CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: blackpurple

Keratan Akhbar / Petikan Berita

[Copy link]
Post time 29-3-2010 08:36 AM | Show all posts
Melayu perlu rebut peluang niaga
Utusan
28/03/2010

JOHOR BAHRU 28 Mac - Orang Melayu perlu lebih giat merebut peluang dalam bidang keusahawanan dan perniagaan bagi merapatkan jurang ekonomi antara kaum untuk memastikan kejayaan gagasan 1Malaysia. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ini kerana gagasan tersebut mahu kesemua kaum menikmati agihan kekayaan sama rata dalam pembangunan ekonomi negara.

"Ini mesti sama-sama dirasai supaya tiada jurang antara kaum dan orang Melayu perlu berkerja keras. Jangan ingat diberi keistimewaan maka orang Melayu tak perlu kerja kuat," katanya.

Khaled yang juga Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Program Celik Niaga anjuran Puteri UMNO bahagian berkenaan di Kolej Komuniti di sini hari ini.

Kira-kira 300 peserta menyertai program sehari tersebut yang bertujuan memberi pendedahan dan bimbingan bagi menceburi bidang keusahawanan. Turut hadir ialah Ketua Puteri bahagian itu, Raja Norasyikin Raja Ali.

Khaled berkata, walaupun orang Melayu diakui ketinggalan jauh daripada kaum lain namun ia bukan penghalang untuk mereka merapatkan jurang dengan menceburi bidang keusahawanan.

Menurutnya, kerajaan mempunyai dasar yang menyediakan peluang yang luas tetapi terpulang kepada orang Melayu sendiri untuk mengubah nasib mereka.

Justeru, katanya, golongan tertentu tidak sewajarnya mempersoalkan dasar kerajaan dalam membantu orang Melayu kerana ia adalah sebahagian usaha untuk memastikan tiada pihak yang ketinggalan dalam kemajuan ekonomi.

"Untuk memastikan tiada jurang kekayaan ini bukan mudah kerana ia melibatkan pembudayaan, tetapi ia boleh dilakukan apabila orang Melayu sendiri mempunyai sikap yang bersungguh-sungguh dan tidak semata-mata mengharapkan bantuan kerajaan," katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Khaled berkata, orang Melayu perlu mengikis sikap yang menganggap 'kerajaan tanggung segala-galanya' disebabkan hak keistimewaan yang wujud.

Sebaliknya, jelas beliau, mereka perlu lebih berdikari dan sedar bahawa peluang-peluang yang wujud dalam bidang ekonomi termasuk dalam Model Ekonomi Baru adalah bersifat untuk semua.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2010 08:45 AM | Show all posts
Kadar jenayah turun di Jalan Genuang-Segamat
Utusan
28/03/2010

SEGAMAT 28 Mac - Inisiatif Persatuan Kejuruteraan Kaum Cina Daerah Segamat mengadakan program keselamatan komuniti kepolisan membuahkan hasil apabila berjaya menurunkan kadar jenayah kecurian di kawasan perindustrian Jalan Genuang-Segamat di sini.

Menurut pengerusi persatuan berkenaan, Tan Sri Tan Beng Tong, penubuhan jawatankuasa keselamatan oleh persatuan itu dan kerjasama erat dengan polis menyaksikan kadar jenayah di kawasan tersebut menurun 100 peratus.

"Saya ingin melahirkan penghargaan kepada pihak Ibu Pejabat Polis Daerah Segamat yang banyak memberi bantuan dari segi tunjuk ajar dan bantuan logistik.

"Sebelum ini, kawasan perindustrian kami selalu menghadapi masalah kehilangan barang namun sejak penubuhan jawatankuasa keselamatan pada Jun 2009, tiada lagi kes yang dilaporkan," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis komuniti kepolisan di kawasan perindustrian Jalan Genuang-Segamat baru-baru ini.

Menurut Beng Tong, kawasan perindustrian persatuannya itu menempatkan seramai 140 usahawan yang memiliki kilang dan bengkel dalam industri kecil sederhana (IKS).

"Dalam menggerakkan usaha menjaga keselamatan, seramai 10 ahli jawatankuasa secara bergilir-gilir mengadakan rondaan bersiri dari pukul 7 petang hingga 7 pagi.

"Yuran bulanan sebanyak RM100 dikenakan kepada setiap ahli persatuan supaya ahli yang mengadakan rondaan dilengkapkan dengan lampu suluh, cota, kenderaan serta jaket pantulan cahaya," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Segamat, Supritendan Abdul Majid Mohd. Ali, berkata, pihaknya amat mengalu-alukan inisiatif daripada masyarakat untuk bersama-sama mencegah sebarang kegiatan jenayah.

"Program yang dikenali sebagai 'Feet On The Street, Polis Bersama Masyarakat' ini adalah di antara program yang dapat mendekatkan polis dengan orang awam dalam mengurangkan kadar jenayah.
"Jika setiap kawasan kejiranan di daerah Segamat ini dapat mencontohi inisiatif persatuan ini, tidak mustahil satu masa nanti indeks jenayah di daerah Segamat akan turun dengan mendadak," katanya.

Di dalam majlis sama, seramai 21 individu mendapat surat penghargaan daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Segamat di atas pencapaian serta peranan mereka di dalam kerja-kerja sukarelawan membantu pihak polis mengurangkan kadar jenayah di kawasan mereka.

**rindu segamat!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2010 09:12 AM | Show all posts
The Star Online - Monday March 29, 2010

Course revamp for 63 colleges

JOHOR BARU: The Higher Education Ministry will revamp all courses offered at 63 community colleges nationwide to produce better quality graduates.

Part of the revamp would include offering more short-term courses for working people, minister Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin said.

“We want the colleges to become life-long learning hubs for all undergraduates as well as working graduates.”

The colleges might also stop offering two-year certificate courses, he told newsmen after launching Program Celik Niaga at Pasir Gudang Community College here yesterday.

Mohamed Khaled said long-term courses offered at the colleges were only taken up by 8,000 students.

“Furthermore, similar courses are offered at other institutions, thus community colleges do not have to offer the same courses.”

He also said the ministry would work closely with industries to produce graduates for the job market.

At another function, Mohamed Khaled said the ministry would hold a competition to improve the standard of extra-curricular activities organised at institutions of higher learning.

“We want to encourage students to create programmes that can raise awareness on current issues or problems faced by the people,” he said, adding that he hoped to begin the competition by the end of the year.

Mohamed Khaled believed that these events would give students a chance to voice out their opinions.

“This is a great opportunity to gauge the opinions of students in these institutions, as they are the future of our country,” he said at the closing ceremony of the National Education Seminar at Politeknik Johor Baru in Pasir Gudang on Saturday.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2010 02:55 PM | Show all posts
Helah rujuk isteri semula
Oleh Salman Hamat
salman@hmetro.com.my
2010/03/29      

JOHOR BAHRU: “Memang perkara itu benar... tapi hanya dalam khayalan dia saja... bagi kami sekeluarga itu semua fitnah kerana adik tidak memaksa untuk diceraikan semata-mata termakan tawaran hidup mewah daripada ‘Pak Unku’ menjadi ‘janda segera’ sebagai perantara puja nombor ekor seperti didakwanya.

“Semuanya fitnah, penyebaran cerita karut itu juga helah untuk dia kembali merujuk semula dengan adik saya selepas mereka berpisah sejak enam bulan lalu akibat sikap panas barannya,” kata abang seorang wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Zali, 41, menafikan dakwaan adik iparnya bahawa rumah tangga mereka hancur atas desakan adiknya diceraikan kerana mengidamkan kehidupan mewah dengan menjadi perantara upacara memuja nombor ekor. Katanya, punca sebenar perceraian berlaku kerana sikap lelaki terbabit panas baran selain terbabit dengan penyalahgunaan dadah, serta mempunyai hubungan dengan wanita lain.

“Hubungan dia dan wanita berkenaan sudah berlarutan selama lima tahun, sepanjang tempoh itu dia langsung tidak mengendahkan keperluan anak-anak dan hanya mementingkan perempuan itu saja.

“Akibatnya adik saya terpaksa bekerja sebagai pembantu kedai untuk menyara enam anak mereka sedangkan suaminya itu lepas tangan.

“Disebabkan sikapnya itu, tiga anak mereka berusia kini tidak bersekolah kerana ibu mereka tidak mampu membayar yuran sekolah dan memberikan perbelanjaan harian,” katanya.

Menurutnya, dua lagi anak saudaranya berusia tiga dan dua tahun kini di bawah jagaan adik iparnya itu, selepas lelaki berkenaan melarikan mereka dengan alasan membeli baju.

Katanya, kes perceraian pasangan berkenaan masih belum selesai berikutan kegagalan lelaki terbabit hadir ketika perbicaraan seperti diperintahkan mahkamah. Dalam kejadian 12 Disember lalu, katanya, adik serta anak saudaranya dihalau keluar dari rumah sewa di Kampung Pasir, di sini, selepas gagal membayar tunggakan sewa berjumlah RM1,900 dan terpaksa menumpang di rumahnya.

“Risau dengan keselamatan adik serta anak saudara, satu laporan polis dibuat di Balai Polis Kempas pada jam 3 petang semalam berhubung penyebaran cerita fitnah itu,” katanya. Ditanya mengenai kesahihan dakwaan bomoh dikenali sebagai Pak Unku bertanggungjawab menghasut adiknya untuk menjadi janda segera, katanya, lelaki terbabit memang wujud bagaimanapun bukan seorang bomoh seperti didakwa.

“Kami kenal Pak Unku, dia adalah warga emas berusia 70-an, jika dilihat dia dalam keadaan uzur dan tidak mungkin mampu untuk melakukan upacara sedemikian.

“Saya sudah maklumkan perkara ini pada Pak Unku dan terserah padanya untuk tindakan lanjut. Kami bukannya mahu melagakan mereka tapi sebagai pengajaran,” katanya.

Akhbar ini Khamis lalu menyiarkan dakwaan lelaki berusia 38 tahun yang bekerja sebagai pemandu teksi bahawa isterinya mendesak diceraikan selepas dijanjikan habuan RM1,000 sebulan serta banyak lagi kemudahan lain dengan menjadi perantara nombor ekor.

Selain itu, dakwanya bomoh berusia 60 tahun dikatakan turut menjalankan upacara menarik harta karun, menyebabkan tindakan si isteri dengan terburu-buru meminta diceraikan hingga menimbulkan krisis rumah tangga

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2010 03:02 PM | Show all posts
Geng Botak Perdana tumpas


2010/03/29
      

JOHOR BAHARU: Polis berjaya menahan sekumpulan tiga lelaki dipercayai menyamar sebagai anggota polis dan melakukan aktiviti menyamun di sekitar bandaraya ini, pada Khamis lalu.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, berkata kumpulan bergelar Botak Perdana itu dianggotai lelaki berusia lingkungan 25 hingga 35 tahun dan salah seorang daripadanya adalah bekas polis bantuan di sebuah jabatan kerajaan di sini.


Dua lagi suspek adalah adik-beradik yang bekerja sendiri.


"Kumpulan ini menahan mangsa dengan memperkenalkan diri sebagai polis, memasukkan mangsa ke dalam kereta sebelum menyamun mangsa sebelum meninggalkan mangsa di tempat tertentu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Menurut Mokhtar mereka ditahan 11.30 pagi, dalam satu serang hendap di kawasan Tampoi di mana polis berjaya merampas satu pas polis bantuan, dua tali pinggang hitam berlogo polis, gari, buku nota polis, sehelai vest berlogo polis, sepasang baju seragam polis berpangkat Konstabel, dua helai jaket hitam berlogo polis serta topi bertulis 'CID' dan polis serta dua keping kad keahlian Pekida.


Pihaknya percaya dengan tertangkapnya kumpulan itu polis berjaya menyelesaikan 15 kes samun dan menyamar polis di sekitar bandar raya ini.



Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 395/170 Kanun Keseksaan (Samun Berkumpulan dan Menyamar) dan boleh dipenjara sehingga 20 tahun, denda dan sebatan.


Mokhtar turut mengingatkan orang awam agar lebih berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan pihak yang tidak bertanggungjawab.


Orang awam berhak untuk meminta kad kuasa dari mana-mana pihak yang mengaku polis yang menahan mereka sebagai bukti pihak itu adalah polis yang sebenar.


Beliau berkata, kad kuasa anggota Konstable sehingga ke Sub Inspektor berwarna kuning manakala pegawai berpangkat Inspektor ke atas berwarna biru.-Bernama


sumber
http://www.hmetro.com.my/myMetro ... rdanatumpas/Article

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2010 09:44 AM | Show all posts
Utusan Online

BN Johor bantu jentera Hulu Selangor

JOHOR BAHRU 29 Mac - Barisan Nasional (BN) Johor akan menghantar ahlinya ke Hulu Selangor bagi membantu jentera pilihan raya BN pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor. Pengerusi BN negeri, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, BN Johor telah diminta menghantar para petugasnya ke salah satu kawasan di Hulu Selangor iaitu Batang Kali.

''Batang Kali adalah satu kawasan yang mempunyai pengundi bercampur iaitu antara pengundi bandar dan luar bandar,'' katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Ahli-Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Johor Sesi 2009/2010 di Hotel The Zon Regency di sini hari ini.

Kerusi Parlimen Hulu Selangor kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) akibat barah otak Khamis lalu.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-12 Mac 2008, Allahyarham memenangi kerusi itu dengan majoriti tipis 198 undi menewaskan calon BN, Datuk G. Palanivel.

Abdul Ghani yang juga Menteri Besar Johor memberitahu, beliau yakin BN mampu menawan semula kerusi berkenaan daripada pembangkang kerana terdapat banyak sebab dan isu yang boleh dijadikan asas kemenangan.

''Walaupun kalah kerusi Parlimen pada pilihan raya umum lalu, BN memenangi kerusi-kerusi Dewan Undangan Negeri.

''Mungkin ada sebab berlaku begitu dan saya percaya pengundi Melayu dan bukan Melayu akan memberikan undi kepada BN jika dilihat pada soal pembangunan setempat," katanya.

Mengenai calon, beliau berkata, pemilihan calon bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor sememangnya satu ujian terhadap semangat kerjasama dan persefahaman antara parti komponen.

''Ini ujian paling terkini bagi BN kerana kerjasama itu akan diteruskan antara parti komponen, tidak kira siapa sahaja calon yang akan diumumkan nanti," jelasnya.

Beliau berkata, bagaimanapun soal calon bukan masalah besar kerana semangat perpaduan di kalangan parti komponen BN sentiasa tinggi kerana mereka saling menghormati dan menerima siapa sahaja calon BN.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-3-2010 09:46 AM | Show all posts
Utusan Online

RASMI


Tunku Ismail Sultan Ibrahim merasmikan Kilang Ayamas Food Corporation sambil diperhatikan oleh Muhammad Ali Hashim (dua dari kiri) pada majlis perasmian kilang tersebut di Bandar Tenggara, Johor, semalam.

--------------------------------------------------------------------------------

Kilang Ayamas Food Corporation Sdn. Bhd., di Bandar Tenggara, Johor yang beroperasi sejak akhir 2008 telah dirasmikan oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim semalam.

Kilang yang mampu memproses 45,000 ekor ayam sehari dengan kos pembinaan berjumlah RM32 juta itu merupakan kilang ketiga milik KFCHoldings (Malaysia) Bhd. (KFCH) selepas Pelabuhan Klang, Selangor dan Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Ia merupakan kilang termoden di rantau Asia Pasifik kerana cara penyembelihannya menggunakan kelongsong kon dalam menjamin kualiti dan status halal. Turut hadir pada majlis perasmian kilang itu ialah Pengerusi KFC Holding Malaysia, Tan Sri Muhammad Ali Hashim serta Pengarah Urusan KFCH, Jamaludin Md. Ali.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2010 10:02 AM | Show all posts
Berita Harian Online

Mahkamah bersidang waktu malam
2010/03/30

http://www.bharian.com.my/articl ... waktumalam/pix_gal0
MOHD Zhafir diringi anggota polis selepas dijatuhkan hukuman tiga tahun penjara dan satu sebatan kerana kesalahan ragut oleh Mahkamah Sesyen Johor Bahru, malam tadi.JOHOR BAHRU: Mahkamah Sesyen Johor Bahru mencatat sejarah tersendiri negeri ini, semalam apabila pertama kali bersidang pada sebelah malam.

Rekod itu turut dikongsi Mohd Zhafir Nadzaree, 23, yang menjadi tertuduh pertama dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan satu sebatan dalam mahkamah yang bersidang sebelah malam itu. Hakim Aliman Musri menjatuhkan hukuman itu selepas Mohd Zhafir mengaku bersalah melakukan jenayah ragut, selain turut mencederakan mangsa dengan menumbuk wanita berkenaan. Hukuman terhadapnya dijatuhkan tepat jam 9.20 malam tadi bagi kesalahan yang dilakukan tidak sampai 24 jam, juga memberitahu mahkamah dia melakukan kesalahan itu kerana terdesak namun benar-benar kesal dengan perbuatan yang dilakukannya.

Dalam rayuannya, tertuduh memohon supaya diberikan hukuman ringan kerana perlu menanggung kehidupan adik beradiknya yang masih kecil dan bersekolah selain seorang ibu yang tidak bekerja.

Mohd Zhafir didakwa merompak K Mathevi, 24, dengan meragut beg tangan mangsa di Jalan Camar 3, hadapan Masjid Jamek Taman Perling di sini, jam 5.45 pagi semalam. Berikutan kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda serta sebatan.

Mengikut fakta kes, mangsa ditumbuk di bahagian muka ketika bergelut dengan tertuduh dan akibat kejadian itu, segala dokumen peribadi dan wang mangsa turut hilang serta gagal ditemui.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Azreen Yas Mohamad Ramlil.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2010 10:25 AM | Show all posts
K-Bestari diwujud di Skudai, Kluang
Utusan

BATU PAHAT 29 Mac - Jabatan Penerangan akan mewujudkan K-Bestari di dua kawasan majoriti kaum Cina iaitu Skudai, Johor Bahru dan Yap Tau Sah, Kluang pada tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan dan Penerangan negeri, Md. Jais Sarday berkata, pemilihan dua kawasan berkenaan untuk memupuk semangat kesukarelaan dan berdikari serta mengukuhkan jati diri rakyat berbilang kaum yang menjadi elemen penting bagi kestabilan politik dan sosio ekonomi negara.

"Ia juga menjadi ejen menyemai semangat perpaduan kaum serta meningkatkan pengetahuan mereka dalam pelbagai isu semasa," katanya selepas merasmikan program Sepakat Bestari Daerah Batu Pahat di padang Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dekat sini semalam.

Menurutnya, langkah tersebut penting bagi mengelak rakyat mudah terpedaya dengan pelbagai dakyah, tohmahan serta fitnah yang sering ditabur oleh pihak tidak bertanggungjawab.

"Bagi memastikan matlamat berkenaan tercapai kami berpendapat kewujudan K-Bestari perlu diperluaskan ke kawasan bukan Melayu seperti di Skudai dan Yap Tau Sah," katanya.

Turut hadir ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerah, Datuk Ariss Samsudin, ADUN Senggarang, Jaaffar Hashim serta Pengarah Penerangan Negeri, Almain Ajirul.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2010 01:44 PM | Show all posts
Politeknik JB dipilih Politeknik Premier
Utusan

JOHOR BAHRU 30 Mac - Politeknik Johor Bahru dipilih sebagai Politeknik Premier pada majlis pelancaran Transformasi Politeknik baru-baru ini.

Pegawai Perhubungan Awamnya, S. Shantini Devi berkata, objektif penubuhan Politeknik Premier adalah untuk melahirkan siswazah berdaya saing yang mampu memenuhi pasaran modal insan negara.

Selain itu, ia untuk memartabatkan politeknik sebagai peneraju serantau, institusi rujukan kecemerlangan teknologi antarabangsa serta merangsang idea dan inovasi baru bagi pembangunan industri setempat.

"Konsep pembangunan modal Politeknik Premier berasaskan kepada pembangunan politeknik secara holistik dan seimbang yang bertunjangkan lima dimensi.

"Ia adalah pelajar berpersonaliti unggul, staf berkebolehan dan kompeten, program berimpak tinggi, institusi lestari dan perhubungan industri-politeknik kukuh dan mapan," katanya dalam satu kenyataan di sini baru-baru ini.

Menurutnya, kelima-lima dimensi tersebut merupakan asas kepada pembentukan institusi yang mampu menjana generasi pekerja dinamik lagi progresif.

Selain itu, politeknik berkenaan juga akan menawarkan Diploma Lanjutan yang bakal dijalankan pada Julai 2013.

Katanya, Diploma Lanjutan itu khusus untuk Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti.

"Turut diadakan program berkembar menerusi memorandum persefahaman (MoU) dan program 'Finishing School' yang diadakan setiap tahun seperti latihan kemahiran kimpalan, pendawaian dan penyuntingan video," katanya.

Malah, Politeknik Premier Johor Bahru juga bercadang untuk mengambil lima peratus penuntut antarabangsa pada 2012.

Shantini Devi berkata, seiring dengan transformasi politeknik, sokongan industri akan dipertingkatkan lagi merangkumi aspek kolaborasi secara meluas.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2010 11:29 PM | Show all posts
Sa'adiah wanita pertama menang CEO terbaik
berita harian online


Datin Paduka Siti Sa’adiah Sheikh Bakir
KUALA LUMPUR: Pengarah Urusan KPJ Healthcare Bhd, Datin Paduka Siti Sa’adiah Sheikh Bakir dipilih sebagai penerima Anugerah Ketua Eksekutif (CEO) Malaysia 2009 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) malam tadi.

Siti Sa’adiah menerima anugerah itu daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, adalah wanita pertama diberikan anugerah berprestij yang diperkenalkan 15 tahun lalu dengan menewaskan 118 calon daripada 16 industri berbeza.

Beliau yang kini berusia 57 tahun, mula memegang jawatan itu sejak Mac 1993. Dianjurkan bersama oleh Business Times dan Maybank, Anugerah CEO memberi pengiktirafan kepada kecemerlangan peneraju korporat negara.

Mengulas kemenangannya itu, Siti Sa’diah berkata, ia menguatkan lagi keazamannya untuk meningkatkan prestasi KPJ Healthcare sebagai penyedia perkhidmatan kesihatan terulung negara, di samping membantu menjadikan Malaysia sebagai pilihan utama pada peringkat global dalam aspek penjagaan kesihatan.

Beliau berkata, berdasarkan kajian oleh sebuah pertubuhan di Amerika Syarikat, Malaysia menduduki tempat ketiga peringkat global dan pertama di Asia dari segi tumpuan warga asing mendapatkan perkhidmatan penjagaan kesihatan.

“Selaras pendapat Perdana Menteri yang menyatakan sektor penjagaan kesihatan boleh dibangunkan sebagai industri global, KPJ Healthcare berazam menjadikan Malaysia nombor satu untuk kecemerlangan kesihatan di dunia,” katanya.

Hadir sama isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Pengerusi The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Tan Sri Mohamed Jawhar Hassan; Presiden dan Ketua Eksekutif Maybank, Datuk Sri Abdul Wahid Omar; Pengarah Eskekutif Editorial NSTP, Datuk Ahmad A Talib; Ketua Eksekutif NSTP, Datuk Anthony Bujang dan Pengarang Urusan Kumpulan NSTP, Zainul Arifin Mohammed Isa.
Malaysia Aiports Holdings Bhd dipilih sebagai pemenang Anugerah Inisiatif Kemasyarakatan Korporat yang kali pertama diperkenalkan dan diterima oleh Pengarah Urusannya, Tan Sri Bashir Ahmad Abdul Majid.

Dalam ucapannya, Najib mahukan corak pengurusan korporat negara berubah daripada amalan arahan dan kawalan kepada yang membolehkan idea dan maklumat disalurkan secara bebas oleh kakitangan.

Perdana Menteri berkata, dunia hari ini berkehendakkan visi, pembuat keputusan dan pelaksana serta pelaksanaan perancangan yang berbeza daripada dulu.

Sehubungan itu, katanya, untuk bergerak seiring perubahan, pengurusan di Malaysia tidak harus terikat kepada amalan arahan dan kawalan ketika dunia global yang menekankan integrasi melalui komunikasi.

“Adalah penting untuk memahami bahawa peningkatan saling berhubungan ini secara langsung akan meningkatkan daya saing.

“Untuk bersaing dalam persekitaran seperti ini, mesti ada kebebasan maklumat dan idea. Pihak pengurusan korporat Malaysia mesti bergerak ke arah ini.
“Cara pengurusan perlu diubah supaya syarikat Malaysia tidak ketinggalan dan mesti berdaya saing pada peringkat global,” katanya.

Najib berkata, pada masa lalu amalan pengurusan memberi penekanan kepada struktur keputusan dibuat pihak atasan ke bawah serta rantaian arahan bersepadu yang walaupun mempunyai kebaikan, tetapi mewujudkan aliran komunikasi sehala dengan terlalu sedikit ruang kebebasan.

“Dalam memberi pengiktirafan kepada kakitangan bawahan, usaha lebih diperlukan bagi meningkatkan bukan saja pengurusan, malah penyertaan kakitangan di semua peringkat,” katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2010 07:12 AM | Show all posts
Surau macam rumah kongsi-utusan 1 april 2010

Oleh HAMDAN TAWADI
editjohor@utusangroup.com.my

KEADAAN persekitaran Surau Al-Ihsan Taman Ehsan Jaya yang tidak terurus dan usang dibangunkan menggunakan kabin semakin merisaukan penduduk Islam di Taman Ehsan Jaya.

JOHOR BAHRU 31 Mac - Sedih dan mengaibkan! Demikian keadaan surau di Taman Ehsan Jaya di sini yang hanya menyerupai rumah kongsi pekerja binaan warga asing.

Di sebalik deretan rumah berharga kira-kira RM170,000 sebuah itu, amat memalukan apabila melihat hanya terdapat sebuah kabin usang yang dijadikan surau untuk umat Islam di situ beribadat.

Keadaan itu yang berterusan sejak 2005 tentunya 'mengaibkan' penduduk beragama Islam yang mendiami kira-kira 80 buah rumah di taman tersebut.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Surau Al-Ihsan, Ramlee Kidon, 49, berkata, kedaifan surau tersebut berpunca daripada tapak yang belum diperoleh.

Menurutnya, ekoran itu pihaknya dan masyarakat Islam di taman itu tidak dapat mengeluarkan perbelanjaan untuk membina surau yang lebih selesa.

"Kami bukan meminta wang untuk membina surau, sebaliknya mahukan tanah ini diberi status tapak surau.

"Sebelum ini ada individu yang berhasrat menderma sebanyak RM200,000 untuk membina surau, namun tidak berani menderma akibat tanah ini belum mendapat status tapak surau," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Bendahari jawatankuasa berkenaan, Sunawan Sarip, 41, pula mendakwa, masalah status tapak surau itu berpunca daripada tindakan pemaju mengubah pelan asal kawasan perumahan tersebut.

"Disebabkan pelan asal menunjukkan tapak surau disediakan di sini, jadi penduduk Islam membeli unit-unit rumah berdekatan tapak surau itu.

"Bagaimanapun, pemaju kemudiannya mahu mengubah lokasi tapak surau ke tempat lain sehingga menimbulkan bantahan penduduk muslim dan ini menyebabkan hingga kini, status tapak surau masih belum diperoleh," katanya.

Pihaknya telah menghantar permohonan kepada Pejabat Tanah dan Daerah negeri untuk mendapatkan status tapak surau tersebut, bagaimanapun ia ditolak atas alasan pemaju telah mengubah lokasi tapak ke tempat lain.

"Kami tidak mahu tapak surau ini dipindahkan ke tempat lain kerana kami sememangnya memilih rumah berdekatan surau," katanya.

Sementara itu, seorang penduduk, Rosdi Ramli, 42, berkata, surau kabin sementara itu dibina adalah hasil kutipan derma orang ramai sebanyak RM50,000.

Mengikut perancangan asal, surau kabin itu hanya dibina untuk bertahan selama dua tahun sementara menunggu untuk mendapat status tapak surau.

"Sehingga kini, masih belum dapat status, jadi struktur binaan surau semakin tidak dapat bertahan.

"Sebahagian lantai surau yang diperbuat daripada besi dan papan telah patah, menyebabkan rasa tidak selesa malah diragui tahap keselamatannya," katanya.

Sehubungan itu, Rosdi meminta agar semua pihak termasuk Pejabat Tanah dan Daerah negeri, pejabat agama dan pemaju perumahan mengekalkan tapak surau sedia ada untuk kepentingan penduduk.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2010 07:52 AM | Show all posts
Tujuh kampung dibanjiri pendatang asing-UTUSAN 1 APRIL2010

JOHOR BAHRU 31 Mac - Tujuh kampung yang terletak dalam Zon Majidee di sini yang sebelum ini merupakan perkampungan Melayu kini dibanjiri oleh pendatang asing terutama warga Indonesia sehingga merimaskan penduduk.

Kampung berkenaan ialah Kampung Datuk Sulaiman Menteri, Kampung Setanggi, Kampung Desa Melayu, Desa Jaya, Hajah Hasnah, Kampung Tengah dan Desa Makmur.

Ahli Majlis Perbandaran Johor Bahru (MBJB) bagi zon itu, Datuk Yahya Jaafar berkata, kehadiran warga Indonesia dengan jumlah yang tidak terkawal itu menyebabkan penduduk tempatan berasa tidak selesa.

Selain itu, katanya, pendatang asing tersebut dengan bebas menjalankan aktiviti perniagaan dalam bidang peruncitan dan makanan.

"Aktiviti seumpama itu secara tidak langsung telah menggugat rezeki atau hak warga tempatan yang menjalankan perniagaan selama ini," katanya dalam ucapan penangguhan Mesyuarat Penuh MBJB 2010 di sini hari ini.

Bagi menangani masalah tersebut, beliau menggesa agar tindakan segera diambil dengan menyita premis atau rumah kediaman warga asing berkenaan mengikut undang-undang.

Katanya, pendatang asing akan berani melakukan aktiviti sebegitu kerana pihak penguat kuasa tidak tegas dalam membanteras gejala berkenaan.

Selain itu Yahya berkata, zon berkenaan juga dicemari dengan kegiatan menjual nombor ekor haram di beberapa premis berkenaan.

Menurutnya, terdapat ramai pelajar yang tanpa segan-silu keluar masuk premis berkenaan untuk mencuba nasib.

"Dari suka-suka ia akan menjadi tabiat kerana ingin kaya mudah. Perkara ini terjadi kerana pihak berkuasa tidak melaksanakan tugas mereka.

"Ini merupakan masalah sosial yang perlu dibendung agar tidak menjadi satu budaya kepada generasi akan datang. Tindakan segera perlu dilakukan," katanya.

Selain itu, Yahya turut membangkitkan masalah sungai kotor, longkang tersumbat atau pecah yang perlu diperbaiki segera di kawasan berkenaan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2010 09:39 AM | Show all posts
Monyet ceriakan taman
Oleh Jamaludin Husin
bhnews@bharian.com.my
2010/04/01

Orang ramai tak setuju pindah haiwan di Tanjung Ketapang ke hutan Maokil

MUAR: Kawasan rekreasi Tanjung Ketapang yang lengang sejak beberapa bulan lalu berikutan langkah pihak berkuasa tempatan (PBT) memindahkan monyet liar yang tinggal di dalam hutan bakau di situ, akhir tahun lalu, kini kembali ceria. Tinjauan mendapati orang ramai sudah mula ramai berkunjung semula ke kawasan rekreasi berkenaan berikutan baki haiwan liar yang tidak sempat ditangkap untuk dipindahkan sudah keluar semula dari kawasan hutan bakau di situ. Kehadiran kumpulan monyet liar di kawasan rekreasi itu dikatakan menjadi tarikan pengunjung tempatan dan luar kawasan sama ada untuk bersiar-siar bersama keluarga atau bersantai serta beriadah.

Walaupun tinggal di dalam hutan bakau di tepi pantai Muar, namun haiwan itu jinak dan tidak pernah mengganggu orang ramai yang berkunjung ke situ, termasuk kanak-kanak, sekali gus menarik minat pengunjung termasuk dari luar kawasan.

Bagaimanapun, tindakan memindahkan haiwan itu menyebabkan kawasan rekreasi itu lengang kerana orang ramai jarang berkunjung walaupun PBT menyediakan pelbagai termasuk prasarana dan kemudahan awam untuk keselesaan pengunjung.

Seorang penduduk, Ibrahim Abu Bakar, 34, berkata sejak monyet yang menjadikan hutan bakau di situ sebagai tempat kediaman haiwan itu dipindahkan ke hutan Maokil, Pagoh, akhir tahun lalu, kawasan rekreasi berkenaan lengang.
Beliau mendakwa, haiwan itu menjadi tarikan pengunjung untuk menyaksikan gelagat monyet di situ yang mudah didekati untuk diberikan makanan tanpa mengganggu keselamatan orang ramai yang berkunjung ke situ.

“Justeru, langkah memindahkan monyet di situ tidak seharusnya dilakukan kerana tindakan itu boleh menjejaskan kunjungan orang ramai.

“Langkah sebaiknya ialah memantau keadaan kebersihan di kawasan berkenaan dan mendidik orang ramai supaya tidak membuang sampah dan memungut semula bekas makanan termasuk karung plastik dan tin minuman yang diberikan kepada monyet di situ dan meletakkannya dalam tong sampah disediakan,” katanya, di sini.

Seorang pengunjung dari Segamat yang hanya mahu dikenali sebagai Tony berkata, beliau bersama rakannya yang berkunjung ke rekreasi hutan bakau di Tanjung Ketapang, terhibur dengan telatah monyet liar yang banyak di kawasan hutan bakau di situ.

Beliau berkata, haiwan itu sungguh jinak dan boleh mengambil sendiri makanan dari tangan pengunjung termasuk kanak-kanak tanpa takut digigit.

“Haiwan itu juga tidak mengganggu orang ramai walaupun mereka tidak membawa makanan malah ia hanya melihat muka pengunjung dengan penuh bermakna seolah-olah menanti diberi makanan. Kami datang ke situ, selepas mengetahui kawasan rekreasi Tanjung Ketapang ada monyet liar tetapi jinak dan menghiburkan, ” katanya.

Tony berkata, beliau sempat mengambil gambar rakannya sedang memberi makanan kepada sekumpulan haiwan itu untuk dijadikan kenang-kenangan sekembalinya ke Segamat.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2010 09:40 AM | Show all posts
LHDN sedia kaunter perkhidmatan e-filing - Berita Harian Online

JOHOR BAHRU: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan melaksanakan Bulan Perkhidmatan Pembayar Cukai (BPPC) bermula hari ini (1 April) sehingga 30 April ini, bagi menggalakkan dan memudahkan orang ramai mengisi borang cukai pendapatan 2009 mereka, secara e-filing.

Penolong Pengarah LHDN Cawangan Johor Bahru, Nor'azam Sulaiman, berkata sepanjang tempoh itu, pihaknya akan menyediakan kaunter perkhidmatan e-filing di Bangunan HASIL, di sini, bermula jam 8 pagi sehingga 5.30 petang bagi membimbing orang ramai yang memerlukan bimbingan khidmat kakitangannya. “Sepanjang bulan ini (April), LHDN mahu menggalakkan orang ramai menghantar Borang Nyata Cukai Pendapatan iaitu Borang BE 2009, Borang B 2009, Borang M 2009 dan Borang P 2009 secara e-filing. “Demikian bagi mereka yang tidak mempunyai kemudahan komputer, kami galakkan supaya mereka datang ke kaunter perkhidmatan e-filing LHDN di bangunan ini, untuk menggunakan kemudahan komputer yang disediakan, termasuk internet dan khidmat bimbingan,” katanya dalam kenyataan kepada Berita Harian, di sini.
Beliau berkata, bagi yang celik teknologi maklumat (IT) serta mempunyai kemudahan komputer dan internet pula, digalakkan melakukan e-filing di rumah dengan melayari laman webnya, di www.hasil.gov.my.

“Langkah ini dapat mengelakkan masalah kesesakan orang ramai yang beratur di kaunter perkhidmatan e-filing LHDN Johor Bahru sepanjang bulan ini.

“Untuk memohon nombor pin e-filing, orang ramai boleh memohon menerusi alamat emel, pin@hasil.gov.my dengan menyertakan nombor rujukan cukai pendapatan, alamat terkini, nombor telefon dan salinan kad pengenalan (muka depan dan belakang),” katanya.
Sehubungan itu, bagi majikan yang mempunyai bilangan pekerja ramai pula boleh memohon kepada LHDN untuk mendapatkan khidmat bantuan e-filing di premis mereka.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2010 11:42 AM | Show all posts
50 pelajar kenali arkeologi Sg. Johor
Utusan

JOHOR BAHRU 31 Mac - Seramai 50 pelajar dari 13 sekolah menengah di daerah Batu Pahat berpeluang mengenali peninggalan sejarah silam dalam program Mengenali Arkeologi Sungai Johor di Kota Tinggi selama tiga hari bermula Jumaat ini.

Program itu yang merupakan kali ketiga dilaksanakan adalah anjuran kerajaan negeri menerusi Yayasan Warisan Johor (YWJ).

Pengarah YWJ, Jama Johan berkata, program yang diadakan dua fasa setahun itu melibatkan pelajar dan guru daripada pelbagai kaum.

"Antara objektif utama program ini adalah untuk memberi maklumat mengenai peninggalan sejarah yang terdapat di pesisiran Sungai Johor.

"Selain itu, ia juga bertujuan menimbulkan kesedaran dan kebanggaan masyarakat terhadap budaya bangsa sekali gus dapat menebalkan lagi kecintaan mereka terhadap bangsa dan negara," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jama berkata, 13 sekolah yang terbabit adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato' Bentara Luar, SMK (Perempuan) Temenggung Ibrahim, SMK Dato' Syed Esa, SMK Munshi Sulaiman, SMK Dato' Onn, SMK Datuk Onn Jaafar dan SMK Seri Gading.

Sekolah lain adalah SMK Dato' Seth, SMK Tengku Mahmod Iskandar, SMK Dato' Sulaiman, SMK Banang Jaya, SMK Semerah dan SMK Tunku Puta.

"Selain menyusuri Sungai Johor dan melawat tapak-tapak sejarah di pesisiran sungai itu, aktiviti program itu turut membabitkan lawatan ke Muzium Kota Tinggi dan bengkel sejarah serta menginap di inap desa," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2010 05:39 AM | Show all posts
Sindiket barangan tiruan lumpuh

JOHOR BAHRU - Satu sindiket pengedaran produk berjenama tiruan di bandar raya ini lumpuh, apabila barangan itu yang bernilai RM200,000 berjaya dirampas dalam satu serbuan di sini semalam.

Serbuan dilakukan oleh Bahagian Penguat Kuasa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri Johor kira-kira pukul 12 tengah hari di sebuah stor di Jalan Dedap, Taman Johor Jaya di sini.


berita@kosmo.com.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2010 01:45 AM | Show all posts
utusan online : 03/04/2010

Pencetak risalah ah long juga dikena tindakan

JOHOR BAHRU 2 April - Polis akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang mencetak risalah dan poster ah long di negeri ini sebagai usaha terbaru membanteras kegiatan berkenaan secara holistik.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff (gambar) berkata, mereka yang didapati terlibat mencetak poster dan risalah itu akan dikenakan tindakan mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan Langkah- Langkah Pencegahan Khas (LLPK) 1985.

"Sebelum ini kita hanya mengambil tindakan terhadap ah long saja tetapi dalam usaha untuk membanteras kegiatan itu secara menyeluruh mereka yang mencetak risalah juga akan dikenakan tindakan.

"Selain LPPK, individu yang bekerjasama dengan ah long boleh didakwa di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara tiga tahun atau denda RM20,000 atau kedua-duanya sekali," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Pemakaian Pangkat Anggota Pangkat Rendah (APR) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.

Seramai 126 anggota polis Johor dinaikkan pangkat dalam majlis itu. Turut hadir Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Datuk Amer Awal.

Mohd. Mokhtar berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut termasuk mengenal pasti individu yang disyaki membantu ah long mencetak iklan-iklan terbabit.

"Malah, polis juga telah mengenal pasti dan menangkap beberapa ah long yang disyaki bergiat aktif di negeri ini.

"Polis sedang melengkapkan kertas siasatan untuk dibawa kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi tindakan lanjut terhadap ah long terbabit yang sepatutnya 'meletakkan jawatan jadi manusia' kerana menyusahkan peminjam dan keluarga peminjam," katanya.

Beliau berkata, polis juga akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini bagi membantu menurunkan segala poster berkaitan pinjaman wang haram bagi memastikan negeri ini bebas dari pencemaran poster ah long.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2010 04:58 AM | Show all posts
UTUSAN ONLINE

JOHOR BAHRU 3 April - Sekumpulan 15 usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) Singapura berminat melabur dalam pelbagai bidang termasuk pembangunan pesisir pantai berbentuk pelancongan dan perkhidmatan di Iskandar Malaysia.

Minat tersebut dinyatakan oleh rombongan mereka selepas meninjau peluang pelaburan dan perniagaan di wilayah tersebut anjuran Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Tan Sri Mohamed dengan kerjasama Majlis Belia Kebangsaan Singapura (NYC) di sini hari ini.

Pengarah Gardenasia Pte. Ltd., Eng Tok Ching Kenny yang mengetuai rombongan berkenaan berkata, terdapat pelbagai peluang pelaburan menarik di wilayah tersebut antaranya terlibat dalam projek waterfront dengan kerjasama antara Malaysia dan Singapura.

"Peluang pelaburan dan perniagaan di Iskandar Malaysia sentiasa banyak tetapi sebelum ini kami kurang mengetahuinya, maka hari ini kami dapat melihat dengan lebih dekat peluang-peluang ini," katanya yang juga Ahli Majlis NYC.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar bersama Nur Jazlan di Danga Bay selepas melawat dan meninjau peluang perniagaan serta pelaburan di Iskandar Malaysia di sini hari ini.

Program itu bertujuan meningkatkan jaringan perniagaan dan membuka peluang-peluang baru pelaburan di Iskandar Malaysia.

Usahawan-usahawan berkenaan terdiri di kalangan pemilik syarikat-syarikat IKS Singapura dalam pelbagai sektor perniagaan.

Turut hadir 15 ahli perniagaan tempatan.

Kenny memberitahu, kerjasama ahli perniagaan Malaysia dan Singapura amat penting kerana ia boleh melonjakkan peluang perniagaan termasuk dalam projek waterfront di Selat Tebrau dan sebagainya.

Contohnya, katanya, Amerika Syarikat yang bekerjasama dengan Kanada untuk bersama-sama membangunkan air terjun Niagara Fall telah berjaya menjadikan lokasi tersebut sebagai produk pelancongan indah dan popular di dunia.

"Kerjasama seperti ini juga boleh dilakukan antara usahawan Malaysia dan Singapura di Iskandar Malaysia.

"Kami di Singapura juga mempunyai banyak kelebihan dan bakat dalam bidang ini," katanya sambil memberitahu lawatan hari ini amat bermanfaat bagi mereka,'' katanya.

Beliau bagaimanapun tidak dapat menyatakan jenis pelaburan tersebut secara terperinci kerana lawatan tersebut hanya bersifat memberi pendedahan awal.

Sebelum itu, Nur Jazlan berkata, usahawan-usahawan IKS tersebut juga lebih tertumpu kepada pelaburan dalam projek-projek sokongan seperti pembersihan, pengangkutan awam dan perkhidmatan.

Menurutnya, bagaimanapun, kerjasama tersebut penting sebagai melengkapkan pelaburan lain antara kedua-dua negara yang menikmati hubungan dua hala yang cukup erat.

Mengenai lawatan berkenaan, beliau berkata, ia memberi peluang kepada usahawan tempatan bertukar pandangan dan idea serta berkongsi pengalaman termasuk mewujudkan peluang kerjasama dalam perniagaan baru di Wilayah Iskandar.

"Ini membolehkan jaringan perniagaan usahawan tempatan menembusi pasaran global disebabkan keadaan di Singapura yang mempunyai ramai syarikat gergasi multinasional dan pemain-pemain ekonomi bertaraf global," jelasnya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2010 05:00 AM | Show all posts
UTUSAN ONLINE

Pasar tani ibu tunggal

Oleh AZIZI MAJID
utusanjohor@utusan.com.my

JOHOR BAHRU 3 April – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Johor merancang untuk membuka pasar tani yang menampilkan kelainan iaitu para peniaganya hanya terdiri daripada kaum wanita khususnya ibu tunggal tidak lama lagi.

Pengarahnya, Faridulatrash Md. Mokri berkata, perancangan tersebut yang telah diusulkan kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dijangka dilaksanakan selewat-lewatnya sebelum penghujung Jun ini.

Beliau berkata, sekiranya terlaksana, ‘pasar tani wanita’ itu akan beroperasi pada setiap Selasa di Jalan Padu Larkin di sini kelak.

‘‘Meskipun projek terbaru itu masih dalam perancangan namun ia dilihat sudah mendapat sambutan yang menggalakkan apabila pihaknya menerima lebih daripada 100 permohonan.

‘‘Bagaimanapun kita hanya akan menempat sekitar 80 lot tapak niaga dan keutamaan akan diberikan kepada golongan ibu tunggal,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan Pasar Tani Mega Datin Halimah di Jalan Padu, Larkin di sini kelmarin.

Faridulatrash memberitahu, tujuan utama pemilihan peniaga wanita adalah membantu menjana ekonomi golongan tersebut terutama kepada ibu tunggal.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, pihaknya dengan kerjasama Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Johor dan pihak pengurusan Cahaya Jawhar telah membuka pasar tani di terminal bas di Kota Iskandar di Nusajaya pada 31 Mac lalu.
Katanya lagi, pasar tani tersebut bermula pukul 4 hingga 7 petang itu turut membabitkan seramai 30 orang peniaga.

Beliau memberitahu, pada masa kini terdapat 52 buah pasar tani yang melibatkan 1,857 peserta di seluruh negeri Johor.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:34 AM GMT+8 , Processed in 0.347490 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list