CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 141978|Reply: 2510

MIstRI DsKoLah & ksh2 lain.. jom kongsi pnglmnV5

 Close [Copy link]
Post time 8-3-2010 09:22 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by halimi78 at 8-3-2010 09:53

Salam buat kawan2 me dan warga MPS.. momods oso..sbnrnya tgerak dhati nak tukar tajuk.. tp mengenangkan ini sambungan perjalanan cerita lama, kesinambungan pengalaman lepas, bkn stakat me malah kawan2 d sini.. me teruskan juga dgn tajuk yg sama.. sekurang2nya pada rakan2 lama yg dah lama x jenguk sini bkebetulan dtg, senang nak cari balik.. itu saja niatnya.. mpermudahkan..

rentetan dr peristiwa yg me alami, yg dlalui rakan2 d sini, byk pengalaman dpt me kutip.. pengalaman yg tentunya x tnilai buat me.. dulu2 me 'buta'.. itu istilah paling seswai me gunakan.. sbb lgsg me xtau mcmmana nak bhadapan dgn situasi yg melibatkan unsur mistik... tp slps apa yg me tempuhi sepanjang bbrp lama ini.. Alhamdulillah, me lbh 'celik' dan lbh yakin dgn diri me.. justeru me percaya, perkongsian d sini bkn skadar bkongsi cerita, memenuhkan masa tluang, tp sbnrnya ruang utk kita mengenal dan bljr tentang sst.. mberi peluang kita mengambil iktibar dr setiap yg blaku..

jutaan terima kasih me ucapkan pada mereka yg menyumbangkan cerita d sini.. pd mereka yg sudi mengongsikan pengalaman pahit getir yg mereka lalui utk djadikan iktibar dan pedoman.. juga pada para moderator yg baik hati (opsss.. bkn bodek, mmg ikhlas..) kerjasama dr para moderator amat me hargai.. juga x lupa pada sahabat2 yg sudi berkongsi tips dan panduan, yg x lokek bkongsi ilmu yg bmanfaat (Ilah, safamm, en limau dll..) harap dpt kongsi lagi ya.. insyaAllah, mana2 tambahan tips @panduan yg dberi me akan cuba update dr semasa ke semasa.. (yg dah ada kat thread lama me x tepek sini.. sila belek umah lama k..)

ini link ke thread lama:

http://mforum6.cari.com.my/viewthread.php?tid=411078 (no 1)

http://mforum6.cari.com.my/viewthread.php?tid=416292&page=1 (no 2)

http://mforum3.cari.com.my/viewthread.php?tid=420058&page=1 (no 3)

http://mforum2.cari.com.my/viewthread.php?tid=426157&extra=page%3D1 (no 4)




P/s: kpd yg nak kongsi cerita, hatta nak kongsi masalah d sini... u r welcome.. stakat tdaya mana leh bantu insyaAllah me cuba bantu...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-3-2010 09:22 AM | Show all posts

sekadar renungan

Post Last Edit by halimi78 at 8-3-2010 09:32

Islam itu mudah apabila , pertama,menjalankan syari'at Islam boleh secara
bertahap. Dalam hal ini, seorang muslim tidak serta-merta diharuskan
menjalankan kewajiban agama dan amalan-amalan sunnah secara serentak. Ada
tahapan yang mesti dilalui: mulanya kita hanya diperintahkan untuk
melaksanakan kewajiban-kewajiban pokok agama. Setelah yang pokok-pokok
berhasil dilakukan dengan baik dan rapi, kalau punya kekuatan dan
kesempatan, maka dianjurkan untuk menambah dengan amalan-amalan sunnah.

Bagaimana?
Pertama, membenarkan Islam diamalkan secara berperingkat- peringkat seperti
kita mendidik seseorang untuk bersolat. Saya berikan contoh dari cerita
seorang lelaki yang baik tetapi tidak bersolat.

Kisahnya bermula di sebuah tempat di salah sebuah Negara Arab. Terdapat
seorang pemuda yang sangat liat untuk mendirikan solat. Malah dia tidak
mendirikan langsung solat lima waktu. Seorang diri pun berat, apatah lagi
secara berjamaah. Setiap kali ada ulama yang berkunjung ke tempat mereka,
seringkali jugalah penduduk setempat mengadu kepada ulama yang datang
bertandang berkenaan sikap pemuda tersebut.

Berkali-kali diberikan nasihat namun sedikitpun tidak memberikan apa-apa
kesan kepada anak muda ini. Malah makin menjadi-jadi.

" Awak wajib mendirikan solat lima waktu. Solat merupakan tiang agama kita"
kata salah seorang pendakwah kepada pemuda tersebut.

" Emm..insyaAllah kalau saya rajin saya akan buat ye " jawab pemuda tersebut
secara sinis.

Begitulah seterusnya. Sehinggalah datang seorang ulama daripada al-Azhar
al-Syarif bertandang ke tempat mereka. Aduan yang sama diberikan. Setelah
mendengar dengan teliti aduan para penduduk. Maka Ulama ini berkenan untuk
bertemu dengan pemuda ini.

" Syeikh pun nak tegur saya juga? Nak suruh saya dirikan solat lima waktu?"
sindir pemuda ini bila melihat ulama tersebut datang bertamu ke rumahnya.

Ulama tersebut sambil tersenyum menjawab " Sekadar ingin berkenalan.Tiada
langsung niat saya ingin memaksa kamu seperti yang kamu sebutkan".

Pertemuan pertama berjalan dengan lancar. Langsung tidak disentuh oleh ulama
tersebut berkenaan solat . Perkara yang dilaksanakan hanyalah sekadar
merapatkan tali silaturrahim. Bincang tentang pekerjaan, tempat tinggal,
sara hidup dan lain-lain.

Pemuda tersebut begitu senang dengan perlakuan Syeikh. Tanpa sedar terselit
rasa kagum pada seorang tua berjubah tersebut. Tidak seperti yang selalu
datang bertemu dengannya. Setiap kali duduk , terus memberikan peringatan
dan dalil-dalil tentang haramnya meninggalkan solat.

Akhirnya pemuda ini pula datang berkunjung ke tempat penginapan Syeikh. Maka
semakin bertambah mesra pergaulan mereka. Begitulah keadaan seterusnya,
Syeikh tetap tidak pernah menyentuh tentang solat. Sehinggalah tiba satu
hari, Syeikh memberitahu bahawa beliau akan berangkat pulang ke Mesir. Ini
kerana tugas yang diberikan oleh pihak al-Azhar ditempat tersebut telah
selesai. Pemuda itu datang bertemu Syeikh. Rasa sedih akan berpisah dengan
seorang ulama menyentak-nyentak jiwanya.

Sebelum berpisah, Syeikh memeluk Ahmad seraya berkata dengan lembut " Ahmad,
aku ada mendengar suara-suara mengatakan bahawa engkau tidak pernah
bersembahyang. Betulkah begitu?"Tersentak Ahmad bila mendengar pertanyaan
daripada Syeikh tersebut.

" Memang benar wahai tuan Syeikh. Bukan aku tidak mengetahui bahawa ianya
wajib cuma sikap malas yang ada padaku inilah yang menghalang untukku
melakukannya"jawab Ahmad memberikan alasan.

"Baiklah, kalau begitu, bolehkah kamu tunaikan permintaanku sebelum aku
berangkat pulang?"

"permintaan apa itu wahai tuan?"

" Kamu pilih solat mana yang paling ringan untuk kamu dirikan. Satu pun
sudah memadai, Boleh?"Tanya Syeikh kepada Ahmad.

Terkejut Ahmad mendengar pertanyaan Syeikh. Belum pernah dia dengar solat
boleh dipilih-pilih untuk disempurnakan.

" Bolehkah begitu wahai tuan Syeikh?" Tanya Ahmad penuh keraguan.

"Boleh tapi hanya untuk kamu sahaja" Jawab Syeikh sambil tersenyum.

" Baik ,dulu kamu pernah ceritakan kepadaku bahwa kamu berkerja sebagai
petani bukan? Dan kamu juga sering bangun awal pagi untuk ke kebunmu.
Bukankah begitu Ahmad?" Tanya Syeikh kepada Ahmad.

"Benar Tuan Syeikh"

"Kalau begitu aku cadangkan kepadamu, alang-alang kamu telah bangun setiap
awal pagi , apa kata jika kamu basahkan sedikit sahaja anggota tubuhmu
dengan wudhuk dan terus selepas itu dirikan solat subuh dua rakaat. Dua
rakaat sahaja, rasanya tidak terlalu berat bukan?" Syeikh memberikan
cadangan kepada Ahmad.

Ahmad tanpa banyak bicara terus menerima cadangan Tuan Syeikh. Perasaan
serba salah menyelinap jiwanya jika dia menolak permintaan syeikh tersebut
yang terlalu rapat dengannya.

"Janji denganku Ahmad yang kamu tidak akan meninggalkan sekali-kali solat
subuh ini di dalam hidupmu. InsyaAllah tahun depan aku akan berkunjung lagi
ke sini. Aku berharap agar dapat bertemu denganmu di Masjid setiap kali
solat subuh tahun hadapan.Boleh ya Ahmad? Syeikh memohon jaminan
daripadanya.

" Aku berjanji akan menunaikannya". Maka dengan senang hati Tuan Syeikh
memohon untuk berangkat pulang ke Mesir. Di dalam hatinya, memohon agar
Allah memberikan kekuatan kepada Ahmad untuk melaksanakan janjinya.

Tahun berikutnya, setelah Tuan Syeikh sampai di tempat tersebut, beliau
benar-benar gembira bilamana melihat Ahmad benar-benar menunaikan janjinya.
Namun menurut penduduk setempat, Ahmad hanya solat subuh sahaja. Solat yang
lain tetap tidak didirikan. Tuan Syeikh tersenyum. Gembira dengan perubahan
tersebut.

Suatu pagi setelah selesai menunaikan solat subuh secara berjemaah di
Masjid. Syeikh memanggil Ahmad. Seraya bertanya: " Bagaimana dengan janjimu
dulu Ahmad.Adakah ada terdapat hari yang engkau tertinggal menunaikan solat
subuh?".Ahmad menjawab dengan yakin : " Berkat doamu tuan Syeikh,
Alhamdulillah sehari pun aku tidak ketinggalan solat jemaah subuh di masjid
ini"

"Alhamdulillah, bagus sekali kamu. Engaku benar-benar menunaikan janjimu."

" Mudah sahaja rupanya tunaikan solat ini ya Tuan"

" perkara yang kamu lakukan tanpa paksaan pasti akan kamu rasakan mudah
sekali. Yang penting jangan rasakan ianya suatu paksaan .Tetapi anggap ianya
suatu kegemaranmu. Seperti kamu berkebun. Tiada yang memaksa, tetapi
disebabkan minatmu yang mendalam terhadap kerja-kerja itu, maka tanpa
disuruh kamu akan melaksanakannya bukan?"Syeikh menerangkan kepada Ahmad.

" Benar apa yang tuan katakan.Perkara yang kita lakukan dengan minat, tanpa
dipaksa pun akan kita laksanakan"

"Ahmad, kamu habis bekerja pukul berapa ya?" Tanya Syeikh kepada Ahmad.

" Ketika azan Zohor aku berhenti untuk makan , kemudian aku sambung kembali
kerja sehingga hampir Asar"

"pasti kamu bersihkan sedikit dirimu bukan ? Membasuh tangan dan kaki untuk
duduk menjamah makanan? Benar Ahmad?" Tanya Syeikh meminta kepastian.

"Ya benar Tuan"

" Kalau begitu, apa pendapatmu jika aku mencadangkan agar engkau lebihkan
sedikit basuhanmu itu. Terus niatkan ianya sebagai wudhuk. Selesai makan,
terus dirikan solat zohor empat rakaat. Sekadar empar rakaat tidak lama
rasanya bukan? Takkan terjejas tanamanmu agaknya?" Kata Syeikh berseloroh
kepada Ahmad.

Ahmad tertawa dengan gurauan Tuan Syeikh. " Betul juga apa yang disebutkan
oleh tuan. Baiklah mulai hari ini saya akan cuba laksanakannya".

Jauh disudut hati Syeikh berasa sangat gembira dengan perubahan yang berlaku
kepada Ahmad. Setelah selesai kerja Syeikh di tempat tersebut. Beliau
berangkat pulang ke Mesir. Beliau berjanji untuk datang semula pada tahun
hadapan.

Begitulah keadaannya Ahmad. Setiap tahun Syeikh bertandang, maka setiap kali
itulah semakin bertambah bilangan solat yang dilakukan. Kini masuk tahun ke
lima Syeikh bertandang ke tempat tersebut.

Ahmad seperti biasa hanya mendirikan solat empat waktu kecuali Isya'.
Selesai menunaikan solat Maghrib. Terus beliau berangkat pulang ke rumah.

Suatu hari semasa Tuan Syeikh melihat Ahmad hendak berangkat pulang setelah
menunaikan solat Maghrib berjemaah. Terus beliau memanggil Ahmad.

" Bagaimana dengan kebunmu Ahmad? Bertambah maju?" Syeikh memulakan bicara.

" Alhamdulillah, semakin bertambah hasilnya Tuan"

" Baguslah begitu.Aku sentiasa doakan hasilnya semakin bertambah."Doa Tuan
Syeikh kepada Ahmad.

" Ahmad, aku ingin bertanya kepadamu sebelum engkau pulang. Cuba engkau
perhatikan dengan baik. Apa lebihnya kami yang berada di dalam masjid ini
berbanding kamu? Dan Apa kurangnya kamu berbanding kami yang berada di dalam
masjid ini?"

Ahmad tunduk sambil memikirkan jawapan yang patut diberikan.

" Lebihnya kamu semua adalah kerana kamu mendirikan solat Isya', sedangkan
aku tidak menunaikannya"

"Baiklah, adakah kamu ingin menjadi orang yang lebih baik daripada kami
semua?"Tanya Tuan Syeikh menguji.

"Sudah tentu wahai Tuan Syeikh" jawab Ahmad dengan penuh semangat.

" Kalau begitu dirikanlah solat Isya'. Maka engkau tidak lagi kurang
berbanding kami.Malah engkau akan menjadi lebih baik daripada kami" Syeikh
memberikan jawapan yang cukup berhikmah kepada Ahmad.

Akhirnya, berkat kesabaran Tuan Syeikh mendidik Ahmad.Beliau berjaya
menjadikan Ahmad seorang yang tidak lagi meninggalkan solat.

Lima tahun bukanlah masa yang singkat untuk memberikan dakwah sebegini.
Kesabaran dan hikmah yang tinggi sangat-sangat diperlukan demi menyampaikan
risalah dakwah.

Berbeza dengan kita sekarang. Sekali kita bercakap, harapan kita biar sepuluh orang berubah dalam sekelip mata. Oleh kerana itulah, bilamana orang menolak dakwah kita, kita mencemuh, mengeji dan mengatakan bahawa semua
sudah lari daripada jalan dakwah.Lari daripada jalan kebenaran.

p/s: ni me kopi-pes dr kubur purba sinun.. kedit to tina...
iman-ilmu-amal...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2010 09:23 AM | Show all posts

apa yg boleh dkongsi...

Post Last Edit by halimi78 at 12-3-2010 17:22

1) yg ni me dapat dr pakngah (kedit to pakngah.. )

pada yg bhadapan dgn gangguan..
slps solat maghrib, amalkan baca AlFalaq diikuti AnNas, ulangi sebanyak 41x..
andainya d waktu tidur ddatangi mimpi yg bukan2, bangun, bukak baju kibas2kan dkt muka pintu "aku pulangkan balik apa yg dkirim" pastu tbalikkan.. br sambung tido...

2) hak ni yang en limau kasik aritu.. utk gangguan pd ank2.. leh guna bacaan Asma-ul-Husna @ dgn cara azan 7x..
1. Al-Fatihah
2. Selawat Syifa
3. Selawat munjiyat
4. Selawat Tafrijiyah
5. Surah Al-Hashr : 21-24
6. Surah Al-Mukminun : 115-118

Periksa dulu kehadiran jin yang digelar Ibnu Sibyan. Baca ayat atas tu dan tiup secara hembusan yang kuat (fuuh), di ubun2 belakang budak, terbaik semasa budak itu dalam keadaan tidur, jika semasa tiup tu, budak tersebut tersentak, menunjukkan adanya Ibnu Sibyan. Selepas tiup ubun2, tiup pada kaki dan akhir sekali pada arah pintu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2010 09:23 AM | Show all posts

renungan jugak...

Post Last Edit by halimi78 at 8-3-2010 13:31

ni jugak sekadar renungan..
peringatan siapa kita sbnrnya..

dsebutkan kisah seorang abid.. hidup mengasingkan diri sdirian sbuah pulau..
tiadalah dlm kehidupan sehari2nya melainkan beribadah kpd Allah..
hingga tibalah saat ajalnya, dijemput pulang mengadap Ilahi..
setelah dbangkitkan kembali d hari pengadilan..
si abid memohon kpd Allah agar diizinkan masuk ke syurga..
lalu dtanyakan kpd abid apakah sbbnya maka perlu dia diizinkan masuk ke syurga..
lantas dia mjawab "ya Allah, sesungguhnya dlm hidupku x pernah sekali2 ku terlupa mengerjakan amal dan ibadah kpdmu"
maka Allah bkata padanya "sesungguhnya syurga itu milikku, Aku memasukkan ke dlm syurga sesiapa yg Aku kehendaki atas rahmatKu"
lalu dengan rahmat Allah abid tadi dmasukkan ke dalam syurga..

justeru, sbg peringatan buat diri ini.. betapa kita jgn sekali2 lupa memohon kerahmatan dr Allah setiap masa.. krn tiada jaminan kita akn ke syurga melainkan dgn rahmat Allah.. sebanyak mana pun amal kebajikan yg kita kerjakan, itu bkn jaminan syurga akn mjadi kediaman kita d kemudian hari.. kerna tidak siapa mengetahui, adakah amal itu dterima Allah..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2010 09:23 AM | Show all posts

cite yg ada...

Post Last Edit by halimi78 at 20-7-2010 19:25

ni me wat link cite (taim rajin jah..)

1. cite pinktriangle

2. cite kakJAHku

3. cite skolah bonehenry    sini

4. cite aku.. masa g langkawi.. cite lain sini, sini, sini dan sini         
   
    ni dr abe soh...sini sini  sini dan sini

5. cite lampu liplap.. sini sini sini

6. cite malika sini...

7. cite roung sini...
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2010 10:21 AM | Show all posts
Wahhhhhhh...udah umah baru Mi...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-3-2010 10:23 AM | Show all posts
2# halimi78
sungguh best ini cerita,
dakwah lama yang sabar..
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2010 11:01 AM | Show all posts
salam halimiiiiiiiiiiiiiiiiiii....

tahniah..dah ada umah baru..dan ilah suka kisah teladan tu..leh wat cerita sebelum tido kat anak2 ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2010 11:09 AM | Show all posts
salam halimiiiiiiiiiiiiiiiiiii....

tahniah..dah ada umah baru..dan ilah suka kisah teladan tu..leh wat cerita sebelum tido kat anak2 ...
ilahkhatibrani Post at 8-3-2010 11:01


anak2 ilah? dah nak ada anak baru ke?
ikut perancangan nak berapa tu?
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2010 11:11 AM | Show all posts
salam umah baruuuu................
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2010 11:30 AM | Show all posts


Tahniah  Halimi ... kisah sekolah yg ke 5 dah...
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2010 11:45 AM | Show all posts
Salam Halimi dan member2 lain

Tahniah, dh bukak umah ke 5 dah Mi.....
Citer hari nie, kita rasa musykil dgn mimpi semlm.....entah2 mainan perasaan aje kot.....Dlm mimpi semlm tu, kita jln lintasan satu jambatan kecil, ada 2 ekor rimau (satu anak, satu mak) dok jln saing dgn kita....lps tu jumpa kubur....ada dua kubur, ada dua mayat berbalut dgn kain kapan...satu tu dh pecah perut, org2 kat situ kata dia suka makan byk, mkn rezeki tk halal....satu lg mayat tu dh ilang kepala, org2 kat situ kata dia nie kepala batu.....kita nk berenti kat situ tp ada yg pesan suh jln terus aje.....jumpa satu mcm madrasah....ramai org tgh duduk dlm tu....mcm dgr ceramah...kat situ aje terang, tempat lain semua gelap....kita pn berenti kat situ....

Lps tu entah hapa2 lagi, kita tk ingat....tapi yg kita ingat, ada satu suara pompuan tu ckp dgn kita, "terus amalkan bacaan tasbih nabi yunus tu, jgn berenti"...lantas pompuan tu baca kat kita, suh kita ikut....

Lps tu terus terjaga, tgk jam dh 4 pagi.......

Apasal yek mimpi pelik camtu, seblm tido, kita tk pk apa2 pn, cuma pk pasal nk siapkan keje opis aje....
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2010 11:59 AM | Show all posts
Salam semua...

Tahniah Halimi dah masuk rumah ke-5 n thanks coz x tukar nama rumah ni....ramai yg dah sebati dgn umah ni la....
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2010 12:14 PM | Show all posts
ye ye rumah baru..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2010 01:33 PM | Show all posts
Wahhhhhhh...udah umah baru Mi...
medangmru Post at 8-3-2010 10:21


mekasih ya mod medang.. me buka sbg tanda ingatan buat kawan2 kat sini..
sekurang2nya, d sini kita saling bpesan2 utk kebajikan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2010 01:37 PM | Show all posts
salam buat kak ea, Ilah, en limau, naga, kroit, lampu... dan sahabat2 yg me x sebutkan d sini..

mekasih atas sokongan kalian.. tanpa kalian, hilang seri umah ni..
ya, d sini kita bkenalan.. wp kata org d alam maya cuma, namun kemesraan dan keikhlasan cukup terasa.. semoga hubungan ini kekal hingga ke akhirnya, insyaAllah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-3-2010 01:41 PM | Show all posts
Salam Halimi dan member2 lain

Tahniah, dh bukak umah ke 5 dah Mi.....
Citer hari nie, kita rasa musykil dgn mimpi semlm.....entah2 mainan perasaan aje kot.....Dlm mimpi semlm tu, kita jln lintasan ...
lampu_liplap Post at 8-3-2010 11:45


salam lampu..

me x reti nak tafsir mimpi.. cumanya, kalau d fahamkan sbetulnya setiap kali kita mbacakan tasbih nabi Yunus sepatutnya kita menginsafi diri, betapa Allah itu maha suci sifatNya tiada pernah melakukan kezaliman.. bahkan kitalah manusia yg sering melakukan kezaliman.. dan apa yg dtunjukkan dlm mimpi itu adalah contoh2 sifat manusia yg mzalimi dirinya.. dan insyaAllah, selama kita menyedari akan hakikat ini, Allah akan memeliharakan diri kita dr kejahatan..

wallahua'lam..
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2010 01:59 PM | Show all posts
9# krestfallen


nak enam kalau leh ..kalau lebih pun takper...rezeki tu namanya
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2010 02:02 PM | Show all posts
9# krestfallen


nak enam kalau leh ..kalau lebih pun takper...rezeki tu namanya
ilahkhatibrani Post at 8-3-2010 13:59


kita anak nombo 4 drpd 6.. 3 laki 3 pompuan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2010 02:02 PM | Show all posts
9# krestfallen


nak enam kalau leh ..kalau lebih pun takper...rezeki tu namanya
ilahkhatibrani Post at 8-3-2010 13:59


waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:25 PM GMT+8 , Processed in 0.082477 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list