CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Isteri arah Que Haidar berhenti berlakon?

[Copy link]
Post time 7-12-2009 03:17 PM | Show all posts
[quote]


ntah nye.....jenuh aku bace hikayat hujung minggu die....
ashla Post at 7-12-2009 13:45 [/quote


tu nasib baik hikayat hujung minggu die tu dibikin oleh diri die sendiri, kot hikayat tu melibatkan sekali Yang Mulia kerabat Pahang yang dia sanjung lagi puja poji melangit tuh, harus 17 perenggan dia cerita, dah perenggan akhir baru masuk gossip retisnya....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2009 03:18 PM | Show all posts
jadi pengurus kilang baja ja....?Adoiyaiiii...Que Que......Kalau hang buka biz sendiri tu lain lak ceritanya...Habis laaa hang kena ngan Linda....
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2009 03:21 PM | Show all posts
kalau betul (bukan mendoakan) they might not last...LJ should realised from the beginning yang Que tu popular -tak kan sekarang rasa insecure...

hopefully no la -tak best dengar artis cerai berai ni..
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2009 03:24 PM | Show all posts
Lepas ni keja kat kelas tarian bini la pulak
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2009 03:27 PM | Show all posts
bini lagi tua dari laki ni memang kebanyakan (mungkin tak semua) cepat rasa insecure
lagi2 dapat laki yg ramai peminat..
mula la nak jadi queen control tu...
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2009 03:37 PM | Show all posts
linda tu takut laki dia main kayu 3, sebab dia kan dah tua, que tu muda lagi....Linda tu nak seksi sampai bila, umur dah senja...bawa-bawalah brtaubat....ke tutup aurat ke..anak dah 2 org....bukan nak jelous...tapi umur dah lanjut..bak kata pepatah cina "lumah kata pegi, kubul kata mali..lai..lai...lai"
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-12-2009 03:47 PM | Show all posts
Elok la cari keje lain, anak dh 2... Nak kasik mkn cmne kalo xde job brlakon ..???
At least kalo ade permenant job, adelah salary every month... EPF, Scoso sume...
Aku heran pesal skg ni ramai yg nk jadi retis..???
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2009 03:55 PM | Show all posts
apesal plak si Linda neh nk jadik as penghalang? xkan la just sbb cemburu die nk sia2kan bakat yg Que ade?
biasanya si suami yg patut menentukan arah tuju si isteri..ini terbalik plak? queen control ...
maxim Post at 6-12-2009 15:40


aku rasa dan macam skrip citer "ibu mertuaku" la plak... dah terang2 tau kawin ngan pelakun... tak bagi plak berlakun.. tak ker pelik namanya tu....  aku rasa 99% spouses pelakon2 ni cemburu ngan pasangan masing2.. tapi biarlah berpada2 cemburunya tu... tambahan kalau awal2 lagi dah tau kita kawin ngan pelakun.. dan tentu2 watak2 tu berbeza.. memang ada pegang2..kalau berlakon jadi lakibini romantis kena peluk2 (macam citer Denai Berbisik semalam, Zulhuzaimy gomol tengkuk si Intan).. tapi bini kena paham.. laki dia buat betul2 ker berlakon.. dan si pelakon tu sendiri nawaitu kena betul la... janganla pulak ambik kesempatan...  pokok pangkalnya pada hati dan niat masing2...

pada Linda & Que.... pandai2 ler korang jaga kebahagian rumahtangga korang berdua.. semoga hingga ke akhir hayat.. dan dalam pada tu, akupun rasa ruginya kalau bakat besar Que terbenam begitu saja.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2009 04:03 PM | Show all posts
tengah panas que nie...
takut la tu..;
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2009 04:11 PM | Show all posts
mmg ptt cari kje yg stabil bile da berkeluarga...
tp dlm kes Q ni asenya kes jeles n insecure..
pastu hrp2 Q tlg la bertegas sket...
jgn ikut ckp bini je..mcm bini lak ketua kuarge...
aku tgk rosyam noor ok je blakon dr dlu...jalaluddin hassan..
byk lgi cth yg dh ade family tp blakon..ok je..
ayoooo lindaaaa...
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2009 04:13 PM | Show all posts
klo nk ikt jugak ckp linda..
ko soh je linda tu ttp aurat sket..
plan2 pn dh ok..
bru fair...
klo tak nmpk cm lembu kna tarik hidung...haha
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2009 12:16 AM | Show all posts
iols paham hati dan perasaan org kuat cemburu nih..
sebab iols pon begitu jua..

biarlah. nanti bila tak byk keja di kilang baja tuh,
berlakonlah dengan pekerja2 yang ada..
sabar ya, Q!
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2009 12:30 AM | Show all posts
klu cmni la gayanye..tak kekal lama la perkahwinan diorg ni
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2009 07:17 AM | Show all posts
lepas keje kilang baja...........ko siram baja bebanyak dlm perut linda tu yo!!!! mungkin lg subur..leh bajak LINDA selalu....sekrang musim hujan!!! musim buh membaja dan membajak
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2009 07:35 AM | Show all posts
sian que
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2009 09:47 AM | Show all posts
Selasa Disember 8, 2009
Linda Jasmine Nafi Halang Que Terus Berlakon

oleh SITI AZIRA ABD AZIZ


Linda, Que dan anak mereka, Qalif Khan ketika di majlis Anugerah Skrin 2009 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 4 Disember lalu. -foto The Star

PELAKON Drama Lelaki Terbaik Anugerah Skrin (ASK) 2009, Que Haidar didakwa bakal berhenti berlakon selang dua hari selepas memenangi anugerah itu.

Lebih mengejutkan, isteri Que, Linda Jasmine melarangnya bergelar aktor kerana karier itu tiada masa depan.

Selain itu, Linda dikhabarkan tekad membuat keputusan agar suaminya berhenti berlakon atas alasan cemburu.

Dilaporkan baru-baru ini Que juga menangis di telefon ketika mengadu mengenai perkara itu kepada penyanyi, pelakon dan pengarah Afdlin Shauki.

Que yang pernah bekerja dengan Afdlin menerusi filem arahannya, 'Misteri Jalan Lama' dan 'Papadom' itu juga dikhabarkan turut terpaksa menolak tawaran pelakon, pengarah dan produser Mamat Khalid untuk membintangi filem terbaru arahannya.

Ketika meminta Linda menjelaskan hal itu, dia bagaimanapun menafikannya malah menganggap ada orang yang mencemburuinya dan Que.

Namun, Linda yang baru membaca gosip itu di sebuah akhbar mingguan pada pagi semalam tidak menolak dakwaan Que pernah membuat keputusan untuk menolak tawaran lakonan.

"Saya tak pernah masuk campur dalam urusan lakonannya. Dia yang berhak membuat keputusan sama ada hendak terima atau tidak tawaran lakonan itu.

"Sebelum ini memang dia berehat sementara daripada lakonan kerana hendak menjaga saya dan 'baby' tetapi semua itu atas keputusannya. Saya tak pernah paksa dia untuk menolak tawaran.

"Saya tahu ada produser yang menawarkannya berlakon tetapi saya tak tahu keputusannya. Sebelum ini saya masih sakit selepas bersalin secara pembedahan dan tidak mampu berjalan dengan baik.

"Sekarang ni 'ok' sedikit tetapi masih tidak mampu membuat kerja berat. Tetapi selepas ini, kalau dia masih menolak tawaran berlakon mungkin disebabkan faktor lain dan tidak semestinya kerana saya.

"Tetapi jika benar saya tak benarkan dia berlakon, takkan dia akan berlakon sebuah teater tidak lama nanti? Saya mendapat tahu dia akan memulakan latihan untuk teater itu dalam minggu ini tetapi saya tidak tahu maklumat lain tentang teater itu," jawab Linda ketika dihubungi mStar.

Jelasnya, walaupun dia tidak pernah menetapkan keputusan ke atas karier seni suaminya itu, namun dia pernah menasihatkan Que untuk 'terlibat dengan kerja yang berkualiti'.

"Kalau boleh saya nak dia terlibat dengan benda yang berkualiti. Bagaimanapun, semua keputusan di tangan dia kerana dia yang berhak 'judge'.

"Saya harap perkara ini telah dijelaskan kerana kami sekeluarga sedang gembira sekarang lebih-lebih lagi apabila ada 'baby'," luah koreografer terkenal ini penuh mengharap.

Sementara itu, Que yang turut menafikan dakwaan itu berkata dia terpaksa menolak tawaran sebuah filem yang akan menjalani penggambaran pada tahun hadapan kerana cerita itu tidak menepati kehendaknya.

"Saya memang ada menolak tawaran sebuah filem kerana ceritanya tidak menarik. Namun, saya tetap akan berlakon sampai bila-bila sebab lakonan sudah menjadi kerja saya sejak tamat belajar dari Akademi Seni Kebangsaan (ASK yang kini dikenali sebagai ASWARA).

"Sebelum ini bukannya saya tak pernah menolak tawaran berlakon kerana tidak sesuai dengan jadual kerja dan faktor lain.

"Terus-terang selama saya berkahwin dengan Linda dalam tempoh 10 bulan ini, saya juga pernah tolak tawaran kerana perkara tertentu.

"Sekarang, saya juga masih perlu membuat penelitian tentang watak, jalan cerita dan kesesuaian masa lakonan itu.

"Kalau Linda tidak nasihatkan saya untuk memilih kerja yang berkualiti pun, dari dulu lagi memang saya dah praktikkan perkara itu," ujarnya dalam satu temubual telefon yang berasingan.

Selepas baru beberapa hari memenangi anugerah Pelakon Drama Lelaki Terbaik di ASK 2009, Que berkata dia belum mendapat banyak tawaran berlakon melainkan sebuah teater bangsawan, 'Laksamana Cheng Ho' arahan Seniman Negara Rahman B yang akan dipentaskan di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur tidak lama lagi.

Teater ini akan melibatkan bekas pelajar ASK. Que berkata dia agak teruja untuk berlakon teater itu selepas lebih 10 tahun tidak beraksi di pentas teater. Jika tidak silap, Que berkata teater terakhir lakonannya adalah 'Look Back In Anger' ketika dia masih di ASK.

Ditebak mengenai perasaan isterinya yang dikatakan cemburu, Que sambil tertawa menjawab: "Kalau dia sayangkan saya, takkan dia tidak cemburu tetapi tidaklah sampai cemburu melampau-lampau.

"Kalau dia tak sayang dan sokong saya, takkan dia sanggup datang ke Anugerah Skrin baru-baru ini.

"Bayangkan, cerita ini berlaku selepas beberapa hari Anugerah Skrin. Jadi, kami suami isteri terperanjat juga apabila mengetahui cerita itu.

"Saya tidak kisah dengan apa yang orang cakap kerana saya masih mempunyai peminat, kawan-kawan dalam industri termasuk rakan media yang sentiasa memberikan sokongan," beritahunya.

Meskipun terkilan dengan laporan yang negatif itu, Que berkata, dia tidak akan mengambil apa-apa tindakan terhadap dakwaan itu dan cukuplah sekadar menafikan cerita itu tidak benar.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2009 05:29 PM | Show all posts
hmmmm... dah dinafikan,
tp lehh caye ke ni??? opppssss!
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2009 05:47 PM | Show all posts
elasnya, walaupun dia tidak pernah menetapkan keputusan ke atas karier seni suaminya itu, namun dia pernah menasihatkan Que untuk 'terlibat dengan kerja yang berkualiti'.



he he he...menari berkualiti plak yer....
pe pe je la LJ oii
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2009 06:47 PM | Show all posts
elok laa jgak...;D
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2009 07:47 PM | Show all posts
ok la tu takkan nak jadi anak wayang je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 12:40 PM GMT+8 , Processed in 0.068298 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list