CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 132412|Reply: 422

Keratan Akhbar / Petikan Berita

[Copy link]
Post time 23-3-2010 02:16 PM | Show all posts |Read mode
Kalau ada berita2 menarik dari keratan akhbar / petikan berita [tak kiralah dari surat khabar atau 'on line newspapers'] tentang peristiwa atau apa-apa sahaja yang berlaku di JOHOR, bolehlah tampal dan kongsi sama-sama di sini.

Jangan malu-malu.  Nak 'kacang' tak?

tqvm.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-3-2010 02:33 PM | Show all posts
Contoh:

[Utusan Malaysia Online]

Pengusaha produk pelancongan perlu lebih kreatif

MUAR 21 Mac - Para pengusaha produk pelancongan terutama di luar bandar perlu mengambil kesempatan daripada kemasukan pelancong Singapura pada setiap hujung minggu dengan menyediakan barangan atau perkhidmatan yang lebih kreatif.

Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen berkata, usaha itu perlu dilakukan bagi memastikan para pelancong terlibat bukan sahaja akan berbelanja lebih malah sanggup bermalam di destinasi menarik di negara ini.

Berdasarkan perangkaan katanya, hampir 40 peratus pelancong luar negara yang direkodkan adalah dari Singapura dan kelazimannya mereka berada di negara ini pada Jumaat, Sabtu dan Ahad.

"Pelancong Singapura suka berkunjung ke kawasan luar bandar kerana mereka sudah biasa dengan kawasan bandar besar.

"Saya dapat melihat potensi bandar Muar dalam menarik pelancong Singapura melalui kekayaan warisannya dan alam semula jadi yang cantik," katanya pada sidang akhbar di Tanjung Emas di sini hari ini.

Terdahulu, beliau diiringi Yang Dipertua Majlis Perbandaran Muar (MPM), Abd. Wahab Ridwan dan Pengarah Tourism Malaysia Johor, Noridah Kamarudin membuat tinjauan terhadap projek penyelenggaraan taman-taman rekreasi di daerah ini yang menerima Pakej Rangsangan Ekonomi Kementerian Pelancongan.

Beliau turut meluangkan masa menaiki bot rekreasi yang menyusuri Sungai Muar di samping dihiburkan dengan tarian kuda kepang dan barongan daripada penduduk tempatan.

Menurut Yen Yen, beliau berharap aktiviti pelancongan di daerah Muar dapat dirancakkan menerusi tumpuan terhadap tarikan-tarikan yang unik di sini.

"Saya mengucapkan tahniah kepada MPM kerana melakukan inisiatif seperti mengadakan papan tanda, melabelkan spesies pokok dan juga mengadakan promosi berterusan.

''Apa yang Muar perlukan kini adalah sebuah Pusat Informasi Pelancongan yang dapat menyalurkan maklumat kepada pelancong dan menghubungkan mereka kepada pengusaha produk pelancongan," katanya.

Sementara itu, Yen Yen memberitahu, beliau berpuas hati dengan pelaksanaan projek penyelenggaraan taman-taman rekreasi di daerah ini.

"Peruntukan sebanyak RM810,000 telah dikeluarkan bagi membiayai empat buah projek di daerah ini dan ia berjaya dilaksanakan," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2010 03:12 PM | Show all posts
knp tya nak kacang ke tak>
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2010 08:31 PM | Show all posts
hahah... ader muakk umah baru ea... huuhu... sat ea... cimut carik artikel2 best... huhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-3-2010 10:11 AM | Show all posts
Wednesday March 24, 2010

Job situation looking up

JOHOR BARU: Retrenchments in the state have dropped considerably. In fact, many employers are finding it hard to fill vacancies.

State Unity, Human Resource, Science, Technology and Innovation Committee chairman M. Asojan said so far there had only been between one to six retrenchments a month.

Last year, there was an average of 1,000 retrenchments every month.

Asojan said this at a press conference to publicise a job placement programme to be held today and tomorrow.

He also said that 12 JobsMalaysia centres would be launched throughout the country this month, two of which would be in Johor – in Danga Bay, Johor Baru, and at the Perkeso Building in Segamat.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2010 10:39 AM | Show all posts
KOSMO Online, 24 Mac 2010

Kilang Sindora hasilkan 80 tan metrik baja sehari

JOHOR BAHRU - Kilang baja bioteknologi milik anak Syarikat Johor Corporation, Sindora Berhad (Sindora) bernilai RM36 juta di Bandar Tenggara, Kota Tinggi dijangka beroperasi pertengahan tahun depan.

Kilang yang dibina di kawasan seluas empat hektar itu berkeupayaan mengeluarkan baja sebanyak 80 hingga 120 tan metrik baja sehari.

Pengerusinya, Tan Sri Muhammad Ali Hashim berkata, melalui pengeluaran baja dari kilang tersebut, syarikat dijangka dapat menjimatkan perbelanjaan membeli baja sebanyak RM30 juta berbanding sebelum ini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-3-2010 10:53 AM | Show all posts
Guru maut, dua rakan parah nahas


2010/03/24

MUAR: Seorang guru maut, dua lagi rakannya yang juga guru Sekolah Kebangsaan Panjang Sari, dekat Bukit Pasir, parah apabila Proton Wira yang mereka naiki bertembung dengan Toyota Innova, di Jalan Pintas Muar-Jalan Parit Buaya, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.45 tengah hari itu, Mohd Hussein Mas Ot, 41, dari Taman Pertama Indah, Sungai Abong, di sini disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF).

Rakan mangsa, Saidah Nasihaf Mohd Yassin, 27, juga dari Sungai Abong, patah kaki kiri dan seorang lagi rakan mereka yang belum dikenal pasti identitinya, turut cedera parah, manakala pemandu dan penumpang Toyota Innova yang dikenali sebagai Ler Poh Choo, 44, serta Tok Wee Lan, 23, tidak mengalami kecederaan. Semua guru berkenaan dalam perjalanan dari sekolah dengan melalui Jalan Parit Buaya untuk pulang ke rumah mereka yang terletak berhampiran antara satu sama lain di Sungai Abong, dekat sini, manakala Toyota Innova dalam perjalanan dari Bakri menuju ke arah Tangkak.

Sebuah jentera bomba dan penyelamat daerah dengan tujuh anggota turut dihantar ke tempat kejadian bagi membantu mengeluarkan mangsa yang terperangkap dalam Proton Wira yang remuk.

Ketua Bahagian Trafik dan Ketenteraman Awam Ibu Pejabat Polis Daerah Muar, Asisten Superintendan Suhaimi Ahmad, berkata mangsa yang meninggal dunia dipercayai penumpang di bahagian depan, manakala Saidah Nasihaf di belakang.

Katanya, pemandu kereta itu yang belum dikenal identiti dan Saidah berjaya dibawa keluar dari kereta itu dengan bantuan orang awam, manakala Mohd Hussein dikeluarkan oleh pasukan bomba.
"Mohd Hussein, disahkan meninggal dunia kira-kira dua jam selepas kemalangan itu akibat cedera parah di badan, manakala pemandu Proton Wira itu juga dilaporkan dalam keadaan serius," katanya.

Suhaimi berkata, kemalangan itu dipercayai berlaku apabila Proton Wira itu melalui persimpangan lampu isyarat yang tidak berfungsi sebelum bertembung dengan sebuah Toyota Innova dari arah Bakri.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan itu supaya menghubunginya atau Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Redhuan Mohd Lin di 06-9526222, bagi membantu siasatan lanjut kes berkenaan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-3-2010 05:09 PM | Show all posts
The Star, Wednesday, March 24, 2010

Govt to spend RM1b in Kota Iskandar
By FARIK ZOLKEPLI

NUSAJAYA: The construction of six buildings expected to house more than 50 federal departments and agencies in Kota Iskandar here will commence next year.

Johor Mentri Besar Datuk Abdul Ghani Othman said the buildings which cost RM1bil would be built in the northern part of Kota Iskandar, the new state administrative centre.

“The project is expected to be completed in two to three years. It is part of the Government’s expenditure under the 10th Malaysia Plan,” he told reporters after launching a coffee table book entitled Johor In the 21st Century: The Making of Kota Iskandar here recently.

Abdul Ghani said the book delved into events behind the development of Kota Iskandar.

“The state realised the need for a new administrative centre to replace Bangunan Sultan Ibrahim. The project involved Johoreans especially in the design of the buildings,” he said.

“The book sheds light on the first phase of Kota Iskandar involving the construction of the State Assembly building, the Mentri Besar’s office complex, Dataran Mahkota and other government offices in 2006.

“It illustrates how the building designs are inspired by Johor Malay history and Moorish elements,” he said.

The book which cost RM200 also served as a reference on the history of Kota Iskandar, he added.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2010 10:03 PM | Show all posts

Hotel Puteri Pacific raih Anugerah Berlian

Oleh Salman Hamat
salman@hmetro.com.my
2010/03/13
      

JOHOR BAHRU: Hotel Puteri Pacific diumumkan pemenang Anugerah Berlian bagi hotel bertaraf empat dan lima bintang untuk Kategori Penginapan pada Majlis Anugerah Pelancongan Johor 2009 anjuran Jabatan Pelancongan Negeri Johor berlangsung di Pusat Konvensyen Persada Johor di sini, malam tadi.
Hadiah disampaikan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman kepada wakil hotel berkenaan dalam acara julung kali diadakan yang mempertandingkan 17 anugerah dalam tujuh kategori.


Dalam kategori sama, Dorsett Johor Hotel memenangi anugerah Permata untuk hotel bertaraf tiga bintang manakala Hotel Seri Malaysia memenangi anugerah Mutiara untuk hotel bertaraf dua bintang. Selain kategori penginapan, enam kategori lain yang turut dipertandingkan dalam Anugerah Pelancongan Johor 2009 ialah, Kategori Restoran, Kategori Khidmat Pelancongan, Kategori Produk dan Program Pelancongan, Kategori Penyumbang Paling Utama Pelancongan, Kategori Pemasaran dan Media Pelancongan serta Kategori Penganjur Acara.


Bagi kategori Restoran, anugerah Cengkih dimenangi Restoran Grand Straits Garden, Restoran Singgah Selalu Sdn Bhd memenangi anugerah Jintan manakala Nasi Lemak Berlauk, Tom yam dan Makanan Laut Senibong milik Mohd Ali memenangi anugerah Kuali Emas.


Prima Sierra Holidays Sdn Bhd merangkul anugerah Agensi Pelancongan Terbaik bagi kategori Perkhidmatan Pelancongan, manakala Mohd Sheikh Abdullah Md Taufik dinobatkan sebagai pemenang anugerah Pemandu Pelancong Terbaik dalam kategori sama.


Dalam kategori Produk dan Program Pelancongan pula, tiga finalis iaitu aktiviti mendaki Taman Negara Gunung Ledang memenangi anugerah Eco-Tourism manakala Taman Buah-Buahan Desaru Johor menang anugerah Agro-Tourism dan Rumah Inap Kampung (Homestay) Parit Bugis di Muar dipilih sebagai Rumah Inap Terbaik.



Manakala, bagi kategori pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Persatuan Agensi Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta) Johor Chapter memenangi Anugerah Best NGO, bagaimanapun bagi kategori Kaunter Informasi Pelancongan terbaik (Best TIC) tiada pemenang diumumkan.


Sementara itu, anugerah Artikel Pelancongan Terbaik dalam Kategori Pemasaran dan Media Pelancongan diberikan kepada Utusan Malaysia.


Kategori Acara dan Program Pelancongan, anugerah Acara Antarabangsa Terbaik dimenangi Iskandar Malaysia World Scrabble Festival 2009 manakala dalam kategori sama untuk anugerah Acara Domestik Terbaik dimenangi Festival Chingay Johor 2009. Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Johor, A Jabar Md Tahir, berkata anugerah yang dipertandingkan mengambil kira jenis produk, mutu perkhidmatan dan sumbangan terhadap industri pelancongan di negeri ini sebagai usaha menaikkan imej negeri ini di seluruh pelosok tanah air.


“Anugerah yang dipertandingkan adalah untuk menghargai sumbangan dan peranan agensi serta individu yang banyak memberikan sumbangan dan buah fikiran secara langsung dalam segala bentuk pembangunan industri pelancongan di negeri ini,” katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2010 10:22 AM | Show all posts
Berita Harian Online

Dua minta rasuah kena penjara, denda RM10,000
Oleh Azidan Nahar
2010/03/25

Abu Bakar Jaffar (kiri) dan Ibrahim Ab AzizTertuduh mengaku peras ugut Datuk Bandar Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Dua lelaki yang didakwa meminta rasuah berjumlah RM500,000 daripada Datuk Bandar Johor Bahru dikenakan hukuman penjara sehari dan denda RM10,000 di Mahkamah Sesyen di sini semalam. Abu Bakar Jaffar, 52, dan Ibrahim Ab Aziz, 48, mengaku salah atas dakwaan memeras ugut Datuk Bandar Mohd Jaffar Awang dengan mengatakan satu siasatan akan dilakukan terhadap Jaffar oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Sehubungan itu, kedua-dua mereka meminta Jaffar menyerahkan wang RM500,000 supaya dapat mengelakkan daripada siasatan berkenaan.

Abu Bakar dan Ibrahim yang masing-masing berasal dari Ulu Tiram dan Kulai mendakwa mengenali pegawai penyiasat kes berkenaan di Putrajaya dan boleh membantu bagi menyelesaikan perkara berkenaan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Johor, Noor Fazlin Hamdan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Dalam rayuan memohon hukuman diringankan, Abu Bakar yang juga bekas pekerja di sebuah syarikat pembinaan berkata, dia menanggung enam anak manakala kaki kirinya cacat akibat kemalangan selain memiliki pendapatan tidak tetap sebagai peniaga barang lusuh.
Kedua-dua tertuduh juga berjanji tidak akan mengulangi perbuatan berkenaan dan bersedia bekerjasama dengan SPRM untuk menyalurkan maklumat berkaitan kes rasuah dan salah guna kuasa.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2010 12:28 PM | Show all posts
Berita Harian Online

Murid diguna jadi benteng elak setinggan diroboh
2010/03/25

KUMPULAN anak penduduk yang berpakaian seragam sekolah bertindak membentuk benteng manusia bagi menghalang pihak berkuasa memasuki penempatan berkenaan di Kampung Denai Pinggiran, Kempas, Johor Bahru, semalam.JOHOR BAHRU: Kerja merobohkan 12 rumah setinggan di Kampung Denai Pinggiran, Kempas, di sini awal pagi semalam, bertukar menjadi kecoh apabila kira-kira 20 anak penduduk yang memakai pakaian seragam sekolah rendah bertindak membentuk benteng manusia bagi menghalang pihak berkuasa memasuki penempatan berkenaan.

Penduduk terbabit mula berkumpul sejak jam 8 pagi, selepas mendapat maklumat pasukan meroboh rumah setinggan berkenaan terdiri daripada Pejabat Tanah dan Galian daerah, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB). Berikutan itu, polis terpaksa dipanggil bagi campur tangan bagi membolehkan kerja meroboh dijalankan tanpa berlaku sebarang kejadian tidak diingini. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan, berkata kerja merobohkan kemudian berjalan lancar kira-kira jam 11 pagi, selepas sesi rundingan dan dialog dilakukan membabitkan pihak berkuasa dan penduduk terbabit.

“Sebenarnya, lebih 50 rumah terbabit dalam kerja merobohkan ini, tetapi ia bertukar menjadi kecoh apabila terdapat 12 rumah yang masih didiami penduduk. Bagaimanapun, selepas sesi rundingan dan dialog, penduduk bersedia mengosongkan rumah mereka,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, seramai 12 pegawai dan 112 anggota polis ditempatkan di kawasan berkenaan untuk memastikan keselamatan dan ketenteraman awam berada dalam keadaan terkawal bagi mengelakkan berlaku kejadian tidak diingini.

Sementara itu, Ketua Umno cawangan Denai Pinggiran, Raja Sulaiman Raja Ismail ketika ditemui Berita Harian kesal dengan tindakan penduduk memperalatkan anak mereka yang sepatutnya bersekolah dijadikan benteng manusia.
“Saya ingin tegaskan yang penduduk diperalatkan pembangkang untuk menimbulkan kekecohan ketika kerja merobohkan berlaku. Sebenarnya, majoriti penduduk kampung ini, sudah berpindah ke Program Perumahan Rakyat (PPR) Kempas, sejak pertengahan tahun lalu.

“Mereka yang masih tinggal di situ, bukan penduduk asal kampung berkenaan dan degil kerana tidak mahu berpindah ke Perumahan Kempas yang sebenarnya, lebih selesa serta murah berbanding tinggal di kampung setinggan,” katanya.

Mengulas isu sama, Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed, berkata kejadian itu, sebenarnya tidak patut berlaku jika penduduk berpindah ke PPR Kempas yang sudah disediakan untuk penduduk setinggan Kempas.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2010 02:18 PM | Show all posts
RM1,000 habuan 'janda segera'
Oleh Mary Victoria Dass
maryvictoria@hmetro.com.my
2010/03/25
      

JOHOR BAHRU: Segelintir suri rumah mata duitan sanggup memperjudikan rumah tangga termasuk memujuk suami menceraikan mereka demi memperoleh status ‘janda segera’ gara-gara terpengaruh tawaran pakej hidup percuma oleh bomoh puja nombor ekor di bandar raya ini.

PENANGAN BOMOH...Zulkifli menunjukkan laporan polis yang dibuatnya.
Perbuatan bomoh itu dibongkar seorang suami yang hidup tertekan dan keliru akibat desakan isteri supaya menceraikannya semata-mata kerana mahu memiliki kemewahan hidup secara mudah biarpun menyedari dia bakal dipersembahkan kepada syaitan atau dijadikan objek perantara ketika sesi pemujaan nombor ekor.


Zulkifli Abu Hassan, 38, yang bekerja sebagai pemandu teksi berkata, dia tidak menyangka isterinya yang berusia 30-an termakan pujukan bomoh yang didakwa menawarkan duit poket hingga RM1,000 sebulan selain janji manis akan menanggung segala kos makan dan minum serta sewa rumah sekiranya bersetuju menuruti kehendak gilanya itu.


Menurutnya, dia juga terkilan sikap isterinya yang bersedia mencari rezeki dengan cara tidak halal termasuk menceburi amalan khurafat apabila dijadikan barang perantara utama ketika pemujaan nombor ekor dilakukan bomoh dikenali sebagai Pak Ungku.


“Kononnya syarat yang dikenakan bomoh itu hanya satu iaitu menghendaki isteri berpisah dengan saya dan bergelar janda secepat mungkin bagi membolehkan dia dijadikan perantara ketika pemujaan nombor ekor yang akan dilakukan bersama kaki judi.


“Lebih pelik, biarpun sudah menjadi teman hidup saya lebih 16 tahun, syaitan bertopengkan manusia yang dikenali isteri sejak lebih setahun lalu itu mampu mempengaruhi pemikirannya tanpa memikir masa depan keluarga dan nasib enam anak kami.



“Bomoh berusia 60-an yang kononnya terkenal dengan kepandaian ilmu tarik wang dan harta karun itu meracuni pemikiran isteri termasuk berjanji menyediakan segala keperluan dan menjamin kebahagiaan isteri saya sepanjang hayat selepas bergelar janda,” katanya yang membuat dua laporan di Balai Polis Nusajaya, dekat sini, pada 1 Februari lalu.


Zulkifli berkata, dia juga tertekan dengan tindakan isterinya yang didakwa bersikap terburu-buru mahu bercerai biarpun dia berusaha memulihkan hubungan mereka demi menyelamatkan rumah tangga dan masa depan anak-anaknya yang berusia 11 bulan hingga 16 tahun.


Menurutnya, dia yakin pelbagai masalah rumah tangga dan krisis tercetus sejak kehadiran bomoh yang didapati kerap campur tangan dalam urusan rumah tangganya.


“Saya dan isteri tidak hidup sebumbung dan dia juga gagal menghadiri sesi kaunseling di Pejabat Agama Islam Johor Bahru pada Februari lalu.


“Malah, perbuatan isteri membawa keluar empat anak termasuk anak bongsu bersamanya juga mengakibatkan saya semakin bimbang keselamatan mereka,” katanya mendakwa bomoh terbabit juga dipercayai melakukan perbuatan sama pada pasangan suami isteri lain sebelum ini.


Zulkifli berharap isterinya berfikir secara matang dan tidak terus hanyut dengan janji bomoh terbabit yang mungkin mengambil kesempatan terhadap suri rumah daripada keluarga berpendapatan sederhana.


“Saya juga berharap pihak berkuasa menyiasat kegiatan bomoh terbabit dan individu lain yang mungkin bersubahat supaya dapat mengelakkan keluarga lain ditimpa masalah sama,” katanya.


Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan Jabatan Agama Johor (JAJ), Yosree Ikhsan, berkata tindakan isteri lelaki berkenaan meminta cerai semata-mata kerana terpengaruh tawaran bomoh itu perbuatan tidak masuk akal.


Beliau berkata, perbuatan bersubahat dalam proses pemujaan seumpama itu perbuatan berdosa dan boleh membawa kesesatan.


“Kami berharap suami wanita berkenaan dapat menghubungi JAJ. Maklumat daripada wanita itu penting untuk membantu kami bagi mengesan bomoh terbabit seterusnya membolehkan kami mengambil tindakan bersesuaian,” katanya ketika dihubungi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2010 07:23 AM | Show all posts
berita harian 26/3/10

Johor: Sungai Labis Hulu kering
Oleh Junita Mat Rasid
junita@bharian.com.my
2010/03/25

Kemarau jejas bekalan air penduduk Felcra Bukit Kepong

MUAR: Kira-kira 3,500 penduduk di Felcra Bukit Kepong, dekat sini terputus bekalan air sejak awal bulan ini apabila Sungai Labis Hulu yang membekalkan air kepada loji air di tanah rancangan itu, kering akibat kemarau.

Keadaan itu menyebabkan pihak pengurusan Felcra terpaksa membelanjakan hampir RM50,000 bagi menampung kos pembelian air dari Syarikat Air Johor (SAJ) dan pengangkutan sejak bekalan air di kawasan itu terputus kira-kira tiga minggu lalu. Mereka bergantung sepenuhnya kepada bekalan air daripada Sungai Labis Hulu yang kemudian diproses dan dirawat di kawasan itu sebelum disalurkan kepada lebih 500 rumah di tanah rancangan berkenaan.

Tinjauan mendapati Sungai Labis Hulu yang terletak di kawasan Felcra itu hampir kering kontang dan hanya tinggal lopak kecil saja menyebabkan air tidak dapat disalurkan ke loji rawatan, sekali gus bekalan air bersih tidak dapat dibekalkan.

Pengerusi Gerakan Desa Wawasan (GDW) Felcra Bukit Kepong, Misran Ahmad, 58, berkata ini adalah kali pertama sungai itu kering sehingga menjejaskan bekalan air dan ia mungkin disebabkan keadaan kemarau sejak awal tahun ini dan kerja meluruskan sungai yang dijalankan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), selain projek ternakan ikan dalam sangkar.

Katanya, kawasan itu mula menghadapi masalah bekalan air sejak bulan lalu dan keadaan itu semakin kritikal awal bulan ini sehingga menyebabkan air bersih tidak boleh disalurkan ke rumah penduduk.
“Sehubungan itu pihak pengurusan Felcra terpaksa mengambil keputusan membeli air daripada SAJ bagi menampung keperluan penduduk dan setakat ini kos pembelian sudah mencecah lebih RM40,000 menyebabkan kami tidak lagi dapat menampungnya," katanya.

Ketua Umno Cawangan Tunas Baru Felcra Bukit Kepong, Abdul Kahar Abdul Latif, 52, berkata sebelum ini Felcra sudah berbincang mengenai masalah bekalan air itu sehinggalah keperluan semakin mendesak apabila bekalan air di kawasan itu terputus apabila sungai kering.

“Sejak bertahun dulu lagi kami sudah berbincang bagi membolehkan SAJ mengambil alih bekalan air sehinggalah kini masalah itu semakin mendesak apabila sungai mula kering dan menjejaskan pengairan air ke loji rawatan, sekali gus bekalan air ke rumah penduduk tidak dapat disalurkan," katanya.

Katanya, masalah kemarau panjang dan kerja meluruskan sungai termasuk penebangan pokok dikenal pasti antara punca sungai kering sehingga turut menyebabkan ikan baung di kawasan itu pupus.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2010 09:39 AM | Show all posts
Mata buta, abang cacat
Oleh Mahaizura Abd Malik
am@hmetro.com.my

2010/03/26      JOHOR BAHRU: Ibarat jatuh ditimpa tangga. Begitulah yang dialami seorang ibu tunggal yang menjaga abangnya yang cacat, kini dia pula mengalami nasib malang apabila tidak lagi dapat melihat keindahan dunia.

Kamariah Omar, 62, dilahirkan sebagai insan sempurna, namun matanya tidak lagi dapat melihat sejak awal tahun ini sedangkan pada masa sama, dia masih menjaga abangnya yang cacat tangan sejak lahir.

Menurut Kamariah, doktor yang merawat memberitahu penyakit matanya berpunca daripada urat saraf yang sudah putus dan ia kecacatan kekal.


“Saya sedih kerana kini tidak dapat melihat langsung, namun saya reda dengan ketentuan Tuhan.


“Kini, saya hanya mampu bergerak dengan mengikut gerak hati saja, selain terpaksa bergantung pada ahli keluarga,” katanya yang bergantung harap pada tiga anak berpendapatan rendah.

Menurutnya, sejak disahkan tidak dapat melihat lagi, dia tidak pernah menerima bantuan daripada mana-mana pihak selain Baitulmal.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2010 09:41 AM | Show all posts
Harian Metro Online

Gelabah ditegur polis

2010/03/26      JOHOR BAHRU: Dengan lagak selamba, seorang lelaki dilihat seperti sedang berehat atas motosikalnya, bagaimanapun tembelang lelaki dipercayai pengedar dadah kecil-kecilan itu pecah apabila dia mula menggelabah dan wajahnya pusat lesi apabila disapa anggota polis.

Pemeriksaan polis terhadap bungkusan plastik merah dalam bakul motosikal ditunggangnya kemudian menemui ketulan daun kering mampat dipercayai ganja dalam kejadian di parkir Plaza Tol Sedenak, di sini, pada jam 7 malam Selasa lalu.

Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, berkata bertindak atas maklumat orang ramai, sepasukan anggota dan pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah Kulaijaya, bertindak menahan suspek.

“Dadah dipercayai ganja itu seberat 460 gram dengan nilai pasaran semasa RM600. Kami masih menjalankan siasatan dari mana suspek mendapatkan bekalan bahan terlarang itu.

“Keputusan awal ujian air kencing dijalankan terhadap suspek berusia 23 tahun itu turut mendapati dia positif di bawah pengaruh dadah jenis ganja,” katanya.

Suspek kini ditahan bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah, jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati.

Dalam perkembangan lain, Jamaluddin berkata, seramai sembilan lelaki ditahan kerana melakukan jenayah ragut sudah dikenakan tindakan mengikut Ordinan Darurat 1969.

Katanya, bermula Januari hingga Selasa lalu, polis berjaya menahan 24 penjenayah terbabit dengan jenayah ragut dan berikutan kejayaan itu, pihaknya percaya dapat menyelesaikan 107 kes sepanjang tempoh itu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2010 09:50 AM | Show all posts
Harian Metro Online

Stor kilang plastik terbakar

2010/03/26      PASIR GUDANG: Sekumpulan pekerja sebuah kilang membuat plastik yang sedang enak menjamu selera bertempiaran lari menyelamatkan diri selepas menyedari bahagian stor barang bangunan di Jalan Keluli 4, Kawasan Perindustrian Pasir Gudang di sini, dijilat api, semalam.

Akibat kebakaran yang cepat merebak itu, hampir keseluruhan bahagian stor menyimpan plastik terbabit musnah dengan asap hitam dapat dilihat dari jarak 10 kilometer.

Pegawai Operasi Pusat Gerakan Bomba Johor, Marzuki Ismail, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian kira-kira jam 1.14 tengah hari sebelum tiba di kilang berkenaan, lima minit kemudian.

Katanya, tindakan pantas bomba berjaya mengawal api daripada merebak ke bangunan bersebelahan yang menempatkan bahagian utama kilang.

“Api merebak dengan pantas berikutan ia digunakan untuk menyimpan bahan plastik sudah siap diproses yang mudah terbakar.

“Kejadian itu tidak menyebabkan sebarang kecederaan berikutan ketika itu, semua pekerja berada dalam kilang manakala stor itu terletak di bangunan bersebelahan,” katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2010 10:08 AM | Show all posts
Perak sekat hajat Johor
Oleh Asrol Awang
am@hmetro.com.my

2010/03/26      JOHOR gagal meraih kemenangan kedua apabila tunduk 0-2 kepada Perak pada Kejohanan Hoki Piala Razak edisi ke-48 di Stadium Hoki Kuantan, semalam.

Hairul Nizam Ab Rani dan Muhammad Sabri Mohamed menjadi pemusnah apabila masing-masing menjaringkan satu gol pada minit ke-48 dan 55 bagi mengutip tiga mata beharga.

Pada perlawanan semalam, Perak dibimbing Manjit Singh meneruskan rentak cemerlang selepas mencatat kemenangan 3-1 ke atas Negeri Sembilan, kelmarin.

Namun, Perak yang mengidam aksi di pentas final edisi kali ini terpaksa menunggu babak kedua perlawanan untuk membolosi gawang lawan.

Manjit Singh berpuas hati peningkatan aksi pemain selepas mengharungi dua perlawanan.

“Semangat juang mereka tinggi dan jika prestasi ini diteruskan, ia mampu memenuhi impian beraksi di final musim ini,” katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2010 09:38 AM | Show all posts
Dituduh di bilik lokap
Oleh Intan Mas Ayu Shahimi
imas@hmetro.com.my
2010/03/27
      

JOHOR BAHRU: Lima lelaki yang dicekup kerana disyaki suspek utama kes culik membabitkan wang tebusan RM1 juta, terpaksa dituduh di bilik lokap Kompleks Mahkamah Johor Bahru, berikutan tiga daripada mereka mengalami patah kaki dan tangan.Tertuduh, V Sivakumar, 24, M Mohanraj, 19, Nagoor Khan Mustafa Khan, 38, N Nagulan, 23 dan R Thiru Kumaran, 27, hanya mengangguk faham apabila pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret, Mohd Fuad Abdul Aziz.

Berdasarkan pertuduhan, kelima-lima tertuduh bersama dua lagi yang masih bebas didakwa menculik K Puvendran, 22, dengan niat untuk mendapatkan wang tebusan RM1 juta.Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di kawasan Jalan Kilang Nenas, Batu 8 1/2, Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, antara 7 hingga 8 Mac lalu.

Berikutan kesalahan itu, mereka dituduh mengikut Seksyen 3, Akta Culik 1961 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sebatan.
Tiada sebarang pengakuan bersalah direkodkan daripada tertuduh sepanjang prosiding bermula jam 12 tengah hari semalam.
Terdahulu, ketika sampai di pekarangan mahkamah, seorang tertuduh yang patah kedua kaki dan tangan kiri terpaksa diusung hampir setengah jam semata-mata untuk naik ke tingkat satu kompleks berkenaan.

Polis turut menghadapi masalah untuk membawa keluar tertuduh daripada lokap berikutan suspek meraung kesakitan beberapa kali ketika diusung rakannya.


Mohd Fuad kemudian menetapkan 10 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes.


Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Nor Azlina Azamuddin manakala tertuduh, Mohanraj dan Nagulan diwakili peguam John Fernandez.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2010 12:52 AM | Show all posts
Rahsia tandas dikunci
Oleh SALMAN HAMAT
salman@hmetro.com.my
2010/03/20
      

JOHOR BAHRU: Rahsia tandas berkunci ketika pemeriksaan mengejut penguat kuasa Jabatan Imigresen di sebuah restoran di Taman Anggerik, di sini, terjawab apabila seorang lelaki warga asing dipercayai pekerja premis itu ditemui bersembunyi di dalam tangki air tandas bagi mengelak dicekup pihak berkuasa.
Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam kelmarin, lelaki itu mendiamkan diri apabila pintu tandas diketuk, menyebabkan timbul rasa curiga hingga memaksa penguat kuasa memecahkan pintu tandas.


Ketua Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Imigresen Johor, Masri Adul, berkata selepas masuk ke tandas, pihaknya mendapati ia kosong, namun apabila tangki diketuk pihaknya mula curiga kerana ia mengeluarkan bunyi seperti ada objek besar di dalamnya.


“Kami dapati seorang lelaki warga Myanmar di dalam tangki itu dan dia terpaksa dibantu ketika dibawa turun berikutan kedudukan tangki agak tinggi dari lantai, tambahan suspek kesejukan kerana dipercayai berada lama di dalam air.


“Ini contoh tindakan nekad warga asing yang sanggup melakukan perkara hingga boleh membahayakan nyawa kerana mahu mengelak dicekup dan dihantar pulang,” katanya.


Menurutnya, turut ditahan di premis sama ialah dua lelaki dan dua wanita warga Indonesia serta dua lelaki Bangladesh, dipercayai bekerja tanpa dokumen sah dan gagal mengemukakan dokumen kerja ketika diminta berbuat demikian.



Katanya, dalam serbuan berbeza di sebuah rumah kedai yang dijadikan asrama pekerja di kawasan berhampiran, 11 lelaki warga Kemboja berusia antara 19 hingga 39 tahun ditahan selepas gagal mengemukakan dokumen pekerjaan sah.


“Selain itu kami menyerbu sebuah pusat hiburan di Jalan NB2 2/1, Taman Nusa Bestari, kira-kira jam 8.45 malam kelmarin.


“Dalam serbuan itu 12 wanita warga Filipina ditahan selepas menyalahgunakan pas lawatan sosial dengan bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) di premis terbabit.


“Ketika ditahan, semua wanita berusia 20 hingga 37 tahun itu asyik melayan pelanggan masing-masing dan tidak sedar kehadiran kami yang menjalankan serbuan.


“Kami turut menahan seorang lelaki warga tempatan, dipercayai majikan wanita terbabit, atas kesalahan menggaji pekerja asing tanpa permit sah bagi membantu siasatan lanjut,” katanya.



Serbuan dijalankan hasil aduan orang ramai kerana wanita berkenaan dikatakan turut terbabit dalam aktiviti tidak bermoral.


Semua yang ditahan dihantar ke pos tahanan Imigresen Pekan Nanas, dekat sini, sementara siasatan dijalankan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2010 08:31 AM | Show all posts
1,000 saksi Malam Puisi Riong
Oleh Nazmi Yaakub
bhnews@bharian.com.my
2010/03/29

SEBAHAGIAN daripada tetamu yang hadir pada majlis Malam Puisi Riong Berita Harian yang diadakan di Padang Kawad UTM Skudai, semalam.Tokoh sastera, akademik, media, kartun dan muzik buat persembahan

JOHOR BAHRU: Kira-kira 1,000 penonton membanjiri Tapak Konvo Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai di sini, kelmarin bagi menyaksikan Malam Puisi Riong bertemakan Lestari Kemanusiaan anjuran Berita Harian dengan kerjasama universiti itu. Acara yang berakhir hampir tengah malam itu, menarik pengunjung yang datang ke gerai sempena Pesta Konvokesyen Ke-44 universiti berkenaan untuk menyaksikan persembahan yang menampilkan tokoh dalam dunia sastera, akademik, media, kartun dan muzik. Majlis yang bermula dengan bacaan puisi oleh Naib Canselor UTM, Prof Datuk Dr Zaini Ujang dan Timbalan Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd (BHSB), Mahfar Ali itu memberikan warna perpaduan dalam puisi apabila tiga pelajar UTM berlainan bangsa, iaitu Muhammad Chandra, Jenne Lee Ling Huey dan Velarasan Morthy tampil membaca puisi berjudul Wahai Anak Generasi Baru karya Azmi Yusuf.

Malam apresiasi puisi itu turut mencatatkan sejarah tersendiri dalam penganjurannya apabila menampilkan tiga tokoh besar dalam sastera, seni kartun dan muzik, iaitu Sasterawan Negara (SN), Datuk (Dr) A Samad Said dan Datuk Mohammad Nor Khalid atau Lat dan Ramli Sarip.

A Samad yang kembali ke pentas Malam Puisi Riong sejak 1990-an, menyampaikan tiga puisi, iaitu Hidup Bersama, Tikaman Dalam Seloka dan Orang Tua Dari Sejarah, manakala Lat pula tampil dengan sesi kongsi bacaan yang mengimbau sejarahnya membuat persembahan drama yang dipetik daripada novel Nyawa di Hujung Pedang.

Ramli Sarip pula memukau penonton dengan nyanyian lagu puisi bermula dengan Sebuah Kisah Satu Sejarah, Ku Cari Damai Abadi, Bukan Kerana Nama dan Kamelia.
Penyair yang terbabit turut menyelitkan unsur dramatik dalam deklamasi puisi mereka seperti Md Yusof Ali (Ria Asmira) menarik perhatian penonton dengan tangisan bayi, manakala Ketua Satu Persatuan Penulis Johor (PPJ) pula dengan puisi poskadnya.

Malam puisi itu turut dimeriahkan dengan nyanyian lagu puisi Karyawan Tamu UTM, Dwiono Hermantoro dan deklamasi puisi oleh Pensyarah UTM, Prof Dr Zulkipli Yusof; Shapiai Ramly; Mohd Rosli Bakir dan Hamzah Hamdan.

Terdahulu, Zaini dalam ucapannya berkata, acara baca puisi itu menampilkan kelainan yang bersesuaian dengan semangat inovasi dan kreativiti yang menjadi cogan kata baru universiti berkenaan.

“Sambutan itu tidak terhad gerai yang menampilkan jualan dan pameran pelbagai produk dan pencapaian terkini, sebaliknya acara yang dikendalikan sendiri oleh mahasiswa itu berasaskan semangat universiti berkenaan.

“Malah dari segi ekosistem juga, kita ingin menjadikan UTM sebagai universiti yang mempunyai kelainan berdasarkan konsep ekotourism yang sedang dibangunkan,” katanya.

Hadir sama Pro Canselor UTM, Tan Sri Dr Abdullah Ayub dan Datuk Dr Muhammad Ridzuan Mohd Salleh serta Ketua Pengarang Berita, Berita Harian, Ahmad Zaini Kamaruzzaman.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:23 AM GMT+8 , Processed in 0.092379 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list