CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1068|Reply: 11

Pendakyah Kristian dikesan guna nama Allah

[Copy link]
Post time 25-3-2010 03:16 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by Anak_Nogori at 25-3-2010 15:18

KUALA LUMPUR 24 Mac - Sidang Dewan Rakyat hariini diberitahu masih terdapat usaha oleh segelintir pendakyah Kristian menggunakan kalimah Allah untuk tujuan berdakwah walaupun kes tersebut masih berjalan di mahkamah.

Zulkifli Noordin (Bebas-Kulim Bandar Bharu) berkata, perkara itu dikesan daripada aktiviti penyebaran komik Kristian untuk kanak-kanak yang disebarkan di sekitar KLCC pada Februari lepas.

Beliau berkata, seperti mana yang pernah didedah sebelum ini, komik tersebut menceritakan kewujudan Allah dalam bentuk trinity.

''Saya telah berhadapan dengan gerakan dakyah sesat ini secara aktif selama 15 tahun. Ini merupakan antara contohnya.

Saya juga boleh memberi contoh lain seperti risalah Kristian yang bertajuk Jalan kepada Allah, bagaimana mengenal Allah.

''Saya juga ada contoh bagaimana surah al-Mukminun telah diputarbelit. Ia amat menakutkan sekali apabila ia menyatakan Allah dan anaknya. Saya juga boleh menunjukkan hadis-hadis palsu yang dibuat untuk mengelirukan umat Islam," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahasakan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Zulkifli berkata, beliau juga mempunyai cakera padat video (VCD)yang membuktikan penggunaan kalimah Allah untuk tujuan dakwah oleh segelintir pendakyah Kristian tersebut.

''Saya yakin segelintir pendakyah Kristian ini mengambil kesempatan dalam keadaan umat Islam berpecah belah. Dalam keadaan ini mereka melaksanakan agenda jahat mereka," katanya lagi.

Dalam pada itu beliau sekali mengingatkan semua ahli Parlimen bahawa sebahagian besar ulama mutktabar di negara ini tidak bersetuju kalimah Allah digunakan oleh penganut Kristian.

''Malah Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din menyelar sesiapa menyokongnya. Pendapat beliau turut disokong oleh beberapa ulama yang lain seperti Syeikh Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady malah pakar Perlembagaan, Profesor Dr. Shad Faruqi turut tidak bersetuju kalimah Allah digunakan oleh penganut Kristian," katanya.

Beliau turut memaklum kepada dewan mengenai tindakan seorang Paderi Kanan di Amerika Syarikat (AS) iaitu Reverend Albert Mohler yang menolak permintaan seorang paderi sebuah gereja Roman Katholik diBelanda untuk menggunakan kalimah Allah bagi merujuk tuhan mereka.

''Jelas yang penganut Kristian di Eropah menolak penggunaan kalimah Allah dan saya percaya majoriti penganut Kristian di negara ini mempunyai toleransi yang amat tinggi dengan mengiktiraf kalimah Allah hanyalah untuk mereka yang menerima konsep ketuhanan yang maha Esa.

''Kita juga tidak akan berjumpa sekiranya kita menyoroti sejarah Islam dan Nabawi bahawa terdapat orang yang mengakui Islam beria-ia berjihad membenarkan orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah dalam bentuk syirik dan kufur," katanya.

Selain itu, beliau turut menyelar tindakan sesetengah pihak bukan Islam yang mengeluarkan kenyataan provokatif berkaitan hal ehwal Islam seperti mana yang dilakukan oleh Pengarang Urusan The Star,P.Gunasegaran dalam satu artikelnya bertarikh 19 Februari.

''Tindakannya mempertikaikan dan memperlekehkan hukum syarak berkaitan hukuman sebat yang dikenakan kepada penzina baru-baru inihanya sekadar mengundang kemarahan umat Islam sebagaimana lakaran karikatur yang menghina Rasulullah oleh sebuah akhbar di Sweden dan Denmark,'' ujarnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2010 03:21 PM | Show all posts
macam citer pasal komik indon tu jer?
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2010 03:21 PM | Show all posts
yg ni totok PR terutrama pas nak cakap apa laks ..semalam mereka dok menghentam si zul nie ....
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2010 03:24 PM | Show all posts
mcm pendakyah dlm CI ni jer?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2010 04:47 PM | Show all posts
yg ni totok PR terutrama pas nak cakap apa laks ..semalam mereka dok menghentam si zul nie ....
anakpanah Post at 25-3-2010 15:21


Mereka tak tercakap apa..
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2010 07:11 PM | Show all posts
Diorang nie tak hormat agama lain langsung. Sepatutnya tak boleh pakai perkataan "pendakyah" tu. Itu seolah2 bahawa mereka menyebarkan kejahatan. Sepatutnya diorang guna perkataan yg biasa digunakan sebelum ini, dan lebih sopan, iaitu "mubaligh" iaitu terjemahan daripada "missionaries".
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-3-2010 07:13 PM | Show all posts
dah terbiasa sangat menghina agamo org lein.gitulah noks
selagi tak kena batang idong sundri
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2010 07:18 PM | Show all posts
Bila agama sendiri terhina, pandai pulak melenting. Treat others like u want to be treated lar. :re: :re:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2010 07:24 PM | Show all posts
itu pasai ai nk tegelak bila rmi org melayu isele buat2 takajut bila ado chinese/indian atau org penganut layen hok menhina melayu/islam....mcm tak penah dengaq pulok bnd tuh...padahai depa kalu ckp pasai bangsa layen mmg tak hengat donia...standard kalu sebot cina musti kata tak basoh berak or kencing merata...cina babi. kalu indian, selalu digandingkn dongan keling paria. ala2 bnd tu mmg common jah pom. ada sapa kesah
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2010 02:54 AM | Show all posts
Bagi aku, kalau sendiri racist dan suka hina agama orang, then jgn marah kalau org lain hina agama kita dan racist jugak. Jgn tetiba sentap terhina ke hulu ke hilir. Ini nasib baik org Kristian kat Malaysia nie jenis yg tak agresif sangat... cuba kalau kat Indon sana, mau mengamok diorang.
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2010 02:57 AM | Show all posts
derng mmg laknatullah dari dulu...
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2010 03:30 AM | Show all posts
Kalau laknatullah, then halau jah diorang dari Malaysia kalau berani kan?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 11:27 PM GMT+8 , Processed in 0.074440 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list