CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: joe_qlate

Kes kehilangan 2 enjin pesawat pemintas F-5E

[Copy link]
Post time 23-12-2009 08:58 AM | Show all posts
Avionik F-5E turut hilang – Zahid

Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR
syahrir.bakar@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 22 Dis. – Selain dua enjin pesawat F-5E, beberapa peralatan lain didapati turut hilang daripada inventori Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dalam kejadian dua tahun lalu.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika mendedahkan perkara itu berkata, peralatan itu termasuk alat ganti pada sistem avionik pesawat berkenaan.

“Selain dua enjin itu, ada peralatan berkaitan yang turut hilang dalam kelompok (range) sama, avionik,” katanya tanpa mengulas lanjut.

Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas menerima kunjungan hormat Menteri Pertahanan Maldives, Ameen Faisal di Kementerian Pertahanan di sini hari ini.

Sabtu lalu, beberapa akhbar tempatan melaporkan kehilangan sebuah enjin pesawat pemintas F-5E TUDM pada 2007 iaitu ketika proses penghantarannya ke negara luar untuk diperbaiki.

Empat individu termasuk orang awam dan anggota pangkat lain TUDM dikenal pasti terlibat dalam kes yang kini disiasat polis serta Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Hari ini, akhbar mendedahkan bahawa sebenarnya bukan satu tetapi dua enjin pesawat jenis itu yang dilaporkan hilang pada tahun sama dan dijual ke salah sebuah negara di Amerika Latin.

Mengulas perkara itu, Ahmad Zahid menegaskan, terdapat ramai lagi individu terlibat secara tidak langsung dalam kes berkenaan selain empat yang disebut sebelum ini.

“Memang kita akan lakukan sesuatu kepada pegawai atasan dalam perkhidmatan berkaitan (TUDM) yang bertanggungjawab semasa ia (kehilangan) berlaku,” jelasnya.

Bagaimanapun, katanya, ada antara individu yang dikenal pasti terlibat dalam kes itu masih berkhidmat dengan ATM dan Kementerian Pertahanan kerana tindakan lanjut ke atas mereka akan hanya ditentukan selepas menerima nasihat Pejabat Peguam Negara.

Menurut beliau, berdasarkan maklumat awal, pembelian enjin itu dibuat sebuah syarikat yang berpangkalan di ibu kota serta mempunyai cawangan di negara jiran.

“Saya juga fikir syarikat itu mempunyai rangkaian antarabangsa,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid menyifatkan individu yang terlibat dalam skandal kehilangan enjin dan peralatan pesawat itu sebagai pengkhianat serta penderhaka negara.

Katanya, walaupun sistem rekod dan inventori peralatan ATM berada pada tahap terbaik tetapi masih terdapat ‘penderhaka’ yang sentiasa mencari jalan menembusi sistem tersebut.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2009 09:01 AM | Show all posts
Syarikat beli enjin pesawat F-5E dikenal pasti

KUALA LUMPUR 22 Dis. - Sebuah syarikat di negara ini dikenal pasti terlibat dalam urusan pembelian dua enjin pesawat F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang dilaporkan hilang pada 2007.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, syarikat berkenaan bagaimanapun tidak pernah mendapat projek ataupun menyertai tender yang ditawarkan oleh kementeriannya.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan bahawa keupayaan mereka melepasi kawalan keselamatan disumbang oleh penglibatan orang dalam yang mempunyai kepentingan dalam syarikat berkenaan.

"Telah dikenal pasti syarikat itu (yang membeli enjin) iaitu sebuah syarikat yang berpangkalan di Malaysia tetapi mempunyai cawangan di negara jiran.

"Mereka akan dikenakan tindakan komersial oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) terutamanya Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK)," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan bas Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), di sini hari ini.

Sabtu lalu, akhbar melaporkan kehilangan sebuah enjin pesawat pemintas F-5E TUDM pada 2007 iaitu ketika proses penghantarannya ke negara luar untuk diperbaiki.

Pada hari ini pula akhbar mendedahkan sebenarnya bukan satu tetapi dua enjin pesawat jenis itu yang dilaporkan hilang pada tahun sama dan dijual ke salah sebuah negara di Amerika Latin.

Mengenai perkembangan terbaru kes kehilangan enjin pesawat itu, Ahmad Zahid berkata, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail telah mengarahkan TUDM supaya menyerahkan butiran lanjut mengenai kes berkenaan.

Beliau berkata, antaranya ialah maklumat berkaitan enjin serta dokumen berkaitan perjalanannya ke destinasi sebenar.

"Kita juga bersetuju dengan Peguam Negara yang memberi tempoh tertentu kepada TUDM supaya memberi maklumat berkenaan," katanya.

Ahmad Zahid sekali lagi menegaskan bahawa kehilangan enjin berkenaan tidak membabitkan pegawai TUDM sebaliknya dilakukan oleh anggota lain-lain pangkat (LLP) iaitu sarjan ke bawah.

"Yang terlibat adalah anggota LLP namun mereka ini mempunyai hubungan bukan sahaja dalam negara bahkan di peringkat antarabangsa.

"Tetapi jika ada pegawai yang terlibat mereka tidak akan terkecuali daripada tindakan," tegasnya.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2009 09:32 AM | Show all posts

HARGA ENJIN JET F-5E

Mungkin dah ada thread pasal kehilangan enjin jet F-5E ini.

Cuma yang menjadi kemusykilan aku ialah harga enjin jet tersebut yang bernilai RM50 juta. Jet tersebut dikatakan telah lama digunakan oleh TUDM semenjak tahun 1974 lagi. Adalah nilai enjin tersebut RM50 juta??? Enjin dah lama, tak de susutnilai ker? ataupun lagi lama enjin tersebut, lagi mahal harganya?

Sesiapa bleh jawab...
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2009 09:34 AM | Show all posts
sila tanya di MPSA
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2009 09:37 AM | Show all posts
Unit cost single F-5E: US$2.1 million

nama enjin  - General Electric J85-5 (rega tak sebut lak)

General characteristics
    * Type: Turbojet engine (with or without afterburner)
    * Length: 45.4 – 51.1 inches (depending on accessory equipment installed)
    * Diameter: 17.7 inches
    * Dry weight: 396 – 421 pounds (depending on accessory equipment installed)
Components
    * Compressor: 8 stages (9 in J85-21)
    * Combustors: annular
    * Turbine: 2 stages
Performance
    * Maximum Thrust: 2850 – 3100 lbf thrust (dry)
    * Specific fuel consumption: 0.96 – 0.97
    * Thrust-to-weight ratio: 7.5 (-21), 6.6 (-5), 6.8 (-13), 7 (-15)
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2009 09:37 AM | Show all posts
Mungkin dah ada thread pasal kehilangan enjin jet F-5E ini.

Cuma yang menjadi kemusykilan aku ialah harga enjin jet tersebut yang bernilai RM50 juta. Jet tersebut dikatakan telah lama digunakan ol ...
matabelalang Post at 23-12-2009 09:32


baca thread yg lepas2...

harga reta kerajaan tiada susut nilai.

beli pada harga tu, kalau kena surcharge pun pada harga tu juga dan bukan pada harga terkini.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-12-2009 10:06 AM | Show all posts
dah kenal pasti.....
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2009 10:34 AM | Show all posts
4# toki_rompin


Kalau tak ada susut nilai, bertambah pun tak ada sepatutnya. So around 2/3 juta jer.
50 juta ni harga mark up oleh jerung kot.
Betul2 punya Ali Baba dan 40 penyamun.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2009 10:45 AM | Show all posts
Jerung Perkasa (South America) Ltd   
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2009 10:52 AM | Show all posts
cam ne bleh lepas ke latin? imegrisen,kastam dll x cek dulu ker?
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2009 11:05 AM | Show all posts
body dah ada cuma enjin jer ilang
gna enjin proton la senang....
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2009 11:29 AM | Show all posts
8# windof

hanya orang yang tak masuk akal akan kata enjin ini dijual ke IRAN!
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2009 11:32 AM | Show all posts
145# cmf_tongkatali

tak masuk akal kata IRAN dapatkan enjin kita!~
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2009 11:33 AM | Show all posts
tak silap aku ada kampeni yg diberi tender utk upgrade jet f5e nih tp kansel oleh tudm/gomen, then tudm/gomen kena saman..
ada kaitan ke dgn kes nih?
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2009 12:00 PM | Show all posts
My theory, these engines ada lagi kat Malaysia,on paper jer ada transaction jual beli tu. Engines tu ada dalam simpanan syarikat tempatan yg terlibat tu. Dia tunggu masa TUDM order engine ,of course used engine la sebab J85 org dah tak buat production, then dia jual la 50 juta. Padahal dia beli mungkin dalam 2/3 juta jer. Bzness mah.... untung manyak looh.

Macam ni kot caranya dulu2 TUDM beli gearbox Nuri ,blackmarket.. opsss
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2009 12:08 PM | Show all posts
166# kelana36

hmmm, teori nih susah nak menidakkan... ada kebenarannya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2009 12:12 PM | Show all posts
Bengang pun ada, nak ketawa pun ada, nak senyum sinis pun ada.... ada seribu andaian, ada seribu penafian. Nak percaya mana satu pun susah.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2009 12:20 PM | Show all posts
168# powerwoot

he3, biasaler... nama pun conspiracy theory
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2009 12:26 PM | Show all posts
aku agak percaya dengan teori tuan kelana tu.. duit atas angin kaw2 punya..di samping menunjukkan kelemahan yg amat ketara dlm kawalan inventori epos..pastikan pengkhianat ni dihukum sekeras2nya..bayangkan kerahsiaan negara dlm pegangan pengkhianat2 ni..:geram:
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2009 12:51 PM | Show all posts
Sungguh malang bagai ATM tahun ni, operating bajet sudah potong, pembangunan bajet tiada, courgar tiada beli. tambah lagi

RMN: Cuai KD inderaputra tenggalem.
RMAF: Hilang F-5E engines & avonics.
TDM: cepat cepat pergi kira berapa adanan tinggal lagi.

Wa rasa sedih. sedih..sedih.sedih!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:40 AM GMT+8 , Processed in 0.108626 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list