anak (Nafkah) 1950 [Akta 263].
  • Prosiding di bawah Ordinan Nafkah 1959 (Sabah No. 7 tahun 1959).
  • Prosiding di bawah Ordinan Perkahwinan Adat Bumiputera Sarawak (Nafkah) 2003 [Bab 55].
  • Prosiding di bawah Akta Perintah Nafkah (Kemudahan bagi Penguatkuasaan) 1949 [Akta 34] untuk perintah sementara.
  • Prosiding di bawah Akta Perempuan Bersuami dan Anak-Anak (Penguatkuasaan Nafkah) 1968 [Akta 356].
  • Hak dan tanggungan mengenai prosiding perceraian dan jagaan.
  • Hak dan tanggungan di bawah Akta Pengangkatan 1952 [Akta 257].
  • Hak dan tanggungan di bawah Ordinan Pengangkatan 1960 (Sabah No.23 tahun 1960).
  • Prosiding di bawah Ordinan Pengangkatan Sarawak (Bab 91).
  • Hak dan tanggungan di bawah Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 [Akta 98].
  • Permohonan Probet dan Surat Mentadbir Pusaka.
  • Hak dan tanggungan di bawah Ordinan Probet dan Pentadbiran 1947 Sabah (Bab 109).
  • Hak dan tanggungan di bawah Ordinan Pentadbiran Harta Pusaka Sarawak (Bab 80).
  • Hak dan tanggungan di bawah Akta Penanam Padi (Mengawal Sewa dan Menjamin Pemegangan) 1967 [Akta 528].
  • Hak dan tanggungan mengenai tindakan sivil bagi ganti rugi yang berbangkit daripada kemalangan yang melibatkan kenderaan bermotor yang termasuk dalam pengertian Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333].
  • Hak dan tanggungan di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 [Akta 400].
  • Hak dan tanggungan mengenai prosiding yang berhubungan dengan penyewaan.
  • Hak dan tanggungan di bawah Akta Sewa Beli 1967 [Akta 212].
  • Tuntutan pengguna


Litigasi Syariah
  • Prosiding yang berhubungan dengan pertunangan (ganti rugi), nafkah, jagaan, perceraian, hutang perkahwinan, mutaah dan harta sepencarian.
  • Prosiding yang berhubungan dengan alang semasa hidup (hibah) dan wasiat.

Litigasi Jenayah
  • Semua prosiding jenayah yang dalamnya tertuduh yang tidak diwakili oleh peguam mengaku salah kepada pertuduhan atau pertuduhan-pertuduhan dan ingin membuat rayuan untuk meringankan hukuman berkenaan dengannya.
  • Prosiding jenayah di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 611].
  • Prosiding jenayah di bawah Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 [Akta 336].



Menjawab persoalan tuan secara umum, TIDAK BOLEH. Tapi adakah tindakan majikan tuan bersifat jenayah?


Terima kasih.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2016 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.064822s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list