CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6835|Reply: 100

Mayat rentung bayi lelaki ditemui dalam tong sampah

[Copy link]
Post time 13-2-2010 09:06 PM | Show all posts |Read mode
KUALA KRAI: Mayat rentung seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan ditemui dalam tong sampah besar milik Majlis Daerah Kuala Krai (MDKK) di Jalan Tengku Zainal Abidin di sini pagi tadi.

Tidak dapat dipastikan sama ada bayi yang masih bertali pusat dan uri itu telah dibakar hidup-hidup.

Ketika ditemui tiga petugas MDKK yang sedang melakukan tugas memungut sampah di situ kira-kira 11 pagi, bayi yang berkulit cerah tersebut ditemui rentung pada sebahagian badan sementara kakinya juga terputus daripada badannya.

Seorang petugas berkenaan, Mohd Zain Pa'Su, 57, berkata pada mulanya beliau dan rakanya terkejut apabila mendapati tong sampah tersebut telah terbakar.

"Tong sampah ini turut dipenuhi dengan rumput, kayu dan zink yang didapati disusun dengan rapi seolah-olah bagi menyembunyikan sesuatu.

"Amat jarang tong sampah ini terbakar. Disebabkan sukar untuk mengangkat sampah kerana tongnya terbakar, kami terpaksa memunggahnya.
"Tetapi alangkah terkejutnya kami apabila menemui mayat bayi lelaki di dalamnya. Ketika itu separuh badan bayi itu masih putih tetapi masih ada bara api pada keseluruhan badannya," katanya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Krai, DSP Abdul Rahim Che Ghani, berkata berdasarkan siasatan, tong sampah itu dipercayai terbakar sejak pagi semalam.

"Tetapi disebabkan semalam bukan waktu untuk memungut sampah, tidak ada sesiapa yang menemui bayi itu sehinggalah kakitangan MDKK menjalankan tugas mereka pagi ini," katanya.

Beliau berkata, petugas MDKK berkenaan membuat laporan kepada dua anggota polis bermotosikal yang melakukan rondaan di kawasan tersebut kira-kira 11.25 pagi tadi.
"Kita turut mengesyaki suspek sengaja membakar tong sampah itu untuk menghapuskan bahan bukti kerana bimbang ia akan diketahui umum," katanya.

Beliau berkata, pihak polis sedang menunggu laporan bedah siasat dari Hospital Kuala Krai untuk mengetahui punca kematian bayi itu.

Katanya, pihaknya juga percaya perbuatan itu dilakukan oleh remaja yang tinggal di sekitar bandar ini kerana beranggapan tidak mungkin orang luar akan berkereta bagitu jauh untuk membuang bayi berkenaan.

Beliau meminta orang ramai agar memberi maklumat mengenai kejadian tersebut dan juga meminta hospital dan klinik memaklumkan kes pesakit yang baru bersalin.

Abdul Rahim berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaaan kerana menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian.

Pada Rabu lalu, kes buang bayi turut dilaporkan di Kampung Permatang Duyong, Melaka, manakala sehari sebelum itu, satu kes turut berlaku di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Satu lagi kes dilaporkan berlaku di Kedah, Isnin lalu. - Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2010 09:13 PM | Show all posts
kejam!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2010 09:15 PM | Show all posts
skgni musim buang bayi ker...alahaiiii...buat sedap jer..sungguh x bertanggungjawab:@
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2010 09:16 PM | Show all posts
semoga ko di laknat tuhann... aminnn
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2010 09:16 PM | Show all posts
apa dah jadi dunia ni...geram sungguh...
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2010 09:17 PM | Show all posts
sok valentine day.. lagi bersepah bayi2 baru dilahirkan ....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-2-2010 09:25 PM | Show all posts
Ait ari tu pon Kuala Krai gak kan??
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2010 09:25 PM | Show all posts
sok valentine day.. lagi bersepah bayi2 baru dilahirkan ....
dragger Post at 13-2-2010 21:17

ni kena tggu bln 10 nti
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2010 09:26 PM | Show all posts
sok valentine day.. lagi bersepah bayi2 baru dilahirkan ....
dragger Post at 13-2-2010 21:17

so bulan lagi,,so tunggu.. bulan Nov 2010....   di sini saya ingin memperkenalkan satu alat yg dijual di farmasi2...nama dia kondom...
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2010 09:30 PM | Show all posts
musim ni result drp event bila?????????? valentine taun lps kut
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2010 09:32 PM | Show all posts
Post Last Edit by cguct1970 at 13-2-2010 21:33

Astagfirullahhhh....
dimanakah keperimanusiaan ibu bapa bayi ini?
sudahlah ada dosa besar berzina, ditambah pulak dengan dosa membunuh...:@
akak harap sangat pasangan yang ditangkap ni
akan dikenakan hukuman paling maksima....:@ :@
ditambah dengan hukuman sebat sekurang2nya 20 sebatan bagi lelakinya
bagi serik...
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2010 09:32 PM | Show all posts
Memang kejam.. Tersangat kejam :@

Semua ibunya n maybe ayahnya mendapat balasan yg setimpal
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2010 09:47 PM | Show all posts
zalimnya manusia seperti ini
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2010 09:51 PM | Show all posts
masa nak bakar baby tuh, camne ek perasaan tu? x rase bersalah langsung.....agaknye bes dapat bunuh org ek.....gile punye manusia!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2010 09:53 PM | Show all posts
dah buang pastu bakar plak
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2010 10:00 PM | Show all posts
where is the love??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2010 10:04 PM | Show all posts
Ibu kucing pun geleng kepala tengok ibu manusia sekarang.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2010 10:04 PM | Show all posts
musim ni result drp event bila?????????? valentine taun lps kut
alieyrina Post at 13-2-2010 21:30


kiralah 9 bulan yang lepas... Mei 2009.. event apa tu?.. labour day?
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2010 10:12 PM | Show all posts
aku harap org yg bertanggungjawab buat keje xberperikemanusaan ni dapat la ditangkap...harap sgt2...  kalau die terlepas pon, harap die idup die dihantui dgn dosa yg dia buat tu sepanjang hayat.. mmg xguna betul
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2010 10:13 PM | Show all posts
mmg kejam tul....
dah xpkir dosa....:geram:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-10-2024 03:05 AM GMT+8 , Processed in 0.055267 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list