CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: gitarmahogani

Koleksi Cerita Hantu Pelbagai (updated)

  [Copy link]
 Author| Post time 2-8-2010 12:22 AM | Show all posts
penah gi Mukahead masa kiteorg amik 1 paper ni dulu
ktorg kesana ikut jln darat
tido kat dorm kayu ...
starcity Post at 2-8-2010 00:05



Em. Suasana sana memang agak seram jugak, tapi seronok la depan tu laut.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2010 02:36 AM | Show all posts
best masuk sini...terima kasih TT...org sekampung lagi...Pontian
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2010 08:33 AM | Show all posts
TT ni sape?aku dulu dok Aman 1..batch 2002/2003..sape ekk??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-8-2010 12:34 PM | Show all posts
TT ni sape?aku dulu dok Aman 1..batch 2002/2003..sape ekk??
MeLaMaL Post at 3-8-2010 08:33




Chek ni hantu jugak...Hantu Balik Pagi... Hang dok USM mesti tau pa dia hantu jenis tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2010 02:02 AM | Show all posts
Putih..........Pontianak
Aug 5th 2010

Oleh: MFT
Jumlah Hit: 59

Dol pulang ke rumahnya menghampiri jam 10 malam. Pulang dari tempat kerjanya di Pekan Nanas. Duda beranak 2. Kedua-dua anaknya bersekolah asrama penuh. Maka yang menemani Dol dirumah adalah 12 ekor kucing kesayangan seisi keluarga. Semua baka kucing kampung.

Sebenarnya beliau terlewat pulang dan kelaparanlah kucing-kucing kerana kebiasaannya Dol memberi kucing-kucing tersebut makan 2 kali sehari, pagi dan petang. Sebelum mandi, solat dan makan malam itu maka Dol memberilah kucing-kucingnya makan di dapur. Nasi gaul ikan rebus juadah khas si kucing kampung.

Waktu diberi makan kucing-kucingnya itu, Dol terperasan seekor kucing jantan berekor pendek miliknya tiada. Putih namanya kucing tersebut. ‘Gengster tua’ gelaran kucing tersebut.

Dol bagaimanapun berfikir kucing tersebut keluar rumah berpelesiran maka beliau pun pergilah mandi. Selesai solat, Dol menjenguk ke dapur melihat kucing-kucingnya. Dibilang satu persatu, masih kurang seekor, si Putih.

Hairan rasanya kerana Putih dianggap antara golongan elit dalam kelolmpok kucing-kucing belaannya. Kebiasaannya Putih yang akan buat bising kalau kelaparan. Kucing-kucing lain sekadar mengiau perlahan.

Dol pun keluar mencari. Dari garaj kereta dihadapan rumah ke garaj ditepi rumah hinggalah ke belakang, tiada kelibat Si Putih.

‘Putih. Ohh Putih. Kau pergi mana nak oi?’ laung Dol. Senyap. ‘ Putih oiii, balik makan oi’ laung lagi Dol.

‘Mana la Putih ni?Eksiden ke apa?’ tertanya-tanya Dol.

Miauuuuu……..Miauuuuuu

Dol menoleh kebelakang.

Ya memang si ‘Putih’ yang mengiau. Memang ‘Putih’

Tapi putih kain kapan. Pontianak. Tersengih-sengih bertentang mata dengan Dol.

'Miauuuu…..Miauuuuu' ajuk si Pontianak

Dol dapat MC esok harinya.

p/s- penulis pernah terlanggar seekor anak kucing Abang Dol dulu. Psssttt jangan bagitau dia na.
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2010 04:38 PM | Show all posts
wah..best tt..tq bagi byk cerita ...semua xpnh dgr lagi..best2..da nk balik..selamat berpuasa ok...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 8-9-2010 01:09 AM | Show all posts
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Jengah rumah(thread) kejap.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2010 02:32 PM | Show all posts
Post Last Edit by gitarmahogani at 18-10-2010 14:37

Malam sahur terakhir

Pada waktu sahur terakhir sebelum raya baru-baru ini, keluarga penulis, keluarga Mak Andak dan keluarga Mak Usu berkampung dirumah Arwah Atuk. Selesai bersahur kami duduk berkumpul diruang tamu berbual-bual. Tradisinya cerita seram mesti akan keluar juga.Disini dikongsikan bersama;

1-Di Felda, tempat penempatan keluarga Mak Andak pelbagai cerita hantu dan seram mewarnai kehidupan didesa Felda tersebut.Penulis amat menggemari suasana pagi di sana.Sejuk dan tenang hati. Ok.Berbalik pada cerita seram- Mak Andak menceritakan tentang seorang pemandu bas kilang yang kita boleh gelar sebagai Din Paku.

Selalulah Din Paku ini mengalami pelbagai cerita seram. Memandangkan berjiran di Felda, Din Paku tidak lokek berkongsi cerita kalau-kalau berjumpa di kenduri atau majlis. Favoritnya mesti lah cerita hantu.

Suatu malam dan kebiasaannya Din Paku akan membawa basnya 'parking' diperkarangan masjid yang terletak diatas bukit.Memandangkan telah jauh lewat malam Din Paku jarang balik kerumahnya dan lebih gemar tidur dalam bas. Tak ada apa nak risau sangat keluarga dirumah. Anak-anak jantan dah besar.

Sedang cuba si Din Paku melelapkan mata, tergerak hatinya melihat keluar tingkap bas.Dilihatnya seorang kanak-kanak berpakaian seragam sekolah berjalan dibawah bukit.Pergi sekolah agaknya.

Naik bulu romanya tiba-tiba.Pergi sekolah apa?Jam dah pukul 3 setengah pagi.......

2-Pengalaman Din Paku yang lain.Senario yang hampir sama.Parking dalam kawasan masjid.Bersiap untuk tidur. Mesti ada je benda seram jadi.

Terdengar tiba-tiba bunyi kayu dan besi bergegar distor sebelah surau. Din Paku tahu disitu diletakkan keranda dan tempat basuh jenazah. Itu ke benda kayu dan besi yang berbunyi tadi?Bunyi bersambung-sambung sampailah Din Paku tertidur.

3-Ini cerita daripada Mak Andak juga. Beliau ceritakan tentang sebatang jalan di Simpang Perani meuju ke Aping.

Keluarga jirannya. Suami pemandu teksi dan isteri pula penulis lupa kerja apa.Suatu malam melaluilah jalan tersebut. Nampak kejauhan.

Seorang wanita berkebaya merah. Ramping tubuh badan. Memegang beg pakaian lama.Melambai-lambai lembut menahag teksi mereka.

Si suami nyaris berhenti tapi dimaki si isteri suruh meneruskan perjalanan. Sepanjang jalan tersebut ialah kelapa sawit dan kegelapan saja, masakan tiba-tiba ada perempuan berseorangan berani berada disitu malam-malam?

Mak Andak membuat spekulasi(pendapat semata-mata) mungkin dijalan tersebut wanita berkebaya merah menemui ajalnya. Pak Andak juga bersetuju dengan mengatakan mungkin juga pekerja-pekerja Indonesia yang banyak bekerja diladang-ladang sawit itu mungkin disebabkan sebab-sebab tertentu terpaksa menguburkan kawan-kawan mereka yang meninggal dimana saja. Ala kadar.Menyebabkan (kononnya) pelbagai gangguan pelik sepanjang jalan tersebut.Mungkin. Wallahualam.

4-Lagi cerita dari Mak Andak. Pasangan suami isteri tersebut memang terpaksa melalui jalan tersebut hari-hari bekerja. Suatu malam mereka ditahan oleh seseorang. Sekali lagi si suami mahu berhenti, si isteri menyinga menyuruh si suami menekan minyak sehabis-habisnya.

Orang yang ditahan itu seperti sekeping papan saja dari tepi tatkala kereta melepasinya...

5-Mak Usu tergelak sebaik Mak Andak habis bercerita. Suatu malam Mak Usu dan Pak Usu melalui sebatang jalan yang gelap. Penulis tak pasti mereka berdua mahu kemana. Menaiki kereta Honda Accord tahun 90 an.

Dilihat mereka seorang lelaki keluar dari tepi hutan.

Berdarah-darah dan baju koyak rabak.Menahan-nahan kereta mereka.

Kalau dah jalan gelap selepas itu ada pula sosok berdarah begitu yang mahu mereka berhenti, masakan pula nak berhenti.Pak Usu menekan minyak sehabis-habisnya.

Esok hari keluar disuratkhabar satu kemalangan ditempat dilihat lelaki berdarah menahan mereka. Rupa-rupanya orang betul yang menahan malam tadi. Nak minta tolong. Apa nak dikata........

6-Mak Usu rancak lagi bercerita. Suatu masa anak sulungnya mahu pulang kerumah. Memandulah beliau yang kami panggil Along ini disuatu malam. Saja balik malam, sejuk dan tidak jem.

Sampai di sebatang jalan di Seremban tak silap penulis, kereta Along menjadi berat. Ditukar gear dan ditekan minyak tetap terasa berat. Kereta-kereta dari arah bertentangan menyalakan high beam ke kereta Along.

Along hairan.Diberhentikan kereta.Keluar dan memeriksa kalau-kalau ada tayar pancit.Tiada.

Diteruskan perjalanan.Namun masih terasa berat.Mendaki bukit dengan gear 1 pun terasa kereta underpower dengan teruk sekali.

Along tiba-tiba terdetik melihat diatas bumbung keretanya. Hitam berbulu dan tinggi menumpang bertenggek diatas.Patutlah berat.

'Woiiiii!!!!!!tumpang tak bayar!!!!!' laung Along pada makhluk hitam tersebut.

Zuppppppp benda tersebut terbang melayang-layang.

p/s-seronok dengar cerita orang-orang tua berborak pasal cerita-cerita seram ni. Gaya pengolahan depa spontan saja dan cerita yang sepatutnya seram bertukar menjadi seronok pula didengar. Pengalaman.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-10-2010 02:33 PM | Show all posts
Post Last Edit by gitarmahogani at 18-10-2010 14:49

2 kali post-edit-
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2010 05:23 PM | Show all posts
Ada sesiapa yang pernah pergi pekan Masai area Johor waktu malam2 tak? Baru2 nie saya pergi JB, jalan2 ke S'pore, balik dari JB singgah makan malam dkt belakang jam besar tu, lepas makan, balik cari budget hotel kat area Pasir Gudang, masa balik tu singgah dekat pekan Masai semata2 nak buang air kecik je.

Kat pekan masai, nak buang air kecik kt Petronas, so dalam bilik tandas, saya masuk tu sorang je, tp ada 2 bilik air lah, saya kt sebelah, sebelah lagi tu saya perasan memang sorang, tp saya boleh dengar orang berdehem lepas tu dgr macam org bercakap2, pelik?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-11-2010 02:27 AM | Show all posts
Ada sesiapa yang pernah pergi pekan Masai area Johor waktu malam2 tak? Baru2 nie saya pergi JB, jala ...
faizal_u2 Post at 4-11-2010 17:23



He. Biasala tu. Amalkan masuk tandas dengan doa 'Aku berlindung dengan Allah daripada kejahatan syaitan jantan dan betina'.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-11-2010 03:28 AM | Show all posts
Post Last Edit by gitarmahogani at 5-11-2010 15:55

Sempena Halloween yang lepas.

Oleh MFT

Penulis gemar merayap ke dalam forum-forum berkaitan gitar. Salah satu kegemaran penulis ialah forum MyLesPaul. Ada banyak dibincang gaduhkan berkaitan gitar Gibson Les Paul dan lain-lain. Jika bosan cerita berkaitan gitar, penulis masuk ke bahagian ‘Back Stage’. Disini pelbagai tajuk boleh dibincangkan.

Maka sempena Halloween baru-baru ini, satu thread berkenaan paranormal/spooky dibentangkan. Salah satu cerita menarik disitu telah penulis terjemahkan dibawah. All  rights reserved  under their respective owner.

Saya ada sebuah cerita yang menarik.  Balik pada Oktober 1996 pada  masa seorang pakcik saya dalam trip bisnes di Austria( beliau membuat pam air untuk Cirque du Soleil dan lain-lain berkaitan). Pada malam yang sepatutnya beliau berlepas pulang ke Kanada, untuk sebab yang saya tak pasti, penerbangannya telah dibatalkan dan dia terpaksa bermalam semalaman lagi di sana (Austria).

Jadi bagi mengelakkan masalah lain berlaku, Pakcik terus mendapatkan teksi dan menuju ke sebuah motel murah berdekatan. Sesampai disana beliau meminta sebuah bilik dan terus mahu melelapkan mata sesampai saja nanti dalam bilik motelnya.

Sewaktu menghampiri kawasan bilik, beliau terdengar jeritan di bilik sebelah berdekatan. Enggan mempedulikan(mind your own business), Pakcik cuma mahu segera tidur.

Tidak berapa lama kemudian,Pakcik terjaga disebabkan jeritan yang sama. Kali ini beliau keluar menuju ke bilik sebelah,mengetuk daun pintu beberapa kali….tiada jawapan atau sahutan dari dalam bilik tersebut.

Beliau pun terus turun ke kaunter berjumpa pengurus motel,yang  separuh tertidur. Dikejutkannya lalu diterangkan pengaduannya dan bertanya siapa yang menyewa bilik di sebelah itu?

Pengurus mengatakan cuma beliau(Pakcik) saja yang menyewa dimotel tersebut malam itu. Pakcik kemudian naik semula ke biliknya dan berfikir beliau cuma berkhayal saja tadi. Mungkin halusinasi? Mungkin…

Sebelum masuk ke dalam biliknya, Pakcik melutut di depan daun pintu bilik sebelah tersebut.Melalui lubang tombol pintu, matanya melihat seorang wanita berpakaian putih duduk disatu sudut dalam bilik tersebut

Wajahnya mengadap tepat ke daun pintu seolah mengetahui Pakcik sedang mengintai didalam. Sayu wajahnya wanita tersebut. Pakcik teringat kata-kata pengurus motel tadi…..

Bagaimanapun Pakcik tidak turun semula kekaunter melaporkan apa dilihatnya, dan berfikiran positif;- mungkin pengurus motel terlupa ada orang lain turut sama menyewa bilik malam itu. Jadi Pakcik terus menyambung lelapnya.


Pagi esoknya, waktu untuk beredar. Melintasi bilik sebelah tersebut, Pakcik tiba-tiba berhenti. Beliau mengintai lagi ke dalam bilik tersebut melalui lubang tombol pintu. Kali ini tiada apa dilihatnya, kerana lubang tombol disebelah dalam bilik seperti telah ditutup sesuatu. Merah, cuma warna merah saja dilihatnya. Merah darah. Di intai lagi. Merah.Cuma warna merah saja kelihatan. Merah darah.

Fikir Pakcik mungkin penyewa bilik tersebut yang meletakkan pelekat merah bagi menutup lubang kunci. Biarlah, fikirnya lalu bergerak turun ke kaunter.

Waktu memulangkan kunci, Pakcik memberitahu pengurus motel apa dilihatnya.
Pengurus motel menjadi panik,memberitahu isterinya yang berada bersama dibelakang kaunter. Pakcik tidak memahami butir percakapan pengurus motel dan isterinya kerana mereka bertutur dalam lingua Jerman. Jadi kemudian, pengurus mencapai sepucuk  Revolver dan bergegas ke bilik tersebut yang berada dihujung motel.

Pakcik saya bertanya kepada isteri pengurus tersebut perihal yang berlaku. Dibalas isteri pengurus: ‘Tahun lepas seorang wanita dibunuh suaminya di dalam bilik sebelah bilik sewaan Encik. Setelah itu bilik tersebut tidak kami sewakan lagi pada sesiapa pun. Wanita yang dibunuh itu berada dalam keadaan yang sangat teruk’.

Isteri pengurus menambah. ‘Awak patut tengok keadaan mata wanita tersebut…ia berwarna merah, merah seperti darah.’

Habis saja isteri pengurus menerangkan, Pakcik  terus meletakkan duit 200  diatas kaunter. Berlari laju melepasi beberapa blok. Menahan teksi dan terus menaiki kapalterbang berlepas pulang setengah jam saja selepas keluar dari motel.

Semenjak hari itu, Pakcik tidak pernah lagi kembali ke sana.

Pada waktu kejadian saya cuma berumur 6 tahun, dan cuma baru saja mengetahui cerita ini tahun lepas. Oh ya, Pakcik bercerai kemudiannya tak lama selepas itu. Apa punca perceraian? Pakcik bukan lagi individu yang sama selepas kejadian tersebut.

Happy reading, everybody!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-11-2010 03:02 PM | Show all posts
Malam RELA.

Oleh MFT

Sesekali penulis menyertai geng-geng Rela di kampung.  Penulis bukan ahli Rela tapi memandangkan kawan-kawan sekampung  cukup ramai menyertai pertubuhan tersebut, jadi penulis pun saja-sajalah ikut. Bosan juga mengadap laptop.  Internet dibekalkan Celcom Broadband pula lembap Nauzubillah, jadi keluarlah rumah kadang-kadang malam jika kebosanan.

Tugas mengawal keselamatan ini kadang-kadang seronok bila beramai-ramai, tapi jadi tak ‘happening’ bila ada pula yang memonteng berkawal.  Jadi selepas meronda-ronda keliling kampung, kami melepak pula dikawasan taman perumahan baru di belakang perumahan keluarga penulis.  Jepri, Ucu Rab, Jo’a, Yan Kambeng, Abang anak Makadi, Pan, Y, Ajan, penulis dan beberapa orang lagi  berlonggok depan pondok pengawal. Berborak cerita hantu. Begini cerita-ceritanya;

1-Yan Kambeng bercerita suatu malam bapanya balik kerja. Orang tua ini memandu Toyota Corolla jenis wagon. Kami di kampung panggil kereta pasar malam. Setelah di parkir kereta, orang tua tersebut berlalu ke dapur.

Yan Kambeng waktu itu melayan ‘game tape’ Contra di ruang tamu. Plup. Gelap kemudian. Takde karen(current) kata orang Pontian.

Disebabkan gelap, Yan Kambeng keluar rumah menghisap rokok. Ditujunya kerusi di depan rumah.Tiba-tiba matanya menangkap sesuatu. Lampu kereta bapanya menyala. Yan Kambeng pun masuk ke dalam meminta kunci kereta  daripada bapanya. Orang tua tersebut tengah mandi. Diseluk oleh si Yan tadi kunci kereta bapanya lalu keluar rumah.

Dibuka pintu kereta dan dimatikan lampu.

‘Haiyaaaa!!!!’

Terperanjat Yan Kambeng mendengar tiba-tiba jeritan ‘Haiyaaa!!!!’ itu tadi. Dilihat tiada sesiapa dalam kereta. Seriau kemudian, Yan Kambeng terus mengunci kereta.

Plup.Elektrik kembali semula.

Bapanya yang baru selesai mandi keluar ke ruang tamu. Yan Kambeng terus memberitahu apa yang didengarinya tadi dalam kereta. Bapanya selamba aja berkata

‘Sebelum balik rumah tadi, Abah tumpangkan Cina ‘eksiden’ ke hospital. Meninggal dekat-dekat nak sampai (hos)spital tadi. Agaknya roh dia mengikut la tu.’

2. Ajan pula bercerita selepas Yan Kambeng menghabiskan ceritanya.. Penulis menampar nyamuk yang hinggap di badan. Pukk.

‘Satu malam tu aku balik rumah. Nak masuk lorong rumah aku tu kan gelap. Lorong Tok Bidan tu. Korang kalau lalu situ kan mesti ada nampak pokok besar tengah-tengah rumah aku dengan rumah sewa Abang Palang sebelah tu’.

Ajan berhenti sekejap bercerita  meminta sedikit rokok daripada teman sebayanya,Abang anak Makadi .

‘Waktu aku turun dari(pada) motor , aku nampak macam perempuan tua kat bawah pokok tu’.

Ajan suka bercerita terhenti-henti. Kedengaran salakan anjin dibelakang taman baru ini, tapi memandangkan kami  ramai jadi teruslah si Ajan menyambung cerita.

‘Aku tau dah. Mesti bukan orang. Jadi aku terus masuk rumah. Esok pagi Mak aku kata emak Abang Palang meninggal malam tadi. Aku pernah nampak berapa kali je emak Abang tu masa dia baru  duduk situ. Pelikla kalau korang tengok muka mak dia. Bukan pelik macam  ‘Alien’, pelik macam ada benda je kat Mak dia tu’.Selesai Ajan bercerita.

3.Jepri pula bercerita kali ini. Beliau ketua Rela bahagian barat dalam kampung kami.  Beliau juga bekerja sebagai pengawal keselamatan di taman baru tersebut. Ada 5 unit rumah murah mengadap tebing sungai dibelakang  taman perumahan  penulis.

Di salah satu unit tersebut, pada suatu malam sedang berkawal  Jepri terasa ada seseorang sedang memerhatikannya dari dalam rumah. Dan takat itu saja beliau bercerita tambahan pula 5 unit rumah murah itu cuma dibelakang kami saja. (Beberapa hari kemudian penulis diberitahu Jepri demam panas atas kejadian pada malam kejadian itu, patutlah tak mahu cerita panjang…..)

4.Abang anak Makadi kerani sekolah tiba-tiba mencuit Jo’a disebelahnya. Bertanya samada teringat tidak tentang hal  malam tadi? (semalamnya). Jo’a mengangguk. Abang anak Makadi pun bercerita;

‘Semalam, aku, Ucu Rab, Jo dengan Pan lepak sini( taman perumahan baru). Tengah berbual  dengar pulak bunyi benda jatuh. Aku tengok la kat tempat bunyi tu.’

Dipintas Jo’a ‘Elehhh.. bila semalam aku tanya kau nampak apa? Kau terus tak mahu cakap (takut). Hahahaha’ gelak Jo’a disambut gelakan kami semua.

5.Penulis terus teringat cerita-cerita misteri yang terjadi di kawasan taman penulis. Antaranya seorang penghuni taman yang kami panggil Pendek telah beberapa kali berkongsi cerita hantu.

Suatu senja Pendek keluar bermain bola, dilihatnya disatu kawasan belukar seluas 3 kali gelanggang badminton, seorang lelaki berkopiah terbongkok-bongkok membakar sampah disitu. Pendek tahu itu bukan orang, terus dipecut skuternya keluar taman.Kansel main bola, pergi lepak Bandar.

Ada sekali Pendek mengikut seorang jirannya disertai ayah si Pendek berkereta menuju ke Batu Pahat. Ke rumah sewa anak si jiran tadi. FYI anak si jiran ini tak diketahui sebabnya telah diganggu sesuatu.

Paling malang sekali anak jiran ini berubah benar kelakunya 100% setelah diganggu. Dia menjadi pendiam, mulut herot sebelah, badan menjadi obes tiba-tiba dan bercakap seorang diri.

Sampai di Batu Pahat,mereka bertiga jejak ke rumah sewa si anak jiran tadi. Pendek pun masuklah ke dalam rumah sewa itu. Gelap gelita. Bilik si anak jiran tadi di hujung rumah.

Di pendekkan cerita berjayalah mereka membawa pulang si anak jiran tadi.

Masalahnya sepanjang perjalanan pulang. Kereta mereka ditemani Pontianak, yang terbang sekejap ke sebelah kiri, sekejap ke sebelah kanan. Pendek melihat dengan ekor mata saja, tak berani berbuat apa-apa.

6. Pan pula bercerita. Suatu malam dia keluar melepak di depan taman. Kawasan kegemaran melepak kami (penghuni taman dan budak-budak kampung lain) waktu itu ialah disebelah rumah rumah TNB.

Pan keluar jam 8 lebih kurang. Didapati masih belum ada sesiapa melepak disitu lagi. Maka  duduklah dia sambil menghisap rokok.

Panggg!!!!

Kedengaran bunyi sesuatu jatuh diatas rumah bumbung TNB. Pan fikir biasa-biasa aja.

Panggg!!!!

Bunyi lagi. Pan terus balik ke rumah. Hahahaha. Kami semua tergelak lagi selesai Pan bercerita.

7. Sebagaimana diberitahu di atas tadi, ada sungai dibelakang taman penulis. Sungai ini tidaklah dalam. Airnya tohor berlumpur. Dikawasan muara menuju ke laut menjadi kegemaran budak-budak berendam. Dulu pernah ada orang ternampak seekor buaya berekor pendek dalam sungai. Tapi dasar budak kampung, tetap berendam juga. Orang kata mungkin jelmaan jin si buaya ekor pendek itu.

8.Ucu Rab tiba-tiba bercerita kenangan masa budak-budaknya. Umur Ucu Rab ini peringkat hujung-hujung umur belia namun berjiwa rockers. Beliau bercerita hantu kum-kum. Seorang makciknya pernah diganggu hantu kum kum sampai masuk (hos)spital. Jepri menyampuk bertanya samada kami mengingati kisah perempuan purdah yang keluar mencari 40 orang anak gadis? Kami mengiyakan saja.

Penulis teringat dikatakan perempuan ini menaiki kereta kancil merah. Jadi setiap masa nampak kereta kancil merah, maka penulis mesti nak tengok siapa dalam kereta. Paling lawak dikatakan orang perempuan purdah ditangkap di Muar. Apa yang lawak?pasal lepas tu keluar  cerita dalam Metro perempuan purdah pusing satu semenanjung.

Di Pontian pula dulu-dulu, dalam hujung 70 an kecoh dengan cerita perempuan misteri makan katak. Kira bukan oranglah tu. Kawasannya ialah di pokok besar menghadap perhentian bas Pontian yang lama di tepi laut.

9.Seorang kawan sekampung bercerita disebelah Lorong Tok Bidan, Pontianak muncul mengganggu orang balik lewat malam. Baru saja terjadi beberapa bulan lepas. Kami mengangguk kerana dulu pernah ada seorang penghuni kampung yang mental otaknya mengejar Pontianak dengan parang. Dikejar hingga ke jeti dibelakang lorong rumah  Pak Noh Tikus di muara sungai.

Tak lah dikatakan Pontianak yang dikejar si mental itu adalah sama dengan Pontianak yang disebelah Lorong Tok Bidan itu. Mungkin lah, mungkin….


Kedengaran lagi salakan anjing dibelakang taman perumahan baru. Kami terus sambung bercerita.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2010 02:10 AM | Show all posts
Sempena Helloween II

Oleh MFT

Keluarga besar saya berasal dari Mexico dan Sepanyol.  Kami mewarisi beberapa cerita turun temurun, yang dikira pengalaman secara berdepan terus@ first hand. Saya mesti tegaskan sekarang, ahli keluarga yang menyampaikan cerita yang saya ingin kongsikan disini bukanlah jenis orang yang akan mereka-reka cerita dan berbohong terutama berkaitan cerita-cerita paranormal dan misteri begini.

Disini sebuah cerita yang ‘pretty creepy’(agak menyeramkan) untuk dikongsi:

Dalam kebudayaan Sepanyol/ Mexico terdapat sesuatu yang digelar ‘Lechuza’. Ia dikatakan simbol nasib buruk dan kejahatan. Berbentuk seekor burung hantu yang besar, dan dikatakan membawa semangat ahli sihir perempuan(witch) dan dikatakan kadangkala ditemui mempunyai bentuk kepala manusia berbadan burung hantu. Pada kita yang kononnya moden ini memang kedengaran kelakar cerita-cerita begini. Kepala manusia tapi berbadan burung?Ahli sihir? Hahaha. Tetapi… Cerita yang didengari ini telah membuatkan saya berfikir semula tentang hal-hal berkaitan mistik sebegini.

Kisah ini terjadi pada Pakcik sebelah emak saya (Great Uncle/Datuk Saudara). Beliau menceritakan pada emak saya dan kaum keluarganya yang lain. Datuk Saudara cuma bercerita kisah ini pada waktu mereka semua telah dewasa dan berkeluarga, maka ini bukanlah cerita untuk menakutkan budak-budak kecil. Waktu kejadian, Datuk Saudara yang ketika itu berumur belia berada dirumah  ibu bapanya yang jauh dari bandar dan terasing pula kedudukannya.

Kebetulan ada seekor burung hantu besar terbang mengelilingi rumah.
Memandangkan kepercayaan mereka yang menganggap burung hantu melambangkan sesuatu yang kurang baik, Datuk Saudara cuba menghalau burung hantu tersebut.
Beliau memaki "Mañana bienes por sal, hijo de tu @#&% madre!" . Yang jika ditafsirkan berbunyi ‘Esok sajalah kau datang ambil garam disini,@%$& punya burung!!!’. Tapi frasa tersebut asasnya ialah cuma untuk menghalau saja burung hantu tersebut meninggalkan kawasan rumah.

Datuk Saudara tidaklah berfikir apa-apa kesan boleh terjadi tatkala menghalau burung hantu tersebut. Maka burung hantu tersebut terbang pergi. Keadaan tenang-tenang saja kemudian.

Pagi esoknya kedengaran ketukan perlahan dimuka pintu. Datuk Saudara  pun menjenguk keluar. Dilihatnya seorang gadis kecil tidak berambut dengan wajah pucat, berpakaian gaun putih lusuh didepan pintu. Gadis kecil kemudian bertanya samada terdapat garam di dalam rumah untuk diberikan padanya?

Tanpa bercakap apa-apa, Datuk Saudara bergegas ke dapur mengambil sebungkus garam dan terus memberinya pada si gadis kecil. Dengan selamba gadis kecil menyusuri jalan tanah merah dan menghilang.

Happy reading everyone!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2010 10:59 PM | Show all posts
Kreoookkk kreeoook.

Oleh MFT

Kawasan depan rumah keluarga penulis menjadi ‘port’ melepak kawan-kawan. Ada yang duduk atas simen keras berbentuk baldi yang sengaja diletak buat tempat duduk, ada yang melepak atas motor, dan ada pula yang duduk di buaian sambil kreoook kreeook buai berbunyi kerana karat. Berbual-buallah kami bermacam-macam hal. Gelak ketawa semua siap.

Penulis semenjak habis belajar ini mempunyai kegemaran melayari internet hingga hampir Subuh. Kalau dipaksa tidur juga tak akan mahu terlelap. Insomnia sekejap agaknya.

Suatu masa jam 2 pagi. Kreoookkk kreeoook. Terdengar bunyi buai berbunyi. Memang kebiasaan boleh kedengaran bunyi buai sampai ke bilik paling hujung dalam rumah, iaitu bilik penulis sendiri.

Masalahnya kawan-kawan semua sejak jam 11 malam tadi semua dah balik ke rumah masing-masing. Siapa pula yang masih ada di depan rumah?
Penulis menjenguk ke luar melalui pintu depan. Gelap. Tiada orang. Tiada sesiapa pun. Buaian juga kelihatan tidak bergerak-gerak.

Baliklah semula penulis ke dalam bilik. Kreoookkk kreeoook.

Terdengar lagi bunyi.

Penulis malas melayan dah.

Beberapa hari kemudian, bila teringat semula, penulis bertanya sepupu yang turut sama tinggal di rumah kami. Beliau mengatakan mungkin angin yang menolak buaian. Skeptikal la konon.

Tapi kalau angin kenapa sepanjang masa sebelum-sebelum ini tak pernah pula kedengaran buai berbunyi pagi-pagi buta?

Semenjak itu penulis tidak lagi kedengaran bunyi buai lagi waktu-waktu malam buta. Kalau berbunyi juga memang mungkin penulis jenguk lagi keluar rumah. Bukanlah nak kata tunjuk berani tapi geram juga kalau ada yang nak mengganggu menyakat malam-malam.

Wallahualam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-11-2010 08:20 AM | Show all posts
Opera

oleh MFT

‘Teo aa…Lu nanti bila itu Tuan Rumah datang kasi tau Gua, ada sini belakang.’ kata Leong pada seorang pekerjanya. Mereka sedang berkemas seusai siap persembahan opera mereka. Yang lain-lain ada yang sudah siap mahu tidur. Mereka semua ditempatkan dibawah khemah besar disediakan keluarga yang menjemput mereka.

Hampir 30 orang jumlah pekerjanya semua.Leong turut memberikan beberapa arahan pada pekerja-pekerja yang lain sebelum berlalu ke ruangan belakang.

Opera mereka mendapat sambutan diseluruh negeri di Tanah Besar China.Mereka menjelajah dari satu tempat ke satu tempat memenuhi undangan.Keuntungan yang diterima cukup memuaskan.Leong terfikir kelak mahu membawa beberapa sepupunya menyertainya dan membantu menguruskan opera warisan keluarga mereka ini.

Malam ini mereka mengadakan persembahan setelah dijemput wakil keluarga Tuan Rumah.Boleh tahan bilangan penonton malam itu.Agak meriah banding persembahan di daerah lain.

Setakat ini Leong masih mahu mencari keuntungan dan kemashyuran dulu sebelum berfikir mengembangkan perniagaan ke bidang lain hasil keuntungan operanya ini.Biar operanya terkenal diserata China dulu kemudian barulah berangan-angan mahu ke luar negara membawa bersama seni budaya mereka untuk dikongsikan bersama masyarakat luar.

Suasana diperkarangan rumah si Tuan Rumah yang luas agak sejuk. Maklumlah dikawasan berbukit.Disebelah sana ada lembah menghijau yang indah. Esok mereka akan melalui lembah tersebut untuk memenuhi jemputan ditempat lain pula.

‘Ketua. Tuan Rumah sudah datang.’ Ujar Teo mengejutkan lamunan Leong.

Leong  keluar berjumpa dengan Tuan Rumah yang datang bersama seorang pembantunya. Dilihat beberapa pekerjanya sudah tertidur diruang tengah khemah besar. Disepak mereka dibantu Teo untuk mengejutkan mereka,sebagai menghormati  Tuan Rumah yang tersenyum dari jauh sambil melurut janggut putihnya.

‘Encik Leong. Hahaha. Persembahan malam ini ada banyak bagus. Saya, isteri dan anak-anak serta semua orang sangat seronok menonton malam ini. Banyak gembira. Banyak-banyak terima kasih pada Encik Leong dan semua pelakon.Hahaha’ kata Tuan Rumah yang disambut pembantunya mengiakan sama.

‘Terima kasih juga seronok menonton persembahan kami semua. Maaflah kerana kebanyakan kami sudah kepenatan tidak dapat menyambut Tuan yang budiman. Walaubagaimanapun kami mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas jemputan Tuan sekeluarga.Tuhan akan beri banyak keuntungan pada Tuan nanti.’ berbasa-basi Leong sambil menggoncangkan kedua tangannya tanda terima kasih.

‘Hahaha.Betul-betul.Oh ya, ini sebagai yang dijanjikan dan saya tambah 2 uncang lagi sebagai tanda terima kasih.Hahaha’ kata Tuan Rumah mengambil 5 uncang wang daripada pembantunya.

‘Banyak-banyak terima kasih.Terima kasih.Terima kasih.’ Leong tersenyum-senyum dan menundukkan kepala sambil menggoncang-goncang tangan. Teo dan pekerja-pekerja lain turut sama tunduk mengiringi.

‘Hahaha. Lain tahun kita akan panggil lagi Encik Leong dan semua orang. Kita mahu tengok lagi opera ini nanti tahun depan datang.Saya akan bagi lebih lagi nanti tahun depan.Hahaha.Kita seronok sangat tengok persembahan opera ini.Hahaha.’ ucap dan ketawa si Tuan Rumah.

Mereka berbual-bual dalam beberapa selang masa.Tuan Rumah kemudian meminta diri. Leong pun setelah memastikan apa yang patut mengambil tempat dibelakang dan tertidur.

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

‘Ketua!Ketua!’

‘Ketua!Cepat bangun!’

Leong membuka kelopak mata.Dilihat langit biru dan awan putih. Seingatnya mereka semua berteduh dibawah khemah besar malam tadi.

‘Ketua!Tengoklah mana kita sekarang tidur tadi malam.Di kubur!’

Leong tersentak.Terduduk terus.Kelilingnya batu kubur terpacak.Timbun tanah setompok-tompok menimbun didepan batu nisan. Bekas colok tergolek diatas tanah.Suasana sunyi dipuput angin lembut.

‘Ambil duit yang Tuan Rumah bagi tadi malam pada Teo dan bawa sini pada aku!!’ perintah Leong keras pada pekerja yang membangunkannya itu.

Bergegas pekerja itu mengejutkan Teo dan lain-lain. Mereka semua terkejut bila mendapati mereka terbaring tidur ditengah-tengah kawasan kubur.Bergegas mereka mengelilingi Leong.

Leong hanya menggelengkan kepala. Uncang-uncang wang itu cuma berupa kain reput dan berisi batu kelikir saja isinya.

Barulah Leong faham kenapa hawa malam tadi begitu selesa. Sejuk kerana mereka didodoi angin dikawasan berbukit. Memang nyenyak tidur dibuatnya begitu.

Cuma kawasan berbukit yang mereka baru saja mengadakan persembahan malam tadinya adalah kawasan jirat/kubur.

Buat sementara operanya dihentikan operasi dan mereka semua kembali ke kampung halaman. Takut. Seram dan ngeri.

p/s- siapa datang menonton malam tadi?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2010 02:26 PM | Show all posts
Kat pekan masai, nak buang air kecik kt Petronas, so dalam bilik tandas, saya masuk tu sorang je, tp ada 2 bilik air lah, saya kt sebelah, sebelah lagi tu saya perasan memang sorang, tp saya boleh dengar orang berdehem lepas tu dgr macam org bercakap2, pelik?
faizal_u2 Post at 4-11-2010 17:23


Berdehem tu ikut sunnah (kata orang Tabligh, dan aku pun buat). Tujuannya nak kasi buang / clear saki baki air-kencing.

Kemudian bercakap. Besar kemungkinan dia bercakap dengan handphone. Dia kasi silent, pastu ada lak panggilan penting masuk, vibrate, dia pun angkat. Cakap la ala bisik-bisik.

Kemungkinan dia camtu la.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-12-2010 03:05 PM | Show all posts
KISAH SERAM PELBAGAI

Oleh MFT

Sejak Atuk meninggal, keluarga besar kami semakin rapat dan selalu juga berkumpul di rumah arwah Atuk. Berkumpul sambil makan-makan, mendengar perkembangan keluarga masing-masing,merangka pelbagai program keluarga,bertukar pandangan dan mesti terselit cerita hantu. Ini cuma untuk seronok-seronok saja atau berbasa basi waktu berbual sesama keluarga dan tidaklah memberi peluang untuk orang mengatakan pemikiran orang Melayu masih dibelenggu rantai tahyul. Tidak sama sekali.

Suatu pagi usai mengemas keliling rumah arwah Atuk, Ayah penulis,Pak Andak, Bang Ngah Medan dan penulis duduk di koridor luar rumah. Bermula dari cerita mengecat rumah hinggalah ke hal mesin rumput masuk pula ke cerita berkenaan ancak sebagai intro cerita seram yang akan dikongsi di bawah;

1- Ayah penulis mengatakan arwah Atuk pernah bercerita padanya dulu di Pontian pada zaman 20 an ke 30 an, ada penduduk Pontian yang menyediakan jamuan untuk benda-benda mistikus ini. Arwah Atuk yang masih kecil waktu itu berpeluang beberapa kali melihat majlis buang ancak ini.

Seekor lembu yang diikat diatas rakit dihanyutkan dari muara Sungai Pontian menuju laut lepas. Mengeruh bunyi sang lembu dibawa arus air sambil diperhatikan penduduk Pontian yang berkumpul. Macam pesta.  

Kemudian pada tahun 40an ke 50 an berganti dengan jamuan seekor kambing pula. Tahun berganti diganti dengan ayam pula beberapa ekor hinggalah amalan membuang ancak ini hilang dengan sendirinya. Alhamdullillah. Jika dilakukan secara persendirian tidaklah diketahui.

2-Pak Andak mengangguk selesai Ayah penulis bercerita. Pak Andak mengaku beliau turut berpengalaman membuang ancak sekali dahulu sebagai tuntutan kaedah perubatan untuk anaknya yang disampuk dahulu (rujuk cerita penulis ‘Pantai Balau’).

Penulis terkejut juga mendengar pengakuan Pak Andak begitu,tapi penulis tidak bertanya lanjut kerana jika diukur pengalaman Pak Andak dengan akademik moden, beliau sudah taraf ‘Master holder’. Bergurau saja, tidak sopan bertanya kerana hal ini mungkin dikira sensitif sedikit. Melayu beradab.

Berkaitan pengalamannya itu, Pak Andak pun bercerita beliau berseorangan ke Tanjung Balau suatu malam. Ditemani lampu suluh 5 bateri dan upih pinang yang didalamnya berisi entah apa sebagai ancak. Pak Andak meranduk kegelapan malam dikawasan berbatu menuju ke laut.  Kedengaran tiba-tiba bunyi orang berbual di atas sebongkah batu besar. Pak Andak tidak pula takut untuk menyuluh ke arah bunyi kedengaran tadi. Tiada sesiapa.Pedulikan.

Waktu dibuang ancak tersebut, Pak Andak perhatikan upih pinang tersebut bergerak lurus menuju ke tengah laut dalam, tidak bersimpang siur lagak kalau daun dibawa air bergerak bentuk huruf ‘S’ ke kanan ke kiri. Upih pinang tersebut seakan dipandu sesuatu sebelum hilang ditelan kegelapan malam di laut.

Pak Andak pun bergerak pulang. Kedengaran lagi suara orang berbual. Disuluh lagi oleh Pak Andak. Tiada sesiapa. Menurut Pak Andak bahasa yang digunakan susuk-susuk misteri tersebut langsung tidak difahami tapi bunyinya sangat jelas. Alhamdullillah keadaan kemudian biasa-biasa saja.

Pada waktu malamnya pula, keluarga penulis berkumpul di bahagian depan rumah menonton televisyen. Penulis berbaring dibawah kipas angin, kebosanan kerana tiada laptop berinternet, memasang telinga. Kedengaran lagi cerita hantu.

3-Ibu penulis bercerita pengalamannya tumpang tidur di kuarters keluarga Abangnya yang bekerja sebagai atendan hospital. Waktu itu Ibu masih anak dara lagi. Kebetulan beberapa hari sebelum itu berlaku kejadian bunuh diri dikuarters tersebut. Bangsa India.
Suatu malam, Ibu terlihat ditingkap susuk manusia bergerak terawang-awang dikoridor kuarters tersebut. Seperti asap.

4-Ibu juga bercerita suatu masa beliau dan Ayah penulis tidur berdua orang saja di kampung di rumah arwah Atuk. Sepatutnya penulis juga turut tidur sama malam tersebut, tapi entah kenapa malam itu CDI motor penulis rosak,maka tidak lah dapat penulis menemani Ibu Ayah.

Menurut Ibu waktu mahu masuk tidur, kedengaran bunyi orang diluar rumah dibelakang dapur. Kemudian berbunyi jambak kunci dibawa sesuatu keliling rumah. Maka malam itu tidak dapat tidurlah Ibu dan Ayah penulis hingga ke pagi. Waktu tersebut diisi dengan membaca Quran dan Tahajud saja.

Penulis berasa kesal juga kerana tidak dapat menemani Ibu Ayah. Kalau tidak dapatlah juga menjenguk apa yang mengacau malam tersebut.Tidaklah penulis bercakap besar kerana sebagai waris kuat dan lahir pula di rumah arwah Atuk, kenapa pula kita perlu takut?

5-Penulis juga pernah beberapa kali mendengar pelbagai bunyi misteri semenjak rumah arwah Atuk ini kosong. Daripada salakan anjing hinggalah ke bunyian yang penulis sendiri tidak tahu mana arahnya. Pada penulis itu sebagai menandakan ada juga makhluk lain yang menumpang di bumi Allah ini selain manusia.

Wallahualam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-1-2011 02:27 AM | Show all posts
Post Last Edit by gitarmahogani at 22-5-2011 22:26

JIN ISLAM

(Al Fatihah untuk Atuk (Hj Abdul Samad bin Abu Bakar)

Atuk dianggap orang tua yang berilmu sedikit sebanyak dikampung penulis.Pengalamannya memang banyak.Namun Atuk tidak terlalu gemar berkongsi cerita.Kebanyakkan cerita mengenai Atuk hanya didapati daripada ibu saudara penulis.

Dulu rumah kayu milik Atuk dikampung dibina 2 bahagian,dapur dan serambi yang juga menempatkan 2 bilik.Salah satunya adalah bilik tidur Atuk.Dibilik tidur inilah ruang dalam rumah itu yang dikatakan paling keras.Penulis pada waktu itu tidak berani memasuki bilik tersebut kecuali ditemani.

Cerita yang mahu dikongsi ini berkenaan Atuk semasa menjadi orang pandai berubat,bukan bomoh ataupun dukun pawang.Cuma sedikit kepandaian dalam mengubat orang pening kepala dan sakit gigi.Namun bukan kisah mengubat yang mahu dikongsi.

Pada suatu malam,Atuk terjaga.Dilihatnya dihujung katilnya satu lembaga besar berwarna hitam tinggi mencecah atap rumah.Lembaga itu adalah jin.

Atuk memberi salam.Lembaga itu menjawab dengan tenang.Atuk menyoalnya kenapa berada didalam biliknya dan apa namanya.




Lembaga tersebut menerangkan beliau suka untuk berkhadam dengan Atuk.Dan namanya Haji Mustafa oleh kerana sudah pergi menunaikan haji.

Namun Atuk menolak pelawaan berkhadam itu kerana tahu sangat perangai jin yang sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia.Namun Atuk tidak menolak ukhuwah sesama seagama.Mungkin kerana itulah sejak itu bilik tidur Atuk menjadi terlalu angker dan pernah cucu sulung keluarga kami sawan sebaik tidur dibilik Atuk.Namun tidak bermakna Atuk berkhadam dengan jin.

Namun pada suatu hari,Haji Mustafa bertemu dengan Atuk dan menyatakan niatnya menetap di Mekah.Atuk tidak membantah dan juga tidak mengiyakan.Semenjak itu jin bernama Haji Mustafa tersebut tidak muncul-muncul lagi sehingga lah rumah kayu Atuk berganti batu semuanya.

Kejadian angker sudah tiada lagi sekarang,cuma kisah-kisah lama saja yang diingati.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-1-2011 02:28 AM | Show all posts
GUNUNG PULAI
(Ini cerita lama sewaktu penulis kecil. Diubahsuai bagi menjaga sensitiviti)

Abdul seorang yang tersangat menyayangi anak-anaknya.Pekerjaannya sebagai seorang pemasang menara telekomunikasi menuntutnya berjauhan dengan keluarganya.Namun peluang yang ada untuk bermesra dengan keluarga akan digunakan sepenuhnya.Walaupun jarang-jarang dapat lama untuk bermesra dengan anak-anak.

Pada suatu masa Abdul ditugaskan memasang menara di Gunung Pulai,tugasan ini mungkin memakan masa berminggu-minggu memandangkan beliau dan pasukannya perlu memasang menara dibeberapa tempat disekitar gunung.Pada mulanya keluarga Abdul terasa berat melepaskannya pergi entah kenapa,namun kerana tanggungjawab Abdul terpaksa juga meninggalkan keluarganya namun berjanji sehabis saja kerjanya,beliau akan mengambil cuti beberapa hari.

3 hari kemudian pada waktu malam Abdul tiba-tiba pulang kerumahnya.Anak-anaknya tersangat gembira melihat kepulangan ayah mereka yang lebih awal daripada biasanya.Abdul melayan anak-anaknya dengan penuh kasih sayang dan mesra.Cuma kali ini layanan Abdul menjadi terlalu istimewa.Anak-anaknya dimanjakan sepuas-puasnya pada malam tersebut dan tidak dibenarkan tidur oleh Abdul walau ditegah isterinya yang mahu Abdul berehat.

Hampir menjelang Subuh Abdul mengatakan beliau terpaksa pergi,alasannya mahu pulang bekerja.Isterinya tidak dapat berkata apa-apa,kaku lidahnya.Sebelum pergi Abdul memberi gula-gula pada anak-anaknya,dan meminta mereka memakan gula-gula itu didepannya.Setelah itu baru Abdul bergerak pergi.

Jam 7 pagi esoknya,rumah keluarga Abdul didatangi wakil syarikatnya.Mereka dengan sedihnya memaklumkan yang Abdul lemas di air terjun Gunung Pulai pada hari pertama mereka sampai.Mayatnya dijumpai pada waktu Subuh hari tersebut,tepat pada waktu Abdul bergerak meninggalkan keluarganya tadi.

Al Fatihah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:48 AM GMT+8 , Processed in 0.252955 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list