CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: gitarmahogani

Koleksi Cerita Hantu Pelbagai (updated)

  [Copy link]
 Author| Post time 25-8-2012 09:11 PM | Show all posts
Lais's stoly

Penulis mempunyai seorang adik sepupu favorite. Beza umur 5 tahun agaknya.

Beliau ini tahan lasak, kepala ligat dan agak 'slick' karakter. Kami panggil beliau Bella (Raisabella)atau Lais sempena nama beliau Mohd Rais. Lais? Beliau agak tidak handal menyebut huruf 'r' zaman kanak kanaknya dulu. Melekat terus nama Lais tadi.

Mak Usu a.k.a Emak Lais selalu terasa nak gugur jantung kerana Lais Bella ini.

Makanya suatu masa penulis bercuti di rumah Mak Usu di Kampung Jawa, Segamat. Cuti sekolah sebulan.

Suatu masa petang menghampiri senja dalam renyai hujan yang lebat sebelumnya.

Penulis dan Jo Beng (abang Lais) duduk diruang tamu. Melihat TV, membelek suratkhabar lama, membaca komik Pendekar Laut Pendekar Sakti dan melayan kucing kucing belaan keluarga Mak Usu.

Lais Bella pulang. Agak kuyup. Kami yang pangkat abang abang ini melihat saja. Kerana selain sudah kebiasaan mengenangkan perangai Lais ini tadi (yang biasa merayap ke hulu ke hilir di serata Kampung Jawa), kami juga menjangkakan Lais ini balik tukar baju basah saja. Dalam kurang 10 minit mesti lesap sekali lagi.

'Tadi kawan Lais kena kacau hantu.' terang Lais tanpa diminta.

Penulis mendengar saja tatkala Jo Beng mengatakan-'Elehhh...'

'Betul aaa. Kawan orang kena kacau hantu. Kitorang berteduh kat rumah kosong lorong @@@@@@. Tiba tiba ada kawan kena tepuk dari belakang. Tengok tengok tak ada siapa kat belakang' pertahan Lais.

'Elehhhh, kawan kawan kau lah tu menyakat' acuh tak acuh Jo Beng pada cakap adiknya itu.

'Eh tak adalah, Lais, Imi dengan Napi aja. Yang kena tu Imi. Kawan kawan lain duduk kat luar rumah. Kitorang aja kat dalam rumah kosong tu. Lari terus keluar.' jelas lagi Lais.

Lais lesap lagi kemudian.

Malam itu penulis mengikuti Jo Beng keluar. Lepak lepak dalam taman perumahan keluarga Mak Usu.

Budak budak taman kecoh dengan cerita yang sama diceritakan Lais tadi.

Penulis dan Jo Beng mendengar saja. Siap ada kata dengar suara mengilai ngilai. Memanggil manggil budak budak yang berteduh tadi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-8-2012 09:12 PM | Show all posts
Asrama

Cerita ringkas saja.

Kehidupan diasrama walaupun disediakan katil, almari, bilik air tandas, kemudahan, dewan makan dan lain lain tidak sama dengan dirumah.

Penulis sendiri pernah beberapa kali menginap diasrama. Ada yang berprestij kerana taraf institusi ada juga yang rosak kerana tradisi. Begitupun setiap asrama pastinya ada cerita seram. Ia begitu klise hingga ada yang enggan menginap diasrama kerana dihantui ketakutan. Pendapat penulis ialah cuba duduk dulu.

Jadi cerita ini ialah sebuah cerita lama. Diceritakan seorang abang sepupu Penulis. Kita panggil beliau Bang I (Ai). Penulis tidak ingat asrama sekolah mana yang pernah dihuni Bang I ini, tapi yang pasti di negeri Johor, berhampiran ibu negeri.

Antara pengalaman diceritakan Bang I ini ialah budaya samseng diasrama. Bagaimanapun sebagai seorang yang pernah belajar silat dan kelahiran kampung, Bang I cuma mengatakan kepada para samseng samseng itu begini- 'Kalau nak pukul, pukul sampai mati. Kalau aku hidup, aku cari kau sampai dapat'. Para samseng yang cuma berani bila ramai ramai, terus membatalkan niat mereka.

Tambahan lagi, seorang kawan penulis berbangsa India Muslim juga menjadi mangsa perkauman sewaktu PLKN dulu. Yang nak memukulnya pun kawan kawan satu kompeni PLKN sendiri juga. Namun dijawab tenang kawan India Muslim tadi dengan kata kata 'Kau nak pukul aku? Satu hari kau datang tempat aku nanti, jangan mimpi nak keluar'. Terus dibatalkan sesi pukul memukul. Penulis lost contact terus dengan kawan India Muslim ini tadi seusai PLKN kami di Kem Legenda Gunung Ledang dan UIAM Gombak (2004/Panggilan II/Kompeni Charlie).

Jadi berbalik pada cerita Bang I tadi.

Mereka semua seusai sesi prep dan makan tengah malam, pastinya akan meluangkan masa sejam dua sebelum tidur untuk berbual bersama kawan kawan atau membuat aktiviti aktiviti pelbagai.

Bang I sebelum tidur masih terasa lapar lagi. Waktu makan tengah malam tadi sudah mengunyah biskut. Namun perut mahukan sesuatu yang lebih berat lagi. Maka dibuka almari dan dibancuh dengan air termos panas paket 3 dalam 1 beberapa keping. Sehingga berkeadaan separa pepejal dan cair. Bolehlah buat alas perut. Bukan senang dan adalah 1 cabaran pula kalau nak panjat pagar keluar untuk membeli pizza diluar asrama. Yang penting apa ada depan mata, sapu....

Perut yang kenyang adalah resepi terbaik meletihkan kelopak mata. Maka tertidurlah Bang I kemudian.

Dalam beberapa jam kemudian. Bang I terjaga daripada tidurnya. Pundinya terasa mahu membuang.

Dalam keadaan terpisat pisat antara mahu ke tandas dan menyambung tidur, lebih kuat perasaan tidur itu. Tapi pundinya pula terasa pedih pedih. Beliau duduk diatas katil sambil kaki menjulur ditepi.

Terasa pergelangan kedua dua kaki dipegang sesuatu. Di intai ke bawah, sepasang tangan hitam memegang kemas sendi kaki.

Bang I membiarkan saja. Tangan hitam itu kemudian hilang sendiri.



p/s-Penulis percaya yang Bang I ini memang berani orangnya. Sewaktu dikampung beliau selamba saja keluar rumah tengah tengah malam berseorangan dan banyak lagi kerja gila gila dilakukan beliau dulu. Sekarang Bang I bahagia bersama keluarga beliau di daerah kami.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2013 05:12 PM | Show all posts
askum,
hai i'm your no one fan wink2 hahah..i really like the way u tell your story n how it was so simple for the person like me that my bm was so bad..wish can read your new story coz i already read all of it huhuhu so sad it end so soon huhu..
wish u all the best..i really envy with your experiance...but i don't want to see them..
all the best 4 u n wishh with all the bless..
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2013 04:38 PM | Show all posts
gitarmahogani posted on 25-8-2012 09:12 PM
Asrama

Cerita ringkas saja.

bang i tu berani ye??? dah macam kawan aku masa duduk hostel dah.. selamberrr je tampar budak kena histeria. dia jalan dekat orang kena histeria tu tiba2 tampar budak tu. ustaz yang berubat pn terkejut. ingt ada benda lain masok dalam bdn kawan aku. kawan aku pulak ckp mcm ni "ko ni bila nk keluar??bising tau x???aku dgn banyak kerja lagi nk knea buat, tak pasal2 kena turun sini jaga kau" dia marah benda merasok tu sambil mencekak pinggang ala2 siput sarawak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-3-2013 11:38 PM | Show all posts
Tu

Oleh MFT

'Adalah beberapa kali. Paling last dalam beberapa minggu lepas' cerita Nizam, penjual pelbagai menu nasi diuniversiti tempat penulis belajar.

Beliau dan isteri setup berjualan dibawah kawasan khemah yang disediakan pengurusan kolej kediaman. Bila penulis buka tingkap bilik hostel akan ternampaklah kawasan khemah tadi. Laung saja kalau nak makan minum apa apa, nanti datang ambil dan bayar.

'Masa tu jam dah dekat 11 setengah. Biasa engkau pun tahu student Pak Arab biasanya ramai lagi waktu waktu macam tu. Cuma malam tu aje sorang pun takde.' sambung Nizam lagi sambil menekan remote control TV. Kami berbual dibawah khemah sambil penulis menunggu dibungkus pesanan penulis- nasi hujan panas nasi lebih sambal lebih dan teh beng.

'Aku pun ingat nak baliklah. Kalau takde orang nak tunggu pun tak berbaloi. Time tu nasi ada lagilah balance untuk 3 ke 4 orang lagi Biasa ada balance tu buat sarapanlah esok, lepas panaskan.Tapi tiba tiba ada sorang budak Cina datang. Aku tengah berkemas sikit sikit jadi biarlah dia tengok apa lagi makanan tinggal kat depan tu.'

'Semua ni bungkus- kata budak Cina tu. Aku tak rasa apa apa time tu jadi aku bungkuslah. Tak salah aku 4 bungkus sekali. Ada lebih ayam goreng, timun tu aku bagi ajalah' tambah lagi Nizam.

'Dia bagi aku RM20, aku nak bagi balance dia terus jalan. Aku panggil dia tak dengar dengar. Kau tahu mana arah dia tuju?' tanya Nizam.

'Tu' diunjuk muncung pada sebatang pokok besar diseberang jalan.

'Hilang masuk dalam pokok' akhir cerita Nizam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-3-2013 11:38 PM | Show all posts
Cerita

Oleh MFT

'Cerita menarik? Haha. Ada tu memang ada. Tapi banyak juga dah lupa. Umur bukan muda pun. Hahaha!!' gelak Haji Nordin, tatkala ditemui.

Berusia 95 tahun mengikut kad pengenalan. Biasanya orang orang lama membuat kad pengenalan bilamana mereka sudah berumah tangga untuk memudahkan persekolahan anak anak atau bila cuma mahu berurusan dengan kerajaan kolonial dahulu seperti meminta senapang untuk menjaga kebun.

'Nak cerita macam mana? Kalau saya mungkin tak banyak cerita menarik. Tapi kalau yang orang orang saya kenal ada juga dengar macam macam.....Fuhhhh' sambil menghembus asap rokok gulung.

'Dulu ada seorang kawan saya, arwah dah. Lama. Sebelum PAS keluar UMNO dulu. Berilmu batin jugalah orangnya. Dia kerja drebar Tuan D.O di @#$#@!@!@!@#.' sambung beliau lagi.

'Orang kita dulu memang kerja sepenuh hati. Sebab zaman dulu bukan senang nak dapat kerja diluar kampung sendiri. Kalau ada otak sikit jadi cikgu sekolah, kalau macam kami yang membaca pun gagap, apa pilihan ada? Kerjalah macam macam. Tapi dulu hidup agak senang sikit. Duit dulu nilai tak besar tapi barang harga tak mahal macam sekarang. Hahaha......Fuhhhhhhhh' menghembus asap lagi.

'Jadi kawan saya tu kerja memang baiklah. Tapi tahulah Mat Salleh ni. Rasa tuan tu mesti ada. Nak nak orang Melayu dulu cuma dianggap kuli aja. Mat Salleh jajah kita, takkan nak samakan kita Melayu dengan bangsa dia sendiri. Nak nak Mat Salleh tu kafir. Nama ja orang panggil Mat Salleh. Hahaha.....Fuhhhhh'

'Jadi suatu masa tu kawan tadi tersinggunglah dengan tuan Mat Salleh dia tadi. Tak silap pasal parking kereta tak betul betul masuk kotak (lot) dia. Alahhh senget sikit aja pun. Orang dah kerja lama dengan dia pun nak berkira benda remeh temeh tu. Mat Salleh tu pun selalu panggil kawan saya tadi kerja tengah tengah malam, kawan tadi tak merungut pun. Kira tak adillah.....' semakin rancak bercerita.

'Kebetulan ada tetamu pada tuan Mat Salleh tadi. Tumpang sekaki marah kawan tadi. Hahaha. Memang patutlah kawan tadi naik marah. Mat Salleh ni pun bodoh juga.'

'Sebulan lepas tu Mat Salleh tu pindah' semakin menghampiri klimaks cerita.

'Mat Salleh tu pindah, sebab malu. Malu bila orang kecoh isteri dia tidur dengan kawan saya tadi. Yang selama ni dianggap kuli. Hahahahahaha. Macam mana dia buat saya tak tahu. Hahahaha.'

'Mungkin nakallah. Tapi padan muka Mat Salleh tu'

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 9-3-2013 11:39 PM | Show all posts
@#@#$$#@$

Oleh MFT

Abdus Salahi Lakuma Mbogo berjalan pulang berseorangan suatu malam. Daripada fakulti beliau ditengah tengah UTM hingga berhampiran Taman Seri Pulai. Lebih 3 kilometer mungkin jarak berjalan. Berbukit bukit. Beliau baru pulang daripada lab.

Sambil sambil berjalan bermacam perkara menjelma dalam ingatan. Tesis, kajian, keluarga di Nigeria, duit biasiswa, cabaran dan bantal. Tangan mengenggam Iphone 4.

'Gluk gluk kuk wa aka beto' gumam beliau.

'Hug bo ja ga be ge be' gumam beliau lagi.

'De ka waghi bli yo sebe ndio!' tambah lagi gumaman beliau.

Menyanyi rupanya beliau ini. Patutlah kita tidak faham sepatah.

Beliau menyanyi nyanyi lagi sambil berjalan. Rumah sewa nun ditaman bersebelahan yang tidak pula penulis tahu nama perumahan.

'Waghli waghli patuma jruka bedzio bedzio' nyanyi lagi beliau.

'AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAGGGHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!!!!!!' jerit tiba tiba Abdus Salahi.

'@#@#$$^$%$#@^!@!@^!!!!!!!' tidaklah tahu apa dijeritkan beliau.


.................................................................................................................................

'Cik Kiah, masalah juga ye bila ada orang luar datang tempat kita? Malam malam menjerit jerit cakap entah apa. Malam tadi entah siapa menjerit jerit. Saya keluar menjenguk nampak orang Negro berlari lari tak cukup tanah. Macam dikejar hantu.' (kedengaran perbualan jiran sebelah menyebelah rumah. Pagi esoknya)

'Iya ke Cik Titi Rara? Ishh isshhh'  balas jiran.


p/s- Abdus Salahi demam seminggu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-3-2013 11:40 PM | Show all posts
naniez99 posted on 15-1-2013 05:12 PM
askum,
hai i'm your no one fan wink2 hahah..i really like the way u tell your story n how it was so ...

The best I can reply is thank you thank you (narrating Elvis's voice)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-4-2013 07:51 PM | Show all posts
Heh

Penulis dan Ayah penulis dalam masa beberapa minggu ini sering berulang alik ke kampung di Parit Kasim Pontian untuk menguruskan pembinaan rumah kucing. Siang tadinya kucing kucing telah dihantar ke kampung.

Malamnya kami datang lagi ke kampung, jam 9 setengah, sambil membawa makanan kering untuk supper kucing kucing kami. Waktu sampai kami lihat jumlah kucing telah bertambah, kepunyaan saudara sekampung yang mana kami telah berbincang untuk sama sama menguruskan kebajikan kucing kucing kami dan mereka.

Rumah kucing kami uruskan bina kemudian saudara tadi akan menguruskan makan minum dan kebersihan kucing kucing disamping kami akan memberi bekalan ikan untuk direbus gaul dengan nasi. Menu harian si kucing kucing kampung.

Jadi dalam kegelapan malam, ditemani lampu suluh 3 bateri dan pancaran lemah cahaya lampu daripada rumah saudara tadi, saya dan Ayah memberikan kucing kucing makan.

'Heh'

Saya terdengar tiba tiba heh tadi. Ditoleh ke belakang hanya kegelapan saja. Daun daun pokok bergoyang goyang ditolak angin.

Saya merenung ke arah yang saya tahu sumber bunyi tadi. Menunggu nunggu. Ayah menegur saya dan kami menyambung kembali memberi kucing kucing makan.

Saya kemudian kembali merenung ke arah sumber bunyi tadi. Gelap saja sambil angin bertiup kencang.

Hinggalah kami pulang, saya masih menunggu sumber bunyi heh tadi. Tiada apa apa.

Heh.
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2013 02:05 PM | Show all posts
fuhhh... jenuh nak baca semua...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-6-2013 09:03 AM | Show all posts
Kampung's story

Oa, sepupu penulis dengan beza umur 2 tahun. Seorang yang manja dan mudah bergurau. Jika berkumpul ramai ramai Oa lah yang akanmenjadi sasaran gurauan kami. Saat penulis menaip cerita ini, kami keluarga besar sedang berumah dirumah pusaka dan Oa sedang OTW dari Kluang ke kampung kami di Pontian. Jadi sempena berkumpul dikampung ini,cerita hantu akan mengambil tempat.

1.Oa bekerja dengan Peladang di Renggam, Menyewa rumah disana. Suatu malam Jumaat, beliau terdengar ditingkat atas terdengar orang berbual. Beberapa malam Jumaat lagi kejadian sama berlaku. Tidak lama kemudian jiran jiran bercerita, rupanya rumah sewa tersebut pernah ada orang tua mati tak ketahuan.Bila terjumpa cuma tinggal rangka. Begitupun Oa rock sahaja.

2.Suatu malam, Oa tidur dirumah pusaka keluarga kami.Berseorangan.Oa sedang melalui proses peralihan kehidupan. Belajar hidup berdikari. Hujan pula malam itu,kemudian didapur terdengar suara orang. Oa sekadar bergumam "Aku tak kacau kau, kau jangan kacau aku".

3.Along, abang Oa adaah pemancing fanatik, Memang gila gila memancing. Waktu isteri dekat nak bersalin saja beliau slow sedikit.Habis saja bersalin Along kembali aktif.

Suatu masa Along mengikuti trip ke hutan Pahang. Seperti biasa diwaktu malam, sedap memancing matanya mendongak keatas. TARAAA...Pontianak. Rambut panjang berjurai sambil kain seperti buaian ditolak angin. Along tidak panik.Sempat ditanya rakannya disebelah nampak tidak Pontianak diatas mereka. Sekadar mengangguk saja si rakan. Mengenangkan ada anak kecil dirumah, Along mengalah dan pulang keesokan hari.

4.Julo, adik sepupu penulis, suatu malam pulang ke rumah dikampung kami. Rumah beliau berhampiran rumah pusaka arwah Atuk. Mendekati kasasan tali air disimpang empat ditengah jalan, kelihatan seorang lelaki. Berduri seluruh badan.

Nakalnya Si Juli dicabar lelaki duri tadi. Minta nombor.

5.Satu masa diawal 90an, Bang Boh,cucu sulung arwah Atuk, baru pulang daripada kilang Mitsumi, orang Pontian tahu dimana. Jam 3 pagi. Jalan sama dilalui Julo dalam cerita diatas tadi, bezanya cerita Julo baru berlaku.

Jadi Bang Boh melalui jalan tadi. TARAAA.....Terkangkang hantu tinggi, kaki kiri kanan di dua belah bahu jalan. Sampai ke rumah Bang Boh bisu sekejap.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-6-2013 09:04 AM | Show all posts
02

Tahun 2002. Lokasi SMTBP.Waktu antara 6 setengah petang hingga 7 petang.

Pada waktu itu penulis masih dalam tingkatan 4 Kejuruteraan Awam 2. Spesifik masa ialah cuti akhir tahun. Penulis menunggu keluarga penulis dstang mengambil kerana isu logistik. Kawan kawan asrama telah pulang berjam jam sebelumnya.

Remang remang kuning telah mengambil tempat, penulis masih menunggu dibawah kawasan anak tangga yang berbukit menuju ke surau asrama.

Terasa tiba tiba ada seseorang turun perlahan lahan daripada kawasan atas bukit. Menuju ke tempat penulis menunggu. Perlahan saja langkahnya.

Terasa mahu menoleh kebelakang. Terfikir juga meneka neka siapa pula yang masih tidak keluar daripada asrama lagi. Penulis memang pasti penulis saja yang masih ada dalam perkarangan asrama.

Kedengaran lagi bunyi seseorang tadi.

Cantik cantik keluarga penulis sampai.  Sambil sambil memasukkan barang ke dalam kereta sambil sambil mencuri lihat siapa gerangan.

Tiada.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-6-2013 09:04 AM | Show all posts
Dalam pembinaan

'Pak, kok dulu disini ada pernah berbunuhan?' tanya seorang buruh membina jalan pada penyelia beliau. Lokasi ditempat penulis.

'Kenapa?' malas saja jawab penyelia tadi.

'Malam tadi saya mimpi seorang Cina naik basikal dengan anaknya' ditambah isi perbualan.

'Mimpi?' senyum saja penyelianya.

p/s-menurut cerita orang orang lama, satu kawasan dikampung penulis pernah dudlunya wujud kampung Cina. Dalam satu malam satu ketika, satu kampung tadi diserang Komunis. Arwah Datuk penulis yang bergegas bersama orang orang Melayu lain, bercerita waktu masuk kesebuah rumah dikampung Cina tadi, tenggelam separuh betis dalam darah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-10-2013 04:43 AM | Show all posts
Yo

Acit dan Niah selalu bermain main dibawah pokok mangga didepan rumah Bedan. Rumah sebelah menyebelah. Budak berdua ni kalau disuruh belajar mereka akan ambil buku dan  belajar, bila penulis balik mereka sambung bermain semula.

Seronok sangat bermain mereka. Tambah pula dikampung budak budak kecil dah tak ramai.

Satu hujung minggu penulis ke rumah mereka. Mak Izah, Emak Niah/Nenek si Acit, memberitahu penulis budak berdua tadi ketakutan berlari balik semalamnya.

Nu diatas dahan mangga, entah makhluk apa, kecil berwarna gelap kelabu melambai lambai tangan pada mereka berdua dibawah.

Masanya tengahari, biasalah tu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-10-2013 04:44 AM | Show all posts
Kawan memancing.

Sebelum berkahwin, Along, sepupu penulis,  gemar mengikuti trip memancing. Ada masa sampai ke Thai. Hujung minggu beliau  dipenuhi dengan aktiviti memancing. Kalau dijengah wall FB beliau, penuh berkaitan memancing dan gambar gambar hasil memancing.

Dalam satu trip ke hutan disempadan Johor Pahang, Along bersama rakan rakannya masuk jauh ke dalam hutan berjalan kaki.8 jam. 3 kali berhenti.

Kawasan dituju memang sangat sangat cantik, siap sekali dengan lata untuk mandi. Kawasan ini tidak ramai yang tahu. Maka ini menjadi lubuk yang cuma kawan kawan saja tahu. Air cantik berwarna hijau. Orang kata petanda banyak ikan mahal mahal.Iya?

Sebaik sampai mereka terus membahagikan tugas. Kesemua tersenyum riang kerana sudah terbayang hasil tangkapan. Siap.

Masa memancing kemudiannya selepas makan malam. Jam sekitar Isyak. Bersiap siap mereka.

'Wak (nama panggilan sesama kawan Along, beliau Jawa mengikut sebelah Ayahnya), esok kita balik. Esok kita balik.' kata seorang rakan beliau tiba tiba

'Ha? Kenapa? Apasal? Kan 3 hari?' soal Along antara pelik dan hairan dan bengang.

Kawannya diam saja.

'Tom, Tom' panggil Along pada seorang kawan yang lain yang berhampiran.

Kawan yang diam tadi tiba tiba terbang ke atas. Menghilang dibalik dahan dahan pokok tinggi menjulang.

Esok mereka semua balik, awal awal pagi.

P/s-ada menyamar meneyerupai sedang orang yang sebenar dok buat kerja lain dibelakang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-10-2013 04:44 AM | Show all posts
Lampu

Penulis baru pulang daripada bilik kerja difakulti. Perjalanan  pulang biasa saja. Buat yang pernah ke UTM Skudai pasti tahu kawasan sekitar masjid membawa ke gate belakang berdekatan Seri Pulai. Fakulti dan hostel penulis berjarak begitu. Kurang 10 minit dengan kenderaan 4 tayar.

Sampai ke parking lot, penulis dapat melihat bilik penulis, kerana bilik dan parking lot terletak berhadapan. Nampak kipas angin berpusing dan tuala merah penulis bersidaian di tingkap. Lampu terbuka.

Kawasan parking lot sedikit berbukit dalam 15 kaki, dan bilik penulis ditingkat 3. Saling mengadap. Senang nak jenguk malam malam.Kelihatan bilik hujung diaras penulis dihuni seorang Cina Sarawak,bilik tengah dihuni beberapa squatters, dan bilik penulis dihujung satu lagi.

Jelas kelihatan bilik penulis dari kawasan parking lot. Kemudian bergeraklah penulis naik ke bilik.

Sesampai dibilik, gelap gelita.

Terperanjat juga penulis kerana diparking lot tadi jelas nampak bilik penulis terang terbuka lampu dan kipas berpusing. Terus penulis menaip kisah ini, sambil kedengaran sebagai latar belakang bunyi entah burung apa diluar. Last edited by gitarmahogani on 20-10-2013 12:42 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2013 12:36 PM | Show all posts
gitarmahogani posted on 2-10-2013 04:44 AM
Lampu

Penulis baru pulang daripada bilik kerja difakulti. Perjalanan  pulang biasa saja. Buat ya ...

kejadian tu dalam kuaters ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2013 12:39 PM | Show all posts
Dekat kolej KTGB.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2013 01:02 AM | Show all posts
Usop Abe

Kedua dua watak ini adalah kawan sekolah teknik penulis. Terutama Usop yangnsatu dorm dengan penulis, 10 tahun lepas.

Mereka berdua mengikuti program untuk pelajar lepasan ijazah, bagi diserapkan ke dalam industri. Di UTM. Kolej 16. Satu bilik mereka berdua. Tahun 2010.

Sedap berbual bual, di tingkap terbuka luas, terdengar entah bunyi apa. Tak jelas serak kasar. Usop memandang Abe, Abe memandang Usop.

Sekarang penulis tinggal di kolej 17. 2013. Sebelah sebelah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2013 01:03 AM | Show all posts
Jefri Ahmad

Melilau mata Jefri bin Ahmad melihat kiri kanan cermin bas. Jam hampir 2 pagi. Beliau dari Somban.

Banyak perubahan kawasan menuju ke Postian, penghujung benua Asia. Beliau dah 8 tahun tak balik. Somban tempat kerja, Postian kawasan belah Emak beliau, Mokde penulis.

Jefri saja nak balik Postian. Terpanggil panggil.

Sekarang turun di bus stand, kemudian telefon Bedan, sepupu dikampung, ambil beliau. Perancangan dibuat begitulah. Telefon ingatkan.

Masalah bas bas ekspres kalau lalu Postian ni, depa jenis leceh nak turunkan orang dikawasan bus stand. Depa memilih turunkan orang di kawasan traffic light 200 meter jarak ke bus stand. Disitulah Jefri diturunkan. Seorang diri. Pemandu bas senang hati, nasib tak baik ada beg penumpang tertinggal di compartment bawah bas. Tahu, penulis dah kena.

Kawasan bandar lama telah tidur. Biasa jam 10 malam kedai dah tutup pintu.

Jefri berjalan ke bus stand. Mencari telefon awam. Samsung beliau habis bateri dalam perjalanan tadi. Balik kerja terus naik bas, tak sempat charge.

Tergamam tiba tiba Jefri, bus stand lama tidak kelihatan didepan mata. Bayangkan sebesar besar bus stand Postian, telah tidak kenampakkan lagi.

Rata. Jefri terasa panik sekejap. Apa nak buat?

'Pergi mana?' tiba tiba suara sapaan dibelakang. Ngam ngam suasana.

Seorang Apek tua kerenyut dengan Mercedes tua.

'Lu mana pigi?' ulang tanya lagi Apek Mercedes tadi.

Tin tin tin. Corolla Bedan tiba. Toyota Corolla.

'Dan, mana bus stand?' tanya Jefri tak sabar.

'Runtuh dah. Bus stand sekarang kat bandar baru. Tu. Seberang sana' juih Bedan sambil menyalakan Johns sebatang. Seberang itu dikawasan Tambak, aka Bandar Baru. Dipisahkan sungai bertemu laut.

'Patut lah. Aku terperanjat tengok rata aja bus stand tadi ni. Oh dah ada bus stand baru, yang lama dah runtuh. Jauh juga daripada kampung.' lega sedikit Jefri rasa.

Jadi mana Apek Mercedes tadi?

Jefri terjenguk jenguk.

Tiada
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 08:39 PM GMT+8 , Processed in 0.215962 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list