CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4012|Reply: 4

Ziana masih trauma lahirkan kembar

[Copy link]
Post time 25-2-2010 11:49 AM | Show all posts |Read mode
Ziana masih trauma lahirkan kembar    Oleh Ramlah Zainal
roses@hmetro.com.my
2010/02/25
                                      

   
              USIA bayi kembarnya kini sudahmencecah tujuh bulan. Namun, sampai hari ini, pihak media cetak danelektronik belum berpeluang merakamkan gambar bayi kembar kesayanganpenyanyi popular Ziana Zain itu buat tatapan peminat setianya.
Bayi kembar Ziana itu dilahirkan secara pembedahanjam 10 pagi, tanggal 23 Julai lalu di Pusat Perubatan SMC, Shah Alam.Bayi lelaki Ziana dilahirkan dengan berat 2.1kilogram dan bayiperempuannya pula seberat 1.7 kilogram.
BagiZiana, 42, dia menunggu masa sesuai untuk memperkenalkan dua bayikembar tidak seirasnya, Muhammad Ariel dan Siti Nour Kaseh itu kepadapeminat.

"Saya tidak berhasrat untuk menyorok anak daripadapeminat seperti selebriti Hollywood. Sebenarnya, saya dan anak kurangsihat dan keluar masuk hospital sebelum ini. "Bayi kembar saya jugadilahirkan tidak cukup bulan. Doktor juga menasihatkan saya berehatselama lima hingga enam bulan untuk pulih sepenuhnya. Alhamdulillah,kini, kesihatan saya dan bayi sudah pulih seperti biasa," katanya yangterpaksa dibalut gara-gara terkena air panas di rumahnya, baru-baruini. Berkongsi pengalaman melahirkan anak kembarnya itu, Ziana berkata,dia berhadapan dengan kompilasi yang teruk dan bertarung dengan mautketika melahirkan mereka menerusi pembedahan. "Lima hari sebelumbersalin, saya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) selama dua haridan selepas bersalin saya dimasukkan lagi ke ICU untuk dua hari lagi.Saya juga tumpah darah yang banyak dan doktor juga memasukkan sebanyaklapan pain darah pada hari pertama selepas bersalin. "Bayangkan, kaumKeluarga kami sudah berkumpul apabila mereka mendapat berita saya diunit ICU sebelum ini," katanya.

Terus terang, kata Ziana, dia mengakui berasa trauma dengan pengalaman melahirkan anak kembarnya itu.

"Saya juga tidak bercadang untuk mengandung lagi selepas ini," katanya.Sebagai ibu kepada empat anak, Ziana berkata, bukan mudah untukmembesarkan bayi kembarnya itu.

"Saya dan suami berhadapan dengan cabaran besar sepanjang tempohtiga hingga empat bulan pertama menjaga bayi kembar kami ini. Saya jugaberasa hendak menangis kerana tidak cukup rehat dan tidur. "Saya dansuami juga bergilir-gilir menjaga bayi kembar kami ini dankadang-kadang berjaga sampai pagi. Selepas saya menyusukan Ariel,setengah jam kemudian yang seorang lagi menangis hendak menyusu pula."Bagi memastikan keselamatan anak, saya juga menghantar anak kembar danpembantu rumah ke rumah emak ketika saya terbabit dengan aktivitiseni," cerita Ziana.

Hasil perkongsian hidup dengan ArminZaharin, Ziana juga mempunyai dua anak, Muhammad Aiman, 10 dan MuhammadAmmar, 7. Ziana ditemui di sidang media Muzikal Gamat 2 terbitan CTRAProduction dengan kerjasama Persatuan Penulis Wanita Malaysia (PPWM),Pusat Pelancongan Malaysia (Matic), Akademi Seni Budaya dan Warisan(Aswara) dan Istana budaya di Saloma Bistro, Jalan Ampang, KualaLumpur, baru-baru ini. Muzikal arahan Zaifri Husin ini akan dipentaskandi Auditorium (Matic), Kuala Lumpur bermula 12 hingga 22 Mac ini. Iaturut menampilkan Amy Mastura, dan Misha Omar.

Mengulasmengenai Muzikal Gamat 2 pula, Ziana yang tampil dengan busana rekaanRizman Ruzaini pada petang itu berkata, dia membawa watak ketuaObor-Obor berkata, sangat teruja untuk menjayakan pementasan berkenaan.

"Sebenarnya sudah lama saya ingin berlakon teater, tetapi masa pulatidak sesuai ketika itu. Saya terima tawaran buat teater ini kerana iateater kanak-kanak dan bercorak muzikal. "Sebagai ibu kepada empatanak, saya ingin mendidik anak mengenai kepentingan gamat danpemuliharaan alam sekitar. Anak sulung saya, Aiman memang minat dengansubjek sains dan suka dengan kehidupan laut ini. Selain muzikal Gamat2, Ziana juga terbabit dengan pementasan teater Antara arahan EllySuriaty yang bakal dipentaskan pada 26 hingga 28 Februari di IstanaBudaya (IB).

Ziana tidak berlakon sebaliknya dia hanyamenyampaikan tiga lagu pada pementasan itu nanti. Dari segi pengacaraanpula, Ziana bakal menjadi pengacara Hip TV bulan depan

Sumber:http://www.hmetro.com.my/myMetro ... irkankembar/Article
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2010 12:21 PM | Show all posts
siannya ZZ
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2010 01:06 PM | Show all posts
jangankan anak kembar..anak sorangpun susah nak jaga...inikan pulak yang kembar..
nak melahirkan pun banyak cabaran..semoga bila anak2 dah besar, jangan lupa jasa ibu bapa..
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2010 02:08 PM | Show all posts
aku bole bygkn b4 c-sect dah kat icu after icu lg...tumpah darah bole bw mauttttt oooo..SMC tu bukan ker dah jd KPJ Shah Alam/Selangor lani??? apsal guna nama SMC lg?
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2010 05:39 PM | Show all posts
alahai .. kesian nya ZZ
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 06:13 PM GMT+8 , Processed in 0.055674 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list