CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: gitarmahogani

Koleksi Cerita Hantu Pelbagai (updated)

  [Copy link]
 Author| Post time 30-3-2012 02:19 AM | Show all posts
Balik dari menyepak bola

Oleh MFT

"Sat la sat la. Kita balik sama la. Sat ja. No?" balas Mat Piah yang tidak lepas memandang bulatnya bola.

"Nak gelap dah ni, aku pi dulu." sanggah At dan berpaling ke belakang.

"Ya la ya la" keras suara Mat Piah sambil menendang bola kali terakhir, untuk petang itu.

"Ang pi kelas Quran malam ni?" tanya Mat Piah dengan kepalanya masih memerhati kawan-kawan lain ligan mengejar bola.

"Pi la, dah Pak aku yang ajaq kita semua."jawab At.

"Tak mau tuang la. Pak ang tau ang nak monteng mesti ang kena balun siap punya. Malu la kat Tini ang tu." balas At lagi dan tersenyum. Tini kawan perempuan mereka yang turut mengaji sama di rumah At.

Mat Piah mengangguk dan memandang keliling. Suasana kuning-kuning petang.

Jalannya mereka semakin laju meninggalkan padang bola.

Suasana indah negeri Kedah pada tahun 60an dengan label pengeluar beras Malaysia sehingga kini. Masih lagi boleh menangkap ikan puyu di bendang, kerbau-kerbau bongkak dengan burung-burung gembala kerbau dan ular pun banyak juga menyusur mencari katak. Harus berhati-hati lebih.

Mereka akan melalui 1 kawasan kebun, 1 padang nyiok(kelapa) dan melalui lorong panjang untuk pulang ke rumah mereka. Rumah keduanya saling mengadap satu sama lain.

"Tadi di sekolah Chegu Zahidah ajar pa dia , aku tak berapa dok nak faham la At.." luah Mat Piah buat bubuk bicara.

"Ang tak faham tang mana? Yang dia ajar 'present tense' 'past tense' tu ka?Atau yang dia "ajaq" first person, second person, third person tu ka?" tanya At melayan kawan baiknya itu.

"Eh dak. Yang tu kita semua tak faham kut? Haha." melawak Mat Piah.

"Haha" balas At tertawa.

Mereka melepasi kebun dan melalui tepi padang 'nyiok'.

Suasana hijau sawah padi sangat indah. Memang sedap waktu malamnya nanti duduk dianjung rumah atau dibawah rumah tinggi gaya Utara-menikmati bayu lembut.

"Eh tu Tok Derih dok bawah rumah tu dia tu.." juih Mat Piah menunjukkan arah isi katanya.

"Ha ah la. Awat ang nak pi minta makan kat dia ka ?" kata At melawak kasar sikit.

"Takda pa la" balas Mat Piah melengas.

"Tok!!!" laung Mat Piah. Tegur menegur sesama penduduk kampung. Yang muda menghormati yang tua.

"Hurrm.." dengus Tok Derih. Sedikit garau seperti tekak tersumbat lendir selesema.

"Dah la tu. Tok Derih tengah marah kut.Ang ni.." perlahan At menutur pada Mat Piah yang mahu menyambung lagi.

Mat Piah melambai-lambai saja.

Sampai mereka ke lorong panjang untuk ke rumah mereka.

Zuppppp!!

Mat Piah dan At berlari sederas mungkin. Muka ketakutan saja keduanya. Teringat sesuatu.


Tok Derih telah meninggal dunia 2 hari sebelumnya.


p/s-penulis berbinkan At.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-3-2012 02:20 AM | Show all posts
Mistik dan orang terkenal

Oleh MFT

Disini dicatatkan 2 kisah-

1-Seorang lelaki berbangsa Cina yang pada masa depan akan menjadi taikun sebuah kawasan kasino dan rekreasi pergunungan terkejut apabila isterinya memberitahu

"Emak Abang mukanya kurus-kurus sikit, kulit putih-putih, macam Dewi Belas Ihsan? Saya mimpi Emak malam tadi. Dia kata masakan saya tak sedap." kata si isteri.

Lelaki tadi, Gouhtong terpegun. Beliau sendiri sudah bertahun tidak menemui Emaknya kerana jarak kedudukan. Memang tepat wajah Emak beliau dengan apa yang dikatakan si isteri.

Beliau berasal daripada Tanah Besar China manakala isterinya memang sudah lama beranak pinak di Tanah Melayu.

Perkahwinan mereka dilangsungkan pada waktu seluruh kawasan Asia diancam kemaraan Jepun. Tahun 40an. Cuma 2 meja hidangan saja waktu majlis perkahwinan.

Pernyataan isterinya itu kemudian terjawab apabila tidak berapa lama kemudian, beliau mendapat khabar Emaknya meninggal dunia.

Gouhtong berpendapat itu adalah usaha si Emak tercinta menghubungi anak tersayang sebelum meninggal dunia.

Sebagai tanda kenang-kenangan, Gouhtong membesarkan gambar foto mendiang Emaknya dan digantung dipejabat dan bilik tidur.


2-Waktu pembinaan jalan menuju ke puncak gunung yang bakal menjadikan Gouhtong orang ke 204 billionair dunia, pelbagai perkara dihadapi. Termasuklah beberapa kejadian yang hampir meragut nyawanya sendiri.

Pada mulanya pihak JKR mengandaikan 15 tahun diperlukan untuk membina jalan ke puncak(pada masa ini tiada lagi jentera moden seperti sekarang. Waktu itu tenaga manusia digunakan secara besar-besaran).

Apabila kertas kerja Gouhtong diterima, beliau mencadangkan 6 tahun masa pembinaan. Kerajaan bersetuju dan menambah sekiranya Gouhtong dapat menyiapkan kerja dalam 3 tahun termasuk pembinaan sebuah stesen pemancar dipuncak,beliau akan diberi subsidi RM900,000. Gouhtong berbesar hati menerima cabaran itu.

Gouhtong seorang yang sangat ambisi dan serius dalam bekerja. Demi cita-citanya mewujudkan kawasan percutian pelancongan dipuncak gunung idaman, beliau sendiri menyertai pekerjanya pada setiap tahap. Tambah pula semua sumber perniagaannya telah dialirkan ke projek ini.

Waktu bersama-sama pekerja menebas dan meneroka jalan ke puncak, ada pekerja mendakwa terserempak harimau.

Suatu masa, Gouhtong dan pekerja-pekerjanya tidur dalam sebuah gua bagi menjimatkan masa. Waktu tidur itulah menjelma Chin Swee, dewa yang dipuja oleh masyarakat ditempat asal beliau di China dahulu.

Chin Swee berpesan agar diteruskan usaha memajukan kawasan pergunungan itu. Semangat Gouhtong semakin membara kemudian.

Jika anda ke kawasan pergunungan yang telah dibangunkan dan sangat terkenal itu sekarang, anda akan melihat Kuil Chin Swee yang dibangunkan Gouhtong sendiri dibawah kawasan tumpuan utama gunung tersebut.

Oh ya, Gouhtong berjaya dalam jangkamasa 3 tahun menyiapkan jalan ke puncak.


Diambil isinya daripada buku Cerita Saya(Gouhtong). Hakcipta terpelihara.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-3-2012 02:24 AM | Show all posts
Post Last Edit by gitarmahogani at 30-3-2012 02:25

Candy Gula

Oleh MFT

"Wann, esok aku balik rumah" kata Oud pada kawan sebiliknya Wann.

"Hah? Tiap minggu balik, tak 'boring' ke?Haha." tanya Wann bercampur sedikit gurauan.

"Balik kejap. Ayah aku baru telefon pagi tadi, nenek saudara aku meninggal." jelas Oud yang matanya tidak lekang memandang skrin laptop ASUS A43S beliau.

"Oh ok" balas Wann sambil membelek buku Pedagogi beliau.

Mereka berdua pelajar Post Grad dan menyewa bersebelahan universiti mereka. Kawan lama semenjak 2006 daripada universiti lama mereka di Penang dulu.

"Kalau kau takut ajak Pian teman tidur sini" cadang Oud yang tidak lepas-lepas memandang skrin laptop beliau. Membaca forum bbs.espguitars.

"Ahhh tak apa la.Takde apa la." tolak Wann sambil menaip quote-quote daripada buka Pedagogi tadi.




Malam esoknya.






Wann benar-benar berseorangan malam itu. 2 bilik sebelah penghuninya tidak tahu ke mana. Sebuah bilik lagi yang menempatkan 2 orang Kelantan dan seorang warga Johor juga tidak tahu kemana.

Sebuah bilik lagi yang disewa seorang pelajar berbangsa Cina kosong dan jarang-jarang dihuni.

Pian pula daripada siang tadi masih diperpustakaan. Oud dari petang tadi sudah bertolak pulang.

Wann mengadap laptopnya. Sekejap dibuka Utusan online, sekejap dibuka PDF, sekejap dilayan Facebook.

Terdengar tiba-tiba derap tapak kasut seseorang di koridor aras bilik sewaan beliau.

Tumm Tumm Tumm

Ketukan pada pintu. Bergegas Wann membukanya. Pengawal keselamatan.

"Assalamualaikum. Kereta plet J## 3### kat bawah tu siapa punya?" tanya pengawal.

"Waalaikumsalam. Oh tak tahu" balas Wann.

Komunikasi tergendala sebentar. Saling berbalas pandang.

"Siapa yang bawa kereta sini? Kawan-kawan awak ke atau ada kenal ke siapa yang dalam blok ni bawa kereta?" tanya pengawal mahukan jawapan tepat.

"Kawan lain ada la bawa, tapi yang plet Encik cakap tadi tu saya tak tahu. Kenapa Encik?" tanya Wann ingin tahu lebih lanjut. Boleh buat 'update' Facebook.

"Awak tengoklah dibawah tu" balas pengawal berlalu pergi. Mungkin terus mencari pemilik kereta plet J## 3###

Wann keluar ke bahagian tangga, dilihat kawasan letak kenderaan.

Elok molek saja. Balik semula Wann ke bilik. Masih terdengar derap tapak kasut pengawal tadi. Masih diaras bilik sewaan beliau.Mundar mandir.

Berdetup hati Wann bila terperasan. Sesuatu.


Pengawal keselamatan dilihat tadi tidak menyedari ada sesuatu mengikut beliau dibelakang.


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Encik Sweet/Gula gula/ Pocong

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2012 10:54 AM | Show all posts
Tidak dibenarkan membela haiwan diasrama

Oleh MFT

Cerita ini diceritakan seorang sepupu perempuan penulis yang pernah menuntut di sebuah IPTA di Pantai Timur.

Beliau kami panggil Dek Da.

Sesuai dengan keperempuanan beliau sebagai seorang perempuan, membela kucing adalah kegemaran beliau.

Kita tahu kebanyakkan kolej hostel desa kediaman tidak membenarkan penghuninya membela binatang. Kita faham mungkin kerana isu kebersihan dan logistik atau kadangkala sebab 'cleaner' asrama bising bising.

Tapi benarkah begitu?

Dek Da selalu memberi kucing kucing yang berkeliaran berhampiran kolej hostel desa kediaman makanan yang pelbagai. Bila dibeli lauk makan akan disisihkan separuh bahagian ikan ayam daging untuk kucing kucing diperkatakan diatas.

Tambahan level bilik Dek Da diaras lantai, maka mudahlah kucing kucing datang berkerumun makan.

Maka kucing kucing telah mempunyai 'payung' untuk bekalan makanan mereka seterusnya meneruskan hidup sebagai kucing.

Dek Da juga faham untuk mengelakkan rakan rakan kolej hostel kediaman marah marah jika makanan, yang diberikan pada kucing, bersepah sepah-maka disediakan bekas plastik 2 tapak tangan lelaki dewasa.

Suatu masa Dek Da memberi lebihan KFC pada kucing kucing yang setia menunggu makanan pada bekas plastik diluar bilik. Penulis lupa original atau spicy, namun pada kucing tidaklah menjadi masalah kerana kucing sendiri alamiahnya tidak mampu makan di KFC ('pet not allowed'), maka apa yang diberi orang, kucing kucing akan makan dengan bersyukur. Hingga menjilat jilat bulu si kucing kekenyangan. Bagus betul kucing kucing jenis kucing kampung ini.



'Kucing Favorite Calories'

Kebiasaannya Dek Da akan membuang sisa sisa makanan kucing esok paginya sebelum ke kelas.

Jadi menikmatilah kucing kucing itu KFC hari itu.

Apa yang seramnya pengkisahan kali ini? Cerita pasal kucing kucing saja kah?

Penulis nak ceritalah sekarang. Belanjalah penulis makan KFC kalau anda pembaca yang berani (untuk baca sampai habis cerita ini).

Malam pun menjelang tiba sebagaimana aturan ditetapkan.

Sebagai pelajar, nokturnal atau aktif pada waktu malam, adalah ciri ciri tetap selain bergembira sakan menjelang kemewahan PTPTN.

Dek Da ligan menyiapkan tugasan malam itu. Suasana telah sunyi. Kawan sebilik tiada bersama malam itu.

Sambil mengedit edit WORD 2007, Dek Da menjeling buku perpustakaan. Mencari point point. Dilihat skrin laptop, dilihat Facebook sekali.

Terdengar tiba tiba bunyi sesuatu yang keras dipatah patahkan.

Dek Da tidak terfikir apa apa, kerana sambil membuat assignment sambil melihat notification FB.

Krupp krupp

Dek Da mula memberi reaksi kehairanan. Apa pula berbunyi itu?

Krupp krupp prakk prakk

Dek Da terasa seram bila beliau mendapati bunyi itu berada didepan pintu biliknya.

Prakk prakk

Krupp krupp

Kucing ke?Makan tulang ayam KFC tadi ke? tertanya tanya Dek Da dalam hati.

Prakk prakk.

HUGGGRRRRRRRHHH HUGRRRRRRHHH

Terdengar bunyi dengusan keras.

Terus Dek Da menerpa katil dan berkelubung selimut.

Esok siangnya, bekas plastik makanan kucing tidak tinggal apa apa sisa hatta tulang tulang ayam KFC apa apa pun.


p/s-mungkinkah jin yang datang menumpang makan sisa tulang agaknya?


'Jinggo the cat'


Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2012 04:56 PM | Show all posts
Begitu banyak koleksi cerita hantu TT, sekali sahaja diberi tacang! Huhuhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2012 09:58 PM | Show all posts
Post Last Edit by gitarmahogani at 22-4-2012 09:12

Setan

Oleh MFT


Penulis suka cita berkongsi sebuah cerita yang jujurnya pada penulis kenampakkan agak kelakar namun jelas menunjukkan tipu daya syaitan yang sewajarnya kita layan sebagai musuh kita. Dalilnya-Sesungguhnya syaitan adalah musuh bagi kamu,  maka jadikanlah dia musuh;  sebenarnya ia hanyalah mengajak golongannya  supaya menjadi dari penduduk neraka.  [Fatir 35:06]

Mat Taib seorang pemuda yang rajin bekerja. Walaupun tidak berpendidikan tinggi dan sebatang kara cuma, namun keinginan untuk merubah hidupnya mengentalkan hati beliau bersungguh sungguh dalam menjadi hamba duit, in a good way.

Beliau masih bujang berumur 39 tahun. Siapalah tidak mahu berkahwin, cuma berkahwin saja tidak mahukan beliau. Teorinya ialah gadis ramai dikampung cumanya Mat Taib saja tidak berani.

Beliau juga maju ke depan bila tahu membuka komputer hasil tunjuk ajar budak budak ketagih DOTA dikampung mereka. Jadinya Mat Taib seorang yang sederhana dan juga peminat kumpulan Amuk (era Metal Jawa dan Din Taring).

Pada waktu siang beliau bekerja di perusahaan ternakanan ayam milik Li Kwan Jew dan malamnya beliau mengikut orang berniaga pasar malam. Berniaga goreng goreng ayam dan isi dalam ayam.

Kenderaan beliau hanyalah basikal warisan Almarhum Ayahnya, Mat Talib. Jadinya bila habis menolong berniaga dipasar malam maka berkayuhlah pulang Mat Taib.

Oleh kerana pasar malam berubah ubah tempat daripada malam ke malam, maka ada masanya Mat Taib cepat pulang ke rumah adakalanya tidur di mana mana masjid surau  (yang tidak berkunci pagar).

Suatu malam Mat Taib mengayuh pulang. Kayuhannya sedikit deras mengenangkan kesedapan tidur dengan badan kepenatan.

Kawasan bandar dilalui, kawasan taman perumahan dilalui,masuk ke jalan tanah, melalui kampung orang, melalui kebun getah, melalui sawit dan melalui estet Cinta Manis. Ada 5km agaknya lagi sebelum sampai ke gerbang kampung beliau.

Berdecit decit rantai basikal bila dikayuh kayuh laju Mat Taib.

Menghampiri beliau sebatang pokok besar. Dan sebagai orang yang tidak belajar perhutanan (Forestry) Mat Taib tidak begitu pasti jenisan pokok. Yang pasti besar dan menyeramkan.

Mat Taib menambahkan kelajuan pecutan lagi.

Terasa berat tiba tiba.

Mat Taib faham. Cuma tertanya tanya dimana pula 'hantu' menumpang itu duduk sebab basikal beliau tidak ada 'carrier' (tempat duduk belakang)?

Mat Taib mula berpeluh peluh akibat penambahan berat isipadu misteri tiba tiba menumpang tadi.

Menarik narik nafas beliau sambil tertanya tanya dan menyumpah nyumpah sedikit dalam hati.

Ditekadkan hati menoleh.





Langsuir.

Mempunyai sesungut seperti ikan keli. Tersengih sengih manja merenung Mat Taib.

Esoknya Mat Taib demam.

Cuma cerita belum berakhir.

Hampir seminggu barulah kebah. Mat Taib nekad tidak mahu melalui kawasan pokok besar tempat basikal beliau ditenggek Langsuir.

Suatu malam ketemu lagi Mat Taib dengan kawan baru tadi.

Demam 3 hari Mat Taib.

Mat Taib kemudian meminta majikan pasar malamnya menghantarnya pulang sementara Mat Taib berusaha mencari cara lain untuk pulang.

Cuma Langsuir tadi datang pula ke rumah Mat Taib. Berserah sajalah kemudiannya Mat Taib bila selalu bermimpi Langsuir tadi datang. Memperkenalkan dirinya bernama Kemala Devi. Mati dibunuh di kebun sawit yang pernah dilalui Mat Taib sebelumnya. Mati dianiaya suami sendiri.

Lama kelamaan Mat Taib menjadi lali. Berhenti beliau daripada bekerja menolong di pasar malam. Kadang kadang bila keluar memancing malam,  akan kenampakan kelibat Kemala Devi .

Tidak pula Mat Taib tahu kenapa makhluk tersebut mahu dekat dengan beliau. Beliau diam saja bila Kemala Devi menunjuk diri.

Disinilah penulis berbalik pada surah Al Fatir diatas (Sesungguhnya syaitan adalah musuh bagi kamu,  maka jadikanlah dia musuh;  sebenarnya ia hanyalah mengajak golongannya  supaya menjadi dari penduduk neraka.  [Fatir 35:06]



Suatu masa bermimpi Mat Taib, Kemala Devi mengatakan mahu berpindah jauh. Ke kawasana ppergunungan Himalaya kerana permintaan sami sami disana menjadikan Kemala Devi sebagai dewi pemujaan mereka disana.

Mat Taib seperti biasa tidak menjawab tidak bereaksi. Kecuali, dalam hati-

'Memang setan kau ni syaitan.'

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 21-4-2012 10:04 PM | Show all posts
Begitu banyak koleksi cerita hantu TT, sekali sahaja diberi tacang! Huhuhu
joey_mcintrye Post at 21-4-2012 16:56



Hehe. Taklah. Ada banyak juga tacang saya diberi.

Saya suka menulis. Cukuplah kalau ada yang sudi menjenguk thread ini dan thread ini pun dah dapat digest. OK lah tu.

Yang penting keseronokkan berkongsi apa yang kita minat dengan yang sudi.

Terima kasih Joey McIntyre.
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2012 12:28 PM | Show all posts
Reply 207# gitarmahogani


I memang peminat cerita2 seram, misteri mahu pun hantu. Boleh tak I join sama menulis kat benang you ni? I ade jugak koleksi tapi taklah byk sgt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-4-2012 12:59 PM | Show all posts
Reply 208# joey_mcintrye


    Cool.Sila sila.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2012 11:24 AM | Show all posts
Lais's stoly

Oleh MFT

Penulis mempunyai seorang adik sepupu favorite. Beza umur 5 tahun agaknya.

Beliau ini tahan lasak, kepala ligat dan agak 'slick' karakter. Kami panggil beliau Bella (Raisabella)atau Lais sempena nama beliau Mohd Rais. Lais? Beliau agak tidak handal menyebut huruf 'r' zaman kanak kanaknya dulu. Melekat terus nama Lais tadi.

Mak Usu a.k.a Emak Lais selalu terasa nak gugur jantung kerana Lais Bella ini.

Makanya suatu masa penulis bercuti di rumah Mak Usu di Kampung Jawa, Segamat. Cuti sekolah sebulan.

Suatu masa petang menghampiri senja dalam renyai hujan yang lebat sebelumnya.

Penulis dan Jo Beng (abang Lais) duduk diruang tamu. Melihat TV, membelek suratkhabar lama, membaca komik Pendekar Laut Pendekar Sakti dan melayan kucing kucing belaan keluarga Mak Usu.

Lais Bella pulang. Agak kuyup. Kami yang pangkat abang abang ini melihat saja. Kerana selain sudah kebiasaan mengenangkan perangai Lais ini tadi (yang biasa merayap ke hulu ke hilir di serata Kampung Jawa), kami juga menjangkakan Lais ini balik tukar baju basah saja. Dalam kurang 10 minit mesti lesap sekali lagi.

'Tadi kawan Lais kena kacau hantu.' terang Lais tanpa diminta.

Penulis mendengar saja tatkala Jo Beng mengatakan-'Elehhh...'

'Betul aaa. Kawan orang kena kacau hantu. Kitorang berteduh kat rumah kosong lorong @@@@@@. Tiba tiba ada kawan kena tepuk dari belakang. Tengok tengok tak ada siapa kat belakang' pertahan Lais.

'Elehhhh, kawan kawan kau lah tu menyakat' acuh tak acuh Jo Beng pada cakap adiknya itu.

'Eh tak adalah, Lais, Imi dengan Napi aja. Yang kena tu Imi. Kawan kawan lain duduk kat luar rumah. Kitorang aja kat dalam rumah kosong tu. Lari terus keluar.' jelas lagi Lais.

Lais lesap lagi kemudian.

Malam itu penulis mengikuti Jo Beng keluar. Lepak lepak dalam taman perumahan keluarga Mak Usu.

Budak budak taman kecoh dengan cerita yang sama diceritakan Lais tadi.

Penulis dan Jo Beng mendengar saja. Siap ada kata dengar suara mengilai ngilai. Memanggil manggil budak budak yang berteduh tadi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2012 05:15 PM | Show all posts
Suara garau


Oleh MFT


Budianto menolak warung soto bergeraknya. Agak capek kerana dari siang berjualan. Namun beginilah nasib rakyat biasa, kalau tidak kerja keras maka perut pun keras dimasukin angin.Esok lusa keras dalam kuburan.

Budianto menolak warung soto bergeraknya.Melalui jalan panjang dengan deretan lampu jalanan yang kekuning lemah.

Budianto menolak warung soto bergeraknya.Baru suku jalan panjang dilalui.

'Mas, jual apa ya?' tiba tiba suara perempuan dibelakang Budianto.

Budianto menolak sedikit laju warung soto bergeraknya.Gila apa sih ini?Masakan ada cewek ditengah tengah jalan malam malam begini?

'Mas, berhenti kok Mas.Saya mau nanya(tanya) ni..' lagi lagi suara itu.

Budianto terasa warung soto bergeraknya berat tiba tiba.Jantung terasa mahu meletup.Darah naik dari hujung kaku ke hujung kepala.

'Berhenti iya Mas?Berhenti. Adik mau nanya ni.' lembut lembut. Namun ini tengah malam, suara lembutan begitu pun kalau sih dengar malam malam seorang seorang pasti pikirin itu bukan manusia?

'Sundel bolong kah?Kuntilanak kah?Setan Budeg (bisu tuli) kah?Kalau setan budeg kok bisa bicara manggil manggil orang?' bermonolog Budiman dalam hati tikus beliau.

Jadi apa ia?

Aduhh.Warung sotonya tidak bisa bergerak nih.Sehabis nyawa ditolak masih saja tidak bergerak. Umpama melekat terus dengan tanah.

'Mas jual apa ya?Saya kok lapar ni.Malam malam begini sih lapar, mujur Mas lalu disini....' suara semakin dekat dibelakang Budianto. Kalau dipusing belakang, pasti muka terus bertemu muka.

'Jual apa Mas?' garau tiba tiba suara perempuan tadi. Garau segarau garaunya. Kasar.

'So so so so to.....' jawab Budianto tanpa terasa mahu melihat kebelakang.

'Bilang aja jual soto.Beri saya semangkuk' suara perempuan tadi. Masih aja garau.
















'Lah kok banci (pondan) yang panggil gue tadi?Gue pikiran setan Sundel Bolong tadi manggil manggilin gue!!!' kata Budianto mengakhiri cerita ini




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-8-2012 09:05 PM | Show all posts
Pisssss


'Waduhhh. Kok tak tidur lagi mereka nih' gumam Yuli Yonto melihat rakan rakan kerjanya masih asyik banget menonton DVD. Padahal esok kerja. Sudah jam 3 pagi lebih. Pekerja pekerja Indonesia mereka semua ini. Kerja buruh membuat bangunan. Yuli Yonto tidur dibiliknya yang bersebelahan benar dengan ruangan TV.

Cumanya Yuli Yonto saja yang kontraknya sedikit berlainan. Mudahnya kalau bos Yuli suruh membuat kerja itu ini, maka itu ini lah dibuat Yuli Yonto. Yang lain dibawah kontrak orang lain, namun masih saja dalam lingkungan syarikat syarikat yang membina tapak kerja mereka sekarang di Bandar Baru Pontian.

'Kamu terjaga ya? Sugir perlahankan suara TV tuh. Yuli sampai jaga ni.' kata seorang pekerja buruh lain yang dianggap ketua tak rasmi mereka di rumah kongsi tapak bina. Seperti yang kita tahu pekerja Indonesia akan membina sendiri rumah kongsi mereka bersebelahan tapak kerja mereka. Mudah untuk pelbagai urusan. Mudah juga untuk berhibur sesama mereka.

'Ngak pa pa. Aku mau kencing aja nih'  berlalu Yuli keluar dari rumah kongsi.

'Kencingnya jangan didepan pintu sih. Hasemmmmmm (hancing) baunya.' kata lagi yang lain sambil menutup hidung.

'Iyalah.Aku kencing jauh sedikit nih' berlari lari anak Yuli Yonto. Pundi mahu pecah rasanya.

'Hati hati ama hantu Li. Kih kih kih' lawak seram yang lain memerhatikan Yuli didalam kegelapan malam di luar rumah kongsi.










YESUS KRISTUS!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! SETAN!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



Jeritan Yuli Yonto.


'Aduh, kok baru disebut sudah kena. Eh pergi tengok yuk. Ayuh!!' kata pekerja yang dianggap ketua tak rasmi tadi,

'Serammmmm nih. Kita nanti aja didalam.' bantah seorang yang lain.

'Bagaimana kalau Yuli dicekik hantu tuh? Masa kita diam aja disini?' marah pekerja dianggap ketua tak rasmi tadi.

'Kalau mahu iya pergi sendiri' sambung seorang lain. Disambut anggukan yang lain dan terus menonton DVD  lain lainnya.

'Kok begitu 5 menit kita tunggu dulu' kata pekerja dianggap ketua tadi.


Terlupa terus mereka semua yang didalam rumah kongsi tadi kemudiannya. Seronok menonton cerita Indiana Jones.


Esok Yuli Yonto demam. Begitu pun mulutnya becok memarahi teman temannya. Masa tegar tidak membantu rakan sendiri?

'Lu semua memang ngak berguna.Gua disakat hantu tadi malam pun tiada seorang menjengah. Gua sampai pingsan tuh.' dan pelbagai lagi bebelan Yuli Yonto.

Beberapa ketika kemudian diketahui tatkala Yuli Yonto membuang air ditengah kegelapan malam lebih kurang 30 meter dari rumah kongsi,  ditengah tengah tanah tambak seluas lebih kurang stadium bola, kelihatan kejauhan 3 susuk yang berupa tubuh manusia dari kepala sampai pinggang separuh terbenam didalam tanah.

Berlumba lumba mendekati Yuli.


p/s-Yuli Yonto beragama Kristen.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-8-2012 09:06 PM | Show all posts
Bukan cerita hantu

1-Pulang daripada terawih di Masjid Kiyai Haji Jabar aka Masjid Rambah, saya, Ayah dan orang sekampung- Haji Bukhari berbual bual.

2-Ayah bertanya Haji Bukhari akan pendapat beliau pada satu malam tatkala saya dan Ayah pulang berterawih pada malam malam sebelumnya.

3-Ayah terdengar suara orang ramai berselawat Nabi. Bermula diatas jalan melepasi masjid hingga ke tanah kurnia (yang biasa melalui jalan Pontian ke Kukup mungkin tahu) hingga ke depan kedai Tahir Corner.

4-Kemudian bersambung dengar lagi hingga ke jalan tambak menuju laut sebelum sampai ke simpang taman perumahan. Haji Bukhari hanya mendengar.

5-Selepas menghantar Haji Bukhari pulang, saya pula membuka 1 cerita pada Ayah. Pada tengah hari Jumaat, biasanya saya akan mengambil Ayah di pejabat Majlis Daerah Pontian menuju ke Masjid Jamek.

6-Kejadian pada minggu lepas. Jadi usai solat, saya dan Ayah yang baru memasuki van kami, telah disapa seorang lelaki tua. Kelihatan agak berumur dengan anak anak jambang putih. Tidak pula berkedut seribu. Kiranya agak awet 'belia' sedikit. Meminta hantar ke Tabung Haji ditengah Bandar Pontian lama, mengadap sedikit bangunan Majlis Daerah Pontian. Baiklah, kebetulan kami lalu berhampiran tempat dipinta.

7-Didalam van Ayah melayan lelaki tua tadi berbual. Bersara PDRM pada tahun 1986, tinggal di Benut dan namanya Haji Abdullah. Saya menghantar Ayah ke pejabat Majlis dahulu sebelum berpusing menghantar Haji Abdullah ke Tabung Haji.

8-Menghampiri Tabung Haji, Haji Abdullah meminta saya turunkan beliau hampir 30 meter dari bangunan Tabung Haji. Tepat lagi berhampiran jejambat pejalan kaki. Saya sedikit pelik kerana awal tadi meminta dihantar ke Tabung Haji. Dan kami memang sedang berada didepan bangunan Tabung Haji pada waktu beliau meminta saya agar diturunkan berhampiran jejantas.

9-Sebelum turun beliau bertanya nama saya. Dan selepas bersalaman dan membuka pintu sliding van, beliau berkata- 'Orang buat baik Allah SWT akan balas'. Sebelum beliau menutup pintu van saya meminta beliau berhati hati berjalan sebelum memasukkan gear satu dan bergerak.

10-Saya pandang melalui cermin pandang belakang dan Haji Abdullah berjalan menuju ke bangunan Tabung Haji (!!). Kali kedua saya lihat cermin masih nampak Haji Abdullah berjalan lagi. Kali ke tiga tiada sudah.

11-Beberapa ketika kemudian saya terfikir bagaimana beliau yang mengaku matanya tidak begitu baik boleh berjalan seorang diri di tengah bandar? Mana anak anak atau keluarga atau kenalan beliau sedang waktu bercerita tadi beliau banyak berpindah randah, kerana bekerja, hingga katanya sampai ke Kedah?

12-Dan pada waktu di masjid tadi beliau meraba raba bahagian van sebelah kanan mencari pintu. Anda tengok van Nissan Vanette pintunya sebelah kiri. Maksudnya penglihatan beliau memang tidak begitu baik. Beliau mengatakan matanya bermasalah kerana kataraks (selaput). Jadi bagaimana beliau boleh berani berjalan seorang diri ditengah bandar?

13-Pada sesetengah orang ini perkara biasa. Pada saya ini petanda untuk berfikir.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-8-2012 09:06 PM | Show all posts
Parking

One fine night and the author just reached our neighborhood.

There is one abandoned house (terrace unit) that is being use for parking lot by our family. The former occupant left the house due to legislative matters.

So there the author went to park our  Nissan Vanette along with rarely use Proton Wira. Once a time the author will take the Wira for a ride. Kinda too lowered the Wira's suspension for the author's standard plus it give quite a problem to get outside once the author was inside after a ride. Err got it? Like falling into a ravine and get up back. No offense for Proton whatsoever.

As the Vanette already was in the porch, the author take a peek inside of the abandoned house. Straight to the the living room.

Dark beneath behind the black brown glass of the sliding door of the house, with the help of light from Vanette, the author can feel something is staring watching in static position inside.

To be honest, the author just ignore anything if there is really something inside. Tho yes when the feeling occurred the author got no enough guts to look forward inside the house. If the author was 10 or 9 years younger then it might be a different story here.

It is better to watch beautiful human faces than not so beautiful inhuman faces right? Now you got it.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-8-2012 09:07 PM | Show all posts
Cong ceng cong ceng

'Cong ceng cong ceng' kedengaran daripada TV. Siaran Singapura.

'Cong ceng cong ceng' kedengaran daripada pelanggan pelanggan kedai makan milik Ah Jing. Botol botol arak bersusun tidak kemas diatas meja meja. Dah macam air jarang.

'Cong ceng cong ceng' sesama mereka didalam kedai. Malam semakin larut namun masih ramai lagi pelanggan.

Ah Tat pembantu dikedai sibuk mengambil dan menghantar pesanan. Kelihatan didepan kedai seorang Apek melihat lihat makanan dalam 'display' (apa terjemahannya?)

'Ah Tat aaa cong ceng cong ceng (pergi tengok apa itu pelanggan mahu)' keluar arahan Ah Jing yang sibuk bermain Digimon milik anak saudaranya.

'Cong ceng cong ceng(sikijap aaa)' laung Ah Tat pada Apek tadi. Selesai menghantar makanan terus Ah Tat melayan Apek tadi.

'Cong ceng cong ceng (apa mahu makan?Sini makan ka bungkus balik?)?' tanya Ah Tat mesra.

'Cong ceng cong ceng (bungkus mi)' balas Apek tadi.




'AIYAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!!!!!!!!!' jerit Ah Tat.

Seluruh isi kedai bergegas mendapatkan Ah Tat yang pengsan didepan kedai. Tiada sudah Apek tadi.




p/s-Bila sedar Ah Tat kata sewaktu menghulurkan bungkusan mi, didapati Apek tiada berkaki. Terapung apung.

p/s/s-Sepupu penulis, Jo Beng, yang menceritakan hal ini. Menurut Jo Beng kejadian diatas berlaku tidak lama selepas sekeluarga Cina berkereta melintas rel dirempuh keretapi di Segamat Johor dulu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-8-2012 09:07 PM | Show all posts
Gagap

'Ttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt'

'Bbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbb'

'Pppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppp'

'Ghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh'

'Kau dah kenapa?' tanya dan marah sedikit Atan. Mereka berdua pengawal keselamatan bengkel alat ganti kenderaan Cina dan berhampiran perusahaan reban ayam Cina dikawasan Parit Kasim.

'Pppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppp'

'Ghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh'

'Bbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbb'

'Woi!!! Kenapa?'

'Pocong!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!'

Sampai ke pagi mereka berdua membaca Yasin.

Kejadian 2 tahun lepas.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-8-2012 09:08 PM | Show all posts
Van

'Mana charger telefon Emak?Kau bawa tadi?' tanya Emak pada saya didalam bilik rumah kampung.Rumah Arwah Atuk (Al Fatihah).

'Ada.Dalam van lah tu.'jawab penulis yang sedikit kepenatan malam itu.Baru selesai Isyak.

'Tolong ambilkan'arah Emak.

Penulis pun keluar, menuju ke van.Buka sliding door van Vannete dan ambil charger. Tutup sliding door.

Kurang seminit penulis sudah berada didalam rumah, orang orang tua keluarga penulis termasuk Emak Ayah terdengar pintu van ditutup buat kali kedua.

Penulis terfikir mungkin mereka tersalah dengar dengan waktu penulis keluar mengambil charger tadi.Dibidas mereka kerana mereka melihat penulis keluar dan masuk ke dalam rumah tadi.

Oleh kerana risau mungkin ada pencuri yang membuka tutup pintu van tanpa disedari kami sekeluarga, penulis mengambil batu sebiji dan keluar melihat lihat luar dalam van.

Tiada sesiapa. Penulis kurang berpuas hati dan bertanya lagi pada keluarga, memang mereka benar benar terdengar tadi bunyi pintu van ditutup.

Siapa?Wallahualam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-8-2012 09:08 PM | Show all posts
Pelbagai

1-Pak An baru pulang dari tempat kerja. Memasuki perkarangan rumah dikampung. Lampu kenderaan tersuluh susuk seorang lelaki. Tegap sasa. Mungkin jiran sebelah (?) fikir Pak An.

Lelaki tadi menuju ke belakang rumah. Menuju kebun getah.

'Siapa tu?' tanya Pak An. Curiosity kill the cat.

Kerana tidak berjawab panggilan Pak An, maka mengejar Pak An ke kebun getah.


Hampir dekat, dilihat seluruh badan lelaki tadi berbulu tebal.



2-Suatu malam yang lain, Pak An menunggang motor. Melalui jalan bersebelahan kubur Cina. Seperti biasa, motor terasa berat tiba tiba.

Pak An meneruskan sedikit perjalanan sebelum berhenti berasap nikotin. Habis sebatang, hidupkan motor. Tidak pula terasa berat lagi.



3-Busu dan Pok Teh baru pulang dari Pekan Tangkak suatu malam menjelang pagi. Berdua pulang ke kampung. Ditengah jalan kelihatan seorang nenek bertongkat berjalan.

Pok Teh mahu menegur nenek bertongkat namun berdehem Busu menghalang.

Sampai dirumah Busu mengatakan logik tak logik tengah tengah malam buta perempuan tua berjalan bertongkat berseorangan?




4-Di Batu Pahat, sebuah cerita. Pesakit kencing manis nan seorang terpaksa diamputasi kakinya. Usai operasi kaki dibawa pulang untuk ditanam waris.

Malamnya kaki balik ke rumah. Berjalan diatas alang.



5-Seorang anak muda menunggang motor suatu malam. Bertembung sebuah Pajero. Mujur masih hidup biarpun kaki putus.

2 minggu kemudian kaki ditemui di Thailand. Diatas sebuah lori barang. Rupanya masa kemalangan kaki yang terputus terpelanting ke atas lori. Dijumpai cuma waktu pemandu berkemas kemas.


6- Di Indonesia, seorang pencuri barang dari kubur baru siap menggali semula sebuah kubur lama. Disapu sapu tanah dikawasan lahad. Jasad si mati tiada sudah. Hancur berdebu puluhan tahun dulu.

Ketemu gigi emas sebatang. Tersenyum pencuri.

'Pulangkan!!!!!!!! Pulangkan!!!!!!!!!!!'

Jeritan tiba tiba di udara.  Terbang susuk putih menjerit jerit mengilai.


7-Di Indonesia lagi, seorang jurnalis berkunjung ke sebuah kawasan pedalaman yang dihuni satu suku kaum.

Melihat lihat kawasan perkuburan unik, yang mana mayat tidak ditanam. Cuma diletak dibawah binaan atap dedaun. Tidak berbau busuk malahan wangi semerbak.

Jurnalis entah kenapa, mengemas ngemas tulang tulang yang bersepahan. Ketemu cincin emas. Dibiarkan saja.

Pulang ke hotel kesampukan pula.


8-Kembali ke Malaysia kita. Sebuah keluarga baru kematian ahli. Seorang tua. Dalam esak tangis itu, tiba tiba naik ke atas rumah sekumpulan 'makhluk' Allah. Membacakan Yasin untuk  yang meninggal.

Keluarga tergamam kaku tidak dapat bergerak. Habis bacaan Yasin, kumpulan tadi turun dan hilang. Barulah keluarga si mati dapat bergerak semula.


9- Pak Andak dan keluarga tinggal di Felda Lok Heng. Dibelakang rumah ada kawasan sedikit berbukit kecil.

Pak Andak membuat reban ayam diatas bukit kecil. Mengemas ngemas Pak Andak suatu hari. Mencangkul cangkul.

Malamnya bermimpi. Datang 'penghuni' bukit kecil. Menegur Pak Andak. Tanyanya sampai hati terbalikkan rumah 'penghuni' bukit kecil tadi.

Pak Andak terjaga dan teringat satu busut diatas bukit kecil tadi. Disitu juga Pak Andak mencangkul cangkul sedikit. Dalam mimpi tadi Pak Andak juga terlihat sebuah kereta hitam. Mungkin milik 'penghuni' tadi.


10-Satu cerita lama, tahun 60 an 70 an dahulu. Atuk (meninggal tahun 2010, Al Fatihah) pulang dari Bandar Pontian. Berbasikal melalui jalan tanah merah muat seorang pulang ke rumah.

Mengayuh ngayuh terasa basikal ditarik sesuatu dari belakang. Umpama mengayuh atas angin.

Atuk berkayuh sedikit laju kerana faham sedang disakat.

Hahahahahaha

Haaaahahahahaha

Hahhahahahahaha

Terdengar tawa ramai tiba tiba. Tidak pula kelihatan sesiapa.

Atuk kemudian mengatakan begini- 'Kalau dah tahu aku nak lalu sini, kenapa tak ketepi?'
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-8-2012 09:09 PM | Show all posts
Sosok

Kita bila mendengar satu satu lagu, kebanyakkan kita jarang mengambil kira proses produksi sesebuah lagu. Yang kita mahu tahu sedap atau tidak saja lagunya, betul?

Di barat, mereka mereka yang bergelar artis pemuzik ini kadangkala bosan dengan 'approach' pembikinan album di studio. Makanya mereka cuba cuba merakam diluar studio. Seperti dalam bilik hotel, tandas, kawasan tangga dan lain lain. Contoh paling popular ialah sesi rakaman Deep Purple (rujuk lagu Smoke on the water), Led Zeppelin (album IV tak silap), dan di Malaysia Awie sendiri pernah berbuat 'approach' yang sama untuk album Santai (pada penulis lagu Iris banyak menyimpan kenangan manis yang hilang selamanya).

Jadi anda kenal band Papa Roach? Ada satu lagu mereka yang dikatakan rip off Iron Maiden. Penulis tak berapa minat sangat band dengan celak, tatu dan baju hitam yang waktu itu zaman dikatakan waktu nu metal. Setakat Korn masih boleh lagi. Ol skool Korn sedap.

Jadi berbalik semula, band Papa Roach sebelum ini juga pernah mencuba 'approach' rakaman diluar studio. Mereka menyewa sebuah rumah. Dan oleh kerana gembira dengan hasil rakaman album sebelumnya, mereka sekali lagi membuat keputusan yang sama merakam cara yang sama untuk album terbaru mereka.

Cumanya tatkala mereka memasuki rumah yang disewa buat kali kedua itu, dapat dirasakan kelainan tiba tiba. Semua ahli band termasuk krew dapat merasakan kepelikkan rumah itu. 'Vibe' pada rakaman sebelumnya tidak sama dengan sesi baru mereka ini.

Suatu malam, pemain gitar mereka (tak silap ingatan pendek penulis) membuka sebuah pintu.

Untuk pengetahuan, pada sesi rakaman lama mereka, tidak ada dinding dan pintu yang dibuka pemain gitar tadi. Seolah olah dinding dan pintu itu baru dibuat. Susun letaknya merentang sebuah kawasan dewan (tidaklah seluas dewan perhimpunan sekolah).

Jadi bila ada dinding yang dibina merentangi dewan itu, maka pemain gitar ini terasa mahu tahu. Dan dipulas tombol pintu dan ditolak daun pintu ke dalam..........


'What can I help you?' sapa suatu suara dalam gelap. Tanpa kelihatan sesiapa, selain kegelapan dikawasan ruangan pintu dibuka.

Pemain gitar tidaklah pengsan. Cuma rasanya mereka tidak akan merakam buat kali ketiga dirumah yang sama lagi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-8-2012 09:10 PM | Show all posts
Di kampung Metallica Maju

Suasana petang itu sayup sayup. Kelihatan 7 ke 8 buah kereta parkir berhampiran tepi jalan kawasan kubur Islam kariah Kampung Metallica Maju.

Kak Chik memberhentikan keretanya ditiang lampu nombor 78. Melihat lihat ke dalam kawasan perkuburan. Jenazah masih dalam perjalanan daripada rumah ke kubur. Kak Chik berniat ziarah dan sama sama mengambil pelajaran daripada kematian orang sekampungnya ini. Tidaklah begitu rapat namun tidak juga langsung tidak kenal.

Kak Chik mengambil keputusan menanti saja dalam kereta. Hampir 5 minit kemudian van jenazah sampai. Diiringi beberapa kereta dan motorsikal penduduk.

Keranda diturunkan dan terus dibawa ke kubur siap digali. Tok Imam turut sama membantu apa patut.

Kak Chik pun keluar daripada kereta, menuju rapat ke kawasan kubur. Menyertai kaum perempuan.

Jenazah diturunkan perlahan.

Kak Chik terasa seseorang melihatnya disebelah. Ditoleh.

'Ya Allah' terasa mahu pengsan disitu saja. Namun ditahan sambil berpeluh peluh ketakutan.

Usai saja pengkebumian dan bacaan apa patut serta doa dibaca, Kak Chik terus memecut balik.

Demam.

Bila ditanya kenapa, dijawab resah Kak Chik yang melihatnya dikubur tadi ialah yang meninggal tadi. Dalam perkumpulan orang orang yang menziarah.

Siapa? Qarin barangkali.

Wallahualam.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:19 AM GMT+8 , Processed in 0.087418 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list