CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: gitarmahogani

Koleksi Cerita Hantu Pelbagai (updated)

  [Copy link]
 Author| Post time 25-3-2014 04:28 PM | Show all posts
Gobok.

Joar adalah sepupu penulis. Masih bujang dan senang bergurau. Suatu masa dulu, awal atau hampir pertengahan tahun 00, beliau belajar disebuah IPTS disebuah negeri yang dekat Penang agak jauh daripada Terengganu.

Beliau tinggal dideret atas sebuah rumah kedai yang dijadikan hostel, kerana IPTS beliau pada masa itu masih dalam pembinaan untuk kampus utama mereka. Penulis pernah lalu depan kampus baru beliau itu, luas besar dan dikelilingi lautan sawit.

Makanya suatu masa, malam, tinggal Joar seorang dihostel. Bukanlah seorang sangat, kakitangan hostel ada juga seorang dua tapi tak lah depa ada sama sekali dalam bilik Joar waktu itu.

Penulis lupa apa sebab beliau tinggal seorang saja masa itu, samada sebab cuti 2 hari saja tak berbaloi balik atau beliau segan nak minta keluarga di Segamat bank in duit maka beliau terpaksa berkampung saja dihostel. Salah satu diantara dua diatas.

Tidurlah beliau selepas memakan maggi kari selain Nestle. Suasana tidaklah seram apa apa kerana deretan kedai dibawah masih ramai lagi orang. Ada kedai mamak, ada CC, ada kedai 24 jam bukan 7E dan kedai import eksport buah buahan.

Tidur dengan lampu ditutup memudahkan fikiran fokus untuk lena. Tambah pula kipas siling dibuka penuh. Sedap tidur.

GRANNNGGG!!!!!!

Terbangun Joar kerana gobok besi berdekatan katil beliau seperti diterajang orang. Beliau seorang saja keluar masuk bilik daripada tengahari siangnya. Siapa pula?

GRANGGGGGG!!!!!

Malam itu Joar tidur dibas stesyen, menanti kaunter tiket dibuka untuk pulang ke Segamat. Malam esok dari Segamat bertolak balik semula ke IPTS. Cuti 2 hari kan?

Penulis pernah juga melakukan perkara sama waktu menuntut disebuah IPTA dinegeri yang jauh daripada Kuantan tetapi tidak berapa jauh dengan Istana negeri Kedah.

Bertolak balik tidur dalam bas. Tidur semalam dirumah, esok malam tidur lagi dalam bas.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-3-2014 04:29 PM | Show all posts
Irrational bladder symptom.

Diceritakan seorang kepada penulis. Lokasi hostel sebuah IPT.

Beliau ini agak ganjil sedikit orangnya. Taklah seganjil orang schizophrenia. Tatkala orang gila dengan A7X, beliau melayan Led Zeppelin Janis Joplin.

Mudahnya beliau tidak campur orang sangat. Tambahan pula orang lain dalam hostel pun buat hal sendiri sendiri.

1 masalah beliau ialah kerap kencing malam.

Hostel beliau dikawasan berbukit, tinggal ditingkat 9, dan kipas angin dibuka penuh serta tingkap bilik sentiasa terbuka. Nyamuk memang tak ada. Maka faktor ini mungkin menyumbang kepada masalah beliau tadi. Ditanya samada beliau ada penyakit buah pinggang atau kencing manis? Berubah muka terus. Hahahahahaha.

Jadi beliau keraplah ke bilik air. Katalah minum air segelas jam 12 tengah malam, jam 1 lebih pergi ke tandas. Jam 2.45 nanti ke tandas lagi. Oooohhh memang leceh. Jadi beliau lebih selesa berkain pelikat saja. Senang kerja.

Suatu masa beliau ke bilik air. Waktu malam lah.

Dikawasan luar ampaian baju dihujung bilik air, diluar gril besi, beliau melihat seorang budak Cina membaca sekeping kertas putih. Khusyuk membaca. Beliau melihat begitu, perlahan lahan mengundur keluar.

Sekarang anda baca semula cerita ini dan cari tingkat berapa beliau ini duduk.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2014 04:29 PM | Show all posts
Senja ke Subuh

'Kau ingat dalam Reservoir Dog waktu polis tu mengaku polis?' tanya Jay pada Salim.

'Sebelum sorang lagi polis kena bunuh dengan Nice Guy Eddie atau polis mengaku polis tu kena bunuh dengan Mr White?' jawab Salim menepuk lembut kepala Cemong.

'Mr Orange- si polis mengaku polis tu, nama dia. Waktu dia pengsan tu. Tapi sebenarnya tak, kalau tidak macam mana dia bunuh Vic Vega waktu Vic nak bakar sorang lagi polis tu? Yang Mr Orange keluar darah banyak gila tu. Lepas kena tembak dengan perempuan yang dia rampas kereta dengan Mr White......' panjang lebar Jay.

'Lama tak tengok lah. Nak nak lepas Tarantino buat Inglorious, malas pula aku nak follow lagi.' melihat Salim si Cemong berlari keluar rumah.

Kemudian seisi rumah diam. Gelap gelita terus. Azan Subuh berkumandang beberapa minit kemudian. Sejuk pagi berembun.

Rumah mereka berdua itu sebenarnya rumah kosong. Jay tidak wujud, Salim tidak wujud.

Semudah begini menjadi cerita hantu?

Heh.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2014 04:30 PM | Show all posts
1-Memancing dan hilang.

'Aku masuk dulu lah.' ujar Joar pada Bebek. Masuk ke dalam kawasan belukar paya. Memancing toman.

Kedua duanya kaki pancing tegar. Adik beradik.

Bebek sekadar meng a' ah saja.

Joar berlalu dengan kelengkapan memancingnya. Bebek masih entah buat apa dengan mesin beliau dalam bonet kereta.

Kira kira 5 minit kemudian, Bebek pun masuk ke dalam belukar paya.

Dilihat Joar sedang menarik semula tali pancingnya.

'Dapat?' tanya Bebek. Menganjing soalan begitu, sebenarnya.

'Kau datang terus lepas (tomannya)' balas Joar.

Bebek mencari tempatnya sendiri. Tidak jauh daripada Joar.

Hampir maghrib baru kedua beradik ini keluar daripada belukar.

Tiada. Apa?

Hilang kereta Bebek tadi. Dilarikan orang. Tak ada siapa sedar.

p/s-dengarnya Bebek dapat dah duit insuran kereta beliau sekarang.

2-Ikan tulang dan kubur.

Kubur kalau waktu siang pun kita dah rasa aura seram. Jadi waktu malam, kita dah tak nampak kubur,gelap, tapi fikiran kita fikir bukan bukan pula.

Untuk Joar, kubur tidak bermakna apa apa. Kerana dikawasan belakang kubur ada laut. Port memancing. Sebab tak ramai berani, port dah jadi kawasan ekslusif untuk Joar.

Tambah pula daripada kecil dah biasa memancing dibelakang kubur.

Yang penting mancing.

Pengalaman diganggu memang ada.

1-Sebab dah biasa sangat, Joar tahulah kawasan mana ada parit, kawasan mana ada tunggul kayu, kawasan mana ada itu ini. Suatu masa Joar perasan, kedudukan batu batu nisan beralih ke arah bulan mengambang.

Bertentangan daripada kebiasaan yang beliau tahu. Diam saja.

2-Waktu memancing, kadang kadang nampak orang susup sasap berlari daripada tengah kubur menuju ke tempat beliau memancing. Kadang nampak macam sekumpulan orang. Warna asap kelabu.

Joar dah siap sedia. Ayat Qursi. Tak datang datang juga. Joar lega.

3-Menyampah kalau bawa orang penakut. Joar pernah sekali pekenakan seorang kawan sekampung, saudara sendiri juga, ditinggalkan si kawan itu.

Pergi bandar beli rokok seludup kejap. Balik semula, kawan itu dah paksa paksa ajak balik. Katanya ada orang tua datang minta ikan. Berkali kali. Tak dilayan sebab tahu orang tua itu bukan orang dekat dekat situ. Kampung sendiri, takkan tak cam orang kampung sendiri?

4-Suatu malam Joar berlari balik daripada memancing dikawasan belakang kubur, dan demam seminggu. Tak nak dicerita kenapa sebab asbab.

Hahahaha.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2014 04:31 PM | Show all posts
1-Parking.

Topek turun ke bawah blok. Menanti dikawasan parking kolej beliau. Menunggu kawan beliau dikolej sebelah.

Masa kurang 10 minit jam 8. Mereka nak pergi makan di Senibung.

Menunggulah Topek dikawasan parking. Tiada sesiapa kelihatan.

Dilihat seorang budak Cina berjalan ke arah parking. Tidak terasa apa apa pada Topek waktu budak Cina itu melintas dibelakang beliau. Menuju ke sebuah BLM.

30 saat kemudian Topek tidak terdengar enjin kereta dihidupkan, hatta pintu kereta juga tidak terdengar apa apa. Sunyi.

Ditoleh ke BLM tadi.

Terbang susuk putih ke atas. Ke rimbunan pokok pokok tinggi.

Diam saja Topek. Faham waktu waktu begitu.

2-Dalam tandas.

Sow Chin berpusing pusing daripada hujung tandas ke hujung tandas.

Mengulang ulang. Mencari pintu tandas.

Tidak terjumpa. Tahu dalam hati sedang disakat sesuatu.

Cuba mengelak panik. Dilihat tingkap kecil, tapi tak berani melolos keluar. Ini tingkat 4. Jatuh mati, beliau takut kembali menjadi hantu tandas pula.

Cuba bertenang Sow Chin. Line telefon tiada. Tidak berfungsi.

'Cong ceng cong ceng (Gua minta maaf, gua tak tahu salah gua)' berkata Sow Chin sebagai usaha keluar.

Terdengar bunyi orang ketawa. 1 2 3 dan terasa beratus ratus orang ketawa sekali dalam tandas.

'Cong ceng cong ceng (Gua minta maaf, gua nanti jamu lu makan. Gua kasi keluar sini)' kata lagi Sow Chin.

Tersentak melihat pintu tiba tiba menjelma didepan beliau.

Berlari keluar Sow Chin.

2 tahun kemudian, Sow Chin membalas dendam dengan tidak langsung memenuhi janjinya pada hantu yang menyakatnya ditingkat 4 itu. Nak pergi tandas pergi saja tingkat lain.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2014 04:31 PM | Show all posts
Graveyard shift.

Seorang saudara penulis bekerja sebagai jururawat. Diceritakan beberapa pengalaman beliau berkait kerja-

1. Merah panas- Kebiasaanya bekalan darah hospital agak mendesak dan cepat susut. Tetapi berkat sistem digunakan dan kempen derma darah, bekalan masih dikira mencukupi.

Jadi suatu malam, berlaku 2 kecemasan. Kes kemalangan teruk dan seorang jururawat disergah Pontianak. Pertama- sepatutnya jururawat itu berdua, sebagai keselamatan dan prosedur, tetapi cuai kerana tergesa gesa. Kedua- Pontianak pun nak darah juga. Minum.

2-Minta ubat- Seorang jururawat mendapat panggilan dikaunter beliau. Biasalah. Mesti malam. Seseorang menelefon bertanya kenapa beliau tak dapat lagi makan ubat malam itu?

Jururawat selamba menjawab 'Hari ni cuti raya, tak ada orang level ni. Kau ingat aku tak tahu kau siapa?' Mengilai ngilai pemanggil kemudian.

3-Katil hujung tingkap- Suatu malam, seperti biasa, nampak kelibat hitam duduk diatas katil dihujung wad. Jururawat nampak. Tapi buat diam saja. Tahulah apa benda itu.

Beralih kelibat hitam ke katil yang dekat dengan kaunter. Satu katil ke satu katil.

Jururawat perasan. Semakin dekat kelibat hitam.

Azan berkumandang. Kelibat hitam melompat keatas.

Dalam ketakutan, jururawat nak rasa tergelak.

4.Bilik mayat- Dulu kalau orientasi jururawat, memang diperintah tidur dalam bilik mayat. Sekarang dengarnya boleh balik tidur di asrama. Lain kata sistem dah berubah.

Tapi yang bertuah dapat tidur dibilik mayat mengaku keyakinan dan keberanian mereka memang lain macam. Mental selamba. Kalaupun terdetik cemas, masih ada inisiatif.

Jadi, tidurlah dibilik mayat.

Dan cerita cerita lain seperti-

-Dr Singh- malam malam datang menjenguk katil ke katil di wad kanak kanak. Dr ni dah lama mati, 20 ke 30 tahun lepas.

-'Polis uniform lama menghantar orang kemalangan'- kantol nampak sangat hantu.

-Cleaner fobia nak pergi sudut sudut tertentu dalam hospital siang siang buta, terpaksa berteman. Kalau doktor ada, doktor kasi teman.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 3-7-2014 11:45 PM | Show all posts
Kucing kampung.

1-Dulu penulis ada seekor kucing yang dinamakan Adik. Betina. Warna putih tompok oren kelabu. Hampir sedekad umurnya sebelum mati tua.

Kucing Adik ini semasa hayat tak berapa kamceng dengan penulis. Kalau nampak penulis beliau rela bersembunyi. Penulis akui agak kasar sedikit kalau bergurau dengan kucing kucing.

Kecuali waktu solat. Maksud penulis cuma waktu solat saja barulah Adik berani datang dekat dengan penulis. Pada waktu tengah solat. Contoh menggesel pada kaki waktu penulis berdiri tegak, berbaring diatas sejadah hingga masuk ke dalam kain sewaktu penulis sujud. Habis beri salam, Adik akan lari daripada penulis. Hari kucing Adik ini mati pun masih penulis ingat. Maulidur Rasul tahun 2012.

2-Dirumah penulis, kebiasaan kami- penulis, Ayah dan Mak, akan bergilir gilir memberi kucing makan. Penulis biasanya, sebab Mak Ayah pagi pagi dah sibuk nak pergi kerja, cuma ikan dah siap rebus dan digaul saja- atau penulis akan lakukan kerja daripada A sampai Z- beli ikan, susun dalam peti sejuk, masak nasi, rebus ikan, gaul nasi dengan ikan dan beri makan kucing. Didapur dan diluar rumah asing asing.

Sampailah penulis sambung belajar, maka Ayah penulis lah yang memberi kucing kucing kami makan.

Suautu masa di Masjid Jamek Pontian, waktu tengah solat, Ayah penulis didatangi entah daripada mana kucing kucing jalanan. Waktu tengah solat.

Wallahualam.

3-Rasa dah ramai tahu, bela kucing ni Insya Allah rezeki kita bertambah tambah.

Kena sabar sajalah sebab kucing ni pun ada perangai tersendiri. Ada yang nak makan makanan basah saja, ada yang masuk rumah selongkar lauk, ada yang suka melepak tempat tinggi tinggi dalam rumah, ada yang suka beranak sembunyi sembunyi dalam rumah, kalau kucing jantan kerjanya memancut kencing sana sini dalam rumah, kalau kucing betina asyik beranak saja- nak mandulkan tak sampai hati. Kena pula anak anaknya lawa lawa. Bela ajalah. Insya Allah ada kebaikkan.

Wallahualam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2014 11:46 PM | Show all posts
Hantu.

Apis Jamil gemar memuat turun filem filem daripada internet. Berbekalkan 2 external HDD dengan kapasiti 5tb setiap satu, siap dengan senarai website online streaming.

Satu masa beliau sedang memuat turun serentak 4 tajuk filem. Hinggalah tiba tiba dilihat keempat empat proses muat turun berhenti tiba tiba diskrin laptop.

Berasa hairan, beliau memeriksa dengan website Maxis. Habis sudah limit Broadband on peak beliau untuk bulan itu.

Terpaksa menunggu masa off peak pula untuk memuat turun lagi. Jam 2 pagi malam nanti.

'Hantu' getus marah Apis Jamil.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-7-2014 11:50 PM | Show all posts
Kakak.

'Oi, lu olang balik. Jangan sini duduk lagi.' marah Apek Tee pada Supriyanto dan Antonio Santano yang sedang melepak didepan bangku batu didepan kawasan permainan taman perumahan. Betul betul depan rumah Apek Tee.

'Ngak apa apa aaa Tauke. Kami kepanasan malam malam begini. Dirumah ngak rasa sejuk. Disini duduk sebentar. Berangin.' balas Supriyanto. Antonio pula memetik gitar perlahan lagu Dewa 19.

'Lu balik aaa. Gua ingat itu Kakak datang sikijap lagi. Lu tak dengar lu punya hat. Gua masuk dulu lalam tidur.' malas melayan Apek Tee.

'TOLONGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGG!!!!!!!!! KUNTILANAK!!!!!!!' 10 minit kemudian terdengar teriakan, diatas, diluar rumah. Apek Tee sudah tertidur. Esok nak keluar berniaga ikan dipasar.


Depan Gate.

'Jangan buka' arah Pak Mail pada Noi, budak muda baru lepas SPM yang berkerja sementara menggantikan Bapanya yang baru lepas potong kaki, diabetis. Hari pertama.Malam. Jaga kilang.

Noi terpinga pinga saja melihat van kilang didepan gate. Lampu depan van tak bernyala. Hanya lampu daripada pondok jaga dan kawasan kilang saja yang menerangi. Hon juga tak berbunyi. Kalau dibuka saja gate, mesti van dah senang senang masuk dalam kawasan kilang.

'Biar aja. Aku ingat Bapa kamu ada pesan benda ni. Tak ada? Dah diam aja dulu. Jangan buka. Biar aja.' panjang cakap Pak Mail.

Van tadi kemudian reverse dan menghilang. 10 minit kemudian.

'Hilang dah? Kamu tahu, aku dengan Bapa kamu aja yang tahu apa benda van tu sebenarnya. Kamu tahu?' tanya Pak Mail pada Noi yang masih bingung bingung.

'Dulu, dalam 2 tahun lepas, ada van kilang ambil pekerja. Dalam 3 orang. Kemalangan. Berlanggar depan depan dengan treler. Tu lah van nya tadi tu. Kalau kamu ada rezeki nanti bila bila, kamu suluh dalam van tu, tak ada orang. Kerja setan.' jelas Pak Mail.

Esok Noi membawa bersama adiknya buat meneman berkawal. Pak Mail cuti sakit gigi.


Bad doggie

Bebek terasa kesejukkan malam itu. Hujan renyai semenjak petang.

Dinyalakan Winston, sebat daripada Ayah, fuh fuh fuh.

Matanya tiba tiba tertancap diluar tingkap. Terus ke laman rumah.

Dilihat sesuatu setinggi orang dewasa.

Berkepala anjing. Menghidu bau pakaian pakaian dijemur diampai luar.

Bebek terus memejamkan mata.


Paradoks 65 juta.

'Frankie. Jom.' ajak Tommy. Mereka berdua perlu merempuhi kawasan berkabus tebal berpaya untuk menuju ke kawasan dihadapan.

Malam itu tiada bulan mengambang penuh. Samar samar kataraks. Maka kawasan berkabus semakin menyukarkan pandangan.

'Jom.' balas Frankie dan mereka berdua perlahan berjalan merempuh kabus.

'Tak nampak apa apa lah.' kata Tommy.

'Ishh. Mulut tu diam. Jalan aja. Ikut aku.' kata Frankie bergerak ke depan sedikit.

Tommy menoleh ke kiri. Ditoleh ke kanan.

Tiada lagi Frankie didepan.

Hanya kabus saja dilihat.

'Frankie!!!' jerit Tommy.

Habis menjerit. Tommy pula hilang.

Hanya kabus saja yang tinggal dikawasan itu.

Senyap sunyi.

65 juta tahun kemudian, saintis menemui fosil katak gergasi, saiz lebih besar daripada sebuah Exora, yang dipercayai menjadikan dinosaur sebagai makanan mereka.

p/s-Teka siapa Tommy dan Frankie?


Di bakau.

Ada suatu ketika Julo mempunyai hobi, selain merempit, menggulung rokok, takraw, menghormati orang tua;- memancing.

Maka beliau suatu pagi cuti sekolah pergi memancing dikawasan bakau. Beliau meredah kawasan bakau masuk ke dalam lebih kurang 50 meter. Lumpur cecah setengah betis. Daerah tempat kami berdekatan laut, maka ekologi bakau adalah sinonim dengan orang orang kami.

Objektif Julo hari itu ialah sembilang 4 ke 5 ekor. Masak gulai asam pedas.

Dimulakan dengan rokok kretek disebat daripada Ayahnya, maka Julo pun membaling mata kail. Tunggu.

Tunggu.

Tunggu.

Tunggu.

Terasa tiba tiba diperhati. Toleh kiri kanan atas bawah.

Nampak Pontianak. Dibalik rendang pokok bakau besar tidak jauh daripada Julo.

Julo hairan. Pontianak waktu siang?

Bila terasa kulit terbakar dipanggang matahari, Julo tersedar. Tengahari.

Balik terus Julo.


Ke sekolah

Julo sepupu penulis. Dahulu, 14 ke 15 tahun lepas, beliau ke sekolah berbasikal. Merayap sana sini pun berbasikal. Mandi air terjun gunung pun berbasikal. Ponteng sekolah pun berbasikal.

Makanya suatu pagi Julo pun berbasikal ke sekolah. Disertai seorang lagi kawan. Ditengah perjalanan kawan tadi menyuruh Julo ke sekolah dulu. Beliau nak buang air kecil. Maka Julo pun bersendirian ke sekolah.

Petang itu keluarga kawan tadi datang ke rumah Julo. Marah marah. Julo jadi pelik dan bengang.

Kawan Julo tadi rupanya tidak ke sekolah. Rupanya waktu buang air kecil, ada orang sakit mental perhati. Ditarik kemudian kawan Julo tadi ke satu rumah kosong. Dipeluk erat. Siap dicium cium lagi. Sampai pengsan. Cecah tengahari. Mujur ada orang lain perasan. Dimarah orang sakit mental itu. Barulah lepas kawan Julo tadi.

Sejak itu Julo malas berbasikal dengan kawan tadi. Bukan salah dia tapi dia yang kena marah?

Lepas hampir 15 tahun pun cerita ini diulang ulang Julo. Marah betul Julo.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2014 11:51 PM | Show all posts
Cair besi

'Astaghfirullahalazim' istighfar Tok Ju. Anaknya, Minah biru gigi waktu itu baru 8 ke 9 tahun, hanya melihat saja kubur arwah emak saudaranya, adik Tok Ju, yang berasap asap hitam keluar berkuap kuap. Orang orang kampung yang lain termasuk Tok Ngulu juga hanya mampu melihat saja.

'Macam mana Kak Ju?'tanya seorang jiran. Menggeleng saja Tok Ju. Menjelang senja hanya saudara mara saja yang masih menunggu dikubur.

Kubur itu baru 2 hari, dan yang perasan asap hitam keluar itu pun bila orang orang rajin ke surau Subuh nya yang nampak. Nak dikata tanah gambut yang terbakar, tanah situ jenis lumpur kelabu kental. Silap gali boleh buat telaga air.

Tok Imam menyarankan dibaca air Yassin untuk disiram sementara menanti siapa siapa ada ikhtiar. Tok Pawang yang ada kaitan saudara dengan keluarga Tok Ju juga menyarankan dicari orang orang alim.

Esoknya sebelum Subuh, ramai orang kampung bergegas ke kubur. Jika semalam keluar asap hitam, hari ini dapat dilihat bunga bunga api memercik daripada kubur yang tanah atasnya bertukar pasir kerana haba panas.

Malamnya suami Tok Ju, Tok Imam, Tok Pawang, beberapa orang kampung dan seorang Kiyai dari Singapura ke kubur.

Dikatakan malam itu daripada kubur keluar cairan besi panas seperti lahar gunung berapi.

P/s-Sehingga hari ini penulis juga masih tidak tahu apa akhiran dan punca cerita. Minah biru gigi sekarang berumur lebih 80.


Why?

'Salamualaikum' disapa Johar oleh seorang pelajar daripada Asia Tengah.

Tatakala menunggu order nasi briyani ayam daripada kedai makan Iran, dikawasan kolej kediaman 17 universiti. Johar tidak kenal pula pelajar Asia Tengah itu, tambahan pula pelajar pelajar antarabangsa ini nampak serupa saja semua. Terutama daripada Benua Afrika.

'My name Jalal....Ummm. You Muslim right?'bertanya pula Jalal pada Johar.

'Yes yes. Islam. Why? Jalal right?' soal Johar kehairanan.

'Yes yes. Great. Hope you don't mind. But listen, I suggest you recite some holy Quran words frequently after this. Especially at night. Seriously. Am not joking. I know this kind of weird of all sudden.

But you know what? Last night I see something tall with black robe following you from behind. I am sure that is not human, the thing that follow you, eh? Evil perhaps? That time you just left the toilet. I know. I see it. I am on my way to my room last night when I see you and that black robe guy. We are in the same level. I stay in room 228. Your room 221 right?' panjang penerangan Jalal.

Johar terdiam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2014 11:52 PM | Show all posts
Cuci

Manipal Hindram terjaga daripada tidur. Sempat dijeling jam dinding. Terasa terdesak pundi mahu membuang air. Bergegas beliau keluar bilik menuju ke bilik air level kolej kediaman beliau.

Tidak sempat masuk ke dalam bilik air, Manipal Hindram berlari selaju lajunya masuk semula ke dalam bilik.

Didalam tandas dilihat seorang makcik cleaner sedang membersihkan bilik air.

Membersihkan bilik air jam 3.15 pagi?


Cuti semester

'Hey Brother. How are ya doin?' sapa seorang pelajar dari Benua Afrika.

'Fine. Am doin fine.' jawab semula Jaivin Reynaldo, pelajar dari Malaysia Timur.

Mereka berbual bual dan Jaivin kemudian meminta berundur diri turun ke bilik beliau ditingkat 3 dibawah.

Semenjak cuti semester ini, blok kediaman 9 tingkat ini cuma dihuni beberapa orang saja pelajar 'full research'. Makanya Jaivin berjalan jalan daripada tingkat ke tingkat kerana pada masa semester pembelajaran tidak ada peluang melihat lihat blog sendiri.

Jam 3 pagi.

''Hey Brother. How are ya doin?' sapa suara entah siapa daripada tingkap bilik Jaivin ditingkat 3. Gelap tidak dilihat sesiapa diluar tingkap. Tingkat 3 kan?

Esok malam Jaivin tidak berada dibilik, tapi pergi tidur dikolej kediaman rakannya nun jauh didalam kawasan 'center' universiti.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2014 11:53 PM | Show all posts
Bilik 224 sebelah 223.

Jafred Boatai tertanya tanya samada bilik disebelah bilik beliau dihostel universiti- berpenghuni atau tidak?

Tidak pernah dilihat selipar kasut, basah atau kering, didepan pintu bilik sebelah. Tetapi tingkap terbuka. Cuma tidak pernah nampak lampu bernyala. Dilihat daripada blok hostel sebelah, waktu ke sebelah mengisi air daripada mesin Dr Sukida.

Paling pelik, tiap tiap malam daripada bilik sebelah tadi, kedengaran bunyi kerusi meja beralih dihentak hentak.

Jafred Boatai, terasa mahu ke pejabat hostel bertanya. Kalau dikatakan memang tidak ada penghuni..................

Mungkin monyet yang banyak di universiti ini yang menghuni.

Sedapkan hati.


Petang petang minum teh makan cekodok dengar cerita cerita seram pelik.

Penulis ini suka mendengar cerita cerita seram pelik misteri. Sebagai hobi dan juga untuk idea menulis. Jadinya penulis selalu juga meminta diceritakan apa apa cerita pada sesiapa yang rasa mereka ada cerita cerita menarik untuk dikongsi. Antaranya-

1-Luka tak sembuh

Kalau berjalan dalam hutan, mata kena buka 100%. Tapi orang Melayu ada juga ilmu untuk berjalan sambil tidur. Terjaga bila tersepak akar. Tersentak kejap.

Dalam hutan macam macam lah benda kan? Nak nak kalau sebelum itu ada gatal mulut cerita macam macam. Ada ular gergasi bertapa, ada ular berbunyi macam ayam berketak ketak ditengah hutan, ada Mawas lah apa lah itu ini.

Dan suatu masa seorang lelaki didalam hutan. Entah macam mana terpijak satu batu hitam berbentuk aneh. Luka tapak kaki beliau. Panas hati maka dibaling batu itu jauh jauh. Keluar daripada hutan, kesan luka terasa panas berdenyut. Cubalah diubat luka. Berhari makan bulan makan tahun. Tak sembuh malah melarat larat.

Mengikut orang mengubat dikatakan lelaki tadi terpijak senjata milik makhluk halus. Perlu dicari semula batu hitam itu untuk jadi bahan ubat. Anda rasa senang nak cari tak?

2-SWM

Seorang saudara penulis bekerja dengan SWM. Syarikat selenggara kebersihan. Seingat penulis pekerja pekerja SWM ini dibahagikan kepada beberapa tugasan- ikut lori sampah, jaga kebersihan pasar basah, sapu sampah ditempat tempat ditetapkan, potong rumput, dll. Ada matrix ranking dalam kalangan pekerja. Ada yang khas jadi drebar lori saja, ada yang jadi mandur dan lain lain.

Jadinya sepupu tadi ditugaskan menyapu sampah. Berbekalkan sebatang penyapu lidi jenis kayu panjang, sodok sampah dan tong sampah hijau beroda jenis tolak.

Menyapulah beliau dengan tekun. Kalau jumpa barang barang orang tak nak dan masih elok memang dibawa balik. TV ada, baju ada, beg ada, DVD DVD cerita, majalah lama, duit syiling, batang jorang dengan mesin, plastik plastik terpakai untuk dijual, gitar Kapok dll.

Suatu masa membawa hampir ke tengahari beliau menyapulah seperti biasa. Kejap lagi jam 1 nak balik rumah dah. Makan.

Tong sampah beroda ditinggalkan disatu tempat untuk memudahkan beliau menyapu dan mengumpul sampah sebelum tong sampah beroda ditolak ke tempat sampah dikumpul tadi untuk dimasukkan ke dalam tong.

Siap mengumpul sampah, mahulah beliau mengambil tong sampah beroda beliau tadi. Dlihat beliau tiada ditempat biasa. Dicari cari keliling sambil menyumpah tong sampah SWM pun nak rembat ke?

Tiada juga.

Baru terperasan kemudian sampah sampah dikumpul beliau tadi juga hilang.

Sampah sampah seperti bekas plastik air batu Malaysia, daun kering, air kotak, plastik jajan dll. Tiada. Bersih. Siapa yang sampah pun dia nak sapu sekali?

Hari itu beliau terpaksa memikirkan apa alasan nak diberi pada mandur tentang hilangnya tong sampah beroda beliau.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2014 11:54 PM | Show all posts
Semalam.

Penulis tidur dikampung penulis semalam. Kerana terasa bahang makanya dibuka semua tingkap bilik. Jadinya nampaklah kegelapan malam dusun dibelakang rumah. Penulis tidaklah takut tapi mengelak juga daripada melihat kegelapan malam melalui tingkap yang terbuka luas itu. Manalah tahu ada yang memandang menyeringai. Leceh lah pula.

Maka tidurlah penulis.

Seingat penulis jam dekat 3 setengah pagi, terbau tiba tiba seperti bangkai binatang. Tersedar terus penulis daripada tidur dan membaca Ayatul Qursi, dan ulang 7 kali ayat terakhir.

Penulis tidak takut tetapi menyumpah nyumpah marah. Susah nak tidur semula.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2014 11:54 PM | Show all posts
Motor baru dan jalan jalan.

Ah Lu baru baru ini telah berjaya membeli motor yang diidamkan beliau semenjak bekerja di Singapura. Sebuah Yamaha R6. Terpakai. Geran Singapura. Biasalah Cina ni.

R6 baru mestilah wajib ditayangkan pada kawan kawan beliau. Maka selalulah Ah Lu keluar malam malam. Clubbing, BBQ, mabuk, dinner dan lain lain.

Bila menayang motor, mestilah ada gaya gaya berlagak, macam yang biasa kita tengok dalam filem filem Young and Dangerous. Cakap besar, cakap kuat kuat, muka mesti dagu naik sikit ke atas kerana bibir dimuncungkan.

Selalu keluar malam banyak mengubah Ah Lu. Pada beliau ini adalah antara tanda tanda kejayaan beliau walaupun berlatarbelakangkan keluarga setinggan. Sekarang dah pindahlah korner lot rumah murah. Bukan main lagi.

Suatu petang Ah Lu ronda ronda dengan R6 beliau. Kerana beliau tidak habis PMR dan terus bekerja di Singapura, tambah pula rasa rendah diri semasa kecil, beliau tak banyak dulunya merayap dikawasan sekitar daerah beliau tinggal. Sekarang dah ada R6, maka serupa lesen besarlah.

Ronda ronda dalam taman pada Ah Lu tidak berbeza dengan lebuhraya. Nak laju aja. Masuk lorong sana lorong sini lorong depan lorong belakang. Tambah pula lorong lorong dilaluinya ini tak ada pula bonggol bonggol penghalang.

Ditarik brek sekuat kuatnya bila sebuah kereta Datsun lama melintang ditengah jalan. 'Wekang' (roda belakang terangkat ke atas) sekejap R6 beliau.

'CONG CENG CONG CENG CONG CONG!!! (OI LU MAU MATI KA? MAU GUA MASUK LONG (JIRAT CINA) KA?!!!!!) marah benar Ah Lu pada pemandu kereta.

'Cong ceng cong ceng cong (Aiyaaa anak muda. Gua sori aaa? Gua mata tatak nampak aaa. Mahu keluar rumah pigi jalan jalan bukit sana.) balas pemandu kereta, seorang Ah Pek, yang terkocoh kocoh keluar kereta menuju pada Ah Lu.

Keluar dari sebuah rumah seorang Ah Moi. Cantik.

'Cong ceng cong ceng (Ah Pa! Tak ada apa apa ke? Ah Pa? OK ke?) rupa rupanya anak pemandu kereta tadi.

'Cong ceng cong ceng cong (Gua tak apa apa lah Nak. Tak apa tak apa. Lu sapa nama? Mari masuk rumah gua. Kita minum dulu. Tanda gua minta maaf. Mari. Mahu ka?) jawab pemandu kereta tadi pada anaknya dan juga Ah Lu.

'Cong (OK)' balas Ah Lu yang terkesima melihat kecantikkan anak pemandu kereta tadi.

Hampir jam 9 baru Ah Lu pulang. Siap makan siap berborak dan siap bincang bisnes lagi dengan pemandu kereta tadi dirumah. Mata tak berkelip tengok Ah Moi tadi. Putih melepak rambut panjang sampai punggung. Seluar pendek.

Dua hari kemudian Ah Lu saja saja datang lagi.

Dan.......

Diingatnya betul betul. Memang pasti. Itulah lorong dimasukinya 2 hari lepas. Sah. Betul.

Tapi sekarang kenapa tinggal belukar pula? Tak ada rumah, tak ada lorong tar. Cuma tanah merah kusam.

Ditanya pada orang orang sekitar situ. Katanya dulu dulu puluhan tahun dulu memang ada keluarga tinggal situ. Tapi lama dulu dah terbakar. Tapi bukan rumah taman. Rumah kayu. Kalau masuk belukar tu boleh tengok lantai simen ada lagi. Pecah pecah dah lah.

Ah Lu jadi sebak mengingat kecantikkan Ah Moi.

'Cong ceng cong ceng (Ah Moi aaa, lu jangan ikut gua balik rumah gua aaaa)' getus Ah Lu dalam hati dan demam malam itu.

p/s-Ah Lu kawan penulis. Nakal beliau waktu sekolah. Tokan CD.

p/s/s-Ingat pemandu kereta tadi kata nak pergi bukit sana? Dimaksudkan pemandu kereta tadi ialah sebuah kawasan bukit kecil jirat Cina. Memang dekat dengan tempat belukar tadi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2014 11:55 PM | Show all posts
Tengahari.

Sufiyan Ibrahim memandu melalui Jalan Parit Rumbai menuju Tenggayan menuju Rimbe Terjan. Waktu matahari betul betul atas kepala.

Ditoleh cermin belakang, sebuah motosikal EX5 mengikut belakang van.

Melepasi kawasan ternakan ayam. Menghampiri selekoh tajam.

Sepantas kilat EX5 tadi memotong dipuncak selekoh tajam, terus tuju tepat ke serumpun buluh. Tiada bunyi apa, tiada serpihan, tiada orang. Senyap dan lesap.

Sufiyan Ibrahim terus singgah Masjid Tenggayan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2014 11:55 PM | Show all posts
Di Barat (terutama Merika) kejadian kejadian pelik misteri ngeri supernatural yang menjadi 'sambal makan' mereka seperti dibentangkan dibawah-

1-UFO (MIB, Grey dll)
2-Kultus pemujaan syaitan/agama sesat (Aleister Crowley, mati bunuh diri beramai ramai minum Kool Aid beracun)
3-Penampakan Bigfoot (dengan hoax. Boleh dikatakan setiap beberapa tahun sekali ada yang membuat dakwaan ternampak)
4-Penampakan Dracula/Vampire (di panggung wayang berdekatan)
5-Penampakan Werewolf (apa tak terfikir kalau Jin yang menyerupai?)
6-Penampakan makhluk kriptid/misteri tempatan (Mothman dll)
7-Pembunuhan misteri/bersiri
8-Manusia mutant kesan radioaktif/pencemaran kimia
9-Orb
10-Memanggil roh orang mati
11-Pembunuhan oleh orang bermasalah mental/bersiri
12-Klise hantu berselubung putih (Casper klise)
13-Binatang biasa tapi bersaiz raksasa
14-Penampakkan dinosaur/haiwan pupus
15-Berkaitan agama (kemunculan objek/abstrak berbentuk Mary. Jesus/Stigmata/Patung Mary menangis darah dll)
16-Rumah atau bangunan tinggal (bekas hospital mental/hospital tinggal/lokasi pembunuhan satu keluarga dll)
17-Misteri berkaitan Indian Burial Mound

Disebelah Timur, kejadian pelik misteri ngeri supernatural adalah lebih unik dan fokus berbanding di Barat. Contoh seperti dibawah-

1-Jenisan hantu tertentu spesifik dengan nama, tabiat, asal usul, lokasi, rupa, dan tumpuan menyakat. Setiap negara di Timur ada katalog dokumen sebegini (Perempuan mati anak, Nang Nak, Lewak, Penanggalan dll)
2-Banyak berkait dengan ilmu hitam dan agama (tulang dahi Nang Nak, minyak dagu mayat, pandangan agama seperti contoh menurut Islam jin syaitan suka kawasan berair/kotor)
3-Kebanyakkan cerita didengar lebih elemen dengan unsur tidak masuk akal yang mesra manusia (buang ancak untuk ubat sakit dll)
4-Hasil penjajahan, berlaku percampuran elemen agama kolonial dengan budaya tempatan yang berhasil unik seperti di Filipina.
5-Setiap budaya ada cerita tentang gergasi humanoid.
6-Banyak berkaitan dengan geografi setempat (hutan tebal dikaitkan dengan semangat/makhluk misteri, Sulur Bidar di Kenyir dll)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-7-2014 11:55 PM | Show all posts
Sungai.

1-Seorang bercerita pada penulis dimana suatu masa beliau keluar memancing disungai. Bersampan dengan beberapa orang lagi. Ditengah sungai, setelah mudik beberapa batu menuju kawasan lubuk tujuan, sampan mereka berhenti bergerak tiba tiba. Diam pada satu titik ditengah sungai. Sampan ini lengkap dengan enjin bot.

Dijengah jengah depan sampan tak ada apa apa menghalang. Hampir satu jam begitu. Perjalanan dibatalkan kemudiannya. Balik mengeteh buat tenangkan perasaan.

Sehari kemudian beliau dikejutkan berita ada orang disambar buaya besar, tidak berapa jauh daripada tempat sampan terhenti. Didepan beberapa ratus meter lagi daripada tempat sampan terhenti tadi. Kejadian jadi tidak berapa lama selepas mereka berpatah balik.

2-Pak Ned kalau keluar memancing disungai biasa berteman. Satu masa Pak Ned seorang saja, kawan biasa ikut memancing dengarnya menghantar anak masuk MRSM.

Mendayung dayung sampan beliau ditengah sungai, terasa Pak Ned seolah hilir sampan ditolak ke tepi menuju tebing sungai sebelah kiri. Dilihat ditebing kiri itu sebatang pokok ara besar. Hala sama sampan ditolak sesuatu.

Pak Ned membaca ayat ayat suci. Sampan ditolak semula sesuatu lurus seperti asal. Pak Ned pun sama macam cerita 1, balik mengeteh tenangkan perasaan.

3-Cerita Pak Ned lagi, katanya dulu dulu sungai tempat beliau turun memancing boleh muat 3 kapal dagang besar. Sekarang dah makin sempit biarpun tetap dalam.

Suatu tengahari waktu hujan panas, Pak Ned nampak dekat sangat dengan sampan beliau sebuah kapal dagang purba. Tiba tiba ada. Dilihat saja Pak Ned sebab tahu itu tidak real. Entah apa benda.

Balik rumah Pak Ned terlantar demam.

4-Ada pantang orang orang dulu dulu terutama bomoh pawang besar yang pantang mendengar sesuatu dalam sesuatu masa. Antaranya tentang sungai.

Kalau tengah makan makan, ada yang menyebut tentang sungai, sengaja tak sengaja, tak dijamah lagi nasi lauk dalam pinggan.

5-Dulu dulu ada masanya bomoh pawang menyeru ikan ikan sungai timbul. Dah macam pesta seluruh kampung. Dari hulu ke hilir ikan menjengah kepala. Tinggal pilih saja mana mana jenis ikan yang mahal, yang jenis biasa biasa tak siapa teringin.

Esok lusa bomoh pawang ditegur ketua kampung/pegawai daerah. Jangan buat kerap sangat. Pupus ikan. Dah kalau semua jenis ikan daripada anak ke moyang timbul menyerah diri, lama lama kan habis?

Dibuatnya lagi juga menyeru ikan esok lusa.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2014 11:56 PM | Show all posts
Cerita seram Ustaz.

Ustaz Samran kenalan lama penulis. Tapi penulis tak lah banyak sangat tanya soalan berkaitan agama sangat dengan beliau. Lebih banyak bercerita kisah kisah lama. Sebab kami sebaya, satu daerah. Sama sama nakal masa sekolah. Rezeki Ustaz Samran dapat peluang belajar ke Mesir. Balik mengajar sekolah agama. Penulis pula Alhamdulillah dapat juga merasa buat post grad di universiti tempatan. Jadi rezeki masing masinglah.

Ustaz Samran ini memang ceria orangnya. Ramah. Dulu waktu sekolah tak macam tu. Madah ada aja projek bukan bukan nak dibuat dulunya.

Jadi suatu hari waktu kami berjumpa, terasa pula penulis nak bertanya- 'Apa pengalaman paling seram kau pernah kena Ran?'

Beliau menarik nafas sebentar.

'Suatu malam tu, aku lalu jalan dalam Parit Sintol. Situ kan ladang sawit besar. Kiri kanan sawit. Gelap gelita. Aku waktu tu nak ke rumah Cikgu Nain. Urusan sekolah lah. Rumah dia lepas Sintol...'

Saya memintas-' Ye aku tahu, rumah dia kat Parit Jabeg...'

Beliau menyambung 'Lepas aku balik rumah dia, aku lalu lagi jalan Parit Sintol tu. Kat sini jadi cerita seram ni.....' diam sekejap beliau.

'Apa seramnya?' tanya saya.

'Tayar kereta aku pancit kat situ. Gagau juga nak tukar gelap gelap macam tu. Kiri kanan pokok sawit aja. Berani mana pun kita kalau kena macam tu tak rasa seram kau?' menggigil gigil kecil Ustaz Samran menahan ketawa.

p/s-Macam saya cakap, kami kenalan lama.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2014 11:56 PM | Show all posts
Macam tin remuk.

Kelaparan perut dimalam hari adalah antara sebab untuk tidak melekat dalam bilik rumah.

Terasa nak keluar menikmati sejuk angin malam dan merasa menu macam macam. Nak rasa roti kertas susu atas lah, mee mamak basah pedas pedas, jus timun, tomyam mamak, Seoul Garden dan entah apa apa lagi.

Maka keluarlah Rajinikan suatu malam. Lapar. Beliau bujang. Terasa nak memandu jauh sikit mencari restoran yang tak pernah dicuba beliau dikawasan bandar urban tempat beliau bermastautin. Asal Segamat Johor Rajinikan ini. Dapat peluang keluar negeri terus rasa urban.

Satu demi satu kawasan dilalui beliau. Taman, seksyen, jalan, lorong, bahagian. Akhirnya berhenti disatu restoran mamak. Nampak ramai orang. Perut dah pedih pedih. Berhentilah. Perut yang menang akhirnya.

Usai makan dan membeli bir di 7E berdekatan, Rajinikan pun beransur pulang.

Sampai ke rumah. Minum bir satu tin. Kemudian masuk tidur.

Pagi esok, keluar rumah nak pergi kerja, dilihatnya keretanya remuk teruk. Depan belakang kiri kanan. Macam empat empat sisi berlanggar serentak. Dah macam tin minuman penyek.

Diperiksa pintu pagar tiada kesan umpil. Diperiksa keliling rumah tiada kesan ceroboh. Report polis, polis pun hairan. Tapi tak sebut tentang bir lah. Tanya jiran, jiran pun tidur mati. CCTV rumah tak ada untuk rujukan. Minta pandangan kawan kawan, apa lagi? Supernatural lah.

Rajinikan tidak bekerja hari itu. Sibuk cari Sami kuil.

Apa sebenarnya? Entah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2014 11:57 PM | Show all posts
Ikan tulang dan kubur.

Kubur kalau waktu siang pun kita dah rasa aura seram. Jadi waktu malam, kita dah tak nampak kubur,gelap, tapi fikiran kita fikir bukan bukan pula.

Untuk Joar, kubur tidak bermakna apa apa. Kerana dikawasan belakang kubur ada laut. Port memancing. Sebab tak ramai berani, port dah jadi kawasan ekslusif untuk Joar.

Tambah pula daripada kecil dah biasa memancing dibelakang kubur.

Yang penting mancing.

Pengalaman diganggu memang ada.

1-Sebab dah biasa sangat, Joar tahulah kawasan mana ada parit, kawasan mana ada tunggul kayu, kawasan mana ada itu ini. Suatu masa Joar perasan, kedudukan batu batu nisan beralih ke arah bulan mengambang.

Bertentangan daripada kebiasaan yang beliau tahu. Diam saja.

2-Waktu memancing, kadang kadang nampak orang susup sasap berlari daripada tengah kubur menuju ke tempat beliau memancing. Kadang nampak macam sekumpulan orang. Warna asap kelabu.

Joar dah siap sedia. Ayat Qursi. Tak datang datang juga. Joar lega.

3-Menyampah kalau bawa orang penakut. Joar pernah sekali pekenakan seorang kawan sekampung, saudara sendiri juga, ditinggalkan si kawan itu.

Pergi bandar beli rokok seludup kejap. Balik semula, kawan itu dah paksa paksa ajak balik. Katanya ada orang tua datang minta ikan. Berkali kali. Tak dilayan sebab tahu orang tua itu bukan orang dekat dekat situ. Kampung sendiri, takkan tak cam orang kampung sendiri?

4-Suatu malam Joar berlari balik daripada memancing dikawasan belakang kubur, dan demam seminggu. Tak nak dicerita kenapa sebab asbab.

Hahahaha.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:10 AM GMT+8 , Processed in 0.058912 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list