CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: minahrock

MENGAPA KAUM WANITA MENENTANG POLIGAMI ?

 Close [Copy link]
Post time 23-2-2010 08:27 AM | Show all posts
apa pun bergantung pada niat
baik laki mahu pun perempuan mesti cek dlu apa nawaitu
selalunya perempuan ni akan fikir yang laki berpoligami sbb nafsu je
klu laki dah mampu, then nak kawen sbb nafsu pun xguna gak
perempuan plak akan berat hati klu nak bagi asben yg xberapa mampu dari segi material ni utk kawen lain
ada baiknya orang yg kurang mampu tu abaikan niat kawen lain
sbb kalau dah susah, jangan la menambahkan kesusahan
sebaliknya cari la kaedah untuk menambahkan kualiti hidup

tapi kalau lelaki tu mampu dan wife yang sedia ada pun dah hidup senang
wife tu plak faham akan kebaikan poligami dan sanggup ketepikan rase jeles dan ingin berkongsi kasih
maka, lampu hijau untuk poligami tu dah bernyala
go on la
laki yang baik akan lebih banyak susah hati daripada hepi dgn poligami
sbb laki tu akan fikir yang tanggungjawabnya dah bertambah
perempuan yg baik akan support asben dia
sbb dia fhm asben dia terpaksa berlaku adil

masing2 kena la fikir dgn akal yang rasional
kalau nak ikut nafsu dan pemikiran yang cetek
payah la hdup...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2010 08:28 AM | Show all posts
Production line kicap terhenti nampaknya.

Mungkin sbb pemborong soya cina masih lagi cuti panjang terus sampai chap goh meh.

Makanya kilang kicap pon berenti production.

Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2010 08:29 AM | Show all posts
sebab lelaki kat malaysia ni x cukup kaya la.. kalo setakat gaji RM5000 ada anak 5 orang takkan ler makan pun nak cukup cukup aje.. kalo kawin lain for sure paksa bini bekerja sebab nak tolong ekonomi ...
fizamn Post at 23-2-2010 08:16

gaji 10 ribu anak satu pon tak cukup... kalu dapat bini selera besar... semua dia nak besar...
aku penah dengaq org pompuan cakap... depa suka habiskan harta laki depa supaya tak leh simpan sbb takut laki depa banyak duit kawin lain.
bab simpan duit kasi depa saja simpan untk keperluan keluarga akan datang. hahaha bijak tak..
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2010 08:31 AM | Show all posts
1# minahrock


bg aku pulak aku xske nk bkongsi kasih dgn org len.... hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2010 08:33 AM | Show all posts
gaji 10 ribu anak satu pon tak cukup... kalu dapat bini selera besar... semua dia nak besar...
aku penah dengaq org pompuan cakap... depa suka habiskan harta laki depa supaya tak leh simpan sbb tak ...
satrianaga Post at 23-2-2010 08:29


org pompuan jenis ni, yg ikut nafsu serakah (perabis harta), berlaku adil ke? yg ni conveniently didiamkan aje.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2010 08:35 AM | Show all posts
aisey, napa takde multiple choice? aku nak vote 1 & 3
observateur Post at 23-2-2010 08:12


Aku dah try edit dah . Dari single choise aku tukar pada 5 pilihan . Tapi tak dapat-dapat juga
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 23-2-2010 08:42 AM | Show all posts
Resipi perkahwinan bahagia
TERDAPAT banyak rahsia atau resipi untuk perkahwinan yang bahagia. Bagaimanapun di bawah dikongsikan tujuh saranan yang boleh diamalkan anda dalam mengekalkan keharmonian rumah tangga.

Cadangan ini memang ringkas dan boleh dibuat seberapa segera oleh mana-mana pasangan suami isteri.

1. Jika anda mahukan perkahwinan yang telah dibina bertahun-tahun kekal segar-bugar seperti hari pertama berkahwin, anda perlulah berusaha untuknya. Caranya ialah dengan meletakkan perkahwinan itu pada tempat utama.

Berikan perhatian padanya dan selalu memperuntukkan masa untuk setiap perkara yang berkaitan rumah tangga. Tidak kiralah apa yang anda selalu katakan tentang rumah tangga anda yang penting sekali ialah bagaimana cara anda menanganinya.

Tip: Buat penilaian sejauh mana anda telah memberi komitmen terhadap perkahwinan anda. Adakah anda telah meluangkan masa dan tenaga yang sepatutnya demi keharmonian rumah tangga anda?

2. Fokuskan tentang perkara yang disukai tentang pasangan anda dan abaikan apa jua perkara yang tidak berkenan tentang dia. Jika berjaya melakukan ini maka anda telah mengelakkan banyak perkara negatif yang mungkin berlaku seperti adanya hubungan sulit, perselisihan faham antara suami isteri dan yang paling penting dapat mengelakkan penceraian. Jadi fokuskan yang positif dan buang tanggapan negatif jauh-jauh.

Tip: Jangan asyik mengkritik dan mencari kelemahan pasangan. Walaupun perkara tersebut terdetik jangan biarkan ia bersarang di hati. Bila anda mula memikirkan perkara baik tentang pasangan, ia sekali gus merangsang rumah tangga menjadi lebih bahagia.

3. Sifat baik hati amat penting dalam sesebuah rumah tangga. Maka, jadilah seorang yang baik. Menerusi kajian yang dilakukan kebanyakan suami atau isteri akan lebih melayan orang luar berbanding layanan terhadap ahli keluarga sendiri. Jika anda diberi pilihan untuk menjadi 'yang benar' atau 'yang baik' maka pilihlah untuk menjadi yang baik. Itu memang satu nasihat yang bagus.

Tip: Dalam minggu ini cuba buat sesuatu yang menggembirakan hati pasangan anda. Buat kejutan seperti belikan hadiah atau menyediakan makan malam istimewa. Pastikan hati anda ikhlas ketika melakukannya dan jangan pula harapkan balasan.

4. Bila pasangan membantu anda dalam sesuatu perkara walaupun nilainya tidak seberapa, berilah dia penghargaan. Cukup sekadar mengucapkan terima kasih atas bantuan tersebut yang telah meringankan beban anda. Jadikan sikap itu satu amalan dan jika ia sudah sebati dengan diri anda pasti rumah tangga akan dipenuhi keceriaan dan kegembiraan.

Tip: Lihat balik betapa pasangan anda itu bermakna dalam hidup anda. Cuba renung sesekali ke dalam mata mereka dan senyum. Anda boleh bermula dengan ayat-ayat penghargaan yang amat ringkas seperti 'saya suka senyuman awak' atau 'terima kasih atas hidangan makan malam yang lazat malam tadi.'

5. Jika anda berhajat tentang sesuatu perkara jangan pendam dalam hati dan harapkan pasangan anda dapat 'membaca' isi hati anda. Jika perkara dimahukan tidak terjadi tentu anda berang, beritahu pasangan apa yang anda mahukan dengan cara berhemah dan jelas, Komunikasi yang baik memudahkan hubungan anda berjalan lancar. Jadi bercakaplah dan jangan harap pasangan anda boleh menjadi 'ahli nujum' pula.

Tip: Selalunya anda harapkan pasangan anda memahami apa hajat anda tanpa perlu mengatakannya? Tidak kira lelaki atau wanita masing-masing mengharapkan pasangan berlaku romantis dan mengidamkan masa berdua-duaan. Tidak kurang juga yang mengharapkan pasangan membantu dalam urusan kerja rumah. Senang saja, cakaplah pada pasangan apa yang anda mahukan.

6. Buang sifat suka menghukum atau mempertahankan diri secara perlahan-lahan. Lapangkan hati menerima pendapat pasangan anda dan itu tidak bermakna anda tidak mempunyai pendirian sendiri. Tidak bermakna juga jika anda tidak menyangkal maka anda salah sebab dalam hubungan suami isteri ini memang perlu selalu bertolak ansur terutama untuk mengekalkan kasih sayang antara satu sama lain. Tidak rugi mengalah kerana dialah insan yang anda mahukan berada di sisi anda seumur hidup bukan?

Tip: Pilih satu sifat pasangan anda yang selalu membuatkan anda marah. Bila anda dan pasangan berdebat tentang perkara tersebut cuba dengar sahaja dan jangan berfikir tentangnya walaupun dalam hati. Cuba tengok apa hasilnya?

7. Buka hati anda seikhlas-ikhlasnya untuk pasangan anda. Kebanyakan daripada kita yang telah bertahun-tahun berumah tangga masih membatasi kasih sayang sepenuhnya buat pasangan. Jika anda mahukan rumah tangga yang harmoni dan sentiasa bersemarak bahagia, cubalah ambil risiko tersebut dan jangan fikirkan tentang perkara negatif.

Tip: Buangkan sifat buruk sangka. Memang konflik sesekali akan tercetus tapi jika anda pandai mengawal diri dan yakin pasangan anda juga patut diberi peluang maka runtuhkanlah tembok keegoaan itu. Pasti rumah tangga anda akan kekal harmoni hingga ke akhir hayat.

:pompom:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2010 08:46 AM | Show all posts
Tengku Anis ke mahkamah
Oleh RAHANA MOHD. DAHARI
utusankelantan@utusan.com.my


KIRI : Elia Suhana Ahmad , Tengku Anis Tengku Abdul Hamid


KOTA BHARU 21 Feb. – Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid diperintah memberi tunjuk sebab pada 7 Mac ini kerana mengingkari perintah yang membenarkan isteri kedua Tuanku Ismail Petra melaksanakan perintah ex-parte oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada 4 Februari lalu.

Hakim Mahkamah Syarie, Mohamed Yusoff Awang membuat keputusan tersebut di dalam kamar selepas mendengar permohonan interlokutori (permohonan dalam permohonan) Elia Suhana Ahmad, 31, bersama peguamnya, Fakhrul Azman Abu Hasan di sini hari ini.

Selain Raja Perempuan, dua lagi responden yang dinamakan ialah Mohd. Shahrizan Zainal Abidin iaitu pengawal peribadi responden pertama dan Zaiton Hussein Merican, pekerja di Istana Kelantan.

Menurut Fakhrul Azman, mahkamah telah membenarkan pihak Elia Suhana mendapatkan kerjasama pihak polis untuk melaksanakan perintah tersebut dengan apa cara sekali pun bagi membolehkan responden mendapat hak giliran bersama Sultan Kelantan yang masih dirawat di Singapura.

Ketiga-tiga mereka dikehendaki hadir pada masa dan tarikh yang disebutkan untuk menunjukkan sebab mengapa mereka tidak patut dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan.

Mereka juga boleh didenda tidak melebihi RM2,000 kerana melakukan kesalahan menghina mahkamah dengan mungkir atau gagal mematuhi perintah ex-parte Mahkamah Tinggi Kota Bharu pada 4 Februari lalu.

‘‘Elia Suhana sebelum ini telah mendapat perintah hak giliran eksklusif selama dua hari dalam seminggu, bermula Sabtu pukul 7 pagi sehingga Isnin waktu yang sama oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu.

‘‘Tetapi perintah itu tidak dapat dilaksanakan kerana dihalang oleh responden pertama,” katanya.
Fakhrul Azman berkata demikian kepada pemberita selepas prosiding berlangsung yang turut dihadiri anak guamnya, Elia Suhana yang kelihatan tenang, berbaju kurung moden dan bertudung ungu.

Susulan daripada itu katanya, pihaknya menerima perintah pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Wisma Putra, Jabatan Imigresen dan mana-mana jabatan kerajaan hendaklah memberi kerjasama penuh untuk memastikan pelaksanaan perintah disempurnakan.

Sudah enam bulan Elia tidak bertemu suaminya dan kali terakhir pada 12 Februari lalu, beliau tetap dihalang daripada berjumpa suaminya,” katanya.

Menurutnya, sebelum ini anak guamnya enggan membawa kes tersebut ke mahkamah tetapi selepas beberapa kali dihalang malah kunjungannya dibuat laporan polis atas alasan menceroboh, tindakan sewajarnya terpaksa diambil.

“Ketika Sultan Kelantan menerima rawatan, Elia Suhana melawat suaminya pada sebelah pagi untuk tidak menimbulkan kekecohan tetapi dia dilaporkan menceroboh, lantas tindakan ini dilakukan untuk mendapatkan haknya,” katanya.

Dalam perintah yang dikeluarkan hari ini, ia turut menyebut PDRM hendaklah menggunakan segala kuasa yang ada bagi memastikan perintah ex-parte itu berjalan lancar termasuk mendapatkan bantuan polis Singapura atau mana-mana pihak berkuasa berkenaan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2010 08:46 AM | Show all posts
orang pompuan ni kalo hal anak luar nikah,ikot lelaki lari,x berminat langsung nak perjuangkan!ngo wanita pun wat x kisah je kalo kes2 cam ni.tapi kalo kes poliogami!sanggop bermati2 nak tentang!aku pun heran!
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2010 08:47 AM | Show all posts
Post Last Edit by anniehanida at 23-2-2010 07:49
...kalau dah tak mampu...cukuplah satu..takyahlah buka cawangan...
anniehanida Post at 23-2-2010 07:46


kalo dh tak mampu jgn kata poligami.. monogami pun xblh... dh kategori haram berkahwin.. lain la kalo pompuan tu mmg rela..
tp kalo dtg sorg pompuan lain plak.. yg menyatakan kerelaan yg sama jgn dia dok pertikai plak..

99.999% org yg menentang poligami bkn sbb kemampuan.. tp atas pegangan suami adalah hak seorg isteri sepertimana isteri yang menjadi hak seorg suami..
pegangan ni bkn menjadi mslh pada isu poligami sj.. kadang2 smpai ke ibu mertua... smpai timbul isu bermadu dgn ibu mertua.. suami lbh mementingkan ibunya.. dan lain2... walhal seorg lelaki tu milik ibunya smpai ke akhir hayat...
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2010 08:49 AM | Show all posts
hek ele.... CI ka ni....
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2010 08:49 AM | Show all posts
Rasululah pun ikat batu kat pinggang untuk menahan lapar . Mampu juga berkawin sampai 4
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2010 08:50 AM | Show all posts
nak kawin yg ke 2 jer susah nk dapatkan green light dr 1st isteri

kalo yg no 3 & 4 senang la skit sbb bila nk kawin no 3...biasanya bini no 1 akn sokong

dengan penuh perasaan dendam..

dia akn ckp..."padan muka yg no 2 tuh...skang ni turn laki dia pulak kena rampas"

& begitulah seterusnya
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2010 08:51 AM | Show all posts
orang pompuan ni kalo hal anak luar nikah,ikot lelaki lari,x berminat langsung nak perjuangkan!ngo wanita pun wat x kisah je kalo kes2 cam ni.tapi kalo kes poliogami!sanggop bermati2 nak tentang!aku p ...
shazuyi Post at 23-2-2010 08:46


sbb tu pompuan tak boleh banyak sangat jadi bos... depa banyak terpengaruh dengan emosi... nie ada kaitan ngan thread sebelah... sory off topic. hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2010 08:53 AM | Show all posts
sbb tu pompuan tak boleh banyak sangat jadi bos... depa banyak terpengaruh dengan emosi... nie ada kaitan ngan thread sebelah... sory off topic. hehehehe
satrianaga Post at 23-2-2010 08:51


Jadi Big Bos boleh kot ?
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2010 09:01 AM | Show all posts
org pompuan jenis ni, yg ikut nafsu serakah (perabis harta), berlaku adil ke? yg ni conveniently didiamkan aje.
observateur Post at 22-2-2010 19:33


lelaki nafsu nak berbini ramai, ppuan nafsu nak habiskan duit laki..
namapun manusia... memasing tamak......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2010 09:02 AM | Show all posts
Itulah bila manusia bertuhankan pada hawa nafsu
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2010 09:05 AM | Show all posts
apsal masuk kat bod CI..tepekla kt FD..
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2010 09:06 AM | Show all posts

KIRI : Elia Suhana Ahmad , Tengku Anis Tengku Abdul Hamid


Suami untuk dikongsi dan bukan untuk di rebut
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2010 09:08 AM | Show all posts
apsal masuk kat bod CI..tepekla kt FD..
harumawar Post at 23-2-2010 09:05


Ni kira CI la . Rakyat biasa sampai ke raja2 masing2 nak ikut hawa nafsu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 03:18 AM GMT+8 , Processed in 0.523107 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list