CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 41109|Reply: 245

Isteri arah Que Haidar berhenti berlakon?

[Copy link]
Post time 6-12-2009 03:00 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by Syd at 6-12-2009 15:04

Isteri arah Que Haidar berhenti berlakon?
Oleh Zubir Mohd Yunus
zubir@bharian.com.my
               

     Que Haidar bersama Linda dan anak, Qalif Khan.

Linda Jasmine khabarnya tak benarkan suami bergelar aktor kerana tiada masa depan

SEPANJANG minggu lalu bersempena cuti Aidiladha, Zubir banyak menghabiskan waktu santai di rumah dan di panggung wayang saja. Kebetulan pada Hari Raya Haji itu, Zubir tidak mempunyai sebarang acara khusus, kecuali menonton DVD di rumah dan apabila malam, merayap pulake panggung wayang, intai-intai kalau ada filem menarik di pawagam.

Akhirnya hampir tengah malam itu Zubir membuat keputusan untuk menonton filem aksi Hollywood, Ninja Assassin yang dibintangi artis popular Korea, Rain. Melihat kepada poster Ninja Assassin seperti menarik saja ceritanya, tambahan pula dibintangi aktor hebat seperti Rain, pastinya tidak kecewa apabila perlu membayar harga tiket RM12 .

Pada poster itu juga tertera klasifikasi filem berkenaan sebagai 18SG, bertambah meluap-luap keinginan menonton Ninja Assassin, apa yang ‘panas’ dan sejauh mana keganasan filem berkenaan. Zubir masuk ke pawagam agak awal dan ketika itu lampu didalam panggung masih dinyalakan. Zubir pula duduk di barisan paling belakang dan kedudukan kerusi pula betul-betul di tengah barisan,justeru sesiapa saja yang masuk ke pawagam, Zubir dapat melihatnya dengan jelas.

Pun begitu, sesuatu yang memeranjatkan Zubir apabila ada ibu bapa membawa anak yang berusia kira-kira lima tahun masuk menonton Ninja Assassin, sedangkan pada poster dan tiket, sudah terang-terang ditulis, klasifikasi filem berkenaan sebagai 18SG! Bukan setakat seorang saja anak kecil, malah Zubir dapat lihat beberapa lagi anak kecil yang dirasakan berumur bawah 10 tahun menemani mungkin saudara mara mereka menonton filem berkenaan!

Sepanjang pengetahuan Zubir, filem yang diklasifikasikan sebagai 18SG adalah filem yang tidak sesuai ditonton golongan bawah umur 18 tahun kerana mengandungi unsur seram dan ganas yang tidak keterlaluan, justeru bagaimana pihak pawagam mewah yang terletak di Lembah Klang itu boleh membenarkan kanak-kanak di bawah umur 18 tahun, memasuki pawagam berkenaan dan menonton bersama orang dewasa?

Zubir ada pengalaman di pawagam yang sama ketika inginmenonton filem arahan Syamsul Datuk Yusof Haslam, Bohsia: Jangan PilihJalan Hitam, tidak berapa lama dulu. Filem berkenaan diklasifikasikansebagai 18PL iaitu filem yang tidak sesuai untuk tontonan golonganbawah umur 18 tahun kerana mempunyai pelbagai unsur seperti seram,ganas, seks, sensitif politik, agama dan kebudayaan yang tidakketerlaluan.

Ketika ingin membeli tiket filem terbitan Skop Productionsitu, anak Zubir yang berusia lima tahun ada bersama. Melihat keadaan itu, penjual tiket berkenaan menasihatkan Zubir supaya tidak menonton Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam bersama anak kerana ia diklasifikasikan sebagai 18PL.

Berbalik kepada filem Ninja Assassin, kenapa petugas pawagam tidak memperketatkan undang-undang atau memperlekehkan peraturan semata-mata ingin mengaut keuntungan? Adakah mereka hanya mengambil kira klasifikasi 18PL atau 18SG kepada filem tempatan semata-mata dan tutup mata kepada filem antarabangsa? Zubir harap pihak Finas memantau situasi ini dan menyenaraihitamkan pawagam yang degil!

Jauh meleret Zubir mengomel. Sebenarnya, Zubir ingin berkongsi cerita mengenai aktor hebat Que Haidar yang baru saja menimang cahaya mata pertamanya, Tengku Ratu Haidar yang dilahirkan isterinya, pereka tari terkenal, Linda Jasmine, akhir Oktober lalu.Pasangan itu juga mempunyai anak lelaki, Qalif Khan, 8, iaitu hasil perkahwinan Linda yang terdahulu.

Pun begitu, berita terbaru yang berbisik ke telinga Zubir mengenai Que ialah dia kini sudah mendapat arahan atau boleh dianggap desakan atau permintaan daripada Linda supaya melupakan saja dunia lakonan yang pernah mengharumkan namanya sebelum ini. Que kononnya sudah tidak boleh menerima apa-apa lagi tawaran lakonan! Lebih menggemparkan, sumber yang membisikkan cerita panas ini memberitahu Zubir, Que kini sudah bergelar pengurus di sebuah kilang baja di Kuala Lumpur!

Alamak, daripada seorang aktor hebat, sekarang ni Que dah jadi orang besar kilang baja, biar ‘betik’! Khabarnya, Linda tidak membenarkan Que bergelar artis kerana beranggapan kerjaya sebagai pelakon ini tidak menjanjikan masa depan cerah. Pun begitu, menurut sumber yang rapat dengan pasangan itu, Linda terpaksa membuat keputusan itu gara-gara cemburu!

Zubir dengar cerita, Que menangis di telefon ketika mengadu mengenai perkara itu kepada pengarah, Afdlin Shauki, baru-baru ini. Filem terakhir Que bekerja di bawah arahan Afdlin ialah Misteri Jalan Lama, sebelum itu Papadom. Terbaru, Zubir dengar cerita Que turut terpaksa menolak pelawaan Mamat Khalid membintangi filem terbaru arahannya.

Sekiranya benar apa yang Zubir dengar ini, sayang apabila industri bakal kehilangan sebutir bintang seni yang sedang bersinar.

ZUBIR: Penulis skrip dan pengurus artis berlagak kekwat, tak menyapa wartawan ketika bertemunya pada majlis pratonton filem, baru-baru ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2009 03:02 PM | Show all posts
sbb cemburu kekdahnya
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2009 03:05 PM | Show all posts
hubby muda....mestila cemburu....
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2009 03:09 PM | Show all posts
sbb cemburu kekdahnya
jingga007 Post at 6-12-2009 15:02


hope mek jing xcmburu ngan faliqqq
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2009 03:10 PM | Show all posts
hope mek jing xcmburu ngan faliqqq
pzan213 Post at 6-12-2009 15:09



motivo yg sorg nie

Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2009 03:11 PM | Show all posts
cemburu rupanya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-12-2009 03:11 PM | Show all posts
dh berhenti ko nk suruh jd pe....imam masjid negara ker
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2009 03:11 PM | Show all posts
sian que!!!!!!!!!!suke die...tapi dah tak suke bile die da kawen ;(
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-12-2009 03:20 PM | Show all posts
7# chewan

jadi pengurus kilang baja... hehe
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2009 03:22 PM | Show all posts
9# Syd

beso ke gaji pengurus kilang baja?
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2009 03:22 PM | Show all posts
elok juga dia cari pekerjaan yg stabil.. maintenance sekarang semua tinggi
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2009 03:22 PM | Show all posts
uruskan bisnes linda pun okey jah
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2009 03:22 PM | Show all posts
Rain pun suka tengok que berlakon. Berilah apa saja watak, que boleh lakonkan dengan begitu berkesan sekali.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2009 03:23 PM | Show all posts
huh zubir ni!
dah lepas 7 perenggan baru nak masuk cite pasal que..
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2009 03:26 PM | Show all posts
Hmmmmmmmmmmmmm!!!! ok la tu...Linda suka Que duk umah selalu jaga anak....pakai napkin...jaga malam nusu babe n wat not la mcm Engku Emran jaga anak Era tu ..kan baik..kerja senang dpt bini kaya................lupakan kerja pelakon.. kepit dgn bini lawa...ok la tu..apa nk komplen lg.Idaman semua suami!!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2009 03:28 PM | Show all posts
10# nazurah

buleh laa jugak..
ada EPF
Socso semua...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-12-2009 03:28 PM | Show all posts
12# rain2169

setuju.
bagus dia neh berlakon
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2009 03:30 PM | Show all posts
7# chewan

jadi pengurus kilang baja... hehe
Syd Post at 6-12-2009 15:20


sponsor kt felda taib andak
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2009 03:39 PM | Show all posts
que tak cemburu lak bini dia dok tayang aset kat orang lain
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2009 03:40 PM | Show all posts
apesal plak si Linda neh nk jadik as penghalang? xkan la just sbb cemburu die nk sia2kan bakat yg Que ade?
biasanya si suami yg patut menentukan arah tuju si isteri..ini terbalik plak? queen control kah?

pada que, you have a big rights utk tentukan hidup you senirik,
you lelaki, jgn bg nmpak kita ni lemah sgt mudah tnduk ngan pompuan, even syg camane pong.
somemore klo reason yg dikatakan tu betul, sbb cemburu, i rase x masuk dek akal klo semudah tu je you brenti belakon.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 01:35 AM GMT+8 , Processed in 0.618439 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list