CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: blackpurple

Keratan Akhbar / Petikan Berita

[Copy link]
Post time 12-4-2010 08:59 PM | Show all posts
Berita Harian online

PKMM dibidas pertikai senarai hitam 6 kontraktor
2010/04/12
LEDANG: Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi semalam membidas tindakan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) mempertikaikan keputusan kementerian itu menyenarai hitam enam kontraktor yang gagal menyiapkan kerja walaupun dilanjutkan tempoh beberapa kali.

Katanya, PKMM sepatutnya memantau kontraktor yang diberikan kerja dan memastikan mereka menyiapkannya mengikut jadual. “Sepatutnya mereka (persatuan) memantau anggota mereka dan membantu menyiapkan kerja yang diberikan supaya mereka tidak disenarai hitam, " katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru serta penyampaian hadiah kecemerlangan di Sekolah Menengah Sains Muar di sini. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas permintaan PKMM supaya kementerian itu menimbang semula tindakan menyenarai hitam kontraktor yang gagal menyiapkan projek di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) itu.

Presiden PKMM Datuk Mokhtar Samad dilapor berkata keputusan kementerian itu membabitkan kontraktor Bumiputera.

Selain itu, Mohd Puad berkata, pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) berkaitan soal disiplin di kolej matrikulasi, institusi pengajian tinggi awam termasuk Universiti Teknologi MARA (UiTM) akan dibentangkan di Parlimen minggu depan.

Katanya, antara lain di bawah pindaan itu pelajar yang dikenakan tindakan disiplin termasuk disingkir dari kolej dan universiti akan diberi peluang merayu sebelum tindakan muktamad ke atas mereka diputuskan.
“Mengikut peraturan sedia ada, mereka yang dibuang kerana melanggar disiplin tidak dibenar membuat rayuan, ” katanya.

Katanya, kementeriannya diarah mengendalikan usaha menambah baik dan mengemaskini peraturan itu yang turut dikuatkuasa ke atas UiTM dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang diletak di bawah Kementerian Pengajian Tinggi.

Kecuali aspek disiplin, AUKU tidak terpakai ke atas UiTM yang ditubuhkan menerusi Akta Universiti Teknologi Mara 1976.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2010 09:06 PM | Show all posts
Beria Harian online

Johor: EDL atasi jalan sesakOleh Mahani Ishak
bhnews@bharian.com.my
2010/04/12
Lebuh raya kurang aliran trafik dari KIK ke utara, Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Kesesakan lalu lintas yang sinonim di sekitar bandar raya ini, bakal lenyap dengan pembinaan lebuh raya baru yang dikenali Lebuhraya Penyuraian Timur Johor Bahru (EDL) yang dijangka siap pada Februari 2012. Laluan EDL bermula dari Jalan Stulang Darat melalui persimpangan Bakar Batu dan berakhir di persimpangan Pandan iaitu titik permulaan Lebuhraya Utara Selatan dibina dengan kos RM977juta. Kutipan tol dikenakan ke atas semua kenderaan kecuali motosikal yang keluar masuk Singapura melalui Tambak Johor dan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK) Bangunan Sultan Iskandar.

Ciri utama EDL ialah sistem kawalan dan pemantauan aliran trafik, sistem maklumat aliran trafik dan lampu trafik. Pada kelajuan 90 kilometer sejam, pengguna hanya mengambil masa kurang 10 minit untuk perjalanan di antara persimpangan Pandan dan Bangunan Sultan Iskandar.
Pembinaan lebuh raya tiga lorong dua hala yang dikendalikan oleh MRCB Lingkaran Selatan Sdn Bhd (MLSSB) itu menghubungkan Bangunan Sultan Iskandar dengan susur keluar Pandan, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) sejauh 8.1 kilometer (km) membabitkan struktur bertingkat dengan jarak 4.4 km selain struktur atas tanah sejauh 3.7 km bakal menyediakan laluan baru khusus pengguna yang menuju ke Singapura dan laluan bertentangan. Pelbagai kemudahan turut disediakan sepanjang lebuh raya.

Pengarah Eksekutif MRCB, Datuk Ahmad Zaki Zahid, berkata pengguna dijangka boleh menggunakan EDL pada awal 2012 yang mempunyai kelebihan iaitu mengurangkan kesesakan trafik, mengurangkan tempoh masa perjalanan, membuka laluan baru antara daerah, membuka peluang perniagaan baru sepanjang lebuh raya dan meningkatkan kadar pertumbuhan ekonomi.
“EDL direka bagi menyuraikan kesesakan dari KIK menuju utara dan Johor Bahru. Projek ini penting bagi membuka koridor timur Johor Bahru yang menjadi sebahagian daripada pembangunan Iskandar Malaysia.

“Kerja pembinaan EDL kini sudah 30 peratus siap dan kita bekerjasama dengan Kerajaan Negeri dan Kementerian Kerja Raya bagi menyelesaikan isu tertangguh bagi memastikan projek ini berjalan termasuk perpindahan penduduk setinggan,” katanya.

Projek EDL itu bakal memberi kesan kepada 424 keluarga di lima perkampungan setinggan di sepanjang laluan 8.1 km berkenaan iaitu Kampung Desa Melayu, Kampung Desa Jaya, Kampung Desa Makmur, Kampung Tengah dan Kampung Belantik. Ahmad Zaki berkata, sehingga kini 126 keluarga bersetuju menerima tawaran dan sebahagian sudah berpindah ke Desa Mutiara.

Setiap keluarga yang dikenal pasti di bawah program berkenaan akan menerima subsidi sewa RM13,680 atau bersamaan RM380 sebulan untuk tempoh tiga tahun dan ditambah dengan bantuan perpindahan RM2,000.

Mereka juga ditawarkan penempatan dalam Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Mutiara, Kempas iaitu kira-kira 8km dari kediaman asal mereka sementara menunggu rumah tetap mereka di kawasan rumah pangsa, dekat Kem Majidee siap.

Katanya, pelajar dari kalangan keluarga setinggan itu turut mendapat perkhidmatan bas percuma sumbangan MLSSB sehingga akhir tahun ini.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2010 09:11 PM | Show all posts
Utusan online

Masyarakat berhak tahu perkembangan penempatan
JOHOR BAHRU 11 April - Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) perlu memberikan maklumat dan kefahaman secara menyeluruh kepada masyarakat supaya mereka boleh sama-sama membantu dalam membangunkan ekonomi kawasan setempat. Ahli Parlimen Pasir Gudang, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, masyarakat berhak untuk mengetahui perkembangan kawasan penempatan kerana mereka juga penentu kepada pembangunan sesebuah kawasan.

Beliau berkata, PBT perlu mengambil inisiatif yang proaktif seperti penganjuran program kemasyarakatan yang melibatkan orang ramai bagi menyalurkan maklumat seperti yang dikehendaki oleh masyarakat.

"Program seperti hari bertemu pelanggan atau hari terbuka mampu mewujudkan jaringan antara PBT dan masyarakat sekali gus sesi penyebaran maklumat dapat dijalankan secara terus.

"Masyarakat perlu disedarkan tentang apa yang berlaku di kawasan mereka tinggal supaya tidak ketinggalan dalam pembangunan yang telah direncanakan untuk mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Perbandaran Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT) di sini hari ini.

Majlis anjuran MPJBT dengan kerjasama Ahli Majlis Parlimen Pasir Gudang, Seri Alam Properties Sdn. Bhd., dan Pasaraya Today's itu bertujuan untuk mengukuhkan integrasi sosial di kalangan penduduk.

Pelbagai aktiviti diadakan termasuk pameran dan jualan oleh agensi awam dan swasta serta pertandingan mewarna anjuran Kumpulan Utusan.

Mohamed Khaled yang juga Menteri Pengajian Tinggi berkata, penjelasan mengenai rancangan pembangunan di sesuatu kawasan amat penting bagi membolehkan masyarakat mengetahui masa depan mereka.

Segala pembangunan yang dibawa kepada rakyat perlu dihebahkan dengan harapan agar ia lebih memberikan kesan positif kepada kehidupan masyarakat khususnya penduduk setempat.

"Kita beritahu mereka akan buat pembangunan tetapi pengetahuan asas langsung kita tak beritahu. Jadi sebagai orang awam mereka juga perlu tahu tentang perkara itu. Mereka ada hak," katanya.

Dalam perkembangan lain, Mohamed Khaled meminta pihak yang mendakwa ada penuntut di sebuah universiti di Terengganu menjual peralatan seks supaya tampil mengemukakan bukti mengenai perkara itu.

Menurutnya, adalah tidak adil menuduh semua penuntut universiti terlibat tanpa memberi sebarang bukti kukuh.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2010 08:57 AM | Show all posts
Sidang video nikah anak ubat kerinduan keluarga
Oleh Umi Nadirah Abdul Rahman
uminadirah@bharian.com.my
2010/04/13

MANSOR bersama Siti Rohani (dua dari kiri) serta sanak saudara menyaksikan majlis pernikahan Eezalela dan Hassan Aqeel menerusi sidang video menggunakan Skype di St Gabriel, Los Angeles, di rumahnya di Lorong Al-Falah, Batu 7, Simpang Renggam, Johor, semalam.


Pasangan di Los Angeles pulang ke Malaysia Mei depan

SIMPANG RENGGAM: Walaupun terpisah kira-kira 14,000 kilometer, hasrat sepasang suami isteri untuk menyaksikan majlis akad nikah anak sulung mereka yang berlangsung di Los Angeles, California, Amerika Syarikat, semalam menjadi kenyataan melalui sidang video Skype. Bagi Mansor Mat Zin, 65 dan isterinya Siti Rohani Abdul Samad, 59, akad nikah secara langsung menerusi laman komunikasi maya itu sedikit sebanyak memeriahkan majlis kesyukuran diadakan di rumahnya di Lorong Al-Falah, Batu 7, Jalan Renggam di sini yang dihadiri sanak saudara dan kenalan terdekat.
Eezalela Mansor, 35, yang bertugas sebagai Setiausaha di pejabat Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (Mida) di Los Angeles selamat diijab kabul dengan pasangannya, Hassan Aqeel Abdullah atau Quinn Ryan Lieber, 35, seorang arkitek pada jam 9.10 pagi semalam, waktu Malaysia.

Pasangan berkenaan dinikahkan oleh Pengarah Pusat Pendidikan Islam Walnut, California, Dr Ahmad H Sakr di kediaman pegawai atasan Eezalela di St Gabriel, Los Angeles dengan dihadiri rakan setugas dan keluarga sebelah pengantin lelaki yang berasal dari Texas itu.

Eezalela yang juga anak sulung daripada empat beradik sudah berkhidmat selama tiga tahun di Los Angeles mengenali suaminya menerusi laman sembang dan mula menjalinkan hubungan serius kira-kira enam bulan lalu sebelum membuat keputusan untuk bernikah.

Mansor berkata, idea untuk mengadakan sidang video berkenaan dicetuskan sendiri oleh Eezalela kerana anaknya itu mahu majlis yang paling bermakna dalam hidupnya turut dapat disaksikan oleh ahli keluarga yang berada di kampung.
“Anak saya mahukan majlis ini turut disaksikan kami kerana dia di sana hanya bertemankan kenalan serta rakan setugas dan majlis pernikahan secara langsung berkenaan sedikit sebanyak memeriahkan majlis kesyukuran yang diadakan di rumah kami yang dihadiri sanak saudara dan kenalan terdekat.

“Walaupun tidak berada di sisinya ketika majlis dilangsungkan, namun dapat menyaksikannya melalui sidang video yang diusahakan oleh adik Eezalela sudah cukup untuk mengubati kerinduan dan memenuhi hasrat melihat beliau selamat diijabkabulkan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Eezalela berkata, beliau tetap gembira kerana majlis akad nikah terbabit berlangsung sempurna dan seperti dirancangkan walaupun ibu dan bapa serta ahli keluarganya yang lain tiada bersama di sisinya sewaktu beliau diijab kabulkan.

“Saya dan suami akan pulang ke kampung di Simpang Renggam awal Mei ini dan jika tiada aral majlis menyambut menantu akan diadakan ketika cuti sekolah pada Jun ini,” katanya.
yang ditemuramah menerusi laman komunikasi maya berkenaan sebaik majlis terbabit selesai di sini, semalam.

Hassan pula ketika ditemuramah berkata, beliau bersyukur kerana dipertemukan jodoh bersama Eezalela dan berharap dapat melaksanakan tugas sebagai suami dan saudara baru dengan sebaik-baiknya untuk keharmonian rumah tangga yang baru dibina.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2010 09:16 AM | Show all posts
Johor: Mini KIK dijangka beroperasi awal tahun depan


2010/04/13
JOHOR BAHRU: Kompleks Mini Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK) khusus untuk pejalan kaki dijangka beroperasi pada awal tahun depan, sekali gus dapat mengurangkan kesesakan di laluan ke Tambak Johor.

Projek berkenaan kini sudah mendapat kelulusan dari Kementerian Dalam Negeri daripada aspek keselamatan dan hanya perlu menyelesaikan beberapa perkara berkaitan teknikal dan tanah sebelum kerja pembinaan boleh dimulakan seawal Disember ini. Ahli Parlimen Johor Bahru, Datuk Shahrir Samad berkata, Mini KIK itu dapat memudahkan pejalan kaki serta mengelakkan kesesakan lalu lintas terutama pada waktu puncak di laluan ke Singapura itu. Beliau berkata, cadangan pembinaan Mini KIK itu sudah dicetuskan pada 2008 lagi namun beberapa persoalan ditimbulkan terutama membabitkan isu keselamatan.
“Pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) sudah mengadakan beberapa mesyuarat dan lawatan tapak sebelum ini dan hari ini (semalam) Ketua Polis Negara sudah mengesahkan tiada masalah keselamatan untuk kita membina Mini KIK ini,” katanya.

Katanya, laluan berkenaan sentiasa sibuk dengan lebih 1,000 pejalan kaki menggunakannya untuk keluar masuk ke Singapura setiap hari dan beliau sering menerima aduan kesukaran dihadapi orang ramai.

“Majoriti penduduk di sini mahukan Mini KIK itu kerana ia bakal memendekkan laluan dari pusat pemeriksaan kastam kepada hanya lima minit,” katanya.
Ditanya mengenai kos bangunan baru itu, Shahrir menegaskan ia masih dalam perbincangan dan akan mengambil kira beberapa perkara seperti ketinggiannya mesti sama dengan Kompleks KIK sedia ada, jumlah laluan dan kaunter serta aliran pejalan kaki.
Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata kerajaan negeri tidak mempunyai masalah untuk menyediakan tapak bagi membina Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK) mini bagi kegunaan pejalan kaki di Tambak Johor.

Bagaimanapun, katanya, pihaknya mahu beberapa isu termasuk penempatan petugas Kastam dan Imigresen di kompleks itu diselesaikan terlebih dulu.
“Kita tidak ada masalah berhubung tanah, tetapi perkhidmatan petugas Kastam dan Imigresen di kompleks itu berada di bawah bidang kuasa kerajaan persekutuan,” katanya.

Beliau yang ditemui selepas pelancaran mesyuarat agung tahunan Hindu Sangam Malaysia diminta mengulas kenyataan Shahrir yang mengatakan pembinaan Mini KIK itu diluluskan daripada aspek keselamatan.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2010 10:06 AM | Show all posts
Tiga projek lonjak pembangunan Segamat

UTUSAN

SEGAMAT 12 April - Pembangunan di daerah ini dijangka melonjak ke tahap lebih tinggi apabila kerajaan siap melaksanakan inisiatif terbaru melalui pelaksanaan tiga projek pembinaan sistem rangkaian jalan raya yang lebih efisien.

Tiga projek tersebut adalah projek melurus dan melebarkan Jalan Tangkak-Segamat, projek jalan baru menghubungkan Jementah-Asahan-Melaka serta projek menaik taraf Jalan Felda Palong Timur ke Segamat.
Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, projek Jalan Tangkak-Segamat kini dalam peringkat perancangan reka bentuk serta proses pengambilan tanah.

"Semua proses ini dijangka siap akhir tahun ini dan kerja-kerja pembinaannya dapat dimulakan pada tahun hadapan.

"Dengan adanya jalan baru ini, pengguna jalan raya hanya perlu mengambil masa 20 minit untuk perjalanan Tangkak-Segamat dan sudah tentunya banyak masa dan kos dapat dijimatkan," katanya pada Majlis Perasmian Program UMNO Juara Rakyat Bahagian Segamat di Dewan Raya Jementah di sini kelmarin.

Hadir sama pada majlis itu adalah Ketua UMNO Bahagian Segamat, Datuk Othman Jais; Ahli Parlimen Segamat, Datuk Dr. S. Subramaniam dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jementah, Dr. Lee Hong Tee.

Menurut Abdul Ghani, pelebaran jalan tersebut kepada empat lorong juga akan memudahkan perjalanan bagi penduduk yang mahu menggunakan Lebuh Raya Utara Selatan.

"Dengan adanya kemudahan ini, pelaburan akan lebih mudah sampai di daerah Segamat dan saya yakin daerah ini akan melalui satu tempoh pembangunan yang lebih mantap," katanya.

Jelas beliau, dalam perkembangan lain, pihak kerajaan negeri juga sedang dalam perbincangan dengan kerajaan Melaka bagi melaksanakan pembinaan jalan baru yang menghubungkan Jementah, Segamat ke Asahan, Melaka.

Di samping itu katanya, kerajaan negeri juga akan bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan bagi menaik taraf jalan yang menghubungkan Segamat ke Felda Palong Timur yang terletak berhampiran dengan Gemas, Negeri Sembilan.

"Pelaksanaan projek-projek ini akan membawa kesan berganda kepada pembangunan ekonomi dan manfaatnya akan dapat dinikmati penduduk di daerah Segamat," katanya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-4-2010 10:09 AM | Show all posts
Dua beranak bantu polis berkas penyamun terima sijil

UTUSAN



MOHD. Mokhtar Mohd. Shariff menyampaikan sijil penghargaan kepada Mohamad Mian sambil diperhatikan (dari kiri) Zainal Mohamad, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ibrahim Mohd. Aris dan Mohamad Hafizan Zainal di Batu Pahat, semalam.

--------------------------------------------------------------------------------



BATU PAHAT 12 April - Seorang anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) dan anaknya menerima sijil penghargaan atas keberanian mereka membantu polis memberkas penyamun bersenjatakan pistol di Tanjung Laboh, Senggarang di sini pada akhir bulan lalu.

Sijil tersebut disampaikan oleh Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff sempena Perbarisan Penyampaian Sijil Penghargaan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat di sini hari ini.

Zainal Mohamad, 42, yang juga merupakan pemandu lori dan anaknya, Mohamad Hafizan, 20, pekerja kilang mengejar, bergelut dan berjaya menahan seorang penyamun warga Indonesia yang melarikan diri selepas dikejar anggota polis berdekatan rumah mereka, 26 Mac lalu.

Sehari sebelum itu, penjenayah tersebut bersama tiga lagi rakannnya telah merompak sebuah kedai runcit dengan bersenjatakan sepucuk pistol dan dua bilah parang di Benut, Pontian.

Mereka kemudiannya melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta ke lapangan terbang lama Tanjung Laboh sebelum meninggalkan kenderaan itu di situ dan berlari ke arah ladang kelapa sawit berhampiran.

Penjenayah tersebut dipercayai bersembunyi di dalam ladang kelapa sawit sebelum memasuki kawasan kampung keesokannya kerana tidak dapat menahan lapar.

Mengimbas kembali kejadian itu, Zainal berkata, dia mula berasa curiga apabila ternampak seorang warga Indonesia berjalan di hadapan rumahnya.

"Saya mula mengesyaki sesuatu kerana tidak pernah melihat lelaki Indonesia itu sebelum ini di kampung kami.

"Saya pun terus memaklumkan kepada seorang anggota polis yang secara kebetulan menumpang untuk menggunakan tandas di rumah saya," katanya.

Zainal memberitahu, anggota polis itu yang juga kawannya telah mengarahkan penyamun tersebut supaya berhenti namun warga Indonesia itu terus melarikan diri.

"Anggota polis itu terus mengejar dan ketika penyamun itu berlari ke belakang rumah, anak saya (Hafizan) berjaya menyepak belakang penyamun tersebut sehingga jatuh tertiarap.

"Apabila nampak penyamun itu cuba mencapai sesuatu di bahagian belakang seluarnya, saya terus pijak tangannya dan terkejut mendapati ada sepucuk pistol di situ, mulanya saya ingat cuma parang," katanya.

Zainal berkata, pengalamannya menyertai Rela dan semangat sayangkan kampung membantunya mengatasi ketakutan untuk membantu polis memberkas penjenayah itu.

Turut menerima sijil penghargaan ialah Ketua Kampung Tanjung Laboh, Mohamad Mian, 42, yang banyak memberi kerjasama ketika pihak polis 'mengepung' kawasan kampung termasuk menggunakan helikopter untuk menumpaskan kumpulan penjenayah itu.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2010 10:11 AM | Show all posts
EDL lancarkan trafik Johor Bahru

UTUSAN

JOHOR BAHRU 12 April - Kesesakan lalu lintas khususnya dari Bangunan Sultan Iskandar yang menempatkan pusat pemeriksaan Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) dijangka mampu dikurangkan apabila Lebuh Raya Penyuraian Timur (EDL) beroperasi dua tahun lagi.

Lebih raya sepanjang 8.1 kilometer itu menghubungkan CIQ dengan Lebuh Raya Utara-Selatan di Persimpangan Bertingkat Pandan kini telah lebih 30 peratus siap.

Ia yang mula dibina pada 2008 oleh Malaysian Resources Corporation Bhd. (MRCB) melalui anak syarikatnya, MRCB Lingkaran Selatan Sdn. Bhd. (MRCB Lingkaran Selatan) menelan kos hampir RM1 bilion.

Pengarah Eksekutif MRCB, Datuk Ahmad Zaki Zahid berkata, pembinaan EDL berjalan lancar dan dijangka siap sepenuhnya penghujung tahun depan.

"Pengguna dijangka dapat menggunakan EDL pada awal tahun 2012. Ketika ini proses pembinaan EDL melebihi tahap 30 peratus dan kami sedang bekerjasama dengan kerajaan negeri dan Kementerian Kerja Raya dalam menyelesaikan beberapa isu tertangguh termasuk masalah penempatan semula setinggan," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis taklimat bersama media yang disampaikan Pengarah Projek, Shaharuddin Mohamed di sini, baru-baru ini.

Ahmad Zaki berkata, lebuh raya dengan tiga lorong sehala itu adalah percuma kepada pengguna kecuali bagi kenderaan yang ingin meneruskan perjalanan ke Singapura.


"Pengguna yang ingin pergi dan balik dari Singapura dikenakan tol semasa di CIQ. EDL menggunakan sepenuhnya sistem Touch n Go," katanya.

Beliau berkata, EDL yang direka bentuk bagi penyuraian dan kelancaran trafik dijangka menjadi pemangkin kepada pembangunan Iskandar Malaysia.

Pada masa sama, beliau meminta penghuni setinggan yang masih belum berpindah supaya berbuat demikian untuk memberi kelancaran kepada pembinaan projek tersebut.

"Projek ini dibina untuk kebaikan semua pihak. Ia juga mampu memacu perkembangan pesat ekonomi dan pembangunan di bandar raya ini," katanya.

Menurutnya, daripada 424 keluarga setinggan yang terbabit, hanya 126 keluarga yang telah menerima tawaran berpindah dengan menerima pampasan dan subsidi sewaan daripada pihaknya setakat ini.

Beliau berkata, setiap keluarga menerima subsidi sewa sebanyak RM380 sebulan selama tiga tahun sementara menunggu rumah yang diperuntuk kepada mereka siap dibina pada Februari 2012.

Selain itu, mereka juga diberi bantuan perpindahan sebanyak RM2,000 serta pengangkutan bas sekolah untuk

Lima kawasan setinggan yang terbabit dengan perpindahan itu adalah Kampung Desa Melayu, Kampung Desa Jaya, Kampung Desa Makmur, Kampung Tengah dan Kampung Belantik.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2010 10:14 AM | Show all posts
Dua lelaki ditahan miliki senapang, peluru buatan sendiri

UTUSAN



ABDUL Majid Mohd Ali (kanan) menunjukkan senapang patah buatan sendiri dan beberapa butir peluru yang dirampas daripada dua lelaki di Segamat, kelmarin.

--------------------------------------------------------------------------------



SEGAMAT 12 April - Dua lelaki yang memiliki senapang patah dan peluru buatan sendiri ditahan polis dalam dua serbuan yang dijalankan di sini semalam.

Bertindak berdasarkan maklumat orang awam, suspek pertama yang berusia 37 tahun ditahan pukul 12 tengah hari ketika memandu di Jalan Awang di sini, disusuli penahanan seorang lagi suspek berusia 48 tahun di Taman Suria.

Sewaktu ditahan, suspek pertama cuba menafikan kesalahan yang dilakukan namun hasil pemeriksaan polis di dalam keretanya menemui 12 butir peluru 9 milimeter yang disorok di dalam sebuah kantung yang tergantung di cermin pandang belakang.

Siasatan lanjut turut mengesahkan suspek memiliki dua rekod jenayah lampau iaitu melindungi pendatang asing tanpa izin serta pecah rumah.

Susulan tangkapan pertama itu, polis kemudian menyerbu sebuah rumah di Taman Suria dan menahan seorang lagi lelaki serta menemui selaras senapang patah buatan sendiri yang disimpan di dalam sebuah bilik.

Suspek, seorang penganggur mendakwa senapang tersebut digunakan untuk memburu binatang dan kegunaan sendiri.

Ketua Polis Daerah Segamat, Supritendan Abdul Majid Mohd. Ali berkata, kedua-dua suspek kini ditahan reman untuk membantu siasatan.

"Kes suspek pertama disiasat di bawah Seksyen 8 (a) Akta Senjata Api 1960 dan jika didapati bersalah boleh dipenjara tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-dua sekali.

"Kes kedua pula disiasat mengikut Seksyen 36 (1) Akta Senjata Api 1960 dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara setahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya sekali," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2010 10:15 AM | Show all posts
Post Last Edit by teessot at 13-4-2010 10:23

the star online

Tuesday April 13, 2010M抯ia can play moderator role in Islamic entrepreneurshipBy ZAZALI MUSA

JOHOR BARU: Malaysia can play the role of moderator in promoting entrepreneurship in the Islamic context in the Western world.
Oxford University抯 Said Business School Fellow in Entrepreneurship Dr Pegram Harrison said Malaysia, which was well known in the West as a moderate Islamic country, fitted the bill.

揗alaysia is a non-threatening element in the Western world unlike some other Islamic countries; hence it will be more successful in creating a better understanding between the two,
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2010 10:17 AM | Show all posts
Bapa besarkan 2 anak istimewa

Oleh luqman haziq
utusanjohor@utusan.com.my



Md. Jamaludin (kanan) bertanya khabar kepada Mohd. Radzi Misban (kiri) mengenai keadaan Mohd. Budiman dan Nor Syafikah semasa melawat kanak-kanak istimewa itu di Flat Taman Ehsan Jaya, Johor Bahru baru-baru ini. - utusan/Baazlan Ibrahim

--------------------------------------------------------------------------------



JOHOR BAHRU 12 April - Walaupun berusia tujuh tahun, namun keadaan Mohd. Budiman Mohd. Radzi tidak seperti kanak-kanak sebayanya.

Dia yang dilahirkan cacat tidak mampu berdiri sendiri dan mengharapkan bantuan orang lain untuk memegangnya.


Lebih menyedihkan, pertumbuhan badannya juga agak terbantut kerana secara fizikalnya hanya sebesar kanak-kanak berusia tiga tahun dan tidak mampu bercakap.

Melihat keadaannya pasti berlinangan air mata kerana kanak-kanak istimewa ini tidak mampu meminta, namun menghulur tangan menyambut buah tangan atau makanan yang diberikan.

Menurut bapanya, Mohd. Radzi Misban, 39, kehidupan mereka sekeluarga semakin 'terhimpit' apabila dia dan isteri bercerai kira-kira setahun lalu.

Lebih menyentuh jiwa apabila menyaksikan senyuman anak keduanya, Nor Syafikah, 3, yang turut mengalami masalah pendengaran dan percakapan.

"Setiap hari apabila saya bekerja, Budiman saya hantar ke Pusat Dalam Komuniti (PDK) Mount Austin. Budiman baru saja diterima masuk ke PDK itu setelah banyak PDK lain tidak menerimanya sebelum ini.

"Syafikah pula dijaga jiran. Kami sekeluarga tinggal di Flat Taman Ehsan Jaya ini sejak 2008," katanya semasa ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini.

Mohd. Radzi yang berasal dari Kota Tinggi memberitahu, gaji bulanannya sebanyak RM800 sebagai pemandu lori tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarganya.

"Bayaran rumah RM230 sebulan, makan minum dan duit upah menjaga anak, tinggal berapa saja gaji saya. Kami hidup ala kadar saja," katanya sedih.

Dia mengakui pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah mengunjungi keluarganya dan berjanji akan memberi bantuan segera.

Penderitaan keluarga Mohd. Radzi yang sampai ke pengetahuan Pemuda UMNO Bahagian Tebrau segera mendapat perhatian pergerakan itu.

Rombongan yang diketuai ketuanya, Syahrin Md. Jamaludin melawat dan menghulurkan bantuan segera kepada keluarga malang ini.

Syahrin turut mengarahkan supaya Pemuda UMNO Bahagian Tebrau memberi bantuan setiap bulan kepada Mohd. Radzi sehingga mendapat bantuan daripada JKM dan Baitulmal.

"Dalam pada itu, saya berharap pihak JKM dan Baitulmal segera memberi bantuan kepada keluarga ini kerana mereka amat memerlukannya," katanya
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2010 10:18 AM | Show all posts
the star online

Tuesday April 13, 2010

Construction worker who stole for pregnant girlfriend goes to jail


JOHOR BARU: A 31-year-old construction worker charged with stealing two tins of powdered milk and bak kut teh herbal mix has told the magistrate抯 court here that he did so to 揻eed his pregnant girlfriend.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2010 09:17 PM | Show all posts
Berita Harian online


Johor: Simpang tiga Rimba Terjun jadi tempat sampah
2010/04/13
PONTIAN: Pengguna lalu lintas di simpang tiga yang menghubungkan beberapa kawasan perumahan dan kampung di Rimba Terjun, di sini, kesal dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab membuang sampah dengan melonggokkan di kawasan berkenaan.

Longgokan sampah itu, jelas mencemarkan pemandangan selain mengundang pencemaran bau di kawasan perumahan dan kampung antaranya Taman Nilam, Kampung Sungai Bunyi dan Kampung Tenggayun. Ketua Kampung Sungai Bunyi Kawasan 6 Mukim Rimba Terjun, Noraini Turut, 56, berkata longgokan sampah di persimpangan jalan utama ke taman perumahan dan ke kampung berhampiran menjadi tempat pihak yang tidak bertanggungjawab membuang sampah sesuka hati. Beliau berkata, pihak terbabit mengambil kesempatan membuang sampah sesuka hati kerana kedudukan simpang tiga itu yang terpencil dan jauh dari penempatan penduduk.
Bagaimanapun, katanya, persimpangan itu menjadi laluan utama penduduk kampung yang berdekatan, sama ada ke bandar atau ke taman perumahan berdekatan.

Penduduk Taman Nilam, Mohd Nasir Othman, 52, berkata, beliau berasa jijik setiap kali melalui kawasan berkenaan untuk menghantar anaknya ke sekolah kerana baunya yang tidak menyenangkan apabila melalui jalan yang menjadi laluan utama.

Beliau mendakwa, pelbagai objek seperti botol pecah bersepah di tengah jalan dan paku yang boleh menyebabkan tayar kenderaan kereta atau motosikal bocor, sekali gus menyukarkan pengguna lalu lintas disebabkan kedai membaikinya terletak agak jauh.
Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kawasan 6, Mukim Rimba Terjun, Mohd Hairudin Samad, perkara berkenaan tidak sepatutnya berlaku, ia kerana di kawasan berkenaan sudah tertera papan tanda larangan membuang sampah, namun tidak dipatuhi.

“Bila hujan, air dari sampah mengalir ke jalan laluan, sekali gus mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. Persekitaran yang bersih di kiri dan kanan akan menarik lagi pemandangan dari mata pengguna, bukan dari sampah sarap yang berselerak di sana sini,” katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2010 08:09 AM | Show all posts
Labur kali pertama RM1.7b

Oleh LUQMAN HAZIQ
bisnes@utusan.com.my

JOHOR BAHRU 13 April !Syarikat hartanah dari Australia, Walker Corp., melabur RM1.7 bilion untuk membangunkan projek perumahan eksklusif di tepian air, Teluk Senibong. Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, projek yang terletak sebelah timur Iskandar Malaysia, merupakan yang pertama dilaksana syarikat Australia di negara ini.

Syarikat ini adalah pemaju hartanah terkemuka antarabangsa yang menerajui beberapa projek mega di seluruh Australia.

Projek tepian eksklusif yang dikenali sebagai Senibong Cove dibangunkan di kawasan seluas 84 hektar antara muara tebing Sungai Lunchoo dan Selat Johor,?katanya selepas merasmikan tapak Senibong Cove di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Eksekutif Walker Corp., Lang Walker dan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Ahmad Zahri Jamil.

Abdul Ghani Othman yang juga Pengerusi Bersama Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) berkata, projek itu adalah yang pertama bagi beberapa usahasama untuk meluaskan lagi pelaburan asing di kawasan utama pembangunan Iskandar Malaysia.

Projek yang merangkumi kawasan perumahan bertaraf dunia ini adalah hasil usahasama bijak Walker Corp., dengan pemilik tanah, Iskandar Waterfront Sdn. Bhd dan syarikat usahasama itu dikenali sebagai Front Concept Sdn. Bhd.

Senibong Cove akan dibangunkan secara berperingkat-peringkat dalam masa 10 tahun dan fasa pertama merangkumi pembinaan 244 buah rumah yang dijangka siap pada awal 2012.

Ini adalah 憄ermata?di pesisiran pantai yang menakjubkan dibina oleh pemaju hartanah antarabangsa yang terkenal,?katanya.

Senibong Cove yang mengambil masa perjalanan selama 15 minit dari pusat bandar raya melalui Lebuh Raya Penyuraian Timur (EDL) yang pembinaannya sedang rancak dilaksanakan.

Ia juga boleh dihubungkan dengan Lebuh Raya Senai朠asir Gudang-Desaru yang baru disiapkan bertujuan menyambungkan Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail, Senai dengan Pasir Gudang sehingga ke kawasan timur Johor.

Menteri Besar berkata, kerja-kerja pemulihan Sungai Senibong akan dilaksanakan sebelum projek Senibong Cove dimulakan dengan menggunakan teknologi mikro organisme berkesan (EM).

Katanya, syarikat itu juga perlu memastikan hutan bakau di kawasan berkenaan dikekalkan dan terpelihara.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2010 08:15 AM | Show all posts
UTUSAN ONLINE

Mufti Johor sokong Perak

JOHOR BAHRU 13 April - Mufti Johor, Datuk Mohd. Tahrir Shamsuddin menyokong keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak yang membantah penubuhan jawatankuasa khas berhubung isu antara agama. Katanya, secara peribadi beliau cenderung untuk menyokong keputusan Perak tersebut kerana alasan dan hujah yang dikemukakan adalah tepat dan wajar.

Sebagai orang Islam kita mesti berasa bimbang dengan status agama kita pada masa depan apabila Islam boleh dibincangkan di peringkat pelbagai agama dan dibimbangi akan wujud pelbagai tuntutan di kalangan penganut agama lain,?katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Bagaimanapun Tahrir menegaskan Majlis Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor belum membuat sebarang keputusan.

Di Ipoh, Gagasan Melayu Perak (GMP) turut menyokong langkah Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak membantah penubuhan jawatankuasa itu.

Presidennya, Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail berkata, penubuhan jawatankuasa itu merupakan taktik halus pihak tertentu meminggirkan Islam sebagai agama rasmi serta membelakangkan Majlis Raja -Raja.

Sementara itu di Pulau Pinang, Jawatankuasa Fatwa negeri akan mendapatkan pandangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebelum membuat pendirian.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Hassan Ahmad berkata, beliau akan menghadiri mesyuarat khas bersama Jakim di Putrajaya esok.

Menurutnya, Jawatankuasa Fatwa Negeri negeri hanya akan bermesyuarat pada 30 April ini.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2010 08:21 AM | Show all posts
75 pelajar UTHM catat rekod

Oleh HAMDAN TAWADI
utusanjohor@utusan.com.my



MOHD. Noh Dalimin (tengah) menerima sijil pengiktirafan Malaysia Book of Records daripada Irene Liong di Batu Pahat, Johor, kelmarin.

--------------------------------------------------------------------------------



BATU PAHAT 13 April ?Seramai 75 penuntut Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) mencipta rekod mendayung paling lama menggunakan mesin latihan khas sehingga mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records.

Mereka mendayung secara berterusan selama 48 jam 34 minit menggunakan dua mesin latihan sukan mendayung dalam program Cabaran Rowing 1Malaysia UTHM.

Setiap penuntut mendayung dalam tempoh antara lima hingga 10 minit secara bergilir-gilir di pusat beli-belah Square One di sini bermula 4 petang Sabtu lalu.

Naib Canselor UTHM, Prof. Datuk Dr. Mohd. Noh Dalimin berkata, usaha yang dilakukan penuntut itu secara tidak langsung dapat mempromosikan UTHM sebagai pusat kecemerlangan sukan untuk institusi pengajian tinggi (IPT).

Ini membuktikan sukan tidak berkubur di universiti dan semakin menjadi budaya yang subur di UTHM.

Sukan mendayung telah menjadi tradisi di universiti terkenal luar negara termasuk Cambridge,?katanya selepas menerima sijil pengiktirafan daripada Pengarah Projek Malaysia Book of Records, Irene Liong di sini semalam.

Mohd. Noh berkata, penggunaan mesin latihan Rowing Concept2 itu menyerupai aktiviti mendayung sebenar dan jarak mendayung juga dapat diukur.

Untuk mesin yang pertama penuntut telah mendayung sejauh 652 kilometer, manakala mesin kedua 640 kilometer,?katanya.

Sementara itu, penuntut tahun satu Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal, Ekhwan Eusop, 20, berkata, persiapan selama dua bulan untuk mencipta rekod itu sangat berbaloi dan dia berbangga kerana dapat mengharumkan nama UTHM.

Selain mencatatkan rekod, program ini dapat memupuk perpaduan kerana disertai penuntut pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India dan etnik Sabah serta Sarawak.

Sukan di universiti mungkin cara terbaik memupuk perpaduan kerana pelbagai kaum belajar di sini,?katanya yang juga merupakan ketua publisiti program tersebut.

Ekhwan berkata, program itu juga bertujuan membakar semangat atlet-atlet UTHM bagi meneruskan kecemerlangan dalam sukan mendayung.

Tahun lalu UTHM mengungguli tujuh daripada lapan kategori sukan mendayung yang dipertandingkan dalam Karnival Sukan Air Majlis Sukan Universiti Malaysia (Masum) dan juara keseluruhan Kejohanan Rowing Varsity Boat Race,?katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2010 08:34 AM | Show all posts
Wednesday April 14, 2010

MCMC plans to open 43 new broadband centres in Johor
Story and photo by ZAZALI MUSA


zaza@thestar.com.my

MERSING: Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) plans to open 43 new community broadband centres (CBC) in Johor this year.

Its universal service provision division senior director Datuk Jailani Johari said the new centres would bring the number of CBCs in Johor to 88 by year-end.



For the people: Dr Abdul Latiff (with arms folded) during the opening of DiGi Community Broadband Centre in Kampung Teriang Besar, Mersing in Johor

It will cost us between RM1mil and RM3bil to set up each new centre, depending on location and built-up area of the CBC,?he told StarMetro.

He was speaking after the opening of DiGi Telecommunications Sdn Bhd抯 CBC in Kampung Teriang Besar near here by Deputy Defence Minister Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad, who is also Mersing member of Parliament.

The centre in Kampung Teriang Besar is one of the two CBCs operated by DiGi in Johor, while the other is in Tenggaroh near here. MCMC had awarded 13 CBCs ?in Johor, Malacca, Sarawak, Kelantan, Pahang and Terengganu ?to DiGi last April.

Each CBC is equipped with access to DiGi Turbo 3G network and the latest equipment in desktops, servers, printers, LCD projectors and photocopy machines.

At these CBCs, facilitators will provide lessons to community centre members on how to use the Internet and other available facilities.

Meanwhile, Latiff said Kampung Teriang Besar residents should take advantage of the opening of the CBC at the village and make use of the facilities at the centre.

Although the centre is in Kampung Teriang, residents from surrounding villages are welcome as we want them to benefit from the centre too,?he said.

He suggested to the villagers to use the Internet and broadband access to promote homestay programmes at the villages as well as market their agricultural products online.

He also hoped that youngsters, especially students, would use the Internet to broaden their knowledge positively and not surf to undesirable sites.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2010 08:37 AM | Show all posts
Wednesday April 14, 2010

Council to install 16 CCTVs in Bandar Maharani this month

MUAR: The Muar Municipal Council will install 16 CCTVs at strategic spots, particularly in busy areas, in Bandar Maharani this month.

Its president Wahab Ridwan said the move was aimed at enhancing security and to curb crime, including motorcycle and snatch thefts.

Speaking to reporters, he said the CCTVs allocated by the Housing and Local Government Ministry would be jointly monitored by the council and the Muar police.

The police will pinpoint the spots for the CCTV and we will engage a contractor to install them.

Besides crime, we can also use the CCTVs to spot litterbugs, especially at the bus and taxi terminals,?he said recently.

He added that the CCTVs could help to deter crime.

He said that besides CCTVs, the council also sent teams out to catch litterbugs.

Wahab said the council had booked 130 litterbugs and issued fines totalling RM32,500 over two weeks. Most of the offences were committed in housing and residential areas near the town.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2010 08:39 AM | Show all posts
Post Last Edit by teessot at 14-4-2010 08:41

Wednesday April 14, 2010

IWK: Pay your bills

JOHOR BARU: Property owners who have not settled their sewerage bill and want details of the charges, can request for a statement of account from the Indah Water Konsortium (IWK) office.

IWK head of communications Amin Lin Abdullah said it was important for property owners and residents to pay the half-yearly bills to enable the company to provide efficient sewerage services and protect water resources as well as public health.

The sewerage charge for a house that is connected to a public sewage treatment plant is RM8 a month or 27 sen a day. For low-cost houses, the monthly charge is only RM2 or 7 sen a day,?he said.

He said that unlike other public utilities, IWK staff did not need to visit houses.

The work is carried out at the sewage treatment plant and along sewerage pipes underneath public roads. Residents may not see the work we do,?he said, adding that was a reason why the public had the misconception that IWK was not providing any service.

We ensure that residents can enjoy a peace of mind every day without worrying about overflow of sewage and wastewater into their houses,?said Amin.

Established in 1994, IWK is responsible for providing sewerage services to over 20 million users in the Federal Territory of Labuan and peninsular Malaysia except Kelantan and areas under the Johor Baru city council.

The services encompass operations and maintenance of more than 6,200 public sewage treatment plants, 13,800km of sewer network and desludging of 500,000 individual septic tanks.

Meanwhile, Amin said IWK recently helped to ease the overflowing sewerage problem faced by residents at Taman Impian Jaya in Tebrau, Johor due to a malfunctioned privately maintained sewerage system.

The sewage treatment plant serves 457 premises in the area.

Amin said the main cause of the sewerage problem was malfunctioned equipment at the sewage treatment plant and network pump stations.

As a result, various parts of the underground sewerage pipelines were choked with hardened sludge and solid waste.

Sewerage pipelines might also have broken, causing the overflow. To ascertain if pipes are damaged, a thorough investigation using close circuit television (CCTV) will have to be conducted.

Repairing the equipment in the sewerage facility is estimated to cost about RM500,000,?he said.

He added that although the broken down treatment plant was not under IWK, the company was desludging the overflowing manholes in the area for free as part of its corporate social responsibility.

However, the overflow may recur if solid waste or rubbish is trapped in the underground sewerage pipelines.

Hence, it is most critical that residents refrain from disposing solid waste or rubbish into the toilet bowl, especially when the sewage treatment plant and pumping stations are not functioning,?Amin advised.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2010 09:06 AM | Show all posts
Kosmo Online

Lebuh raya siap, pampasan lesap

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
nanhidayat.nanazmie@kosmo.com.my



SEBAHAGIAN daripada penduduk Kampung Cahaya Baru yang mengadakan demonstrasi aman berhubung pampasan pembinaan Lebuh Raya Senai-Desaru di Masai, Pasir Gudang semalam.
--------------------------------------------------------------------------------

PASIR GUDANG - Pembinaan Lebuh Raya Senai-Desaru telah pun siap sepenuhnya, namun baki pampasan sebanyak RM1 juta kepada setiap 377 penduduk Kampung Cahaya Baru (KCB) Masai didakwa masih belum diserahkan oleh pihak terbabit.

"Persoalannya, apa kesudahan baki RM1 juta kami yang sehingga hari ini, tidak ada satu pihak pun yang boleh membantu menyelesaikan masalah ini," kata wakil penduduk, Abdul Razak Abdul Rahman, 57.

Menurut Abdul Razak, penduduk sudah puas berusaha termasuk naik turun mahkamah, namun tiada sebarang tindakan diambil untuk membela nasib mereka.

"Wang tersebut telah diserahkan oleh kerajaan kepada satu syarikat yang dilantik iaitu Cahaya Baru Development Berhad (CBDB) untuk menguruskan wang pampasan tersebut dan saya adalah seorang daripada ahli lembaga pengarahnya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:17 AM GMT+8 , Processed in 0.286586 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list