CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: blackpurple

Keratan Akhbar / Petikan Berita

[Copy link]
Post time 8-4-2010 08:20 AM | Show all posts
UTUSAN ONLINE

Bapa menjerit dihukum mati

JOHOR BAHRU 7 April - Mahkamah Tinggi di sini hari ini gempar dengan tindakan seorang pengawal keselamatan yang tiba-tiba menjerit sebaik sahaja dijatuhi hukuman gantung sampai mati kerana membunuh tiga anaknya, enam tahun lalu.

P. Vellertore, 49, pada mulanya bersikap tenang dan tidak memberi sebarang reaksi semasa Hakim Datuk Jeffrey Tan Kok Wha membacakan keputusannya dalam bahasa Inggeris.

Namun sebaik sahaja seorang jurubahasa menjelaskannya dalam bahasa Tamil, tertuduh dilihat mula cemas dan cuba menyatakan sesuatu ketika Hakim Jeffrey masih membacakan keputusannya.

Secara tiba-tiba, Vellertore yang memakai baju kemeja lengan panjang berwarna biru dan berseluar jean bangun dan menjerit-jerit kepada hakim berkenaan sambil tangannya bergari ditunjukkan ke atas.

''Yang Arif, saya tidak boleh terima hukuman ini. Sumpah saya tidak buat. Tuhan tahu saya tidak buat.

''Saya tidak akan bunuh anak saya. Mahkamah tipu dan saya memang tidak buat dan bukan itu macam,'' jeritnya sambil menangis.

Vellertore disabitkan dengan tuduhan membunuh tiga daripada empat anaknya, Rudraa Kumar, 6, Kessaprata, 5, dan Harini, 3, di rumah mereka di Taman Muhibbah, Saleng, Kulaijaya antara pukul 10.30 pagi dan 3.30 petang, 20 November 2004.

Dia yang dilaporkan cuba menggantung diri selepas itu bagaimanapun berjaya diselamatkan oleh jiran yang menyedari kejadian tersebut.

Tertuduh disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Shahrizal Shaari.

Hakim Jeffrey dalam penghakimannya memberitahu, beliau tidak menemui alasan kenapa Vellertore tidak boleh disabitkan dengan kesalahan tersebut.

Beliau juga memahami keadaan tertuduh yang tertekan akibat ditinggalkan isteri dan perlu menyara empat anak pada masa yang sama.

''Apa juga alasan, awak sebagai ayah tidak berhak mengambil nyawa anak dan nyawa mereka perlu dihormati.

''Malah melihat kepada gambar semua mangsa, ia sesuatu yang amat tragis dan memilukan sehingga membolehkan seorang itu hilang selera makan,'' katanya.

Sementara itu, peguam bela Vellertore, Benard George berkata, pihaknya akan memfailkan rayuan secepat mungkin terhadap keputusan itu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2010 08:57 AM | Show all posts
Post Last Edit by teessot at 8-4-2010 08:59

Terperap enam tahun dalam bilik

editjohor@utusangroup.com.my



ADAM Sumiru menyampaikan sumbangan kepada Ungku Ahmad di Rumah Pangsa Larkin Perdana, Johor Bahru, semalam.

--------------------------------------------------------------------------------


JOHOR BAHRU 7 April ?Penderitaan mengalami penyakit kencing manis kronik menyebabkan seorang warga emas, Ungku Ahmad Ungku Mahmood, 66, memilih untuk terus 憈erperap?di dalam sebuah bilik sejak enam tahun lalu.

Ungku Ahmad bukan sahaja tidak pernah keluar dari bilik kecil tersebut, malah hanya terlantar dan sekali sekala duduk di atas katil dalam tempoh tersebut.

Bekas pengawal keselamatan itu berkata, dia tidak mahu keluar kerana berasa anggotanya sudah tidak cukup kuat untuk bergerak walaupun dibantu oleh kaki palsu, kerusi roda atau dipimpin oleh anak-anaknya.

Saya tak mahu pergi mana-mana demi keselamatan sebab dah tak larat nak berjalan.

Kalau rasa bosan, saya akan berzikir untuk tenangkan fikiran,?katanya semasa menerima sumbangan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) yang disampaikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Puteri, Adam Sumiru di Rumah Pangsa Larkin Perdana di sini hari ini.

Dalam lawatan itu, Adam turut menyampaikan sumbangan kepada 20 keluarga miskin dan warga emas di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan.

Ungku Ahmad berkata, disebabkan tidak pernah keluar dari bilik itu maka semua urusan peribadinya dilakukan di bilik tersebut dengan dibantu oleh isterinya, Raja Jamilah Raja Mohamad, 70, dan tiga anaknya yang berusia dalam lingkungan 20-an.

Atas nasihat doktor, ibu jari kaki kanannya diikuti dengan kaki hingga ke paras lutut terpaksa dipotong akibat penyakit kencing manis semasa dia berusia 55 tahun.

Sejak itu, dia tidak lagi mampu bekerja dan enggan keluar daripada bilik itu.

Tak boleh fikir duduk begini rasa bosan atau apa-apa kerana saya sudah rasa cukup bersyukur kerana diberi pelbagai kemudahan dan nikmat,?katanya sambil menambah urusan makan, minum dan pakaiannya dilakukan secara ala kadar sahaja.

Menurutnya, hatinya berasa tenang setiap kali lidahnya melafazkan zikir yang diamalkannya iaitu Alhamdulillah? Subhanallah?dan Allahu Akbar?selain beristighfar.

Dia berasa terharu kerana kerajaan melalui wakil rakyat dan Kemas sentiasa prihatin membantu dirinya dan keluarga dari semasa ke semasa.

Sementara itu, seorang warga emas, Fatimah Yusof, 61, berasa terharu kerana menerima sumbangan keperluan dapur serta bantuan kebajikan bulanan RM300 daripada Kemas.

Dia yang tidak mempunyai pekerjaan dan terpaksa menjaga suaminya, Yahaya Yusuf, 60, yang menghidap sakit gaut tinggal menumpang di rumah adiknya di Kampung Melayu Majidee di sini.

Mujur ada rumah adik yang boleh kami tinggal menumpang kerana rumah kami sudah usang dan hampir roboh.

Hidup saya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang kerana tiada pendapatan tetap,?katanya yang turut menghidap kanser dan terpaksa menjalani rawatan di hospital berdekatan secara berkala.

Bagi Rayah Jenais, 74, pula, kehidupannya kini terumbang-ambing kerana tiada pendapatan dan dilanda murung tinggal sebatang kara selepas kematian suaminya, Ismail Lunon dan anak lelakinya, Jebat Ismail sejak lima tahun lalu.

Bagaimanapun, dia bersyukur kerana memiliki rumah sendiri dan menerima bantuan bulanan RM300 daripada Kemas.

Sumbangan hari ini juga dapat meringankan beban perbelanjaan saya,?katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2010 09:44 AM | Show all posts
Utusan Online

Gangguan bekalan air

JOHOR BAHRU 8 April - Para pengguna di Taman Pelangi, Taman Bukit Indah dan kawasan Perindustrian Senai diminta menyimpan air secukupnya kerana akan berlaku gangguan bekalan pada 14, 15 dan 21 April ini.

Ketua Komunikasi Korporat Syarikat Air Johor Holdings Sdn. Bhd. (SAJH), Jamaluddin Jamil berkata, bagi Taman Pelangi, gangguan bekalan berlaku pada Rabu ini selama 12 jam mulai 10 pagi hingga 10 malam bagi membolehkan SAJH memasang 'aquamaster meter' pada salurannya.

Bagi Taman Bukit Indah, gangguan akan berlaku pada 15 April selama lapan jam mulai 10 pagi hingga 6 petang kerana SAJH menjalankan kerja-kerja memasang 'flow meter' di taman tersebut.

Menurutnya, gangguan di Perindustrian Senai pada 21 April agak lama iaitu selama 14 jam mulai 10 pagi hingga 12 tengah malam keesokan hari.

"Ia disebabkan kerja-kerja penyambungan paip di Senai serta penyelenggaraan Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Loji Semangar, Kota Tinggi," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Justeru, orang ramai yang menghadapi masalah dan memerlukan bantuan boleh menghubungi talian 1-800-88-7474 atau menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) ke 019-7727474.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2010 09:46 AM | Show all posts
Utusan Online

Johor catat 43 kes H1N1, tiada kematian


JOHOR BAHRU 8 April - Sebanyak 43 kes selesema babi atau influenza A (H1N1) dilaporkan di negeri ini sepanjang Januari hingga semalam, namun tiada sebarang kematian direkodkan.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan, Dr. Robia Kosai, sebanyak 13 kes dikesan di Batu Pahat, Segamat (9), Kluang (8), Johor Bahru (7) serta masing-masing tiga kes di Muar dan Ledang.

Beliau berkata, empat kejadian kes kluster positif H1N1 dilaporkan berlaku di Penjara Simpang Renggam, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) Yong Peng 1, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Labis dan SMK Tinggi Segamat.

"Justeru, ibu bapa perlu mengambil langkah-langkah pencegahan H1N1 bagi menyekat penyebaran wabak tersebut selain meningkatkan kesedaran terhadap gejala dan rawatan penyakit berkenaan kepada kanak-kanak," katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis pelepasan larian sempena Hari Kesihatan Sedunia anjuran Persatuan Warga Emas Johor Bahru di sini hari ini.

Seramai 180 peserta termasuk warga emas, kanak-kanak kurang upaya dan penghuni Pusat Serenti Johor Bahru mengambil bahagian dalam larian sejauh dua kilometer itu.

Dr. Robia berkata, sekiranya mendapati anak demam atau mempunyai simptom-simpton H1N1, ibu bapa diminta tidak membenarkan mereka pergi ke sekolah tetapi terus membawa mereka ke hospital untuk pemeriksaan.

"Sekiranya mereka pergi ke sekolah, dikhuatiri penyakit mereka itu akan menjangkiti rakan-rakan lain jika positif H1N1,'' tegasnya.

Selain itu, Dr. Robia turut mengingatkan orang ramai supaya meningkatkan tahap kebersihan diri seperti kerap membasuh tangan dan memakai penutup mulut dan hidung apabila mengalami selesema atau berada di khalayak ramai.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata sebanyak 757 kes denggi direkodkan sepanjang tiga bulan pertama tahun ini dengan melibatkan tiga kematian iaitu dua di Segamat dan satu di Kota Tinggi.

"Johor Bahru mencatatkan bilangan kes tertinggi iaitu 533 diikuti Segamat, 65 kes dan Kota Tinggi 38 kes," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2010 11:06 AM | Show all posts
Berita Harian Online

MB Johor nafi kerajaan negeri muflis 2012

2010/04/09

AYER HITAM: Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman menafikan dakwaan pembangkang yang mengatakan kerajaan negeri akan muflis pada 2012 berikutan menanggung beban hutang yang besar, dan menganggapnya sebagai tuduhan yang amat jahat.

Beliau berkata, tuduhan berkenaan didalangi Pas dan DAP, yang kini membawa isu berkenaan pada kempen jelajah mereka bagi mempengaruhi sentimen rakyat negeri ini. “Saya ingin menafikan tuduhan berkenaan kerana kedudukan kewangan kerajaan negeri tidak seperti didakwa pembangkang. Tuduhan berkenaan berniat jahat untuk meracuni pemikiran serta menakut-nakutkan rakyat negeri ini. “Memang jika dilihat secara kasar jumlah defisit yang terkumpul besar tetapi ia disebabkan liabiliti terkumpul dalam sektor air dan pinjaman anak syarikat kerajaan Johor iaitu JCorp, di mana kerajaan negeri adalah penjaminnya.

“Namun, liabiliti terkumpul dalam sektor air sudah diambil alih Kerajaan Pusat menerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), manakala JCorp pula adalah sebuah syarikat yang kukuh dan mampu membayar hutang mereka sendiri,” katanya kepada pemberita selepas lawatan ke kawasan Parlimen Ayer Hitam, di sini, semalam.

Abdul Ghani berkata, isu itu timbul mungkin selepas pihak terbabit menganggap jumlah pinjaman tinggi yang dilakukan JCorp itu sebagai hutang kerajaan negeri.

“Memang kerajaan negeri adalah penjamin pinjaman berkenaan tetapi perlu diingat JCorp adalah sebuah syarikat besar dan kukuh serta lebih daripada mampu untuk melangsaikan segala hutang yang mereka ada, kerajaan negeri tidak menanggung beban hutang syarikat berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri turut mempunyai sumber kewangan mencukupi menerusi aset seperti rizab dan hasil tahunan yang boleh digunakan sebagai perbelanjaan mengurus negeri.

“Kerajaan negeri sentiasa berhemah dalam perbelanjaan pembangunan negeri dan hanya akan berbelanja untuk kepentingan dan manfaat rakyat saja,” katanya

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2010 08:39 PM | Show all posts
Harian Metro

Polis Johor rampas heroin dan syabu
2010/04/09


Turut dirampas ialah 14 gram syabu bernilai RM3,500.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, dadah itu dipercayai untuk edaran di sekitar bandar raya ini.


Beliau berkata, dua kereta milik suspek dan wang tunai sebanyak RM4,300 turut dirampas.


"Kesemua harta milik suspek akan disita untuk tindakan lanjut di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucutan Harta) 1988," katanya pada sidang media di sini hari ini.


Mohd Mokhtar berkata, lelaki terbabit yang berusia 27 tahun yang mempunyai rekod jenayah ditahan reman sehingga Isnin ini.


Dalam satu lagi kes, seorang lelaki dan dua wanita yang kesemuanya berusia antara 27 hingga 38 tahun ditahan di Taman Johor Jaya di sini Selasa lalu kerana memiliki ketamin dan ganja.


Dadah itu masing-masing seberat 497 dan 442 gram bernilai RM5,000 dan RM1,000.


Mohd Mokhtar berkata sebuah kereta dan motosikal suspek turut dirampas.


Wang tunai bernilai RM7,000 mata wang Singapura bernilai S$2,250 turut dirampas.-Bernama

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-4-2010 04:40 PM | Show all posts
UTUSAN ONLINE

Lima ditahan edar dadah RM250,000

JOHOR BAHRU 9 April - Tiga lelaki dan dua wanita ditahan dalam tiga serbuan di sekitar bandar raya ini kerana disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah. Dalam serbuan itu baru-baru ini, polis merampas pelbagai jenis dadah termasuk ketamin, syabu, heroin dan ganja seberat hampir tiga kilogram bernilai RM250,000, dipercayai untuk diedarkan kepada 50,000 pelanggan di sekitar negeri ini.

Kesemua mereka yang berusia antara 24 hingga 38 tahun dipercayai orang bawahan yang bertindak mengagihkan bekalan dadah berkenaan kepada para pelanggan.

Serbuan pertama diadakan di Taman Johor Jaya pada pukul 12.45 tengah hari Selasa lalu, diikuti serbuan di sebuah rumah di Kampung Seri Jaya Tampoi kira-kira pukul 3.30 petang hari yang sama.

Susulan daripada itu, polis menyerbu sebuah rumah di Bandar Baru Uda di sini kira-kira pukul 2.30 pagi kelmarin.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, turut dirampas adalah wang tunai RM20,000 dan beberapa kenderaan seperti Proton Perdana, Proton Wira, Honda Civic dan motosikal Yamaha LC.

"Polis percaya kenderaan itu digunakan untuk kegiatan pengedaran dadah," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.

Katanya lagi, hasil ujian air kencing mendapati, salah seorang daripada suspek dikesan positif mengambil dadah jenis ganja.

Beliau seterusnya berkata, kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2010 04:43 PM | Show all posts
Kos SDE hampir RM1.3 bilion

Oleh arif nizam abdullah
bisnes@utusan.com.my

JOHOR BAHRU 9 April - Senai-Desaru Expressway Bhd. (SDEB) yakin dapat menyiapkan fasa kedua projek Lebuhraya Senai-Desaru (SDE) menjelang akhir tahun ini. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mustaza Salim berkata, ketika ini kerja- kerja fasa kedua sepanjang 27 kilometer (km) itu sedang giat berjalan melibatkan pembinaan jalan raya, jambatan dan plaza tol.

Katanya, kemajuan keseluruhan projek itu telah mencapai tahap 88 peratus dan kerja-kerja pemasangan sistem tol, kawalan lalu lintas dan kelengkapan lain dijangka bermula pada Mei ini.

"Kami menjangka fasa kedua ini boleh dibuka kepada lalu lintas pada akhir tahun ini dan kos pembinaan sebenar apabila siap kelak akan memakan belanja hampir RM1.3 bilion.

"Apabila siap kelak, pengguna lebuh raya akan mengambil masa hanya 40 minit dari Senai ke Bandar Penawar di Desaru manakala pengguna dari Pasir Gudang akan hanya mengambil masa kurang dari 20 minit untuk ke Bandar Penawar," katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

SDE sepanjang 77 km itu merupakan lebuh raya ketiga terpanjang di Malaysia dan adalah sebahagian daripada pembangunan di Iskandar Malaysia.

Lebuh raya itu menyambung pusat udara di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail (LTSI), Senai ke pelabuhan dan kawasan perindustrian di Pasir Gudang serta destinasi peranginan di Desaru.

SDE bermula di Persimpangan 301 Linkedua dan merentasi jalan LTSI di Senai, Pekan Ulu Tiram dan melalui Kawasan Perindustrian Tanjung Langsat sebelum terus ke Desaru.

Laluan sepanjang tujuh kilometer dari Cahaya Baru ke Tanjung Langsat pula dikenali sebagai Pasir Gudang Connector (PGC).

SDE mempunyai enam persimpangan bertingkat, empat plaza tol dan dua kawasan rehat dan rawat serta keunikan sebuah jambatan kabel bersatah tunggal merentangi Sungai Johor.

Fasa pembukaannya terbahagi kepada dua dengan fasa pertama dilancarkan pada September lalu melibatkan jarak sepanjang 50 km antara Senai ke Cahaya Baru.

Sementara itu, fasa kedua bermula dari Cahaya Baru hingga ke Desaru termasuk jambatan kabel bersatah tunggal sebelum berakhir di Bandar Penawar.

Mengulas lanjut, Mustaza berkata, fasa kedua SDE itu sepatutnya siap September ini bagaimanapun pembinaan projek itu terganggu apabila kos bahan binaan naik secara ketara pada 2007 dan 2008 selain berdepan kesulitan akibat krisis kewangan global.

Jelasnya, harga bahan binaan pada tempoh berkenaan meningkat dua kali ganda atau lebih, sekali gus menjejaskan bukan sahaja projek itu tetapi juga beberapa projek lain di negara ini.

"Alhamdulillah, kami dapat juga menyiapkan fasa satu dengan cara kontraktor kami menampung kenaikan kos daripada sumber dalaman mereka," katanya.

Ditanya cabaran yang dihadapi dalam menyiapkan fasa kedua itu, beliau berkata, pembinaan jambatan kabel yang merentasi Sungai Johor menjadi cabaran utama.

Katanya, ini kerana ia merupakan antara jambatan kabel single-plane yang terpanjang di dunia dan sukar dibina kerana angin kencang kerap berlaku di kawasan sekitar.

"Selain itu, harga bahan binaan di pasaran seperti diesel, petrol, besi dan sebagainya juga memberikan impak yang besar dari segi kos pembinaan berbanding kos yang telah dipersetujui pada 2005," katanya.

Mengenai sasaran trafik SDE selepas beroperasi sepenuhnya kelak, Mustaza optimis mengunjurkan pertumbuhan trafik di lebuh raya itu sebanyak 6.8 peratus setahun bagi 10 tahun akan datang dan 4.9 peratus bagi tahun seterusnya.

Katanya, kewujudan lebuh raya itu telah menarik minat banyak pihak dari sektor kerajaan dan swasta untuk mengambil inisiatif membangunkan kawasan Penawar dan Desaru.

"Pada 23 Mac lalu, Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Kejora) telah mengumumkan pelan pembangunan sebanyak RM330 juta dan Khazanah Nasional Bhd. baru-baru ini merancang untuk membangunkan Desaru sebagai pusat pelancongan bertaraf antarabangsa seperti di Nusa Dua yang telah di bangunkan di Bali.

"Pembangunan oleh Khazanah itu merangkumi dua buah hotel, sebuah padang golf, sebuah taman tema dan sebuah pusat konvensyen yang kesemuanya bertaraf antarabangsa.

"Terdapat juga dua buah syarikat gergasi dari Qatar dan Iran telah melabur RM16 bilion dan RM30 bilion untuk sektor pembangunan minyak dan gas di kawasan tersebut yang dijangka beroperasi sebelum 2013.'' kata beliau.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2010 04:52 PM | Show all posts
'Bas' sekolah haram berleluasa

Oleh AZIZI MAJID
editjohor@utusangroup.com.my



ANGGOTA JPJ menunjukkan van disita yang disyaki terlibat dalam kegiatan 'bas' sekolah haram di negeri Johor di Johor Bahru, baru-baru ini.

--------------------------------------------------------------------------------



JOHOR BAHRU 9 April - Bas sekolah sememangnya menjadi pilihan utama ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah. Namun tindakan segelintir pihak yang cuba mengaut keuntungan dengan menjadikan kenderaan persendirian seperti van sebagai 'bas' sekolah dilihat semakin berleluasa di negeri ini.

Kegiatan yang menyalahi undang-undang itu biasanya dilakukan secara 'halus' memandangkan ia beroperasi secara haram kerana tidak mempunyai permit sah dari Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP).

Tidak dinafikan, agak sukar untuk mengesan kegiatan tersebut kerana pemandu yang ditahan biasanya mendakwa mereka membawa anak-anak atau menumpangkan anak jiran untuk dihantar ke sekolah.

Ini sedikit sebanyak menyukarkan pihak berkuasa di negeri ini terutama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk menangani kegiatan 'bas' sekolah tanpa permit ini.

Selain melakukan risikan sendiri, pihak berkuasa berkenaan biasanya amat bergantung kepada aduan orang awam termasuk ibu bapa untuk menjejaki kegiatan tersebut.

Namun, tidak dinafikan 'bas' sekolah haram tersebut turut menjadi pilihan ibu bapa kerana dikatakan menawarkan tambang yang lebih murah berbanding bas sekolah berlesen.

Bagi ibu bapa yang mempunyai lebih daripada seorang anak tentunya tidak mampu untuk membayar tambang yang lebih mahal.

Justeru itu, mereka tidak mempunyai pilihan selain menggunakan perkhidmatan 'bas' sekolah haram tersebut.

Kegiatan itu juga dikatakan sedikit sebanyak telah menutup periuk nasi pemandu bas sekolah berlesen kerana mereka terpaksa bersaing dengan 'bas' sekolah haram berkenaan.

Namun, bukan soal permit sahaja yang menjadi masalah kerana apa yang lebih membimbangkan, pemandu 'bas' sekolah haram ini juga tidak menitikberatkan soal keselamatan para pelajar.

Selain membawa penumpang berlebihan daripada muatan sebenar, para pelajar juga dibiarkan tidak memakai tali pinggang keledar dan mengeluarkan kepala di luar tingkap.

Pengarah JPJ Johor, Rosli Ramly berkata, sepanjang dua bulan pertama tahun ini, pihaknya menahan 21 van persendirian yang dijadikan 'bas' sekolah dan beroperasi secara haram tanpa permit sah dari LPKP.

Beliau berkata, kesemua serbuan tersebut dilakukan selepas pihaknya mendapat beberapa aduan berasingan daripada ibu bapa pelajar tentang kegiatan tersebut.

"Kesemua serbuan tersebut dilakukan pada awal pagi sebaik 'bas' sekolah tanpa permit itu tiba di perkarangan sekolah.

"Mana-mana 'bas' sekolah yang didapati melakukan kesalahan akan disita dan pemandunya pula akan didakwa, sekiranya didapati bersalah," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Rosly berkata, bagi kesalahan tiada permit LPKP, kes disiasat mengikut Seksyen 33 Akta LPKP 1987, yang memperuntukkan hukuman denda minimum RM1,000 dan maksimum RM10,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Katanya, kebanyakan individu yang melakukan kegiatan tersebut dikatakan 'malas' untuk mendapatkan lesen dan permit daripada LPKP disebabkan faktor kewangan selain perlu menjalani pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) seperti yang perlu dilalui bas sekolah.

''Mereka bukan saja ingin mengambil jalan mudah malah kegiatan itu juga mampu memberikan keuntungan kepada pengusaha van tersebut.

''Bagaimanapun, saya nasihat mereka untuk mendapatkan permit daripada LPKP untuk menjalankan perniagaan tersebut secara sah bagi menjamin keselamatan para pelajar," ujarnya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2010 05:00 PM | Show all posts
Sindiket dadah ala MLM tumpas

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
nanhidayat.nanazmie@kosmo.com.my



MOKHTAR (kiri) menunjukkan dadah dan wang tunai yang dirampas dalam operasi dadah di tiga tempat berasingan di Johor Bahru semalam.

--------------------------------------------------------------------------------


JOHOR BAHRU - Sebelum ini kita cuma mengenali aktiviti jualan langsung atau pemasaran pelbagai peringkat (MLM) yang melibatkan pelbagai barangan dan keperluan harian.

Namun, polis Johor semalam membongkar kewujudan sindiket pengedaran dadah di negeri ini yang turut mengamalkan kaedah MLM bagi meningkatkan jualan di kalangan penagih.

Lebih menarik, bekalan dadah itu dibungkus menyerupai pakej bungkusan kerepek ubi.

Sindiket terbabit difahamkan pada mulanya mencari individu yang akan bertindak sebagai downline.

Downline itu kemudian akan mengedar dadah tersebut kepada pelanggan yang telah dikenal pasti terutama di pusat-pusat hiburan.

Difahamkan, kalangan downline sindiket itu pula akan mendapat komisen daripada sindiket terbabit jika berjaya menambah rangkaian downline masing-masing.

Ketua Polis Johor, Datuk Mokhtar Mohd. Shariff berkata, modus sindiket tersebut terbongkar apabila lima orang pengedar dadah peringkat downline termasuk dua wanita dicekup di tiga lokasi berasingan di sini pada Selasa dan Rabu lalu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2010 03:56 PM | Show all posts
UTUSAN ONLINE

63 pelajar cemerlang sekolah agama diraikan

KULAIJAYA 9 April - Sebanyak 63 pelajar termasuk 18 pelajar terbaik bagi mata pelajaran al-Quran, Tauhid dan Ibadah di Sekolah Agama Felda Sungai Sibol (SAFSS) di sini diraikan pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar, baru-baru ini.

Mereka termasuk enam pelajar berusia 15 tahun iaitu Wafa Sofiya Mohd. Esri, Norasyaqina Sazali Arham, Alyani Nazera Mohd. Yazid, Nurul Alia Ishak, Nurul Nasha Atiqah Bahari dan Khairul Hamid Nashruddin yang mendapat pangkat 1 dalam peperiksaan Sijil Darjah Khas Agama (SDKA) 2009.

Anugerah yang diadakan sempena Mesyuarat Agung Tahunan Badan Kebajikan SAFSS Kali Ke-8 itu dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panti, Datuk Baderi Dasuki.

Hadir sama Yang Dipertua Badan Kebajikan SAFSS, Md. Karnadi Yahman; Guru Besar SAFSS, Melan Sabudin dan wakil rasmi Pejabat Pelajaran Agama Daerah (PPAD) Kota Tinggi, Johari Abd. Wahab.

Baderi berkata, selain ibu bapa, guru juga berperanan mendidik anak murid seperti mendidik anak-anak mereka sendiri dengan penuh kesabaran, keikhlasan dan kasih sayang.

"Guru hendaklah berusaha menyesuaikan dirinya dengan semua pelajar supaya dengan itu segala ajarannya akan memberi kesan dan meresap ke dalam jiwa dan sanubari murid dan mereka mudah memahami dan menerima segala pelajaran yang sampaikan," katanya ketika berucap merasmikan majlis itu di sini baru-baru ini.

Beliau memberitahu, tugas guru amat penting kerana memberi ilmu dan pengetahuan pengetahuan sebanyak mungkin adalah usaha menyiapkan bekalan untuk mereka pada masa depan.

Justeru, katanya, guru-guru perlu menganggap tugas tersebut sebagai ibadah dalam mencari keredaan Allah SWT.

Sementara itu, menurutnya, majlis tersebut adalah mustahak bagi menghargai murid-murid yang telah berjaya dan seterusnya sebagai pembakar semangat menanam azam dan tekad kepada mereka dan pelajar lain untuk lebih berjaya pada masa hadapan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2010 04:14 PM | Show all posts
BERITA HARIAN ONLINE

Lelaki ditahan bantu kes serangan tukul besi

2010/04/11
JOHOR BAHRU: Polis menahan seorang lagi lelaki, kelmarin bagi membantu siasatan kes serangan menggunakan tukul terhadap tiga kanak-kanak di Taman Didikan Kanak-kanak (Tadika) Sinario, Lorong Haji Ali, Jalan Abdul Rahman, Muar, 10 Mac lalu.

Hasil pemeriksaan di kediaman suspek di Muar, polis menemui beberapa bahan bukti dipercayai digunakan penyerang ketika kejadian termasuk empat tukul besi, sepasang jaket berwarna kuning serta sebuah topi keledar bertutup penuh.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, ketika dihubungi semalam mengesahkan penahanan lelaki berusia 27 tahun terbabit yang ditahan reman sehingga 22 April ini untuk siasatan.

“Ketika ditahan petang semalam (kelmarin), suspek dalam keadaan khayal dipercayai di bawah pengaruh dadah.

“Kita juga sedang menunggu bagi mendapatkan maklumat daripada ujian DNA pada tukul yang ditemui di tempat kejadian dengan tukul ditemui di rumah suspek,” katanya.

"Berdasarkan penelitian rakaman kamera litar tertutup (CCTV), jaket dan topi keledar ditemui di rumah suspek ada persamaan dengan yang dipakai penyerang ketika kejadian, tetapi siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengesahkannya," katanya.

Dalam kejadian pada kira-kira jam 10 pagi itu, tiga kanak-kanak, Vincent Tey Hui Seng, Nur Nadhrah Nabila Mohd Yusri dan Alex Tan Kar Eik Muar cedera di kepala selepas diserang dengan penukul besi oleh seorang lelaki yang menceroboh ke bilik darjah tadika berkenaan.
Suspek yang memakai topi keledar bertutup penuh menceroboh kawasan tadika selepas memanjat pagar dan melarikan diri dengan menunggang motosikal sejurus kejadian.

Mokhtar berkata, polis turut menemui sebuah motosikal di rumah suspek tetapi ia model berbeza daripada yang digunakan penyerang pada hari kejadian.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2010 12:25 AM | Show all posts
metro online

Suspek serang budak tadika ditahan


2010/04/11      JOHOR BAHRU: Polis Johor yakin mampu menyelesaikan kes membabitkan serangan menggunakan tukul terhadap tiga kanak-kanak di Tadika Sinario di Muar pada 10 Mac lalu dengan penahanan seorang lelaki berusia 27 tahun bagi membantu siasatan di sini, petang kelmarin.

Beliau berkata, dalam serbuan itu polis turut merampas empat tukul besi, jaket kuning serta topi keledar penuh (full face).


“Ketika ditahan, suspek dalam keadaan khayal, dipercayai di bawah pengaruh dadah. Sementara menunggu soal siasat dijalankan, kami juga akan mendapatkan maklumat ujian DNA tukul yang ditemui,” katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2010 12:29 AM | Show all posts
Post Last Edit by king\'s at 12-4-2010 00:44

metro online

Tanpa tulang
Laporan dan foto SAHLINA SAHKIRIN
am@hmetro.com.my
2010/04/11      MERSING: “Keadaan Arif tidak jauh berbeza berbanding bayi baru lahir apabila tidak dapat bangun mahupun berjalan seperti kanak-kanak lain kerana dilahirkan tanpa tulang pinggul,” kata Sudin Jusof, 41, yang bimbang dengan nasib anak bongsunya berusia dua tahun, Mohd Arif Hafizul.

Tambahan pula, kata Sudin, sehingga kini keluarganya gagal mendapatkan rawatan bagi Arif kerana difahamkan keadaan anaknya tidak dapat dipulihkan dan terpaksa menganggap kecacatan dialaminya sebagai suratan takdir.


“Jika pun ada cara untuk memulihkan keadaannya, kami mungkin tidak mampu membiayai kos rawatannya memandangkan pendapatan saya sebagai nelayan sebelum ini hanya dapat menampung perbelanjaan dapur dan sebahagian kos persekolahan tiga anak.


“Sejak beberapa hari lalu saya mula bekerja sebagai pengawal keselamatan kerana memerluka wang untuk Arif',katanya

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2010 12:31 AM | Show all posts
metro online

Kompleks KIK pejalan kaki tahun depan


2010/04/11      JOHOR BAHRU: Kompleks Mini Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK) khusus untuk pejalan kaki dijangka beroperasi awal tahun depan, sekali gus mengurangkan kesesakan lalu lintas, terutama pada waktu puncak di laluan ke Singapura itu.

Ahli Parlimen Johor Bahru, Datuk Shahrir Samad, berkata laluan sedia ada sememangnya sibuk dengan lebih 1,000 pejalan kaki menggunakannya untuk keluar masuk ke Singapura setiap hari dan pihaknya sering menerima aduan kesukaran dihadapi orang ramai.


Katanya, kewujudan kompleks mini berkenaan dijangka memudahkan pejalan kaki, di mana ia juga dapat memendekkan laluan dari pusat pemeriksaan kastam.


Menurutnya, cadangan pembinaan Mini KIK dikemukakan pada 2008, namun beberapa persoalan ditimbulkan, terutama membabitkan isu keselamatan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2010 08:47 AM | Show all posts
Cendawan gamit pelancong Singapura

Oleh MAZNAH MOHD. ARSAD
editjohor@utusangroup.com.my



R. Azmi Buang bersama isterinya, Rozita Ahmad mengusahakan tanaman cendawan di Kampung Sinaran Baru, Skudai, Johor Bahru.

--------------------------------------------------------------------------------



JOHOR BAHRU 11 April

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2010 08:51 AM | Show all posts
mstar online

Ahad April 11, 2010

Polis Nafi Laporan Serangan Tadika Berkaitan Ah Long

JOHOR BAHARU: Polis hari ini menyangkal laporan eksklusif sebuah akhbar berbahasa Inggeris bahawa serangan ke atas tiga kanak-kanak di Tadika Sinario di Muar pada 10 Mac lepas mempunyai kaitan dengan kegiatan ceti haram atau 'ah long'.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor Datuk Amer Awal memberitahu pemberita di sini hari ini, motif serangan itu belum dapat dipastikan kerana polis masih menyiasat kes tersebut.

Beliau juga berkata adalah tidak benar bapa kepada salah seorang kanak-kanak itu meminjam sejumlah wang yang besar daripada 'ah long'.

"Dia meminjam daripada bank, malah telah membayar balik kesemua pinjamannya," kata beliau.

Amer yang mengetuai pasukan khas bagi menjejaki penyerang itu menasihatkan orang ramai agar tidak membuat spekulasi berhubung kes tersebut.

Pihaknya juga telah menghantar sampel DNA yang ditemui pada satu daripada empat tukul kepunyaan suspek keempat yang ditahan di Muar pada Jumaat lepas untuk ujian.

Beliau yakin keputusan ujian tersebut akan membantu siasatan dan mendedahkan motif serangan itu.

Amer turut menggesa mereka yang mempunyai maklumat mengenai kes itu agar menghubungi polis di talian 07-2212999 atu balai polis berdekatan.

Lelaki berusia 27 tahun itu berada dalam keadaan mabuk ketika ditahan dan polis menemui sebuah topi keledar, sehelai jaket berwarna kuning dan empat tukul ada padanya.

Pada 13 Mac lepas polis menahan tiga suspek dipercayai mempunyai kaitan terhadap serangan ke atas kanak-kanak tadika itu.

Suspek pertama ditahan di jambatan Bangunan Mara berhampiran Jalan Maharani pada pukul 12.20 tengah malam dan lelaki kedua di Jalan daud 10 minit kemudian, manakala suspek ketiga ditangkap di bandar Muar beberapa jam selepas itu.

Dalam kejadian di tadika itu tiga kanak-kanak berusia enam tahun iaitu, Nur Nadhirah Nabilah Mohd Yusri, Alex Tan Jia Yi, dan Vincent Tee Hui Seng, cedera di kepala akibat diserang dengan tukul besi oleh seorang lelaki.

Turut cedera seorang guru tadika tersebut. -BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2010 09:17 AM | Show all posts
Johor: Ancaman vandalisme di Laman Tasik Pandan
Oleh Kalam Hadi
bhnews@bharian.com.my
2010/04/12

Peralatan, kemudahan dirosakkan, jadi tempat minum arak

JOHOR BAHRU: Ancaman vandalisme di kawasan pusat rekreasi Laman Tasik Pandan dekat Taman Desa Harmoni di sini semakin membimbangkan apabila banyak peralatan dan kemudahan awam yang disediakan untuk kemudahan orang ramai beriadah, kini dirosakkan oleh pihak tidak bertanggungjawab. Banyak peralatan termasuk lampu jalan, kabel elektrik, pagar dan panel kawalan Tenaga Nasional Berhad kini dirosakkan dipercayai dilakukan oleh kumpulan remaja pada waktu malam. Lebih membimbangkan apabila beberapa sudut kawasan di Laman Tasik Pandan dijadikan tempat remaja minum arak pada waktu malam terutama pada hujung minggu dan cuti umum.

Laman Tasik Pandan milik Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) yang kini diswastakan pengurusannya kepada sebuah syarikat yang dipertanggungjawab menguruskan dan menyelenggara pusat rekreasi berkenaan sejak setahun lalu.

Bagaimanapun ketiadaan pengawal keselamatan yang sepatutnya disediakan pada waktu malam menyebabkan kawasan rekreasi yang menjadi kebanggaan masyarakat sekitar Zon Taman Molek suatu ketika dulu memudahkan laman berkenaan dicerobohi.

Petugas Laman Tasik Pandan, Jaafar Mohd Sharif, 56, kesal kerana masih ada kumpulan remaja yang sering merosakkan kemudahan awam di laman berkenaan sedangkan segala kemudahan berkenaan adalah untuk kegunaan orang awam.
Beliau kesal kerana banyak lampu jalan yang dilastik, tong sampah disepak manakala sampah diselerakkan sekitar tempat letak kenderaan, kabel elektrik dipotong dan tembaga bahagian dalam kabel dikeluarkan mungkin dijual untuk mendapatkan wang segera.

“Banyak pagar di beberapa sudut laman ini dikopak dan dipecahkan bagi memudahkan mereka memasuki kawasan ini di waktu malam.

“Malah, saya juga sering menemui alat mengambil dadah yang berselerak sekitar taman permainan kanak-kanak terutama pada malam minggu. Lebih merisaukan saya bila saya selalu menemui kondom setiap pagi Isnin,” katanya.  

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2010 09:25 AM | Show all posts
Berita Harian Online

Johor: Cadang Mara promosi IPT

2010/04/12

JOHOR BAHRU: Majlis Amanah Rakyat (Mara) disaran bekerjasama dengan Jabatan Belia dan Sukan untuk mempromosi pelbagai pusat pengajian tinggi, pusat latihan teknikal dan program kemahiran yang dimiliki kepada generasi muda di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Penerangan negeri, Md Jais Sarday, berkata Mara boleh menggunakan Pusat Kegiatan Rakan Muda serta program Jom Centre yang di bawah kendalian jabatan berkenaan untuk berbuat demikian. Beliau merasmikan Karnival Pendidikan Mara 2010 di Plaza Angsana di sini. Pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Mersing, Nurul Amilin Mohyin, 17, berkata beliau gembira berpeluang mengikuti karnival berkenaan untuk mencari institusi pengajian tinggi (IPT) yang sesuai bagi melanjutkan pelajaran selepas SPM kelak.

Katanya, dengan menghadiri karnival berkenaan, pelajar juga dapat membuka minda untuk berusaha lebih keras bagi mencapai cita-cita yang diinginkan dengan meletakkan sasaran tertentu dalam peperiksaan yang akan dihadapi mereka.

“Karnival ini bukan saja mendedahkan mengenai peluang untuk melanjutkan pelajaran tetapi juga memberi peluang meningkatkan motivasi diri pelajar untuk mencapai yang terbaik untuk diri masing-masing,” katanya yang bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang pergigian di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Rakannya, Siti Asma Salsabila Tube, 17, berkata generasi muda yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi wajar menghadiri karnival berkenaan untuk mendapatkan maklumat IPT yang sesuai dengan pilihan mereka.

“Di sini, pengunjung juga berpeluang mendapatkan panduan menghadapi temu duga, cara membuat resume dan memperbaiki kemahiran berkomunikasi selain meningkatkan keazaman pelajar memajukan diri dari segi intelektual, spiritual, emosi dan jasmani untuk bersaing di alam pekerjaan.

“Semua maklumat yang saya perolehi hari ini akan saya sampaikan kepada rakan-rakan lain yang tidak dapat ke sini," katanya yang datang bersama 36 rakan-rakannya yang lain dengan menaiki sebuah bas ke karnival berkenaan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2010 08:51 PM | Show all posts
metro online

Enam kumpulan jenayah jalanan di Johor Bahru tumpas


2010/04/12      JOHOR BAHARU: Enam kumpulan jenayah jalanan yang bergiat aktif di sekitar bandaraya ini berjaya ditumpaskan polis dengan penahanan 31 anggota kumpulan itu sejak Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan, Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob berkata, kesemua mereka adalah rakyat tempatan dan berumur lingkungan 30-an itu ditahan berasingan dalam beberapa operasi.

"Enam kumpulan yang terbabit itu dikenali dengan nama kumpulan Aman, Fatah, Nesa, Jajam, Mat Ozzy Pandan dan Yaya," katanya kepada pemberita, di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Baharu Selatan, hari ini.
Zainuddin berkata, enam kumpulan jenayah jalanan itu aktif di beberapa lokasi panas terutama di pusat bandar dan Taman Pelangi, di sini.


Beliau berkata, polis kini sedang menggiatkan usaha memburu satu lagi kumpulan jenayah jalanan yang masih bebas yang dipercayai dianggotai kira-kira 20 individu.


Dalam kes lain, Zainuddin berkata, polis percaya berjaya menyelesaikan sekurang-kurangnya lapan kes pecah rumah dan kedai aksesori kenderaan dengan penahanan terhadap dua lelaki di Taman Setia Indah, di sini, pagi semalam.


Beliau berkata, kedua-dua lelaki berumur 21 dan 23 tahun itu ditahan kira-kira 4.30 pagi ketika cuba memecah masuk sebuah rumah kedai di kawasan berkenaan.
"Pemeriksaan ke atas kereta kedua-dua suspek menemui peralatan pecah masuk bangunan dan hasil curi termasuk sebuah radio kenderaan, empat amplifier, allen key, spanar dan pemutar skru," katanya.


Zainuddin berkata, pemeriksaan mendapati salah seorang dari lelaki itu mempunyai lapan rekod jenayah lampau sejak tujuh tahun lepas termasuk mencuri kereta dan memiliki pistol.
Katanya, kedua-dua mereka yang dikehendaki polis berhubung beberapa kes di Kulaijaya, Seri Alam dan Johor Baharu Utara kini direman sehingga Khamis ini untuk siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.-Bernama
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:22 AM GMT+8 , Processed in 0.067453 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list