CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1472|Reply: 15

Dera bayi 1Malaysia

[Copy link]
Post time 15-4-2010 07:12 AM | Show all posts |Read mode



sumber utusan meloya

KUALA LUMPUR 14 April - Kisah kematian dua kanak-kanak malang, K. Harreswaral, 1, dan Syafiah Humairah Sahari, 3, akibat didera secara sadis pada Mac dan Februari lalu masih segar di ingatan.
Namun, ia seakan-akan tidak mencetuskan keinsafan apabila kejadian sama berulang dan kali ini membabitkan kanak-kanak perempuan Lee Swee Hui yang berusia tiga tahun.
Cukup menyayat hati, pada tubuh mayat kanak-kanak tidak berdosa itu terdapat lebih daripada 30 kesan lebam dan luka di badan, dahi serta pipi.
Siasatan awal polis mendapati kecederaan pada Swee Hui dipercayai akibat dipukul dengan objek keras.
Menurut doktor, lebam-lebam dialami mangsa merupakan kesan kecederaan yang dianggarkan baru seminggu lalu.
Swee Hui dihantar ke Poliklinik Komuniti Seri Kembangan, dekat sini oleh bapa tirinya pada pukul 7.45 pagi setelah mendapati dia tidak sedarkan diri.
Mangsa disahkan meninggal dunia di situ dan bapa tirinya, seorang penganggur yang berusia 27 tahun ditahan selepas pihak hospital menghubungi polis.
Ibu kandung Swee Hui, 24, seorang suri rumah, turut ditahan di pangsapuri di Jalan BS 14/2A, Bukit Serdang beberapa jam kemudian untuk membantu siasatan.
Difahamkan, mangsa selama ini dijaga oleh pengasuh dan pasangan tersebut hanya mula menjaganya sepenuh masa semula sejak sebulan lalu.
Pasangan itu yang telah berkahwin setahun lalu turut mempunyai seorang bayi lelaki berusia tiga bulan.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Khaw Kok Chin berkata, pihaknya membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh.
"Pemeriksaan lanjut doktor tidak menunjukkan sebarang kecederaan lain seperti serangan seksual. Punca sebenar kematian hanya akan diketahui setelah bedah siasat dilakukan ke atas mayat mangsa.
"Buat masa ini, polis menahan ibu kandung dan bapa tiri mangsa untuk siasatan lanjut. Polis akan menyiasat kes itu daripada pelbagai sudut," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Pada 4 Mac lalu, Harreswaral yang merupakan anak tunggal penerbit filem bebas, A. Karigalan dan K. Thilagawathy, disahkan mati di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kira-kira pukul 12 tengah malam, akibat kecederaan serius di seluruh badan.
Kejadian itu berlaku genap seminggu selepas kematian Syafiah Humairah, 3, yang didakwa didera oleh teman lelaki ibunya, Mohd. Fazli Azri Jamil, 28.
Dalam pada itu, seorang jiran Swee Hui yang hanya mahu dikenali sebagai Shamsul, 30, berkata, dia sering mendengar jeritan dan tangisan mangsa dari rumahnya di tingkat dua pangsapuri berkenaan.
Menurutnya, dia dan jiran-jiran lain menyedari perkara itu namun menyangka ia merupakan perkara biasa.
"Kadang-kadang jeritan dan tangisan didengari pada lewat tengah malam dan berlanjutan sehingga 10 atau 15 minit.
"Kami sebelum ini juga tertanya-tanya rumah mana dan akhirnya terjawab hari ini," jelasnya yang bekerja sebagai pemandu lori.



*****************************

Kesian.. baru 3 tahun.. tengok gambar sehat debab budak nya..



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-4-2010 07:15 AM | Show all posts


Peace appa... no warrr..

last2 dibelasah jugak sampai mati :@
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2010 07:25 AM | Show all posts
satu melayu, satu india satu cina -- elok sangat lah tu. Lepas ni tak ada lah kaum A rasa lebih mulia dari kaum b or kaum C
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2010 07:44 AM | Show all posts
sian bdk2 y x bdose d dera tanpa belas kasihan
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2010 08:14 AM | Show all posts
Cilakak la itu orang. Budak baru nak kenal dunia.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2010 10:48 AM | Show all posts
Ya Allahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

tu la jirnnnnnnnnnnnn pekare bese pekebendee nyer kalao menjerit smpai 10-15 menettttttttttttttttt
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-4-2010 11:10 AM | Show all posts
sekarang ni ramai orang sakit jiwa
isk2 sumer ni punca dr tekanan jiwa belake...
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2010 11:14 AM | Show all posts
didera ngan apa ye budak ni?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2010 07:44 PM | Show all posts
dah takde rasa peri kemanusiaan ke mereka yang mendera.....apalah salah anak kecil hingga mereka didera hingga mati....

rasanya macam aku nak dera semua pendera lepas 2 tembak mereka...sampai mampus
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2010 08:10 PM | Show all posts
ni seme manusia bongok..
yg elok nye, ikat kat pokok,hiris or toreh
kulit derang ni ..pastu perah asam limau..
br tau menggeletik kat situ...:@
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2010 08:14 PM | Show all posts
tu pasal kita kena tau hal jiran jiran ni tp pada perkara yang menimbulkan syak wasangka, atau yang terjerit jerit ... aku cukup hangin kalo lihat orang buat budak budak melampau lampau macam ni...
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2010 08:17 PM | Show all posts
kesian,budak tu nampak ceria je dlm gambar.kalau tak nak bagi je dgn org.ramai yg nak.dah lah budak tu comel.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2010 08:35 PM | Show all posts
merge kan.....
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2010 09:02 PM | Show all posts
menci aku ngan mak bapak yg berperangai menatang nih...anak umur 3 tahun x lh nak jg buat anak lg... silap hr bulan yg baby 2 pun mati kena bedal ngan mak pak yg berhati menatang nih...jiran2 yg dengar bkn pandai nak wat report...nangis sampai 10-15 mins leh wat bodo jerks... kononnyer br terjawab dr mana suara tangisan budak 2...nih dh mati budak 2 amanla tdo mlm derang!!

amik contoh budak yg mati kene dera kat padang bola 2 la...naper pihak berkuasa x tangkap n dakwa jerks penduduk yg tengok c bapak 2 pukul anak dier? andai pihak berkuasa wat mcm 2 aku percaya la mesti ramai org yg akan tampil tok wat laopran psl penderaan kanak2 nih sbb takut kene tangkap n dakwa. nih biler ader budak mati kena dera ader plak jiran2 tampil wat statement ckp setiap hari dengar suara budak nanges x renti2...hmmmm...aper nak jadi la...kes buang bayi x hbs lg dh muncul plak kes penderaan kanak2..
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2010 09:30 PM | Show all posts
kesian budak yg mnjd mangsa
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2010 09:33 PM | Show all posts
apa la slh bdk kecik ni smpi nk pukul bantai...aku nk cubit pun xsggup...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-6-2024 09:08 AM GMT+8 , Processed in 0.124710 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list